wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · web viewpengenalan...

24
PENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim dalam kehidupan harian masyarakat orang Asli. Malahan kemajuan dan pembangunan yang dikecepai oleh negara pada hari ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus mengamal dan meneruskan amalan kepercayaan dan tradisi yang diwariskan oleh nenek moyang sejak dahulukala. Tidak menolak kepada kemajuan dan pembangunan tetapi selari dengan wawasan dan aspirasi negara kita untuk menjadi sebuah negara moden, mereka juga tidak ketinggalan. Walau bagaimanapun, masyarakat orang Asli masih tetap teguh memelihara dan kental mempertahankan warisan nenek moyang. Bagi masyarakat tersebut, roh dan semangat dijadikan sebagai asas kepercayaan mereka. Masyarakat kita umumnya mengetahui dan menyedari akan kewujudan komuniti tersebut tetapi tidak mendapat gambaran yang jelas berhubung dengan kehidupan dan budaya orang Asli ini. Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan perubatan. Persembahan berbentuk ritual yang melibatkan tarian, teater, memuja semangat dan roh misalnya dipercayai mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Di semenanjung Malaysia, tarian yang begitu popular dalam masyarakat orang Asli adalah tarian sewang “ Tarian sewang merupakan satu tradisi masyarakat orang asli daripada nenek moyang sehinggalah zaman sekarang. Tarian ini diikuti dengan lagu suku kaum itu sendiri. Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli dipersembahkan untuk acara-acara tertentu. Antaranya ialah untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru dan sebagai tanda tempoh berkabung .Selain itu, tarian sewang juga dilakukan bagi tujuan mengiringi perubatan tradisional. Secara umumnya tarian sewang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut keperluan sesuatu upacara seperti Sewang Chenchem, Gamok,Panoh, Penhei, Manjar, Pungei, Tanggei, danSelombang.

Upload: buikien

Post on 29-Mar-2018

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

PENGENALAN

Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu

sinonim dalam kehidupan harian masyarakat orang Asli. Malahan kemajuan dan pembangunan

yang dikecepai oleh negara pada hari ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus

mengamal dan meneruskan amalan kepercayaan dan tradisi yang diwariskan oleh nenek

moyang sejak dahulukala. Tidak menolak kepada kemajuan dan pembangunan tetapi selari

dengan wawasan dan aspirasi negara kita untuk menjadi sebuah negara moden, mereka juga

tidak ketinggalan. Walau bagaimanapun, masyarakat orang Asli masih tetap teguh memelihara

dan kental mempertahankan warisan nenek moyang. Bagi masyarakat tersebut, roh dan

semangat dijadikan sebagai asas kepercayaan mereka.

Masyarakat kita umumnya mengetahui dan menyedari akan kewujudan komuniti

tersebut tetapi tidak mendapat gambaran yang jelas berhubung dengan kehidupan dan budaya

orang Asli ini. Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan

teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan perubatan. Persembahan berbentuk

ritual yang melibatkan tarian, teater, memuja semangat dan roh misalnya dipercayai

mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Di semenanjung

Malaysia, tarian yang begitu popular dalam masyarakat orang Asli adalah “ tarian sewang “

Tarian sewang merupakan satu tradisi masyarakat orang asli daripada nenek

moyang sehinggalah zaman sekarang. Tarian ini diikuti dengan lagu suku kaum itu sendiri.

Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli dipersembahkan untuk acara-acara tertentu.

Antaranya ialah untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru dan sebagai

tanda tempoh berkabung.Selain itu, tarian sewang juga dilakukan bagi tujuan mengiringi

perubatan tradisional. Secara umumnya tarian sewang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis

mengikut keperluan sesuatu upacara seperti Sewang Chenchem, Gamok,Panoh, Penhei,

Manjar, Pungei, Tanggei, danSelombang.

Page 2: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

SEWANG

Maksud sewang yang sebenarnya memang sentiasa diperdebatkan oleh para

pengkaji. Terdapat pengkaji yang menyatakan bahawa sewang ialah salah satu upacara

pengubatan tradisional yang melibatkan kegiatan kedukunan dalam konteks institusi

kepercayaan yang sacral. Sewang dikaitkan dengan ritual dukun memanggil kehadiran makhluk

halus yang baik untuk membantunya melawan makhluk halus jahat yang telah mencetuskan

gangguan penyakit terhadap pesakit.Namun demikian, sewang ialah satu jenis ‘seni permainan’

(main sewang) yang dihasilkan oleh komuniti-komuniti Orang Asli di Malaysia yang telah

dikenali umum.

Seni permainan ini sebagai satu keseluruhan, merupkana satu himunan

kegiatan dan proses estetika Orang Asli yang melibatkan penyediaan alat muzik buluh tabuh

(yang diperbuat daripada buluh pelbagai saiz, yang juga dipanggil kong-kong atau cat tong oleh

komuniti lain), kerja-kerja pembinaan dan penghasilan balai permainan, pembinaan sanggar

(tempat persinggahan roh nenek moyang), pembuatan kostum (yang diperbuat daripada kulit

kayu dan anyaman mengkuang), anyaman dendan (daripada daun kelapa), penyediaan

makanan dan minuman dan sebagainya. Sebagai satu ekspresi kesenian dan estetika orang

Asli, sewang melibatkan nyanyian, tarian dan pemaparan simbol-simbol identiti harian )raga

rotan, beliung, sumpitan dan sebagainya) mereka sewaktu menari.

Pendeknya, dalam keseluruhan tahap penyediaan dan kelangsungan permainan

sewang ini, sebahagian besar daripada anggota komuniti yang berkenaan turut terlibat.

Walaupun pada waktu permainan berlangsung, terdapat kumpulan orang yang bergiat sebagai

pemain dan kumpulan lain yang menjadi penonton, namun pada hakikatnya, mereka yang

kelihatan duduk sebagai penonton itu adalah ‘pemain’ pada tahap persediaan sewang tersebut.

Oleh itu dalam keseluruhan proses permainan sewang, membahagikan anggota komuniti itu

sebagai pemain dan penonton secara ekslusif adalah kurang tepat. Bergantung kepada

keadaan, kumpulan dewasa dalam komuniti Orang Asli, boleh menjadi pemain dan penonton

secara silih berganti.

Page 3: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Pada satu waktu tertentu, setiap anggota komuniti berkenaan pernah menjadi

pemain sewang, sama ada sebagi penyanyi, penari, pemain musik, penganyam dendan,

pembina balai sewang, Pembina sanggar, penyedia unggun api dan sebagainya. Pembinaan

sanggar dan penyediaan unggun api sebelum permainan bermula boleh dikatakan menaikkan

semangat darjat seni sewang ini ke tahap yang kudus atau sacral. Ini ialah kerana sanggar dan

unggun api ,menjadi alat yang mengundang roh nenek moyang untuk turut ‘turun’ bermain.

Permainan sewang boleh berubah menjadi ‘persembahan’ sewang jika segala

nyanyian, tarian, tiupan serunai bamboo dan hentakan buluh tabuh dipersembahkan kepada

penonton asing, terutamanya di tempat yang asing, jauh daripada perkampungan komuniti yang

berkenaan. Sering kali juga komuniti Orang Asli terttntu diundang dan dibayar oelh agensi-

agensi kerajaan untuk ‘mempersembahkan’ sewang mereka kepada khalayak bukan Orang Asli

ataupun kepada kumpulan pelancong. Dalam konteks ini, sewang telah menjadi satu bentuk

‘seni persembahan’ yang pada umumnya telah ketiadaan komponennya yang tulen dan kudus.

Kekosongan seni persembahan ini terjadi kerana sewang tidak dimainkan dengan melibatkan

sebahagian besar anggota kominiti Orang Asli yang berkenaan.

Selain itu, dalam persembahan tersebut, roh nenek moyang tidak dijemput

datang. Malah, sanggar yang menjadi tempat persinggahan roh juga tidak dibina di tempat

persembahan. Oleh itu, roh nenek moyang tidak menjadi pemain dan penonton dalam

persembahan ini. Dengan itu, seni persemabahan sewang untuk tontonan khalayak luar

komuniti ini ternyata ketiadaan ansur sacral dan ketulenannya.

Page 4: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

DAPATAN KAJIAN

Tarian sewang merupakan satu tradisi kepada masyarakat Orang Asli sejak

zaman berzaman. Secara umumnya sewang dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut

keperluan sesuatu upacara. Tarian sewang diadakan untuk tujuan perubatan, membuka

pantang kematian, keramaian seperti menyambut tetamu dan meraikan perkahwinan, membuka

ladang, mengawal makhluk-makhluk halus dan sebagainya.Keunikan tarian tradisi ini adalah

dengan hiasan berciri alam semulajadi serta muzik tradisional yang tidak di miliki oleh kaum

lain.

Tarian ini ditarikan oleh 10 orang atau lebih penari lelaki dan perempuanyang

akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama. Penari

yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil

menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang

dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang. Lagu-

lagu yang didendangkan mengikut suku kaum itu sendiri. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 18

suku kaum Orang Asli termasuklah Kaum Semai di Kampung Batu 7 dan Kampung Batu 14 di

Perak yang kami lawati.

Sewang adalah upacara menurun untuk mendapatkan ilham. Senikata lagu

sewang diperolehi oleh Tok Halaq melalui mimpi. Upacara ini dilakukan pada malam hari dan

berjalan selama 3 hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada makanan yang ada. Mereka

menari dengan cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing. Terdapat dua jenis sewang

iaitu Sewang Pantang dan Sewang Umum. Setiap sewang memakan masa selama 15 minit

yang dijalankan oleh 'Juru Sewang'. Juru sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri

(pengsan). Mereka akan dipulihkan oleh Tok Halaq.

Page 5: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Tok Halaq

Tok Halaq juga dikenali sebagai tukang karut dalam budaya masyarakat Melayu.

Gelaran ini diwarisi secara turun-temurun. Ini bermakna, anak akan mewarisi bapa

sebagai Tok Halaq selepas bapanya meninggal dunia dan begitulah seterusnya.

Beliau perlu tahu segala pantang-larang yang berkaitan dengan sewang. Sewang tidak

mempunyai lagunya yang khusus. Menurut informan, semasa bersewang, lagu yang

akan dinyanyikan oleh Tok Halaq akan datang dengan tiba-tiba seperti beliau dirasuk

oleh suatu kuasa ghaib. Beliau juga mengatakan bahawa lagu sewang kadang-kadang

datang daripada mimpi.

Page 6: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Pawang

Pawang dan Tok Halaq adalah orang yang berbeza. Pawang mempunyai pangkat yang

lebih tinggi berbanding Tok Halaq.

Tugas pawang ialah meghalau roh dan mengubat penyakit.

RENTAK TARIAN

i) Genachi (lemah gemalai)

Bebas sesuka hati

Mengikut rentak alam sekitar seperti mengikut tiupan dan belaian angin.

Page 7: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

ii) Dalam bentuk bulatan

Penari akan menari dalam bentuk bulatan

iii) Tempoh tarian

8 malam hingga 5 pagi (dilakukan selama 4 hingga 7 malam)

‘SEMANGAT’ TARIAN

-Sewang yang berupa perubatan akan terdapat semangat-semangat ghaib yang akan

mengirinya. Antara semangat-semangat tersebut ialah guruh, harimau, ribut, dan bunian.

Page 8: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

-Bagi tujuan perubatan, semangat tertentu akan menyertai tarian bergantung kepada jenis sakit

yang dihadapi.

-Senikata yang diucapkan juga bergantung pada jenis penyakit kerana liriknya datang dengan

sendiri semasa membuat persembahan selain daripada melalui mimpi.

SEWANG SEBAGAI SUATU PERSEMBAHAN

-Tarian ini selalu dipersembahkan dalam persembahan yang selalunya ditonton oleh pelancong

asing.

-Menjadi salah satu tarikan masyarakat di Malaysia

-Turut dipersembahkan semasa upacara menuai padi yang selalunya dilakukan pada bulan

Disember. Sewang dipersembahkan bagi meminta ‘semangat’ padi agar memberikan rezeki

yang lebih banyak di masa akan datang.

Page 9: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

PENARI SEWANG

- Tarian ini ditarikan oleh 10 orang atau lebih penari lelaki dan perempuan.

-Jumlah penarinya tidak terhad, semakin ramai penari, semakin bagus.

- Penari akan mengulangi baris nyanyian Tok Halaq dan bergerak sambil menghentakkan kaki

ke lantai dan menghayungkan tangan.

PAKAIAN

1) Penari tidak mempunyai pakaian khas dan mereka bebas memakai apa sahaja.

Page 10: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

2) Selalunya, penari-penari akan memakai hiasan yang dibuat daripada daun kelapa.

3) Hiasan dari ‘daun kuar’ juga akan digunakan bagi mengelakkan dari berlakunya histeria.

4) Hanya Tok Halaq yang mempunyai pakaian khusus iaitu perlu memakai

kain merah

baju kulit

mengkuang

Kerawang (diletak atas kepala yang dibuat kulit gaharu)

Dandang beluru dianyam daripada daun kelapa (dipakai di pinggang)

PERALATAN TARIAN

Daun kelapa yang dianyam akan dihias di sekeliling ruang tarian.

Page 11: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Daun kelapa dan bunga seperti bunga tahi ayam juga dijadikan aksesori dimana ia akan

dililit di kepada, badan dan pinggang semua ahli-ahli sewang.

Muka ahli sewang dihiasi dengan warna merah dari biji buah Kesumbar dan bintik putih

dari kapur.

Tok Halaq(Tukang karut) dan penari sewang akan memegang segenggam daun-daun

hutan yang dipanggil “kijau”. Biasanya terdiri daripada daun-daun herba dan akar-akar

yang mempunyai bau harum.

Daun mengkuang digunakan oleh pawang untuk menghalau roh.

ALAT MUZIK/ TARIAN

Gitar Kayu

Dimainkan oleh kaum Jah Hut

Page 12: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Kategori kordofon

Enam tali pemetik dan bahagian badannya tiga segi

Keranting

Dimainkan oleh kaum semelai Badan diperbuat daripada buluh yang beruas panjang dan tali

pemetiknya diperbuat daripada 3 tali yang dijalikan bagi hasilkan bunyi

yang berbeza.

Kreb/ Kereb

Page 13: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Gambarmenunjukkancaraalatinidigunakan

Kategorikordofon

Dibuatdaripadabuluh

2 utastali yang berlainanukuran

Talidiperbuatdaripadaakardanrotan

Talipanjang (jantan)

Talipendek (betina)

Dimainkanolehkaumwanitapadawaktupetanguntukhiburandanjugasewa

ng. Alunanmuzik yang menyerupaibunyialamsemulajadi.

CentongBuluh

Page 14: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Kategorialatidiofon

Dimainkanolehkaumwanitadalamupacarasewang

Duabuluh yang berlainansaiz

Centungdiketukpadasatukayubesar

Kaumwanita yang menggunakanperalataninisemasatariansewang

Gambarmenunjukkancentongbuluhdigunakanketikatariansewang

Seruling/Penyong/scoi

Kategorialataerofon

Dimaindenganmenggunakanmulut

Dimainkanolehkaumlelakisahaja.

Page 15: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

PensolatauSerulingHidung

Kategorialataerofon

Dimainkanolehkaumsenoi

Dimainmenggunakanhidungdimanasipemainakanmenyumbatkansebela

hhidungnyadengandaunataupunsecebiskain,manakala yang

lagisebelahnyadigunakanuntukmeniuppensol.

Gambar menunjukkan alat ini digunakan

PANTANG LARANG

Page 16: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

1) Tok Halaq yang bertanggungjawab menjalankan upacara tarian sewang tidak

boleh makan makanan yang pedas dan juga yang dianggap berbisa seperti ikan

keli dan ikan berduri selama 7 hari selepas upacara sewang. Dipercayai jika

halaq melanggar pantang ini, penyakit yang diubati tersebut akan kembali.

2) Selain itu sepanjang sewang dijalankan, penonton tidak dibenarkan berbuat

bising contohnya gelak ketawa, menangis (kanak-kanak).

3) Kena ikut pawang tidak boleh ketuk alat muzik sesuka hati kerana satu ketukan

itu tujuh gunung boleh mendengar iaitu penjaga gunung (makhluk halus/ roh)

4) Tarian sewang ini tidak boleh main-main

5) Tujuan tarian sewang adalah untuk membuat persembahan kepada roh pada

asalnya.

6) Sebelum membuat persembahan sewang perlu meminta izin daripada orang tua.

7) Setiap pergerakan yang dilakukan mempunyai makna, oleh itu pergerakan tidak

boleh dibuat sesuka hati (pergerakan berkait dengan alam semulajadi).

KEPERCAYAAN

Page 17: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Kerawang (dipakai oleh Tok Halaq di kepala) dianggap memberikan tiga tanda iaitu:

Merah - darah

Hitam - kotor

Putih - sudah siap berubat

SEWANG UNTUK PERUBATAN

Secara umumnya, tujuan sewang diadakan adalah untuk tujuan perubatan.

Sebagai contoh, sewang gamok sering digunakan untuk tujuan perubatan akibat terkena racun

seperti racun pokok ipoh atau akibat terkena santau. Manakala penyakit yang berkaitan

semangat seperti kena rasuk, hilang ingatan, hlang semangat dan sebagainya, jenis sewang

yang lain boleh digunakan berdasarkan punca penyakit itu terjadi.Dalam sesuatu upacara

sewang perubatan pula, beberapa kelengkapan dan peralatan diperlukan untuk memastikan

sesebuah perubatan itu berkesan.

Kelengkapan ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :

a) Balai Sewang

b) Alat-alat bunyian

c) Pemain alat bunyian, penari, dan penyanyi

Page 18: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

d) Halaq dan/atau Shaman (Perantara dan Perawat)

e) Peralatan Perubatan

i. Tumbuh-tumbuhan

ii. Jampi (lagu sewang)

iii. Lain-lain kelengkapan

a) Balai Sewang

Sewang untuk tujuan perubatan biasanya dilakukan di sebuah balai yang khas digunakan untuk

tujuan bersewang. Balai ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang mudah diperolehi

seperti buluh yang digunakan untuk membuat lantai, daun bertam dibuat atap dan batang pokok

serta dahan sebagai tiang serta gelegar. Balai sewang dibina kira-kira 3 kaki tinggi dan tali rotan

digunakan untuk mengikat tiap-tiap kayu ini kerana pembinaanya tidak menggunakan paku

b) Alat-alat Bunyian

Mengiringi lagu atau ‘nong’ ialah alat-alat bunyian asas iaitu centong buluh atau ‘awen go’h’ dan

gendang atau ‘bataq’. Kadang kala gong turut digunakan

c) Pemain alat bunyian, Penyanyi dan Penari

Semasa pesakit dirawat, penglibatan ahli-ahli masyarakat yang lain amat diperlukan. Ketiadaan

salah satu elemen sama ada bunyian, penari atau penyanyi akan menggagalkan proses

perubatan. Selain itu, beberapa kata kunci juga diulang beberapa kali bagi menarik perhatian

‘semangat’. Ia adalah bertujuan untuk mempercepatkan penyembuhan si pesakit melalui

semangat-semangat yang berjaya dipujuk.

d) Halaq dan/atau Shaman (Perantara dan Perawat)

Page 19: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Halaq berperanan penting dalam memastikan sesebuah proses perubatan itu berjaya atau

tidak. Dalam hal ini Tok Halaq bertindak sebagai perantara dan sesudah semangat yang tepat

berjaya dipujuk, ia akan menjelaskan kepada Shaman tindakan-tindakan yang harus

dilakukan.Semasa membuat diagnosis penyakit pula, Tok Halaq akan bergantung kepada

petunjuk daripada semangat yang punca kepada penyakit berkenaan kecuali penyakit-penyakit

yang telah diketahui puncanya seperti termakan racun.

e) Peralatan perubatan.

Kebiasaannya, untuk menjalankan rawatan, beberapa jenis bahan diperlukan. Antara alatan

utama yang digunakan ialah beberapa jenis tumbuhan hutan yang dipercayai mampu manarik

semangat datang semasa upacara sewang dijalankan. Selain itu, alatan-alatan lain yang

digunakan ialah:

i. Tumbuh-tumbuhan

Penggunaan daun kelapa dan batang ubi dianggap mempunyai pengaruh yang kuat dan

bertindak seabagai ‘umpan’ untuk ‘memujuk’ semangatagar datang. ‘Tamu’ pula berperanan

sebagai pusat atau tumpuan utama semangat dari rimba. Ia juga sebagai pewangi penaik

semangat dan menjadi tempat semangat berkumpul dan memberi bantuan kepada Tok Halaq

supaya dapat menyampaikan lagu dengan lebih baik dan lancar.

ii. Jampi atau Lagu sewang (‘Nong’)

Lagu sewang dibezakan mengikut tujuan sewang dimainkan. Walau bagaimanapun, lagu

sewang dipercayai diterima daripada semangat itu sendiri.

iii. Lain-lain kelengkapan

Sewang perubatan turut menggunakan bahan-bahan sampingan untuk menambah tarikan

kepada semangat yang dituju. Antara lain ialah ‘og cengcog’ atau air akar hutan, ‘selak kuar’

atau daun palas yang telah diracik halus, kemenyan hutandan lain-lain.

KAEDAH RAWATAN

Page 20: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Pesakit dibawa ke balai sewang dan dibaringkan berhampiran dengan ‘tamu’.

Seterusnya, para penari akan menari mengelilingi pesakit. Hubungan Tok Halaq dengan

semangat atau ‘makhluk halus’ dapat dikesan melalui jumlah lagu yang dinyanyikan. Sekiranya

beliau menyanyikan 5 buah lagu, ini bermakna beliau mempunyai hubungan dengan 5 ‘makhluk

halus’. Manakala setiap makhluk halus yang mendatangi balai sewang dijamu dengan pelbagai

jenis ramuan bunga (madu) dan minuman air akar kayu. Tok Halaq akan memakan jamuan

tersebut namun, dipercayai yang memakan jamuan tersebut sebenarnya semangat yang

datang itu.

Dalam masa yang sama kemenyan hutan akan dibakar untuk melihat dan

mengesan punca-punca penyakit. Selain itu, dipercayai juga sekiranya penyakit pesakit berkait

dengan hilang semangat, makhluk halus akan membawa balik semangat berkenaan kepada

tuannya semula. Makhluk halus akan bergembira dan berasa senang hati untuk membantu

mengubati penyakit apabila mendengar bunyi centong buluh dan suara wanita yang mengiringi

nyanyian Tok Halaq. Apatah lagi apabila dijamu dengan bahan-bahan berjamu seperti air akar

dan madu bunga gunung.

PANTANG LARANG SEMASA BERSEWANG

Semasa sewang berlangsung beberapa pantang harus dipatuhi, jika tidak

dipatuhi, penyakit akan gagal diubati. Antara pantang yang perlu dipatuhi ialah orang yang tiada

kaitan dengan upacara ini tidak dibenarkan menyertai dan berada di balai sewang kecuali

dengan kebenaran Tok Halaq sendiri. Ini kerana orang luar yang tidak berkaitan dipercayai

boleh menghalang semangat menghampiri balai dan menghalang semangat daripada

memasuki tubuh Tok Halaq.Selainitu, sewang mesti dilakukan di dalam gelap atau dalam

cahaya yang samar-samar, bergantung kepada seriusnya sesuatu penyakit itu. Ini adalah

bertujuan untuk memudahkan semangat mendatangi Tok Halaq kerana suasana gelap

dipercayai menjadi dunia ‘makhluk halus’.

Page 21: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Sewaktu sewang dijalankan, suasana persekitaran mestilah tenang dan sunyi

dan hanya bunyi muzik sewang sahaja dibenarkan. Bunyi bising seperti bunya perbualan atau

bunyi binatang juga tidak dibenarkan kerana dipercayai menghalang semangat untuk datang ke

kawasan tersebut. Selain itu, sebarang pergerakan di bawah balai sewang ( di atas tanah) juga

tidak kerana dipercayai pada masa tersebut banyak semangat-semangat berkeliaran

termasuklah semangat jahat

PANTANG LARANG BAGI PESAKIT

Semasa berpantang, pesakit hendaklah dijauhkan dari bunyi bising dan hendaklah

sentiasa berkeadaan tenang. Pesakit juga perlu mengelak menghidu bau-bau yang

pedih seperti bau lada, bawang dan minyak.

Pesakit tidak boleh dikejutkan dengan bunyi kuat seperti letupan kerana dipercayai

akibat dari sentakkan tersebut semangat pesakit semakin lemah.

Pesakit tidak boleh mandi bersabun, tidak dibenarkan berjalan di bawah panas matahari

pada waktu tengah hari.

Keluarga pesakit tidak dibenarkan menebang pokok pisang atau pisang masak malah

dalam keadaan yang lebih ekstrim, seluruh penduduk kampung dilarang berbuat

demikian.

Tempoh berpantang bagi pesakit seseorang pesakit bergantung kepada keseriusan

penyakit yang dihidapi tetapi lazimnya antara 7 – 10 hari.

ADAT MENUTUP PANTANG (‘CERTAS/CERENTAS’)

Page 22: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

Apabila tempoh berpantang sudah tamat dan pesakit telah beransur pulih, upacara menutup

pantang perlu diadakan. Antara upacara tersebuat ialah seperti:

Pesakit hendaklah dibawa ke rumah Tok Halaq dengan membawa bersama beberap

bahan yang diminta Tok Halaq.

Sebaik-baiknya acara ini dilakukan pada waktu pagi, sebelum matahari naik.

Semasa hendak memberikan ‘hadiah’ kepada Tok Halaq, perkataan yang perlu disebut

ialah “ini hadiah yang Tok Halaq tolong itu hari” dan hendaklah mengelak malah dilarang

sama sekali menggunakan perkataan “ini cerentas (hadiah penutup pantang)”.

PENUTUP

Kesimpulannya, melalui kajian ini jelaslah dapat dilihat bahawakehidupan harian

masyarakat orang asli banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaan mereka terhadap

semangat alam sekeliling. Mereka sentiasa dibayangi oleh perkara mistik dan fahaman

animisme. Malah mereka juga mewarisi alam mistik yang kaya dengan pantang-larang.

Manakala tarian sewang pula adalah satu tarian yang sangat unik. Lirik lagu yang dicipta untuk

persembahan tidak boleh sewenang-wenangnya dicipta oleh sebarang orang. Hanya orang-

orang tertentusahaja yang boleh mencipta lagu-lagu yang akan dipersembahkan.Jika dilihat dari

aspek luarannya, lagu yang dinyanyikan tidak menampakkan apa-apa makna kecuali pada

mereka yang terlibat secara langsung dalam tarian tersebut. Walau bagaimanapun, setelah

pengkaji sendiri melibatkan diri dalam tarian ini, baharulah dapat dirasakan bahawa melalui lirik,

muzik dan hentakkan kaki ketika menari terdapat nilai seni yang amat berharga dan unik dalam

tarian sewang ini.

Page 23: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim

BIBLIOGRAFI

adatbudayapermata.blogspot.com/

blog.jmm.gov.my/.../pameran-orang-asli-kepercayaan

en.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli

http://tariansewangpayalebar.blogspot.com/

www.hbn.gov.my/index.php/component/.../331.htm

www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-orang-asli-

Page 24: wanieykayra.weebly.comwanieykayra.weebly.com/.../tugasan_budaya_full_3.docx · Web viewPENGENALAN Sejak dahulu lagi mimpi, roh, adat dan mitos serta sistem kosmologi terlalu sinonim