minit meeting kh ke2

Upload: ed-wahid

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Minit Meeting Kh Ke2

    1/4

    Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai,Panitia Kemahiran Hidup,KM 11, Bukit Rambai,75250 Melaka. Tel : 06-3353137

    Rujukan kami : SKBR / PKH / 02 / 11 / 01

    MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KE 2/2011

    1. Tarikh : 6 Julai 20112. Masa : 1.10 petang3. Tempat : Bilik Guru SKBR4. Kehadiran :

    4.1 Puan Noralizawati binti Ahmad ( Pengerusi )4.2 Encik Annuar bin Ab. Rashid ( Setiausaha )4.3 Puan Haslinda binti Omar

    4.4 Puan Nurazlina binti Jamaludin4.5 Puan Saliza binti Hj Selim4.6 Encik Zulkifli bin Abd Hamid4.7 Encik Nor Wahidey bin Zakaria

    Turut hadir : 4.8 Puan Fazilah binti Madun ( GPK Pentadbiran )

    Agenda Mesyuarat

    1. Ucapan Pengerusi

    1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan kehadiran guru-guru dalam mesyuarat panitia kalikedua ini.

    1.2 Selamat datang kepada guru-guru yang baru dilantik mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup.1.3 Beliau berharap agar guru-guru dapat memberikan maklum balas terhadap segala aktiviti panitia

    dan kerjasama dalam menjadikan panitia Kemahiran Hidup sebagai panitia yang unggul.

    Tindakan : Makluman semua guru

    2. Ucapan Penasihat Puan Fazilah binti Madun ( GPK Pentadbiran )

    2.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat panitia Kemahiran Hidupkali ke 2 ini

    2.2 Beliau berharap agar semua projek dapat dibuat dengan baik oleh para pelajar.2.3 Semoga perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

  • 7/31/2019 Minit Meeting Kh Ke2

    2/4

    Tindakan : Makluman semua guru

    3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bilangan 1/2011

    3.1 Cadangan : Pn. Saliza binti Hj Selim3.2 Disokong : Pn. Nurazlina binti Jamaludin

    4. Bangkitan daripada minit

    Tiada

    5. Perkara-perkara yang dibincangkan

    5.1 Analisa Ujian Pengesanan 3 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

    5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa analisa boleh dilihat pada lampiran yang telah diedarkankepada semua guru.

    Tindakan : Makluman semua guru

    5.2 Kekuatan dan kelemahan

    5.2.1 Kekuatan- Soalan yang digubal mengikut teknik penggubalan yang betul. Murid-murid mudah untuk

    menjawabnya. Tahniah kepada barisan penggubal soalan.- Bilangan murid yang tidak hadir juga agak memberangsangkan.

    5.2.2 Kelemahan- Bilangan murid yang gagal agak membimbangkan. Sila rujuk lampiran terutamanya pada

    analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun.

    5.2.3 Cadangan- Guru perlu bertindak dengan memantapkan lagi strategi pengajaran guru dalam

    mengurangkan jumlah murid yang gagal dan menarik minat murid.- Contohnya dengan mempelbagaikan aktiviti p&p yang lebih menyeronokkan

    Tindakan : Makluman semua guru

  • 7/31/2019 Minit Meeting Kh Ke2

    3/4

    5.3 Jadual Penggunaan Bengkel

    - Pengerusi mendapati penggunaan bengkel pada tahap yang amat baik. Beliaumengucapkan terima kasih kepada semua guru. Tetapi beliau berharap agar guru lebihmenitikberatkan aspek kebersihan bengkel selepas menggunakan bengkel agar murid-

    murid kelas seterusnya berasa lebih selesa.

    Tindakan : Makluman semua guru

    5.4 Set Jahitan Tahun 6 dan Tahun 6

    - Pengerusi mengucapkan tahniah sekali lagi terutamanya kepada guru Tahun 5 yang berjayamembimbing murid-murid menyiapkan projek jahitan anak patung. Jika masih ada muridyang belum memiliki set jahitan, sila datang berjumpa dengan pengerusi.

    - Manakala untuk murid-murid Tahun 6 pula, set jahitan hanya akan diberi selepaspeperiksaan UPSR iaitu terkandung dalam Aktiviti Selepas UPSR.

    - Ini memastikan bahawa semua set jahitan itu akan digunakan oleh semua murid sebagaimengisi masa lapang selepas menghadapi UPSR.

    Tindakan : Makluman semua guru

    5.5 Penggubal Soalan untuk Ujian Pengesanan 4 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2011

    Jenis peperiksaan Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

    Ujian Pengesanan 4 En. Omar bin Md Yasim En. Wahidey bin Zakaria Pn. Noralizawati bintiAhmadPeperiksaan Pertengahan Tahun En. Zulkifli bin Abd

    HamidPn. Noralizawati binti

    AhmadPn. Nurazlina binti

    Jamaludin

    Tindakan : Makluman semua guru

    6. Hal-hal lain- Pengerusi meminta pihak pentadbir agar memberikan jawatan pengerusi panitia kepada

    guru yang lain. Ini memandangkan pengerusi sudah menyandang jawatan ini selama 3tahun dan pentadbir perlu memberi peluang kepada guru-guru lain untuk menonjolkanbakat dan sifat kepimpinan yang ada.

    - Pengerusi meminta kerjasama semua guru untuk membantunya dalam menaiktaraf danmengemaskini bengkel Kemahiran Hidup yang baru agar lebih tersusun. Kerjasamadaripada semua guru dalam memberikan idea yang lebih baik adalah amat dialu-alukan.

  • 7/31/2019 Minit Meeting Kh Ke2

    4/4

    - Pengerusi juga meminta agar pihak pentadbir dapat menyelenggara sumber elektrik padabengkel Kemahiran Hidup (Kerja Kayu) yang terletak bersebelahan dengan surau. Ini adalahkerana hanya 1 kipas sahaja yang berfungsi dan terletak terlalu jauh dari kelas Tahap 2.

    - Akhir sekali, pengerusi meminta kerjasama pihak pentadbir agar memasukkan panitiaKemahiran Hidup dalam menjayakan Aktiviti Selepas UPSR dan akan bekerjasama denganpanitia yang lain.

    7. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ( ENCIK ANNUAR BIN AB. RASHID) ( PUAN NORALIZAWATI BINTI AHMAD )

    Setiausaha, Pengerusi,

    Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kemahiran Hidup,

    SK Bukit Rambai, Melaka. SK Bukit Rambai, Melaka.