minda pengarah - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.buku minda pengarah … ·...

77

Upload: others

Post on 02-Jun-2020

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB
Page 2: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB
Page 3: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

MINDA PENGARAH

Page 4: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

MINDA PENGARAH

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Diterbitkan oleh:

Institut Aminuddin Baki Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK

Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: 06-7979200

Faks: 06-7979300 Portal:http://.iab.moe.edu.my

e-mel: [email protected]

Urusan Penerbitan Oleh:

Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2018

Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN: Data Pengkatalogan

Pengurus Penerbitan Nor Ishsan binti Ab. Razak

Marina binti Abas

Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Nor Ishsan binti Ab. Razak

Mohamad Hanif bin Ramli@Fauzi

ii

Page 6: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

JAWATANKUASA PENERBITAN

Penaung

Pengarah Institut Aminuddin Baki

Penasihat

Pn. Mistirine Radin

Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)

En.Mazlan bin Samsudin Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)

Ketua Editor Pn. Maryati bt. Athan

Editor Nor Ishsan bt. Ab. Razak

Zainap binti Ibrahim

Penulis Teks

iii

Zuriah binti. Mad Ali Salmah binti Ismail

Mislinah binti Makin Fadzilah binti Abdullah

Netty Yushani binti Yusof Ismail bin Ibrahim@Mat Isa

Ahmad Shahir bin Abd Razak Samihah binti Abdul Rahman

Yong Chee Ken Ismail bin Abd. Aziz Samsiah binti Si-Rajab Kanagarajan a/l Pandian Rashidah binti. Mohd. Said Noor Azimah binti Abd Aziz Abdul Rahim bin Abd. Rashid Sharifah Nor binti Abd Rahman

Editor Teks

Fadzilah binti Abdullah Mislinah binti Makin

Yong Chee Ken

Page 7: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Kandungan

Dari meja editor

Ucapan Alu-aluan

1. Majlis Komensmen NPQEL IAB,Bil.1/ 2017 - 2

2. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 Tahun 2016 - 6

3. Asian Network of Training and Research Institutions in

Educational Planning (ANTRIEP) Policy Seminar 2017 - 9

Perasmian Penutupan

1. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 Tahun 2016 - 52

Lain-lain

1. Majlis Clock Out Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional) - 59

2. Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IAB Tahun 2016 - 63

iv

Perasmian

1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB - 13

2. Majlis Perasmian NPQEL Ambilan 1 – 2017 - 18

3. Majlis Perasmian Kursus Npqel Ambilan 2/2017 - 24

4. Kolokium Pemimpin Pertengahan 2017 - 33

5. Program RETREAT IAB 2017

- 45

Page 8: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana usaha menghasilkan

Buku Minda Pengarah (Koleksi Ucapan Pengarah Institut Aminuddin Baki 2016-2017) akhirnya

terlaksana. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Bahasa, Pusat Kepimpinan

Komunikasi dan Pengurusan Pejabat dan Jabatan Penerbitan, Pusat Dokumentasi dan

Sumber Pendidikan serta semua pihak yang terlibat dalanm menghasilkan buku ini.

Buku ini menampilkan koleksi ucapan YBrs. Dr. Zainal Aaalam bin Hassan sepanjang

perkhidmatan beliau di IAB. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab iaitu Kata Alu-aluan,

Ucapan Perasmian, Ucapan Perasmian Penutupan dan ucapan lain-lain majlis.

Pengumpulan siri ucapan ini telah merakamkan peristiwa penting yang berlangsung di IAB.

Selain itu koleksi ini memberi gambaran tentang program yang telah dianjurkan oleh IAB dari

tahun 2016 hingga 2017 sebagai pusat latihan pengurusan dan kepimpinan. Koleksi ucapan

ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada warga IAB dan pendidik seluruh negara.

Terima kasih.

MARYATI BINTI ATHAN Ketua Jabatan Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

V

Page 9: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN ALU-ALUAN

Page 10: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN ALU-ALUAN

YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS KOMENSMEN NPQEL IAB BIL.1/ 2017

Tarikh:

11 Mac 2017

Tempat:

Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia

Nilai, Negeri Sembilan

siBmillahhirrahmanirrahim

hBBa ahsa ailshiaamaAhass aAiiaaaamalassA

Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

PENGENALAN

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah kurnia-Nya, Institut Aminuddin Baki (IAB) berjaya mengadakan Majlis

Komensmen NPQEL kali ke-18 ini. Majlis ini amat bermakna kepada seluruh warga IAB dan

para graduan yang akan menerima sijil dan diploma masing-masing pada hari ini.

Bagi pihak IAB, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

YBhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atas

kesudian YBhg. Tan Sri hadir bagi menyempurnakan majlis penganugerahan sijil dan diploma

kepada para graduan.

2

Page 11: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Kehadiran YBhg. Tan Sri membuktikan bahawa YBhg. Tan Sri amat mengambil berat akan

kualiti pemimpin pendidikan di negara kita. Selain itu, YBhg. Tan Sri juga menunjukkan

sokongan yang padu kepada IAB dalam usaha IAB merealisasikan Anjakan Kelima PPPM

2013-2025.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada graduan yang telah berjaya menjalani

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Majlis

Komensmen ini diadakan untuk meraikan kejayaan para graduan NPQEL Ambilan 1 dan

Ambilan 2 Tahun 2016. Seramai 1,672 orang graduan akan menerima Sijil NPQEL dan

Diploma Pengurusan Pendidikan mereka dalam majlis komensmen ini. Daripada jumlah ini,

871 orang adalah graduan Ambilan 1/2016 dan 801 orang adalah graduan Ambilan 2/2016.

Seramai 382 orang graduan daripada kedua-dua ambilan tersebut telah berjaya mendapat

keputusan cemerlang. Kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih ini diharap akan menjadi

pemacu kepada kecemerlangan sekolah kerana segala ilmu yang telah ditimba sudah tentu

akan dicurahkan ke sekolah sebagai khidmat bakti di tempat para graduan bertugas.

YBhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

TRANSFORMASI NASIONAL 2050

Sistem pendidikan negara juga merupakan perkara penting dalam wacana Transformasi

Nasional 2050 atau TN50. Tiga puluh tahun merupakan satu jangka masa yang penuh dengan

pelbagai perubahan dan ketidaktentuan. Dalam menuju ke TN50 ini, pendidikan merupakan

asas dan landasan bagi menyokong serta membina kekuatan negara. Oleh sebab itu, peranan

warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan transformasi nasional yang

berupaya menganjakkan kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih global. Kita mesti

memenuhi hasrat untuk membina pendidikan yang meraikan potensi, keperluan dan

kebolehupayaan murid. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang

membolehkan generasi ini berdaya saing dan mampu berdikari untuk memajukan lagi negara

menjelang tahun 2050.

3

Page 12: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

YBhg. Tan Sri dan hadirin yang dihormati,

PERANAN IAB

Menyedari perkembangan dunia pendidikan semasa yang begitu pesat ke arah penguasaan

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), IAB telah dan sedang merangka reka bentuk latihan

yang berasaskan TMK. Dengan perkataan lain, pada masa akan datang, ada kursus-kursus

kendalian IAB dilaksanakan dalam talian sepenuhnya. Kursus NPQEL juga akan dikaji semula

supaya bersesuaian dengan gagasan transformasi pendidikan.

Pihak IAB sedar bahawa dunia semakin kecil dan rata. Seluruh dunia bagaikan sebuah

perkampungan yang membolehkan seseorang bekerja di lokasi yang beribu-ribu kilometer dari

pejabatnya. Anjakan ini amat kritikal untuk difahami oleh para pemimpin pendidikan.

Pendidikan pada abad ke-21 tidak lagi terhad dalam bilik darjah tradisional sahaja. Kini pelajar

kita boleh belajar serta berhubung dengan pelbagai sumber di merata dunia. Konsep global

sudah berbeza kerana global has become the new local (Currant & Whetherbee, 2014).

Dengan perkataan lain, tempat yang paling jauh pun sudah menjadi amat dekat. Semua murid

kini boleh berkomunikasi serta membina jaringan dengan satu klik sahaja. Senario ini sedang

berlaku di seluruh negara, tetapi kita mahu keadaan ini berlaku secara lebih meluas lagi. TMK

memainkan peranan yang amat penting yang menyediakan anak didik kita menghadapi dunia

baharu.

HASRAT

Tugas ini bukan tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan adanya

kepimpinan yang berkesan di semua peringkat dan kerjasama sepasukan yang mantap antara

semua pihak berkepentingan, tidak mustahillah untuk kita berjaya. Kita mahu berada sama

taraf dengan negara-negara maju atau menjadi peneraju kepada bidang pendidikan di rantau

ini.

4

Page 13: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

PENGHARGAAN

YBhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Saya dengan penuh takzim sekali lagi ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas

kesudian YBhg. Tan Sri hadir ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran YBhg. Tan Sri begitu

signifikan buat kami semua. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua graduan NPQEL atas

kejayaan yang dicapai.

Layar sudah berkembang, sauh sudah diangkat, tibalah masa untuk kita belayar menempuh

ombak dan badai, menuju ke destinasi impian. Dengan ilmu yang tersemat di dada, saya yakin

para graduan NPQEL 2016 sekalian akan mampu berhadapan dengan apa juga cabaran.

PENUTUP

iAkhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada

ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Komensmen NPQEL kali ke-18 yang telah bekerja keras

bagi menjayakan majlis ini. Tanpa usaha dan sokongan kalian tentunya majlis ini tidak dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

5

Page 14: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN ALU-ALUAN

YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KE-23 TAHUN 2016

Tarikh: 9 Ogos 2016

Tempat:

Auditorium Perdana

Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

Bismillahirrahmannirrahim Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa MUKADIMAH

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita

berkumpul dalam Majlis Perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Ke-23. IAB sekali lagi meneruskan tradisi dalam menganjurkan seminar ini. Tema seminar

tahun ini ialah Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang Kedua PPPM 2016-2020:

Mendepani Cabaran.

6

Page 15: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Dr.

Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Berbanyak-banyak terima

kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tan Sri meluangkan masa menghadiri majlis perasmian

pembukaan ini. Kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri sesungguhnya menyuntik semangat

kepada semua hadirin dalam meningkatkan lagi ilmu pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

UCAPAN TAHNIAH

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli

jawatankuasa pelaksana seminar ini yang telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi bagi

menjayakan majlis ini. Semoga segala perancangan yang telah dibuat oleh jawatankuasa

seminar ini berjalan lancar serta mendapat keberkatan dan kerahmatan-Nya.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada penyampai ucaptama, para pembentang kertas

kerja dan semua peserta Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

SEJARAH SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan merupakan program tahunan IAB

dengan tema yang berlainan setiap tahun. Seminar ini merupakan platform bagi pengurus dan

pemimpin pendidikan semua peringkat di KPM untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar

pandangan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan, terutamanya perkongsian

pengetahuan, pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan terbaik. Selain itu, seminar ini

mewujudkan peluang untuk membina jaringan dan jalinan kolaboratif antara pemimpin

pendidikan, khasnya dalam menangani isu pendidikan yang semakin mencabar.

Kami juga amat berharap agar pusat repositori ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan

dan kepimpinan pendidikan IAB turut dapat diperkasakan melalui seminar ini. Untuk makluman,

repositori IAB boleh diakses secara percuma tanpa perlu pendaftaran keahlian. Bahan-bahan

dalam repositori ini meliputi bahan-bahan terbitan IAB sendiri. Pengunjung repositori ini boleh

memuat turun bahan-bahan secara percuma.

7

Page 16: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Kami amat berharap agar seminar kali ini dapat memberi impak yang maksimum kepada para

peserta. Dengan beberapa siri pembentangan kertas konsep, kertas kerja dan juga ucaptama

yang akan dikongsi oleh warga pendidik KPM dan institusi pendidikan seluruh Malaysia, saya

yakin bahawa input-input ini akan dapat menjadi panduan untuk peserta dalam mendepani

cabaran Gelombang Kedua PPPM ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Seminar ini diharap akan dapat memberi kesan yang positif kepada pembentang dan juga

peserta. Saya percaya bahawa pemimpin pendidikan perlu sentiasa bersiap siaga untuk

menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam usaha menerajui kepimpinan yang lebih

berwawasan dalam Gelombang Kedua PPPM ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

PENUTUP

Akhir kata, tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat memaksimumkan peluang yang ada ini

untuk memanfaatkan segala input baharu yang akan dikongsi oleh para pembentang dalam

seminar ini. IAB mengharapkan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Ke-23 ini menjadi landasan yang signifikan untuk percambahan idea dan

perkongsian ilmu.

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

8

Page 17: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

WELCOMING SPEECH

YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Director of Institut Aminuddin Baki

Ministry of Education Malaysia

OPENING CEREMONY ASIAN NETWORK OF TRAINING AND RESEARCH INSTITUTIONS IN

EDUCATIONAL PLANNING (ANTRIEP) POLICY SEMINAR 2017

Date

3 May 2017

Venue

Dato’ Ismail Razali Auditorium, IAB Genting Highlands

Good Morning

Selamat Sejahtera and Salam Negaraku Malaysia

Excellencies, Distinguished Delegates, Ladies and Gentlemen,

INTRODUCTION

I am honoured and pleased to be here at this seminar today. On behalf of Institut Aminuddin

Baki, I would like to extend a warm welcome to our keynote speaker, Yang Berhormat

Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Deputy Minister of Education I, Malaysia,

ANTRIEP representatives, IIEP representatives and participants of this seminar. Your presence

here at Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Branch, is appreciated.

9

Page 18: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Ladies and Gentlemen,

It is a great privilege for Institut Aminuddin Baki, Ministry of Education, Malaysia to host this

seminar and we believe that this event provides opportunities for academicians across Asia to

exchange their research findings, ideas, share experiences especially to forge ties in the field of

education. I would also like to thank Asian Network of Training and Research Institutions in

Educational Planning (ANTRIEP) for initiating many collaborative research projects and

workshops on improving school administration and management in Asian countries.

The theme for this seminar is The Implications of The Demographic Transition for

Education Planning and Resource Management in Countries in Asia. Demographic

changes refer to the dynamics in the perceivable population statistics. We seek to understand

the changes in population with regards to the demographic components such as gender, age,

mobility, disability, location and others. As such, the impact of demographic changes on

education and resource is certainly inevitable. This scenario draws us to do researches as

researches these give the insights on how demographic changes affect the education policies

and resource management, and the measures taken in Asian countries.

Ladies and gentlemen,

I am sure that the participants will take home significant information and ideas from this seminar

on the demographic changes and their effects on the education policies. These ideas and

policies can further help to build strong foundation in our respective countries that suits

according to the demographic changes.

I believe, throughout 3 days of sharing, collaborating and exchanging views based on findings

from regional comparative researches undertaken jointly by member countries of ANTRIEP will

put us in the driving seat in to grasp methods, policies and strategies implemented in countries

according to their means and directions.

10

Page 19: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Ladies and gentlemen,

HOPE

I sincerely hope that this seminar would be a very fruitful platform for intellectual discussions

and a stepping stone for more academicians and educators, both local and international to

actively participate by relating their experiences and sharing current researches for mutual

collaboration in the near future.

Ladies and gentlemen,

Before I end my speech, I would like to thank everyone for participating in this seminar. I also

wish to express my heartfelt appreciation to the members of the organizing committee from the

National University of Educational Planning (NUEPA), the International Institute for Educational

Planning (IIEP), the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation UNESCO

and Ministry of Education, Malaysia for their unmeasurable contributions and supports in

making this event a success.

I wish you a wonderful day ahead and a pleasant stay in Genting Highlands, Malaysia.

Thank you.

REFERENCES

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Kurban, H., Gallagher, R. M., & Persky, J. J. (2015). Demographic changes and

education expenditures: A reinterpretation. Economics of Education Review, 45, 103-

108.

3. ANTRIEP Report, 2016

4. ANTRIEP Workshop, 2015

5. http://www.nuepa.org/antriep.html

11

Page 20: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

PERASMIAN

Page 21: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN PERASMIAN

YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki

MESYUARAT TAHUNAN KE-2

PUSPANITA IAB

Tarikh:

26 Januari 2017

Tempat:

Balai Wacana Institut Aminuddin Baki

Assalamualakum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa

SERAUT BICARA

Sidang hadirin yang dihormati. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

izin-Nya kita dapat bersama-sama berhimpun sempena Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA

IAB di Balai Wacana ini.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUSPANITA IAB kerana

sudi menjemput saya untuk memberi sepatah dua kata dalam majlis pada petang ini. ini. Terima

kasih juga kepada Pengerusi PUSPANITA Dr. Norizan bt. Ahmad di atas persiapan majlis

ini dan dapat bersama-sama kita pada hari ini.

Puan-puan sekalian,

Ini merupakan majlis ketiga (3) yang disertai oleh Pengerusi PUSPANITA IAB setelah beliau

secara automatik dilantik untuk menerajui PUSPANITA IAB. Peranan serta tanggungjawab ini

bukan perkara yang mudah kerana PUSPANITA merupakan persatuan rasmi di bawah

naungan isteri Ketua Setiausaha Negara.

13

Page 22: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Saya berharap PUSPANITA akan terus mengorak langkah lebih proaktif sebagai badan amal,

kebajikan dan sosial untuk ahli-ahlinya serta dapat membantu Kementerian dalam pelaksanaan

program-program yang dekat dengan golongan sasaran mahupun masyarakat. Saya yakin

kehadiran ahli PUSPANITA IAB pada petang ini bukan sahaja dapat mengeratkan silatur rahim

malah dapat menjalin kerjasama yang lebih baik demi PUSPANITA IAB yang lebih cemerlang

untuk sesi yang akan datang.

Puan-puan yang saya hormati sekalian

SEJARAH PUSPANITA

PUSPANITA ialah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.

Persatuan ini ialah persatuan rasmi yang dinaungi oleh Isteri Ketua Setiausaha Negara.

Keahlian PUSPANITA adalah wajib kepada semua suri dan anggota wanita dalam

perkhidmatan awam. Arahan telah diwartakan agar semua anggota Kerajaan dapat menerima

manfaat apabila menyertai aktiviti kesukarelaan dan ini semua dilaksanakan agar kita dapat

menyediakan satu platform bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim antara anggota

Kerajaan dan isteri-isteri kakitangan ini. Dengan cara ini, suri-suri dapat mengenal dengan lebih

dekat organisasi tempat berkhidmat suami mereka dan dapat melihat dengan lebih dekat

suasana di tempat kerja agar persefahaman dan toleransi dalam rumahtangga dapat

ditingkatkan.

Platform ini seharusnya digunakan sebaik mungkin bagi menjalankan aktiviti yang menyokong

agenda Kerajaan dan PUSPANITA juga seharusnya dapat menlaksana pelbagai program

pendedahan yang dapat memberi peluang penglibatan kepada ahli agar pendedahan ini dapat

memberi kesan yang positif. Pelaksanaan aktiviti ini, maka ikatan kekeluargaan sesama ahli

dan warga IAB dapat dijalin dan dieratkan dan secara tidak langsung dapat melahirkan satu

semangat berpasukan yang tinggi akhirnya dapat memberi satu impak yang baik kepada

pembangunan organisasi kita. Sebagai sebuah persatuan kebajikan dan sosial, PUSPANITA

mempunyai platform yang cukup jelas dan strategik.

14

Page 23: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Puan-puan yang saya hormati sekalian

HARAPAN

Oleh itu, dalam kesempatan ini, saya menyeru ahli PUSPANITA IAB menggunakan ruang dan

peluang yang ada untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan membayar yuran sebanyak RM2

sahaja berbanding RM100 sebelum ini. Kepada pegawai dan kakitangan terutamanya kepada

yang masih muda, rebutlah peluang ini. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan keahlian

dalam PUSPANITA di samping banyak yang boleh dicurahkan oleh puan-puan juga untuk

memastikan PUSPANITA menjadi persatuan yang aktif dan disegani.

IAB amat menitikberatkan pengupayaan modal insan khususnya wanita dan keluarga,

PUSPANITA bolehlah menfokuskan aktiviti dan program yang turut menyentuh isu-isu

kebajikan wanita, keluarga dan masyarakat. Bagi tujuan ini saya pasti PUSPANITA dan Kelab

Kebajikan dan Rekreasi Institut Aminuddin Baki (KKRIAB) boleh bekerjasama sebagai sebuah

lagi platform kebajikan dan sosial untuk warga IAB. Oleh itu, kerjasama erat yang sedia ada

bersama KKRIAB perlu diteruskan.

Peranan PUSPANITA amatlah penting dan begitu besar. Pada saya, PUSPANITA mempunyai

landasan yang cukup baik serta persekitaran yang amat kondusif untuk melaksanakan pelbagai

aktiviti. Sebagai sebuah badan kebajikan sosial, PUSPANITA boleh meluaskan skop bukan

sahaja kepada aktiviti-aktiviti yang berkisar tentang kebajikan mahupun isu-isu wanita, malah

kepada kepentingan masyarakat amnya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sekalipun.

Sememangnya, berpersatuan ini menuntut pengorbanan dan masa kita semua, namun ianya

tidak akan menjadi tanpa keikhlasan kita dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Saya juga sedar kita dihimpit oleh faktor masa dan juga keadaan, oleh itu, ruang untuk

mengadakan aktiviti amatlah terhad tetapi janganlah itu dijadikan alasan kerana yang pastinya,

IAB tidak pernah menyekat atau menghalang sebarang aktiviti yang dilaksanakan.

15

Page 24: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Puan-puan sekalian,

PROGRAM PUSPANITA

Saya difahamkan PUSPANITA IAB telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti yang

bermanfaat kepada ahlinya dan masyarakat khususnya seperti majlis kecemerlangan

akademik, program kem ICT, senamrobik dan sumbangan kepada mangsa banjir.

Selain sumbangan PUSPANITA, ahli dan keluarga (wanita) juga mendapat manfaat seperti:

i) rawatan percuma di Pusat Kesihatan Wanita, Presint 10 di Putrajaya. Begitu juga

dengan bantuan kesihatan melalui Tabung PUSPADARA; dan

ii) sumbangan melalui Program Anugerah Kecemerlangan akademik anak-anak

ahli dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STP dan STAM. Program ini diadakan

setiap tahun dengan kerjasama MESCA di peringkat PUSPANITA Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Puan-puan sekalian,

Saya faham, dalam kekangan waktu dan tugas hakiki pegawai dan kakitangan, agak

membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan. Ini juga kadangkala

bertembung dengan program peringkat IAB, Pusat atau Jabatan sendiri. Walau bagaimanapun,

saya mohon ahli-ahli meluangkan sedikit masa untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang

kerana ia merupakan satu langkah yang amat penting bagi menjamin kesinambungan aktiviti-

aktiviti yang dirancang oleh PUSPANITA.

Kejayaan PUSPANITA sebenarnya bergantung kepada puan-puan untuk menentukannya.

PUSPANITA IAB bukan milik AJK atau ahli tertentu sahaja, tetapi milik semua ahli berdaftar

yang membayar yuran, dan puan-puan mempunyai hak untuk bertanya dan mendapat manfaat

daripada aktiviti yang dijalankan.

16

Page 25: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis

petang ini. Kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara

kita hari ini jutaan terima kasih diucapkan. Suka saya maklumkan di sini bahawa barisan AJK

sesi 2015/2016 telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memastikan yang terbaik

untuk semua ahli PUSPANITA IAB. Diharapkan kepada AJK baharu yang bakal dipilih bagi

tempoh 2017 hingga 2019 dalam Mesyuarat Tahunan sebentar lagi, dapat memastikan

kesinambungan kecemerlangan ini diteruskan. Berikanlah yang terbaik untuk semua ahli dan

jalankanlah amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan.

Dengan lafaz Bismillahhirrrahmannirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Tahunan Ke-2

PUSPANITA IAB bagi Tahun 2017.

Sekian, disudahi dengan Wabillahhittaufiqwalhidayah. Wassalamualaikum wrt wbt.

Terima kasih.

17

Page 26: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN PERASMIAN

YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Instiut Aminuddin Baki

MAJLIS PERASMIAN NPQEL AMBILAN 1/2017

Tarikh:

7 Februari 2017

Tempat: Auditorium Perdana

Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Tuan-tuan dan puan-puan peserta NPQEL Ambilan 1 Tahun 2017 yang saya hormati sekalian.

MUKADIMAH

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana

dengan berkat limpah kurnia-Nya telah mengizinkan kita untuk bersama-sama hadir dalam

Majlis Perasmian Program NPQEL Ambilan 1 Tahun 2017. IAB mengalu-alukan kehadiran

tuan-tuan dan puan-puan bagi mengikuti Program NPQEL Ambilan 1/2017.

Daripada 6867 permohonan, tuan-tuan dan puan-puan adalah sebilangan daripada 875 orang

yang ditawarkan bagi ambilan kali ini. Peserta yang terpilih adalah peserta yang telah melepasi

pentaksiran pengetua/guru besar. NPQEL merupakan satu lagi tapisan yang perlu dilalui

sebelum tuan-tuan berpeluang dilantik sebagai pengetua/guru besar sekiranya mempunyai

tempat yang bersesuaian.

18

Page 27: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Pernyataan di dalam PPPM 2013-2025 jelas memperakui bahawa Sijil NPQEL merupakan

prasyarat untuk pelantikan pengetua/guru besar mulai Julai 2014. Melepasi NPQEL dengan

lulus cemerlang adalah harapan kami kepada tuan-tuan dan puan-puan. Ini selaras dengan

hasrat Anjakan 5 bagi menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap buah sekolah.

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah amat penting untuk

direalisasi kerana pemimpin sekolah ialah nadi penentu kecemerlangan sesebuah sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan adalah barisan hadapan kepimpinan sekolah yang bakal menggalas

cabaran ini demi kelestarian pendidikan Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PERANAN IAB DALAM MEREALISASIKAN ANJAKAN 5 PPPM

Sebagai pusat latihan kepimpinan, IAB bertanggungjawab untuk menterjemahkan inisiatif

PPPM tersebut melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. IAB sebagai sebuah Premier Centre

pasti berusaha memperkasakan kepimpinan pendidikan di negara ini. Hal ini penting agar

kepimpinan pendidikan sentiasa relevan dan berada di atas landasan yang betul serta

mematuhi dan memenuhi kehendak pelanggan. IAB sentiasa membuat penambahbaikan

berterusan terhadap modul NPQEL mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Kurikulum NPQEL sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan teknologi dan

pendidikan global yang seiring dengan keperluan kepimpinan pendidikan masa kini untuk

mendepani cabaran yang semakin rencam.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

PENGERTIAN PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI

Pada penghujung abad ke-20, kita masih menggunakan kamera berfilem selain kamera digital.

Filem yang dihasilkan oleh Kodak amat terkenal ketika itu. Pada tahun 1998, Kodak

mempunyai 170,000 kakitangan, dan syarikat itu menjual 85% daripada kertas foto seluruh

dunia. Walau bagaimanapun, dalam masa cuma beberapa tahun, model perniagaan mereka

lenyap lalu mereka muflis (India Opines, 2017). Kecelakaan yang berlaku terhadap syarikat

Kodak itu sedang dan akan berlaku dalam sesetengah industri dalam masa 10 tahun atau 20

tahun yang akan datang.

19

Page 28: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence), komputer menjadi semakin bijak dalam

memahami urusan duniawi. Di Amerika Syarikat, peguam-peguam muda sudah menganggur

kerana terciptanya perisian yang bernama IBM Watson yang dapat menawarkan khidmat

undang-undang dalam masa beberapa saat, dengan ketepatan setinggi 90% jika dibandingkan

dengan khidmat manusia yang hanya mempunyai 70% ketepatan (India Opines, 2017). Kini,

Facebook sudahpun memiliki satu perisian yang lebih pandai mengecam air muka daripada

manusia. Pada tahun 2030, memang tidak menghairankan jika komputer menjadi lebih pintar

daripada manusia (India Opines, 2017).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ingin menegaskan bahawa dunia pesat berubah setiap hari, setiap jam, setiap minit,

setiap saat. Oleh itu, dunia pendidikan perlu berubah rancak, malah lebih rancak dan dinamik

daripada segala bidang. Sebagai warga pendidik, kita turut merasai kerancakan perubahan

dalam bidang pendidikan tanah air yang mungkin tidak begitu menyenangkan bagi sesetengah

pihak. Kata Jim Knight, “There is always frustration from people who work in schools that things

keep changing but it is an unfortunate truth with the world of work changing as rapidly as it is,

we do have to change.” Kita perlu berubah, khasnya jika kita berperanan sebagai pemimpin

pendidikan. Kita bukan sahaja sebagai pemimpin pendidikan, tetapi kita mesti berusaha gigih

untuk menjadi pemimpin yang berprestasi tinggi.

Pemimpin berprestasi tinggi boleh membawa 1001 macam tafsiran, definisi dan pengertian.

Jika soal selidik diedarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, sudah pasti pelbagai jawapan

yang berbeza-beza akan diperoleh. Tokoh yang lain pula akan memberi pengertian yang

berlainan, misalnya Laurel Delaney (2009) pernah menyenaraikan 10 ciri bagi seorang

pemimpin yang berprestasi tinggi.

Bagi IAB pula, mengikut konteks negara kita, pemimpin yang berprestasi tinggi ialah pemimpin

berwawasan dan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan

organisasi melalui keterampilan personal dan profesional.

20

Page 29: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Tuan-tuan dan puan-puan,

CIRI-CIRI PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI

Di IAB, kami berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa pemimpin boleh dilatih. Kami mahu

semua graduan NPQEL menjadi pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi semasa

menerajui organisasi masing-masing nanti. Seperti yang dinyatakan oleh Warren Bennis, mitos

kepimpinan yang paling berbahaya ialah pemimpin dilahirkan secara semula jadi. Dengan kata

lain, mitos paling berbahaya ini memperakui kewujudan faktor genetik dalam kepimpinan. Mitos

ini menekankan bahawa ciri-ciri karisma tertentu memang wujud secara semula jadi atau tidak

pada seseorang pemimpin. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa leaders are made

rather than born.

Pemimpin boleh dilatih supaya berwawasan. Tuan-tuan dan puan-puan harus mempunyai

kebolehan untuk pandang ke hadapan dan seterusnya dapat meningkatkan situasi yang sedia

ada ke satu tahap yang lebih cemerlang. Tuan-tuan dan puan-puan seharusnya dapat melihat

sesuatu isu tanpa berat sebelah, serta menganggap sesuatu risiko itu sebagai peluang kerana

pemimpin yang berkesan berupaya melihat kesempatan dalam masalah yang kompleks dan

saling berkaitan. Selain itu, pemimpin yang berprestasi tinggi berfikiran strategik dan pakar

dalam melakukan intervensi. Hasil kajian Olson dan Simerson (2015) menunjukkan bahawa the

best leaders see patterns that others don’t and can turn these observations into unique actions.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi kepada

organisasi, tuan-tuan dan puan-puan digelar pemimpin berprestasi tinggi. Menurut Douglas

Reeves (2009), kepimpinan perubahan menjadi satu-satunya cabaran yang paling besar bagi

organisasi seluruh dunia, termasuk juga organisasi pendidikan selain organisasi perniagaan

dan organisasi yang lain. Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang

berimpak tinggi, tuan-tuan dan puan-puan mampu menerajui perubahan dengan tindakan yang

bersepadu. Di samping itu, tuan-tuan dan puan-puan dapat mempengaruhi individu dan

kumpulan staf menuju ke matlamat organisasi melalui penggunaan sumber, peruntukan bajet,

atau cara pembaharuan operasi yang lain. Sudah tentu tuan-tuan dan puan-puan proaktif,

dinamik, bersungguh-sungguh dan bersedia mengambil risiko ke arah penambahbaikan

organisasi.

21

Page 30: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Dengan semua keupayaan ini, tuan-tuan dan puan-puan mencapai kecemerlangan organisasi

kerana tuan-tuan dan puan-puan menggunakan sumber yang ada secara bersepadu dan

berkesan, di samping melakukan peningkatan yang signifikan dari semua aspek.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita belum boleh benar-benar digelar pemimpin berprestasi tinggi jika kita kekurangan

keterampilan personal dan keterampilan profesional. Sebenarnya pembangunan keterampilan

personal seseorang individu merupakan titik permulaan dalam pembelajaran kepimpinan

(OECD, 2008). Pemimpin pendidikan perlu memahami diri mereka sebagai pemimpin selain

memahami hubungan mereka dengan orang lain dan sistem pendidikan itu sendiri.

Pemahaman tentang diri sendiri merupakan keperluan asas dalam kepimpinan dan juga

perkembangan sebagai seorang pemimpin agar dapat memupuk personaliti unggul. Selain itu,

integriti yang tinggi merupakan elemen yang amat penting yang harus dipegang oleh semua

pemimpin. Di bawah keterampilan personal, pelbagai daya yang tinggi perlu juga dipupuk,

misalnya daya tahan, daya saing, daya juang dan daya maju yang boleh memberi kekuatan dan

ketabahan tekal kepada kita dalam perjalanan kita menuju ke pencapaian kecemerlangan

kerjaya dan organisasi. Dari segi keterampilan profesional, pelbagai kemahiran dan

pengetahuan profesional diperlukan bagi membolehkan kita berperanan sebagai pemimpin

yang berkaliber dan berwibawa, malah kemahiran keusahawanan pun perlu dikuasai dalam

kalangan pemimpin berprestasi tinggi. Di samping itu, kita perlu sentiasa membuat refleksi

yang berkesan supaya kita dapat melakukan penambahbaikan berterusan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

PENUTUP

Cabaran pendidikan negara pada era millennium ini ialah menghasilkan modal insan yang

berupaya menangani persekitaran global yang sentiasa berubah, yang mampu meningkatkan

kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Sehubungan dengan itu, sistem

pendidikan kita memerlukan pendidik dan pemimpin yang sentiasa proaktif, progresif, kreatif

dan inovatif. Dalam konteks tersebut, Tuan-tuan dan puan-puan sebagai bakal pemimpin

pendidikan ialah juga barisan hadapan transformasi pendidikan negara yang perlu sentiasa

menambah ilmu, mempelbagaikan kemahiran dan sentiasa bersedia mengakses maklumat

terkini agar tidak ketinggalan.

22

Page 31: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Program NPQEL ini merupakan satu wadah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam

mentransformasikan amalan dan tindakan kita sebagai pemimpin pendidikan yang lebih

produktif dan berdaya saing. Kita perlu amalan yang lebih daripada amalan kebiasaan untuk

berjaya. Saya pasti kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di sini adalah untuk menjadi

sebahagian daripada sejarah kecemerlangan pendidikan negara. Pencapaian tuan-tuan dan

puan-puan kelak adalah kayu ukur kepada tercapai atau tidak anjakan yang dihasratkan

melalui PPPM. Maka bertindak dan berusaha gigihlah sesuai dengan harapan dan peluang

yang diberikan kepada Tuan-tuan dan puan-puan.

Akhir sekali, dengan lafaz ‟ Bismillahi rahmanirrahim‟ saya merasmikan Program

NPQEL Ambilan 1 tahun 2017.

Sekian.

Wabillahitaufiqwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih.

23

Page 32: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN PERASMIAN

YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN

Pengarah Institut Aminuddin Baki

Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS PERASMIAN KURSUS NPQEL AMBILAN 2/2017

Tarikh:

11 Julai 2017

Tempat: Auditorium Perdana

Institut Aminuddin Baki

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

PENGENALAN

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataa‟la kerana dengan limpah kurnia

dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Program Kelayakan

Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2/2017 ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kerana tuan-tuan dan puan- puan adalah antara 825 insan

terpilih yang telah ditawarkan bagi ambilan kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan adalah bakal

pemimpin berprestasi tinggi yang akan ditempatkan di setiap sekolah seperti yang dihasratkan

dalam Anjakan 5, PPPM 2013-2025 dan yang bakal menggalas cabaran dalam dunia

pendidikan

24

Page 33: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

PERUBAHAN LANSKAP GLOBAL

Pricewaterhouse Coopers (PwC) menggagaskan lima (5) megatrend global yang perlu kita

hadapi pada hari ini (Five Megatrends and Possible Implications, Nov.2013) iaitu: yang

pertama: Ketidaktentuan ekonomi global dimana kelembapan ekonomi dunia kini yang begitu

pahit, namun perlu ditelan oleh semua pihak. International Monetary Fund (IMF) terpaksa

menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2016 dan 2017 sebanyak 0.2 peratus.

Hal ini menggambarkan kadar pertumbuhan ekonomi yang terus menurun terutamanya bagi

negara-negara membangun seperti Malaysia.

Megatrend yang kedua ialah kemunculan pekerja millennials, merujuk kepada kumpulan

pekerja yang lahir antara tahun 1980 dan 2004, yang semakin dominan dalam dunia pekerjaan.

Populasi kumpulan ini semakin berkembang sedangkan pasaran tenaga kerja semakin tepu,

dan kemudahan pendidikan serta pekerjaan menjadi isu utama yang perlu diselesaikan.

Kumpulan yang lahir dan membesar dalam era digital ini serba sofistikated, gemar mencabar

tradisi, bercita-cita besar serta memiliki jaringan sosial yang luar biasa.

Tuan-tuan dan puan- puan,

Megatrend yang ke-3 ialah kepantasan urbanisasi mencipta satu dimensi baharu yang

membuka peluang kepada peningkatan taraf sosio ekonomi penduduk bandar, pada masa yang

sama menimbulkan tekanan dari segi penyediaan kemudahan asas dan keperluan sosial serta

kos pembangunan infrastruktur turut meningkat.

Manakala megatrend yang ke-4 ialah penyusutan sumber atau resource stress. Penduduk

dunia dijangka mencecah 8.5 bilion menjelang tahun 2030 dengan andaian pertambahan

sebanyak 80 juta penduduk setiap tahun. Ledakan populasi dengan pertumbuhan ekonomi

yang perlahan merupakan satu cabaran kepada dunia. Pastinya tanpa perancangan dan

pengurusan yang berkesan, generasi akan datang akan menghadapi satu fenomena yang

dahsyat.

25

Page 34: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Megatrend yang ke-5 ialah revolusi teknologi keempat yang juga dikenali sebagai The Fourth

Industrial Revolution. Pada saat ini, kita sedang berada di ambang revolusi teknologi yang

bakal mengubah norma kehidupan, kerjaya dan hubungan sesama manusia. Transformasi

yang bakal membadai dunia tidak lama lagi merupakan sebuah era revolusi yang tidak pernah

dibayangkan atau dirasai oleh manusia sejagat.

Saya percaya, apabila kita memandang jauh ke hadapan, kita semua boleh menjangka mehnah

dan tribulasi yang lebih perit bakal dilalui.

Tuan-tuan dan puan-puan,

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

YAB Perdana Menteri telah mencetuskan gagasan TN50 bagi mencorakkan perjalanan negara

selepas tahun 2020. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas dalam

menjadikan negara ini antara yang teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan

rakyat dan inovasi.

TN50 menzahirkan suara rakyat dan bukan lagi pemerintah dalam penetapan visi dan misi

negara untuk tempoh tiga dekad yang akan datang.

Dalam menghadapi cabaran dunia dan untuk merealisasi hasrat kerajaan ini KPM telahpun

membina asas yang kukuh dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang

diterapkan melalui PPPM. KPM juga bersedia untuk memenuhi aspirasi global kerana

pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat selari dengan Sustainable Development

Goals (SDG) ke Empat mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal

pada tahun 2030.

Dalam konteks ini, peranan warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan

transformasi pendidikan berupaya menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang

lebih universal. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang

membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara

menjelang tahun 2050 (Menteri Pendidikan, Ucapan Tahun Baru 2017).

26

Page 35: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Tuan-tuan dan Puan-puan cabaran utama kita ialah dalam menghasilkan modal insan minda

kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif.

Modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita perlu berupaya menangani

persekitaran global yang sentiasa berubah, meningkatkan kualiti hidup serta menyumbang

kepada kesejahteraan dan kekayaan negara.

Sejajar dengan itu KPM melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan

melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di samping membudayakan unsur

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Calon UPSR pada tahun 2016 merupakan kohort pertama

yang telah mengikuti KSSR dan melalui PBS sejak berada di Tahun 1 pada tahun 2011. Mulai

tahun ini keputusan UPSR tidak lagi akan diumumkan. Pihak sekolah sendiri yang akan

umumkan keempat-empat pencapaian tersebut iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik

Darjah, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK). (Datuk Dr. Amin Senin, Bicara Tokoh, IAB, 6 Julai 2017).

Perubahan telah berlaku di bilik darjah melalui penerapan 6 Aspirasi Murid. Keseimbangan

ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan menyediakan generasi masa depan dengan perubahan

lanskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21. Guru perlu memainkan peranan sebagai

fasilitator atau pemudah cara dan guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid serta

menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri murid,

memandangkan mereka boleh mendapatkan maklumat di hujung jari.

Kementerian juga telah melaksanakan inisiatif Sekolah Transformasi dengan membangunkan

persekitaran sekolah yang lebih berkesan dengan menyediakan suasana bilik darjah yang

kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap

dengan mengutamakan kemenjadian murid. Sekolah transformasi akan diperluaskan pada

tahun ini melibatkan 100 buah sekolah lagi.

27

Page 36: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Pemikiran futuristik dan kemahiran abad ke-21 berkait rapat dengan perkembangan dan

kemajuan sains teknologi terkini dan masa hadapan. Bagi merealisasikan dasar pendidikan

STEM, KPM diberi tanggungjawab menerajui pelaksanaan Inisiatif Perkukuhan Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk meningkatkan minat murid melalui pendekatan

pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum yang boleh diaplikasikan melalui

pengetahuan murid dengan konteks dunia sebenar.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PEMIMPIN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Dalam kerancakan KPM melaksanakan transformasi, perkara penting yang perlu diberi

perhatian ialah sejauh mana kesedaran dan kesediaan pemimpin sekolah dan terutamanya

tuan puan sebagai bakal pemimpin untuk berubah agar transformasi pendidikan negara dapat

dicapai dengan jayanya dalam megatrend yang melanda. Kerana perubahan dalam sistem

pendidikan ini berkait rapat dengan kesediaan sekolah sebagai wahana dan platform penggerak

kepada tranformasi.

Tuan-tuan dan puan- puan, tahun 2017 ialah tahun keramat bagi KPM untuk terus memacu ke

arah Agenda Transformasi Pendidikan secara agresif kerana ini merupakan tahun kedua

Gelombang 2 bagi PPPM 2013-2025. Oleh itu satu cabaran dan tanggungjawab besar yang

terletak di bahu para pemimpin sekolah menuntut komitmen yang tinggi untuk tidak kekal di

takuk lama.

Di IAB, kami berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa pemimpin boleh dilatih. Kami mahu

semua graduan NPQEL menjadi pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi semasa

menerajui organisasi masing-masing nanti.

Mengikut konteks negara kita, pemimpin yang berprestasi tinggi ialah pemimpin berwawasan

dan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi

melalui keterampilan personal dan profesional.

28

Page 37: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Pemimpin boleh dilatih supaya berwawasan. Tuan-tuan dan puan-puan harus mempunyai

kebolehan untuk pandang ke hadapan dan seterusnya dapat meningkatkan situasi yang sedia

ada ke satu tahap yang lebih cemerlang. Tuan-tuan dan puan-puan seharusnya dapat melihat

sesuatu isu tanpa berat sebelah, serta menganggap sesuatu risiko itu sebagai peluang kerana

pemimpin yang berkesan berupaya melihat kesempatan dalam masalah yang kompleks dan

saling berkaitan. Selain itu, pemimpin yang berprestasi tinggi berfikiran strategik dan pakar

dalam melakukan intervensi. Hasil kajian Olson dan Simerson (2015) menunjukkan bahawa the

best leaders see patterns that others don’t and can turn these observations into unique actions.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi kepada

organisasi, tuan-tuan dan puan-puan digelar pemimpin berprestasi tinggi. Menurut Douglas

Reeves (2009), kepimpinan perubahan menjadi satu-satunya cabaran yang paling besar bagi

organisasi seluruh dunia, termasuk juga organisasi pendidikan selain organisasi perniagaan

dan organisasi yang lain. Jika tuan-tuan dan puan-puan mampu membawa perubahan yang

berimpak tinggi tuan-tuan dan puan-puan mampu menerajui perubahan dengan tindakan yang

bersepadu. Di samping itu, tuan-tuan dan puan-puan dapat mempengaruhi individu dan

kumpulan staf menuju ke matlamat organisasi melalui penggunaan sumber, peruntukan bajet,

atau cara pembaharuan operasi yang lain. Sudah tentu tuan-tuan proaktif, dinamik,

bersungguh-sungguh dan bersedia mengambil risiko ke arah penambahbaikan organisasi.

Dengan semua keupayaan ini, tuan-tuan dan puan-puan mencapai kecemerlangan organisasi

kerana tuan-tuan menggunakan sumber yang ada secara bersepadu dan berkesan, di samping

melakukan peningkatan yang signifikan dari semua aspek.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita belum boleh benar-benar digelar pemimpin berprestasi tinggi jika kita kekurangan

keterampilan personal dan keterampilan profesional. Sebenarnya pembangunan keterampilan

personal seseorang individu merupakan titik permulaan dalam pembelajaran kepimpinan

(OECD, 2008). Pemimpin pendidikan perlu memahami diri mereka sebagai pemimpin selain

memahami hubungan mereka dengan orang lain dan sistem pendidikan itu sendiri.

Pemahaman tentang diri sendiri merupakan keperluan asas dalam kepimpinan dan juga

perkembangan sebagai seorang pemimpin agar dapat memupuk personaliti unggul.

29

Page 38: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Selain itu, integriti yang tinggi merupakan elemen yang amat penting yang harus dipegang oleh

semua pemimpin. Di bawah keterampilan personal, pelbagai daya yang tinggi perlu juga

dipupuk, misalnya daya tahan, daya saing, daya juang dan daya maju yang boleh memberi

kekuatan dan ketabahan tekal kepada kita dalam perjalanan kita menuju ke pencapaian

kecemerlangan kerjaya dan organisasi. Dari segi keterampilan profesional, pelbagai kemahiran

dan pengetahuan profesional diperlukan bagi membolehkan kita berperanan sebagai pemimpin

yang berkaliber dan berwibawa, malah kemahiran keusahawanan pun perlu dikuasai dalam

kalangan pemimpin berprestasi tinggi. Di samping itu, kita perlu sentiasa membuat refleksi

yang berkesan supaya kita dapat melakukan penambahbaikan berterusan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PERANAN IAB

Sebagai Pusat Latihan Kepimpinan, IAB bertanggungjawab untuk menterjemahkan hasrat

kementerian dalam melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berprestasi tinggi.

IAB sentiasa berusaha memperkasakan kepimpinan pendidikan di negara ini. Hal ini penting

agar kepimpinan pendidikan sentiasa relevan dan berada di landasan yang betul serta

mematuhi dan memenuhi kehendak pelanggan. IAB sentiasa membuat penambahbaikan

berterusan terhadap modul NPQEL mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Kurikulum

NPQEL sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan teknologi dan pendidikan global

yang seiring dengan keperluan kepimpinan pendidikan masa kini untuk mendepani cabaran

yang semakin rencam.

IAB percaya pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang diharapkan adalah pemimpin

berwawasan dan mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah

kecemerlangan organisasi melalui keterampilan personal dan profesional (IAB,2017).

Maka untuk memastikan NPQEL terus releven dengan perkembangan dan kehendak semasa,

IAB telah mengambil tindakan dan mencadangkan agar satu pendekatan baharu melalui

NPQEL 2.0 yang berteraskan kompetensi/kecekapan (competency based) berbanding kaedah

sedia ada yang lebih berbentuk ilmu pengetahuan (knowledge based).

30

Page 39: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Untuk itu, kaedah 70:20:10 digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran

(PdP) andragogi serta penilaian yang dapat mengesan trait kompetensi bakal pemimpin.

Institut Aminuddin Baki (IAB) melatih bakal pemimpin pendidikan yang memenuhi kriteria untuk

memimpin organisasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan.

Beberapa kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

telah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar baru dilantik yang melalui latihan NPQEL

lebih bersedia melaksanakan tugas berbanding mereka yang memegang jawatan tanpa

latihan tersebut. Dapatan ini menunjukkan kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat

mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau

cemerlang.

Sedarlah kita akan hakikat kesinambungan sebuah kepimpinan seperti yang dinyatakan oleh

Burnison (2015) dalam bukunya The Leadership Journey: How to Master the Four Critical Areas

of Being a Great Leader:

“The journey is never about the leader, but it starts with the leader. Along the way, we as

leaders within our own frontier are the motivators, navigators and coaches – charting the

course, setting the pace, and challenging direction when necessary”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

HARAPAN IAB

Untuk itu, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan, laksanakanlah amanah dan peluang yang

diberikan dengan semangat waja untuk sama-sama memastikan transformasi pendidikan

negara dapat dicapai dengan jayanya.

Kita perlu terus belajar dan berubah ke arah yang lebih produktif untuk kekal relevan dalam

landskap semasa pendidikan negara. Buktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan bukan jaguh

kampung yang bersaing dalam kelompok liga tempatan semata-mata tetapi mampu

menghasilkan modal insan yang unggul dan berdaya saing di peringkat global serta

menghasilkan sistem pendidikan berkualiti seperti yang dihasratkan.

31

Page 40: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Saya sangat optimis, dengan adanya komitmen padu daripada tuan-tuan dan puan-puan seperti

kata Albert Einstein, “Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere”.

Tidak harus ada rasa enggan, tidak yakin, atau takut untuk menjadi seorang bakal pemimpin

berprestasi tinggi yang boleh mengubah sekolah biasa kepada sekolah yang unggul.

Oleh itu jadilah pemimpin transformasi yang dapat melestarikan dan memperhebat pelaksanaan

semua program pendidikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENUTUP

Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah dan

beriltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti

sepanjang masa. Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan pendidikan negara

mendapat keberkatan-Nya dan mencapai matlamat dengan jayanya.

Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan PROGRAM NPQEL

AMBILAN 2/2017 ini.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

32

Page 41: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN PERASMIAN

YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS PERASMIAN

KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN 2017

Tarikh: 3 Oktober 2017

Tempat:

Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands Pahang

Bismillahhirrahmannnirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia, Negaraku

PENGENALAN

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataa‟la kerana dengan limpah kurnia

dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama di Majlis Kolokium Pemimpin Pertengahan 2017.

PENGHARGAAN

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak IAB kerana telah berjaya mengadakan

Kolokium Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders, LCML) yang

pertama kali diadakan pada tahun 2017 yang melibatkan seramai 170 orang peserta.

Ucapan penghargaan juga kepada warga IAB yang telah memberi komitmen mereka melalui

modul dan latihan yang dibangunkan dan seterusnya menganjurkan kolokium ini.

33

Page 42: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Mandat yang diberikan untuk melaksanakan kolokium seumpama ini menunjukkan

kebolehpercayaan yang diletakkan di bahu IAB sebagai institut kepimpinan dan pengurusan.

Kolokium yang julung kali dianjurkan ini amat sesuai dengan fungsi IAB sebagai gedung ilmu

pengurusan dan pentadbiran bagi melestarikan hasrat kerajaan dalam melatih pemimpin

pelapis pendidikan yang berprestasi tinggi. Perkara ini termaktub di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia di bawah Anjakan Ke-5. Saya juga ingin mengucapkan

tahniah kepada para pembentang dan peserta kolokium ini kerana sanggup meluangkan masa

dalam majlis perkongsian ilmu ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada tuan-tuan dan

puan-puan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah seterusnya menjadi ruang kepada

perkongsian amalan terbaik dalam organisasi masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML)

YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin (1993) pernah berkata “Andainya

seseorang pengurus kilang gagal menghasilkan barangan yang memenuhi piawai yang

ditetapkan, barangan tersebut boleh dibuang, diproses atau dibuat semula. Namun begitu

seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah dirungkai

atau diolah semula. Di sekolah, pemimpin pertengahan yang terdiri dari ketua panitia dan Guru

Kanan Mata Pelajaran, berfungsi untuk memantau dan mengawal gerak kerja kumpulan

kakitangan yang mengurus sesuatu rutin kerja. Mereka juga bertanggungjawab memastikan

guru-guru menggunakan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan kebolehan mereka dalam

melaksanakan tugas di sekolah. Pemimpin yang cemerlang berupaya menukarkan 'knowledge'

kepada 'applied knowledge' dalam tugasannya. Sehubungan dengan itu, peranan pemimpin

pertengahan perlu terus diperkukuhkan kerana mereka berperanan sebagai perancang

strategik, menjadi jambatan antara pengurusan kanan dengan pegawai pelaksana, penterjemah

dan pelaksana strategi sekaligus berperanan sebagai pelaksana perubahan. Oleh yang

demikian, IAB telah mengambil inisiatif menambah baik latihan pengurusan pendidikan dengan

mewujudkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle

Leaders, LCML) bagi membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di sekolah.

34

Page 43: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) anjakan kelima

iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah.

Kursus rintis LCML dilaksanakan pada tahun 2016 dengan 2 ambilan peserta yang terdiri

daripada 30 orang Ketua Panitia dari sekolah rendah dan 30 orang Guru Kanan Mata Pelajaran

dari sekolah menengah. Pada tahun 2017 pula, IAB telah melaksanakan kursus tersebut

dengan 14 ambilan peserta yang terdiri dari 268 orang Ketua Panitia dari sekolah rendah dan

150 orang Guru Kanan Mata Pelajaran dari sekolah menengah. Sehingga kini, IAB telah

melatih seramai 298 orang Ketua Panitia dan 180 orang Guru Kanan Mata Pelajaran dari

seluruh negara.

Melalui Kursus LCML ini, Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran diberikan pendedahan

bagaimana untuk menjadi pemimpin pembelajaran yang dapat mengiktiraf dan memodelkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Selain itu, pemimpin pertengahan juga

dibimbing dalam membuat penilaian kualiti pengajaran dan pembelajaran sekolah mereka

dengan tepat. Pemimpin pertengahan juga diberikan pendedahan untuk meningkatkan

kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan tugas secara efektif sebagai mentor kepada

rakan guru yang lain dengan menggunakan data secara efektif untuk menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran, serta meningkatkan standard sekolah secara keseluruhan.

Mereka juga dilatih untuk merancang dan memantau penambahbaikan sekolah berterusan

secara berkesan mengikut bahagian yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin

pertengahan tersebut. Diharapkan mereka dapat memberi sumbangan yang efektif terhadap

sistem pengurusan prestasi sekolah melalui pencerapan pengajaran serta pemantauan

terhadap langkah-langkah pembangunan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Peserta LCML mengikuti kursus secara bersemuka selama lima (5) hari dan diberikan seorang

Pensyarah Pembimbing sebelum meninggalkan IAB. Mereka melaksanakan tugasan individu

iaitu pelan penambahbaikan sekolah dalam bidang tugas mereka selama sebulan di sekolah

masing-masing dan perlu menghubungi Pensyarah Pembimbing sekurang-kurangnya sekali

seminggu bagi memaklumkan status dan membincangkan isu yang dihadapi melalui maya atau

emel. Selepas tempoh sebulan, Pensyarah Pembimbing akan turun ke sekolah peserta LCML

mereka untuk melihat dan membincangkan kemajuan peserta di sekolah masing-masing serta

mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan tertinggi.

35

Page 44: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Langkah ini untuk memastikan Pemimpin Pertengahan dapat mengurus pasukan mereka

dengan berkesan dalam memastikan setiap guru merancang, melaksana dan menilai proses

PdPc yang berkesan dan berkualiti berlaku di dalam bilik darjah masing-masing. IAB berharap

tuan-tuan dan puan-puan sebagai pemimpin pertengahan dapat menangani pelbagai cabaran

dan masalah yang adakalanya datang secara mendesak dengan lebih berkesan dengan

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui Kursus LCML tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

PERANAN PEMIMPIN PERTENGAHAN DI SEKOLAH

Pemimpin pertengahan merupakan kumpulan pengurus peringkat kedua dalam hirarki

sesebuah organisasi. Peranan dan kedudukan mereka penting kerana mereka ialah kumpulan

pemimpin yang menjadi penghubung di antara pemimpin atasan dengan kumpulan operasi iaitu

guru-guru dan staf sekolah. Mereka membantu pihak pemimpin atasan membuat perancangan

strategik dan melaksanakan perancangan tersebut bagi mencapai misi dan visi organisasi.

Dalam masa yang sama kumpulan pemimpin pertengahan berperanan menyelaraskan aktiviti-

aktiviti kumpulan operasi yang membawa kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi impak secara langsung

kepada kemajuan prestasi pelajar. Selain melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran,

pemimpin pertengahan menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan

menentukan kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah. Sebagai orang tengah, mereka

perlu menjadi penghubung yang berkesan di antara pihak pentadbiran dan guru-guru mata

pelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan tema kolokium LCML iaitu Pemimpin Pertengahan

Menerajui Kepimpinan Berprestasi Tinggi bagi Membudayakan Pembelajaran Berkualiti

adalah bertepatan kerana kepimpinan pengajaran adalah berkait rapat dengan kepimpinan

yang memberi kesan langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, melibatkan

hubungan antara pengajaran guru, pembelajaran murid dan kurikulum yang disampaikan.

36

Page 45: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Tuan-tuan dan puan-puan,

PEMIMPIN PERTENGAHAN DALAM MELAKSANAKAN PdPc ABAD KE- 21

Dunia semakin cepat berubah, sistem pendidikan juga perlu berlari seiring dengan perubahan

ini. Sebagai pemimpin barisan pelaksanaan pembelajaran pemimpin pertengahan perlu peka

dan siap siaga dengan perubahan yang dibawa oleh arus gelombang transformasi abad ke-21.

Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tradisional kepada pembelajaran dan

pemudahcaraan (PdPc) adalah antara isu yang menjadi cabaran kepada guru-guru. Bagi

memastikan pelaksanaan perubahan ini dapat diterima dan diadaptasi dengan berkesan oleh

guru-guru maka pemimpin pertengahan sekolah perlu melaksanakan peranan mereka seperti

yang berikut:

1. menyelaras kurikulum,

2. mengawal waktu pembelajaran dan pengajaran,

3. mencerap dan menilai pengajaran guru,

4. menyokong usaha-usaha guru dalam meningkatkan prestasi pelajar,

5. merancang dan melaksanakan perkembangan profesionalisme guru, dan

6. melaksanakan dasar akademik pelajar.

Sehubungan dengan itu pemimpin pertengahan perlu memastikan guru-guru menguasai

kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar, mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah

dan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang

sesuai dengan keperluan pembelajaran murid. Pemimpin pertengahan perlu memastikan

guru-guru peka terhadap kebolehan, minat dan respon murid. Pada masa yang sama guru

perlu membantu murid dalam perkembangan sosial dan emosi mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan

KESESUAIAN PEMIMPIN PEDAGOGI DENGAN TRANSFORMASI SEKOLAH –TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) telah menetapkan beberapa objektif untuk

dilaksanakan di sekolah iaitu:

1. mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;

37

Page 46: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

2. membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan

berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan

3. membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan

kemenjadian murid.

Sebagai pemimpin pedagogi, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin pertengahan untuk

memastikan transformasi tersebut dilaksanakan dengan lancar. Peranan sebagai pemudah

cara kepada guru-guru perlu diperkasakan melalui enam (6) tindakan berikut:

Pertama, pemimpin pertengahan perlu merancang Latihan Pembangunan Profesionalisme

Berterusan untuk guru di bawah kelolaannya. Kursus, seminar serta lawatan benchmarking

dirangka. Ini bertujuan meningkatkan kemahiran serta kompetensi guru dalam pengajaran di

sekolah. Aktiviti seperti “Morning Prayer” atau “coffee talk” boleh difikirkan bagi menggalakkan

guru-guru berkongsi idea, pendapat serta dapatan baharu bersama rakan sebagai input bagi

mempertingkatkan kompentensi pengajaran guru serta membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat.

Kedua, pemimpin tersebut perlu merancang dan menyelaras Pelan Strategik Sekolah untuk

jangka pendek dan jangka panjang tiga (3) tahun. Pemimpin pertengahan membantu

mewujudkan visi dan misi sekolah serta berusaha menyampaikannya dengan berkesan.

Ketiga, pemimpin pertengahan perlu memastikan penyelarasan pelaksanaan pencerapan dan

pemantauan dan penilaian pelaksanaan program sekolah dilaksanakan. Pelaksanaan

pemantauan dan penyeliaan ini perlu berfokus kepada operasi dalam bilik darjah secara klinikal

dengan berkesan. Pemimpin tersebut juga membantu menyelia kerja-kerja guru selain dari

membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah.

Keempat, pemimpin pertengahan juga bertanggungjawab untuk melaksanakan bimbingan

dalam peningkatan pedagogi guru sebagaimana yang disebut dalam subtema Kolokium LCML

ini iaitu Pemimpin Pertengahan Penggerak (PLC) ke Arah Kualiti PdPc.

38

Page 47: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam PLC adalah pengajaran bersama rakan

guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan

rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan

komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).

Kelima, pemimpin pertengahan juga perlu melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum

supaya selaras dengan pekeliling ikhtisas yang sedang berkuat kuasa. Mereka juga

menyelaras semua program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran

Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan. Pemimpin pertengahan

membantu merancang takwim sekolah untuk menentukan beban tugas guru, staf sokongan dan

sumber pendidikan agar dapat digunakan secara optimum serta berkesan. Dengan merujuk

kepada data yang diperolehi dari sekolah, pemimpin pertengahan dapat merancang program-

program sekolah dengan lebih berkesan sebagaimana yang dibincangkan dalam subtema

Kolokium LCML iaitu Program Sekolah Berasaskan Data.

Keenam, pemimpin tersebut membantu dalam penyediaan pelaporan aktiviti kurikulum kepada

pemegang taruh. Pelaporan ini penting sebagai indikator kejayaan pelaksanaan perancangan

yang telah dilaksanakan.

Sebagai kesimpulan, pemimpin pertengahan sekarang bukan hanya sekadar menunggu

arahan semata-mata tetapi perlu juga memainkan peranan yang lebih aktif untuk memastikan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dapat dilaksanakan dengan berkesan demi

kecemerlangan pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

KEMAHIRAN PEMIMPIN PERTENGAHAN MENERAJUI PdPc BERKESAN

Seiring dengan perkembangan zaman, kaedah PdPc kini berpusatkan murid bagi meransang

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka. Murid berperanan sebagai murid yang aktif bagi

menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif.

39

Page 48: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Guru pula berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai

untuk memperkembangkan potensi murid agar dapat menghasilkan pencapaian murid pada

tahap optimum.

.

Jackson (1987) mencadangkan agar pemimpin pertengahan memiliki beberapa kemahiran

yang akan membantu mereka berperanan sebagai pemimpin lapisan ke-2 dalam hirarki

pengurusan organisasi. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran konseptual,

kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran membuat keputusan. Mereka

juga turut terlibat dalam proses perancangan, pengawalan, kepimpinan dan pengurusan

sumber manusia.

Kemahiran konseptual merupakan kemahiran intelek, yang dapat melihat organisasi dan

membuat perkaitan antara setiap unit dalam organisasi (Jackson 1987). Melalui kemahiran

konseptual ini, pemimpin pertengahan boleh mengenal pasti perubahan dalam satu unit yang

akan memberi kesan kepada unit-unit yang lain dan juga organisasi keseluruhannya.

Kemahiran teknikal pula adalah kebolehan pemimpin pertengahan mengaplikasikan kaedah-

kaedah, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang. Seterusnya pemimpin pertengahan

mampu menganalisis sesuatu bidang tugas, data, manual kerja dan prosedur kerja. Dengan

itu, pemimpin pertengahan berupaya melaksanakan tugas secara sistematik.

Kemahiran kemanusiaan ialah kebolehan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Melalui kemahiran ini pemimpin pertengahan perlu menguasai ketrampilan berkomunikasi

khususnya komunikasi interpersonal. Mereka hendaklah menghormati pendapat dan idea

pekerja, prihatin terhadap masalah pekerja dan sebagai pemudah cara bagi mewujudkan

persekitaran kerja yang harmoni.

Satu lagi kemahiran yang penting dikuasai oleh pemimpin pertengahan adalah kemahiran

membuat keputusan. Dalam amalan pengurusan harian, banyak perkara yang perlu diurus

oleh seseorang pemimpin. Dalam keadaan tertentu seseorang pemimpin pertengahan

dikehendaki membuat keputusan yang segera berkaitan dengan tugas mereka. Mereka perlu

membuat keputusan dengan sistematik, cepat dan cekap mengesan tanda-tanda dan punca-

punca sesuatu masalah dan mengatasinya.

40

Page 49: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Dengan pendedahan kepada tema-tema yang terdapat dalam kursus LCML iaitu Mengurus

Kendiri, Mengurus Tugas Utama dan Mengurus Pasukan. Pemimpin pertengahan dilatih untuk

mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang tersebut supaya mereka berupaya menjadi

pemimpin pertengahan yang cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

CABARAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

John C.Maxwell, dalam bukunya The 360 Leader, menyatakan bahawa pemimpin

pertengahan sering menguruskan perkara yang beliau namakan “Penghapus Tenaga ABC”.

A ialah Aktiviti Tanpa Hala Tuju iaitu pemimpin tersebut melakukan perkara yang tidak penting.

B ialah Beban Tanpa Tindakan iaitu tidak dapat melakukan perkara yang benar-benar penting.

C ialah Konflik Tanpa Penyelesaian iaitu tidak dapat mengurus perkara yang menjadi punca

kepada masalah.

Kegagalan memahami peranan sendiri dalam tugas akan menyebabkan pemimpin pertengahan

tidak tahu sempadan autonomi yang jelas dan bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan ke

atasnya termasuklah proses membuat keputusan dan akauntabiliti. Keadaan ini

menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan dalam kalangan pemimpin

pertengahan. Kajian Muniandi (1998) iaitu Persepsi Guru Terhadap Kepemimpinan Pengetua

di sebuah sekolah menengah mendapati bahawa ketua panitia mata pelajaran tidak

memahami tugas mereka, akibatnya mereka gagal merancang aktiviti tahunan dengan baik dan

tidak dapat mengelola segala aktiviti yang dirancang dengan sempurna dan kewujudan konflik

tanpa penyelesaian telah menyebabkan guru gagal mematuhi arahan dan peraturan yang

ditetapkan oleh pemimpin sekolah. Disebabkan keadaan ini, pemimpin terpaksa mengalihkan

tumpuan dari akauntabiliti pentadbiran sekolah kepada menguruskan konflik tersebut.

Siti Rahmah(2004) dalam kajian Strategi Penyelesaian Konflik dalam Kalangan Guru dan

Pentadbir menyatakan punca utama konflik yang berlaku adalah berkaitan dengan aspek

menghabiskan sukatan, program perkembangan staf, penggunaan bahan bantu mengajar,

agihan tugas, hubungan sesama rakan kerja dan sikap pelajar. Kesulitan untuk melayan

pelbagai kerenah dan hubungan interpersonal yang kurang harmoni menyebabkan

kepercayaan guru terjejas dan seterusnya mempengaruhi pencapaian sekolah.

41

Page 50: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Sehubungan dengan itu, pemimpin pertengahan perlu mempunyai kemahiran menggerakkan

guru-guru untuk berfikir, merasa, dan bertindak dengan cara-cara tertentu melalui

perbincangan, perkongsian, pencerapan serta coaching. Dalam hal ini, pemimpin

pertengahan harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan

harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan

kekuatan yang ada dalam kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat

masa depan.

Pemimpin pertengahan perlu memahami matlamat kepimpinan itu sendiri, di mana mereka

dapat mengenali, memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan

pemimpin kurikulum di sekolah dengan berkesan. Mereka juga perlu memahami bahawa

kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk

menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi ditetapkan (Pusat

Perkembangan Kurikulum, KPM. 2001).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pemimpin pertengahan yang berkesan adalah pemimpin yang berjaya mengatasi cabaran-

cabaran tersebut dengan menggunakan kekuatan yang dikenal pasti dalam memulakan projek

dan program yang dirancang. Pada masa yang sama, pemimpin tersebut mencari pendekatan

bersepadu bagi mengatasi segala kelemahan yang ada. Ibarat seorang doktor yang memberi

racun ular kepada pesakit yang dipatuk ular sebagai penawar ataupun menggunakan madu

lebah bagi mengubati bisa sengatan lebah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

HARAPAN (KOLOKIUM)

IAB berharap kolokium ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan berkongsi amalan terbaik

semasa melaksanakan tugas dan membuka minda pemimpin pertengahan ke arah

kecemerlangan organisasi. Selain itu, kolokium ini juga diharap dapat mewujudkan kolaboratif

dan jaringan antara peserta kolokium supaya mereka dapat berkongsi pengetahuan,

pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan terbaik bagi dilaksanakan di sekolah masing-

masing.

42

Page 51: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Saya difahamkan bahawa beberapa topik pembentangan yang dipilih untuk kolokium LCML ini

adalah bertepatan dengan senario yang berlaku di sekolah pada masa ini. Antaranya ialah

Membina Budaya Kolaboratif dalam Kalangan Pendidik: Peranan Pengurusan Pertengahan,

Menghadapi Cabaran Pendidikan Abad 21 dalam Menjayakan Transformasi Pendidikan Negara

serta Peranan SKPMg2 STD 4 Kepada Kecekapan Guru dan Pendidikan Cemerlang. Saya

harap dengan pendedahan kepada pembentangan-pembentangan tersebut, tuan-tuan dan

puan-puan dapat input yang terkini yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan sebagai

pemimpin pertengahan di sekolah.

Sebagai pemimpin pertengahan yang berpengalaman, tuan-tuan dan puan-puan harus tahu

dan sedar akan tanggungjawab dalam bidang-bidang yang diamanahkan. Hubungan yang baik

dengan guru-guru dan ibu bapa pelajar harus dikekalkan untuk mendapat sokongan yang

diperlukan. Pemimpin pertengahan merupakan rantai penghubung antara pemimpin barisan

pertama dengan guru-guru serta pihak-pihak berkepentingan. Pengetahuan tentang jangkauan

pengurusan dan autoriti yang dimiliki adalah penting supaya pemimpin tersebut dapat

melaksanakan tugas dengan beretika serta mengelakkan diri daripada mengabaikanr barisan

kepimpinan setara yang boleh menjadikan keseluruhan pentadbiran menjadi pincang.

Melalui kepimpinan dan keterampilan tuan-tuan dan puan-puan, saya yakin sekolah dapat

dihidupkan sebagai taman yang berjaya memberi peluang dan suntikan pendidikan kepada

setiap pohon yang akan tumbuh segar menghijau. Bak kata Pendeta Za‟ba, “Kalau kamu

menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba seperti cengal,

meranti, merbau dan jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon

lain untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya, janganlah menjadi pohon

bunga yang ditanam di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai.

Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterusnya akan mati.”

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan akan terus

melaksanakan peranan dengan lebih baik sebagai pemimpin pertengahan yang berwawasan

jauh serta komited untuk memimpin pasukan tuan-tuan dan puan-puan ke arah kecemerlangan

sekolah.

43

Page 52: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENUTUP

Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan KOLOKIUM

PEMIMPIN PERTENGAHAN 2017.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

44

Page 53: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN PERASMIAN

YBRS. DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Pembangunan Profesional Keguruan) Kementerian Pendidikan Malaysia

PROGRAM RETREAT IAB 2017

Tarikh: 25 Oktober 2017

Tempat:

Auditorium Dato’ Razali Ismail IAB Cawangan Genting Highlands

Bismillahhirrahmannnirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

PENGENALAN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataa‟la kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berada dalam Program Retreat IAB 2017.

Tahniah kepada pihak IAB kerana mengadakan Program Retreat 2017 ini sebagai usaha

merapatkan silaturrahim dalam kalangan warga IAB.

Syabas dan tahniah diucapkan warga kerja Program Retreat yang telah bersungguh-sungguh

menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga IAB yang berjaya

menghadiri program pada hari ini.

45

Page 54: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Tuan-tuan dan Puan-puan

PROGRAM RETREAT IAB

Apabila retreat disebut, kita akan terbayang penceramah motivasi yang akan menggegarkan

minda kita dengan pelbagai ucapan motivasi dan aktiviti. Walau bagaimanapun retreat boleh

mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Program retreat ini lebih berfungsi untuk memberi

semangat baharu kepada ahli pasukan kita, menyemarakkan kerjasama silang jabatan serta

mengukuhkan ikatan dalaman organisasi. Menurut Meyer (2014), retreat membawa empat

kebaikan iaitu:

i) membina jati diri individu dalam orgaisasi,

ii) merangsang ahli organisasi supaya beusaha ke arah matlamat bersama,

iii) mencungkil bakat terpendam dalam ahli organisasi, dan

iv) mewujudkan satu pasukan yang lebih kukuh.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN ERA KONVERGENS

Kita kini berada di dalam era konvergens iaitu era penggabungan atau pengintegrasian media

yang membawa sumber maklumat daripada pelbagai sumber kepada kita dengan pantas.

Dalam era konvegens, tuan-tuan dan puan-puan sebagai pensyarah IAB, perlu lebih proaktif

daripada sebelumnya. Tuan-tuan dan puan-puan perlu bertindak balas dengan segera

terhadap apa jua input yang diterima sama ada dalam bentuk tradisional iaitu surat menyurat

atau melalui aplikasi media sosial seperti Whats App, Telegram ataupun Instagram. Tuan-tuan

dan puan-puan perlu menguasai kemahiran teknikal dan sosial kerana kemahiran tersebut amat

dianggap sebagai kemahiran teras dalam kepimpinan. Kemahiran ini membolehkan tuan-tuan

dan puan-puan berkomunikasi melalui media sosial yang rancak berubah, agar dapat

melaksanakan fungsi sebagai jurulatih kepimpinan pendidikan yang cekap dan berkesan.

46

Page 55: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Cabaran kini adalah berbeza dan pastinya pendekatan yang digunakan juga adalah

berlainan. Zaman dahulu, pergerakan media hanya terhad pada surat khabar sahaja. Hari ini

dunia bergerak tanpa sempadan. Setiap tindakan yang diambil terus dilihat dengan begitu

kritikal sekali. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan perlu menguasai kemahiran sosial dan

teknikal kerana desakan zaman kerana keperluan jaringan, komunikasi dan koordinasi.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi menjayakan

projek yang berkaitan dengan teknologi informasi dan seharusnya berupaya menganalisis

masalah,membuat keputusan, sensitif dan berupaya mengurus organisasi dengan lebih

cemerlang.

Penggabungan teknologi informasi dalam sesi latihan memerlukan kemahiran dan komitmen

pensyarah secara tekal dan berfokus. Peranan pensyarah dalam mengintegrasikan teknologi

informasi terlibat dalam semua peringkat proses sesi latihan bermula dari persediaan sebelum

pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi latihan. Di era konvergens ini, pensyarah

perlu menerapkan budaya teknologi maklumat yang membezakan informasi yang benar dan

tepat seterusnya menepis informasi yang boleh menimbulkan konflik tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN INDUSTRI 4.0

Apabila kita membicarakan era konvergens, sudah pasti kita tidak boleh mengabaikan industri

4.0. (Revolusi perindustrian keempat) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu

kepada sektor pendidikan di negara ini. Kita perlu melakukan perubahan agar seiring dengan

transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Perubahan in dipacu tiga (3) domain teknologi

utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0.

47

Page 56: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Gagasan industri 4.0 telah diserap ke dalam sistem pendidikan tinggi di seluruh negara.

Malaysia merupakan negara pertama yang merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Malaysia merupakan negara

pertama yang menggalakkan perbincangan dan membangunkan pendidikan relevan dan

selaras dengan Industri 4.0. Idea yang dipraktikkan Malaysia merupakan langkah yang paling

inovatif untuk menentukan bagaimana negara akan menjadi pemain signifikan dalam ekonomi

global pada masa hadapan. Di peringkat KPM pula, kita perlu menyediakan murid-murid

yang berkeupayaan untuk menyahut cabaran pengajian tinggi yang berteraskan Industri 4.0.

Dunia pendidikan pada hari ini perlu mendepani cabaran Industri 4.0. Penguasaan elemen

4C iaitu critical thinking and Problem solving, communication, Collaboration dan Creativity pada

semua peringkat harus ditekankan bagi melahirkan pemimpin pendidik yang mampu dan

bersedia menghadapi cabaran masa ini. IAB sebagai pusat latihan dalam membina dan

membangunkan profesionalisme kepimpinan dan pengurusan sekolah perlu bergerak sejajar

dengan perubahan yang berlaku ini. Latihan yang diberikan hendaklah dapat membantu

organisasi pendidikan menghadapi gelombang perubahan Industri 4.0. Sekolah kini perlu

mampu menyediakan para pelajar dalam industri pasaran kerja sebagai tenaga kerja

berkemahiran tinggi, kreatif, dan mempunyai pemikiran kiritis.

Peluang pada era Industri 4.0 terbuka luas dan banyak. Jika kita tahu memanfaatkan semua

peluang yang ada serta sentiasa bersikap kreatif, kita pasti akan terus mara ke hadapan. Kita

harus berani mengemukakan cadangan atau mengambil risiko. Sesuatu perubahan atau

kejayaan tidak akan dspst direalisasikan seandainya kita tidak berani menyahut cabaran yang

mendatang.

Kita perlu memahami secara komprehensif bagaimana teknologi mengubah kehidupan kita,

bahkan bagaimana generasi mendatang menangani aspek ekonomi, sosial, ekologi, dan

budaya. Perindustrian dunia sememang sedang bergerak menuju ke era Industri 4.0. Suka

atau tidak, model baharu pengelolaan tenaga kerja akan dialami dan dihadapi oleh

negara. Oleh itu, kita harus peka dengan perubahan dan keperluan ini. Pemimpin hebat

perlu mempunyai pemikiran yang luar biasa.

48

Page 57: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Namun kita harus sedar, memanusiakan Industri 4.0, ada nilai akhlak dan tempatan bukan

setakat melihat dalam bentuk pemanfaatan dari aspek teknologi semata mata agar selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

KEBERKESANAN LATIHAN IAB DAN DEA

IAB banyak menawarkan program latihan. Selama ini borang penilaian BK9 dan BK10

digunakan untuk mengetahui keberkesanan latihan dan kualiti perkhidmatan IAB. Walau

bagaimanapun, masih ada ruang untuk mendapatkan data dan maklumat demi

penambahbaikan terhadap program latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IAB.

Di sinilah saya melihat keperluan untuk memperkenalkan Data Envelopment Analysis(DEA).

Menurut Cooper, Seiford dan Zhu (2011) Data Envelopment Analysis is a relatively new data

oriented approach for evaluating the performance of a set of peer entities called Decision

Making Units which convert multiple inputs into multiple outputs. DEA merupakan alat

untuk mengukur keberkesanan sesuatu kursus yang dilaksanakan atau dijalankan oleh sesuatu

organisasi. KPM telah mengeluarkan atau membelanjakan wang yang banyak untuk

melaksanakan kursus bagi warga KPM. Walau bagaimanapun, impak kursus yang

dilaksanakan hanya bentuk persepsi peserta.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang masih belum mengenali DEA, DEA boleh

digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu kursus dalam bentuk kuantitatif. DEA ini

mempunyai tiga (3) kelebihan. Program dan kursus dapat ditanda aras dengan lebih cekap,

kerana saranan akan diberikan untuk menambah kecekapan program. Disamping itu, DEA juga

memberi maklumat tentang amalan terbaik yang boleh kita ikuti bagi menghasilkan program

yang paling berkesan. Selain itu, DEA ini merupakan sistem pengurusan penambahbaikan

data.

49

Page 58: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Saya amat yakin kita mempunyai keupayaan dan keghairahan untuk terus berubah dan terus

maju. Pertumbuhan yang berterusan hanya akan dicapai melalui proses inovasi yang berulang

dan penjajaran semula yang berterusan. Disinilah kita perlu menggunakan kebijaksanaan kita

untuk memilih cara penyelesaian yang paling berkesan untuk menangani cabaran yang

dihadapi oleh organisasi kita. Sama-samalah kita teruskan budaya ini dan berusaha untuk

menjadikan IAB satu institusi latihan untuk pemimpin pendidikan yang hebat.

PENUTUP

Saya berharap semua peserta program ini mengambil bahagian dalam semua aktiviti secara

aktif serta memperoleh faedah yang maksimum daripada program ini. Seterusnya yang akan

memberi sepenuh sumbangan bernas kearah menjayakan matlamat retreat ini. Saya berharap

agar tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyelaraskan rentak bagi mewujudkan pasukan

warga kerja IAB yang kukuh, mantap dan cemerlang.

Maka dengan lafaz „Bismillahirahmanirrahim‟ saya merasmikan Program Retreat IAB 2017.

Sekian.

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih

50

Page 59: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

PERASMIAN PENUTUPAN

Page 60: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

YBRS. DR. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KE-23 TAHUN 2016

Tarikh: 11 OGOS 2016

Tempat:

Auditorium Perdana Institut Aminuddin Baki

Bandar Enstek Bismillahirrahmanirrahim Assalamu‟alaikum warahmatullahiwabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

PENGENALAN

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia izin-Nya, kita dapat bersama-sama

dalam majlis penutupan Seminar Nasional IAB 2016 kali ke-23. Alhamdulillah, seminar ini telah

dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Saya pasti hasil perkongsian ilmu dalam

seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir pemimpin sekolah khasnya dan

dunia pendidikan negara kita amnya.

52

Page 61: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Institut Aminuddin Baki (IAB) kerana

telah berjaya menganjurkan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke-

23 ini. Semoga seminar ini telah memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik yang hadir

untuk berkongsi input baharu termasuk ilmu dan pengalaman dalam bidang pengurusan dan

kepimpinan pendidikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kepimpinan Berwawasan Menerajui Gelombang Kedua PPPM 2016-2020: Mendepani

Cabaran

Seminar Nasional ini mempunyai tema utama yang sejajar dengan aspirasi Anjakan Ke-5 yang

akan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Antara bidang

yang diberi tumpuan utama dalam gelombang pertama ialah memperkasakan kepimpinan

sekolah. Mulai tahun ini, kita telah berada di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad

dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang

dihasratkan, iaitu dapat memenuhi wawasan dan aspirasi pendidikan negara. Sesungguhnya

transformasi pendidikan merupakan perjuangan yang berterusan, yang memerlukan keazaman

dan komitmen tinggi untuk memacu Gelombang 2 PPPM.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Aspirasi untuk menjayakan Transformasi Pendidikan meliputi dua (2) aspek, iaitu keseluruhan

sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid. Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha

membangunkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berdaya

saing dalam dunia globalisasi abad ke-21. Usaha ini memerlukan pertimbangan semula tentang

pengertian pembelajaran murid dan penjelasan semula tentang jenis kemahiran yang perlu

diterapkan kepada setiap murid.

53

Page 62: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Dalam usaha untuk benar-benar mentransformasikan pembelajaran murid, perubahan perlu

dilakukan di setiap peringkat Kementerian, JPN, PPD, sekolah dan pemimpin sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kementerian Pendidikan sentiasa memfokuskan usaha mengukuhkan asas sedia ada serta

memastikan inisiatif yang dijalankan pada peringkat awal berhasil. Sistem pendidikan perlu

berkembang daripada pendekatan “satu untuk semua” kepada penyelesaian spesifik mengikut

konteks dalam usaha mencapai kejayaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia beraspirasi untuk memastikan setiap murid mencapai potensi

yang ada. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara

menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam (6) elemen aspirasi murid iaitu

pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan

kerohanian serta identiti nasional. Aspirasi ini adalah penting dalam mempersiapkan murid

untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar.

Kepimpinan pengetua dan guru besar yang komited dan cemerlang, yang memberi tumpuan

kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, amat penting dalam

menentukan keberhasilan murid dan prestasi sekolah. Oleh itu, Kementerian sentiasa

memastikan agar pengetua atau guru besar yang berkualiti tinggi sahaja ditempatkan di setiap

sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sistem pendidikan tidak boleh berjaya tanpa dedikasi dan iltizam pemimpin sekolah. Perubahan

sebenar tidak akan berlaku tanpa mempertimbangkan secara serius keperluan pemimpin

sekolah dalam mencari kaedah untuk memupuk serta mengekalkan kecemerlangan sekolah.

Maka seminar seperti ini memberi inspirasi kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk

mengembangkan lagi potensi, kaedah atau amalan yang telah berjaya dilaksanakan kepada

satu tahap yang lebih gemilang. Walau bagaimanapun, jika ilmu yang diperoleh itu tidak

diamalkan oleh tuan-tuan, maka hasrat penganjuran seminar ini belum kesampaian.

54

Page 63: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kepimpinan Distributif Pemangkin Peningkatan Prestasi Sekolah

IAB ialah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. IAB berperanan bagi

membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Hal

ini menjadikan peranan IAB sangat penting. Amat penting untuk menghasilkan organisasi

pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan

sendiri, Ke arah itu, IAB dengan enam fungsi utamanya iaitu, latihan dan pembangunan,

konsultasi, penyelidikan, penerbitan, pentaksiran dan pasukan pemikir akan mengukuhkan

kecemerlangannya dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan sebagaimana yang

telah dirancangkan dalam Lanskap Premier Centre.

IAB akan memastikan kunci kepada kepimpinan berkesan diperolehi oleh semua pemimpin

pendidikan agar dapat menguasai pelbagai kemahiran daripada proses implementasi sehingga

proses mentadbir. Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu mengamalkan kepimpinan

distributif. Kepimpinan distributif ini memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat

sekolah supaya dapat bekerjasama secara kolaboratif. Melalui agihan kuasa,

penambahbaikan yang mampan kepada organisasi sekolah dan peningkatan prestasi murid

dapat dilakukan. Dapatan banyak kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan distributif

mampu mewujudkan interaksi yang rapat antara pemimpin dan pengikut di pelbagai peringkat

dalam meningkatkan komitmen guru terhadap sekolah. Kepimpinan ini mendorong guru-guru

melaksanakan tugas mereka dengan semangat yang tinggi, dan berasa sumbangan mereka

lebih dihargai.

Hallinger dan Hecks (2010) dalam kajian mereka ke atas 198 buah sekolah di Amerika Syarikat

selama empat (4) tahun, mendapati bahawa amalan kepimpinan distributif di sekolah dapat

melestarikan usaha penambahbaikan sekolah dengan lebih berkesan. Kerja sepasukan secara

kolektif dan saling kebergantungan dalam soal kerja mewujudkan rasa akauntabiliti untuk

memikul tanggungjawab bersama dalam menentukan keberhasilan organisasi.

Hasrat untuk mewujudkan kepimpinan yang bersifat kolaboratif di sekolah bukanlah perkara

baharu. Kejayaan Sekolah Amanah misalnya adalah hasil daripada amalan kepimpinan sekolah

yang bersifat kolaboratif ini.

55

Page 64: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Kejayaan tersebut telah mendorong KPM untuk meluaskan amalan tersebut melalui inisiatif

Program Sekolah Transformasi. Program ini merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal

insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran

murid yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,

guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.

Melalui Program Sekolah Transformasi ini, pemimpin sekolah didedahkan dengan konsep

kepimpinan distributif dan pembelajaran abad ke-21. Matlamat KPM untuk memastikan semua

sekolah di negara ini melaksanakan transformasi kepada sistem pendidikan yang bersesuaian

dengan Wawasan 2020.

Selain itu, Program Transformasi Daerah turut dilaksanakan. Jurulatih pemimpin sekolah yang

dikenali sebagai Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartner+) telah dilantik di setiap Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD). Program ini merupakan satu inisiatif utama bagi memberi bimbingan

dan sokongan kepada pemimpin sekolah. SIPartner+ mengoptimumkan kepakaran pengetua dan

guru besar menerusi amalan perkongsian terbaik, misalnya Program Pembelajaran Rakan

Sekerja (Peer Learning), Program Pembangunan Profesional Berterusan, Dialog Prestasi dan

seumpamanya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pembangunan Profesional Berterusan

Pemimpin pendidikan menghadapi cabaran menghasilkan modal insan yang berupaya

menangani persekitaran global yang sentiasa berubah. Sehubungan itu, kita perlu sentiasa

proaktif, progresif, kreatif dan inovatif. Dalam konteks tersebut, pemimpin sekolah perlu

menyusun pelbagai strategi bagi menggalakkan semua warga sekolah untuk belajar dan terus

belajar kerana pendidikan adalah dinamik. Sokongan pemimpin sekolah dalam menyediakan

persekitaran yang kondusif, menyediakan ruang dan peluang pembelajaran akan

menggalakkan pembelajaran dalam organisasi masing-masing. Budaya komuniti pembelajaran

profesional ini akan menghasilkan warga sekolah yang berketerampilan tinggi dari segi

personaliti, pemikiran kritis, kreatif dan strategik yang akhirnya menjadi pemacu yang amat

penting ke arah mencapai Gelombang 2 PPPM.

56

Page 65: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dalam mendepani cabaran Gelombang 2 PPPM, pemimpin sekolah perlu mempunyai

keupayaan untuk mentransformasikan cara berfikir, cara berinteraksi dan cara bertindak seluruh

warga sekolah selaras dengan keperluan semasa dan akan datang. Hal ini amat penting

dalam usaha membentuk sinergi dan pasukan yang mantap bagi memastikan agenda sekolah

terlaksana.

Hadirin yang dihormati sekalian

Harapan

Saya amat percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan juga bersetuju, agenda pelaksanaan

PPPM akan tercapai jika seluruh warga KPM bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap.

Kita perlu mengamalkan amalan yang luar biasa untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Pencapaian yang kita peroleh harus dijadikan panduan untuk merangka strategi dan

pendekatan yang lebih baik. Marilah kita memantapkan dan memperteguh usaha-usaha

tersebut dengan mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran gelombang 2 PPPM.

Harapan saya semoga Seminar Nasional ini telah memberi manfaat kepada tuan-tuan dan

puan-puan. Mudah-mudahan pelbagai idea yang bernas tercetus semasa menghadiri sesi

pembentangan ucaptama dan kertas kerja dalam seminar ini. Di samping itu, sesi interaksi

secara formal dan informal antara tuan-tuan dan puan-puan pasti telah mendatangkan faedah

kepada tuan-tuan dan puan-puan. Semoga segala faedah ini diimplimentasikan di organisasi

masing-masing.

Akhir sekali, dengan lafaz ‟Bismillahi rahmanirrahim‟ saya merasmikan penutupan

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-23 Tahun 2016 ini.

Sekian, terima kasih.

57

Page 66: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

LAIN-LAIN UCAPAN

Page 67: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN

YBRS. DR. ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki

MAJLIS CLOCK OUT

EN. HASHIM BIN MOHD. ZIN TIMBALAN PENGARAH (KHIDMAT PROFESIONAL)

Tarikh: 3 Julai 2017

Masa:

8.00 pagi

Tempat: Auditorium Perdana

Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

Bismillahhirrahmannirrahim hBBa ahsa ailshiaamaAhass aAiiaaaamalassA Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala kerana di atas limpah kurnia-Nya jua,

kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini sempena Majlis Clock Out

En. Hashim bin Mohd. Zin, Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional) yang akan bersara wajib

mulai 4 Julai 2017.

Saya amat berbesar hati atas kesudian tuan yang kita raikan untuk hadir di majlis yang

diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terhadap tuan yang bersara dari

perkhidmatan awam. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya

Aidilfitri kepada semua warga yang beragama Islam.

59

Page 68: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Semoga bulan Syawal yang mulia ini memberi kemenangan untuk kita terus bersatu hati ke

arah kecemerlangan. Murnikanlah bulan yang mulia ini dengan saling bermaaf-maafan bagi

memperkukuh dan mempereratkan lagi silaturrahim.

Tuan yang dirai,

Dengan penuh ikhlas, saya mewakili warga IAB merakamkan penghargaan yang tidak

terhingga dan ucapan ribuan terima kasih atas segala khidmat, sumbangan, masa dan tenaga

yang telah tuan berikan sepanjang tempoh berkhidmat di IAB. Sesungguhnya kami akan

kehilangan seorang insan yang berkebolehan dan berpengalaman luas melebihi 30 tahun

dalam bidang pendidikan. Kami amat menghargai jasa tuan dan berharap tuan akan sentiasa

mengingati dan terus memberi sumbangan kepada IAB dan bidang pendidikan khasnya sama

ada secara langsung atau tidak langsung. Khidmat bakti dan pengalaman yang dikongsi akan

sentiasa berkembang, tidak pudar dan memanfaatkan semua pihak yang terlibat.

Persaraan daripada perkhidmatan awam bukanlah titik noktah bagi seseorang untuk memberi

sumbangan terhadap kemajuan negara. Saya berharap tuan akan sudi untuk terus

menyumbang bakat, kemahiran dan pengalaman yang ada kepada negara khususnya dalam

bidang pendidikan. Pengalaman yang ditimba setelah berkhidmat selama berpuluh tahun amat

bernilai dan menjadi sumber kekuatan yang amat berharga kepada golongan yang masih

berkhidmat yang amat memerlukan bimbingan dan sokongan.

Dengan itu saya menyeru kepada warga IAB yang masih berkhidmat terutama generasi baharu

supaya menjadikan kegigihan, kewibawaan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh golongan

berpengalaman ini sebagai teladan serta sempadan dalam menunaikan tanggungjawab yang

diamanahkan sepanjang menjadi penjawat awam. Teruskan bersama-sama bekerja sebagai

satu pasukan padu dalam mengejar kecemerlangan. Marilah sama-sama kita jayakan apa juga

program yang digariskan oleh kerajaan dan kementerian pendidikan khasnya. Saya yakin,

sekiranya kita sama-sama saling bantu-membantu, berkongsi pegalaman dan menyemai bakti,

kita akan dapat menjadikan IAB sebagai satu agensi yang menyumbang secara signifikan

dalam pembangunan pengurusan kepimpinan pendidikan.

60

Page 69: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Para hadirin yang dihormati sekelian,

Setelah berkhidmat dalam tempoh melebihi 30 tahun sebagai penjawat awam, saya pasti

tuan telah merencana kehidupan untuk melangkah ke dunia baharu di luar persekitaran

biasa. Fasa persaraan ini memberi ruang waktu kepada tuan melaksanakan program atau

apa jua aktiviti yang diminati yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana keterbatasan

waktu bertugas. Saya berkeyakinan peluang di luar perkhidmatan awam amat luas untuk

diceburi. Segala kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang diperoleh semasa berkhidmat

dalam perkhidmatan awam boleh menjadi aset untuk terus aktif dan menggapai lebih banyak

kejayaan selepas persaraan.

Walau apapun arah tuju yang dipilih, manfaatkanlah masa yang ada serta jagalah kesihatan diri

dan keluarga. Amat penting dalam proses penyesuaian diri dengan fasa kehidupan baharu

sebagai seorang YB iaitu Yang Bersara untuk mengamalkan cara hidup sihat seperti

mengawal pemakanan dan kekal aktif. Gunakanlah masa terluang untuk masa berkualiti

bersama-sama keluarga tersayang dan aktiviti yang membahagiakan diri. Sesungguhnya masa

dan kesihatan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Oleh itu, sementara kita masih

dirahmati dengan kedua-dua nikmat ini, maka jagalah ia dan manfaatkanlah ia.

Para hadirin yang dihormati sekelian,

Sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan

dan khidmat bakti tuan kepada IAB sehingga ke akhir perkhidmatan. Sumbangan dan usaha

tuan akan dikenang dan berharap persahabatan akan terus terjalin. Marilah kita memohon

kepada yang Maha Esa pada syawal yang mulia ini agar En. Hashim bin Mohd. Zin yang

diraikan pagi ini dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan, ditambahkan ilmu

pengetahuan, diberikan rezeki berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan memiliki

kehidupan bahagia bersama-sama keluarga tersayang.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli

Jawatankuasa Pelaksana Majlis yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini. Tanpa

usaha dan sokongan padu tentunya majlis ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

61

Page 70: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Penat menampi pulangnya senja Seharian bekerja habis tenaga Bertahun berkhidmat berpisah jua Budi dan jasa dikenang selamanya Tanam legundi tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budimu tuan tidak kami lupa Sentiasa terpatri di lubuk hati

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

62

Page 71: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

UCAPAN

YBRS. DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN Pengarah

Institut Aminuddin Baki

Sempena:

MAJLIS SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT IAB TAHUN 2016

Tarikh:

4 November 2016

Tempat: Auditorium Perdana

Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

Bismillahirrahmannirrahim Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa Tuan-tuan, puan-puan warga IAB yang saya hormati sekalian.

MUKADIMAH

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana

dengan berkat limpah kurnia-Nya telah mengizinkan kita untuk bersama-sama hadir dalam

Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IAB Tahun 2016.

Langkah ini menunjukkan iltizam kita bersama untuk terus memperkasakan dan memartabatkan

bahasa kebangsaan kita, selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dalam

pembinaan sebuah negara bangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

UCAPAN TAHNIAH

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jabatan Bahasa dan

Komunikasi, Pusat Kepimpinan, Komunikasi dan Pengurusan Pejabat selaku Jawatankuasa

Pelaksana Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IAB Tahun 2016 yang telah

menunjukkan komitmen yang begitu tinggi bagi menjayakan majlis ini.

63

Page 72: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Syabas saya ucapkan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat

datang ke IAB kepada En. Rosman bin Shafie atau lebih dikenali sebagai LY, tetamu Bicara

Bahasa kita pada kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU

Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini di peringkat IAB banyak aktiviti telah diatur

seperti kuiz, pantun bertema di udara, pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia dan

pertandingan menulis sajak. Kempen ini telah berlangsung sepanjang bulan Oktober. Acara

pertandingan ini diharap dapat menyemarakkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat

IAB. Pada masa yang sama aktiviti ini telah menggamit semua warga IAB untuk menghayati

dan melestarikan bahasa Melayu sebagai wadah memartabatkan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu ke

arah membina negara bangsa demi mencapai hasrat 1Malaysia.

Hari ini dianggarkan terdapat 7000 bahasa yang masih dituturkan di seluruh dunia dan 10

daripadanya dipertuturkan oleh lebih 3.6 billion penduduk dunia. Bahasa Melayu, bahasa

perantaraan umum yang berakar umbi di tanah air ini tergolong dalam kumpulan 10 bahasa

tersebut dan dipertuturkan oleh lebih 300 juta manusia. Bahasa Melayu telah didaulatkan

semenjak 2000 tahun lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal antaranya Funan

dan Champa sehingga ke zaman kerajaan Kesultanan Melayu Pasai, Perlak, Inderagiri, Melaka,

Johor, Patani, Brunei dan Acheh.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

BAHASA JIWA BANGSA

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh

masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap

budaya yang diwarisi sejak turun-temurun. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini banyak

negara maju masih kekal menggunakan bahasa mereka sendiri sebagai jati diri seperti negara

Perancis, German, Itali dan Jepun yang telah membuktikan bahawa bahasa mereka berupaya

menjadikan mereka masyarakat yang berdaya maju dan dikagumi oleh masyarakat dunia.

64

Page 73: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita

sebagai penutur bahasa Melayu tanpa mengambil kira latar belakang bangsa di tanah air yang

tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang

kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita

perjuangkan dalam kalangan khalayak penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat

negara ini sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan

berbudi bahasa.

Kita dikagumi oleh masyarakat dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang

berbilang kaum dan bangsa. Tanpa melihat perbezaan kaum sama ada Melayu, Cina, India,

Iban, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa

Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang

mempunyai ciri keistimewaan tersendiri terutamanya diberi jolokan sebagai masyarakat yang

berbudi bahasa, peramah dan melayan tetamu dengan sopan.

Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :

Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sunguhnya

nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan.

Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya

mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainnya berbunyi:

Kalau cakap tidak cermat Kalau kelakuan tidak hormat Tentu hidup tidak selamat Hal sedemikian juga tergambar dalam seni kata lagu yang sering diperdengarkan seperti:

Tiada kata secantik bahasa Nak kucurahkan rasa Tiada gambar seindah lukisan Nak kutunjukkan perasaan Tiada bahasa secantik puisi Nak kucurahkan isi hati

65

Page 74: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa adalah jiwa bangsanya. Bahasa itu sebahagian roh

bangsanya, mencerminkan sejarah, adab tertib, etika dan etiket bangsa dalam sesuatu

peradaban. Perbendaharaan kata sesuatu bahasa menggambarkan khazanah tamadun,

hubungan silang budaya yang berlaku. Bahasa-bahasa utama dunia memiliki perbendaharaan

kata daripada pelbagai bahasa. Bahasa Melayu juga telah mengasimilasikan perkataan

daripada pelbagai kaum di gugusan Kepulauan Melayu serta perkataan dari Barat dan Timur

seperti Arab, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris, China dan India. Elemen pengaruh

mempengaruhi telah memperkayakan bahasa Melayu menjadikannya bahasa yang hidup,

dinamik dan terus berkembang. Oleh yang demikian, kisah kegemilangan bahasa Melayu pada

zaman silam telah membuana di jagat raya namun sekadar mengagumi sejarah silam tidak

mungkin dapat mengangkat martabatnya jika kita sendiri tidak menghargainya. Justeru tuan-

tuan dan puan-puan marilah kita sama-sama menyayangi bahasa Melayu dengan

menuturkannya dengan lenggok bahasa yang betul serta laras yang betul agar ia

mencerminkan nilai budaya, identiti dan kebanggaan rakyat Malaysia serta citra penuturnya.

Nelson Mandela, mantan Presiden Afrika Selatan, pernah berkata, apabila kita bercakap

dengan seseorang dengan menggunakan bahasa yang difahaminya, dia akan menyimpan

percakapan kita dalam kepala. Sekiranya kita bercakap dalam bahasa ibundanya maka dia

akan memyimpan isi percakapan kita dalam hatinya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

KEHEBATAN BAHASA MELAYU

Kehebatan Bahasa Melayu dibuktikan apabila Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu

ditawarkan sebagai mata pelajaran dalam beberapa universiti di luar negara seperti

Universiti Nasional Moscow, Universiti Amur dan Universiti Timur Jauh (Victor, 2011

dalam Ku Hasnita et. al., 2013). Malah negara China juga mengiktiraf kehebatan bahasa

Melayu dengan mewujudkan Kursi Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Pengajian

Asing Beijing. Perkara ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima dan

mampu berfungsi sebagai bahasa ilmu di persada dunia.

66

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Page 75: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

HARAPAN

Amalan mencintai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu dipupuk sebagai asas

kecintaan kita kepada negara dan citra bangsa agar tidak lenyap ditelan zaman.

Bersama-samalah kita berusaha ke arah memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita agar kekal,

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Hadirin dan hadirat sekalian,

PENUTUP

Tingkap papan kayu bersegi Sampan sarat di pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Bahasa kebangsaan jiwa bangsa Perpaduan disemai bersatu hati Sekian.

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

67

Page 76: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Sekalung budi

Pn. Mistirine Radin Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)

En.Mazlan bin Samsudin

Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional

Pensyarah Jabatan Bahasa Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat

Unit Media dan Komunikasi IAB

Page 77: MINDA PENGARAH - iab.moe.edu.myiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/1.BUKU MINDA PENGARAH … · Peringkat IAB Tahun 2016 - 63 iv Perasmian 1. Mesyuarat Tahunan Ke-2 PUSPANITA IAB

Penerbitan buku Minda Pengarah IAB ini dapat menambah koleksi bahan bacaan di IAB. Koleksi ucapan ini digarap melalui idea pengarah yang disusun oleh pensyarah yang bertanggungjawab terutama Pensyarah Jabatan Bahasa sesuai dengan majlis. Sesungguhnya setiap ucapan pengarah penuh dengan idea bernas dan harapan beliau dalam setiap program yang dirancang di IAB. Semoga dengan koleksi ucapan ini dapat memberi ilmu dan panduan kepada kita semua.

Koleksi titipan minda Pengarah IAB diharapkan dapat mencetus galakkan percambahan fikiran dalam kalangan warga IAB khasnya dan warga KPM amnya. Ia seharusnya dijadikan sebagai wadah perbincangan profesional yang lebih mendalam dan mampu menyuburkan motivasi diri serta kreativiti ke arah kecemerlangan pendidikan. Titipan minda ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang berstruktur dan terancang.

http://iab.moe.edu.my

PN. MISTIRINE RADIN Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)

EN.MAZLAN BIN SAMSUDIN Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)