minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)

8
1 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK CONVENT SENTUL JALAN SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR Tel: 603-40417190 Fax: 603-40440291 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-37 Tahun 2012 Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat) Masa : 4.30 petang Tempat : Dewan SMK Convent Sentul Kehadiran : 126 orang ibu bapa 62 orang guru AGENDA MESYUARAT : 1 Ucapan Pengetua 1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada tahun ini. Pengetua berbangga dan bersyukur atas komitmen ibu bapa dan berharap agar sokongan dan kerjasama akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pun PIBG sendiri. 1.2 Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para AJK PIBG terutama Puan Rose @Saadiah selaku Yang diPertua yang telah menghadiri setiap majlis atau program yang diadakan di sekolah serta kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah memberikan banyak dana dan sumbangan peribadi kepada pihak sekolah. 1.3 Data sekolah setakat ini ialah pelajar seramai 1107 orang manakala guru pula seramai 65 orang. Sekolah masih kekurangan 3 orang staf iaitu 2 orang guru dan seorang pembantu makmal. 1.4 Untuk laporan sekolah, sekolah telah berjaya memenangi Piala Datuk Bandar untuk tahun ke-3. Pencapaian akademik dalam PMR pula sebanyak 24.22 %. Nama pelajar cemerlang PMR telah dimuatkan dalam Buku AGM. 1.5 Sekolah juga telah menjalankan Program MAD (Make A Diffrenece) dimana pelajar berpotensi dan menunjukkan banyak penambahbaikan dalam keputusan peperiksaan. Pengetua juga menunjukkan analisis peperiksaan SPM dari tahun 2006-2010. 1.6 Antara aktiviti HEM adalah program sahsiah selepas PMR (P p asca PMR) yang telah dijalankan ialah Uncle Button (Badut), model yang menunjukkan transformasi iaitu Michelle dan guru buta yang boleh bermain catur, piano dan gitar (Encik Lim) 1.7 Pencapaian Ko-kurikulum pada tahun lepas ialah ‘choral speaking’, catur peringkat Kebangsaan (Pavitranayagi), ‘public speaking’ peringkat kebangsaan Formatted: Top: 0.87", Bottom: 0.87"

Upload: mohd-muzlimi-junoh

Post on 24-May-2015

1.930 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SMK CONVENT SENTUL

JALAN SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR

Tel: 603-40417190 Fax: 603-40440291

Minit Mesyuarat Agung Kali ke-37 Tahun 2012

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)

Masa : 4.30 petang

Tempat : Dewan SMK Convent Sentul

Kehadiran : 126 orang ibu bapa

62 orang guru

AGENDA MESYUARAT :

1 Ucapan Pengetua

1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ibu

bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada tahun ini. Pengetua berbangga

dan bersyukur atas komitmen ibu bapa dan berharap agar sokongan dan kerjasama

akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak

sekolah atau pun PIBG sendiri.

1.2 Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para AJK PIBG terutama Puan Rose

@Saadiah selaku Yang diPertua yang telah menghadiri setiap majlis atau program

yang diadakan di sekolah serta kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah kerana

telah memberikan banyak dana dan sumbangan peribadi kepada pihak sekolah.

1.3 Data sekolah setakat ini ialah pelajar seramai 1107 orang manakala guru pula

seramai 65 orang. Sekolah masih kekurangan 3 orang staf iaitu 2 orang guru dan

seorang pembantu makmal.

1.4 Untuk laporan sekolah, sekolah telah berjaya memenangi Piala Datuk Bandar

untuk tahun ke-3. Pencapaian akademik dalam PMR pula sebanyak 24.22 %.

Nama pelajar cemerlang PMR telah dimuatkan dalam Buku AGM.

1.5 Sekolah juga telah menjalankan Program MAD (Make A Diffrenece) dimana

pelajar berpotensi dan menunjukkan banyak penambahbaikan dalam keputusan

peperiksaan. Pengetua juga menunjukkan analisis peperiksaan SPM dari tahun

2006-2010.

1.6 Antara aktiviti HEM adalah program sahsiah selepas PMR (Ppasca PMR) yang

telah dijalankan ialah Uncle Button (Badut), model yang menunjukkan

transformasi iaitu Michelle dan guru buta yang boleh bermain catur, piano dan

gitar (Encik Lim)

1.7 Pencapaian Ko-kurikulum pada tahun lepas ialah ‘choral speaking’, catur

peringkat Kebangsaan (Pavitranayagi), ‘public speaking’ peringkat kebangsaan

Formatted: Top: 0.87", Bottom: 0.87"

2

(Joyce Tan Sue Lee), konduktor ‘choral speaking’ peringkat Lembah Klang

(Shamineswari) dan karate (Rishantinie)

1.8 Takwim program dan cuti sekolah boleh dirujuk pada muka surat 34.

1.9 Ketidakhadiran ke sekolah akan memberikan kesan kepada pelajaran pelajar.

Pengetua menunjukkan data ketidakhadiran dan perkaitan dengan prestasi

pelajaran.

1.10 Pengetua menjemput dan menggalakkan ibu bapa untuk melawat laman web

sekolah kerana terdapat banyak maklumat sekolah serta cara untuk menghubungi

sekolah pada laman web tersebut. Terdapat juga tinta pengetua yang merupakan

hasil tulisan daripada pengetua sendiri. Gambar-gambar aktiviti sekolah serta

pengumuman akan dimaklumkan melalui laman web sekolah.

1.11 Pengetua memberikan definisi/maksud kepada usul atau cadangan. Usul ialan satu

input/cadangan yang mungkin mempengaruhi perjalanan PIBG dari segi

peruntukan, pembiayaan, peraturan, perundangan dan prosedur. Ini memerlukan

supaya ianya dibincangkan oleh PIBG AGM untuk diluluskan dan diterima.

Contoh usul ialah meningkatkan bayaran PIBG dari RM25.00 kepada RM30.00

manakala cadangan pula bermaksud satu input/cadangan yang dianggap lazim dan

operasi serta menepati peraturan dan prosedur sedia ada dan tidak mempunyai

impak kewangan dan peruntukan. Perkara ini boleh diambil tindakan selanjutnya

oleh mesyuarat AJK PIBG AGM. Contoh cadangan ialah projek untuk

meningkatkan bilangan buku di pusat sumber.

2 Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah

2.1 Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu

bapa yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG ini.

2.2 Pihak Lembaga Pengelola Sekolah telah mendapat banyak dana daripada syarikat-

syarikat luar untuk menaik taraf sekolah. Encik Lee juga berharap ibu bapa

bekerjasama untuk menjadikan sekolah lebih baik.

2.3 Sekolah telah banyak melakukan kerja menaik taraf infrastruktur sekolah yang

telah dilaksanakan pada tahun 2011-2012. Antara kerja yang telah dijalankan

ialah mengecat dewan sekolah dan pemasangan kipas di dinding dewan,

pembinaan longkang baru yang berjaya mengelakkan berlakunya banjir kilat,

mengecat ‘façade’ luar sekolah serta bahagian dalam bilik darjah atau kelas,

pemasangan 30 unit komputer baru untuk makmal komputer, membaiki piano (

yang berusia 61 tahun ), memasang siling baru untuk bilik ERT dan bilik Guru

Kanan, penambahan unit pendingin hawa di bilik guru, pemasangan kipas dinding

di setor sukan, bilik SBPT dan bilik mesyuarat, dan lain-lain.

2.4 Semua kerja menaik taraf adalah untuk keselesaan semua guru dan murid-murid.

Keselesaan akan membolehkan guru memberikan idea-idea yang lebih bernas dan

pelajar dapat belajar dan memberikan fokus yang lebih baik.

2.5 Encik Lee berharap agar kerjasama dan sikap tolong menolong antara guru-guru

dan para ibu bapa dapat diperkukuhkan lagi agar tidak berlaku gejala menuding

jari dalam warga SMK Convent Sentul. Segala permasalahan haruslah

diselesaikan dengan cara yang baik dan berhemah. Apabila wujud hubungan

3

kerjasama dan permuafakatan yang baik antara guru dan ibu bapa maka hasilnya

ialah kecemerlangan pelajar-pelajar.

3 Ucapan Pengerusi (Yang diPertua PIBG)

3.1 Yang diPertua PIBG, Puan Rose@Saadiah mengucapkan selamat datang dan

terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini. Puan

Rose@Saadiah juga merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa dan guru yang

telah bertungkus-lumus demi kejayaan pelajar-pelajar PMR pada bulan Disember

tahun lalu. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru sangat penting.

3.2 SMK Convent Sentul merupakan sebuah sekolah yang hebat dan mempunyai

tenaga pendidik yang komited. Kemajuan sekolah kini berada pada tahap yang

membanggakan. Puan Rose@Saadiah juga berbangga dengan ibu bapa dan guru

yang melibatkan diri dalam program-program sekolah.

3.3 Puan Rose@Saadiah mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Geok Ai,

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah mendapatkan banyak dana

dalam menaik taraf sekolah.

3.4 Tujuan utama adalah untuk memajukan sekolah dan kejayaan sekolah menuntut

kerjasama daripada semua pihak.

4 Pengesahan Minit Mesyuarat

4.1 Minit Mesyuarat PIBG kali ke-367 telah diterima oleh ahli-ahli yang hadir.

Pencadang : Encik M.S Guna a/l Pichapillay

Penyokong : Encik Lim Eng Seng

Makluman

5 Perkara-perkara berbangkit

5.1 Tiada perkara berbangkit.

6 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2011/2012

6.1 Puan Rose@Saadiah meminta ibu bapa dan guru – guru yang hadir menyemak

dan meneliti Laporan Tahunan PIBG sesi 2011/2012.

6.2 Puan Rose@Saadiah membentangkan Laporan Tahunan PIBG 2011/2012 .

Formatted: Indent: Left: 0"

Formatted: Normal, Indent: Left: 1"

Formatted: Indent: Left: 0"

4

7 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan 2011/2012

7.1 Laporan Kewangan PIBG 2011/2012 dibentangkan oleh Pn Suriani binti Zainal

Abidin. Beliau membacakan laporan kewangan satu persatu secara terperinci.

7.2 En. Rajgendra a/l Rengan bertanya tentang laporan kewangan untuk setahun

hanya 1 helai sahaja. Beliau mencadangkan agar setiap perbelanjaan perlu ada

lampiran dan lampiran tersebut perlu dilampirkan dalam Buku AGM. Pengetua

memaklumkan bahawa laporan kewangan secara terperinci telah dibuat semasa

Mesyuarat AJK PIBG yang telah diadakan sepanjang tahun dan lampiran telah

disertakan. Pengetua bersetuju dengan cadangan tersebut.

7.3 Penyata kewangan PIBG 2011/2012 telah diterima oleh ahli-ahli yang hadir.

Pencadang : En. Alan Chee Chan Loon

Penyokong : En. Rajgendra a/l Rengan

Tindakan : Pn Suriani Binti Zainal Abidin

8 Membincangkan Usul-usul Bertulis

8

8.1 Puan K. Rajeswary A/P SP Karuppiah mengusulkan Senarai Kutipan Bayaran

Khas Sekolah Tahun 2012 seperti pada mukasurat 36 dalam buku AGM PIBG

kali ke-37 supaya Yuran PIBG seharusnya dinaikkan untuk tahun berikutnya

sejajar dengan sekolah-sekolah lain. Derma PIBG pada tahun sebelum ini adalah

RM25 satu keluarga, sewajarnya dinaikkan kepada RM35 bagi seorang anak,

bukan satu keluarga. Ini kerana kemudahan sekolah dinikmati oleh semua pelajar.

Maklum balas : Setelah perbincangan, semua yang hadir bersetuju sebulat

suara bahawa Yuran PIBG bermula bagi tahun 2012 ini ialah sebanyak RM35.00

sekeluarga

bukan seorang pelajar.

8.2 Beberapa ibu bapa mencadangkan agar Mesyuarat Agung PIBG diadakan

pada hari Sabtu.

Maklum balas : Puan Tan menunjukkan data kehadiran ke mesyurat agung

beberapa tahun lepas. Majoriti sebulat suara memutuskan mengadakan Mesyuarat

Agung PIBG pada hari Jumaat memandangkan kehadiran pada tahun lepas (2011)

baik.

Tahun Bilangan ibu bapa yang

hadir

Hari mesyuarat

diadakan

2009 40 Sabtu

2010 221 Jumaat

2011 156 Jumaat

Formatted: Indent: Left: 0.75", No bullets ornumbering

Formatted: Indent: Left: 1", No bullets ornumbering

Formatted: Indent: Left: 1", No bullets ornumbering

5

8.38.2 Puan Tan Lay Kuen memohon kepada pihak sekolah agar menetapkan tempat atau

bilik tertentu untuk murid-murid yang belajar Bahasa Cina setiap seminggu

sekali.

Maklum balas : Pn Tan menjelaskan kelas Bahasa Cina Ting 1 dan 2 ditempatkan

dibilik Sal manakala kelas Ting 3, 4 & 5 di tempatkan di blok Ting 4. bahawa

pengambilan wajib tidak sama dengan hanya mengambil peperiksaan.

8.4 Encik Z. Amran Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah

yang telah mengupah syarikat kawalan keselamatan yang baru untuk kemudahan

dan keselamatan murid semasa melintas jalan di hadapan sekolah. Diharap,

keadaan ini dapat diteruskan. Pada mesyuarat lepas, saya telah usulkan dan hal ini

dibentangkan dalam mesyuarat.

Maklum balas : Puan Tan mengucapkan terima kasih kerana memberikan usul

pada mesyuarat lalu. Tindakan telah diambil untuk kebaikan bersama.

8.58.3 Puan Rani a/p Nadasen menyusulkan bayaran untuk kelas komputer tetapi tidak

belajar untuk bayaran tersebut dan gelanggang badminton yang sangat kecil dan

kelas untuk Karate-Do tidak dijalankan setiap minggu.

Maklum balas : Puan Tan menjelaskan pada tahun lepas terdapat beberapa kelas

yang telah menjalankan kelas komputer manakala terdapat juga beberapa kelas

yang tercicir berikutan masalah-masalah tertentu. Antaranya ialah memasang unit

komputer baru dalam baikpulih makmal komputer. Pihak sekolah akan membuat

pPemantauan lebih akan dijalankan pada tahun ini bagi memastikan kelas berjalan

dengan lancar. Jadual telah diedarkan dan kelas telah pun bermula pada 20 Feb

lalu. Guru-guru yang terlepas kelas pada tahun lepas telah ditegur dan mereka

telah memberikan surat janji dan akan menggantikan kelas yang ketinggalan.

Datin Cheam pula menjelaskan gelanggang badminton tidak dapat dibesarkan

kerana kekangan ruang kawasan sekolah. Jadual latihan karate bagi tahun ini telah

dirancang bersama dengan jurulatih dan diluluskan oleh Pengetua. Hanya tiada

latihan semasa bulan puasa. Kehadiran semasa cuti sekolah dan cuti umum tidak

memuaskan dan latihan terpaksa dibatalkan.

8.68.4 Encik Subramaniam Perumal mengusulkan bahawa ada usaha mengutip yuran

kelas, yang mahal setiap minggu sebanyak RM1.00 setiap murid. Setiap bulan

sebanyak RM4.00. Jika murid satu kelas ada 40 orang, sebanyak RM1600.00

akan terkumpul untuk 10 bulan.

Maklum balas : Cik Hamidah menjelaskan bahawa kutipan yuran kelas sebanyak

RM4.00 hanya dikutip satu bulan sahaja dan telah dipersetujui oleh majoriti

murid. Dana tersebut digunakan untuk keceriaan kelas. Rekod kutipan dan bil

pembelian boleh dirujuk kepada Bendahari kelas.

8.78.5 Puan Sarimah Jamaluddin menyusulkan bahawa beliau mendapati seluar sukan

sangat tidak berkualiti dari segi ketahanan, jahitan yang mudah koyak. Pelajar

terpaksa memakai seluar sukan yang lain tetapi akan ditulis nama oleh pengawas.

Diharap pihak sekolah dapat menjual seluar sukan yang berkualiti dengan harga

yang sesuai.

Maklum balas : Datin Cheam menjelaskan bahawa jika seluar sukan tidak boleh

digunakan lagi, pelajar boleh memakai seluar yang sama warna dengan seluar

sukan sekolah (track bottom) dan hanya menampal logo sekolah di seluar

tersebut.

Formatted: Indent: Left: 1", No bullets ornumbering

6

8.88.6 Puan Fatimah Abdul Latif menyusulkan tentang seluar sukan terlalu ketat

dibahagian peha dan mahukan cekak getah di bahagian hujung kaki.

Maklum balas : Datin Cheam menjelaskan bahawa koperasi sekolah telah

berusaha mendapatkan ‘track bottom’ yang lebih berkualiti tetapi malangnya

harganya sangat tinggi. Kalau ada pembekal di kalangan ibubapa yang sanggup

menawarkan ‘track bottom’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan beliau

mengalu-alukan supaya menghubungi beliau.

8.98.7 Encik Murugam a/l Periasamy mencadangkan agar aktiviti kokurikulum diadakan

pada hari persekolahan dan bukan pada hari sabtu.

Maklum balas : Datin Cheam memaklumkan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu

ialah aktiviti badan beruniform sahaja. Setiap badan beruniform hanya

dikehendaki berjumpa 180 kali setahun sahaja. Sekolah menghadapi masalah

ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari

persekolahan. Di samping itu tahap kebisingan semasa aktiviti koko akan

menganggu proses P & P sesi petang.

8.108.8 Puan Asnah Bt Wahab berharap agar pihak sekolah lebih menumpukan perhatian

kepada semua murid agar jangan sampai terjebak dengan gejala sosial contohnya

lesbian.

Maklum balas : Puan Tan menjelaskan terdapat program/ motivasi yang telah dan

akan dijalankan untuk murid-murid di bawah unit displin dan kaunseling.

Antaranya ialah ceramah oleh Tryphanae (pelajar yang telah dirawat) selama 2

jam. Pemilihan pelajar untuk ceramah ini adalah berdasarkan kepada terdapat ahli

kelas yang cenderung ke arah perkara tersebut. Ibu bapa perlu menerapkan role

model’ male female’ di rumah agar masalah ini dapat dibendung bersama.

8.118.9 Beberapa ibu bapa menyusulkan tentang makanan yang tidak sihat yang di jual di

kantin dan keadaan kantin yang tidak bersih.

Maklum balas : PK HEM Pn Rohana menyatakan pPihak sekolah telah membuat

beberapa teguran secara lisan dan bertulis kepada pengusaha kantin. 2 surat

amaran secara bertulis telah diberikan.

8.128.10 Puan Halimah Alias menyusulkan supaya memastikan pakaian ke sekolah

sama ada untuk keperluan aktiviti luar kelas yang bersesuaian.

Maklum balas : Cik Hamidah memaklumkn bahawa sSemua aktiviti sekolah yang

dirancang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua murid dan keperluan

memakai pakaian yang sesuai juga telah diumumkan. Contohnya, semasa aktiviti

SENAMROBIK pada 11 Februari, semua murid telah diarahkan memakai pakaian

PJ pada hari tersebut.

8.138.11 Premdeep Kaur menyusulkan tentang stokin sekolah amat ketat walaupun

free saiz dan semua pili air di kantin sekolah tidak berfungsi iaitu jika hendak cuci

tangan, murid terpaksa membuka dari bahagian bawah dan hanya satu pili air

sahaja yang berfungsi.

Maklum balas : Datin Cheam memaklumkan bahawa sSelama ini tidak ada aduan

tentang saiz stoking. Namun begitu koperasi akan berunding dengan pihak

pembekal agar saiz S/M/L/XL dibekalkan untuk tempahan yang berikut.

Kemungkinan besar harga stoking akan dinaikkan.

7

Puan Rohana menjelaskan pPihak sekolah sentiasa menjalankan pemeriksaan

secara berkala di kantin. Aduan pili air di kantin tidak berfungsi adalah tidak

berasas. Semua pili air berfungsi dengan baik.

8.148.12 Wakil ibu bapa bangkitkan keselamatan jalan raya di hadapan sekolah

masih menjadi isu.

Maklum balas : Puan Tan memaklumkan bahawa pPengawal keselamatan

memang menjalankan tugas untuk mengawal keselamatan murid semasa murid

lalu lintas balik dan datang ke sekolah. Begitu juga dengan guru disiplin dan guru

bertugas harian memang ditugaskan untuk memantau murid semasa pergi dan

balik ke sekolah. Sekolah tidak layak untuk mendapat ‘warden traffic’ yang

rasmi. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada pihak DBKL supaya

membina garisan kuning agar dapat mengurangkan kelajuan kenderaan namun

tiada balasan daripada pihak DBKL.

8.158.13 Puan Linda Ong menyatakan latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru

terlalu banyak. Kebanyakan latihan hanya salin daripada buku teks dan tidak

mencabar minda murid.

Maklum balas : Puan Tan memaklumkan bahawa sSemua guru telah diarahkan

memberikan nota dalam bentuk isi tempat kosong supaya dapat mengurangkan

masa untuk menyalin nota penting dan pihak sekolah akan memantau perkara ini

samada dilaksanakan atau tidak oleh guru-guru.

8.168.14 Puan Shaarah Bt Othman mencadangkan program kerjasama antara pihak

ibu bapa dan guru-guru, jabatan atau kerajaan yang berminat iaitu “ Lawatan

Mesra PIBG Bersama Masyarakat”. Antaranya ialah lawatan amal ke pusat

perlindungan & jagaan anak OKU, serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

Maklum balas : Puan Tan mengucapkan tTerima kasih atas cadangan yang telah

diberikan. Pihak sekolah ingin mengetahui pihak yang akan menanggung kos

lawatan tersebut. Sekolah ini bukan merupakan sekolah pendidikan khas dan

kekurangan tenaga untuk memberikan perhatian yang lebih kepada OKU. Sebagai

makluman, sekolah masih kekurangan 2 orang guru untuk proses pengajaran dan

pembelajaran.

9 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013

9.1 Puan Rose@Saadiah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah

menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang sesi 2011/2012 sebelum

jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 dibubarkan.

9.2 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2011/2012.

9.3 Sesi pencalonan dan pemilihan AJK sesi 2012/2013 dimulakan.

9.4 Senarai keputusan AJK PIBG sesi 2012/2013

Penasihat : Pn. Tan Tee Hwa

Yang dDiPertua : Pn. Rose @ Saadiah Binti Ismail

Naib Yang dDiPpertua : En. Mohd Tarmezi Bin Jusoh

Setiausaha Kehormat : Pn. Noor Mazita Binti Ismail

Naib Setiausaha Kehormat : Pn. Erlina Binti Rahim

8

Bendahari Kehormat : Pn. Nur Hidayah binti Mohd Noor

Naib Bendahari Kehormat : Pn.Noor Fazillay Binti Mat Said

AJK Ibu bapa En. Rajgendra a/l Rengan

Encik Solaimannan a/l Alagumalay

En. Subramaniam Perumal

En. Alan Chee Chan Loon

En. Jauhari bin Shamsuddin

En. M.S Guna a/l Pichapillay

Pn. Fauziah binti Othman

AJK Guru : Pn. Norreha Binti Jani

Pn. Siti Shazalina binti Shafie

Cik Kamala Devi a/p Subramaniam

Pn. Sharifah Noorazreen binti Syed Ghazali

Ex-Officio : Cik Rozinah binti Husain

Pn. Rohana binti Abu Hassan

Datin Cheam Swee Har

Cik Hjh. Hamidah binti Mohamed

Guru B&K : Pn. Madiha @ Sarah Aisyah Binti Mansor

Juruaudit (Ibu Bapa) : En. Stanislas a/l Sinappan

Juruaudit (Guru) : Pn. Bong How Lian

Tindakan : Setiausaha Kehormat

10 Penutup

10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.15 malam.

10.2 Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38

Tahun 2013.

Disediakan oleh,

(NOOR MAZITA BINTI ISMAIL)

Setiausaha Kehormat PIBG,

SMK Convent Sentul,

Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

(ROSE @ SAADIAH BINTI ISMAIL)

Yang Dipertua PIBG,

SMK Convent Sentul,

Kuala Lumpur.

Formatted: Indent: Left: 0", First line: 0"

Formatted: Indent: Left: 0.49", First line: 0.49"