minggu kecergasan

12
ANJURAN: GURU PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DENGAN KERJASAMA JABATAN KESIHATAN SEREMBAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LOBAK

Upload: vikneswaran-gunahlan-nesh

Post on 08-Dec-2015

1.493 views

Category:

Documents


164 download

DESCRIPTION

kertas kerja sempena minggu kecergasan

TRANSCRIPT

Page 1: minggu kecergasan

ANJURAN:GURU PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

DENGAN KERJASAMAJABATAN KESIHATAN SEREMBAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LOBAK

Page 2: minggu kecergasan

Tuan,

Page 3: minggu kecergasan

Memohon Kelulusan Mengadakan Minggu Kecergasan 2015 Peringkat Sekolah

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas, saya Vikneswaran a/l M.Gunahlan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani memohon jasa baik sekolah untuk memberi kelulusan bagi mengadakan Minggu Kecergasan peringkat sekolah.

2. Bersama-sama ini saya mengemukakan kertas cadangan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.

Sekian terima kasih,

Saya yang menjalankan tugas,

(VIKNESWARAN A/L M.GUNAHLAN)Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

TUJUAN KERTAS KERJA DIBUAT

Page 4: minggu kecergasan

Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk menunjukkan perancangan dan

perjalanan projek bagi mendapatkan pengesahan dan kelulusan dari pihak atasan

sekolah.

1.TAJUK

Minggu Kecergasan 2015 peringkat sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak

2. DIKEMUKAKAN OLEH

Panitia Pendidikan Jasmani dan kesihatan

SJKT Lobak

3. PENGENALAN

Minggu Kecergasan meruapakan program yang telah dirancangkan sewaktu mesyuarat

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Minggu ini juga menjadi satu program yang

dirancangkan oleh Jabatan Negeri Sembilan sempena dengan Hari Sukan Negara.

Pelbagai aktiviti di jalankan untuk menyemarahkan lagi Minggu Kecergasan bagi

mengutamakan gaya hidup sihat dan cergas di kalangan warga sekolah.

4.ASAS PERTIMBANGAN :

Projek ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan memenuhi

kehendak Falsafah Pendidikan Negara dengan mengutamakan amalan JERI. Pada masa

yang sama, Minggu ini dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah untuk

mengetahui kepentingan amalan hidup sihat dan melahirkan warga sekolah yang cergas.

5. RASIONAL:

Page 5: minggu kecergasan

Melalui projek ini, guru dapat mengetahui cara merancang , mengurus , mengelola dan

mentadbir sesuatu program. Di samping itu, murid berpeluang untuk memperluaskan ilmu

pengetahuan dalam bidang pendidikan jasmani dan mendapat pengalaman berkaitan

aspek – aspek pengurusan dan pengelolahan aktiviti yang akan dijalankan ini. Murid-

murid dapat mengetahui amalan hidup sihat dan cergas dan menyemarakkan budaya

sukan di kalangan murid-murid.

6. MATLAMAT :

1. Memberi ilmu pengetahuan kepada guru tentang perancangan , pengelolaan dan

perlaksanaan sesuatu aktiviti.

2. Mewujudkan suasana budi bahasa dan membangkitkan semangat kerjasama di

kalangan guru dan murid yang bakal menempuh cabaran pengurusan satu hari

nanti.

3. Untuk membentuk tabiat menjaga kesihatan dalam kalangan murid sekolah

rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan agar

mereka dapat:

Mengamalkan cara hidup sihat

Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota

keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat

Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan

aktiviti kesihatan di sekolah

4. Memperkukuhkan penglibatan guru dan warga sekolah dalam usaha

meningkatkan kesihatan pelajar.

5. Mempertingkatkan kerjasama antara jabatan kesihatan dengan jabatan

pendidikan dalam menggalakan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid

sekolah rendah.

7. OBJEKTIF

Page 6: minggu kecergasan

I. Mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan mecapai matlamat satu Malaysia.

II. Mencungkil bakat-bakat baru

III. Memberi pengalaman kepada guru untuk merancang , mengurus dan

melaksanakan aktiviti ini.

IV. Menambah pengetahuan guru dalam merancang , menguruskan dan

melaksanakan sesuatu aktiviti.

V. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai permainan tradisional.

VI. Melahirkan warga Sekolah Kebangsaan SJKT Lobak yang sihat.

VII. Mengetahui cara hidup yang sihat dan dapat aplikasikan ilmu dalam kehidupan

harian.

VIII. Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi Negara

8. KUMPULAN SASARAN

Semua guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak

9. PELAKSANAAN

Tarikh : 5 Oktober 2015 hingga 10 Oktober 2015

10. JADUAL AKTIVITI

Page 7: minggu kecergasan

TARIKH MASA AKTIVITI

5 Oktober 2015 7.30 am Perasmian Minggu Kecergasan 2010

Kuiz (Tahun 1 hingga 6)

6 Oktober 2015 7.00 am

8.00 am

Senamrobik

Permainan Tradisional (Tahun 6)

7 Oktober 2015 7.00 am

7.30 am

2.00 pm

Senamrobik

Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring (Tahun 6)

Bowling antara guru

8 Oktober 2015 7.00 am

7.30 am

Senamrobik

Permainan Tradisional (Tahun 6)

9 Oktober 2015 7.40 am Senamrobik

Ceramah kesihatan (Tahap 2)

10 Oktober 2015 VIII.0 am

8.30 am

10.00 am

Senamrobik

Sukaneka

Majlis penutupan

Sepanjang

minggu

Kecergasan

Waktu Seni

dan Bahasa

Melayu

Tahap 1- Lukisan dan mewarna

Tahap 2- Menulis karangan

11. ORGANISASI JAWATANKUASA MINGGU KECERGASAN 2015

PERINGKAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LOBAK

Page 8: minggu kecergasan

PENASIHAT:

Pn Nachi a/p Karuppaiyah (Guru Besar)

Pn Rajeswari a/p Maniyam (PK1)

Pn Santhy a/p Ganeson (PK HEM)

En Ramesh Kumar a/l Govindarajoo (PK KK)

AHLI JAWATANKUASA:

Pengerusi: Vikneswaran a/l M.Gunahlan

Naib pengerusi : Pn Parvathi a/p Thangaveloo

Setiausaha: Cik Shanila a/p Govindarajoo

Naib Setiausaha: Mani Megalai a/p Alagarsamy

Bendahari: Chandaran a/l Govindasamy

Naib Bendahari: Kalaichelvam a/l Raman

AJK Hadiah: Pn Punitha

AJK Makanan dan Minuman : Cik Hanitha

AJK Jemputan: Pn Mageswari

AJK Dokumentasi: En Nasyat

AJK Buku Program : Pn Rathika

AJK Senamrobik : Pn Sivapakiyam, Cik Shanila

Pn Chitra

12. PERBELANJAAN:

Segala peruntukan sepanjang Minggu Kecergasan 2015 ditanggung oleh Pihak Sekolah.

Page 9: minggu kecergasan

BIL HADIAH HARGA

1 Pertandingan Menulis Karangan Tahap 2 Hadiah

Pertama- RM 6.00 (x6)

Kedua- RM 5.00 (x6)

Ketiga- RM 4.00 (x6)

=RM 90.00

2 Pertandingan Mewarna Tahap 1 Hadiah

Pertama- RM 6.00 (x6)

Kedua- RM 5.00 (x6)

Ketiga- RM 4.00 (x6)

=RM 90.00

3 Sukaneka Hadiah

Pertama- RM 50.00 (x1)

Kedua- RM 40.00 (x1)

Ketiga- RM 30.00 (x1)

Saguhati – RM 25.00 (X4)

=RM 220.00

4 Permainan tradisional Hadiah

Pertama- RM 6.00 (x4)

Kedua- RM 5.00 (x4)

Ketiga- RM 4.00 (x4)

=RM 60.00

5 Pertandingan bola sepak Hadiah

Pertama- RM 4.00 (x8)

Kedua- RM 4.00 (x8)

=RM 64.00

6 Pertandingan Bola Jaring Hadiah

Pertama- RM 4.00 (x8)

Kedua- RM 4.00 (x8)

=RM 64.00

7 Ceramah Kesihatan

Page 10: minggu kecergasan

Cenderamata

Kuiz lisan

RM 30.00

RM 2.00 (x12)

=RM 54.00

8 Banner RM 30.00

13. PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti ini akan memberikan banyak manfaat selaras dengan sukatan

pelajaran. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan program ini dengan sebaik

yang mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dahului dengan ucapan terima

kasih. Melalui program ini, kami dapat mempertingkatkan pengetahuan di samping

menjana idea baru mengenai program-program seperti ini di sekolah bagi merancakkan

lagi penglibatan pelajar. Kami amat berharap pihak tuan/puan dapat memberi

pertimbangan yang sewajarnya dan meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada

pihak tuan/puan amat dihargai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________ ___________ _________________________________

(Vikneswaran a/l M.Gunahlan) (EN. Ramesh Kumar a/l Govindaraju)

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, Penolong Kanan Kokurikulum,

SJKT Lobak, SJKT Lobak,

70200 Seremban , 70200 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Sembilan Darul Khusus.

JUMLAH: RM 672.00

Page 11: minggu kecergasan

Diluluskan oleh,

(Pn Nachi a/p Karuppiah)

Guru Besar,

SJKT Lobak,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.