Download - Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)
1
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SMK CONVENT SENTUL
JALAN SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR
Tel: 603-40417190 Fax: 603-40440291
Minit Mesyuarat Agung Kali ke-37 Tahun 2012
Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan SMK Convent Sentul
Kehadiran : 126 orang ibu bapa
62 orang guru
AGENDA MESYUARAT :
1 Ucapan Pengetua
1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ibu
bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada tahun ini. Pengetua berbangga
dan bersyukur atas komitmen ibu bapa dan berharap agar sokongan dan kerjasama
akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah atau pun PIBG sendiri.
1.2 Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para AJK PIBG terutama Puan Rose
@Saadiah selaku Yang diPertua yang telah menghadiri setiap majlis atau program
yang diadakan di sekolah serta kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah kerana
telah memberikan banyak dana dan sumbangan peribadi kepada pihak sekolah.
1.3 Data sekolah setakat ini ialah pelajar seramai 1107 orang manakala guru pula
seramai 65 orang. Sekolah masih kekurangan 3 orang staf iaitu 2 orang guru dan
seorang pembantu makmal.
1.4 Untuk laporan sekolah, sekolah telah berjaya memenangi Piala Datuk Bandar
untuk tahun ke-3. Pencapaian akademik dalam PMR pula sebanyak 24.22 %.
Nama pelajar cemerlang PMR telah dimuatkan dalam Buku AGM.
1.5 Sekolah juga telah menjalankan Program MAD (Make A Diffrenece) dimana
pelajar berpotensi dan menunjukkan banyak penambahbaikan dalam keputusan
peperiksaan. Pengetua juga menunjukkan analisis peperiksaan SPM dari tahun
2006-2010.
1.6 Antara aktiviti HEM adalah program sahsiah selepas PMR (Ppasca PMR) yang
telah dijalankan ialah Uncle Button (Badut), model yang menunjukkan
transformasi iaitu Michelle dan guru buta yang boleh bermain catur, piano dan
gitar (Encik Lim)
1.7 Pencapaian Ko-kurikulum pada tahun lepas ialah ‘choral speaking’, catur
peringkat Kebangsaan (Pavitranayagi), ‘public speaking’ peringkat kebangsaan
Formatted: Top: 0.87", Bottom: 0.87"
2
(Joyce Tan Sue Lee), konduktor ‘choral speaking’ peringkat Lembah Klang
(Shamineswari) dan karate (Rishantinie)
1.8 Takwim program dan cuti sekolah boleh dirujuk pada muka surat 34.
1.9 Ketidakhadiran ke sekolah akan memberikan kesan kepada pelajaran pelajar.
Pengetua menunjukkan data ketidakhadiran dan perkaitan dengan prestasi
pelajaran.
1.10 Pengetua menjemput dan menggalakkan ibu bapa untuk melawat laman web
sekolah kerana terdapat banyak maklumat sekolah serta cara untuk menghubungi
sekolah pada laman web tersebut. Terdapat juga tinta pengetua yang merupakan
hasil tulisan daripada pengetua sendiri. Gambar-gambar aktiviti sekolah serta
pengumuman akan dimaklumkan melalui laman web sekolah.
1.11 Pengetua memberikan definisi/maksud kepada usul atau cadangan. Usul ialan satu
input/cadangan yang mungkin mempengaruhi perjalanan PIBG dari segi
peruntukan, pembiayaan, peraturan, perundangan dan prosedur. Ini memerlukan
supaya ianya dibincangkan oleh PIBG AGM untuk diluluskan dan diterima.
Contoh usul ialah meningkatkan bayaran PIBG dari RM25.00 kepada RM30.00
manakala cadangan pula bermaksud satu input/cadangan yang dianggap lazim dan
operasi serta menepati peraturan dan prosedur sedia ada dan tidak mempunyai
impak kewangan dan peruntukan. Perkara ini boleh diambil tindakan selanjutnya
oleh mesyuarat AJK PIBG AGM. Contoh cadangan ialah projek untuk
meningkatkan bilangan buku di pusat sumber.
2 Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah
2.1 Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG ini.
2.2 Pihak Lembaga Pengelola Sekolah telah mendapat banyak dana daripada syarikat-
syarikat luar untuk menaik taraf sekolah. Encik Lee juga berharap ibu bapa
bekerjasama untuk menjadikan sekolah lebih baik.
2.3 Sekolah telah banyak melakukan kerja menaik taraf infrastruktur sekolah yang
telah dilaksanakan pada tahun 2011-2012. Antara kerja yang telah dijalankan
ialah mengecat dewan sekolah dan pemasangan kipas di dinding dewan,
pembinaan longkang baru yang berjaya mengelakkan berlakunya banjir kilat,
mengecat ‘façade’ luar sekolah serta bahagian dalam bilik darjah atau kelas,
pemasangan 30 unit komputer baru untuk makmal komputer, membaiki piano (
yang berusia 61 tahun ), memasang siling baru untuk bilik ERT dan bilik Guru
Kanan, penambahan unit pendingin hawa di bilik guru, pemasangan kipas dinding
di setor sukan, bilik SBPT dan bilik mesyuarat, dan lain-lain.
2.4 Semua kerja menaik taraf adalah untuk keselesaan semua guru dan murid-murid.
Keselesaan akan membolehkan guru memberikan idea-idea yang lebih bernas dan
pelajar dapat belajar dan memberikan fokus yang lebih baik.
2.5 Encik Lee berharap agar kerjasama dan sikap tolong menolong antara guru-guru
dan para ibu bapa dapat diperkukuhkan lagi agar tidak berlaku gejala menuding
jari dalam warga SMK Convent Sentul. Segala permasalahan haruslah
diselesaikan dengan cara yang baik dan berhemah. Apabila wujud hubungan
3
kerjasama dan permuafakatan yang baik antara guru dan ibu bapa maka hasilnya
ialah kecemerlangan pelajar-pelajar.
3 Ucapan Pengerusi (Yang diPertua PIBG)
3.1 Yang diPertua PIBG, Puan Rose@Saadiah mengucapkan selamat datang dan
terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat ini. Puan
Rose@Saadiah juga merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa dan guru yang
telah bertungkus-lumus demi kejayaan pelajar-pelajar PMR pada bulan Disember
tahun lalu. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru sangat penting.
3.2 SMK Convent Sentul merupakan sebuah sekolah yang hebat dan mempunyai
tenaga pendidik yang komited. Kemajuan sekolah kini berada pada tahap yang
membanggakan. Puan Rose@Saadiah juga berbangga dengan ibu bapa dan guru
yang melibatkan diri dalam program-program sekolah.
3.3 Puan Rose@Saadiah mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Geok Ai,
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah mendapatkan banyak dana
dalam menaik taraf sekolah.
3.4 Tujuan utama adalah untuk memajukan sekolah dan kejayaan sekolah menuntut
kerjasama daripada semua pihak.
4 Pengesahan Minit Mesyuarat
4.1 Minit Mesyuarat PIBG kali ke-367 telah diterima oleh ahli-ahli yang hadir.
Pencadang : Encik M.S Guna a/l Pichapillay
Penyokong : Encik Lim Eng Seng
Makluman
5 Perkara-perkara berbangkit
5.1 Tiada perkara berbangkit.
6 Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2011/2012
6.1 Puan Rose@Saadiah meminta ibu bapa dan guru – guru yang hadir menyemak
dan meneliti Laporan Tahunan PIBG sesi 2011/2012.
6.2 Puan Rose@Saadiah membentangkan Laporan Tahunan PIBG 2011/2012 .
Formatted: Indent: Left: 0"
Formatted: Normal, Indent: Left: 1"
Formatted: Indent: Left: 0"
4
7 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan 2011/2012
7.1 Laporan Kewangan PIBG 2011/2012 dibentangkan oleh Pn Suriani binti Zainal
Abidin. Beliau membacakan laporan kewangan satu persatu secara terperinci.
7.2 En. Rajgendra a/l Rengan bertanya tentang laporan kewangan untuk setahun
hanya 1 helai sahaja. Beliau mencadangkan agar setiap perbelanjaan perlu ada
lampiran dan lampiran tersebut perlu dilampirkan dalam Buku AGM. Pengetua
memaklumkan bahawa laporan kewangan secara terperinci telah dibuat semasa
Mesyuarat AJK PIBG yang telah diadakan sepanjang tahun dan lampiran telah
disertakan. Pengetua bersetuju dengan cadangan tersebut.
7.3 Penyata kewangan PIBG 2011/2012 telah diterima oleh ahli-ahli yang hadir.
Pencadang : En. Alan Chee Chan Loon
Penyokong : En. Rajgendra a/l Rengan
Tindakan : Pn Suriani Binti Zainal Abidin
8 Membincangkan Usul-usul Bertulis
8
8.1 Puan K. Rajeswary A/P SP Karuppiah mengusulkan Senarai Kutipan Bayaran
Khas Sekolah Tahun 2012 seperti pada mukasurat 36 dalam buku AGM PIBG
kali ke-37 supaya Yuran PIBG seharusnya dinaikkan untuk tahun berikutnya
sejajar dengan sekolah-sekolah lain. Derma PIBG pada tahun sebelum ini adalah
RM25 satu keluarga, sewajarnya dinaikkan kepada RM35 bagi seorang anak,
bukan satu keluarga. Ini kerana kemudahan sekolah dinikmati oleh semua pelajar.
Maklum balas : Setelah perbincangan, semua yang hadir bersetuju sebulat
suara bahawa Yuran PIBG bermula bagi tahun 2012 ini ialah sebanyak RM35.00
sekeluarga
bukan seorang pelajar.
8.2 Beberapa ibu bapa mencadangkan agar Mesyuarat Agung PIBG diadakan
pada hari Sabtu.
Maklum balas : Puan Tan menunjukkan data kehadiran ke mesyurat agung
beberapa tahun lepas. Majoriti sebulat suara memutuskan mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG pada hari Jumaat memandangkan kehadiran pada tahun lepas (2011)
baik.
Tahun Bilangan ibu bapa yang
hadir
Hari mesyuarat
diadakan
2009 40 Sabtu
2010 221 Jumaat
2011 156 Jumaat
Formatted: Indent: Left: 0.75", No bullets ornumbering
Formatted: Indent: Left: 1", No bullets ornumbering
Formatted: Indent: Left: 1", No bullets ornumbering
5
8.38.2 Puan Tan Lay Kuen memohon kepada pihak sekolah agar menetapkan tempat atau
bilik tertentu untuk murid-murid yang belajar Bahasa Cina setiap seminggu
sekali.
Maklum balas : Pn Tan menjelaskan kelas Bahasa Cina Ting 1 dan 2 ditempatkan
dibilik Sal manakala kelas Ting 3, 4 & 5 di tempatkan di blok Ting 4. bahawa
pengambilan wajib tidak sama dengan hanya mengambil peperiksaan.
8.4 Encik Z. Amran Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
yang telah mengupah syarikat kawalan keselamatan yang baru untuk kemudahan
dan keselamatan murid semasa melintas jalan di hadapan sekolah. Diharap,
keadaan ini dapat diteruskan. Pada mesyuarat lepas, saya telah usulkan dan hal ini
dibentangkan dalam mesyuarat.
Maklum balas : Puan Tan mengucapkan terima kasih kerana memberikan usul
pada mesyuarat lalu. Tindakan telah diambil untuk kebaikan bersama.
8.58.3 Puan Rani a/p Nadasen menyusulkan bayaran untuk kelas komputer tetapi tidak
belajar untuk bayaran tersebut dan gelanggang badminton yang sangat kecil dan
kelas untuk Karate-Do tidak dijalankan setiap minggu.
Maklum balas : Puan Tan menjelaskan pada tahun lepas terdapat beberapa kelas
yang telah menjalankan kelas komputer manakala terdapat juga beberapa kelas
yang tercicir berikutan masalah-masalah tertentu. Antaranya ialah memasang unit
komputer baru dalam baikpulih makmal komputer. Pihak sekolah akan membuat
pPemantauan lebih akan dijalankan pada tahun ini bagi memastikan kelas berjalan
dengan lancar. Jadual telah diedarkan dan kelas telah pun bermula pada 20 Feb
lalu. Guru-guru yang terlepas kelas pada tahun lepas telah ditegur dan mereka
telah memberikan surat janji dan akan menggantikan kelas yang ketinggalan.
Datin Cheam pula menjelaskan gelanggang badminton tidak dapat dibesarkan
kerana kekangan ruang kawasan sekolah. Jadual latihan karate bagi tahun ini telah
dirancang bersama dengan jurulatih dan diluluskan oleh Pengetua. Hanya tiada
latihan semasa bulan puasa. Kehadiran semasa cuti sekolah dan cuti umum tidak
memuaskan dan latihan terpaksa dibatalkan.
8.68.4 Encik Subramaniam Perumal mengusulkan bahawa ada usaha mengutip yuran
kelas, yang mahal setiap minggu sebanyak RM1.00 setiap murid. Setiap bulan
sebanyak RM4.00. Jika murid satu kelas ada 40 orang, sebanyak RM1600.00
akan terkumpul untuk 10 bulan.
Maklum balas : Cik Hamidah menjelaskan bahawa kutipan yuran kelas sebanyak
RM4.00 hanya dikutip satu bulan sahaja dan telah dipersetujui oleh majoriti
murid. Dana tersebut digunakan untuk keceriaan kelas. Rekod kutipan dan bil
pembelian boleh dirujuk kepada Bendahari kelas.
8.78.5 Puan Sarimah Jamaluddin menyusulkan bahawa beliau mendapati seluar sukan
sangat tidak berkualiti dari segi ketahanan, jahitan yang mudah koyak. Pelajar
terpaksa memakai seluar sukan yang lain tetapi akan ditulis nama oleh pengawas.
Diharap pihak sekolah dapat menjual seluar sukan yang berkualiti dengan harga
yang sesuai.
Maklum balas : Datin Cheam menjelaskan bahawa jika seluar sukan tidak boleh
digunakan lagi, pelajar boleh memakai seluar yang sama warna dengan seluar
sukan sekolah (track bottom) dan hanya menampal logo sekolah di seluar
tersebut.
Formatted: Indent: Left: 1", No bullets ornumbering
6
8.88.6 Puan Fatimah Abdul Latif menyusulkan tentang seluar sukan terlalu ketat
dibahagian peha dan mahukan cekak getah di bahagian hujung kaki.
Maklum balas : Datin Cheam menjelaskan bahawa koperasi sekolah telah
berusaha mendapatkan ‘track bottom’ yang lebih berkualiti tetapi malangnya
harganya sangat tinggi. Kalau ada pembekal di kalangan ibubapa yang sanggup
menawarkan ‘track bottom’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan beliau
mengalu-alukan supaya menghubungi beliau.
8.98.7 Encik Murugam a/l Periasamy mencadangkan agar aktiviti kokurikulum diadakan
pada hari persekolahan dan bukan pada hari sabtu.
Maklum balas : Datin Cheam memaklumkan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu
ialah aktiviti badan beruniform sahaja. Setiap badan beruniform hanya
dikehendaki berjumpa 180 kali setahun sahaja. Sekolah menghadapi masalah
ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari
persekolahan. Di samping itu tahap kebisingan semasa aktiviti koko akan
menganggu proses P & P sesi petang.
8.108.8 Puan Asnah Bt Wahab berharap agar pihak sekolah lebih menumpukan perhatian
kepada semua murid agar jangan sampai terjebak dengan gejala sosial contohnya
lesbian.
Maklum balas : Puan Tan menjelaskan terdapat program/ motivasi yang telah dan
akan dijalankan untuk murid-murid di bawah unit displin dan kaunseling.
Antaranya ialah ceramah oleh Tryphanae (pelajar yang telah dirawat) selama 2
jam. Pemilihan pelajar untuk ceramah ini adalah berdasarkan kepada terdapat ahli
kelas yang cenderung ke arah perkara tersebut. Ibu bapa perlu menerapkan role
model’ male female’ di rumah agar masalah ini dapat dibendung bersama.
8.118.9 Beberapa ibu bapa menyusulkan tentang makanan yang tidak sihat yang di jual di
kantin dan keadaan kantin yang tidak bersih.
Maklum balas : PK HEM Pn Rohana menyatakan pPihak sekolah telah membuat
beberapa teguran secara lisan dan bertulis kepada pengusaha kantin. 2 surat
amaran secara bertulis telah diberikan.
8.128.10 Puan Halimah Alias menyusulkan supaya memastikan pakaian ke sekolah
sama ada untuk keperluan aktiviti luar kelas yang bersesuaian.
Maklum balas : Cik Hamidah memaklumkn bahawa sSemua aktiviti sekolah yang
dirancang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua murid dan keperluan
memakai pakaian yang sesuai juga telah diumumkan. Contohnya, semasa aktiviti
SENAMROBIK pada 11 Februari, semua murid telah diarahkan memakai pakaian
PJ pada hari tersebut.
8.138.11 Premdeep Kaur menyusulkan tentang stokin sekolah amat ketat walaupun
free saiz dan semua pili air di kantin sekolah tidak berfungsi iaitu jika hendak cuci
tangan, murid terpaksa membuka dari bahagian bawah dan hanya satu pili air
sahaja yang berfungsi.
Maklum balas : Datin Cheam memaklumkan bahawa sSelama ini tidak ada aduan
tentang saiz stoking. Namun begitu koperasi akan berunding dengan pihak
pembekal agar saiz S/M/L/XL dibekalkan untuk tempahan yang berikut.
Kemungkinan besar harga stoking akan dinaikkan.
7
Puan Rohana menjelaskan pPihak sekolah sentiasa menjalankan pemeriksaan
secara berkala di kantin. Aduan pili air di kantin tidak berfungsi adalah tidak
berasas. Semua pili air berfungsi dengan baik.
8.148.12 Wakil ibu bapa bangkitkan keselamatan jalan raya di hadapan sekolah
masih menjadi isu.
Maklum balas : Puan Tan memaklumkan bahawa pPengawal keselamatan
memang menjalankan tugas untuk mengawal keselamatan murid semasa murid
lalu lintas balik dan datang ke sekolah. Begitu juga dengan guru disiplin dan guru
bertugas harian memang ditugaskan untuk memantau murid semasa pergi dan
balik ke sekolah. Sekolah tidak layak untuk mendapat ‘warden traffic’ yang
rasmi. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada pihak DBKL supaya
membina garisan kuning agar dapat mengurangkan kelajuan kenderaan namun
tiada balasan daripada pihak DBKL.
8.158.13 Puan Linda Ong menyatakan latihan dan tugasan yang diberikan oleh guru
terlalu banyak. Kebanyakan latihan hanya salin daripada buku teks dan tidak
mencabar minda murid.
Maklum balas : Puan Tan memaklumkan bahawa sSemua guru telah diarahkan
memberikan nota dalam bentuk isi tempat kosong supaya dapat mengurangkan
masa untuk menyalin nota penting dan pihak sekolah akan memantau perkara ini
samada dilaksanakan atau tidak oleh guru-guru.
8.168.14 Puan Shaarah Bt Othman mencadangkan program kerjasama antara pihak
ibu bapa dan guru-guru, jabatan atau kerajaan yang berminat iaitu “ Lawatan
Mesra PIBG Bersama Masyarakat”. Antaranya ialah lawatan amal ke pusat
perlindungan & jagaan anak OKU, serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah.
Maklum balas : Puan Tan mengucapkan tTerima kasih atas cadangan yang telah
diberikan. Pihak sekolah ingin mengetahui pihak yang akan menanggung kos
lawatan tersebut. Sekolah ini bukan merupakan sekolah pendidikan khas dan
kekurangan tenaga untuk memberikan perhatian yang lebih kepada OKU. Sebagai
makluman, sekolah masih kekurangan 2 orang guru untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
9 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013
9.1 Puan Rose@Saadiah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah
menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang sesi 2011/2012 sebelum
jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 dibubarkan.
9.2 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2011/2012.
9.3 Sesi pencalonan dan pemilihan AJK sesi 2012/2013 dimulakan.
9.4 Senarai keputusan AJK PIBG sesi 2012/2013
Penasihat : Pn. Tan Tee Hwa
Yang dDiPertua : Pn. Rose @ Saadiah Binti Ismail
Naib Yang dDiPpertua : En. Mohd Tarmezi Bin Jusoh
Setiausaha Kehormat : Pn. Noor Mazita Binti Ismail
Naib Setiausaha Kehormat : Pn. Erlina Binti Rahim
8
Bendahari Kehormat : Pn. Nur Hidayah binti Mohd Noor
Naib Bendahari Kehormat : Pn.Noor Fazillay Binti Mat Said
AJK Ibu bapa En. Rajgendra a/l Rengan
Encik Solaimannan a/l Alagumalay
En. Subramaniam Perumal
En. Alan Chee Chan Loon
En. Jauhari bin Shamsuddin
En. M.S Guna a/l Pichapillay
Pn. Fauziah binti Othman
AJK Guru : Pn. Norreha Binti Jani
Pn. Siti Shazalina binti Shafie
Cik Kamala Devi a/p Subramaniam
Pn. Sharifah Noorazreen binti Syed Ghazali
Ex-Officio : Cik Rozinah binti Husain
Pn. Rohana binti Abu Hassan
Datin Cheam Swee Har
Cik Hjh. Hamidah binti Mohamed
Guru B&K : Pn. Madiha @ Sarah Aisyah Binti Mansor
Juruaudit (Ibu Bapa) : En. Stanislas a/l Sinappan
Juruaudit (Guru) : Pn. Bong How Lian
Tindakan : Setiausaha Kehormat
10 Penutup
10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.15 malam.
10.2 Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38
Tahun 2013.
Disediakan oleh,
(NOOR MAZITA BINTI ISMAIL)
Setiausaha Kehormat PIBG,
SMK Convent Sentul,
Kuala Lumpur.
Disemak oleh,
(ROSE @ SAADIAH BINTI ISMAIL)
Yang Dipertua PIBG,
SMK Convent Sentul,
Kuala Lumpur.
Formatted: Indent: Left: 0", First line: 0"
Formatted: Indent: Left: 0.49", First line: 0.49"