minit mesy 1 2013bt (1)

4
SJKT LADANG MAYFIELD, 13300 TASEK GELUGOR, SPU, PULAU PINANG MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL BIL. 1/2013 Tarikh : 27 Disember 2012 Masa : 9 pagi- 10.30 pagi Tempat : Bilik Guru Pengerusi : PN SAROJINI A/P GOPALOO Kehadiran : Bi l. Nama Jawatan 1. PN.LAKSHIMI A/P THANIMALAI Guru Besar dan Guru Bahasa Tamil Tahun 6 (Pemahaman) 2. PN.SAROJINI A/P GOPALOO Ketua Panitia, Guru Bahasa Tamil Tahun 1 dan Tahun 6 (Penulisan) 3. PN.LOGAMMAL A/L SUNMUGAM Guru Bahasa Tamil Tahun 5 4. PN.TAMAYANTHI A/P KANAGASAVAI Guru Bahasa Tamil Tahun 4 5. EN.PAUL MICHAEL A/L MARIDUS Guru Bahasa Tamil Tahun 3 6. PN.LETCHUMY A/P MUNUSAMY Guru Bahasa Tamil Tahun 2 Tidak Hadir Bersebab : 1. 1

Upload: paul-michael

Post on 12-Aug-2015

45 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesy 1 2013bt (1)

SJKT LADANG MAYFIELD, 13300 TASEK GELUGOR, SPU, PULAU PINANGMINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL BIL. 1/2013

Tarikh : 27 Disember 2012Masa : 9 pagi- 10.30 pagiTempat : Bilik GuruPengerusi : PN SAROJINI A/P GOPALOO

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. PN.LAKSHIMI A/P THANIMALAI Guru Besar dan Guru Bahasa Tamil Tahun 6 (Pemahaman)

2. PN.SAROJINI A/P GOPALOO Ketua Panitia, Guru Bahasa Tamil Tahun 1 dan Tahun 6 (Penulisan)

3. PN.LOGAMMAL A/L SUNMUGAM Guru Bahasa Tamil Tahun 5

4. PN.TAMAYANTHI A/P KANAGASAVAI Guru Bahasa Tamil Tahun 4

5. EN.PAUL MICHAEL A/L MARIDUS Guru Bahasa Tamil Tahun 3

6. PN.LETCHUMY A/P MUNUSAMY Guru Bahasa Tamil Tahun 2

Tidak Hadir Bersebab : 1.

1.0 Perutusan Pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua ahli mesyuarat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti minit mesyuarat yang lalu (Bil. 4/2012)

dan seterusnya membuat pengesahan.2.2 Encik Paul Michael mencadangkan minit mesyuarat Panitia Bahasa Tamil disahkan

dan disokong oleh PN.Logammal.

3.0 Perkara Berbangkit3.1 Analisa Keputusan Ujian PKSR 2

1

Page 2: minit mesy 1 2013bt (1)

Ucapan tahniah diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas keputusan ini. Diharap semua guru akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Makluman3.2 Pencapaian UPSR tahun 2012

Ucapan tahniah dan syabas kepada guru Bahasa Tamil Tahun 6 kerana mencapai 100% dalam matapelajaran pemahaman dan 91.67% dalam matapelajaran penulisan UPSR 2012. Guru Bahasa Tamil tahun 6 (2012) berkongsi teknik-teknik mengajar bersama dengan guru-guru yang lain.

Makluman3.3 Program Bacaan Pagi

Semua guru Bahasa Tamil perlu merekod tahap pencapaian murid dalam borang yang disediakan .

Makluman3.4 Program Menulis Karangan

Semua guru Bahasa Tamil tahap 2 perlu memberi sekurang-kurangnya 2 buah karangan dalam seminggu kepada murid dan tahap 1 pula perlu memberi sebuah karangan. Guru matapelajaran perlu memeriksa buku karangan dan suruh murid menyalin balik karangan yang diperiksa. Guru matapelajaran juga perlu memeriksa buku karangan contoh yang diberi oleh Guru Cemerlang.

Makluman

3.5 Program EjaanGuru Bahasa Tamil perlu memberi ejaan kepada murid pada setiap minggu. Guru juga perlu memastikan murid membuat pembetulan.

Makluman4.0 Hal-Hal Profesional

4.1 Rancangan Pelajaran4.1.1 Semua guru Bahasa Tamil diminta bersedia dengan rancangan tahunan

yang bersesuaian dan terkini. Guru tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 KSSR diminta memuat turun Pemetaan Tahunan Bahasa Tamil yang berkenaan di laman sesawang www.jpnpp.edu.my.

4.1.2 Rekod persediaan mengajar harian ditulis seperti biasa kecuali untuk guru yang mengajar Bahasa Tamil tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 KSSR. Terdapat beberapa perubahan untuk rancangan pengajaran harian yang perlu mengikut kehendak KSSR.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Tamil4.2 Rancangan Aktiviti Tahunan

4.2.1 Berkaitan dengan Program Panitia Bahasa Tamil ,Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Tamil akan melaksanakan beberapa Program pada tahun ini seperti Program Penulisan Karangan, Program Ejaan, Program Bacalah Sayang, Program Kelas Pemulihan, Program Minggu Bahasa, Program Satu Perkataan Sehari dan program bacaan pagi.

4.2.2 Mengemaskini sudut panitia dan taklimat KSSR tahun 1 hingga tahun 3.Tindakan : Semua Guru Bahasa Tamil

4.3 KSSR

2

Page 3: minit mesy 1 2013bt (1)

4.3.1 Program KSSR Bahasa Tamil Tahun 1 hingga tahun 3 akan bermula pada tahun 2013. Guru-guru yang terlibat mengajar tahun 1 hingga tahun 3 perlu memahami KSSR dan cara menulis rancangan harian P & P.

4.3.2 Contoh pemetaan Bahasa Tamil untuk KSSR telah dibincangkan bersama guru tahun 1 hingga tahun 3.

Tindakan : Guru KSSR Bahasa Tamil

4.4 Peperiksaan4.4.1 Guru perlu menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan PKSR 1 &

PKSR 2 dan juga ujian bulanan. Penilaian untuk murid tahun 6 iaitu ujian UPTP akan diadakan sebanyak 3 kali.

4.4.2 Guru KSSR perlu membuat pentaksiran berasaskan sekolah sebaik sahaja kemahiran diajar. Guru perlu mengisi markah dalam portal mengikut takwim yang diberi.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Tamil

5.0 Hal-Hal Lain5.1 Guru perlu membuat perancangan P&P dan bahan pengajaran untuk tahun 2013.5.2 Guru perlu menyemak buku latihan & buku aktiviti murid secepat mungkin untuk

mengesan kelemahan murid.seboleh-bolehnya latihan diberikan selepas tajuk diajar mengikut tahap murid dan tempoh latihan yang diberikan sesuai dengan keupayaan murid.

5.3 Guru perlu memaklumkan kepada ketua panitia bahan BBM atau alatan yang diperlukan dalam P&P yang perlu dibeli.

5.4 Guru juga perlu menyediakan BBM yang berkaitan untuk memudahkan proses P&P dijalankan.

5.5 Guru KSSR perlu menyediakan rekod transit. Tindakan : Semua Guru Bahasa Tamil

6.0 Ucapan PenangguhanPengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap semua perancangan akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan Oleh:

..........................................(PN.SAROJINI GOPALOO)Ketua PanitiaPanitia Bahasa TamilSJKT LDG. MAYFIELDTarikh: 27 Disember 2012

3