migrasi

23
Kajian Geografi Tempatan 2010 Tema : Petempatan dan Perkembangannya Faktor yang mempengaruhi migrasi

Upload: nur-syafika

Post on 21-Dec-2014

3.278 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Kajian Geografi

Tempatan 2010

Tema : Petempatan dan Perkembangannya

Faktor yang mempengaruhi migrasi

Objektif Kajian

Berikut adalah objektif yang ditentukan dalam menjalankan kerja

kursus ini.

a) Mendefinisikan dan menghuraikan konsep migrasi penduduk.

b) Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi

migrasi penduduk.

c) Membuat rumusan keseluruhan termasuk penerapan nilai dan

unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan Kajian

Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari

bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah

Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan

kedua-duanya. Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu

Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran

Kajang (MPKj).

Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa

sawit, West Country Estate yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula

dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat

oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai tahun 1972-1978.

Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat

bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos

rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja

membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan

11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah

kompleks pejabat.

Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82

ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-

lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti

di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga telah

dibahagikan kepada 16 Seksyen.

Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia  telah

dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang

mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai

misi untuk menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada

pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain

menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru

Bangi.

Kaedah Kajian

Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan bagi menyiapkan

kajian ini :

a) Pemerhatian

Pemerhatian terhadap ciri kawasan kajian dari segi pembangunan

di kawasan persekitaran serta kemajuannnya.

Pemerhatian terhadap kepadatan penduduk dan kawasan

perumahan serta jenis kemudahan yang terdapat di kawasan

persekitaran.

b) Temu bual dan soal selidik

Menemu bual dan memberi borang soal selidik kepada penduduk

sekitar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang

kawasan kajian.

c) Rujukan

Pengumpulan yang berkaitan tajuk kajian peta kawasan kajian dan

maklumat-maklumat yang berkaitan.

Pengumpulan maklumat melalui internet / laman web.

Rujukan dibuat kepada buku teks geografi tingkatan 2.

Hasil Kajian

Migrasi penduduk ialah perpindahan atau penghijrahan penduduk

dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis migrasi iaitu

migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman.

Migrasi antarabangsa ialah penghijrahan dari sesebuah negara ke

negara yang lain. Migarasi dalaman pula ialah perpindahan penduduk

di antara kawasan-kawasan sesebuah negara sama ada perpindahan

tempat tinggal secara sementara atau kekal.

Bandar Baru Bangi merupakan salah satu penempatan yang giat

dan pesat membangun di Selangor. Ia juga adalah salah satu kawasan

yang mempunyai penduduk yang tinggi. Dalam kajian saya,

memandangkan Bandar Baru Bangi adalah satu penempatan yang agak

padat, pola migrasi penduduk menunjukkan perpindahan dari bandar ke

bandar dan perpindahan dari luar bandar ke bandar.

Pola migrasi dari bandar ke bandar dalam kajian saya

menunjukkan penduduk berhijrah kerana disebabkan peluang

pekerjaan, kemudahan asas yang baik dan lengkap dan mengikut

keluarga berpindah ke Bandar Baru Bangi. Dari pemerhatian saya,

pusat institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan

Malaysia juga mendorong pergerakan penduduk yang terdiri daripada

pelajar. Pola migrasi dari luar bandar ke bandar pula dipengaruhi oleh

kemudahan asas di Bandar Baru Bangi dan peluang pekerjaan yang

terdapat di sini atau kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan

kajian.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di

kawasan kajian adalah peluang pekerjaan yang banyak, kemudahan-

kemudahan asas yang lengkap, pusat pendidikan yang baik untuk

pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran.

Perkembangan kegiatan ekonomi dan sosial telah menjadikan

Bandar Baru Bangi berkembang dari sebuah kawasan perumahan biasa

kepada satu kawasan perumahan elit yang pesat dengan aktiviti-

aktiviti komersial, industri dan sosial. Sebagai contoh, banyak kedai,

pasaraya, restoren telah dibuka menawarkan pekerjaan dan perniagaan

kepada penduduk. Saya berasa amat bertuah kerana kawasan ini berada

berdekatan dengan kawasan sekolah saya. Saya yakin dengan peluang

pekerjaan yang banyak, masa hadapan generasi muda di Bandar Baru

Bangi akan lebih terjamin.

Bandar Baru Bangi merupakan satu kawasan yang membangun

dengan cepat. Di sini bukan sahaja mempunyai kemudahan-

kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta jalanraya tetapi

kemudahan infrastruktur, pusat pendidikan, pusat perubatan dan

komersial yang canggih. Ini mendorong migrasi penduduk ke Bandar

Baru Bangi. Memandangkan saya bersekolah di Bandar Baru Bangi

sudah 2 tahun, saya bersyukur bersekolah di sini kerana kawasan

persekitarannya yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang canggih

dan sistem jalanraya yang cekap yang memudahkan saya pergi dan balik

dan sekolah.

Bandar Baru Bangi merupakan salah satu pusat pendidikan di

Negeri Selangor dengan adanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Di

samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan Universiti Putra

Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Ini mendorong migrasi

terutama dikalangan pelajar-pelajar yang akan tinggal Bandar Baru

Bangi secara sementara untuk tempoh yang singkat. Selain daripada itu,

kawasan ini mempunyai sekolah-sekolah rendah dan menengah yang

mempunyai prestasi dan disiplin yang baik contohnya SMK Jalan

Empat yang telah dinobatkan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi

(SBT). Oleh itu, saya beruntung kerana bersekolah di tempat yang

menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan juga

mempunyai pilihan universiti yang banyak untuk melanjutkan pelajaran

kelak.

Dasar dan pentadbiran kerajaan yang sentiasa prihatin tentang

keselesaan penduduk juga mendorong migrasi penduduk ke Bandar Baru

Bangi. Kerajaan juga banyak member tumpuan pembangunan di

kawasan ini dengan menjaga persekitaran di Bandar Baru Bangi sebagai

kawasan perumahan yang selesa, harmoni dan baik. Kerajaan juga

berusaha menjadikannya sebagai pusat ekonomi, sosial dan komersial

yang pesat membangun. Saya berasa berasa bertuah kerana negara ini

dipimpin oleh kerajaan yang prihatin terhadap keselesaan dan

kemudahan rakyat. Oleh itu, saya amat berterima kasih dan menghargai

usaha-usaha kerajaan ini.

Rumusan

Secara rumusannya, pola migrasi di Bandar Baru Bangi

kebanyakannya melibatkan migrasi bandar ke bandar dan luar bandar ke

bandar. Kemudahan asas yang lengkap dan moden, peluang pekerjaan

yang luas, mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran telah banyak

mempengaruhi migrasi ke Bandar Baru Bangi.

Dengan adanya migrasi, ia berjaya mewujudkan masyarakat

majmuk yang berbilang kaum. Saya bangga menjadi anak Malaysia

yang hidup dalam komuniti “Satu Malaysia” yang maju dalam suasana

aman dan harmoni. Migrasi penduduk telah menaik tarafkan hidup

penduduk. Saya berterima kasih di atas usaha-usaha kerajaan

menjadikan Bandar Baru Bangi kawasan yang pesat membangun yang

menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada

penduduk di di sini.

Rujukan

1. Buku teks

Buku Teks KBSM Geografi Tingkatan 2 oleh Chong Mui Sen dan

Azizan bin Hj Abu Samah

2. Buku rujukan

Bab 9 dalam buku rujukan “Explorasi Geografi” tingkatan 2

terbitan Oxford Fajar oleh Mohammad Ismail dan Shamshiah

Ahmad.

Bab 25 dalam buku rujukan geografi Nexus PMR tingkatan 1,2,3

terbitan Sasbadi oleh Chong Mui Sen

3. Laman web

Laman web : http:// www. mycen.com.my/map/bandar baru bangi.

Htlm

Laman web : http:// www.ms.wikipedia .org/wiki/bandarbarubangi