mesyuarat agung pibg smkpd kali ke-20

3
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPD KALI KE-20 Teks Pengerusi Majlis 1. KetibaanYang Berusaha, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jelebu, dan Jempol. . Yang Berusaha, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jelebu, dan Jempol, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus. !. Yang Berusaha, "uan Pengetua #MKPD, Puan $a%ah &ishah binti #haari. '. Yang dihormati, (aib YDP P)B* #MKPD, "uan $a%i )smail bin Johari. +. *PK ) #MKPD, Puan $a%ah #akdiah binti #aleh. . *PK $EM, Puan (or -au iah Binti /han. 0. *PK Kokurikulum, ik (or akiah binti $amid. 2. &hli3ahli Jawatankuasa P)B*, guru3guru ketua bidang, dan seterusn4a guru3gu para ibu bapa, para %emputan, dan pela%ar3pela%ar 4ang dikasihi. 5. &ssaalamualaikum w.b.k dan salam se%ahtera. Bers4ukur ke hadrat &llah #6 atas limpah kurnia dan ina4ah3(4a kita dapat bersama3sama dalam ma%lis pada petang ini. "idak lupa %uga, kami mengambil kesempatan mengucapkan selam datang kepada hadirin dan hadirat sekalian. 17. Bagi memberkati ma%lis kita pada petang ini, di%emput al3-adhil 8sta #ha -uad bin #itu untuk membacakan doa. Dengan hormatn4a dipersilakan. 11. "erima kasih diucapkan kepada al3-adhil 8sta #hamsul -uad atas bacaan d sebentar tadi. Mudah3mudahan ma%lis kita pada petang ini beroleh keberkatan keredhaan &llah #6" hendakn4a. 1. $adirin dan hadirat 4ang dihormati, ma%lis kita pada petang ini akan dise oleh persembahan nas4id daripada Kumpulan (as4id #MKPD dengan dua buah lagu 4ang ber%udul 1.1 99999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 1. 99999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 1!. Ma%lis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan (as4id #MKPD atas persembahan sebentar tadi. 8ntuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, 1

Upload: austin-schmidt

Post on 06-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

YDP

TRANSCRIPT

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 SMKPD

PAGE 3

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPD KALI KE-20

Teks Pengerusi Majlis

1. Ketibaan Yang Berusaha, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jelebu, dan Jempol.

2. Yang Berusaha, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jelebu, dan Jempol, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus.

3. Yang Berusaha, Tuan Pengetua SMKPD, Puan Hajah Aishah binti Shaari.

4. Yang dihormati, Naib YDP PIBG SMKPD, Tuan Haji Ismail bin Johari.

5. GPK I SMKPD, Puan Hajah Sakdiah binti Saleh.

6. GPK HEM, Puan Nor Fauziah Binti Rhan.

7. GPK Kokurikulum, Cik Norzakiah binti Hamid.

8. Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru ketua bidang, dan seterusnya guru-guru, para ibu bapa, para jemputan, dan pelajar-pelajar yang dikasihi.

9. Assaalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama dalam majlis pada petang ini. Tidak lupa juga, kami mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada hadirin dan hadirat sekalian.

10. Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dijemput al-Fadhil Ustaz Shamsul Fuad bin Situ untuk membacakan doa. Dengan hormatnya dipersilakan.

11. Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Shamsul Fuad atas bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada petang ini beroleh keberkatan dan keredhaan Allah SWT hendaknya.

12. Hadirin dan hadirat yang dihormati, majlis kita pada petang ini akan diserikan lagi oleh persembahan nasyid daripada Kumpulan Nasyid SMKPD dengan dua buah lagu yang berjudul

12.1 ______________________________________________________________

12.2 ______________________________________________________________

13. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Nasyid SMKPD atas persembahan sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, persembahan kumpulan nasyid itu tadi adalah di bawah bimbingan Ustazah Nismah binti Ali.

14. Seterusnya, kita ikuti pula ucapan Naib YDP PIBG SMKPD, Tuan Haji Ismail bin Johari. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

15. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naib YDP PIBG atas ucapan yang diberi.

16. Berikutnya, dijemput Yang Berusaha Tuan Pengetua SMKPD, Puan Hajah Aishah binti Shaari untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

17. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua SMKPD, atas ucapan sebentar tadi.

18. Para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT, sekarang marilah kita bersama-sama mengikuti ucapan Yang Berusaha, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jelebu, dan Jempol, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKPD Kali ke-20. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

19. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan PPD KPJJ, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus atas ucapan perasmian itu tadi.

20. Seterusnya, dipersilakan Tuan Pengetua SMKPD, Puan Hajah Aishah binti Shaari menjemput dan mengiringi Tuan PPD KPJJ, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR dan SPM sesi 2002. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

20.1 Dimulakan dengan penyampaian hadiah pelajar-pelajar cemerlang PMR

2002.

RUJUK M/S:_____________

20.2 Seterusnya, pemyampaian hadiah pelajar-pelajar cemerlang SPM 2002

RUJUK M/S:_____________

21. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, pihak PIBG SMKPD mempersilakan Tuan Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Tuan PPD KPJJ, Encik Mohd Yasin bin Mohd Yunus.

22. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

23. Majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMKPD menjemput dan mengiringi Tuan PPD KPJJ untuk menikmati jamuan di bilik ERT. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

24. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, jamuan untuk tuan-tuan dan puan-puan akan diedarkan semasa mesyuarat agung dijalankan. Harap maklum.

25.Seterusnya, saya serahkan majlis ini kepada Naib YDP PIBG SMKPD, Tuan Haji Ismail bin Johari untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Assalamualaikum w.b.k. Sekian, terima kasih.