minggu 11

40
1

Upload: jaeger

Post on 19-Mar-2016

60 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MINGGU 11. Ayat Tunggal, Ayat Aktif dan Ayat Pasif. OBJEKTIF. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: binaan ayat tunggal konstituen ayat tunggal ayat aktif ayat pasif. AYAT TUNGGAL. Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MINGGU 11

1

Page 2: MINGGU 11

OBJEKTIF

Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:

• binaan ayat tunggal

• konstituen ayat tunggal

• ayat aktif

• ayat pasif

2

Page 3: MINGGU 11

AYAT TUNGGAL

• Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja.• Konstituen untuk setiap unsur ayat seperti subjek dan predikat hanyalah satu

atau merupakan satu kesatuan.• Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian

ayat yang menerangkan.• Semua unsur inti diperlukan, di samping unsur bukan inti seperti keterangan

tempat, waktu dan alat.• Ayat tunggal wujud dalam bentuk bentuk pendek dan dalam bentuk panjang.• Contoh:

> Dia guru> Pensyarah bahasa kami akan dikirimkan ke negeri China.> Kami mahasiswa

3

Page 4: MINGGU 11

BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL

FRASA NAMA

Kata nama nama amnama terbitan

Nama khas

Kata ganti nama nama orangnama tunjuk

Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.

4

Page 5: MINGGU 11

BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL

• FRASA NAMA• Contoh:

> Buah kedondong itu untuk isterinya (KNAm).> Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad mantan

Perdana Menteri Malaysia (KNKhas).> Lakonannya amat mengagumkan (KNTerbitan).> Ini kawasan larangan (KGNTunjuk).> Kita berlakon drama (KGNOrang).> Berternak ikan amat menyeronokkan (KKJ).> Manis itu racun (KADJ).

5

Page 6: MINGGU 11

BINAAN PREDIKAT AYAT TUNGGAL

• Predikat FN nama khasnama amnama terbitan

• Predikat FKJ kata kerja asal (berimbuhan dan tidak berimbuhan)

kata kerja terbitankata bantu (aspek dan ragam)unsur keterangan

• Predikat FAdj

• Predikat FSN

6

Page 7: MINGGU 11

UNSUR FRASA PREDIKAT

UNSUR UTAMA UNSUR PILIHAN

Frasa Nama (FN) Kata Nafibukan, tidak

Frasa Kerja (FKJ)

Frasa Adjektif (FAdj) kata pemeriialah, adalah

Frasa Sendi Nama (FSN)

7

Page 8: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA NAMA

• Dua FN akan mewujudkan ayat jika terdapat pemisahan yang wajar antara bahagiannya sehingga dapat ditafsirkan sebagai dua FN.

• Predikat FN dikenali juga dengan nama ayat persamaan atau ayat ekuatif.

• Contoh:> Orang itu Perdana Menteri Turki (KNkhas)> Beliau sasterawan (KNam)> Pandangannya suatu keasyikan (KNterbitan)> Dua orang perawan itu (frasa)> Dua orang itu perawan (ayat) – (S + P)> Dua orang itulah perawan (ayat) – (P + S)

8

Page 9: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

KATA KERJA ASAL

Tidak berimbuhan berimbuhan

KKTT KKT KKTT KKT

hilang makan bernyanyi mengarangmandi minum tertidur menjahitdatang terjatuh membukaketawa membincangkanpulang

9

Page 10: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

KATA KERJA ASAL

Contoh:

> Mahasiswa itu bangun (KKTT).> Mahasiswi ini makan budu (KKT).> Mahasiswi itu minum todi (KKT).> Motosikal itu tercampak ke gaung (KKTT +

imbuhan)> Manaf mencipta pantun (KKT + imbuhan)

10

Page 11: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

KATA KERJA TERBITAN

KATA NAMA KATA ADJEKTIF

KATA KERJA TRANSITIF

membuahkanmenghadiahimenyekolahkanmemperindahmenghalusimempertajam

11

Page 12: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

• Contoh:

> Usahanya telah membuahkan hasil. (KN)> Suami telah menghadiahkan kereta kepada

isterinya. (KN)> Orang itu telah menyekolahkan anaknya. (KN)> Rahimah telah mempercantik hiasan dalaman

rumahnya. (KAdj)> Perdana Menteri menghalusi memorandum

itu. (KAdj)> Orang muda perlu mempertajam minda.

(KAdj)

12

Page 13: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

KATA BANTU

KBA + KBR KBR KBA

sedang hendak hendak akanbelum mahu mahu belumharus pernah harus pernahbelum boleh mesti sedangmasih belum dapat boleh masihmasih boleh dapat sudah

mesti boleh telahmesti dapat belum pernahharus dapat masih belum

13

Page 14: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

• Contoh:

> Anaknya akan berkahwin minggu hadapan.> Mahasiswi itu hendak berkenalan dengan anda.> Murid harus boleh membaca buku.> Anda belum boleh berumah tangga.> Isterinya sedang hendak bersalin.> Ayahnya sudah pergi ke laut.> Dia mahu bercakap tetapi malu.> Orang tua itu masih boleh mengangkat kelapa.> Ahmad masih belum dapat mencari buah

hatinya.

14

Page 15: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF

UNSUR KETERANGAN(FRASA SENDI NAMA)

15

Page 16: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA KERJA

• Contoh:

> Dia membincangkan perkara itu dengan kawannya.

> Angin bertiup dengan laju.

> Peperiksaan akan berakhir pada jam 4.00 petang.

> Buah hatinya menonton wayang di Singapura.

> Mahasiswa itu berlagak seperti pelakon filem.

16

Page 17: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

KATA SELAPIS KATA GANDA

biru, jernih, pahit, manis, pandai-pandaimuda, geram, nipis, tebal, panjang-

panjanghijau amat, sungguh keruh, kelabu-kelabusangat pahit, terlalu tua, cemas-cemasgeram benar, dalam sekali, jahil-jahilbaik betul, indah nian, malu-malulebih ajaib, paling cemburu, rajin-rajintermanis, terkesima bodoh-bodoh

17

Page 18: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

• Contoh:

> Air sungai itu amat jernih.> Kulit mahasiswi ini sangat nipis.> Warna laut itu bniru amat.> Suaminya terlalu tua.> Isterinya lebih cemburu daripada isteri saya.> Nanas itu termanis.> Orang di sini pandai-pandai> Suaminya malu-malu kucing.

18

Page 19: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

• Ayat statif (FN + Adj) dapat memanfaatkan kata pemeri adalah untuk memisahkan subjek dengan predikat. Contoh:

> Penampilannya adalah hebat.> Pakaiannya adalah anggun.> Orang ini adalah berani.

• Ayat statif diingkari dengan kata ingkar tidak. Contoh:> Mahasiswi ini tidak gembira.> Isterinya tidak ganas> Masakannya tidak sedap.

• Ayat statif boleh menggunakan kata ingkar bukan, apabila ada kontras. Contoh:

> Dia malas – Dia bukan malas, Orang itu cerdik – Orang itu bukan cerdik.

• Jika predikatnya kata adjektif ganda, subjek tidak perlu digandakan. Contoh:

> Bajunya mahal-mahal belaka> Baju-bajunya mahal belaka> Bajunya mahal belaka.

19

Page 20: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

KATA SENDI KATA NAMA

di sungaike Padang

Besardari Golokdaripada ibu bapanyauntuk kekasihpada masa itudengan buah hatikepada semua pelajar

20

Page 21: MINGGU 11

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA

• Contoh:

> Rumahnya di atas pokok.> Kedua-dua isterinya ke Padang Besar.> Letupan itu di Golok.> Hadiah ini daripada ibu bapanya.> Cincin ini untuk buah hatinya.> Memorandum itu pada Perdana Menteri.> Buku dengan anaknya.> Surat kepada Dekan.

21

Page 22: MINGGU 11

UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT

KATA NAFI / INGKAR

BUKAN TIDAK

- Menafikan FN dan FSN - menafikan FKJ dan FAdj

- Menafikan FKJ dan FAdj jikajika bertentangan maklumat

22

Page 23: MINGGU 11

KATA NAFI / INGKAR

• Contoh:

> Surat ini bukan daripada suaminya> Itu bukan rumahnya.> Bunga ini bukan daripada buah hatinya.> Karya ini bukan oleh sasterawan negara.> Mahasiswa tidak datang kuliah semalam.> Pakaiannya tidak anggun.> Kelakuannya tidak sopan.> Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi

main- main sahaja.> Anaknya bukan jahat sangat, hanya nakal.

23

Page 24: MINGGU 11

UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT

KATA PEMERI

PERSAMAAN / EKUATIF HURAIAN / KUALITATIF

ialah + FN adalah + FAdjadalah + FSN

>Kata pemeri tidak boleh hadir bersama dengan kata nafi, kecuali dalam struktur FN + tidak + FAdj

24

Page 25: MINGGU 11

KATA PEMERI

• Contoh:

> Dia ialah pramugari (FN)> Warna merah ialah warna kebenciannya (FN).> Anaknya adalah sangat rajin. (FAdj)> Rantai ini adalah untuk buah hatinya. (FSN)> Perbuatannya adalah tidak sopan.> Kecantikan adalah tidak kekal.

* Kata pemeri bersifat pilihan sahaja.

25

Page 26: MINGGU 11

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

SUSUNAN BIASA SUSUNAN SONGSANG

- kata penegas + kata penegas

Pendepanan Seluruh Pred Pendepanan Sebahagian Pred

- kata penegas + kata penegas

Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN

26

Page 27: MINGGU 11

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

SUSUNAN BIASA (S + P)

- kata penegas> Sekumpulan pelajar itu mahasiswa UPM.

> Semua lanun telah menyerah diri.> Mereka ini dari Kelantan.

+ kata penegas> Mereka ini pun dari kampung.> Orang itu teringin juga ke Thailand.> Kita memohon rahmat daripada-Nya juga.> Sepanjang masa dia bermenung sahaja.> Pasukan Selangor kalah lagi.

27

Page 28: MINGGU 11

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

SUSUNAN BIASA (S + P)

• Jika kata penegas lah dan kata yang ditambah pada subjek dalam ayat tertentu, maka subjek itu akan bertukar fungsinya menjadi predikat. Contoh:

> Pasukan Selangorlah yang kalah lagi.> Lanun yang ditangkap itulah yang amat jahat.> Mahasiswa inilah yang ditangkap malam tadi.> Isterinyalah yang cantik itu.> Pakaian orang itulah yang paling mahal.

28

Page 29: MINGGU 11

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

SUSUNAN SONGSANG (P + S)

Pendepanan Seluruh Predikat Pendepanan Sebahagian Predikat

Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN

KKJ KAdj FSN PredKKJ + Obj kb + KAdj FSN Ketkb + KKJ

29

Page 30: MINGGU 11

SUSUNAN SONGSANG (P + S)

PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT

Unsur Wajib> Siapakah nama anda?> Apatah daya kita.> Hujankah malam tadi?> Dialah buah hatinya.

Unsur Pilihan> Baik amat perlakuannya.> Gagal juga akhirnya usaha itu.> Sungguh rajin mahasiswa itu.> Masin sekali gulai ini.> Rakyat Indonesia isterinya.> Dalam butan rumahnya.> Di pasar budaya kedainya.

30

Page 31: MINGGU 11

SUSUNAN SONGSANG

Pendepanan Sebahagian Predikat – FKJ

Pendepanan KKJ> Berlari-larian mahasiswa itu di padang.> Tersentak orang itu di sana.> Melamun dia setiap senja.

Pendepanan KKJ + Obj.> Makan budu mahasiswa itu setiap pagi.> Menanam ubi bapa di sawah setiap hari.> Terpikat hatiku oleh senyumannya.

Pendepanan kb + KKJ> Masih menjanda mahasiswi itu sejak…> Akan berangkat dia ke bulan pagi esok.> Sedang mandi adiknya.

31

Page 32: MINGGU 11

SUSUNAN SONGSANG

Pendepanan Sebagaian Predikat – FAdj.

Pendepanan KAdj> Adil hakim itu pada setiap masa.> Pandai orang ini sejak dahulu.> Cermat isterinya apabila membeli pisang.> Lucu orang ini apabila bercerita.

Pendepanan kb + KAdj> Masih dahaga beruk itu hingga kini.> Sudah masak buah ini sejak seminggu lalu.> Sedang gering puteri itu sejak semalam.> Belum mahir mekanik itu meskipun…> Masih malas budak ini walaupun…

32

Page 33: MINGGU 11

SUSUNAN SONGSANG

Pendepanan Sebahagian Predikat – FSN

FSN sebagai Predikat

> Untuk kekasihnya cincin ini.> Daripada sutera baju ini.> Kepada isterinya surat ini.> Masih pada Halimah buku itu.

FSN sebagai Keterangan dalam Predikat.

> Pada janji saya berpegang.> Ke dalam kuali ikan ini dimasukkannya.> Di hadapan menteri pelajar itu merusuh.> Untuk peperiksaan ini, pelajar telah menelaah

pelajarannya sepanjang malam.

33

Page 34: MINGGU 11

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

• Ayat aktif: transitif dan tak transitif

• Ayat pasif: dengan imbuhan kata kerja pasif – di, ter

dengan kata ganti nama diri – pertama, kedua

pertama: saya, aku, kami, kita

kedua: engkau, kamu, awak, anda

dengan kata kena yang hadir sebelum kata kerja

34

Page 35: MINGGU 11

AYAT AKTIF TRANSITIF

• Subjek menjadi pelaku dan objek menjadi penderita. Rumusnya: KKT + Obj (FN / Klausa Komplemen).

• Awalan meN dianggap penanda ayat aktif.• Ayat aktif transitif bentuk tunggal terjadi daripada ayat yang

mengandung FN sebagai subjek dan FN juga sebagai objek kata kerja.

• Ayat yang mengandung KKT yang mempunyai ciri Adj (+kp) boleh digugurkan objeknya.

• Klausa komplemen sebagai objek hanya wujud dalam ayat majmuk

* Mahasiswa mementaskan drama.* Dekan menghadiahi mahasiswa sijil kepujian.* Dia memberitahu bahawa dia sungguh kecewa.* Perbuatannya itu sungguh mengecewakan (saya).

35

Page 36: MINGGU 11

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

• Dengan keterangan yang boleh digugurkan:* Penduduk desa sedang mandi (di sungai)* Dia bersedih (sepanjang minggu)* Rumput menghijau (di halaman rumahnya)* Pokok itu tumbang (dengan kuatnya)

• Dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan:* Ayah berada di Kota Bharu* Saya berasa amat marah* Musafir itu berkajangkan mengkuang layu* Adiknya menjadi lanun

36

Page 37: MINGGU 11

AYAT PASIF

• Subjek ayat menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif.

• Apabila subjek dipentingkan, kata oleh + FN boleh digugurkan.

• Ayat pasif yang berimbuhan ber, dan ke…an tidak memerlukan oleh + FN.

• Dengan imbuhan kata kerja pasif:

di + KKJ + oleh + FN: Sawah telah dibajak (oleh) petani; Sawah telah dibajak petani: Sawah telah dibajak malam tadi oleh petani; Sawah telah dibajak malam tadi.

ter + KKJ: Kapal itu telah terlanggar oleh perahu kecil.

ber: Kain itu telah berjahit dengan benang emas.

ke…an: Mahasiswi itu kesejukan sepanjang malam.

37

Page 38: MINGGU 11

AYAT PASIF

• Kata ganti nama diri pertama: penuh dan singkat.penuh: saya aku, kami kitasingkat: ku

• Kata ganti nama diri kedua: penuh dan singkat.penuh: engkau, awak, anda, kamusingkat: kau, mu

* Nasi itu telah saya makan semalam* Pengorbananmu kami sanjung* Engkau kurindu* Kami sanjung pengorbananmu (songsang)

38

Page 39: MINGGU 11

AYAT PASIF: KENA

• Kena + KKJ

* Orang itu kena dera (oleh majikannya)* Ali kena perli (oleh rakannya)* Mahasiswi itu kena jeling (oleh mahasiswa itu)* Penyamun itu kena tangkap (oleh polis)* Hakim kena buang kerja (oleh kerajaan)* Pencuri itu kena hukum (oleh hakim)* Pelajar itu kena tikam (oleh kawannya)* Anaknya kena tampar (oleh gurunya)

39

Page 40: MINGGU 11

KESIMPULAN

• Ayat tunggal mempunyai ciri tertentu • Ayat tunggal boleh dirincikan dari segi binaan subjek dan binaan

predikat

• Konstituen ayat tunggal boleh dirincikan melalui susunan biasa dan susunan songsang

• Ayat aktif terbahagi dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif

• Ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan kata kerja di, ter, kata ganti diri pertama dan kedua, dan kata kena.

40