mimpi yang menakutkan.doc

3
Mimpi yang Menakutkan Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu sendirian. Jam dind menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji, saya menonton ceri yang seram sambil menunggu ibu bapa balik dari majlis perkhawinan saudara. Pada masa itu, suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran saya sudah tidur. dara sangat sejuk kerana hujan turun dengan lebat di luar rumah.!leh itu,saya minum s milo panas untuk memanaskan badan saya. "iba-tiba, bekalan elektrik terputus, keadaan di rumah saya menjadi gelap-gel Selepas itu, saya terdengar bunyi ketukan dari pintu rumah saya. Saya menyangka bapa saya sudah pulang dari majlis perkhawinan saudara. Saya berlari menuj pintu untuk membuka pintu. #pabila pintu terbuka, saya melihat seorang perempuan yang sangat cantik sepe puteri raja."iba-tiba, perempuan itu bertukar menjadi seorang ahli sihir hodoh.$ia berambut pendek seperti penyapu, bermata merah dan kukunya panjang. Perempuan itu ingin makan daging saya dan minum darah saya. $ia terbang denga menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk mengejar saya.Saya berasa sanga takut lalu berlari dengan pantas. "etapi ahli sihir berjaya menangkap saya dan m leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta tolong. #pabila saya membuka mata, saya mendapati ibu sedang mengejutkan saya. %upa- rupanya saya hanya bermimpi. Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya berharap mimpi seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Upload: sen-siew-ling

Post on 01-Nov-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu sendirian. Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji, saya menonton cerita yang seram sementara menunggu ibu bapa balik dari majlis hari jadi kawan mereka.

Mimpi yang Menakutkan

Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu sendirian. Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji, saya menonton cerita yang seram sambil menunggu ibu bapa balik dari majlis perkhawinan saudara.

Pada masa itu, suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran saya sudah tidur. Udara sangat sejuk kerana hujan turun dengan lebat di luar rumah.Oleh itu,saya minum secawan milo panas untuk memanaskan badan saya.

Tiba-tiba, bekalan elektrik terputus, keadaan di rumah saya menjadi gelap-gelita. Selepas itu, saya terdengar bunyi ketukan dari pintu rumah saya. Saya menyangka ibu bapa saya sudah pulang dari majlis perkhawinan saudara. Saya berlari menuju ke arah pintu untuk membuka pintu.

Apabila pintu terbuka, saya melihat seorang perempuan yang sangat cantik seperti puteri raja.Tiba-tiba, perempuan itu bertukar menjadi seorang ahli sihir yang sangat hodoh.Dia berambut pendek seperti penyapu, bermata merah dan kukunya panjang.

Perempuan itu ingin makan daging saya dan minum darah saya. Dia terbang dengan menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk mengejar saya.Saya berasa sangat takut lalu berlari dengan pantas. Tetapi ahli sihir berjaya menangkap saya dan mencekik leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta tolong.

Apabila saya membuka mata, saya mendapati ibu sedang mengejutkan saya. Rupa-rupanya saya hanya bermimpi. Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya berharap mimpi seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Sambutan Hari Jadi saya

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Intan Baiduri. Saya telah menjemput ramai kawan untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada hari itu.

Sebelum majlis sambutan hari jadi saya bermula, Saya sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan.

Tidak lama kemudian, masanya telah pun tiba. Semua kawan sampai di rumah saya. Suasana di rumah saya riuh-rendah. Ibu meletakkan kek di atas meja. Selepas itu, rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut memberikan hadiah kepada saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi hadiah kepada saya.Kemudian, kami pun menikmati lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Mereka makan dengan gelogok kerana perut sudah lapar.

Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah membuat persembahan nyanyian. Kami juga bermain permainan yang seronok seperti kami telah menyusun kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik. Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi rakan-rakan kami yang lucu semasa bermain permainan.

Kira-kira pada pukul 11 petang, kawan saya pun balik ke rumah masing-masing. Saya berasa amat gembira dan berharap boleh mengadakan majlis sambutan hari jadi sekali lagi. Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.