minit mesy agung pibg 2012.doc

9
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS TARIKH : 25 FEBRUARI 2012 MASA : 10.30 PAGI HARI : SABTU TEMPAT : DEWAN SK.SUNGAI MANGGIS PERASMIAN OLEH : ENCIK MOHD NOOR LEZA BIN MANSOR PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SIASATAN DAN ADUAN KEHADIRAN : 80 ORANG 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2011/2012 ( ENCIK HARUN BIN AWANG ) 1.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran wakil PPD, Encik Noor Leza bin Mansor, Guru Besar selaku penasihat PIBG , ibu bapa dan guru-guru dalam mesyuarat pada pagi ini. Beliau menyatakan aktiviti sepanjang 2011 yang telah berjaya dilaksanakan antaranya, kelas bimbingan Tahun 6, solat hajat, sukan tahunan dan lain-lain.Kekangan masa merupakan faktor aktiviti tidak banyak dilaksanakan pada tahun 2011. 1.2 Beliau juga berharap mesyuarat kali ini akan ada pelantikan baru yang dapat membantu dan menyumbang kepada sekolah.Ucapan tahniah ditujukan kepada murid-murid yang telah mendapat 5 A dan 4 A juga ibu bapa masing-masing. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa kerana memberi sokongan yang yang tidak berbelah bahagi kepada PIBG di bawah pimpinan beliau selama dua tahun ini. Tindakan / Makluman : Ibu bapa / penjaga dan guru 2. Ucapan Penasihat PIBG ( ENCIK SANGAJI BIN ANDONG ) 2.1 Beliau memberikan ucapan alu-aluan kepada wakil PPD, YDP PIBG dan para tetamu .Terima

Upload: isniza-suhadak

Post on 25-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESY AGUNG PIBG 2012.doc

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU 2012SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS

TARIKH : 25 FEBRUARI 2012

MASA : 10.30 PAGI

HARI : SABTU

TEMPAT : DEWAN SK.SUNGAI MANGGIS

PERASMIAN OLEH : ENCIK MOHD NOOR LEZA BIN MANSOR PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SIASATAN DAN ADUAN

KEHADIRAN : 80 ORANG

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2011/2012 ( ENCIK HARUN BIN AWANG )

1.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran wakil PPD, Encik Noor Leza bin Mansor, Guru Besar selaku penasihat PIBG , ibu bapa dan guru-guru dalam mesyuarat pada pagi ini. Beliau menyatakan aktiviti sepanjang 2011 yang telah berjaya dilaksanakan antaranya, kelas bimbingan Tahun 6, solat hajat, sukan tahunan dan lain-lain.Kekangan masa merupakan faktor aktiviti tidak banyak dilaksanakan pada tahun 2011.

1.2 Beliau juga berharap mesyuarat kali ini akan ada pelantikan baru yang dapat membantu dan menyumbang kepada sekolah.Ucapan tahniah ditujukan kepada murid-murid yang telah mendapat 5 A dan 4 A juga ibu bapa masing-masing. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa kerana memberi sokongan yang yang tidak berbelah bahagi kepada PIBG di bawah pimpinan beliau selama dua tahun ini.

Tindakan / Makluman : Ibu bapa / penjaga dan guru

2. Ucapan Penasihat PIBG ( ENCIK SANGAJI BIN ANDONG )

2.1 Beliau memberikan ucapan alu-aluan kepada wakil PPD, YDP PIBG dan para tetamu .Terima kasih dan tahniah kerana dapat menjalankan tanggungjawab menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

2.2 Penasihat memaklumkan perkembangan terkini sekolah dimulakan dengan bilangan guru seramai 30 orang, 4 orang guru praktikum, kakitangan sokongan pula seramai 7 orang. Jumlah murid setakat ini ialah seramai . Kemerosotan UPSR ialah dari segi kualiti iaitu 5 orang mendapat 5 A dan 2 orang murid pula mendapat 4 A manakala peratus keseluruhan ialah 74 %. Seterusnya untuk aktiviti sukan,sekolah ini akan menjadi tuan rumah kejohanan bolasepak pada bulan Mac ini. Sekolah juga akan menghantar peserta dalam pertandingan bola jaring dan olahraga.Wakil merentas desa juga dihantar tetapi tidak mendapat tempat.

2.3 Beliau turut menyatakan , sebelum mesyuarat bermula,ibu bapa telah dijamukan dengan motivasi keibubapaan sebagai tambahan kepada ilmu keibubapaan dalam menangani masalah murid .

2.4 Beliau turut mengalu-alukan khidmat ibu bapa yang mempunyai kepakaran dari segi pendidikan untuk membantu pihak sekolah.

Page 2: MINIT MESY AGUNG PIBG 2012.doc

1 2.5 Selain itu beliau menyatakan masalah jalan masuk ke sekolah yang merupakan tanah persendirian, kerjasama pihak tersebut diharapkan untuk menangguhkan dulu pembinaan rumah kedai dan kini sekolah sedang berusaha dengan bantuan Jabatan Pelajaran untuk membina jalan baru, diharap pihak PPD memberi perhatian pada masalah ini.

2.6 Akhir sekali beliau berharap lantikan ajk baru tahun ini dapat memacu kecemerlangan bersama. Usul-usul yang dicadangkan juga akan dibincangkan dan keputusannya dapat

diketahui sebentar lagi.Tindakan / Makluman : Ibu bapa / penjaga dan guru

3. Ucapan Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, ( ENCIK MOHD NOOR LEZA BIN MANSOR PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SIASATAN DAN ADUAN

3.1 Beliau menyampaikan salam takzim daripada Mantan Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid yang telah bertukar ke Kementerian dan digantikan dengan Puan Hajah Foziah binti Haji Mohd Azahari.

3.2 Ucapan tahniah daripada beliau buat pihak sekolah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam pemantauan pihak PPD pada bulan Januari yang lepas.

3.3 Beliau mengharapkan ibu bapa bermuafakat dengan pihak PIBG sekiranya menghadapi sebarang masalah sebelum diajukan kepada PPD.Beliau mengharapkan ibu bapa tidak selalu menyalahkan pihak sekolah dan guru-guru terhadap masalah anak-anak di luar waktu persekolahan kerana itu adalah tanggungjawab masing-masing. Ibu bapa juga perlu prihatin dan menerima dengan hati terbuka sekiranya anak-anak disahkan tergolong dalam OKU,perlulah dihantar ke kelas pemulihan khas sama ada di SMK Sungai Manggis atau SK Olak Lempit.Ramai murid-murid OKU juga yang menghadapi masalah pembelajaran juga mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

3.4 Beliau memaklumkan bahawa setiap PIBG sekolah di negeri Selangor akan menerima sumbangan sebanyak RM 3000.00 daripada Kementerian Pelajaran yang dimasukkan dalam akaun PIBG.

3.5 Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar sanggup membuat apa sahaja demi kejayaan anak-anak termasuk memberi peluang kepada mereka menghadiri kelas tambahan dan membayar yuran kelas tersebut.

3.6 Akhir kata, beliau memaklumkan, PPD berharap sekolah ini akan mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR dan sekiranya pihak sekolah ingin mengadakan majlis,silalah berhubung dengan Bahagian Protokol PPD untuk mendapat khidmat nasihat dengan menghubungi Encik Azman bin Shahril dan Encik Osman bin Sulaiman.Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Tindakan / Makluman : Ibu bapa / penjaga dan guru

4. Penyampaian Saguhati Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2011

5.1 Penyampaian cenderahati kepada Ajk PIBG dan murid-murid yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2011. Murid yang mendapat keputusan 5 A menerima saguhati sebanyak RM70.00 beserta sijil seorang manakala pelajar yang mendapat 4A menerima

2

Page 3: MINIT MESY AGUNG PIBG 2012.doc

saguhati sebanyak RM50.00 beserta sijil yang disampaikan oleh . Berikut adalah nama-nama pelajar yang menerima hadiah:-

5 A1. Atiqah binti Iskandar2. Intan Nur Ain bin Mohd Jailani3. Muhammad Syahmi Haikal bin Norarizan4. Muhammad Khairyl bin Mohd Syukor

4 A1. Muhammad Afiq bin Khairul Anuar2. Kanagambigai a/p Kannan

6. Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG sesi 2002 / 2013

6.1 Encik Azzuran bin Hassan mencadangkan Encik Harun bin Awang, YDP PIBG untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung kali ini. 6.2 Cadangan disokong sebulat suara.

7. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2008

7.1 Minit mesyuarat dibentang oleh YDP PIBG, mewakili Puan Isniza binti Suhadak yang tiada pada hari ini kerana menghadiri kelas interaksi di IPGK Islam,Bangi. 7.2 Dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Abdul Rahman bin Lamalika. 7.3 Cadangan disokong oleh Encik Azzuran bin Hassan.

Tindakan / Makluman : Setiausaha

8. Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG Tahun 2011

8.1 Dibentang oleh Bendahari PIBG, Cik Siti Fadilah binti Haji Saion. 8.2 Dicadang untuk diterima oleh Encik Azzuran bin Hassan. 8.3 Cadangan disokong oleh Encik Abdul Rahman Lamalikan.

Tindakan / Makluman : Bendahari

9. Pemilihan Jawatankuasa Induk PIBG SKSM Sesi 2012 / 2013

9.1 Setelah dijalankan pemilihan keputusannya ialah :

PENASIHAT : En. Sangaji bin Andong (Guru Besar SK.Sungai Manggis) YANG DIPERTUA : Puan Jasmin binti Musa NAIB YANG DIPERTUA : Encik Rosli bin Muhamad SETIAUSAHA : Puan Isniza binti Suhadak BENDAHARI : Cik Siti Fadilah binti Haji Saion

AJK IBU BAPA : Encik Zuri bin Harun Encik Ab. Razak bin Harun Encik Adenan bin Ariffin Puan Haizan bin Mohamed Sohor

3

Page 4: MINIT MESY AGUNG PIBG 2012.doc

Puan Yuzrina binti Yusof

AJK GURU : Encik Shahrul Azuar bin Musahar Encik Jumly bin Abdul Aziz

Puan Mariyani binti Mat Jusoh Puan Hajah Zarina binti Haji Ali

Puan Puspamala a/ p Anjora

JURUAUDIT I : Puan Mariati binti Adnan JURUAUDIT II : Encik Yelumalai a/l Govindaraju

TINDAKAN / MAKLUMAN : Semua ibu bapa /penjaga dan guru

10 . Pembentangan Usul – Usul

Usul –usul yang diterima beserta keputusan

10.1 Bayaran kelas tambahan tahun 6 bermula 2013 akan dimasukkan dalam list buku.Keputusan : Dipersetujui oleh ibu bapa.

10.2 Wakaf untuk murid-murid yang balik lewat disediakan.Keputusan : Dipersetujui oleh ibu bapa dengan menggunakan dana PIBG.

10.3 Kelas tambahan tahun 5 – 6, bayaran sebanyak RM15.00 sebulan ,jumlah keseluruhan RM 105.00Keputusan : Majoriti ibu bapa bersetuju dengan bayaran sebanyak RM 90.00 sehingga bulan Ogos.

10.4 Yuran PIBG dinaikkan mulai 2013 daripada RM 10.00 kepada RM 20.Keputusan : Dipersetujui oleh majoriti ibu bapa.

10.5 Sediakan bilik persalinan / tempat bagi murid-murid menyalin pakaian selepas waktu Pendidikan Jasmani.Keputusan : Penasihat menerangkan pihak sekolah tidak dapat menyediakan bilik untuk tujuan tersebut buat masa ini dan murid-murid dibenarkan tidak menukar baju PJ.

10.6 Perbesarkan jalan masuk ke sekolah.Keputusan : Penasihat telah menerangkan masalah jalan masuk ke sekolah dalam ucapannya iaitu jalan masuk merupakan tanah persendirian dan permohonan membuat jalan baru sedang diusahakan.

10.7 Kurangkan jadual harian untuk matapelajaran kerana beg murid-murid berat.Keputusan :Penasihat menyatakan bahawa matapelajaran telah ditetapkan mengikut Tahap 1 dan 2 berpandukan peruntukan masa yang sepatutnya mengikut jadual.

10.8 Berikan lebih banyak kerja rumah dan latihan berformat UPSR.Keputusan : Puan Vijayaletchumy menerangkan, pada peringkat awal murid perlu

4

Page 5: MINIT MESY AGUNG PIBG 2012.doc

diberi soalan asas sahaja, pada bulan Mei barulah yang berformat UPSR.

10.9 Berikan perhatian kepada murid-murid yang kurang cemerlang supaya prestasi sekolah lebih baik lagi.Keputusan : Penasihat menerangkan pihak sekolah ada menubuhkan jawatankuasa LINUS,ibu bapa boleh menyemak keputusan anak mereka pada bulan Mac. Ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran bolehlah berhubung terus dengan Puan Uma Devi untuk mendapat penjelasan.

10.10 Pantau murid-murid perempuan yang bertudung singkat.Keputusan : Pemakaian tudung tidak diwajibkan sebalikkan hanya digalakkan, terpulang kepada individu tentang cara pemakaiannya.

10.11 Beri perhatian kepada kebersihan tandas.Keputusan : Pihak sekolah akan mengarahkan pekerja sekolah melakukannya.

10.12 Menyarankan PIBG menjual tudung sekolah yang standard, tudung dua lapis panas dan tidak kemas.Keputusan : Penasihat menerangkan, pihak sekolah tidak ada masalah tentang jenis tudung asalkan ibu bapa mampu dan selesa untuk anak-anak. Puan Norhaliza, PK HEM akan usahakan tudung pengawas dibuat seragam.

10.13 Keselamatan di luar pagar sekolah diutamakan.Keputusan : Memang diutamakan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa dan akan diusahakan.

10.14 Tidak melepaskan murid Pra Sekolah sehingga dijemput. Keputusan : Akan dibincangkan dalam mesyuarat Ajk.

10.15 Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya ada aktiviti melibatkan murid-murid. Keputusan : Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah ada membuat hebahan,jika ibu bapa ada keraguan, terus hubungi pihak sekolah untuk penjelasan.

Tindakan / Makluman : Ibu bapa / penjaga

5

Page 6: MINIT MESY AGUNG PIBG 2012.doc

12. Ucapan penangguhan

12.1 Yang Dipertua PIBG yang telah dilantik iaitu Puan Jasmin binti Musa mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menerajui persatuan ini,begitu juga dengan ajk yang baru dilantik.

12.2 Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat memberikan komitmen bagi mendapatkan dana atau memberi sumbangan untuk kebaikan anak didik di sekolah ini.

12.3 Beliau juga menggalakkan kehadiran ajk dalam mesyuarat ajk ,sekiranya ajk tidak dapat memberikan komitmen yang jitu, sijil penghargaan tidak seharusnya diberikan kepada mereka.

12.4 Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.

6

Disediakan Oleh:

………………………………….……(PUAN ISNIZA BINTI SUHADAK)Setiausaha PIBGSekolah Kebangsaan Sungai Manggis

Disemak oleh:

……………………………………(PUAN JASMIN BINTI MUSA)Yang Dipertua PIBGSekolah Kebangsaan Sungai ManggisSesi 2012/2013