mesyuarat panitia kemahiran hidup kali pertama 2015

12
MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG TAMAN MERU, IPOH PERAK Tarikh : 24 Januari 2015 (Sabtu) Tempat : 4 Teratai Masa : 10.00 pagi Kehadiran: 1. En. Jalaludin bin Ismail ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) 2. Pn. Azlina binti Mohd Ali ( Ketua Panitia) 3. En Munzir binti Othman ( Setiausaha ) 4. En Muhamad Zamani Husairi B. Hasan 5. Pn. Yusaidawati bin Mohd Yusoff Agenda 1: Ucapan Pengerusi 1.1 Ucapan dimulakan oleh Puan Azlina binti Mohd Ali selaku Ketua Panitia Kemahiran Hidup dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran En. Jalaludin bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ahli Jawatankuasa ke mesyuarat panitia yang pertama. Pengerusi juga memohon kerjasama kepada semua ahli panitia dalam mengerakkan aktiviti panitia sepanjang Tahun 2015 ini. Pn. Azlina juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Rekabentuk & Teknologi .Antaranya seperti:

Upload: azlinaali

Post on 26-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANGTAMAN MERU, IPOH PERAK

Tarikh : 24 Januari 2015 (Sabtu)Tempat : 4 TerataiMasa : 10.00 pagi

Kehadiran:

1. En. Jalaludin bin Ismail ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )2. Pn. Azlina binti Mohd Ali ( Ketua Panitia)3. En Munzir binti Othman ( Setiausaha )4. En Muhamad Zamani Husairi B. Hasan5. Pn. Yusaidawati bin Mohd Yusoff

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan dimulakan oleh Puan Azlina binti Mohd Ali selaku Ketua Panitia Kemahiran

Hidup dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran En.

Jalaludin bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ahli Jawatankuasa ke

mesyuarat panitia yang pertama. Pengerusi juga memohon kerjasama kepada semua

ahli panitia dalam mengerakkan aktiviti panitia sepanjang Tahun 2015 ini. Pn. Azlina

juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK dan guru-

guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Rekabentuk &

Teknologi .Antaranya seperti:

a) Guru yang menggunakan bengkel hendaklah mengisi borang penggunaan bengkel

Kemahiran Hidup yang telah disediakan.

b) Guru juga hendaklah mengisi borang yang juga telah disediakan jika

menggunakan peralatan bengkel sama ada untuk kegunaan di dalam atau di luar

bengkel.

c) Keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel perlu diutamakan untuk

mengelakkan sebarang masalah.

d) Selepas menggunakan bengkel pastikan kebersihan bengkel dijaga dan perlu

membuat AJK kecil dikalangan murid untuk membersihkan bengkel.

Page 2: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

e) Pastikan buku kerja dan buku tulis disemak sepanjang tahun.

f) Pastikan murid berada di luar bengkel dan beratur sekiranya guru belum sampai

untuk memulakan sesi pembelajaran.

g) Bermula sesi persekolahan 2015, mata pelajaran Rekabentuk Teknologi (RBT)

akan menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk Tahun 4 dan tahun 5.

( Tindakan : Guru Kemahiran Hidup)

Agenda 2: Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.1 Ucapan terima kasih oleh En. Mohd Jalaludin di atas kesudian menjemput beliau

hadir dalam mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali ini. En.Jalaludin juga

mengucapkan tahniah kepada Ketua Panitia dan AJK yang telah dilantik untuk

sesi 2015.

2.2 Beliau mengharapkan guru terutamanya yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR

Tahun 4 dan 5 akan lebih komited dan memahami cara dan kaedah penilaian

yang berbeza dari tahun- tahun sebelumnya.

2.3 Beliau mengharapkan kerjasama semua AJK dalam menjalankan sebarang aktiviti

panitia dan memperolehi kejayaan.

Agenda 3: Bidang-bidang Rekabentuk Teknologi

3.1 En. Munzir yang telah mengikuti Kursus KSSR Rekebentuk Teknologi Tahun 4

dan 5 memberi taklimat tentang bidang- bidang yang merangkumi mata pelajaran

ini.

3.2 Beliau menerangkan lima standard kandungan bagi RBT Tahun 4 iaitu:

1.0 Organisasi dan Keselamatan Bengkel

2.0 Asas Teknologi (Memasang dan membuka kit model berfungsi)

Page 3: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

3.0 Reka Bentuk ( Mereka bentuk projek eksperimental)

4.0 Penghasilan Projek ( Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam

dengan litar elektrik)

5.0 Sains Rumah Tangga (Menghasilkan artikel jahitan)

3.3 Manakala bagi RBT tahun 5 terdapat empat standard kandungan iaitu :

2.0 Asas Teknologi (Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual)

4.0 Penghasilan Projek ( Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

bukan logam dengan litar elektronik)

5.0 Teknologi Pertanian (Menanam benih di dalam bekas)

6.0 Sains Rumah Tangga (Menyediakan sajian/ Menghias dan membungkus

makanan)

3.4 Terdapat beberapa perubahan yang ketara berlaku di dalam standard kandungan

untuk tahun 5 terutamanya terdapat beberapa bidang yang telah dihapuskan

seperti ikan hiasan dan digantikan dengan standard kandungan Sains Rumah

Tangga dimana murid akan diajar cara menyediakan hidangan iaitu peranggu

meja serta menghias dan membungkus makanan.

3.5 Standard kandungan diselaraskan mengikut keperluan murid dimana perubahan

yang dilakukan adalah merupakan kelangsungan untuk murid mempelajari

matapelajaran ini pada peringkat sekolah menengah.

( Tindakan : Guru Kemahiran

Hidup)

Page 4: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

Agenda 4: Penilaian dan Tatacara Pengisian Template Offline

4.1 Encik Munzir memaklumkan kepada pihak pentadbir dan ahli jawatankuasa

bahawa penilaian yang berorientasikan peperiksaan masih boleh diteruskan

dimana panitia akan tetap mengadakan peperiksaan bertulis sebanyak dua kali

iaitu pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

.

4.2 Penilaian untuk lima standard kandungan pula akan diadakan sepanjang tahun

dimana ia akan diukur melalui tahap penguasaan bermula dari yang paling rendah

iaitu TP1 dan yang paling tinggi iaitu TP2.

4.3 Guru diminta menilai tahap penguasaan murid dengan teliti dan terperinci

berdasarkan penerangan untuk setiap Tahap Penguasaan (TP) boleh didapati di

dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan

Teknologi yang telah dibekalkan kepada semua guru.

4.4 Sebagai contoh, murid yang selesai menguji kit model dan berfungsi akan di beri

TP5. TP6 hanya akan diberikan apabila murid membuka semula dan menyimpan

seperti dalam keadaan yang asal.

4.5 Begitu juga dengan penilaian untuk Organisasi dan Keselamatan Bengkel dimana

guru tidak terus melakukan penilaian, namun murid akan dinilai sepanjang tahun

berdasarkan pada prestasi dan kelakuannya semasa berada di dalam bengkel.

4.6 Hasil kerja murid akan di nilai di sepanjang tahun dimana murid diberi kebenaran

untuk memperbaiki tahap penguasaan awal yang diberikan guru. Namun, semua

guru dimaklumkan bahawa pembaikan hasil kerja ini hanya boleh dilakukan pada

waktu persekolahan sahaja. Murid tidak dibenarkan untuk membawa pulang hasil

kerja mereka di rumah.

Page 5: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

4.7 Tahap Penguasaan (TP) yang diberikan kepada murid akan direkodkkan di dalam

sistem secara ‘offline’ dengan bantuan ‘Microsoft Excel’ di mana contohnya telah

di tunjukkan oleh En. Munzir.

( Tindakan : Guru Kemahiran Hidup)

Agenda 5 : Perancangan dan Jadual Penggunan Bengkel Kemahiran Hidup

5.1 Pengerusi dimaklumkan terdapat kekangan dan pertembungan yang berlaku

dalam penggunaan bengkel kemahiran hidup.

5.2 En. Munzir juga memaklumkan bahawa akibat dari masalah alatan dan bahan

yang tidak mencukupi jika setiap kelas dalam tahun yang sama melaksanakan

standard kandungan secara serentak.

5.3 Panitia telah berbincang tentang jadual penggunaan bilik kemahiran hidup dan

telah dipersetujui oleh setiap ahli jawatankuasa. Manakala bagi mengatasi

masalah kekurangan alatan dan bahan, keputusan telah diambil untuk setiap guru

memilih standard kandungan yang berbeza dimana dua kelas Tahun 6 akan

bermula dengan Teknologi Pertanian, manakala kelas yang lain akan bermula

dengan rekabentuk projek dan penghasilan projek elektrik dan elektronik.

Agenda 6 : Rekod Pinjaman Alatan dan Penggunaan Bengkel Kemahiran Hidup

6.1 En. Munzir mengharapkan kerjasama guru-guru yang melakukan pinjaman alatan

Untuk merekod di dalam buku pinjaman alatan yang terdapat di dalam bengkel

kemahiran hidup.

6.2 En. Munzir juga yang merupakan pegawai aset turut memaklumkan kepada ahli

jawatankuasa mengenai KEW PS-4 yang merupakan kad yang perlu diisi untuk

bahan habis guna atau alatan mudah rosak dan kad petak KEW. PA-3 untuk

mengisi inventori.

Page 6: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

6.3 Ahli mesyuarat cuba mencari penyelesaian mengenai masalah alatan yang tidak

dipulangkan. Antaranya ialah:

6.3.1 Pihak peminjam akan diberikan tempoh masa untuk membuat peminjaman

alatan. Pihak panitia telah bersetuju untuk memberikan maksimum dua hari untuk

memulangkan semula alatan.

6.3.2 Pihak yang meminjam perlu menghantar sendiri barang yang dipinjam dan

tidak dibenarkan untuk menghantar alatan melalui wakil terutamanya murid.

6.4 Tidak ada halangan untuk menggunakan Bilik Kemahiran hidup sebagai tempat

untuk mengadakan kelas tambahan atau gantian kelas. Namun, diharapkan pihak

yang manggunakan perlu mematuhi peraturan menggunakan bilik-bilik khas dan

menjaga kebersihan dan keselamatan murid semasa menggunakannya.

Agenda 7 : Rancangan Pelajaran Harian

7.1 En. Munzir memberi salinan rancangan pelajaran serta panduan untuk penulisan

di dalam buku rekod harian guru untuk matapelajaran Reka Bentuk Teknologi

kepada semua ahli jawatankuasa (Rujuk Lampiran).

7.2 Guru tidak perlu menyalin keseluruhan standard pembelajaran dimana guru hanya

perlu menyalin kodnya sahaja.

Contoh :

Standard Pembelajaran : 3.1.1

3.1.2

7.3 Panitia memutuskan supaya objektif pembelajaran adalah bersarkan Tahap

Penguasaan (TP) yang hendak diuji oleh guru.

7.4 Modul Reka Bentuk Teknologi akan menjadi rujukan yang terbaik untuk guru

dalam melaksanakan PdP dimana guru boleh menggunakannya sebagai panduan

dalam menulis buku rekod harian guru dan memberi idea dalam pelaksanaan

pembelajaran di dalam kelas.

( Tindakan : Guru Kemahiran Hidup)

Page 7: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

Agenda 8 : Lain-Lain

8.1 Panitia telah merangka beberapa program panitia sepanjang tahun ini untuk

mendapat persetujuan AJK yang lain.Antara program yang dicadangkan

sepanjang tahun ini ialah:

a) mengadakan pertandingan Reka Cipta antara kelas dengan menggunakan

bahan-bahan terbuang.Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan

kreativiti dikalangan murid-murid.

b) menukar Projek Laman KH dengan tanaman bunga kepada tanaman sayur-

sayuran kerana boleh mendatangkan hasil yang lebih berfaedah dan mendapat

pulangan jika dijual dikalangan guru-guru.

c) pameran Berkala yang diadakan sepanjang tahun terutamanya untuk Hari

Anugerah Kecemerlangan dimana hasil kerja murid akan dipaparkan.

d) Menceriakan bengkel pertukangan yang baru dibina yang masih memerlukan

banyak penambahbaikan agar PdP dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

8.2 Bilik Pertukangan sudah bersedia untuk digunakan namun masih terdapat

kekurangan terutamanya apabila tiba waktu tengahari di mana kedudukannya

yang berada di luar akan mengakibatkan keadaan yang tidak kondusif kepada

murid.

8.3 Masalah komponen elektronik yang tidak boleh disimpan dalam jangkamasa yang

panjang dan mudah rosak terutamanya kaki LED yang mudah patah dan

diharapkan pada tahun ini pihak pembekal dapat menyediakan dan menjual

komponen secara berasingan supaya lebih banyak litar elektronik yang dapat

dihasilkan dan dipelajari oleh murid.

Page 8: Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

8.4 Pihak panitia akan menyediakan tempat simpanan untuk litar elektronik yang

tidak dapat disiapkan oleh murid pada hari yang sama bagi mengelakkan murid

membawa balik hasil projek.

( Tindakan Guru Kemahiran Hidup )

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.05 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

………………………………….. ………………………………(Munzir bin Othman) ( Azlina binti Mohd AliSetiausaha, Pengerusi,Panitia Kemahiran Hidup Panitia Kemahiran HidupSK Jelapang SK Jelapang

Disahkan oleh,

…………………………. ( Jalaludin bin Ismail) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Jelapang