metodologi kajian

1
METODOLOGI KAJIAN Terdapat dua jenis metode kajian yang biasa digunakan oleh para penyelidik untuk melengkapkan kajian iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Melalui tugasan sejarah perkahwinan campur Maharaja Akbar, kami menggunakan metode kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan ialah penulisan yang mengulas isi ilmu yang diambil daripada penemuan kajian, teori dan sumbangan seseorang. Kajian perpustakaan adalah kajian sekunder di mana ia bukanlah satu kajian baru tetapi mengulas kajian-kajian lepas yang melibatkan penggunaan buku-buku ilmiah, laporan penelitian, karangan-karangan ilmiah, tesis dan disertasi, peraturan-peraturan, ketetapan-ketetapan, buku tahunan, ensiklopedia, dan sumber-sumber tertulis baik yang tercetak maupun dalam bentuk elektronik lain. Kajian perpustakaan diaplikasikan dalam tugasan ini dalam mencari maklumat mengenai sejarah Maharaja Akbar yang berkait tentang perkahwinan campur. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan sumber- sumber rujukan sekunder iaitu dengan merujuk buku-buku, majalah- majalah, jurnal dan risalah yang berkaitan Maharaja Akbar di Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Beberapa buku dijadikan rujukan utama bagi menghuraikan dengan lebih terperinci sejarah perkahwinan campur Maharaja Akbar. Antaranya, Akbar The Great, hasil karya Robert Burdette Sweet dan Akbar The Great Jilid 1 Sejarah Politik yang merupakan hasil penulisan Ashirbadi Lal Srivastava. Selain itu, kami juga memanfaatkan teknologi maklumat terkini dengan mendapatkan maklumat-maklumat tambahan melalui internet. Kedua-dua kaedah ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini.

Upload: nor-adilah

Post on 31-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Titas

TRANSCRIPT

Page 1: Metodologi Kajian

METODOLOGI KAJIAN

Terdapat dua jenis metode kajian yang biasa digunakan oleh para penyelidik untuk

melengkapkan kajian iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Melalui tugasan sejarah

perkahwinan campur Maharaja Akbar, kami menggunakan metode kajian perpustakaan.

Kajian perpustakaan ialah penulisan yang mengulas isi ilmu yang diambil daripada penemuan

kajian, teori dan sumbangan seseorang. Kajian perpustakaan adalah kajian sekunder di mana

ia bukanlah satu kajian baru tetapi mengulas kajian-kajian lepas yang melibatkan penggunaan

buku-buku ilmiah, laporan penelitian, karangan-karangan ilmiah, tesis dan disertasi,

peraturan-peraturan, ketetapan-ketetapan, buku tahunan, ensiklopedia, dan sumber-sumber

tertulis baik yang tercetak maupun dalam bentuk elektronik lain.

Kajian perpustakaan diaplikasikan dalam tugasan ini dalam mencari maklumat

mengenai sejarah Maharaja Akbar yang berkait tentang perkahwinan campur. Kajian ini

dilakukan dengan menggunakan sumber-sumber rujukan sekunder iaitu dengan merujuk

buku-buku, majalah-majalah, jurnal dan risalah yang berkaitan Maharaja Akbar di

Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Beberapa buku dijadikan rujukan utama bagi

menghuraikan dengan lebih terperinci sejarah perkahwinan campur Maharaja Akbar.

Antaranya, Akbar The Great, hasil karya Robert Burdette Sweet dan Akbar The Great Jilid 1

Sejarah Politik yang merupakan hasil penulisan Ashirbadi Lal Srivastava. Selain itu, kami

juga memanfaatkan teknologi maklumat terkini dengan mendapatkan maklumat-maklumat

tambahan melalui internet. Kedua-dua kaedah ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan

tugasan ini.