minggu 10.docx

4
Bilangan Jurnal :Ke 10 Minggu Praktikum :Kesepuluh Tarikh Peristiwa / Kejadian :13 – 17 April 2015 Tajuk Jurnal : Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kesepuluh ini saya telah menghadapi masalah sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Tahun 5. Terdapat beberapa orang murid di dalam kelas ini tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberi sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberi impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid- murid dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. 2. Analisis Masalah ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara individu memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru- guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang dikemukakan oleh guru dan

Upload: enyrose

Post on 28-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal:Ke 10Minggu Praktikum:KesepuluhTarikh Peristiwa / Kejadian:13 17 April 2015 Tajuk Jurnal: Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan1. Masalah / PeristiwaPada minggu kesepuluh ini saya telah menghadapi masalah sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Tahun 5. Terdapat beberapa orang murid di dalam kelas ini tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberi sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberi impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid- murid dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

2. Analisis Masalah ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara individu memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru- guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang dikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid- murid lain turut tidak memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Di samping itu, masalah ini timbul kerana murid telah menerima budaya guru perlu bersuara dengan lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru.

3. Cadangan Tindakan Susulan Masalah ini dapat diselesaikan dengan Cadangan tindakan susulan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini ialah:i. Saya perlu membudayakan satu pergerakan menarik seperti tepuk semangat supaya murid kembali ke tempat masing- masing dan mendengar arahan yang dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan seterusnya memerikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan kelas.ii. Cadangan tindakan kedua ialah menyediakan plan A dan plan B sewaktu mengalami masalah tersebut. Plan B mampu memerikan peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Plan B yang akan dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz, menyalin nota dan sebagainya.

iii. Cadangan aktiviti yang ketiga ialah saya akan menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan kepada murid- murid. Pendekatan ini juga memberikan kelebihan kepada saya dalam mengatasi masalah suara yang sering dialami semasa melaksanakan proses pengajaran.iv. Cadangan yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada guru pembimbing. Nasihat yang dikemukakan olehnya mampu memberikan pengetahuan baharu kepada saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu. Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah dirancang sebaik mungkin agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sekiranya masalah ini berlaku dan tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan memberikan kesan kepada pengajaran yang akan saya laksanakan pada masa akan datang. Perancangan yang akan dilaksanakan pada minggu hadapan akan dilakukan dengan lebih baik agar masalah yang telah dikesan pada inggu ini dapat diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :