mesyuarat kedua, penggal ketiga parlimen keempat … · no soalan: 1 jawapan [yb...

223
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020 HARI SELASA : 8 SEPTEMBER

Upload: others

Post on 23-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2020

HARI SELASA : 8 SEPTEMBER

Page 2: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dr. Yaakob Bin Sapari minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa

ramai jumlah pelarian yang telah masuk di negara ini. Pelarian ini tidak

mungkin akan kembali ke negara asal contohnya masyarakat Rohingya.

Apakah usaha Kerajaan agar pelarian ini mendapat kebajikan dan

pendidikan yang sewajarnya.

Page 3: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 1

JAWAPAN

[YB DATIN MASTURA TAN SRI DATO’ MOHD YAZID, TIMBALAN

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya

Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian

(United Nations High Commissioner For Refugees - UNHCR)

sehingga 31 Julai 2020, warganegara asing yang memasuki negara

dan diberikan perlindungan antarabangsa oleh UNHCR sebagai

pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar ialah 177,921 orang

meliputi 128,185 orang pelarian dan 49,736 orang pemohon suaka.

2. Dalam aspek kebajikan, Kerajaan secara dasarnya telah

menetapkan bahawa pelarian yang memegang Kad UNHCR

termasuk etnik Rohingya, Myanmar adalah seperti kemudahan

untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik Kerajaan dengan

ditanggung oleh Kerajaan sebanyak 50% daripada kadar yang

dikenakan ke atas golongan ekspatriat dan 50% lagi dibayar oleh

pelarian.

3. Selain itu, Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program

atau inisiatif untuk membantu golongan ini termasuklah dengan

mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan Qatar melalui Qatar

Fund For Development (QFFD) untuk membantu pelarian di dalam

Page 4: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 1

isu berkaitan kesihatan, pendidikan asas dan latihan kemahiran.

Kerajaan tidak menghalang mana – mana orang perseorangan,

pertubuhan bukan Kerajaan, syarikat korporat serta mana – mana

organisasi tempatan untuk melaksanakan bantuan kebajikan

kepada pelarian yang mempunyai Kad UNHCR yang sah.

4. Dalam aspek pendidikan, Kerajaan secara dasarnya juga telah

menetapkan bahawa golongan ini boleh mendapatkan akses

kepada kemudahan pendidikan di Pusat Bimbingan Alternatif yang

dikendalikan oleh pihak NGO, komuniti pelarian, Institusi

Pendidikan Swasta dan UNHCR.

Sekian, terima kasih.

Page 5: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TAN SRI RADZI BIN TAN SRI SHEIKH

AHMAD

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tan Sri Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan berapa banyak pusat tahanan Imigresen yang

terdapat di negara ini dan berapa ramai tahanan (mengikut negara asal

mereka) yang berada di pusat tahanan tersebut. Berapa kos makan minum

seorang tahanan setiap hari yang ditanggung oleh Kerajaan.

Page 6: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, tahanan Pendatang Tanpa Izin

(PATI) yang berada di depot tahanan Imigresen terdiri daripada kategori-

kategori berikut:

(i) tahanan reman bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan oleh Jabatan

Imigresen Malaysia; dan

(ii) tahanan yang diserahkan oleh agensi penguatkuasaan lain seperti

Jabatan Penjara Malaysia bagi tahanan yang telah selesai

menjalani hukuman penjara untuk tujuan pengusiran ke negara

asal. Bagi jumlah tahanan yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen

Malaysia pada 6 September 2020, di sejumlah 14 buah Depot

Tahanan Imigresen di seluruh negara adalah seramai 14,602 orang.

Pecahan warganegara seperti berikut:

Bagi jumlah tahanan yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia

pada 6 September 2020, di sejumlah 14 buah Depot Tahanan Imigresen di

seluruh negara adalah seramai 14,602 orang. Pecahan warganegara

seperti berikut:

Page 7: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 2

WARGANEGARA BILANGAN (ORANG)

Indonesia 4,767

Myanmar 4,503

Bangladesh 2,084

Vietnam 886

India 529

China 341

Cambodia 159

Thailand 375

Filipina 311

Pakistan 189

Lain-lain 458

Kos makan dan minum yang tidak termasuk kos-kos lain bagi setiap

tahanan di sesebuah depot tahanan Imigresen bagi berjumlah RM10.56

sehari secara purata. Jadi, spesifikasi nutrisi makan bagi tahanan di depot

tahanan Imigresen adalah berdasarkan cadangan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, seperti pada 6 September

2020 jumlah operasi yang telah kita lakukan oleh Jabatan Imigresen

Malaysia kita adalah sejumlah 5,103 operasi. Tangkapan PATI adalah

seramai 19,190 orang dan serah diri atau kita tangkap di pintu masuk

negara kita adalah seramai 9,092 orang dan jumlah besar adalah seramai

28,282 orang. Majikan yang ditangkap pada tahun 2020 iaitu pada tahun ini

sejumlah 271 orang.

Page 8: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 2

Bagi mengurangkan kos tanggungan kerajaan atau bebanan kerajaan,

pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya berbincang dengan

negara-negara asal PATI ini dan kita telah bertindak menghantar pulang

seramai 24,078 orang.

Sekian, terima kasih.

Page 9: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan model hab coklat yang

akan dibangunkan di Langkawi dan sejauh mana impak positif kepada

industri koko di Malaysia dalam jangka pendek dan panjang.

Page 10: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Industri koko negara telah menyumbang kepada pendapatan

eksport sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2019 dengan sumbangan di

sektor hiliran koko kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

negara sebanyak RM1.6 bilion manakala sumbangan bagi enam (6)

bulan pertama tahun 2020 adalah sebanyak RM413.43 juta.

Produk-produk berasaskan koko Malaysia mempunyai pasaran

yang luas dan diterima baik oleh pengguna pada peringkat

antarabangsa. Sektor pembuatan coklat mencatat pendapatan eksport

sebanyak RM1.14 bilion, iaitu 17.3 peratus daripada jumlah pendapatan

eksport koko dan produk-produk koko pada tahun 2019, iaitu

peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagi

enam (6) bulan pertama tahun 2020, eksport produk coklat mencatatkan

pendapatan sebanyak RM425.67 juta.

Pewujudan hab coklat di Pulau Langkawi akan merancakkan

pembangunan sektor hiliran koko di pulau ini dengan meningkatkan

aktiviti pengeluaran serta promosi produk-produk coklat oleh usahawan

tempatan. Model pewujudan hab coklat di Langkawi adalah

menggalakkan penyertaan usahawan coklat tempatan dengan

menyediakan rangkaian niaga setempat yang dilengkapi pelbagai

kemudahan untuk pembuatan dan penjualan coklat. Usaha ini akan

menarik lebih ramai usahawan terbabit dalam pembangunan hab coklat

Page 11: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 3

ini, sekali gus mempertingkat industri pelancongan tempatan. Di

samping itu, aktiviti promosi produk-produk coklat di Langkawi

dipergiatkan lagi melalui kerjasama dengan pihak industri terutamanya

premis jualan bebas cukai bagi menjual produk coklat keluaran

tempatan khususnya usahawan coklat. Sebagai nilai tambah kepada

hab ini, sebuah Muzium Coklat akan dibangunkan oleh syarikat swasta

dengan kerjasama kerajaan negeri.

Hab coklat yang dibangunkan di Langkawi dijangka akan

memberikan kesan dan impak yang besar kepada industri pembuatan

coklat tempatan seperti berikut:

(i) lima (5) jenama produk coklat tempatan dijangka menembusi

pasaran antarabangsa pada akhir tahun 2025; (Ryverra

Chocolate, Grandeur, Malsa, D&J Chocolate dan Hazleen

Chocolate).

(ii) purata pendapatan usahawan coklat dijangka akan

meningkat sebanyak 10% setahun kepada RM16 juta pada

akhir tahun 2025 berbanding RM10.7 juta pada tahun 2019;

(iii) penggunaan koko domestik dijangka akan meningkat

sebanyak 2% setahun kepada 23,000 tan metrik pada akhir

tahun 2025 berbanding 21,000 tan metrik pada tahun 2019;

dan

(iv) peningkatan pekerja di sektor PKS berasaskan koko

meningkat sebanyak 3% setahun kepada 394 pekerja pada

akhir tahun 2025 berbanding 342 pekerja pada tahun 2019.

Page 12: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 3

Selain itu juga, pewujudan hab coklat di Pulau Langkawi akan

merancakkan lagi permintaan kepada produk-produk coklat terutamanya

produk-produk coklat tempatan. Bagi memenuhi permintaan kepada

produk coklat tempatan, penggunaan koko domestik juga dijangka akan

meningkat secara langsung dan oleh itu industri huluan koko juga akan

berkembang. Dalam hal ini, pihak Kementerian akan meneruskan

pemberian bantuan bagi menggalakkan penanaman koko melalui

program-progam Kluster Koko di Ranau, Kota Samarahan dan Raub.

Pengisar-pengisar sedia ada dijangka akan lebih banyak menggunakan

biji koko tempatan bagi mengeluarkan produk-produk koko separa

proses. Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada biji koko kering

yang diimport dari negara-negara benua Afrika. Permintaan kepada biji

koko tempatan akan membantu untuk memberikan harga yang lebih

kompetitif kepada pengusaha koko.

Sekian, terima kasih.

Page 13: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan perancangan Kerajaan bagi menjajarkan semula laluan asal

Bahagian ECRL melalui Bentong, Gombak ke Pelabuhan Kelang agar

ianya sejajar dengan jaringan bersepadu pengangkutan rel di

semenanjung Malaysia terutama Pantai Timur.

Page 14: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jajaran projek ECRL ini

telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Seksyen A (jajaran dari Kota

Bharu – Dungun), Seksyen B (jajaran dari Dungun – Mentakab) dan

Seksyen C (jajaran dari Mentakab – Pelabuhan Klang).

2. Pada masa ini, jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang)

sedang dikaji dan diperhalusi terutamanya laluan asal yang melalui

Bentong, Gombak dan seterusnya ke Pelabuhan Klang. Cadangan asal

projek ECRL pada tahun 2018 iaitu sebelum penggantungan projek telah

mengambilkira pembinaan sistem landasan bagi tolok meter (meter

gauge) bagi KTMB dan tolok standard (standard gauge) bagi ECRL yang

akan dibina dari Serendah ke Pelabuhan Klang. Stesen Serendah telah

dikenalpasti sebagai stesen yang sesuai bagi pertukaran (interchange)

penumpang dan juga barangan atau kargo di antara ECRL dan KTMB.

Melalui stesen ini, kedua-dua perkhidmatan ini (ECRL dan KTMB) akan

dapat mengintegrasi serta meningkatkan jaringan rel di antara negeri-

negeri di Pantai Timur dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

3. Cadangan pembinaan laluan ECRL dan laluan KTMB dari

Serendah ke Pelabuhan Klang bakal memberi manfaat kepada Kerajaan

terutamanya dalam penjimatan kos perbelanjaan projek sekaligus dapat

menjimatkan tempoh penyelarasan dan pembinaan bagi kedua-dua

laluan ini.

Page 15: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 4

4. Seterusnya pihak Kerajaan akan berunding semula dengan pihak

Kerajaan China dan kontraktor utama projek bagi mendapatkan kepastian

mengenai implikasi kos dan jadual pelaksanaan projek. Hasil rundingan

ini akan dibentangkan kepada Kerajaan bagi keputusan muktamad

mengenai jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang) projek

ECRL.

Sekian, terima kasih.

Page 16: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Razali Bin Idris minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah kelompok bersasar termasuk kumpulan yang tiada

pekerjaan kerana terjejas akibat COVID-19 yang menikmati lanjutan

moratorium pinjaman.

Page 17: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri

pada 29 Julai, menjelang tamatnya moratorium secara umum

pada 30 September, industri perbankan akan melanjutkan

moratorium pinjaman secara bersasar dan memberikan fleksibiliti

pembayaran balik pinjaman kepada golongan yang terjejas akibat

COVID-19, seperti individu yang kehilangan pekerjaan dan

individu serta perniagaan yang mengalami pengurangan

pendapatan. Para peminjam hanya perlu memberi maklum balas

kepada bank serta memberikan sedikit maklumat yang diperlukan

untuk mengesahkan status mereka.

2. Institusi perbankan telah memberikan komitmen dan berusaha

keras untuk menghubungi para peminjam yang mungkin

memerlukan bantuan. Setakat 28 Ogos 2020, sekitar 2 juta lebih

telah dihubungi bank untuk ditawarkan bantuan pembayaran balik.

3. Daripada jumlah ini, institusi perbankan telah berbincang dengan

1.1 juta peminjam yang telah memberi maklum balas, dan hampir

300 ribu peminjam telah mengesahkan yang mereka betul-betul

memerlukan bantuan pembayaran balik, manakala, selebihnya

sedang mempertimbangkan opsyen bantuan yang disediakan.

Angka ini dijangka akan terus meningkat dengan ketara di mana

Page 18: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 5

peminjam boleh memohon dengan mudah melalui pelbagai

saluran yang telah disediakan.

4. Daripada permohonan bantuan pembayaran balik pinjaman yang

lengkap diterima dan diproses, 97% telah diluluskan. Proses

permohonan bagi pelanggan individu dijangka mengambil masa

antara 1 hingga 5 hari manakala bagi PKS dijangka mengambil

masa antara 3 hari hingga 2 minggu selepas permohonan lengkap

diterima bank.

5. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana fleksibiliti yang diberikan

kepada peminjam sepanjang tempoh ini tidak akan terpapar dalam

laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)

peminjam.

Sekian, terima kasih.

Page 19: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dato' Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN

BUDAYA menyatakan apakah kerjasama Kementerian dengan

Perbadanan Pelancongan Kedah dalam membantu Pusat Kraftangan

Malaysia di Langkawi bagi mempromosi produk tempatan kepada

pelancong luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Page 20: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berikutan pengisytiharan

dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada

18 Mac 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

telah mengumumkan pembatalan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020

dengan serta-merta. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna usaha

mempromosi produk kraf tempatan turut terhenti, malah usaha ini terus

sentiasa dijalankan.

2. Di Langkawi, Pusat Kraftangan Malaysia atau lebih dikenali sebagai

Kompleks Kraf Langkawi merupakan pusat sehenti kraf yang diwujudkan

untuk mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan di sekitar

Langkawi. Antara produk kraf yang dipasarkan di Kompleks Kraf ini

adalah batik, ukiran kayu, seramik, kristal, anyaman mengkuang dan

produk kampung hiliran seperti manik, siput serta tempurung kelapa.

3. Kompleks Kraf Langkawi bekerjasama dengan Perbadanan

Pelancongan Kedah melalui Tourist Information Centre (TIC) yang

terletak di tiga (3) lokasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

serta Jeti dan Kompleks Pekan Rabu, Kuah bagi tujuan promosi dan

publisiti mengenai produk kraf tempatan. Di samping itu, hebahan juga

dibuat menggunakan platform media sosial masa kini yang lebih mudah,

menjimatkan masa dan menjimatkan kos pengiklanan.

4. Selain itu, pembangunan produk kraf baharu turut dilaksanakan

bagi segmen produk pelancongan berbentuk cenderamata khususnya

Page 21: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 6

bagi produk kristal, ukiran kayu, seramik dan batik ikat celup untuk

ditawarkan kepada pelancong dalam dan luar negara.

5. Kerjasama bersama Perbadanan Pelancongan Kedah dan TIC ini

dapat membantu Kompleks Kraf Langkawi mempromosikan produk

tempatan kepada pelancong tempatan dan dari luar negara.

Sekian, terima kasih.

Page 22: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah

Kementerian mempertimbangkan untuk menukar lantikan kontrak

pegawai perubatan, doktor dan petugas kesihatan kepada lantikan tetap

bagi memastikan kesediaan sektor kesihatan negara apabila COVID-19

menunjukkan keperluan pegawai perubatan dan petugas kesihatan yang

ramai.

Page 23: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Lantikan secara kontrak dibuat bagi membolehkan graduan diberi

penempatan untuk tujuan pendedahan pengalaman dalam bidang

masing-masing menerusi latihan siswazah dan/ atau khidmat wajib

tanpa tertakluk kepada perjawatan tetap. Oleh itu, sekiranya kita

fahami isu ini dengan teliti, sebenarnya langkah untuk melantik

graduan secara kontrak itu sendiri adalah satu bentuk

penyelesaian yang telah diambil oleh Kerajaan.

2. Pegawai lantikan kontrak boleh dipertimbangkan pelantikan tetap

bergantung kepada kekosongan jawatan sedia ada dan juga jawatan

baharu yang boleh diwujudkan dari semasa ke semasa. Selain

daripada melalui pengisian jawatan baharu yang diwujudkan,

pegawai juga boleh dipertimbangkan pelantikan tetap apabila

jawatan sedia ada dikosongkan berikutan faktor atrisi seperti

persaraan dan peletakan jawatan.

3. Walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan

perjawatan tetap baharu secara tukar ganti sebanyak 10,675, namun

ia diberikan secara berfasa bagi tujuan menangani keperluan

perkhidmatan di fasiliti baharu dan yang dinaik taraf. Daripada jumlah

tersebut, sebanyak 997 adalah jawatan Pegawai Perubatan, 154

Pegawai Pergigian dan 282 Pegawai Farmasi. Selain itu, antara

Page 24: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 7

perjawatan tetap lain yang dipertimbangkan adalah 3,296 jawatan

Jururawat, 1,008 jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan 247

jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian. Dengan kelulusan

perjawatan tersebut, sebahagian daripada pegawai lantikan kontrak

boleh dipertimbangkan pelantikan tetap.

4. Dalam masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

melalui instrumen International Health Regulations (IHR) 2005

(dengan izin) iaitu penilaian aktiviti terhadap Malaysia telah diadakan

pada 21 hingga 25 Oktober 2019 meliputi 19 bidang / skop teknikal

termasuk sumber manusia. Berdasarkan penilaian tersebut,

Malaysia dinilai sebagai sebuah negara yang mempunyai keupayaan

dan komitmen dalam menangani pandemik dan wabak penyakit dan

ianya terbukti melalui pencapaian Malaysia dalam menangani

pandemik COVID-19.

5. Bagi memenuhi keperluan penyampaian perkhidmatan dengan

kekangan perjawatan yang terhad, Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) buat masa ini akan terus menggunakan pendekatan melantik

secara kontrak skim-skim perkhidmatan yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Page 25: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status

penambahan 7 pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara bagi

memberi manfaat kepada sejumlah hampir 11 ribu OKU seperti

dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Page 26: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 8

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC)

merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk

memperkasakan Orang Kurang Upaya (OKU) serta membolehkan

mereka bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. OKU juga

mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan diberi

penghormatan sebagai individu dalam masyarakat.

ILC terbuka kepada semua OKU terutama yang tinggal berhampiran dan

dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan / kurang upaya tahap

teruk. Pusat ini juga menyasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan

secara berdikari, yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau

di bawah jagaan ahli keluarga.

Sehingga akhir tahun 2020, sebanyak tujuh (7) buah ILC dapat

ditubuhkan di mana dua (2) buah ILC telah beroperasi sehingga kini iaitu

di Petaling Jaya, Selangor dan di Pusat Latihan Perindustrian dan

Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor. Manakala lima (5) buah ILC lagi akan

ditubuhkan di Kedah, Selangor, Sabah, Sarawak dan Johor sehingga

akhir Disember 2020. Sehingga kini, seramai 1,004 OKU telah mendapat

manfaat daripada perkhidmatan di 2 buah ILC yang telah beroperasi.

Antara faktor pemilihan lokasi bagi penubuhan ILC adalah taburan OKU

yang memerlukan perkhidmatan ILC, terdapat Pertubuhan Bukan

Page 27: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 8

Kerajaan (NGO) yang bersedia untuk mengendalikan ILC berkaitan dan

mematuhi standard piawaian keperluan OKU yang telah ditetapkan oleh

pihak kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Page 28: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL

SINGH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta PERDANA MENTERI

menyatakan statistik jumlah penjawat awam yang masih dalam "kontrak"

perkhidmatan di semua Kementerian dan adakah apa-apa pelan untuk

menjadikan penjawat awam kontrak yang telah berkhidmat lebih dari 10

tahun dijadikan pekerja tetap secara automatik.

Page 29: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 9

JAWAPAN

[YB DATUK SHABUDIN BIN YAHAYA, TIMBALAN MENTERI DI

JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-

UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan

pengumuman Bajet 2016, Kerajaan telah bersetuju untuk melantik secara

tetap bagi pegawai lantikan kontrak yang telah dilantik sebelum atau pada

23 Oktober 2015. Keputusan Kerajaan untuk melantik secara tetap

Pegawai-pegawai Kontrak, Contract of Service (COS) yang telah

berkhidmat selama 15 tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan

Kerajaan atas segala sumbangan serta khidmat bakti pegawai-pegawai

kontrak tersebut kepada negara.

Seramai 22,080 orang pegawai COS lantikan sebelum atau pada

23 Oktober 2015 telah dikenalpasti untuk dilantik tetap secara

berperingkat sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan. Sehingga kini, seramai 11,796 orang pegawai COS telah

dilantik tetap dan bakinya seramai 10,284 orang pegawai COS akan

dilantik tetap dalam perkhidmatan awam sepanjang tempoh tahun 2020

hingga 2031. Jumlah penjawat awam yang dilantik secara kontrak

sehingga 20 Julai 2020 adalah seramai 23,652 orang.

Sekian, terima kasih.

Page 30: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Manolan Bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Luar

Bandar menyatakan berapakah jumlah bantuan perniagaan yang

diberikan kepada usahawan Orang Asli pada tahun 2019 dan berapakah

jumlah peruntukan yang disalurkan.

Page 31: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 10

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pada tahun 2019, seramai 54 orang usahawan Orang Asli telah

menerima geran bantuan usahawan yang diberikan kepada usahawan

Orang Asli di seluruh negeri. Usahawan-usahawan Orang Asli yang

telah menerima bantuan daripada Kerajaan melalui JAKOA adalah

terdiri daripada usahawan kedai makan, pengusaha ternakan madu

kelulut, peniaga kedai runcit, pengusaha bakeri, usahawan dalam

bidang dandanan dan solekan dan juga usahawan dalam bidang

fotografi.

Jumlah keseluruhan bantuan yang diperuntukkan oleh JAKOA kepada

usahawan Orang Asli pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 671 ribu.

Untuk makluman, bantuan yang diberikan kepada usahawan-usahawan

Orang Asli ini dilaksanakan melalui kaedah perolehan oleh JAKOA

berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih.

Page 32: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KE TIGA,

PARLIMEN EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak Kementerian untuk

menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan apakah

faktor utama yang menyebabkan pendatang tanpa izin ini semakin

berleluasa di negara ini.

Page 33: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

Seperti mana yang telah saya tegaskan dalam siri-siri jawapan saya di dalam

Dewan yang mulia ini bahawa pihak kerajaan menerusi KDN sangat serius

untuk membendung kemasukan PATI di dalam negara kita demi

keselamatan dan juga kedaulatan negara kita. Oleh sebab itulah dari masa

ke semasa pihak Kementerian Dalam Negeri mengadakan operasi

bersepadu seperti mana yang saya sebut tadi bersama dengan Angkatan

Tentera Malaysia dalam OPS Benteng di sempadan-sempadan supaya

lorong-lorong tikus dapat kita kawal dan juga di dalam perairan ataupun di

laut luas kita bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Bagi kerjasama di peringkat kerajaan negeri, kita juga menggalakkan

supaya pihak kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan dan

pemimpin-pemimpin komuniti seperti JKK, JKKP dan juga mana-mana

orang ramai menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada pihak kerajaan supaya

menyalurkan maklumat jika terdapat risikan dan maklumat mengenai PATI

yang berada di sekitar komuniti masing-masing termasuk juga RELA yang

telah kita amanahkan supaya menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ bagi pihak

kerajaan.

Dalam mengukuhkan penguatkuasaan pendatang tanpa izin ini, KDN telah

Page 34: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 11

menggariskan lima Pelan Holistik Penguasaan PATI yang saya telah

sebutkan pada hari semalam iaitu:

(i) Strategi Perundangan dan Dasar Penguatkuasaan PATI;

(ii) Strategi Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk;

(iii) Strategi Pengurusan Pekerja Asing;

(iv) Strategi Operasi Penguatkuasaan PATI; dan

(v) Strategi Media dan Publisiti.

Bagi soalan kenapa PATI suka datang ke negara kita. Kita tahu bahawa

negara kita ada kestabilan politik dan diharapkan kestabilan politik ini

berterusan. Kita ada mempunyai ekonomi yang baik dan kadar upah bagi

pekerja-pekerja di dalam negara kita daripada warganegara asing sangat

tinggi berbanding dengan kadar upah di negara sumber atau negara asal

mereka. Jadi sebab itulah saya percaya inilah di antara sebab utama kenapa

PATI atau pekerja asing suka, minat datang ke negara kita.

Sekian, terima kasih.

Page 35: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

sama ada Kerajaan bercadang menawarkan perkhidmatan ujian COVID-

19 bagi guru-guru sekolah secara percuma dan berkala, dan apakah

langkah-langkah untuk menjamin kesihatan guru-guru dan pegawai-

pegawai pelajaran yang selalu bersama murid-murid.

Page 36: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan membuat

penilaian risiko bagi pelaksanakan ujian pengesanan COVID-19.

Kini, ujian dijalankan adalah ke atas individu yang bergejala dan

berisiko tinggi sahaja. Buat masa ini juga, tidak terdapat keperluan

untuk menyediakan perkhidmatan ujian COVID-19 secara percuma

dan berkala bagi guru-guru sekolah melainkan sekolah tersebut

terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD).

2. Kerajaan juga telah membangunkan Prosedur Operasi Standard

(SOP) untuk pelbagai sektor dan sub-sektor termasuklah bagi Sektor

Pendidikan. Justeru, pematuhan kepada SOP ini adalah penting bagi

memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 di sekolah.

Sekian, terima kasih.

Page 37: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK

INSOL

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian

masih memberi bantuan untuk membina jalan ladang kepada pekebun

kecil persendirian sawit dan apakah kriteria permohonan bagi bantuan

tersebut.

Page 38: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) masih

memberikan bantuan untuk membina jalan ladang pekebun kecil (JLPK)

persendirian kepada pekebun kecil persendirian komoditi di bawah

Kementerian ini iaitu sawit, getah, lada, koko dan kenaf yang

dilaksanakan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kriteria

permohonan bagi bantuan tersebut mengikut keutamaan berikut:

(a) Meliputi jalan ke kebun/ ladang milik persendirian pekebun-

pekebun kecil persendirian yang diselia di bawah Agensi-

agensi KPPK;

(b) Keutamaan kepada jalan ke ladang yang sedang diusahakan/

dimajukan oleh pekebun-pekebun kecil agar dapat menjadi

rangkaian perhubungan yang bermanfaat kepada penduduk

sekitarnya mengangkut input pertanian dan mengeluarkan

hasil tanaman;

(c) Menjadi laluan utama mengangkut input pertanian dan

mengeluarkan hasil tanaman yang digunakan oleh pekebun

kecil persendirian dan orang ramai di kampung berhampiran;

(d) Jalan yang menghubungkan jalan besar/ jalan utama dengan

jalan ladang/ pertanian/ pekebun kecil tidak terselia sebagai

Page 39: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 13

laluan utama kenderaan bagi mengangkut input dan hasil

pertanian; dan

(e) Keutamaan projek JLPK adalah yang bernilai kurang RM500

ribu supaya pelaksanaan JLPK dapat dibuat secara sebut

harga dan pelaksanaannya dilakukan segera serta siap

sepenuhnya pada tahun semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi pekebun-pekebun kecil

yang berhasrat dan memerlukan jalan ladang, permohonan boleh dibuat

melalui agensi-agensi KPPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia

(LKM), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Lembaga

Lada Malaysia (MPB) di peringkat negeri masing-masing untuk cadangan

permohonan JLPK di peringkat Kementerian. Permohonan ini akan

dipertimbangkan oleh pihak Kementerian tertakluk kepada peruntukan

yang diluluskan oleh Kerajaan pada tahun semasa dan kesesuaian lokasi

dengan mengambil kira kelebaran rezab jalan, bahu jalan serta kegunaan

jalan yang boleh memberikan manfaat kepada ramai pekebun kecil di

kawasan yang berkenaan.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), projek JLPK

telah diluluskan peruntukan sebanyak RM64.8 juta untuk pelaksanaan

263 projek jalan ladang pekebun kecil persendirian dengan jarak 524 km

sepanjang tempoh 2016 sehingga tahun 2020. Setelah mengambil kira

pelaksanaan JLPK dalam RMKe-11 tersebut, kos projek ini mempunyai

baki sebanyak RM16.7 juta. Oleh yang demikian, projek ini telah dipohon

sebagai projek sambungan dalam RMKe-12.

Sekian, terima kasih.

Page 40: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pembelajaran

para pelajar terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak

terjejas dan keciciran akibat penularan wabak COVID-19.

Page 41: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk

memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat

mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat

sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha

menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-

based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar

pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai

Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar

ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom

dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku

teks digital, video PdP, kuiz dan video permainan pembelajaran. Selain

itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan CikgooTube untuk

membantu dalam pembelajaran anak mereka di rumah.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses

pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar

bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak

mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai

untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut

dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui

saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan

Page 42: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 14

radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,

Terengganu FM dan Johor FM.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui

serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat

melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan

penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu

lalu di sekolah.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam

pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad

berbanding kaedah secara bersemuka.

Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah

dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya,

guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-

kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata

pelajaran yang diikuti.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan

kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,

KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam

memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based

Learning.

Sekian, terima kasih.

Page 43: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk memperbaiki sistem

pengangkutan awam di Kota Kinabalu khasnya untuk menghubungkan

bandar sekitarnya seperti Penampang, Putatan dan Inanam

Page 44: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian

Pengangkutan adalah amat perihatin dan sentiasa melaksanakan langkah-

lanhkah untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam di kawasan

bandar dan di luar bandar di seluruh negara secara berterusan.

2. Sebagai salah satu usaha mengadakan perkhidmatan pengangkutan

awam yang holistik dan berkesan, menerusi permit-permit yang telah

diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Negeri Sabah, Kementerian Pengangkutan telah menyokong penyediaan

perkhidmatan pengangkutan bas berhenti-henti, bas mini, teksi dan e-

hailing yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan kawasan Penampang,

Putatan dan Inanam.

3. Pihak LPKP Sabah juga secara berterusan, sentiasa meneliti permit-

permit perkhidmatan bas henti-henti, teksi dan e-hailing yang telah

diluluskan, dan sekiranya mempunyai keperluan dan permintaan daripada

penumpang, permit-permit tambahan boleh dipertimbangkan bagi

menyediakan perkhidmatan tambahan di ketiga lokasi terbabit.

4. Selain itu, perkhidmatan teksi dan e-hailing adalah merupakan pilihan

tambahan kepada orang ramai atau penumpang tempatan dari segi

kesinambungan peringkat pertama dan terakhir perjalanan atau pun “first

and last mile connectivity”. Kedua-dua perkhidmatan ini mudah dicapai dan

Page 45: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 15

operasinya boleh menjangkau ke seluruh negeri Sabah termasuk ketiga-

tiga kawasan terlibat.

5. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Pengangkutan

pada masa ini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan

dalam usaha memperkenalkan satu sistem perkhidmatan bas henti-henti di

kawasan Kota Kinabalu dan kawasan utama di sekitarnya di bawah

Program Transformasi Bas Henti-Henti atau Stage Bus Services

Transformation Programme (SBST). Program ini kelak akan mempunyai

modus operandi yang sama seperti mana yang sedang berjalan di

beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk di Seremban, Kuala

Terengganu dan Ipoh. Proses perbincangan berkenaan masih berlangsung

dan dijangka dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun 2020.

6. Menerusi penyediaan perkhidmatan bas henti-henti di bawah

program SBST, satu perkhidmatan bas henti-henti yang moden, selamat,

efisien, menyeluruh dan berkesan akan dapat disediakan untuk kebaikan

dan membawa manfaat kepada penduduk tempatan di Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Page 46: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

berkenaan jalan sisir pantai dan jambatan-jambatan di Sarawak yang

telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat waktu Barisan Nasional memegang

tampuk Kerajaan tetapi telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan

Harapan. Adakah Kerajaan Pusat sekarang akan membiayai kos

pembinaan tersebut memandangkan kini Kerajaan Negeri Sarawak

(GPS) bersama dalam kumpulan Perikatan Nasional (PN) membentuk

Kerajaan Persekutuan.

Page 47: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, terdapat enam (6) projek

jambatan pesisir pantai yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di

Sarawak. Tiga (3) daripadanya telah siap pembinaan dan sedia digunakan

oleh orang awam iaitu:

1. Pembinaan Jambatan Batang Sadong, Kampung Buloh, Samarahan,

Sarawak, sepanjang 1.48 km dengan kos keseluruhan sebanyak RM231

juta dan telah siap pembinaan pada 4 Oktober 2016;

2. Pembinaan Jambatan Sungai Rimbas, Pusa, Betong, Sarawak

sepanjang 0.3 km dengan kos keseluruhan sebanyak RM48 juta dan telah

siap pembinaan pada 6 November 2017; dan

3. Pembinaan Jambatan Samarahan, Bahagian Samarahan sepanjang 0.7

km dengan kos keseluruhan sebanyak RM120 juta dan telah siap

pembinaan pada 22 Jun 2018.

Manakala bagi tiga (3) lagi jambatan yang telah dibatalkan semasa

pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan ialah:

1. Membina Jambatan Batang Lupar, Bahagian Samarahan sepanjang 5

km dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM1.0 bilion;

2. Membina Jambatan Batang Igan, sepanjang 1.34 km dengan anggaran

kos pembinaan sebanyak RM310.8 juta; dan

3. Membina Jambatan Batang Rambungan, Matang, Kuching sepanjang

Page 48: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 16

0.6 km dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM142.2 juta.

Berkenaan pelaksanaan jambatan yang telah dibatalkan, peruntukan

ketiga-tiga projek tersebut telah digantikan dengan Projek Sarawak-Sabah

Link Road dengan kos sebanyak RM1.2 bilion. Selain itu, Kerajaan

Persekutuan turut mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Sarawak

telah mengambil alih serta meneruskan pelaksanaan projek ketiga-tiga

jambatan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Page 49: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAL

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Paul Igai minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai

penyakit berjangkit yang terkini dan nyatakan penyakit berjangkit

(infectious) yang mempunyai vaksinnya dan yang masih belum

mempunyai vaksin.

Page 50: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh berjangkit kepada

manusia, disebabkan oleh bakteria, virus, parasit atau fungus.

Contoh penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria adalah

penyakit Tibi, kusta, batuk kokol, difteria, tetanus, gonorrhea, sifilis,

tifoid dan kolera. Contoh bagi penyakit yang disebabkan oleh virus

pula adalah penyakit Hepatitis, Polio, Demam Campak, Rubella,

Beguk, denggi, Japanese Enchepalitis, Chikungunya, Zika, Middle

East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS), COVID-19, Avian

influenza, HIV, Cacar air, Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

dan rabies. Penyakit seperti malaria pula adalah disebabkan oleh

parasit. Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988, terdapat 31 penyakit berjangkit yang perlu

dinotifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Vaksin bertindak meningkatkan imuniti seseorang terhadap penyakit

berjangkit secara khusus. Contoh penyakit berjangkit yang

mempunyai vaksin adalah Tuberculosis, Hepatitis B, Difteria,

Kancing Gigi (Tetanus), Batuk Kokol (Pertussis), Polio, Haemophilus

influenzae Type b (Hib), Campak (Measles), Rubella, Beguk

(Mumps), Japanese Encephalitis (JE), Human Papillomavirus (HPV),

rabies, demam kuning, meningococcal meningitis, hepatitis A, kolera

dan tifoid. Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, terdapat 10

Page 51: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 17

jenis vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak untuk

mencegah 12 jenis penyakit berjangkit.

3. Selain daripada penyakit-penyakit yang telah dinyatakan, penyakit-

penyakit yang masih belum ada vaksin adalah seperti Chancroid,

demam denggi, disenteri, ebola, leptospirosis, kusta, MERS-CoV,

malaria, HFMD dan juga COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Page 52: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah status terkini penglibatan rakyat khususnya belia

dalam e-sports dan perancangan dari pihak Kementerian untuk

meneruskan pembangunan e-sports di negara ini.

Page 53: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, rakyat Malaysia menunjukkan

penglibatan aktif dalam bidang sukan elektronik (dengan izin: e-

sports) ini di mana mengikut perangkaan dari Newzoo, sebuah

firma penyelidikan berfokuskan sukan elektronik (2019), terdapat

hampir 20.1 juta pemain sukan elektronik termasuk (dengan izin)

permainan mobile, PC dan console di negara kita.

2. Kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah

melancarkan “Blueprint Sukan Elektronik Malaysia” yang pertama

pada tahun 2019 bagi memastikan program pembangunan e-

sports ini dilakukan secara menyeluruh. Untuk itu, pelbagai inisiatif

telah dirangka, antaranya:

a) Penganjuran Sirkit Sukan Elektronik Kebangsaan yang

akan dijadikan platform utama bagi pemain-pemain profesional

dan amatur.

b) Mewujudkan ‘Esports Hub’ sebagai pusat latihan dan

penganjuran kejohanan mengikut zon. Sebagai permulaan,

Kementerian sedang merancang Esports Hub Zon Utara di

Pulau Pinang.

c) KBS National Centre sebagai pusat sehenti dengan

kemudahan-kemudahan seperti dewan kejohanan,

penginapan, tempat makan, serta tumpuan latihan khusus atlet

Page 54: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 18

profesional dan amateur.

d) Esports Integrated (ESI) bagi mempromosikan ekosistem

industri sukan elektronik yang mampan.

e) Pengiklanan dan promosi melalui beberapa siri bual bicara

bersama pemegang taruh e-sports seperti pemain industri,

(dengan izin) streamer (content creator) dan pemain-pemain

profesional.

f) Penglibatan wanita akan turut dijadikan elemen penting bagi

memastikan lebih ramai wanita turut terlibat dalam

pembangunan sukan elektronik ini.

3. Selain itu, Kementerian sedang merancang penambahbaikan pusat-

pusat siber dan menambah baik studio e-sports bagi memastikan

pusat-pusat latihan khusus wujud di setiap negeri. Banyak peluang

pekerjaan dapat dicipta, terutamanya bagi golongan belia yang

ingin berkecimpung dalam industri ini, contohnya sebagai pemain

profesional atau jurureka grafik.

4. Kementerian dengan kerjasama Persekutuan Sukan Elektronik

Malaysia (MESF) telah menganjurkan Kejohanan Esports secara

dalam talian pada 7 hingga 30 April 2020 lalu.

MyEsports 1.0 dan MyEsport 2.0 ini telah mengumpul penyertaan

aktif rakyat Malaysia dengan penyertaan seramai 20,560 golongan

belia dari pelbagai bangsa.

Page 55: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 18

5. Bagi persediaan untuk SUKMA Johor 2020, Kementerian Belia dan

Sukan telah melaksanakan Pertandingan MyEsports PES20 di 15

negeri dan wilayah bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2020.

Pertandingan MyEsports PUBG turut dilaksanakan untuk pencarian

bakat baharu yang boleh diketengahkan ke mana-mana kejohanan

PUBG di peringkat antarabangsa.

6. Bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2020, dua program telah

dilaksanakan. Pertama, Kejohanan MyEsports Belia Malaysia

berlangsung dari 15 hingga 30 Ogos 2020 sebagai platform untuk

menggalakkan peminat e-sports mengenali dan menyertai

persatuan belia tempatan; 20,000 penyertaan dari belia

berpersatuan telah disasarkan. Program kedua adalah Merdeka E-

Sports Challenge bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020.

7. Kementerian Belia dan Sukan telah merancang dua program

sepanjang bulan September ini. Pertama, Program MyBorneo

Eforce Invitation 2020 akan disertai pasukan jemputan dari Brunei

dan Kalimantan Indonesia untuk bersaing dengan bakat tempatan.

Kedua, program KBS MyLadies PUBG adalah khusus untuk

peminat e-sports wanita dalam usaha melestarikan penyertaan

wanita dalam sukan ini. Kedua-dua program ini dijadualkan

bermula dari 19 September hingga 18 Oktober 2020.

8. Kejohanan MyEsports Hari Sukan Negara 2020 juga telah

dirancang dari 3 hingga 11 Oktober bersempena sambutan Hari

Sukan Negara 2020. Kejohanan ini turut mempertandingkan

permainan video terbaru iaitu EXIMIUS hasil buatan anak tempatan

Malaysia yang boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Melalui

Page 56: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 18

platform Hari Sukan Negara, pihak Kementerian turut membantu

mempromosikan video game EXIMIUS di kalangan peminat e-

sports tempatan.

9. Susulan kejayaan Bengkel E-Skill untuk memperkasa ekosistem

kerjaya dalam bidang e-sports di tiga zon pada tahun lepas; bagi

memenuhi permintaan tinggi daripada komuniti e-sports;

Kementerian akan meneruskan Bengkel E-Skill 2.0 di 15 negeri dan

wilayah bermula dari 26 September hingga 15 November 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 57: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk

membela hak wanita dalam kalangan orang asli setelah ditinggalkan

oleh suami warganegara asing yang pulang ke negara asal.

Page 58: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sistem perlindungan sosial

yang sesuai mampu menjadi platform terbaik untuk membantu golongan

wanita di luar bandar dengan menitikberatkan keseimbangan dan

pembangunan keluarga akan menjamin sistem jaringan sosial yang

mantap untuk ibu tunggal Orang Asli khususnya.

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah

mengambil beberapa tindakan ke arah memperkasakan keseluruhan

Orang Asli termasuk ibu-ibu tunggal dalam kalangan masyarakat Orang

Asli dari segi sosial, ekonomi dan kekeluargaan, di antaranya:

a) memperkasakan kerjasama dengan rakan strategik keselamatan

di penempatan Masyarakat Orang Asli yang melibatkan pihak

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Pengurusan Komuniti

Kampung Orang Asli (MPKKOA) dan Tok Batin/ Penghulu orang

Asli di setiap daerah berkaitan;

b) mengadakan Program Bersama Rakyat (PBR) di beberapa buah

penempatan komuniti Orang Asli yang melibatkan beberapa NGO

dan Agensi Kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia

(JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), BOMBA, KKM, Yayasan Orang Asli

Pahang Prihatin, Yayasan Orang Asli Perak dan National

Diabetes Institute (NADI);

Page 59: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 19

c) program pembangunan usahawan yang mesra wanita dengan

kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan,

d) memantapkan program kempen kesedaran kepentingan gaya

hidup sihat bersama dengan pihak Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) melalui Program Mini Mesra Kesihatan di

beberapa buah penempatan Masyarakat Orang Asli;

e) dalam proses merangka Garis Panduan Komuniti Sihat melalui

konsep “Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Orang Asli

bersama dengan pihak KKM di mana melibatkan modul

pengawalan ketagihan minum arak, pemakanan sihat, keluarga

sihat dan lain-lain lagi;

JAKOA dalam proses semakan pemurnian beberapa klausa bagi Akta

134 , Akta Orang Asli dan beberapa Garis Panduan berkaitan Orang Asli

ke arah memperkasakan hak institusi sosial kemasyarakatan dan

keluarga Orang Asli.

Sekian, terima kasih.

Page 60: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN

BUDAYA menyatakan sejauh mana keutamaan dan perhatian

perancangan Kerajaan bagi memastikan sektor pelancongan dalam

negeri, seni dan budaya Sarawak diperkukuhkan dalam kewaspadaan

semua pihak tentang gejala COVID-19.

Page 61: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sepertimana Yang Berhormat Senator sedia maklum, penularan

wabak COVID-19 telah memberi impak negatif yang sangat besar bukan

sahaja kepada industri pelancongan tempatan, malah turut memberi

kesan kepada industri pelancongan global. Bagi Malaysia, berikutan

pengisytiharan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

pada 18 Mac 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

(MOTAC) telah mengumumkan pembatalan kempen Tahun Melawat

Malaysia 2020 dengan serta-merta.

2. Kejayaan Malaysia dalam membendung penularan pandemik

COVID-19 telah membolehkan sektor pelancongan domestik beroperasi

semula bermula 10 Jun 2020 yang lalu. Perkembangan ini

membolehkan penggiat industri pelancongan aktif semula dan

merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terjejas ketika tempoh

pelaksanaan PKP dan PKPB yang lalu dengan mengamalkan

pembudayaan baru seperti mematuhi prosedur operasi standard atau

SOP-SOP yang telah ditetapkan sebagai norma baharu aktiviti

pelancongan di Malaysia.

3. Kerajaan sedar bahawa pihak awam sedang menghadapi

kesukaran yang berat pada masa saat ini. Justeru, Kerajaan melalui

Kementerian ini telah merancang pelaksanaan Pelan Pemulihan

Pelancongan dan Kebudayaan dalam usaha membantu industri ini

bangkit semula.

Page 62: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 20

4. Usaha ini merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan

jangka panjang iaitu:

i. memulihkan kembali keyakinan orang awam untuk kembali

melancong melalui Kempen Malaysia Bersih dan Selamat;

ii. merancakkan semula pelancongan domestik;

iii. meneroka potensi mengadakan gelembung perjalanan atau

travel bubble dengan negara-negara jiran atau negara-

negara zon hijau yang telah dikenalpasti; dan

iv. memberi keutamaan kepada segmen yang telah dibenarkan

oleh Kerajaan seperti pelancongan kesihatan, taman tema

dan segmen Meetings, Incentives, Conferences and

Exhibitions (MICE).

5. Selain langkah-langkah keseluruhan yang diambil untuk

membantu industri ini di seluruh negara, usaha-usaha khusus untuk

negeri Sarawak yang telah dilaksanakan di bawah pelan pemulihan

tersebut termasuklah:

i. membangunkan perusahaan kraf oleh Kraftangan Malaysia;

ii. memberi bantuan pentadbiran dalam bentuk kewangan

kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) yang terjejas akibat

pandemik ini;

Page 63: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 20

iii. menawarkan kursus Domestic Tourism Vibes secara dalam

talian kepada pemandu pelancong berlesen yang akan tamat

tempoh pada tahun ini. Sehingga 31 Ogos 2020, seramai

142 orang pemandu pelancong Sarawak telah mengikuti

kursus ini;

iv. pengecualian bayaran fi lesen bagi pengusaha-pengusaha

pelancongan dan pemandu pelancong yang layak. Sehingga

24 Ogos 2020, sebanyak 25 buah syarikat pengusaha

pelancongan Sarawak telah menikmati inisiatif ini dengan

jumlah nilai pengecualian sebanyak RM17,375; dan

v. promosi bersama oleh Tourism Malaysia (TM) dengan

Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board –

STB) untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Negeri

Sarawak terutamanya dalam situasi COVID-19 dengan

mempromosikan program “Cuti-Cuti Sarawak”.

Sekian, terima kasih.

Page 64: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan status Projek Pusat Putra Asli di Kuala

Terengganu dan Pusat Latihan Paya Bungor di Maran, Pahang, Mini

RTC Bawong, Perak serta perancangan bagi pusat tersebut yang

tertangguh agak lama.

Page 65: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Terdapat 3 projek JAKOA yang tertangguh agak lama seperti yang

dibangkitkan oleh YB Senator Dato’ Isa iaitu;

1) Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli (PUTRA ASLI) adalah

projek tahun 2013 yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad

dengan kos sebanyak RM10.5 juta di atas tanah berkeluasan 3

ekar di Kampung Tok Jembal, Mukim Kuala Nerus, Kuala

Terengganu.

Projek pembinaan Putra Asli ini dibangunkan bertujuan untuk

memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Orang Asli yang

berpotensi cemerlang dalam bidang pendidikan dengan

menyediakan asrama dan pelbagai kemudahan lain seperti blok

pentadbiran, dewan makan, surau dan gelanggang permainan.

Status kemajuan sebenar terkini adalah sebanyak 99% iaitu

proses akhir penyiapan bangunan bagi mendapatkan CCC yang

dijangka akan diperolehi pada akhir tahun 2020.

2) Projek Menaiktaraf Pusat Latihan Paya Bungor di Maran, Pahang

dibina bertujuan untuk berfungsi sebagai pusat inkubator latihan

jahitan kepada masyarakat Orang Asli terutamanya golongan

wanita dan beliawanis.

Page 66: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 21

Projek yang dilaksanakan oleh Felcra Berhad pada 11 Mac 2016

ini melibatkan 2 fasa dengan kos sebanyak RM30 juta. Projek ini

dikategorikan sebagai lewat Jadual.

Status kemajuan sehingga 14 Ogos 2020 bagi pembinaan fasa

pertama ialah 93 % dan dijangka siap pada Oktober 2020.

Manakala status fasa kedua ialah 63 % dan dijangka selesai bulan

Jun 2021.

3) Projek pembinaan Mini RTC Bawong, Perak merupakan projek

pembinaan tahun 2017 dengan kos sebanyak RM30 juta dan

dilaksanakan oleh JKR Malaysia. Pusat ini diharap agar dapat

menjana ekonomi dan perkhidmatan sosial masyarakat Orang Asli

di kawasan berhampiran dengan adanya pelbagai kemudahan

yang disediakan.

Prestasi terkini pembinaan adalah sebanyak 84% dan

dikategorikan sebagai lewat jadual. Kementerian berusaha

meminta pihak kontraktor menyiapkan projek ini seberapa segera.

Sekian, terima kasih.

Page 67: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN :22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Laksamana Pertama (b) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan penjelasan tempoh masa sebenar

keputusan rayuan bagi pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang

tidak layak agar tidak berlaku kekeliruan oleh rakyat.

Page 68: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN :22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Ahli Berhormat,

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan salah satu bantuan yang

disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

Rakyat yang diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data

Bantuan Sara Hidup. Manakala BPN bagi golongan M40 adalah

berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM). Keputusan ini diambil memandangkan impak COVID-19 yang

menjejaskan segenap lapisan masyarakat.

Permohonan baharu sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN

dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Manakala permohonan

rayuan BPN telah dibuka mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.

Sepanjang tempoh rayuan BPN, LHDNM akan menyemak semula

permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Borang

rayuan disediakan bagi membolehkan maklumat daripada perayu

direkodkan sebagai asas pertimbangan selanjutnya.

Bayaran rayuan BPN telah pun dibuat mulai 24 Jun 2020 melibatkan 160

ribu perayu yang layak dengan implikasi kewangan sebanyak RM0.14

bilion. Secara keseluruhannya, sehingga hujung Ogos 2020, seramai 10.58

Page 69: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN :22

juta orang telah menerima bayaran BPN dengan jumlah sebanyak

RM11.14 bilion, iaitu hampir 99.5% tahap pelaksanaan. Kerajaan kekal

komited dalam memastikan semua bantuan Kerajaan adalah berkesan dan

menepati kumpulan sasar yang ditetapkan, terutamanya golongan yang

terjejas akibat COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Page 70: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) apakah faktor Kerajaan menghentikan operasi Hospital Medan di

Cox Bazar sejak Mac 2020; dan

(b) perancangan Kerajaan untuk meneruskan misi bantuan

kemanusiaan bagi membantu pelarian Rohingya di Cox Bazar.

Page 71: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Susulan penularan wabak pandemik COVID-19, Suruhanjaya Tinggi

Malaysia di Bangladesh telah mengatur kepulangan warganegara

Malaysia di Bangladesh termasuk Tim Operasi STARLIGHT-5 yang

sedang beroperasi untuk kembali ke tanah air bagi memastikan

keselamatan mereka daripada jangkitan wabak COVID-19. Kesemua

anggota Tim telah selamat tiba di tanah air pada 26 Mac 2020 yang lalu.

Keputusan untuk menangguhkan sementara keberadaan mereka di

Hospital Medan Malaysia (HMM) ini dibuat berdasarkan kepada faktor

keselamatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa

bertugas di sana berikutan bilangan kes COVID-19 di Bangladesh

termasuk di kawasan Cox’s Bazar dilaporkan masih tinggi dan belum

lagi menunjukkan trend penurunan dan faktor-faktor lain seperti trend

penurunan bilangan kes dan kehadiran pesakit ke HMM, serta

penambahan bilangan hospital medan lain.

Penurunan bilangan kes dan kehadiran pesakit ini adalah kerana

keadaan di kawasan misi semakin stabil, di samping pengukuhan dan

penambahan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh

pihak-pihak lain di kawasan Cox’s Bazar. Terdapat 6 hospital medan lain

di Cox’s Bazar yang dikendalikan oleh Kerajaan Turki dan NGO

antarabangsa, antaranya, seperti Medecins Sans Frontieres (MSF),

HOPE Foundation, MSF Spain, Bangladesh Red Crescent Society dan

Page 72: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 23

Friendship yang telah mengurangkan kebergantungan pelarian

Rohingya kepada HMM.

Kerajaan pada masa ini sedang menimbang mengenai hala tuju misi

bantuan kemanusian pelarian Rohingya di Cox’s Bazar yang melibatkan

operasi HMM berdasarkan faktor seperti trend penurunan bilangan kes

dan kehadiran pesakit, penubuhan hospital medan lain, ancaman wabak

COVID-19 di kawasan Cox’s Bazar dan keselamatan pasukan petugas.

Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengambil kira dan akan

terus memperjuangkan isu-isu mengenai pelarian Rohingya.

Terima kasih.

Page 73: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan adakah langkah Kerajaan untuk menghapuskan aliran Sains

dan Sastera dalam tingkatan 4 akan melembapkan rancangan negara

dalam menghasilkan Teknokrat dan Saintis dalam mencapai 'Visi 2030'.

Page 74: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pelaksanaan kurikulum

baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

menawarkan dua pakej elektif mata pelajaran bagi peringkat menengah

atas mulai tahun 2020. Dua pakej elektif yang disediakan adalah Pakej

STEM dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan.

Penyediaan kedua-dua pakej ini bertujuan memberi peluang kepada

murid untuk memilih laluan pendidikan menerusi pakej mata pelajaran

yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan masing-masing.

Pakej elektif ini dibina bagi memenuhi keperluan murid untuk

menyambung pengajian ke peringkat tertiari seperti universiti, Program

Matrikulasi, pengajian Tingkatan Enam, politeknik, kolej komuniti dan

institusi lepasan menengah yang lain.

Di bawah pakej STEM, pakej mata pelajaran yang ditawarkan adalah:

Pakej A semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia,

Biologi dan Matematik Tambahan; atau

Pakej B mana-mana DUA mata pelajaran sains tulen dan

Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya SATU

mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan

teknologi atau mata pelajaran bukan elektif STEM; atau

Page 75: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 24

Pakej C sekurang-kurangnya DUA mata pelajaran elektif STEM

sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-

mana SATU Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Pakej STEM A memberi peluang bagi murid yang berminat dan layak

untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi sains,

program matrikulasi dan Pengajian Tingkatan 6 seperti dalam bidang

sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan dan bioteknologi.

Sementara itu Pakej STEM B menyediakan laluan bagi murid yang ingin

menyambung pelajaran pada peringkat tertiari dan mencebur kerjaya

dalam bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan, sains komputer,

reka bentuk, teknologi pembuatan dan perakaunan.

Pakej STEM C pula memberi peluang murid yang berhasrat untuk

menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti

awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang menjurus

kepada laluan kerjaya seperti bidang perniagaan, reka bentuk fesyen,

hospitaliti dan reka bentuk media baharu (new media design).

Pakej STEM yang disediakan bermatlamat menghasilkan bakal pelajar

peringkat tertiari yang mampu menyertai bidang sains, teknologi dan

vokasional. Pakej STEM yang ditawarkan ini selaras dengan penawaran

program STEM di peringkat pendidikan tinggi dan telah mendapat

persetujuan serta kelulusan daripada pihak institusi pengajian tinggi

awam (IPTA). Maka penawaran Pakej STEM merupakan usaha yang

seiring dengan hasrat untuk menghasilkan teknokrat dan saintis bagi

mencapai Visi 2030.

Page 76: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 24

Sekian, terima kasih.

Page 77: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan penjelasan apakah Kementerian bercadang untuk

memperkenalkan semula GST memandangkan SST yang diamalkan

sekarang ini bukan sahaja merupakan satu sistem percukaian yang tidak

telus malahan juga tidak dapat mengawal kenaikan harga barangan.

Page 78: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan bersedia untuk mendapatkan pandangan orang ramai termasuk

perniagaan mengenai kesesuaian apa-apa model cukai kepenggunaan

yang lain dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan cukai

jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan model GST

2014. Sebarang pertimbangan perlu meliputi kesan ke atas ekonomi, kos

sara hidup, mengambil kira kesan cukai ke atas harga barang serta

keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap, bersifat mudah ditadbir

dan tidak meningkatkan kos perniagaan.

Sekian, terima kasih.

Page 79: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 08 SEPTEMBER 2020

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI

DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapa peratus wanita

yang telah mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berapa antara

syarikat tersebut yang aktif dan masih "dormant".

Page 80: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan kepada rekod yang disimpan di Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM) sehingga 31 Julai 2020, secara keseluruhannya

sebanyak 691,454 syarikat pemilikan wanita telah didaftarkan di

SSM. Data adalah berdasarkan kepada pemegangan saham

sebanyak 51% oleh golongan wanita dalam syarikat.

2. Statistik tersebut menunjukkan jumlah syarikat pemilikan wanita

ialah 50.6% daripada jumlah keseluruhan syarikat yang telah

didaftarkan di SSM iaitu sebanyak 1,366,465 syarikat. Sebanyak

340,975 syarikat pemilikan wanita adalah aktif. Manakala 86,914

syarikat pemilikan wanita adalah dormant.

3. Pecahan statistik syarikat pemilikan wanita mengikut negeri dan

sektor perniagaan adalah seperti berikut:

(a) Statistik jumlah syarikat aktif pemilik wanita mengikut negeri

sehingga 31 Julai 2020:

Bil. Negeri Jumlah

1. Perlis 467

2. Kedah 8,148

3. Pulau Pinang 24,233

4. Perak 14,332

5. Selangor 88,626

Page 81: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 26

6. Kuala Lumpur 103,145

7. Putrajaya 105

8. Negeri Sembilan 6,157

9. Melaka 7,977

10. Johor 34,208

11. Pahang 6,453

12. Terengganu 3,464

13. Kelantan 3,681

14. Labuan 576

15. Sabah 17,011

16. Sarawak 22,392

Jumlah keseluruhan 340,975

(b) Statistik syarikat aktif pemilik wanita mengikut sektor

perniagaan sehingga 31 Julai 2020:

Bil. Sektor perniagaan Jumlah

1. Pertanian, perhutanan dan perikanan 13,670

2. Perlombongan dan kuari 4,198

3. Pembuatan 36,781

4. Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin

udara

983

5. Pembekalan air, pembentungan,

pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan

1,167

6. Pembinaan 40,612

Page 82: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 26

7. Perdagangan jual borong dan jual runcit,

pembaikan kenderaan bermotor dan

motosikal

130,903

8. Pengangkutan dan penyimpanan 15,085

9. Penginapan dan aktiviti perkhidmatan

makanan dan minuman

18,768

10. Maklumat dan komunikasi 12,063

11. Aktiviti kewangan dan insuran / takaful 53,152

12. Aktiviti hartanah 39,120

13. Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 40,282

14. Aktiviti pentadbiran dan khidmat

sokongan

27,194

15. Pentadbiran awam dan pertahanan,

aktiviti keselamatan sosial

4,303

16. Pendidikan 6,380

17. Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja

sosial

6,564

18. Kesenian, hiburan dan rekreasi 4,147

19. Aktiviti perkhidmatan lain 16,794

20. Aktiviti isirumah sebagai majikan, aktiviti

mengeluarkan barangan dan

perkhidmatan yang tidak dapat

dibezakan oleh isirumah untuk kegunaan

sendiri

103

Jumlah keseluruhan 472,269

Page 83: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 26

Sekian, terima kasih.

Page 84: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER

ASLI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan

kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana

terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan

secara haram.

Page 85: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memandang serius

isu pencerobohan hutan yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan

termasuk pencerobohan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan

Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015

(Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di

Sabah.

2. Antara usaha yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan

Semenanjung Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan

Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 bagi memantapkan

penguatkuasaan hutan serta meningkatkan kadar denda dan hukuman

bagi membendung kesalahan hutan. Peningkatan kadar denda ini adalah

sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya

tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan;

(ii) meminda Seksyen 20 (2) dan 23 (2) Enakmen Hutan 1968 (Sabah)

untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram iaitu

mandatori penjara satu (1) tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda

tidak lebih daripada RM500,000 jika sabit kesalahan;

Page 86: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 27

(iii) menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan

Persekutuan dan Negeri dalam menjalankan Operasi Bersepadu

Khazanah;

(iv) menubuhkan War Room@JPSM sebagai sebuah bilik gerakan

yang menjadi hub-berpusat (one stop centre) di ibu pejabat Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia yang bertujuan memperkasakan

aktiviti pemantauan sumber hutan negara. Ianya berupaya untuk

mengesan sebarang perubahan yang berlaku di dalam Hutan Simpanan

Kekal termasuk yang berpunca daripada kegiatan pencerobohan dan

penerokaan hutan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan

insiden kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia;

(v) melibatkan dan melatih orang awam untuk berkhidmat sebagai

Renjer Hutan Kehormat bagi mengesan pembalakan haram di Sabah;

(vi) membentuk pelbagai jawatankuasa bagi membanteras pembalakan

haram di Sarawak seperti State Task Force on Illegal Logging Committee,

Illegal Logging Action Committee, Forestry Prevention and Enforcement

Working Committee dan Pasukan Gerak Khas Pembanterasan

Pembalakan Haram; dan

(vii) melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance

(COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak untuk

membekalkan maklumat risikan yang lebih cepat dan tepat mengenai

kemungkinan berlaku pembalakan haram di sesuatu kawasan.

3. Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung, Sabah dan

Sarawak sentiasa meningkatkan aktiviti pemantauan dan

penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan dan

Page 87: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 27

pembalakan secara haram. Sebagai contoh, terdapat peningkatan

terhadap kes pembalakan haram di Semenanjung yang telah direkodkan

dan diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2019

iaitu sebanyak 84 kes berbanding 12 kes pada tahun 2015. Manakala, di

Sabah pula sebanyak 37 kes pembalakan haram telah direkodkan dan

diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun 2019

berbanding 25 kes pada tahun 2015. Ini menunjukkan pihak Kerajaan

tidak berkompromi dengan pesalah dan pembalak haram dan aktiviti

penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

Page 88: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PROF EMERITUS TAN SRI DATO' SERI DR.

IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah

minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pihak Kementerian

akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan adakah ia

akan dijadikan sebagai syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA).

Page 89: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pasukan

Petugas Dasar Unified Examination Certificate (PPDUEC) pada 29 Ogos

2018 untuk mengkaji isu pengiktirafan sijil UEC sebagai syarat am

kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pelantikan tiga orang ahli PPDUEC telah dibuat oleh YB Menteri

Pendidikan pada ketika itu dan mula menjalankan tugas mulai 29

November 2018.

Berdasarkan Terma Rujukan, PPDUEC diberi tempoh tiga hingga enam

bulan untuk mengemukakan laporan kajian kepada KPM. Walaupun

tempoh kajian telah dilanjutkan sehingga 16 bulan, dengan enam kali

pelanjutan tempoh kajian, iaitu sehingga Februari 2020, PPDUEC masih

gagal menyerahkan laporan kajian berkenaan. Memandangkan tempoh

kajian tidak dilanjutkan dan telah tamat pada 29 Februari 2020, maka

keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh yang

sama, iaitu 29 Februari 2020.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, sehingga kini KPM tidak pernah

menerima sebarang laporan awal, deraf laporan atau laporan lengkap

daripada PPDUEC, sepertimana yang ditetapkan semasa pelantikan

dibuat. Oleh demikian, tiada sebarang hasil kajian dapat diperhalusi dan

diteliti oleh KPM.

Page 90: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 28

Sekian, terima kasih.

Page 91: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Asmak binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kaunselor

berdaftar di Malaysia dan berapa peratus dari jumlah tersebut yang

mempunyai kepakaran pengkhususan dalam bidang kaunseling keluarga.

Page 92: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

melalui Lembaga Kaunselor sehingga 31 Julai 2020 telah mendaftarkan

9,243 kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998 [Akta 580].

Berdasarkan rekod dari Lembaga Kaunselor terdapat 1,605 kaunselor

berdaftar yang kompeten melaksanakan kaunseling keluarga iaitu 17.3%

dari jumlah 9,243 sehingga 31 Julai 2020. Kaunselor yang kompeten

mempunyai kemahiran, kebolehan dan pengetahuan sebagai seorang

profesional untuk menjalankan intervensi dengan cekap dan jayanya.

Usaha yang diambil oleh Lembaga Kaunselor untuk mempertingkatkan

kompetensi kaunselor adalah menerusi Program Perkembangan

Profesional Berterusan (Continuous Professional Development/CPD).

Program ini memastikan kaunselor berdaftar membekalkan diri mereka

atau dibekalkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional,

nilai serta amalan profesional melalui program latihan yang terancang dan

sistematik bagi memastikan kaunselor berdaftar sentiasa dapat

memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesional. Program CPD

ini disyaratkan kepada semua kaunselor yang berdaftar di bawah

Akta 580 dan seseorang kaunselor berdaftar perlu memenuhi jumlah

mata minimum Program CPD dalam tempoh masa dua (2) tahun sebagai

syarat wajib bagi membolehkan Perakuan Amalan Dwitahunan

diperbaharui.

Page 93: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 29

Secara umumnya, seseorang kaunselor dilatih untuk mengendalikan

pelbagai isu kaunseling termasuk melaksanakan dan menyediakan

perkhidmatan kaunseling seperti berikut:

i. kaunseling ketagihan

kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

amalan profesional yang diperlukan dalam pelbagai isu

ketagihan, rawatan dan program-program pencegahan dalam

konteks kesihatan mental bagi mengendalikan kes-kes yang

menyebabkan ketagihan.

ii. kaunseling kerjaya

kaunselor bidang ini berpengetahuan, mempunyai kemahiran

dan amalan profesional dalam membantu klien membina

rancangan kerjaya yang selari dengan definisi peranan pekerja

dan bagaimana peranan tersebut berinteraksi dengan peranan-

peranan yang lain dalam kehidupan mereka.

iii. kaunseling kesihatan mental klinikal

kaunselor bidang ini berpengetahuan, mempunyai kemahiran

dan amalan profesional yang diperlukan bagi menangani

pelbagai bidang dalam konteks kaunseling kesihatan mental

klinikal.

iv. kaunseling sekolah

kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

amalan profesional yang diperlukan bagi menggalakkan

pembangunan akademik, kerjaya, peribadi dan sosial semua

pelajar dalam memberikan bimbingan dan kaunseling.

Page 94: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 29

v. kaunseling pelajar institusi pengajian tinggi

kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

amalan profesional yang diperlukan untuk meningkatkan

pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.

vi. kaunseling perkahwinan dan keluarga

kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

amalan profesional yang diperlukan dalam menangani pelbagai

isu dalam konteks perhubungan perkahwinan dan kekeluargaan.

Menjelang tahun 2025, KPWKM menyasarkan untuk mendaftar

sekurang-kurangnya 12,000 kaunselor supaya perkhidmatan kaunselor

profesional ini dapat diperluaskan ke daerah dan memastikan aksesibiliti

di mana perkhidmatan kaunseling mudah diakses dengan cepat oleh

komuniti. Kaunselor profesional yang ditempatkan di setiap daerah dapat

membimbing dan membantu meningkatkan kesejahteraan psikologi

masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Page 95: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah pendapatan Kerajaan Persekutuan daripada hasil

petroleum Negeri Sarawak dan sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada

Negeri Sarawak.

Page 96: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Semua perkara mengenai Bayaran Tunai hasil petroleum di Malaysia

termasuk negeri Sarawak adalah di bawah arahan dan tanggungjawab

YAB Perdana Menteri selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974

[Akta 144] serta Instrumen Peletakhakkan (Vesting Instrument) dan

Perjanjian Pembayaran (Payment Agreement) yang ditandatangani antara

PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Bagi hasil petroleum yang didapati dan diperolehi berhampiran perairan

serta dalam negeri Sarawak, PETRONAS menyalurkan 5% Bayaran Tunai

hasil petroleum terus kepada Kerajaan Negeri Sarawak manakala kadar

Bayaran Tunai hasil petroleum yang sama akan disalurkan kepada

Kerajaan Persekutuan. Sejak tahun 1975, Kerajaan Persekutuan telah

menerima Bayaran Tunai sebanyak RM38.19 bilion daripada hasil

petroleum di negeri Sarawak di mana Kerajaan Negeri Sarawak menerima

amaun yang sama.

Untuk makluman Yang Berhormat juga,

Kerajaan Persekutuan menyalurkan pelbagai peruntukan dan pemberian

untuk membangunkan negeri Sarawak. Antara contoh adalah Kerajaan

Negeri Sarawak merupakan antara penerima tertinggi peruntukan

Page 97: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 30

Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2019 berjumlah RM4.4 bilion serta

adalah juga antara penerima tertinggi Pemberian Kerajaan Persekutuan

pada tahun 2018 yang berjumlah RM1.3 bilion. Jumlah peruntukan dan

pemberian ini dijangka dapat memberi rangsangan yang signifikan untuk

pembangunan negeri Sarawak serta merupakan amaun yang munasabah

mengambil kira kedudukan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

Page 98: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimanakah Kementerian

mengatasi masalah kebersihan di kawasan perumahan berstatus rendah

dan sederhana yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan komuniti

setempat.

Page 99: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi mengatasi masalah kebersihan yang boleh mengakibatkan

masalah kesihatan komuniti setempat, KPKT melalui Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah

melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan amalan

kebersihan menerusi aktiviti kitar semula dalam masyarakat di

kawasan perumahan kos rendah dan sederhana.

2. Antara inisiatif yang dilaksanakan mulai tahun 2010 ialah program

Trash To Cash di 7 negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Program ini

merupakan usaha Kerajaan untuk mengubah persepsi masyarakat

terhadap sampah dan mendidik masyarakat bahawa terdapat sampah

atau barangan terpakai yang boleh dikitar semula serta dijadikan

sumber pendapatan tambahan. Secara tidak langsung program ini

juga dapat membantu meningkatkan kualiti kebersihan kawasan

sekitar.

3. Bagi tahun 2020, Program Trash to Cash ini dijalankan secara

kolaborasi strategik dengan Jabatan Kesihatan Negeri/Daerah, Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti selaras dengan usaha untuk

membasmi lokasi pembiakan nyamuk Aedes sekaligus membendung

Page 100: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 31

penularan wabak denggi yang kian meningkat. Melalui pelaksanaan

program ini, komuniti setempat yang terpilih diberi taklimat mengenai

aspek kepentingan amalan membersihkan kawasan rumah dan

elakkan penyimpanan barangan yang berpotensi menjadi lokaliti

pembiakan nyamuk Aedes. Sepanjang tempoh Januari hingga Jun

2020, sebanyak 4,177 program telah dilaksanakan. Melalui program

ini, sejumlah 428,836.44kg barangan kitar semula telah berjaya

dikumpulkan dengan nilai sebanyak RM93,278.23.

4. Selain itu, inisiatif Komuniti Sifar Sisa (ZeComm) telah mula

dilaksanakan pada tahun 2019 di Program Perumahan Rakyat (PPR)

terpilih untuk membimbing komuniti akan kepentingan pengasingan

sisa pepejal terutama sisa makanan dan merawat sisa pepejal

mengikut kaedah yang sesuai. Sehingga Ogos 2020, sebanyak 16

buah pusat ZeComm telah mula beroperasi.

5. Melalui inisiatif ini, komuniti di PPR menghantar barangan kitar semula

serta sisa makanan untuk ditimbang dan diberikan cap mengikut

syarat yang telah ditetapkan. Penduduk boleh menebus barang

keperluan harian seperti gula, tepung, susu dan lain-lain mengikut

senarai yang telah disediakan berdasarkan cap yang terkumpul.

Penglibatan komuniti sebagai penggerak utama inisiatif ini telah

memberi kesedaran mengenai nilai sisa pepejal yang dapat dirawat

dan dikitar semula sekaligus dapat mengatasi masalah kebersihan di

kawasan perumahan.

Page 101: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 31

6. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menerusi pelaksanaan

Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) sejak 1 September 2015 di

negeri-negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), syarikat konsesi membuat

kutipan berdasarkan konsep 2 + 1 yang mana perkhidmatan kutipan

sisa baki dijadualkan dua kali seminggu dan sisa kebun, sisa pukal

serta sisa kitar semula dijadualkan sekali seminggu bagi mengelakkan

pelbagai masalah seperti timbunan sampah, pencemaran bau busuk

yang boleh mengundang kehadiran haiwan atau serangga pembawa

penyakit berjangkit seperti tikus, nyamuk dan sebagainya. Untuk

kawasan kediaman bertanah penghuni perlu mengasingkan sisa baki

untuk dimasukkan ke dalam tong sampah yang bersaiz 120 liter

manakala sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun perlu diletakkan

di tepi tong sampah.

7. Bagi kediaman bertingkat pula, penghuni rumah perlu membuang sisa

baki, sisa pukal dan sisa kebun di pusat tong yang disediakan.

Manakala sisa kitar semula perlu diletakkan di sangkar kitar semula

mengikut jenis kertas, plastik, dan lain-lain. Selain itu, Badan

Pengurusan Bersama (JMB) juga menyediakan tong-tong kitar semula

yang bersesuaian. Pihak JMB juga terlibat dalam memberi panduan

berhubung program SAS di premis bertingkat bagi memastikan

penduduk melaksanakannya dengan betul.

Page 102: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 31

8. Manakala bagi perkhidmatan pembersihan awam, pembersihan

longkang dijadualkan sekali sebulan dan pemotongan rumput dua kali

sebulan.

9. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan program-program sedia ada,

KPKT telah melancarkan Dasar Kebersihan Negara (DKN) pada 3

November 2019. Dengan pelaksanaan DKN ini, KPKT menyeru

bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan bukan hanya terletak

pada Kerajaan, malah semua lapisan masyarakat turut

bertanggungjawab dan perlu bersama-sama menjaga kebersihan

persekitaran.

Sekian, terima kasih.

Page 103: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L

PONNUSAMY

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy Minta MENTERI PERPADUAN

menyatakan sama ada Kerajaan kini akan meneruskan dengan dasar

bekerjasama dengan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), individu

berprofil tinggi dan sukarelawan untuk membantu usaha Kerajaan

memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan pelbagai kaum

dan agama serta sama ada Kerajaan akan menggunakan peruntukkan

sejumlah anggaran RM20 juta yang dicadangkan oleh pentadbiran

terdahulu.

Page 104: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Peranan dan tanggungjawab mengukuhkan perpaduan bukanlah

tanggungjawab agensi Kerajaan sahaja, tetapi merupakan

tanggungjawab semua pihak. Perpaduan adalah matlamat dan idaman

semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Menyedari kepentingan penglibatan dan kebersamaan pelbagai pihak

dalam usaha murni meningkatkan perpaduan dan keharmonian, berikut

antara insiatif yang telah di ambil oleh KPN dalam usaha meningkatkan

jalinan kerjasama bersama pihak NGO:

a) Bagi tahun 2020, KPN telah merangka pelbagai bentuk jalinan

kerjasama bersama pihak NGO, bagaimanapun program-program

berkenaan telah ditunda dan dibatalkan kerana mematuhi SOP

Pasca Covid 19.

b) Perancangan terkini melalui Program Penghayatan Rukun Negara

Bersama NGO yang bertujuan untuk memberi pendidikan Rukun

Negara kepada kumpulan sasar yang lebih luas agar pemahaman,

penghayatan dan pembudayaan Rukun Negara dikalangan semua

lapisan masyarakat.

c) Penghargaan sebagai Rakan Perpaduan diberikan kepada rakan

strategik KPN yang telah banyak bekerjasama sebagai

Page 105: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 32

sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam

melaksanakan program perpaduan dan keharmonian. Jaringan

dan kerjasama strategik bersama pihak swasta,

pertubuhan/persatuan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO)

merupakan inisiatif untuk memperluaskan sinergi jaringan dan

menyebarluaskan mesej-mesej perpaduan dan keharmonian

dalam kalangan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Page 106: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan bilangan kes penipuan atau penyelewengan

(dari 2015-2020) yang menyasarkan pemotongan caj kandungan yang

tidak dilanggan pengguna telefon mudah alih (tanpa sedar) dan

bagaimana SKMM memastikan setiap Penyedia Perkhidmatan benar-

benar memastikan integriti sistem agar caj kandungan ini tidak dibuat

sewenang-wenangnya tanpa disedari pengguna.

Page 107: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian

melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) memantau pemberian perkhidmatan yang dilesenkan

dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) termasuk

pemberian perkhidmatan kandungan mudah alih melalui kod

ringkas 5 digit (cth: 6xxxx, 3xxxx dan 2xxxx). Dalam

pengawalseliaan yang lebih efektif, SKMM telah

menguatkuasakan Standard Mandatori Bagi Perkhidmatan

Kandungan Mudah Alih (Mandatori Standard) di mana pematuhan

ke atasnya adalah wajib ke atas setiap pemberi perkhidmatan

kandungan sejak 1 Julai 2010.

2. Jika Pembekal Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih (Mobile

Content Services Provider - MCSP) didapati tidak mematuhi

Standard Mandatori yang telah ditetapkan dan notis bertulis

daripada SKMM telah dikeluarkan, pihak Penyedia Perkhidmatan

Rangkaian (Public Cellular Services Provider - PCSP) akan

menggantung MCSP yang didapati melanggar Standard Mandatori

tersebut.

3. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Akta 588),

pelanggaran Standard Mandatori adalah satu kesalahan dan boleh

dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dalam

tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Page 108: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 33

4. Di antara aktiviti pemantauan SKMM ke atas pemberi

perkhidmatan kandungan adalah seperti berikut:

(a) Membuat ujian sendiri ke atas perkhidmatan yang diberikan

oleh pemberi perkhidmatan kandungan (“service testing”);

(b) Analisis terhadap aduan yang diterima; dan

(c) Mengadakan perjumpaan dengan pemberi perkhidmatan

kandungan bagi menangani punca aduan dan tindakan

penyelesaian.

5. Berdasarkan statistik aduan berkaitan dengan perkhidmatan

kandungan mudah alih yang diterima oleh SKMM dari tahun 2015

sehingga Ogos 2020, sejumlah 7,875 aduan berkaitan penerimaan

SMS yang tidak dilanggan.

6. SKMM telah membuat penilaian dan siasatan terhadap aduan

yang diterima dan berpendapat ada banyak faktor yang

menyumbang kepada statistik aduan berkaitan dengan menerima

SMS yang tidak dilanggan diantaranya:

(a) Pengguna tidak memahami prinsip langganan dalam

perkhidmatan kandungan mudah alih;

(b) Pengguna tidak sedar telah melanggan perkhimatan tersebut

kerana iklan-iklan yang mengelirukan;dan

(c) Langganan oleh pihak ketiga sebagai contoh anak-anak dan

ahli keluarga lain menyebabkan pengguna tidak sedar

tentang langganan tersebut.

7. Namun begitu terdapat juga pemberi perkhidmatan kandungan

yang gagal mematuhi Standard Mandatori dan tindakan undang-

undang akan diambil di mana ketidakpatuhan terhadap Standard

Page 109: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 33

Mandatori boleh membawa kepada hukuman di bawah Akta 588.

Sehingga kini, kompaun sejumlah RM380,000 telah dikeluarkan

terhadap penyedia perkhidmatan yang melanggar Standard

Mandatori.

8. SKMM juga mengambil langkah proaktif dalam menggantung kod

ringkas yang didapati melanggar Standard Mandatori. Sepanjang

tempoh penggantungan ini, pemberi perkhidmatan kandungan

yang terlibat tidak dapat menjalankan aktiviti menerusi kod ringkas

tersebut. Tindakan ini boleh menghalang pengguna dari terus

dikenakan caj oleh pemberi perkhidmatan kandungan yang

terlibat. Dalam masa yang sama, pemberi perkhidmatan

kandungan tersebut perlu mengambil tindakan berikut:

(a) Memulangkan semua wang yang telah dicaj kepada

pengguna;

(b) Mengeluarkan nombor-nombor telefon pengguna yang

terlibat daripada pangkalan data mereka; dan

(c) Membuat ratifikasi ke atas sistem bagi memastikan

pematuhan.

Sekian, terima kasih.

Page 110: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:

(a) Jumlah dan nisbah pekerja sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat

kepada penduduk Malaysia dari tahun 2015 hingga 2019; dan

(b) Komitmen Kerajaan untuk menggubal Akta Profesion Kerja Sosial

untuk memperkukuh jaminan pekerjaan dan gaji setimpal bagi

pekerja sosial di Malaysia.

Page 111: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bidang Kerja Sosial dipraktikkan merentas pelbagai kementerian, agensi

dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) malah meliputi individu dalam

sektor perkhidmatan kebajikan, pendidikan dan kesihatan. Dalam konteks

Malaysia, buat masa ini tiada statistik rasmi bilangan Pekerja Sosial

direkodkan memandangkan tiada satu perundangan dan badan kawal

selia (Regulatory bodies) yang melaksanakan pendaftaran profesion ini

sebagaimana profesion-profesion lain antaranya Pegawai Perubatan,

Jururawat, Peguam dan Jurutera.

Pada umumnya, sehingga Jun 2020, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) mempunyai bilangan pegawai Skim Sosial (Skim S)

seramai 3,814 orang yang memberikan fokus kepada skop tugas pekerja

sosial melibatkan pengurusan kes (case management) kepada kumpulan

sasar.

Berdasarkan kajian oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU, JPM) tahun

2019, nisbah Pekerja Sosial di JKM berbanding populasi penduduk

Malaysia adalah 1:8,576 (Seorang Pekerja Sosial di JKM kepada 8,576

orang penduduk Malaysia).

Page 112: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 34

Komitmen kerajaan dalam penggubalan Akta Profesion Kerja Sosial telah

dinyatakan melalui Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen

Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020 yang lalu.

Kementerian dengan kerjasama JKM, Persatuan Pekerja Sosial

Malaysia, Para Akademik, NGO dan pengamal industri bidang kerja sosial

sedang menerajui pengenalan era baharu profesionalisme kerja sosial

berlandaskan praktis dan kompetensi. Inisiatif ini bertujuan untuk

meningkatkan penyampaian intervensi kerja sosial dalam menangani

masalah sosial yang semakin kompleks dan mencabar.

Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) memainkan

peranan penting dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang

berkualiti tinggi dan meningkatkan keyakinan orang ramai dalam

perkhidmatan sosial. Draf RUU PKS ini telah dikemukakan ke Jabatan

Peguam Negara untuk semakan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat

pada sesi akan datang. Penggubalan RUU PKS juga akan membuka lebih

banyak lagi peluang penyertaan pekerja sosial dalam pasaran kerja sekali

gus menarik minat masyarakat menceburi profesion ini di sektor awam

mahupun NGO serta pewujudan pakar bidang (Subject Matter

Expert/SME) dengan tawaran gaji yang kompetitif dari penyedia

perkhidmatan sebagaimana profesion lain antaranya Peguam, Jurutera

dan Pegawai perubatan.

Sekian, terima kasih.

Page 113: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED

YASSIN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI

PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah

usaha-usaha bagi membantu para pekebun kecil persendirian komoditi lada,

sawit dan getah kerana harga komoditi-komoditi tersebut terlalu rendah.

Page 114: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Cabaran utama yang dihadapi oleh pihak Kerajaan adalah untuk

menstabilkan harga agrikomoditi utama seperti lada, sawit dan getah kerana

harga agrikomoditi ini bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya adalah

senario pasaran harga di peringkat global yang turut dipengaruhi oleh

pertumbuhan ekonomi, permintaan, penawaran dan stok. Penularan wabak

COVID-19 juga telah menjejaskan sedikit sebanyak permintaan untuk

keluaran sektor agrikomoditi yang turut menyebabkan kejatuhan harga.

Namun demikian, pihak Kementerian sentiasa prihatin dengan

kebajikan pekebun kecil agrikomoditi. Sehubungan itu, antara usaha yang

dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk membantu pekebun kecil

agrikomoditi meningkatkan pendapatan dan mengatasi cabaran-cabaran

yang dihadapi adalah seperti berikut:

SEKTOR LADA:

• menyediakan bantuan input pertanian dan peralatan pertanian di

bawah PRE Prihatin tahun 2020 berjumlah RM2.69 juta bertujuan

membantu para pekebun koko menyelenggara kebun masing-masing.

• menyediakan bantuan Input Pertanian Pekebun Kecil Lada Di Bawah

Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin 2020 berjumlah RM3,000

bagi satu hektar yang diberi secara one-off melalui pemberian baucar.

Page 115: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 35

SEKTOR SAWIT:

• menggalakkan pekebun kecil sawit menyertai Koperasi Penanam Sawit

Mampan (KPSM). Insentif sebanyak RM200,000 diberikan kepada

setiap KPSM untuk menjalankan urus niaga jual beli buah tandan segar

(BTS).

• memperkenalkan Skim Pembiayaan Mudah (SPM) Tanpa Faedah

sebagai modal pusingan berjumlah RM100,000 bagi meningkatkan

urusan jual beli BTS daripada pekebun kecil sawit di pusat timbang milik

KPSM.

• melaksanakan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)

dengan memberikan bantuan ternakan seperti lembu atau kambing,

mesin perincih, ubat-ubatan asas serta latihan amalan baik

pengendalian ternakan.

• menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan (MAFI) untuk menjayakan Program Tanaman Kontan B40

Pekebun Kecil Sawit (TKB40). Sasaran pelaksanaan program ini adalah

kepada pekebun kecil sawit persendirian dalam kelompok B40.

Program ini melibatkan pemberian insentif tunai sebanyak RM3,000.00

per hektar untuk tanaman pisang dan insentif sebanyak RM7,000.00 per

hektar untuk tanaman nanas.

Page 116: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 35

• menanggung sepenuhnya kos yang terlibat dalam pensijilan Minyak

Sawit Mampan (MSPO) termasuk yuran audit persijilan, set pakaian

keselamatan, rak penyimpanan racun, fi pertukaran syarat tanah dan

kos latihan.

• mengalakkan pekebun kecil melaksanakan penanaman semula sawit

bagi mengantikan pokok sawit yang telah tua atau tidak produktif. Pihak

Kementerian telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Mudah Tanam

Semula Sawit Pekebun Kecil (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input

Pertanian (IPPKS) yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak

RM550 juta.

SEKTOR GETAH:

• memperkenalkan Aplikasi RRIMniaga yang boleh digunakan oleh

pelesen untuk merekodkan urus niaga getah bagi mempercepatkan

proses permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada

Lembaga Getah Malaysia (LGM).

• melaksanakan Mekanisme Penetapan Harga di Ladang dengan

menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal

pusingan kepada koperasi-koperasi untuk tujuan urus niaga getah.

Mekanisme ini dapat mengurangkan lapisan pembeli dan menawarkan

harga cuplump pada purata RM0.10 sehingga RM0.20 sekilogram lebih

tinggi berbanding pembeli getah lain.

Page 117: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 35

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian akan terus komited dalam melaksanakan insentif-insentif

yang bersesuaian bagi memastikan para pengusaha tanaman agrikomoditi

terutamanya pekebun kecil dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

Sekian, terima kasih.

Page 118: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN

SHAH BIN RAJA AHMAD

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Bin Raja Ahmad minta PERDANA

MENTERI menyatakan atas faktor apa kes terowong Pulau Pinang yang

melibatkan YB Lim Guan Eng di buka semula.

Page 119: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI D[ JABATAN

PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kertas Siasatan terhadap kes

terowong Pulau Pinang ini tidak dibuka semula tetapi siasatan masih lagi

berjalan. Semua Kertas Siasatan telah dikemukakan kepada Peguam

Negara untuk dikaji dan dibuat keputusan. Akhirnya Peguam Negara telah

bersetuju menuduh kes tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 120: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan perancangan dan langkah yang diambil kepada syarikat-

syarikat yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan agar

mengutamakan pengambilan anak tempatan bekerja dan adakah kuota

ditetapkan bagi memastikan peluang anak tempatan Labuan bekerja di

syarikat beroperasi di Labuan tinggi.

Page 121: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga

Kerja (JTK) melaksanakan pelbagai program untuk membantu para

pencari kerja mendapat pekerjaan yang bersesuaian sama ada pencari

kerja ini adalah penganggur atau mereka yang ingin meningkatkan

kerjaya. Sebagai contoh, penganjuran temuduga terbuka mengikut

Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure, SOP) norma

baharu yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia

adalah salah satu platform bagi para pencari kerja dan majikan untuk

bertemu sebelum pengambilan pekerja dilaksanakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia,

2. Pada setiap tahun Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Wilayah

Persekutuan (WP) Labuan mengadakan Program Karnival Pekerjaan

(Jobfair) untuk memberikan peluang pekerjaan kepada pencari-pencari

kerja warga WP Labuan bagi mengisi kekosongan jawatan yang

ditawarkan oleh majikan-majikan di sana. Sehingga Ogos 2020 sebanyak

1 program telah dijalankan dan seramai 10 majikan telah menyertai

program ini. Daripada 251 kekosongan jawatan telah didaftarkan seramai

189 (75.3%) orang pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan.

3. JTK WP Labuan sentiasa mengutamakan pengambilan pekerja

warga WP Labuan melalui pemberitahuan kepada majikan-majikan

Page 122: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 37

semasa pemeriksaan berkanun yang dijalankan, pemberitahuan melalui

media massa seperti RTM Labuan dan sebagai ahli di dalam

Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Asing WP Labuan untuk

mengawalan kuota penggajian pekerja asing di WP Labuan.

4. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, WP Labuan tidak

menetapkan kuota khas untuk anak tempatan bekerja di syarikat-syarikat

yang beroperasi di sana.

Sekian, terima kasih.

Page 123: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR MD. NASIR BIN HASHIM

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Ir Md. Nasir Bin Hashim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan peranan Kementerian dan cadangan Pusat

Data di Sedenak, Johor.

Page 124: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, cadangan Pusat

Data di Sedenak, Johor adalah merupakan salah satu usaha

Kerajaan menarik pelaburan strategik dan berimpak tinggi

khususnya dalam sektor pengendalian pusat data (data center)

dan perkhidmatan awan (cloud services) ke Malaysia. Sedenak

adalah antara lokasi yang dipilih kerana kedudukannya yang

strategik serta minat yang telah ditunjukkan oleh pelabur untuk

menerokai pembinaan pusat-pusat data di lokasi ini.

2. Peranan Kementerian melalui agensinya iaitu Malaysia Digital

Economy Corporation (MDEC) yang telah diberi mandat untuk

menarik pelaburan-pelaburan strategik dan berimpak tinggi dalam

bidang teknologi digital termasuk sektor pengendalian pusat data

dan perkhidmatan awan. Dalam mengenal pasti pelabur strategik

dan menjalankan usaha menarik dan memudahcara pelaburan

daripada syarikat-syarikat teknologi global ternama ini, MDEC

telah berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia (MIDA).

3. Hasil daripada usaha menarik pelaburan ini, sebuah syarikat

teknologi global ternama telah bersetuju untuk membuat pelaburan

di Kulai, Johor. Oleh kerana pelaburan ini memerlukan infrastruktur

yang akan memenuhi keperluan pusat data bertaraf dunia,

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan

Page 125: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 39

perancangan dan usaha bersama membangunkan Kulai Iskandar

Data Exchange (KIDEX) yang dahulunya dikenali sebagai

Sedenak Iskandar Data Hub (SIDH) di Taman Perindustrian Kulai,

Johor. Pembangunan KIDEX adalah sejajar dengan usaha untuk

menarik pelaburan berteknologi dan bernilai tinggi dalam sektor

perkhidmatan awan dan pengendali pusat data ke Iskandar

Malaysia.

4. Pembangunan fizikal KIDEX diterajui oleh Pihak Berkuasa Wilayah

Pembangunan Iskandar (IRDA) dan disokong oleh Johor

Corporation (JCorp) sebagai Pemaju Utama dan Agensi-Agensi

Kerajaan Negeri Johor seperti Invest Johor, Majlis Perbandaran

Kulai dan Pejabat Tanah & Galian Negeri.

5. MDEC dan MIDA berperanan sebagai agensi pemudah cara

keperluan pelabur-pelabur pusat data yang berpotensi serta

memantau penyediaan infrastruktur kritikal di KIDEX bagi

memastikan keperluan pelabur dapat dipenuhi. Selaras dengan

perkembangan terkini, KIDEX yang telah sedia dengan

infrastruktur asas dan kritikal tersebut, MDEC serta MIDA

bekerjasama dengan IRDA, JCorp dan Invest Johor untuk

mempromosi KIDEX sebagai salah satu lokasi pilihan utama

pelabur-pelabur perkhidmatan pusat data bernilai tinggi.

Sekian, terima kasih.

Page 126: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED

YASSIN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI

PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah

potensi industri ikan tuna di Malaysia serta usaha-usaha Kementerian

dalam mengembangkan industri perikanan tuna sebagai salah satu

sumber kekayaan baharu negara bagi memperkasakan Malaysia sebagai

hab ikan tuna di rantau ini, khususnya dalam era pasca COVID-19.

Page 127: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Untuk makluman, bagi tahun 2019 keseluruhan pendaratan tuna di

Malaysia termasuk tangkapan ikan tuna neritik, tuna oseanik dan

tuna-like species adalah berjumlah 101,627.32 tan metrik dengan

nilai anggaran RM900 juta. Daripada jumlah tersebut, pendaratan

bagi tuna oseanik yang ditangkap di Lautan Hindi adalah berjumlah

2,771.71 tan metrik dengan nilai anggaran RM35 juta.

2. Tangkapan tuna di Lautan Hindi adalah berdasarkan penetapan

kuota mengikut species dengan pematuhan resolusi-resolusi yang

ditetapkan oleh Indian Ocean Tuna Commission (IOTC).

Berdasarkan had tangkapan ini, Malaysia mensasarkan pendaratan

tuna laut lepas oleh vesel Malaysia adalah berjumlah 30,000 tan

metrik. Walau bagaimanapun, daripada tahun 2012 hingga 2019,

jumlah purata pendaratan setahun adalah sekitar 2,000 tan metrik .

3. Antara usaha Kerajaan dalam mengembangkan industri perikanan

tuna adalah:

i. membuat pindaan kepada Akta Perikanan 1985 pada 2019

berkaitan pengeluaran lesen penangkapan ikan tuna di laut

lepas (high seas) secara sah di bawah undang-undang

Malaysia bagi menggalakkan rakyat Malaysia menceburi

industri perikanan tuna untuk meningkatkan hasil negara;

Page 128: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 40

ii. menyenaraikan dua buah pelabuhan di Malaysia iaitu

Pelabuhan Pulau Pinang (Dermaga Ayer Dalam) dan

Pelabuhan Langkawi sebagai designated port pendaratan

tuna di bawah IOTC bagi vesel yang beroperasi di Lautan

Hindi;

iii. Kajian semula Pelan Strategik Pembangunan Tuna dengan

menambahbaik Fleet Development Plan (FDP) berdasarkan

kuota tangkapan dan had muatan vesel;

iv. Meneruskan pembangunan Pulau Pinang dan Labuan

sebagai hab tuna dalam Rancangan Malaysia Ke Dua-Belas

(RMKe-12);

v. Program Pemodenan Vesel Tuna C2 dan Vesel Tuna C3

merangkumi peningkatan teknologi lepas tuai di atas vesel,

program pembangunan vesel pengangkut dan galakan

penggunaan vesel moden bermuatan lebih daripada 100

Gross Registered Tonnage (GRT);

vi. Dana sedia ada dibawah Kementerian yang diuruskan oleh

AGROBANK turut menyediakan pinjaman Skim Pertanian

Bukan Makanan kepada pihak industri bagi perolehan vesel

moden pada kadar keuntungan serendah 3.75% setahun atas

baki bulanan dengan had pembiayaan sehingga RM5 juta.

vii. Pembangunan sistem Port In and Port Out (PIPO),

penyediaan kemudahan ais bagi peningkatan kualiti lepas

Page 129: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 40

tuai, peningkatan fasiliti pendaratan dan pengendalian tuna,

serta program latihan pendaratan dan pengendalian tuna

kepada pengusaha jongkong akan dibangunkan di pelabuhan

perikanan domestik;

viii. Mewujudkan industri pemprosesan tuna di sekitar Kompleks

Perikanan Kiamsam, Labuan bagi menyokong industri hiliran

berasaskan tuna. Sehingga kini, terdapat 5 pengusaha

industri hiliran dalam penghasilan produk berasaskan tuna

seperti sate tuna, burger tuna, tempura tuna dan serunding

tuna;

ix. Pembukaan Galeri Tuna di FRI Batu Maung kepada orang

awam serta mengadakan penganjuran Konvensyen Tuna

secara tahunan di Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur

menceburi industri tuna; dan

4. Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia juga dalam

penyediaan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030

dalam merangka strategi bagi pembangunan dan pengurusan tuna

yang lebih komprehensif dan bersasar. Justeru, itu, sememangnya

industri tuna di Malaysia adalah satu sumber kekayaan baharu yang

sedang berkembang dan akan terus diperkasakan oleh Kerajaan

sebagai hab tuna di rantau ini.

Sekian, terima kasih.

Page 130: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam

membantu Negeri Perlis terutamanya di kawasan kampung-kampung

dari aspek lampu-lampu jalan, perparitan dan menaikkan taraf jalan-

jalan kampung.

Page 131: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak diperkenalkan pada tahun

2002 sehingga tahun 2019, Program Pemasangan Lampu Jalan

Kampung (LJK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan

Luar Bandar telah berjaya memasang 10,957 unit LJK di negeri Perlis,

dengan pecahan 10,280 unit lampu dari jenis high pressure sodium

vapour (HPSV) dan 677 unit lampu dari jenis light emitting diode (LED),

melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM8.02 juta.

Bagi Program Pemasangan LJK tahun 2020 pula, Kementerian telah

meluluskan sebanyak 1,020 unit LJK untuk negeri Perlis, dan kerja-kerja

pemasangan dijangka bermula pada September 2020.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Negeri Perlis telah diluluskan

peruntukan berjumlah RM2.148 juta di bawah Projek Jalan Perhubungan

Desa (JPD) bertujuan untuk bina baru/naik taraf/baikpulih jalan-jalan

kampung pada tahun 2020.

Negeri Perlis juga telah diluluskan peruntukan berjumlah RM1.73 juta di

bawah Program Ameniti Sosial (PAMS) bagi tujuan bina baru/naik

taraf/baikpulih infrastruktur kampung termasuk skop parit dan longkang.

Buat masa kini, semua projek tersebut sedang di peringkat pelaksanaan

dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung November 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 132: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Balasubramaniam A/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan rasional tindakan Kementerian menurunkan nilai had harga

hartanah pemilikan warga asing daripada RM 1 juta kepada RM 600,000.

Page 133: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam ucapan Belanjawan 2020

pada bulan Oktober 2019, mantan YB Menteri Kewangan telah bercadang

untuk menurunkan nilai ambang bagi pemilikan warga asing daripada RM1

juta kepada RM600,000.00 bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan

bandar. Semasa proses penyediaan Belanjawan 2020, isu lambakan

hartanah terbangkit di mana kondominium dan pangsapuri tidak terjual

yang bernilai RM8.3 bilion pada suku tahun pertama 2019. Dengan itu,

rasional mengurangkan nilai ambang untuk pemilikan asing adalah untuk

mengurangkan lambakan stok hartanah tidak terjual. Cadangan tersebut

hanya terpakai untuk hartanah sedia ada yang masih tidak terjual dan

dicadangkan untuk berkuatkuasa 1 Januari 2020 hingga 31 Disember

2020. Ia tidak terpakai kepada projek baharu yang belum dilancarkan.

Sekian, terima kasih.

Page 134: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk John Ambrose minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian bagi

mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik bagi memenuhi

keperluan rakyat terutamanya golongan belia memandangkan harga

rumah pada ketika ini kenaikan harga rumah tidak sepadan dengan

pendapatan isi rumah dan sejauh manakah pandemik COVID-19

mempengaruhi harga pasaran pada masa ini.

Page 135: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha pihak Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengatasi masalah

kekurangan rumah mampu milik (RMM) bagi memenuhi keperluan

rakyat termasuklah golongan belia adalah melalui pelaksanaan

program dan skim perumahan seperti berikut:

i) Program Perumahan Rakyat (PPR);

ii) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM);

iii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome);

iv) Rumah Transit dan Rumah Transit Belia;

v) Perumahan PR1MA; dan

vi) Program Perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad

(SPNB).

2. Mulai Julai 2018 hingga 31 Mac 2020, sebanyak 552,171 unit rumah

mampu milik sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Jumlah

ini merangkumi 345,832 unit rumah dalam perancangan, 154,622 unit

rumah dalam pembinaan dan 51,717 unit rumah telah disiapkan oleh 3

agensi penyedia perumahan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan Negeri dan pemaju swasta. Pecahan unit rumah di 3

peringkat pelaksanaan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Status Pelaksanaan Rumah Mampu Milik Mengikut Negeri

Page 136: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 43

Mulai Julai 2018 Hingga 31 Mac 2020

NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH

SELANGOR 98,815 28,746 13,545 141,106

W.P KUALA

LUMPUR 37,322 29,694 7,839 74,855

PAHANG 38,328 10,975 2,577 51,880

JOHOR 33,306 14,023 3,489 50,818

PULAU PINANG 37,679 9,414 711 47,804

PERAK 32,440 7,831 2,090 42,361

SABAH 8,469 11,511 3,899 23,879

MELAKA 6,556 13,074 3,159 22,789

NEGERI

SEMBILAN 9,661 8,217 1,356 19,234

KELANTAN 11,795 5,150 2,241 19,186

KEDAH 7,164 6,416 3,855 17,435

SARAWAK 6,714 3,761 3,831 14,306

TERENGGANU 7,964 2,408 547 10,919

W.P PUTRAJAYA 3,408 2,304 2,229 7,941

PERLIS 2,980 596 349 3,925

W.P LABUAN 3,231 502 - 3,733

JUMLAH 345,832 154,622 51,717 552,171

Page 137: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 43

NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH

KESELURUHAN

* Berdasarkan maklumat daripada agensi penyedia perumahan.

* Terdapat sebahagian maklumat RMM (program RMR SPNB) di

WP.Kuala Lumpur turut merangkumi W.P Putrajaya.

3. Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini KPKT tiada

maklumat yang tepat mengenai sejauh manakah pandemik COVID-19

mempengaruhi harga pasaran pada masa ini kerana Laporan Pasaran

Hartanah Separuh Tahun Pertama 2020 dan Indeks Harga Rumah

Malaysia bagi suku tahun pertama 2020 masih belum dikeluarkan oleh

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) untuk dibuat

perbandingan harga kesan berikutan pandemik COVID-19.

4. Kesimpulannya, kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan

Negeri dan pemaju swasta akan dapat menyediakan lebih banyak

perumahan mampu milik kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

Page 138: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD

RADZI

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi memastikan prasarana

yang optimum untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

khusus buat murid berkeperluan khas.

Page 139: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk menyediakan

prasarana yang optimum dan lengkap kepada semua sekolah termasuk

sekolah yang melaksanakan pendidikan khas. KPM menyedari bahawa

tidak semua sekolah mempunyai kemudahan mesra orang kurang upaya

(OKU) seperti susur landai (ramp), susur tangan (railing), tandas mesra

OKU dan parkir OKU.

Sehingga 30 Jun 2020, terdapat 6,426 buah sekolah yang mempunyai

Murid Berkeperluan Khas (MBK). Daripada jumlah tersebut, 2,497 buah

sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 1 kemudahan mesra OKU dan

hanya 414 buah sekolah telah dilengkapi dengan empat kemudahan

mesra OKU. Justeru, KPM akan terus berusaha untuk menyediakan

prasarana OKU bagi memastikan kebajikan dan keselesaan MBK diberi

keutamaan.

KPM juga sentiasa memberi perhatian dalam aspek penyelenggaraan

prasarana untuk MBK. Pada tahun 2019, KPM telah memperuntukkan

sebanyak RM34 juta bagi menyelenggara 840 buah Program Pendidikan

Khas Inklusif dan Sekolah Pendidikan Khas. Bagi tahun 2020, sebanyak

RM45 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggara 623 buah lagi PPKI

dan SPK. Selain itu, KPM akan meneruskan projek pembangunan bagi

14 buah sekolah yang terdiri daripada 11 buah PPKI dan tiga buah SPK

dengan kos sebanyak RM168 juta.

Page 140: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 44

Sekian, terima kasih.

Page 141: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai kluster 5 Dasar

Kebersihan Negara iaitu Modal Insan yang berkemahiran dan berkualiti,

ianya memperuntukkan 2 strategi iaitu memperkasakan modal insan dan

memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat. Sejauh manakah

keberkesanan perlaksanaan kluster 5 ini kepada masyarakat Malaysia.

Page 142: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Dasar Kebersihan Negara (DKN) yang dilancarkan pada 3 November

2019 merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan

kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam

sekitar.

2. Pelaksanaan Kluster 5 ini diharapkan dapat mengubah persepsi dan

pandangan terhadap imej pekerja pembersihan yang dikategorikan

sebagai pekerjaan 3D (dirty, dangerous and difficult). KPKT melalui

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah mengadakan

taklimat Dasar Kebersihan Negara kepada semua Pejabat Kerajaan

Negeri. Melalui taklimat berkenaan, JPSPN telah memaklumkan

supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan komitmen untuk

melaksanakan pelan tindakan di bawah Kluster 5 ini dengan

meningkatkan kemahiran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang

hayat dalam kalangan pekerja pembersihan.

3. Pelaksanaan DKN ini adalah dari tahun 2020 hingga 2030 dan dalam

tempoh tersebut pelbagai inisiatif bagi meningkatkan modal insan

pekerja pembersihan akan dilaksanakan oleh Kementerian melalui

Page 143: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 45

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(SWCorp) untuk menambah baik dan mengembangkan skop pekerja

pembersihan.

4. Bagi memperkasakan keupayaan modal insan di bawah Strategi 1,

SWCorp telah diluluskan sebagai Badan Peneraju Industri atau

Industry Lead Body (ILB) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran

(JPK), Kementerian Sumber Manusia iaitu sebagai pusat sehenti bagi

menyelaras, mengawal selia dan merancang aktiviti terhadap semua

kurikulum latihan kemahiran dalam sektor pengurusan sisa pepejal

dan pembersihan awam (PSPPA) mengikut Standard Kemahiran

Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Selain itu, SWCorp juga berperanan

untuk mengenal pasti rangka kerja pengelasan pekerjaan dalam

industri PSPPA serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan

bagi meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi bagi pekerja-

pekerja dalam industri ini.

5. Manakala bagi memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat di

bawah Strategi 2, SWCorp juga telah ditauliahkan sebagai Pusat

Latihan oleh JPK yang menjalankan program Persijilan Kemahiran

Malaysia (SKM) dalam bidang kutipan sisa pepejal, pembersihan

awam dan operasi kemudahan sisa pepejal. Inisiatif ini adalah bagi

meningkatkan produktiviti pekerja dan memastikan mereka

melaksanakan perkhidmatan pembersihan berdasarkan standard dan

prosedur yang ditetapkan.

Page 144: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 45

7. Sehingga kini, seramai 70 orang pekerja PSPPA telah terampil Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. Manakala selebihnya masih

mengikuti latihan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh JPK.

Mereka merupakan kelompok pekerja sektor PSPPA yang pertama

seumpamanya di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai pekerja mahir.

8. Salah satu cara melihat keberkesanan pelaksanaan Kluster 5 ini

adalah melalui penilaian ke atas pekerja-pekerja pembersihan di

negeri yang menerima pakai Akta 672 dari segi prestasi kerja,

kemahiran, usaha dan bakti mereka kepada masyarakat sepanjang

menceburi sektor pengurusan sisa pepejal.

9. Penghargaan diberikan kepada pekerja-pekerja ini semasa Sambutan

Hari Pekerja Pembersihan 2020 yang telah dianjurkan oleh SWCorp

pada 17 Jun 2020 yang lalu. Menerusi sambutan ini, SWCorp

menyediakan 3 anugerah iaitu Anugerah Hero Pekerja Pembersihan

Kebangsaan, Anugerah Hero Pekerja Pembersihan Peringkat Negeri

dan Anugerah Khas. KPKT berharap masyarakat juga dapat

menghargai semua pekerja pembersihan awam yang memainkan

peranan penting bagi memastikan kebersihan di negara kita.

Sekian, terima kasih.

Page 145: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan bila perolehan pesawat MRCA baharu untuk TUDM dan

kapal perang tambahan sebagaimana program 15 to 5 TLDM hendak

dimuktamadkan bagi memperkasakan kesiapsiagaan ATM.

Page 146: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Buat masa terdekat, TUDM tidak mempunyai perancangan untuk

membuat perolehan pesawat MRCA yang baharu. Pada ketika ini,

TUDM memiliki dua jenis pesawat MRCA yang sedang beroperasi iaitu

pesawat F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Butterworth dan pesawat

Su-30MKM Sukhoi di Pangkalan Udara Gong Kedak. Berdasarkan

perancangan sepertimana yang digariskan di dalam Pelan

Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55), TUDM akan terus

mengoperasikan pesawat F/A-18D Hornet sehingga tahun 2031 dan

pesawat Su30-MKM Sukhoi sehingga tahun 2036. Perolehan

penggantian pesawat hanya akan dilaksanakan pada RMKe-14 untuk

penggantian pesawat F/A-18D Hornet dan RMKe-15 untuk pesawat

Su30-MKM Sukhoi.

Bagi perolehan kapal perang tambahan untuk program 15 to 5 TLDM

pula, sukacita dijelaskan program ini yang juga dikenali Program

Transformasi Armada TLDM 15ke5 telah diperkenalkan pada November

2017 untuk mewujudkan pengurusan keupayaan Armada TLDM yang

kredibel, dinamik dan ekonomikal. Pelan jangka panjang sehingga tahun

2050 ini dijangka akan dapat mengatasi cabaran dan kekangan yang

dihadapi TLDM bagi pengurusan aset yang usang melalui pengurangan

15 kelas kapal kepada hanya 5 kelas sahaja iaitu Littoral Combatant

Ship (LCS), Littoral Mission Ship (LMS), Multi Role Support Ship

(MRSS), New Generation Patrol Vessel (NGPV) dan Kapal Selam.

Page 147: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 46

TLDM telah memuktamadkan perolehan kapal kelas LMS batch yang

pertama pada Jun 2017 dengan pembinaan 4 buah kapal di China

melalui kerjasama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China

Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd. LMS 1 (KD KERIS) telah

mula memasuki inventori TLDM pada Januari 2020, LMS 2 (KD

SUNDANG) dirancang diterima pada November 2020 serta LMS 3 (KD

BADIK) dan LMS 4 (KD RENCONG) masing-masing dirancang diterima

pada Ogos 2021 dan November 2021.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), TLDM telah

merancang perolehan 8 buah LMS batch yang kedua mulai tahun 2021

bagi meneruskan kesinambungan Program Transformasi Armada TLDM

15ke5. Perolehan tersebut kini di peringkat Agensi Pusat untuk

dimuktamadkan.

TLDM juga turut merancang perolehan 2 buah MRSS yang dijangka

bermula pada tahun 2024 agar dapat memenuhi keperluan operasi ATM

melalui kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia

dengan Sabah dan Sarawak serta bantuan logistik dan kemanusiaan di

peringkat antarabangsa apabila diperlukan. Walau bagaimanapun,

perolehan aset-aset kapal tambahan ini tertakluk kepada kemampuan

kewangan kerajaan.

Terima kasih.

Page 148: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN:47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD

YUSOFF

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan keberkesanan pendidikan terhadap para pelajar

menggunakan pendekatan digital seperti video sepanjang COVID-19.

Page 149: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN:47

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk

memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat

mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat

sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha

menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-

based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar

pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai

Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar

ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom

dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku

teks digital, video pengajaran dan pembelajaran (PdP), kuiz dan video

permainan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses

EduwebTV dan CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak

mereka di rumah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan

Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian

(Online Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan

670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid.

Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer

peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid

Page 150: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN:47

memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping

itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi

kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang

sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai

sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran

secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat

mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana

tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga

kekangan dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan

pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam

kepada semua murid. Selain itu, PdP secara dalam talian merupakan

sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa.

Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan

kaedah baharu ini.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses

pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar

bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak

mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai

untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut

dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui

saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan

radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,

Terengganu FM dan Johor FM.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui

serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat

Page 151: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN:47

melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan

penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu

lalu di sekolah.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam

pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad

berbanding kaedah secara bersemuka.

Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah

dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya,

guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-

kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata

pelajaran yang diikuti.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan

kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,

KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam

memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based

Learning.

Sekian, terima kasih.

Page 152: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan adakah Kerajaan memberi sebarang

peruntukan khas bagi Sarawak dan Sabah bagi tujuan menggalakkan

penerbitan filem tempatan dengan kandungan tempatan.

Page 153: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian

melalui FINAS telah memperuntukan Dana Kandungan Digital

(DKD) sebanyak RM4 juta kepada Sabah dan Sarawak di mana

masing-masing menerima sebanyak RM2 juta setiap tahun

bermula dari tahun 2016. Manakala sebanyak RM500 ribu pula

masing-masing diperuntukan bagi Program Latihan Pembangunan

Modal Insan.

2. Di bawah Program Latihan Pembangunan Modal Insan ini, 9 buah

program latihan industri kreatif telah dilaksanakan pada tahun

2019 di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan perbelanjaan

sebanyak RM151,815.00. Manakala sebanyak RM438,560.00

peruntukan perbelanjaan telah disalurkan sehingga bulan Ogos

2020 bagi menganjurkan 11 buah program latihan kepada

penggiat industri kreatif di Sabah dan Sarawak yang disertai

pelbagai peringkat umur dan latarbelakang.

3. Penganjuran program pembangunan modal insan ini juga dibuka

kepada penganjur tempatan termasuk persatuan dan NGO di

Sabah dan Sarawak yang berminat untuk menganjurkan sebarang

bengkel serta kursus industri kreatif. FINAS melalui Unit Latihan

Industri juga sedang merancang mengadakan Program Bengkel

Page 154: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 48

Pembangunan Youtube dan Komuniti Sinema di Zon Sabah /

Sarawak bagi tahun 2020.

4. Bagi menggalakkan penggambaran filem di Malaysia,

Kementerian telah memperkenalkan Insentif Penerbitan Filem di

Malaysia (FIMI) iaitu usaha kerajaan untuk menarik pelabur dalam

penerbitan filem dan TV menjalankan aktiviti perfileman di

Malaysia. Insentif ini mampu menjadikan Malaysia sebagai hab

destinasi penggambaran dengan menawarkan 15% sehingga 30%

rebat tunai ke atas Perbelanjaan Kos Produksi di Malaysia/

Qualifying Malaysia Production Expenditure (QMPE) yang meliputi

aktiviti produksi serta pasca produksi tempatan dan antarabangsa

termasuk Sabah/Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Page 155: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah pelarian daripada Filipina di Sabah yang diberikan

dokumen IMM13 dan berapakah daripada mereka yang telah berjaya

mendapatkan taraf pemastautin tetap mahupun warganegara.

Page 156: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di- Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses semakan silang antara

agensi pengeluar dokumen di Sabah iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

yang mengeluarkan IMM13, Jabatan Ketua Menteri Sabah yang

mengeluarkan Kad Burung-Burung dan Majlis Keselamatan Negara yang

mengeluarkan Sijil Banci telah dilaksanakan pada tahun 2016. Hasil

semakan silang tersebut mendapati jumlah keseluruhan pemegang induk

bagi ketiga-tiga dokumen berkenaan adalah 136,055 orang. Jumlah tersebut

merangkumi sebanyak 51,645 orang pemegang IMM13, 36,892 orang

pemegang Kad Burung-Burung dan 47,518 orang pemegang Sijil Banci yang

sah.

Merujuk kepada persoalan kedua Ahli Yang Berhormat berhubung isu Kad

Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR), pengeluaran Kad Pengenalan

MyPR yang berstatus Penduduk Tetap oleh Jabatan Pendaftaran Negara

(JPN) adalah berdasarkan Subperaturan 5(3)(b), Peraturan-Peraturan

Pendaftaran Negara 1990. Bagi mendapatkan Kad Pengenalan MyPR,

pemohon perlu mempunyai pasport yang sah dan Permit Masuk yang

dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sekian,terima kasih.

Page 157: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah tindakan segera yang boleh diambil untuk

mengatasi kekurangan kakitangan di Klinik Kesihatan di Bera, Pahang

khususnya di Klinik Kesihatan Felda Tembangau yang baru beroperasi.

Page 158: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

SOALAN NO. 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Klinik Kesihatan Tembangau di Bera, Pahang merupakan Klinik

Kesihatan Jenis 5 yang baru mula beroperasi pada 17 Februari

2020 yang lalu dengan populasi sebanyak 8,630 penduduk.

2. Pada masa ini, jumlah anggota kesihatan yang bertugas di Klinik

Kesihatan Tembangau adalah seramai 14 orang, merangkumi:

(a) 2 orang Pegawai Perubatan;

(b) 2 orang Penolong Pegawai Perubatan;

(c) 3 orang Jururawat;

(d) 2 orang Jururawat Masyarakat;

(e) 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan;

(f) 1 orang Penolong Pegawai Farmasi;

(g) 1 orang Pembantu Awam;

(h) 1 orang Pemandu; dan

(i) 1 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).

3. Jumlah ini mencukupi bagi menampung keperluan perkhidmatan

di fasiliti tersebut kerana mengikut analisa beban kerja terkini,

purata kedatangan harian adalah seramai 70 pesakit, iaitu purata

harian pesakit luar sebanyak 40 orang, manakala, purata

harian bagi perkhidmatan ibu dan anak seramai 30 orang.

Page 159: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

SOALAN NO. 50

4. Oleh itu, keperluan perjawatan bagi Pegawai Perubatan

adalah mencukupi buat masa kini. Jumlah ini juga adalah di

bawah purata kedatangan yang sepatutnya bagi Klinik Kesihatan

Jenis 5 iaitu antara 100 hingga 150 orang sehari.

5. Bagi perkhidmatan makmal, ketika ini seorang Juruteknologi

Makmal Perubatan ditempatkan secara bergilir dari klinik

kesihatan berdekatan. Selain itu, ujian Point Of Care Testing

(POCT) juga dilakukan oleh anggota klinikal sedia ada di klinik.

Keperluan penempatan secara tetap akan dikaji oleh Pejabat

Kesihatan Daerah berdasarkan unjuran beban kerja pada masa

hadapan.

6. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan sedia meneliti

keperluan perjawatan di fasiliti kesihatan dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat peningkatan kedatangan pesakit serta beban

kerja yang berlebihan, maka pertambahan anggota kesihatan di

fasiliti tersebut boleh dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Page 160: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta PERDANA MENTERI

menyatakan mengapa laporan hasil dari Jawatankuasa Khas MA63 tidak

dikeluarkan kepada umum, adakah syor-syor yang dikenal pasti oleh

jawatankuasa khas tersebut akan diambil tindakan.

Page 161: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

[YB DATO HAJJAH HANIFAH HAJAR TAIB, TIMBALAN MENTERI DI

JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN

SARAWAK) ]

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Laporan Akhir

Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan

Perjanjian Malaysia 1963 telah dibentangkan kepada Jawatankuasa

Khas Kabinet tersebut pada November 2019 diikuti dengan Nota

Jemaah Menteri mengenai laporan yang sama telah dibentangkan

kepada Jemaah Menteri pada Disember 2019 yang lalu. Setakat ini,

Kerajaan masih mengekalkan pendirian bahawa tiada keperluan

untuk Laporan Akhir ini didedahkan kepada umum memandangkan

isi kandungan dan perbincangan yang direkodkan adalah bersifat

teknikal dan melibatkan perkara-perkara yang sensitif serta

berstatus rahsia.

2. Di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional, satu bahagian

khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang

dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan

Perdana Menteri (BHESS). Bahagian ini telah diberikan mandat

untuk memantau dan mengambil tindakan susulan berhubung isu-

isu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini termasuklah

mengenai pelaksanaan segala keputusan yang telah dicapai

sebelum ini oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak

Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKKKMA63) yang telah

ditubuhkan terdahulu.

Page 162: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 51

3. Secara ringkasnya, terdapat 21 perkara yang telah disemak dan

dikaji oleh JKKKMA63. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17

perkara mendapat keputusan dan persetujuan bersama di antara

Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan

Kerajaan Negeri Sarawak. Manakala daripada 17 keputusan

tersebut, terdapat 3 perkara yang dianggap selesai sepenuhnya

dan tidak memerlukan tindakan lanjut iaitu tuntutan duti eksport

balak dan hasil hutan di negeri Sabah, pentadbiran Pulau

Sipadan dan Ligitan di negeri Sabah dan isu pertanian dan

perhutanan juga di negeri Sabah.

4. Manakala baki 14 perkara lagi yang telah mencapai keputusan

merupakan perkara-perkara yang memerlukan tindakan lanjut

dan berterusan untuk dilaksanakan oleh kementerian/agensi

berkaitan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan

Sarawak. Secara umumnya, pelaksanaan keputusan-keputusan

tersebut akan melibatkan 3 fasa (jangka masa pendek, sederhana

dan panjang) yang dijangka akan mengambil masa sekurang-

kurangnya 1 ke 2 tahun untuk dilaksanakan. Sasaran yang

ditetapkan ini adalah realistik dengan mengambil kira proses-

proses yang perlu dilalui oleh agensi di peringkat Persekutuan dan

Kerajaan Negeri untuk melaksanakan keputusan-keputusan

tersebut.

5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masih terdapat 4 perkara

yang masih dalam penelitian iaitu:-

(i) Royalti Minyak dan Bayaran Tunai Petroleum;

(ii) Mineral Minyak dan Medan Minyak;

(iii) Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]; dan

(iv) Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83].

Page 163: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 51

6. Perbincangan mengenai perkara-perkara tersebut akan diteruskan

di dalam Majlis Khas yang akan ditubuhkan dalam sedikit masa

lagi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri Sabah dan Sarawak perlu diberikan lebih ruang bagi

membincangkan secara mendalam berhubung perkara-perkara

seperti yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih.

Page 164: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

adakah Kementerian akan memperkenalkan pendidikan Perlembagaan

Persekutuan atau "Constitutional Studies" dalam sukatan pelajaran di

peringkat sekolah menengah bagi membuka minda generasi muda

terhadap konsep kenegaraan serta sebagai persediaan bagi mereka

yang akan mula mengundi apabila mencapai umur 18 tahun.

Page 165: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pada masa ini, kandungan Pendidikan Perlembagaan telahpun

diterapkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran

sejarah dan sivik. Oleh demikian, tiada keperluan untuk memperkenalkan

satu lagi mata pelajaran baharu seperti "Constitutional Studies"

diperingkat sekolah menengah.

Di peringkat sekolah rendah, murid mempelajari Pendidikan

Perlembagaan Persekutuan dalam mata pelajaran Sejarah melalui tajuk

Warisan Negara Kita dan Pembentukan Negara Malaysia. Manakala, di

sekolah menengah pula dalam mata pelajaran Sejarah di bawah tajuk

Perjuangan Rakyat ke arah Kemerdekaan Tanah Air, Persekutuan Tanah

Melayu 1948, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pilihan

Raya. Tajuk dan kandungan tersebut telah disusun mengikut

perkembangan sejarah berdasarkan kronologi bagi membolehkan murid

menguasai kandungan, kemahiran dan nilai sebagai persediaan bagi

mereka yang akan mula mengundi apabila mencapai umur 18 tahun.

KPM juga mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman murid tentang

pendidikan Perlembagaan Persekutuan menerusi Pendidikan Sivik dalam

aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Page 166: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 52

Usaha KPM memperkenalkan tajuk dan kandungan yang berkaitan

dengan Perlembagaan Persekutuan dalam mata pelajaran Sejarah dan

pendidikan sivik ini akan memberi kesedaran dan mengukuhkan

kefahaman konsep kenegaraan untuk mempersiapkan mereka untuk

melaksanakan hak dan tanggung jawab sebagai pengundi apabila

mencapai umur 18 tahun.

Sekian, terima kasih.

Page 167: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Donald Peter Mojuntin minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakah rancangan terperinci Kerajaan untuk memastikan pemulihan

ekonomi semasa dan selepas tempoh wabak COVID-19.

Page 168: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 telah

memberi kesan yang amat ketara kepada ekonomi negara.

Pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) bagi separuh

tahun pertama 2020 mencatatkan penguncupan sebanyak 8.3%

[Suku Pertama 2020: 0.7%; Suku Kedua 2020: -17.1%].

Penguncupan ini adalah disebabkan oleh langkah-langkah yang

diambil di peringkat global dan domestik untuk membendung

penyebaran pandemik COVID-19. Semua sektor utama ekonomi

seperti perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan telah terjejas

akibat penularan wabak ini. Manakala, sekatan perjalanan yang

dilaksana oleh kebanyakan negara juga telah menjejaskan

pergerakan pelancong dan industri pelancongan Malaysia

khususnya industri perhotelan, penerbangan serta perdagangan

borong dan runcit.

2. Dalam usaha menangani kesan COVID-19 kepada ekonomi

negara, Kerajaan telah memperkenalkan:

a. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai

RM250 bilion pada 27 Mac 2020 bagi merangsang ekonomi,

membantu rakyat dan menggalakkan aktiviti ekonomi domestik;

Page 169: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 53

b. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN

TAMBAHAN) pada 6 April 2020 bernilai RM10 bilion bagi

menyokong kelangsungan perniagaan terutamanya Perusahaan

Kecil dan Sederhana (PKS); dan

c. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun

2020 bernilai RM35 bilion yang bertujuan untuk memulihkan dan

menjana semula ekonomi negara dalam jangka masa pendek.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan kini sedang

dalam proses penyediaan Pelan Pemulihan Ekonomi bagi jangka

panjang. Antara lain, Pelan ini akan memberi tumpuan kepada

penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam

dan kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan

Revolusi Perindustrian Keempat. Dalam penyediaan Pelan ini sesi

libat urus diadakan dengan semua pihak yang berkepentingan bagi

mendapat input yang menyeluruh dari semua pihak yang

berkepentingan.

4. Di samping pelbagai langkah yang akan diperkenalkan dalam Bajet

2021 pada 6 November 2020, Kerajaan juga sedang merangka

pelbagai dasar dan strategi khusus untuk menstruktur dan

mengukuhkan semula ekonomi serta menangani

ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi di bawah

Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 yang akan

dibentangkan awal tahun 2021. Pelan pemulihan ekonomi jangka

sederhana hingga panjang yang sedang disediakan akan memberi

tumpuan kepada penambahbaikan dalam pasaran buruh,

penambahbaikan peraturan dan pengukuhan persaingan dalam

Page 170: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 53

pasaran, isu pelaburan berkualiti, reformasi institusi awam dan

kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan Revolusi

Perindustrian Keempat.

5. Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang pada awalnya

dijadualkan 6 Ogos 2020 di Dewan Rakyat telah ditangguhkan

kepada tahun hadapan bagi membolehkan Kerajaan mengambil

kira keadaan ekonomi semasa negara yang terkesan teruk akibat

pandemik COVID-19 dalam merangka dasar dan strategi

pembangunan jangka sederhana. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan

juga sedang giat mengadakan semula libat urus bersama semua

pihak berkepentingan, termasuk kementerian dan agensi Kerajaan

Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta, badan antarabangsa

dan akademia.

Sekian,terima kasih

Page 171: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

statistik terkini jumlah tangkapan jenayah perjudian siber dan sejauh

manakah usaha Kementerian bagi mengatasi masalah jenayah perjudian

siber di kalangan anak muda.

Page 172: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM)

mengambil perhatian yang serius terhadap isu perjudian yang berleluasa di

negara ini termasuklah perjudian atas talian. Sindiket permainan judi atas

talian ini menawarkan semua bentuk judi fizikal sama ada permainan judi

slot mahupun “table game” secara maya.

Statistik terkini, bagi tempoh Januari 2020 sehingga 20 Ogos 2020 sebanyak

3,766 serbuan dibuat dan seramai 5,931 tangkapan berjaya dibuat dengan

melibatkan rampasan sebanyak RM1,045,700.00.

Bagi mengatasi masalah perjudian atas talian ini, beberapa langkah telah

diambil oleh pihak polis termasuklah:

1. Mengadakan operasi dan serbuan secara berterusan termasuklah

operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) untuk melumpuhkan kegiatan ini;

2. Mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam

kegiatan ini termasuklah penjaga premis dan penganjur kegiatan

perjudian haram di bawah peruntukan undang-undang berkaitan

judi sedia ada seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan Akta

Pertaruhan 1953. Selain itu, tindakan yang lebih keras juga akan

Page 173: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 54

diambil di bawah peruntukan undang-undang lain yang berkaitan

iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) serta Akta

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)

2001;

3. Bekerjasama dengan syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga

Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air untuk tindakan

pemotongan bekalan elektrik dan air ke atas premis yang sering

digunakan bagi sindiket perjudian;

4. Menggubal serta menambahbaik undang-undang berkaitan judi

sedia ada bagi memastikan undang-undang ini relevan dengan

perubahan modus operandi sindiket perjudian ini terutamanya

perjudian atas talian (online). Dalam hal ini, Kementerian Dalam

Negeri juga telah turut dilibatkan di dalam kajian undang-undang

berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian

Kewangan Malaysia (MOF) untuk ditambah baik supaya sentiasa

selaras dengan perkembangan semasa; dan

5. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) bagi menyekat laman-laman web yang disyaki

menjalankan aktiviti perjudian.

Sekian,terima kasih.

Page 174: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk

memupuk perpaduan dan persefahaman antara semua kaum untuk

mengatasi isu-isu perkauman.

Page 175: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Perpaduan Negara sejak ditubuhkan pada 10 Mac 2020,

telah mengambil beberapa langkah untuk memupuk dan mengeratkan

perpaduan kaum di Malaysia antaranya:

i. merangka Dasar Perpaduan Negara yang memayungi semua

inisiatif dan perancangan strategik Kementerian seperti menubuhkan:

a) Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang berperanan

menasihati kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan dan integrasi

nasional;

b) Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) yang

berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu dan masalah

yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan

hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama Ahli-

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri;

c) Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) yang akan

memainkan peranan menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab

persoalan yang menjadi pertikaian (contestation) di peringkat akar

Page 176: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 55

umbi yang boleh mencetuskan masalah perhubungan dan

ketegangan sosial dalam masyarakat;

ii. menggariskan usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam

mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia melalui Pelan

Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang bersifat spesifik, inklusif

dan holistik.

ii. Menjenamakan semula Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan

fokus kepada fungsi terkini KRT dan program / aktiviti berimpak tinggi

yang melibatkan semua kaum.

iii. Memperkasakan pengantara atau mediator komuniti dalam

menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan

anggota masyarakat;

iv. Penghayatan Pendidikan Rukun Negara dengan memperkasakan

KRN dan SRN.

v. Mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama

(HARMONI) bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan

JAKIM yang akan memainkan peranan memupuk hubungan harmoni

yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama

berteraskan semangat saling hormat-menghormati dan bekerjasama

di semua peringkat.

Sekian, terima kasih.

Page 177: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah

kaedah yang akan diambil oleh Kementerian untuk membantu murid-

murid yang tidak ada "internet accessibility" atau liputan Internet yang

kuat di rumah supaya pembelajaran "e-learning" mereka tidak terbantut.

Page 178: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 56

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat

akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan

luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak

mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai

untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut

dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui

saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan

radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,

Terengganu FM dan Johor FM.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui

serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat

melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan

penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu

lalu di sekolah.

Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak sekolah

serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-sungguh

dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid tidak

ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran. KPM ingin merakamkan

penghargaan kepada semua guru atas segala usaha yang telah

dilaksanakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran diteruskan

walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selain itu, KPM juga turut

Page 179: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 56

menghargai peranan ibu bapa dalam memastikan pengajaran dan

pembelajaran di rumah berjalan dengan baik.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan

kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,

KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam

memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based

Learning.

Sekian, terima kasih.

Page 180: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi

mengawal kandungan filem-filem yang dimuat naik dalam Netflix agar

kandungannya bersesuaian dengan norma masyarakat di negara ini.

Page 181: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, perkhidmatan

kandungan berbayar melalui platform Over-the-Top (OTT) seperti

Netflix, iflix, Dim Sum dan lain-lain, tidak tertakluk kepada Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kod Kandungan,

memandangkan syarikat-syarikat tersebut bukanlah pemegang

lesen individu Pemberi Perkhidmatan Kandungan Aplikasi

[CASP(I)].

2. Namun demikian, perkhidmatan OTT, terutama Netflix telahpun

menyediakan klasifikasi umur (13+, 16+, 18+) dan sinopsis

maklumat (audience advisory) berkenaan kandungan yang

disediakan seperti bahasa, aksi ganas, seks/berahi, agama,

dadah, dan sebagainya supaya penonton boleh membuat

keputusan sebelum memilih dan menonton kandungan

tersebut. Ini adalah langkah kawalan kendiri yang diambil di

peringkat antarabangsa.

3. Selain daripada itu, terdapat juga kawalan kendiri ibubapa

(parental controls) di mana ibubapa digalakkan untuk meletakkan

pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah. Penggunaan pin

akses akan memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat

mengakses semua kandungan yang tidak sesuai.

Page 182: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 57

Sekian, terima kasih.

Page 183: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Puan Raj Munni Binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok secara

perbandingan pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020.

Page 184: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan dari semasa ke semasa berusaha untuk memastikan institusi

pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini sentiasa kekal

berdaya saing selari dengan aspirasi negara untuk memartabatkan institusi

pendidikan Islam dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

2. Bermula tahun 2017, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan

peruntukan khas secara one-off sebanyak RM80,000,000.00. Peruntukan ini

merangkumi institusi pondok sebanyak RM50,000,000.00 dan tahfiz

sebanyak RM30,000,000.00.

3. Manakala pada tahun 2018, Kerajaan Persekutuan telah

memperuntukkan sebanyak RM75,000,000.00. Institusi pondok

diperuntukkan sebanyak RM25,000,000.00 dan institusi tahfiz sebanyak

RM50,000,000.00 yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB) di bawah seliaan GiatMARA.

4. Seterusnya pada tahun 2019 Kerajaan memperuntukkan sebanyak

RM100,000,000.00 secara one-off. Peruntukan ini merangkumi

RM25,000,000.00 untuk institusi pondok, RM50,000,000.00 untuk institusi

Page 185: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 58

tahfiz dan RM25,000,000.00 pula untuk sekolah agama yang disalurkan

melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5. Keprihatinan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara ini dapat

dilihat menerusi pembentangan Bajet 2020 dengan peruntukan sebanyak

RM100,000,000.00 telah diluluskan, di mana RM25,000,000.00 untuk

institusi pondok, RM50,000,000.00 untuk institusi tahfiz dan

RM25,000,000.00 untuk sekolah agama. Keseluruhan peruntukan ini

diagihkan melalui JAKIM.

6. Jadual perbandingan peruntukan kepada institusi pondok, tahfiz dan

sekolah agama mengikut tahun adalah seperti yang berikut:

TAHUN INSTITUSI PERUNTUKAN

(RM) JUMLAH (RM)

BIL.

INSTITUSI

JUMLAH

SEKOLAH

2017 Pondok 50,000,000.00

80,000,000.00 228

799 Tahfiz 30,000,000.00 571

2018

Pondok 25,000,000.00

75,000,000.00

228

228

Tahfiz

50,000,000.00

(melalui

GiatMARA)

2019

Pondok 25,000,000.00

100,000,000.00

142

1166 Tahfiz 50,000,000.00 676

Sekolah

Agama

25,000,000.00

(melalui KPM) 348

2020

Pondok 25,000,000.00

100,000,000.00

138

1637 Tahfiz 50,000,000.00 784

Sekolah

Agama 25,000,000.00 715

Page 186: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 58

Sekian, terima kasih.

Page 187: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan status terkini pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang

Minyak/Serendah yang telah tertangguh sejak sepuluh tahun lepas

berikutan beberapa masalah dalaman.

Page 188: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Untuk makluman, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang

Minyak, Serendah, Selangor adalah berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan

(SBK). Projek pembinaan gantian tapak baru ini merupakan projek di

bawah Pakej Rangsangan Khas 2012-2014. Skop bagi pelaksanaan

projek ini meliputi pembinaan 12 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan

lain.

Projek pembinaan SJKT Ladang Minyak ini masih belum dimulakan

kerana isu pemilikan tanah oleh UMW Corporation. Perkara ini perlu

diselesaikan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SJKT Ladang

Minyak sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) untuk pelaksanaan projek. Rundingan dan libat urus antara pihak

yang terlibat telah diadakan namun sehingga kini status pemilikan tanah

tapak projek masih belum dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih.

Page 189: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

berapakah bilangan keseluruhan pusat jantung di seluruh negara dan di

manakah lokasi pusat jantung tersebut terletak di negeri-negeri terpilih.

Page 190: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

SOALAN NO. 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan

perkhidmatan jantung di 10 buah hospital KKM di semua negeri

kecuali Melaka, N. Sembilan dan Perlis. Lokasi Pusat Jantung terpilih

adalah ditentukan melalui sistem zon di mana ia mengambil kira

geografi setempat dan populasi penduduk yang berada di dalam zon

tersebut.

2. Perkhidmatan ini merangkumi kesemua enam zon utama iaitu:

a) Zon Sabah (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan)

– 1 pusat jantung KKM

• Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu

b) Zon Sarawak

– 1 pusat jantung KKM

• Pusat Jantung Sarawak

c) Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)

– 3 pusat jantung KKM

• Hospital Pulau Pinang

• Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

• Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Page 191: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

SOALAN NO. 60

d) Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,

Negeri Sembilan, Melaka)

– 1 pusat jantung KKM

• Hospital Serdang

e) Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)

– 3 pusat jantung KKM

• Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru

• Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

• Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

f) Zon Selatan (Johor)

– 1 pusat jantung KKM

• Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

3. Kesemua 10 pusat jantung menyediakan perkhidmatan kardiologi

dan 7 daripadanya menyediakan perkhidmatan pembedahan

kardiotorasik dan pediatrik kardiologi (tidak termasuk 3 hospital iaitu

Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Raja Permaisuri

Bainun, Ipoh dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terengganu). Bagi hospital-hospital lain yang tidak mempunyai

pakar jantung, perkhidmatan rawatan jantung disediakan oleh pakar

perubatan am dan pakar perubatan kecemasan.

Sekian, terima kasih.

Page 192: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan

penelitian masalah yang dihadapi oleh pemohon kad Pendaftaran Ahli

Nelayan melalui Pengurusan Persatuan Nelayan (ALP) supaya tiada

unsur politik serta memudahkan bagi kelulusan permohonan mereka.

Page 193: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) merupakan persatuan yang

ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 dan

dikawalselia oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi

tujuan memajukan kepentingan ekonomi dan sosial ahlinya.

Berdasarkan penelitian masalah yang dihadapi oleh pemohon

kad Pendaftaran Ahli Nelayan, Kementerian melalui LKIM

mendapati bahawa dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun

2015 hingga 2019, sebanyak 188 permohonan sebagai ahli PNK

telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP).

2. Dalam perkara ini, penolakkan permohonan sebagai ahli PNK

adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat, antara syarat-

syarat ahli PNK ialah pemohon perlu berumur 18 tahun dan

bermastautin dalam kawasan PNK yang bekerja sebagai

penangkap, pengutip atau pemelihara hidupan dalam air

sekurang-kurangnya 120 hari setahun; atau bekerja

memproses, mengendalikan atau berniaga ikan; atau yang

mana pendapatannya 60 peratus ke atas diperolehi daripada

perusahaan perikanan.

3. Peraturan Persatuan Nelayan 1972 dengan jelas menyatakan

bahawa tiada ALP boleh menolak permohonan yang memenuhi

syarat, melainkan permohonan tersebut ditolak kerana dikhuatiri

Page 194: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 61

kemasukan pemohon tersebut akan memudaratkan

kepentingan persatuan.

4. Sekiranya pemohon tidak berpuas hati selepas keputusan

pemohonan mereka ditolak, dalam tempoh dua minggu, rayuan

boleh dikemukakan kepada Pendaftar iaitu Pegawai Penyelia

Negeri LKIM. Keputusan akhir daripada Pendaftar berhubung

rayuan permohonan yang dikemukakan adalah muktamad.

Sekian, terima kasih.

Page 195: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah rumah

mampu milik yang dibina dari Mei 2018 hingga Feb 2020, mengikut negeri

dan jelaskan apakah mekanisme yang diguna pakai oleh Kementerian

dalam mendekati golongan B40, M40 dalam memiliki rumah pertama.

Page 196: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, mulai Julai 2018 hingga 31 Mac

2020, sebanyak 552,171 unit rumah mampu milik sedang dalam

pelbagai peringkat pelaksanaan. Jumlah ini merangkumi 345,832 unit

rumah dalam perancangan, 154,622 unit rumah dalam pembinaan

dan 51,717 unit rumah telah disiapkan oleh 3 agensi penyedia

perumahan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri

dan pemaju swasta. Pecahan unit rumah di 3 peringkat pelaksanaan

mengikut negeri adalah seperti berikut:

Status Pelaksanaan Rumah Mampu Milik Mengikut Negeri

Mulai Julai 2018 Hingga 31 Mac 2020

NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH

SELANGOR 98,815 28,746 13,545 141,106

W.P KUALA

LUMPUR 37,322 29,694 7,839 74,855

PAHANG 38,328 10,975 2,577 51,880

JOHOR 33,306 14,023 3,489 50,818

PULAU PINANG 37,679 9,414 711 47,804

PERAK 32,440 7,831 2,090 42,361

Page 197: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 62

NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH

SABAH 8,469 11,511 3,899 23,879

MELAKA 6,556 13,074 3,159 22,789

NEGERI

SEMBILAN 9,661 8,217 1,356 19,234

KELANTAN 11,795 5,150 2,241 19,186

KEDAH 7,164 6,416 3,855 17,435

SARAWAK 6,714 3,761 3,831 14,306

TERENGGANU 7,964 2,408 547 10,919

W.P PUTRAJAYA 3,408 2,304 2,229 7,941

PERLIS 2,980 596 349 3,925

W.P LABUAN 3,231 502 - 3,733

JUMLAH

KESELURUHAN 345,832 154,622 51,717 552,171

* Berdasarkan maklumat daripada agensi penyedia perumahan.

* Terdapat sebahagian maklumat RMM (program RMR SPNB) di

WP.Kuala Lumpur turut merangkumi W.P Putrajaya.

2. Untuk makluman Yang Berhormat jua, antara usaha pihak

Kementerian untuk mendekati golongan B40 dan M40 dalam memiliki

rumah pertama adalah melalui pelaksanaan program dan skim

perumahan seperti berikut:

Page 198: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 62

i. Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menawarkan rumah

PPR Dimiliki berharga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia

dan RM42,000 seunit di Sabah/Sarawak kepada pembeli rumah

pertama dari golongan B40 berpendapatan isi rumah di bawah

RM3,000 sebulan;

ii. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang

menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama dari

kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di bawah

RM10,000 sebulan; dan

iii. Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara

Berhad (SPNB) - individu yang berkelayakan dan memiliki tanah

sendiri boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

untuk membina rumah dengan harga RM75,000 hingga

RM106,500 dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000.

Manakala baki RM55,000 hingga RM86,500 dibiayai melalui

pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik

ansuran yang lebih rendah.

3. Selain itu, terdapat juga program perumahan lain di bawah KPKT yang

memberi keutamaan kepada pembeli rumah pertama seperti berikut:

i. Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang merupakan

program khusus kepada penjawat awam dari kalangan B40 dan

M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah dari harga pasaran;

dan

Page 199: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 62

ii. Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada

golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah

RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah.

4. Kerajaan juga kekal komited untuk memastikan aksesibiliti rakyat

untuk memiliki rumah pertama melalui inisiatif pembiayaan

perumahan seperti berikut:

i. Skim pembiayaan kewangan fleksi yang menawarkan pakej

pinjaman menyeluruh merangkumi pembayaran berperingkat dan

bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah

daripada pinjaman biasa kepada pembeli yang layak. Antara

syarat permohonan skim ini adalah pendapatan isi rumah

RM5,000 dan ke bawah serta bagi hartanah bernilai sehingga

RM300,000;

ii. Pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam

di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

(LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama dilanjutkan

daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan

iii. Jaminan Cagamas SRP Berhad untuk membantu golongan

muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk

memiliki rumah. Cagamas SRP akan menjamin 10% daripada

pembiayaan berkenaan.

Page 200: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 62

5. Kerajaan turut melaksanakan Kempen Pemilikan Rumah 2020 (HOC

2020) yang merupakan inisiatif baharu di bawah Pelan Jana Semula

Ekonomi Negara (PENJANA) 2020. Kerajaan memberikan insentif

melalui pengecualian duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan

diberikan melalui diskaun harga jualan sekurang-kurangnya 10% bagi

membantu rakyat memiliki rumah terutamanya kepada pembeli rumah

pertama.

Sekian, terima kasih.

Page 201: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

keberkesanan "Home-based Learning" dan apakah ada perancangan

serta kesediaan pihak Kementerian mempertingkatkan pendidikan

melalui platform digital.

Page 202: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk

memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat

mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat

sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha

menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-

based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar

pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai

Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar

ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google

Classroom dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning

Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz dan video permainan

pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan

CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak mereka di

rumah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan

Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian

(Online Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan

670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid.

Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer

peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid

Page 203: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 63

memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping

itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi

kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang

sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai

sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran

secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat

mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana

tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga

kekangan dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan

pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam

kepada semua murid. Selain itu, PdP secara dalam talian merupakan

sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa.

Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan

kaedah baharu ini.

KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat

akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan

luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak

mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai

untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut

dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui

saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan

radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,

Terengganu FM dan Johor FM.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui

serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat

melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan

Page 204: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 63

penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu

lalu di sekolah.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam

pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad

berbanding kaedah secara bersemuka.

Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah

dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya,

guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-

kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata

pelajaran yang diikuti.

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan

kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,

KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam

memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based

Learning.

Sekian, terima kasih.

Page 205: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Dato’ Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA menyatakan rancangan penggubalan dasar-dasar semasa

Kerajaan dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dalam negara.

Page 206: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bagi memperkukuhkan perpaduan dalam negara, Kementerian

Perpaduan Negara telah merangka dua (2) dasar utama iaitu:

a) Dasar Perpaduan Negara

b) Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025

Kementerian Perpaduan Negara memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia dengan merangka Dasar Perpaduan Negara

yang akan memayungi semua inisiatif dan juga perancangan strategik

oleh kementerian seperti yang pertama Penubuhan Majlis Penasihat

Perpaduan Negara yang telah pun bersidang pada 18hb Ogos yang lalu

dan dianggotai oleh kepelbagaian kepakaran yang ada.

Fungsi majlis ini ialah untuk menjadi forum untuk kita bincangkan

isu-isu dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan,

menjana pemikiran idea ke arah penubuhan satu dasar yang lebih

berkomprehensif dan holistik, mengemukakan syor-syor langkah-

langkah yang wajar diambil oleh kerajaan dan juga untuk

mempertimbangkan cadangan dan nasihat berkaitan dengan

perpaduan negara dan juga integrasi nasional.

Keduanya, kementerian telah pun menubuhkan Jawatankuasa

Pelaksana Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh saya yang

Page 207: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 64

dianggotai oleh semua ahli-ahli yang berhormat exco-exco perpaduan

di peringkat negeri-negeri dan kita telah pun mengadakan persidangan

mesyuarat sebanyak dua kali dan mesyuarat yang akan datang adalah

pada 26hb September. Dan tujuan penubuhan jawatankuasa pelaksana

ini juga adalah menyediakan satu forum untuk membincangkan

masalah yang berkaitan dengan dengan perpaduan termasuk suasana

perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian daripada

kepakaran-kepakaran selain daripada exco-exco kerajaan negeri.

Seterusnya ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan

Negeri yang dipengerusikan oleh semua exco-exco kerajaan negeri.

Dia follow thru daripada Majlis Penasihat Perpaduan Negara turun

kepada Jawtankuasa Pelaksana Perpaduan Negara dan turun kepada

Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negera dan akhirnya di peringkat

daerah ialah Jawatankuasa Permuafakatan Perpaduan Daerah.

Selain dari itu, rancangan baru yang akan dilaksanakan dan yang

sedang pun dilaksanakan ialah Pelan Tindakan Perpaduan Negara

bagi tahun 2021-2025 dan sekarang ini sedang dalam peringkat untuk

mendapatkan maklum balas daripada kepelbagaian rakyat yang ada.

Pelancaran sedang dibuat oleh exco-exco kerajaan-kerajaan negeri.

Contoh, Perak kita pun telah dilaksanakan bersama Melaka pada 22

Ogos Terengganu pada 23 Ogos, Perlis dan Kelantan pada 24 Ogos

dan akhirnya ia akan merangkumi pada semua negeri-negeri. Pelan

Tindakan Perpaduan ini akan merangka kerja-kerja berteraskan kepada

Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia

berdasarkan kepada lima strategik yang ada.

Sekian, terima kasih.

Page 208: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO.SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L

PONNUSAMY

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Kerajaan berhasrat menghapuskan sama sekali

hukuman mati mandatori dan sekiranya ya bilakah Kerajaan berhasrat

mengemukakan Rang Undang-undang berkenaan.

Page 209: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO.SOALAN: 65

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Akhir Hukuman

Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang telah disediakan oleh

Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati

Mandatori mengandungi syor-syor hukuman gantian terhadap 11

kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, kesalahan di bawah

Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 21 kesalahan yang

membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Laporan kajian ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah

Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan. Sehubungan itu,

sebarang tindakan susulan termasuk penggubalan Rang Undang-

Undang berkaitan akan hanya dilaksanakan, tertakluk kepada keputusan

Kerajaan berkaitan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati

Mandatori dan syor-syor yang dinyatakan dalam laporan tersebut.

Secara umumnya, sebarang keputusan Kerajaan mengenai perkara

ini akan melibatkan perubahan dasar yang memberi impak besar

terhadap sistem keadilan negara kerana buat julung kalinya polisi

penghukuman disemak dan dikaji semula. Melalui kajian yang telah

dilaksanakan ini juga, Kerajaan dapat mengenal pasti hukuman gantian

terbaik yang bersifat adil dan setimpal dengan kesalahan jenayah yang

telah dilakukan.

Page 210: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO.SOALAN: 65

Sekian, terima kasih.

Page 211: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

sebab kenapa ramai di kalangan pegawai perubatan, pegawai pergigian

dan pegawai farmasi yang telah menjalani latihan siswazah

(housemanship) tidak lagi diambil sebagai kakitangan tetap di

Kementerian Kesihatan sejak 2016.

Page 212: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN:66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Menerusi ketetapan Akta Perubatan 1971, Akta Pergigian 1971 dan

Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Kerajaan mempunyai obligasi

untuk menyediakan penempatan bagi tujuan pendedahan

pengalaman kepada graduan menerusi program latihan siswazah

dan / atau khidmat wajib.

2. Namun, sejak tahun 2015 di mana Kerajaan menguatkuasakan

Dasar Penggunaan Sumber Manusia Secara Optimum dan Dasar

Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam, semua Kementerian termasuk

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi dibenarkan untuk

mewujudkan jawatan baharu, melainkan dibuat secara tukar ganti

(trade off) dengan jawatan kosong lain yang sedia ada.

3. Oleh yang demikian, bagi membolehkan graduan menjalani latihan

siswazah dan / atau khidmat wajib tanpa lagi tertakluk kepada

kekosongan jawatan tetap, Kerajaan pada tahun 2016 telah

memutuskan supaya kaedah pelantikan graduan perubatan,

pergigian dan farmasi diubah daripada pelantikan secara tetap

kepada pelantikan secara kontrak (contract of service).

4. Manakala bagi pertimbangan untuk lantikan tetap pula, ianya dibuat

secara berasingan selepas pegawai melengkapkan latihan

Page 213: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN:66

siswazah dan / atau khidmat wajib dengan mengambil kira faktor

kekosongan jawatan tetap sedia ada serta pegawai memenuhi

syarat pelantikan dan merit yang ditetapkan.

5. Memandangkan kekosongan perjawatan tetap adalah terhad, maka

hanya pegawai di kalangan bakat terbaik berdasarkan kekananan

(ranking) dalam senarai yang diperakukan akan dipertimbangkan

untuk lantikan tetap.

6. Bagi maksud memperaku pelantikan tetap pegawai lantikan kontrak

pula, ia dilaksanakan menerusi penilaian yang ketat dan

berterusan semasa latihan siswazah atau khidmat wajib,

perakuan Ketua Jabatan serta saringan dan penilaian menerusi

Jawatankuasa Pemilihan Lantikan Tetap di peringkat Ibu Pejabat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

7. Saringan dan penilaian ini dibuat bagi memastikan penilaian yang

telus dan objektif ke atas pegawai berdasarkan kriteria pelantikan

tetap dan syarat-syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan.

Senarai pegawai yang layak diperakukan akan dikemukakan kepada

pengurusan tertinggi KKM (Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah

Kesihatan) untuk persetujuan sebelum dikemukakan kepada

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk pertimbangan

pelantikan tetap.

Sekian, terima kasih.

Page 214: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan jumlah sekolah baru yang dibina dan sekolah daif di Sabah

yang dibaiki dan ditambah baik di bawah Rancangan Malaysia Ke-11

(RMK-11) yang telah siap dan dibaiki sepenuhnya berbanding jumlah asal

yang dirancang, halangan yang dihadapi dan adakah akan dibawa projek-

projek ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Page 215: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat,

Berdasarkan perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-

11), sebanyak 11 buah projek pembinaan sekolah baharu dan 237 projek

menaik taraf dan pembangunan semula sekolah yang mempunyai

bangunan daif akan dilaksanakan di negeri Sabah.

Sehingga 2 September 2020, bagi pembinaan sekolah baharu di Sabah,

sebanyak tiga (3) buah sekolah berada di fasa pembinaan dan lapan (8)

buah sekolah lagi berada di fasa pra bina. Manakala, bagi projek menaik

taraf dan pembangunan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif,

sebanyak 150 buah sekolah telah siap, tiga (3) buah sekolah masih dalam

pembinaan dan baki sebanyak 84 buah sekolah masih dalam fasa pra

bina.

Dalam melaksanakan projek pembangunan yang telah diluluskan,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut berhadapan masalah dan

halangan yang menjejaskan pelaksanaan projek, antaranya aksesibiliti

yang terhad berikutan kedudukan tapak projek yang berada di kawasan

pedalaman, prestasi kontraktor yang lemah dan tidak memuaskan serta

faktor perubahan alam seperti sismik, ombak besar dan perubahan

cuaca.

Di samping itu, KPM akan memohon pelaksanaan projek yang mendesak

dan telah diselesaikan urusan berkaitan dengan tanah dalam RMKe-12.

Page 216: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 67

Walau bagaimanapun, kelulusan projek tersebut bergantung kepada

kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Page 217: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk

memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipertingkatkan setelah isu

ini menjadi parah semasa pemerintahan PH.

Page 218: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Perpaduan Negara sedang mengambil beberapa langkah

untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia antaranya:

i. merangka Dasar Perpaduan Negara yang memayungi semua

inisiatif dan perancangan strategik Kementerian seperti menubuhkan:

a) Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang berperanan

menasihati kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan dan integrasi

nasional;

b) Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) yang

berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu dan masalah

yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan

hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama Ahli-

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri;

c) Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) yang akan

memainkan peranan menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab

persoalan yang menjadi pertikaian (contestation) di peringkat akar

umbi yang boleh mencetuskan masalah perhubungan dan

ketegangan sosial dalam masyarakat;

Page 219: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 68

ii. menggariskan usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam

mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia melalui Pelan

Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang bersifat spesifik, inklusif

dan holistik.

ii. Menjenamakan semula Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan

fokus kepada fungsi terkini KRT dan program / aktiviti berimpak tinggi

yang melibatkan semua kaum.

iii. Memperkasakan pengantara atau mediator komuniti dalam

menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan

anggota masyarakat;

iv. Penghayatan Pendidikan Rukun Negara dengan memperkasakan

KRN dan SRN.

v. Mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama

(HARMONI) atas persetujuan bersama Kementerian Perpaduan

Negara (KPN) dan JAKIM yang akan memainkan peranan memupuk

perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut

pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat-menghormati

dan bekerjasama di semua peringkat.

Sekian, terima kasih.

Page 220: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan

tindakan Kerajaan untuk menyelamatkan aset umat Islam dari terlepas

begitu sahaja memandangkan TH Plantations Berhad telah dirancang

untuk dijual kepada syarikat bukan bumiputera untuk menstabilkan

kedudukan kewangan Tabung Haji.

Page 221: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TH Plantations Berhad

(THP) merupakan syarikat 73.84% milik TH yang disenaraikan di

Bursa Malaysia. TH sentiasa berusaha untuk memastikan

kepentingannya dan para pendeposit terus dipelihara di samping

menjana pulangan yang mampan.

2. Selepas disenaraikan, THP telah meningkatkan pemilikan tanah

ladang daripada 15,000 hektar kepada lebih 100,000 hektar melalui

pembiayaan hutang sukuk. Namun, lebih kurang 40,000 hektar

(40%) dari jumlah tanah yang dimiliki THP tidak boleh ditanam atau

tidak mengeluarkan hasil kerana pelbagai kekangan seperti:-

• Kawasan tanah yang bercerun dan berlurah;

• Kualiti tanah yang kurang sesuai untuk penanaman pokok

kelapa sawit;

• Kawasan yang melibatkan tanah adat; dan

• Tanaman pokok getah yang tidak mengeluarkan hasil

komersil.

Page 222: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 69

3. Keadaan adalah sangat kritikal pada tahun 2018 dan 2019 apabila

harga minyak sawit mentah (CPO) menurun menyebabkan THP

tidak memiliki dana mencukupi untuk membiayai operasi

perladangan dan pengilangan serta melunaskan hutang. Keperluan

operasi THP terkesan apabila para pemiutang tidak dibayar dan

THP berdepan dengan risiko kegagalan untuk melunaskan

pembiayaan kewangan.

4. Pendapatan yang dijana tidak mencukupi untuk menampung

keperluan operasi serta komitmen kewangan THP. Justeru itu, THP

telah merangka suatu strategi jangka panjang bagi mengukuhkan

semula kedudukan kewangan demi kelangsungan syarikat.

5. Justifikasi bagi pelupusan ini adalah :

i. Pembayaran Hutang Yang Membebankan (High Debt

Services)

ii. Syarikat-Syarikat Tidak Berdaya Maju (Non-Performing

Companies)

iii. Kekangan Kewangan Yang Semakin Meruncing (Financial

Distress Position)

iv. Tempoh Gestasi Yang Lama Bagi Penanaman Getah

6. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, THP telah melupuskan

beberapa anak syarikatnya untuk membiayai komitmen

kewangannya seperti berikut:-

• 2015 – Pelupusan TH Bakti Sdn Bhd melibatkan 1,205 hektar

kepada Jasa Bakti Sdn Bhd

Page 223: MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT … · NO SOALAN: 1 JAWAPAN [YB '$7,10$6785$7$1 65,'$72¶02+

NO SOALAN: 69

• 2016 – Pelupusan tiga (3) ladang di Gemas melibatkan 2,733

hektar kepada Dupont & Leosk Enterprise

• 2019 – Pelupusan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd & Maju

Warisanmas Sdn Bhd melibatkan 6,514 hektar kepada Tamaco

Plantation Sdn Bhd (sedang dimuktamadkan)

• 2019 – Pelupusan 70% kepentingan Ekuiti dalam THP-YT

Plantation Sdn Bhd melibatkan 2,594 hektar kepada TDM

Berhad (telah dimuktamadkan)

7. Rancangan Pelan Pemulihan Strategik telah dirangka untuk

mengukuhkan semula struktur kewangan syarikat dan ini

melibatkan pelupusan syarikat yang tidak berdaya maju.

Sekian,terima kasih.