migrasi

28

Upload: haslinda-linda

Post on 14-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penggal 1

TRANSCRIPT

Page 1: Migrasi
Page 2: Migrasi

Diakhir pembelajaran, pelajar diharap dapat memahami …….

Page 3: Migrasi

DEFINISI MIGRASI• Proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke

tempat yang lain yang melibatkan perubahan ruang dan masa.

• Migrasi memenuhi 2 ciri berikut: a) pergerakan mestilah melintasi sempadan antara kawasan spt sempadan daerah, mukim, benua dll.

b) pergerakan melebihi 6 bulan di sesuatu tempat sebelum kembali ke tempat baru.

Page 4: Migrasi

ISTILAH ……

Page 5: Migrasi

JENIS & POLA MIGRASI

• Migrasi terbahagi kepada 2 jenis: 1) MIGRASI DALAMAN - melibatkan perpindahan melintasi sempadan di dalam sesebuah negara sahaja.

- Pola migrasi dalaman: a) Luar bandar ke bandar b) Bandar ke luar bandar c) Bandar ke bandar d) Luar bandar ke luar bandar e) Transmigrasi - Contoh: migrasi dari Jengka ke Shah

Alam, dari Kuantan ke Kuala Lumpur, dari Kg. Sentosa ke Jengka 3.

Page 6: Migrasi

2) MIGRASI ANTARABANGSA

- melibatkan perpindahan yang melintasi sempadan politik antarabangsa spt sempadan antara negara dan sempadan antara benua.

- Pola migrasi antarabangsa:

1) migrasi antara negara 2) migrasi antara benua

- Contoh : kemasukan pekerja asing dri Indonesia, Vietnam , Bangladesh dll

Page 7: Migrasi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN

Kawasan destinasi Kawasan asal

Page 8: Migrasi

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN MIGRASI DESA KE BANDAR

1. Peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan & stabil.

- terutama di Lembah Klang yang membangun dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan. Penawaran gaji yang tetap dan lumayan, kemudahan yang banyak disediakan spt perumahan & pengangkutan, perkhidmatan yang selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan telah menjadi daya tarikan utama penduduk desa meninggalkan kawasan desa.

Page 9: Migrasi

2. Peluang melanjutkan pelajaran ke IPT.

- Kebanyakan IPT terletak di Selangor dan Kuala Lumpur spt UM, UKM, UPM dll berbanding dengan kawasan lain. Pelajar terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar untuk melanjutkan pelajaran. Sebahagiannya akan menetap terus di sana apabila tamat pengajian nanti apbila bidang pekerjaan tiada di tempat asal.

Page 10: Migrasi

3. Kemudahan perbandaran yang baik dan menarik.

- spt Shah Alam dan Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan bandar spt kemudahan hiburan, pengangkutan & telekomunikasi, kesihatan dll yang jauh lebih baik dari negeri-negeri lain. Faktor ini telah menarik golongan muda & profesional spt doktor, peguam & bankers dll mengembangkan perniagaan & kebolehan mereka adalah lebih terbuka di kedua-dua kawasan berkenaan.

Page 11: Migrasi

4. Adanya sistem pengangkutan yang cekap dan darjah ketersampaian yang tinggi.

- pergerakan migran antara Shah Alam & Kuala Lumpur dengan negeri-negeri lain spt Perak, Pahang, N. Sembilan dll dipercepatkan dengan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur & lebuhraya Persekutuan. Sistem pengangkutan seperti bas & teksi juga banyak dan mudah didapati untuk ke negeri-negeri tersebut.

Page 12: Migrasi

KESAN MIGRASI TERHADAP KAWASAN DESTINASI

Kesan positif

1) Pembangunan sumber alam meningkat.

2) Peningkatan pasaran tempatan.

Kesan negatif

1. Berlakunya tekanan terhadap sumber alam terutama tanah.

2) Peningkatan kadar pencemaran dan kerosakan terhadap sumber-sumber alam.

3) Kepupusan sumber alam

4) peningkatan kadar pengangguran

5) Masalah kesesakan perumahan / setinggan .

6) Peningkatan masalah sosial & jenayah.

Page 13: Migrasi

KESAN MIGRASI TERHADAP KAWASAN ASAL

POSITIF

• Mengurangkan kepadatan penduduk.

• Mengurangkan pencemaran.

• Mengurangkan kadar pengangguran.

• Mengurangkan tekanan terhadap sumber.

NEGATIF

• Kekurangan tenaga kerja – sektor pertanian sukar dimajukan, masalah tanah terbiar dan produktiviti pertanian yang rendah.

• Pembangunan yang tidak seimbang – luar bandar terus mundur, dualisme ekonomi yang lebih ketara berlaku.

• Saiz pasaran luar bandar menjadi kecil akibat kekurangan penduduk – kuasa beli penduduk semakin rendah

Page 14: Migrasi

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGURANGKAN ALIRAN MIGRASI DESA KE BANDAR-BANDAR

1. Rancangan penyelerakan industri ke kawasan luar bandar. - industri-industri yang bersesuaian khususnya yang

berintensif buruh perlu diselerakkan ke kawasan luar bandar yang berpotensi dan mempunyai kelebihan. Misalnya , kilang-kilang elektonik boleh ditempatkan di kawasan FELDA kerana kos tanah yang murah serta penawaran tenaga buruh yang ramai dan murah. Ini dapat membendung migrasi keluar generasi kedua FELDA.

Page 15: Migrasi

2. Mempergiatkan semula Rancangan Pmbangunan Desa di bawah pakej ‘Pembangunan Insitu’.

- antaranya Projek Pertanian Berkelompok dan memajukan sektor kebun kecil. Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi desa di samping memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur fizikal. Kesannya pendapatan penduduk desa dan taraf sosioekonomi penduduk meningkat dan mengurangkan kecenderungan berhijrah keluar.

Page 16: Migrasi

3. Pembangunan bandar di kawasan luar bandar

- Pekan-pekan yang berpotensi dibangunkan serta dinaik taraf menjadi bandar-bandar baru, bandar-bandar kecil diperbesarkan menjadi bandar sederhana. Contoh: Bandar Jengka, Bandar Muadzam Shah & Bandar Al-Muktafi Billah Shah dimaju dan dilengkapkan dengan kemudahan perbandaran yang moden. Maka golongan muda tiada sebab yang kukuh untuk berhijrah ke bandar.

Page 17: Migrasi

4. Penyelerakkan IPT ke kawasan luar bandar agar tidak tertumpu ke kawasan bandar.

- Penubuhan cawangan Universiti, kolej dan pendidikan swasta perlu disebarkan ke kawasan luar bandar yang berpotensi. Di samping itu, kerajaan juga meningkatkan kemudahan kesihatan, telekomunikasi, rekreasi dan kemudahan sosial demi menarik golongan belia agar tidak terlalu cenderung untuk ke bandar sahaja.

Page 18: Migrasi

5. Melaksanakan semula program pembangunan Wilayah berasaskan pertanian atau rancangan petempatan peneroka seperti era 1970-an dahulu.

- rancangan pembangunan tanah seperti yang dilakukan oleh FELDA haruslah dilaksanakan dan diteruskan semula. Generasi baharu harus diberi peluang untuk menjadi peneroka agar haluan migrasi boleh diubah menuju ke tanah-tanah rancangan dan tidak semata-mata ke bandar-bandar sahaja. Program ini pasti berjaya membendung aliran migrasi ke bandar.

Page 19: Migrasi

MIGRASI ANTARABANGSA

Page 20: Migrasi

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKAN MIGRASI PEKERJA ASING KE MALAYSIA

1. Tarikan ekonomi-peluang pekerjaan yang luas dengan gaji/upah yang lumayan.

2. Ekonomi Malaysia yang lebih maju dan stabil berbanding dengan negara asalnya.

3. Faktor-faktor geografi-bersempadanan dengan negara jiran-darjah ketersampaian tinggi.

4. Faktor budaya, sejarah, pertalian persaudaraan dll yang hampir sama memudahkan penyesuaian.

5. Faktor penolak di tempat asal-keadaan politik yang tidak stabil, tekanan ekonomi, kadar pengangguran yang tinggi dll.

Page 21: Migrasi

KESAN NEGATIF KEDATANGAN PEKERJA ASING KE MALAYSIA

1. Peningkatan kadar jenayah – samun, bunuh, rompakan dll.

2. Penularan wabak penyakit – Tibi, HIV, selsema burung dll

3. Peningkatan kadar pengangguran di kalangan warga tempatan – upah lebih rendah.

4. Peningkatan kawasan setinggan.

5. Membebankan kerajaan – menghantar pulang, perbelanjaan

Page 22: Migrasi

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGURANGKAN ALIRAN MASUK PEKERJA ASING KE MALAYSIA

1. Memperketatkan kawalan di sempadan khususnya di Selat Melaka.

2. Memperketatkan undang-undang pengambilan pekerja asing.

3. Meningkatkan bayaran levi pekerja asing kepada kerajaan.

4. Mengarahkan pihak swasta menggunakan / mengutamakan tenaga buruh tempatan.

5. Pendidikan pekerja. Mengubah sikap masyarakat supaya tidak terlalu memilih kerja.

Page 23: Migrasi

SOALAN TUTORIALJadual di bawah menunjukkan bilangan migran yang berpindah ke wilayah PersekutuanLumpur mengikut negeri asal pada tahun 1990.

Jadual : Bilangan migran yang berpindah ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mengikut Negeri Asal pada tahun 1990

Page 24: Migrasi

(a) Dengan menggunakan jadual 1 dan di atas peta 1 yang disediakan, lukis peta aliran yang menunjukkan pergerakan migran ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1990.

[11 Markah] (b) Berdasarkan peta yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi.

[ 8 Markah] (c) Huraikan kesan sosio-ekonomi akibat aliran migrasi yang ditunjukkan oleh peta yang anda lukis itu ke atas kawasan

destinasinya. [ 6 Markah]

Page 25: Migrasi

PANDUAN MEMBINA PETA ALIRAN

1. Telitikan data yang diberi. Kenalpastikan nilai maksima dan minima. Jika bezantara data terlalu besar, maka puncakuasaduakan semua data yang diberi untuk menyelaraskannya.

2. Pilih satu skala yang sesuai untuk mewakili semua data . Skala yang dipilih jangan terlalu besar atau terlalu kecil.

3. Kirakan ketebalan garisan bagi setiap arah alir peta aliran.

4. Plotan . Lukiskan garisan aliran mengikut ketebalannya dari mula hingga akhir. Letakkan TANDA ANAK PANAH ke destinasi aliran tersebut.

5. Siapkan petunjuk dalam bentuk tangga. (sekurang-kurangnya nya ada 3 tangga dalam petunjuk).

6. Lengkapkan peta aliran anda dengan tajuk dan skala.

Page 26: Migrasi

PETA ALIRAN: MIGRASI DALAMAN DI GUATAMALA, TAHUN 1973

Page 27: Migrasi

Berdasarkan mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik, (a) Nyatakan pelbagai jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di

negara tersebut. [5 Markah]

(b)Pilih satu jenis aliran migrasi dalaman yang utama di dalam negara berkenaan, huraikan faktor yang mempengaruhi aliran migrasi berkenaan. [8 Markah]

(c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi yang anda pilih di dalam (b) di atas terhadap kawasan asal dan kawasan destinasinya.

[12 Markah ]

Page 28: Migrasi

Soalan tutorialBerdasarkan sebuah negara yang menjadi tumpuan pekerja asing di

Asia Tenggara,

a) Nyatakan empat buah negara asal pekerja asing tersebut. (5 m)

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kedatangan pekerja asing ini. (6 m)

c) Bagaimanakah kehadiran pekerja asing ini memberi kesan kepada sosioekonomi negara tersebut. (10 m)

d) Cadangkan empat langkah bagi mengatasi kedatangan pekerja asing ke negara tersebut. (4 m)