minggu 2

4
ISL (Minggu 2): Mengumpul maklumat berkaitan kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar- bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang

Upload: pei-chin

Post on 24-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 2

ISL (Minggu 2): Mengumpul maklumat berkaitan kepentingan perpaduan

dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia.

Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam

memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan

dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi,

budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam

pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap

golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan.

Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti

berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka

semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh

diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang

pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi

Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum

sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-

masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era

kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina

yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini

telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas

kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh

itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh

memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu

dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-

orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya

perpaduan ini, ia dapat  menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari

pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara

dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita

Page 2: Minggu 2

kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat

seperti ini.

            Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan

peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya

yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat

menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara

kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang

pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri

daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai

pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek

budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita.

Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat

merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan

masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di

samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan

kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-

agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa

juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran

etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan

sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi

pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni

dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua

etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari

segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang

berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap

masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang

terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara

ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara

kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang

tidak diingini.

Page 3: Minggu 2

            Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita

haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa

sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara

yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah berlaku di

Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai

masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu,

pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk

memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum

berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang

tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk

melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara

kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap

kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini

mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan

etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada

luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya

daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah

bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai

wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.