mesyuarat kantin 1 (2014)

5
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA MINIT MESYUARAT KANTIN BIL 1/TAHUN 2014 Tarikh : 4 Februari 2014 Masa : 2.00 – 3.00 petang Tempat : Makmal Komputer A Hadir : 7/8 1. Noresah binti Sapari GPK HEM 2. Norbaidura binti Mohd Zin 3. Zainoryarisah binti Sapari 4. Juridah binti Abdul Mubin 5. Muslina binti Mokhtar 6. Islina binti Ismail 7. Masliza binti Mazelan SU Kantin Turut Hadir 1. Amirul Azreeq bin Abdul Rahman Tidak Hadir (Bersebab) 1. Amiratulizian binti Amir 1.0 Ucapan Pengerusi 1

Upload: masliza-mazelan

Post on 03-Dec-2015

117 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

MESYUARAT KANTIN 1/2014

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Kantin 1 (2014)

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

MINIT MESYUARAT KANTIN BIL 1/TAHUN 2014

Tarikh : 4 Februari 2014

Masa : 2.00 – 3.00 petang

Tempat : Makmal Komputer A

Hadir : 7/8

1. Noresah binti Sapari GPK HEM

2. Norbaidura binti Mohd Zin

3. Zainoryarisah binti Sapari

4. Juridah binti Abdul Mubin

5. Muslina binti Mokhtar

6. Islina binti Ismail

7. Masliza binti Mazelan SU Kantin

Turut Hadir

1. Amirul Azreeq bin Abdul Rahman

Tidak Hadir (Bersebab)

1. Amiratulizian binti Amir

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat

kantin kerana dapat menghadiri mesyuarat kali pertama tahun 2014.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang

diberikan oleh ahli jawatankuasa kantin dalam menjalankan tugas untuk

tahun 2013.

1

Page 2: Mesyuarat Kantin 1 (2014)

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. /2013

2.1 Pengesahan minit mesyuarat (Tiada)

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4.0 Perkara-perkara Baharu

4.1 Puan Noresah meminta supaya pihak kantin dapat menceriakan semula

kantin kerana kantin menjadi tarikan utama kepada ibubapa yang datang

ke sekolah. Antara perkara yang harus di ambil perhatian ialah :

4.1.1 Langsir di bilik makan guru diikat.

4.1.2 Menyediakan besen meletak makanan yang lebih elok di bilik

makan guru.

4.1.3 Mengalihkan peti sejuk beku yang telah rosak ke tempat lain.

4.2 Puan Noresah juga menekankan aspek kebersihan dan kesihatan di ambil

berat oleh pihak kantin seperti membersihkan meja makan murid setiap

kali selesai murid makan. Pihak sekolah menegaskan supaya pihak kantin

tidak lagi menggunakan polistrin sebagai menggantikan pinggan kerana ia

dikhuatriti boleh membahayakan kesihatan murid.

4.3 Puan Juridah menegur supaya makanan dipelbagaikan dan perbanyakkan

menjual kuih supaya guru-guru boleh membuat pilihan semasa membeli di

kantin.

4.4 Puan Noresah mengingatkan pihak kantin supaya mempamerkan tanda

harga bagi setiap makanan untuk memudahkan murid membuat pilihan

bersesuaian dengan wang saku yang mereka bawa. Puan Masliza

Mazelan mencadangkan supaya pihak kantin menulis harga pada kadbod

2

Page 3: Mesyuarat Kantin 1 (2014)

berbentuk tangan yang boleh didapati di Mydin dan kedai-kedai buku. Ia

bukan sahaja memudahkan murid mengetahui harga makanan malah

nampak menarik jika dipamerkan.

4.5 Puan Noresah membacakan usul berkaitan kantin yang diberi oleh

ibubapa untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38

nanti. Usu tersebut ialah :

4.5.1 Menekankan aspek kebersihan diri untuk setiap pekerja kantin

terutama dari segi pemakaian.

4.5.2 Makanan yang dijual di kantin tidak bersesuaian.

4.5.3 Menyediakan laluan beratur untuk murid membeli makanan.

4.6 Encik Amirul menyatakan bahawa beliau akan membuat perubahan atas

segala saranan dan usul yang telah dikemukakan oleh guru-guru. Beliau

juga menjawab persoalan tentang stok kopi dan nescafe yang kadang-

kadang tidak mencukupi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh urusan

pembelian stok dilakukan oleh abangnya yang kurang mahir dalam urusan

tersebut.

Tindakan : Pihak Kantin Sekolah

5.0 Hal-hal lain

5.1 Puan Baizura memberitahu bahawa tender kantin bersama syarikat JR

Enterprise akan tamat pada hujung tahun ini. Tender baru akan mula di

buat pada pertengahan tahun 2014.

Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid

5.2 Puan Noresah sekali lagi menegaskan supaya pihak kantin dapat

memberi perkhidmatan yang terbaik bagi sepanjang tahun 2014.

3

Page 4: Mesyuarat Kantin 1 (2014)

6.0 Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengharapkan supaya ahli jawatankuasa kantin 2014 dan pihak

kantin dapat bekerjasama dan menjalankan tugas dengan baik untuk

kesejahteraan anak bangsa.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh,

MASLIZA BINTI MAZELAN

SU Kantin 2014

SK Dato’ Abu Bakar Baginda, Sepang

4