merejam lembing
DESCRIPTION
olahraga rejam lembingTRANSCRIPT
Merejam Lembing
Sejarah
Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak
zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam
peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada
tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara
sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.
Prinsip asas merejam lembing
Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan
melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga
kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih
menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu
atau bola tenis.
Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk
menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah
dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan
lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil
merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian
yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk
membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.
Keselamatan para pelatih
Semasa membawa lembing
Mata lembing biarlah menghadap ke bawah
Jangan berlari
Semasa latihan
Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam
Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan
Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan
yang telah ditetapkan oleh jurulatih
Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam
Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan
setiap pelajar secara maksimum
BAHAGIAN – BAHAGIAN LEMBING
Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing
terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan
oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur
mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya
Rejaman Dari Bawah Bahu.
Gaya memegang lembing
Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;
Gaya Amerika
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.
Gaya Finnish
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.
Gaya Pegangan – U
Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.
Kawasan rejaman lembing
Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak
membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan
lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai
jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had
asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.
Teknik rejaman lembing
Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:
Fasa persediaan
Fasa lari landas
Fasa rejaman
Fasa ikut lajak
1. Fasa persediaan
Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan
kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles
Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa
Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah
Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman
Pandang kearah kawasan rejaman
2. Fasa lari landas
Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala
Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal
Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya
Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya
kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman
3. Fasa rejaman
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan
yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi
Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa
rotasi pinggang
Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan
lembing
Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk
menambahkan kuasa rejaman
4. Fasa ikut lajak
Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang
perlu diberi perhatian ialah:
Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat
dengan sebelah kaki
Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan
Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan
REJAM LEMBING 1 CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN
Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan
berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada
lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara
30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain
dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara
membuat pelepasan lembing. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan
rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam o;eh peserta lelaki ataupun
wanita.
Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama
ada yang baru menceburi diri dalam acaraini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus
dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada
kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin.
Peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut:
1.Cara memegang lembing.
2.Larian awal.
3.Peringkat rejaman lembing.
4.Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak.
5.Peringkat mengundurkan diri
CARA MEMEGANG LEMBING
Oleh sebab ini memerlukan setiap peserta menggunakan sesuatu alat khusus, iaitu lembing
untuk menyertai pertandingan, maka peserta pertama yang harus dilakukan oleh peserta itu ialah
mendapatkan lemning dan mengetahui cara memegang lembing. Menerusi latihan dan perlakuan
yang berulang-ulang, peserta harus dapat memahirkan diri dengan pegangan yang dianggap
paling selesa dan sesuai supaya mereka dapat melakukan rejaman dengan baik dan berkesan.
Pegangan lembing penting dari dua aspek, iaitu aspek keselesaan untuk mendapatkan jarak
yang sejauh mungkin dan aspek keselamatan yang juga berpunca atau ditentukan oleh cara
peserta memegang lembing. Jurulatih atau guru pengawas hendaklah menekankan kedua-dua
aspek ini semasa mejalankan latihan kepada peserta-peserta mereka. Dengan menguasai
aspek-aspek ini, maka peserta itu kini sudah bersedia untuk melakukan rejaman.
Umumnya, terdapat tiga cara atau kaedah memegang lembing yang biasa dan sering digunakan
oleh hamper semuapeserta acara ini, termasuk peserta wanita. Sebelum peserta dapat memilih
cara pegangan yang sesuai, adalah perlu dia didedahkan kepada ketiga-tiga cara pegangan ini
supaya dia dapat membezakan cara pegangan menerusi pengalaman iaitu dengan melakukan
sendiri perlakuan itu. Perkara ini penting didedahkan kepada mereka yang baru menceburkan diri
dalam acara ini kerana jika seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu cara dia akan terus
menggunakan cara atau kaedah itu.
CARA PEGANGAN 1
Dalam kaedah pegangan lembing pertama ini peserta akan memegang lembing di antara ibu jari
dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain. Tangan peserta hendaklah berada pada
tempat pegangan dengan menadahkan tapak tangan ke atas untuk mendapatkan lembing.
Kemudian ibu jari akan memegang sambil menggenggam lembing, manakala tiga jari lain turut
memegang sambil memberikan sokongan kepada pegangan itu.
CARA PEGANGAN 2
Dalam kaedah pegangan lembing ini peserta memegang lembing di antara jari hantu dan
disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. Untuk melakukan pegangan peserta meletakkan
lembing di atas tapak tangan pada kedudukan di antara jari hantu dan jari manis. Manakala jari
kelengkeng bertindak memberi sokongan bagi mengemaskan pegangan. Cra ini mungkin kurang
sesuai bagi sesetengah peserta, tetapi boleh dicuba sekiranya cara ini memberi keberkesanan
kepada peserta.
CARA PEGANGAN 3
Dalam kaedah ini, lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu jari-
jari lain. Untuk melakukan pegangan ini, peserta memegang lembing pada tampat pegangan
yang ditetapkan iaitu pada tapak tangan. Lembing diletak di antara jari telunjuk dengan jari hantu,
sambil dibentuk oleh ibu jari pada sebelah lembing dan dua jari lain di seblah lain. Cara
pegangan ini boleh digunakan oleh semua peserta.
Cara pegangan lembing adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta itu sendiri.
Terserahlah kepada peserta untuk mendapatkan kedudukan lembing sama ada di bawah atau di
atas bahu. Jika lembing dipegang dan dibawa dari bawah bahu, ini bermakna peserta akan
melakukan rejaman menggunakan teknik bawah bahu, dan jika lembing dipegang pada atas aras
bahu, ini bermakna peserta akan membuat rejaman menggunakan teknik atas bahu. Pegangan
ini hendaklah disesuaikan dengan larian yang bakal dilakukan peserta.Pengenalan
Merejam atau membaling lembing merupakan acara balingan yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pada ketika itu, orang menggunakan lembing untuk memburu aerta sebagai senjata dalam peperangan. Dalam sukan, merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius. Matlamat acara ini sebagai sekan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan.
Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadiacara dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing adalah salah satu acara balingan yang paling penting di dalam sukan olahraga, khususnya dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan perempuan. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjatuh yang dicapai oleh seseorang peserta.
Kelengkapan
a) Lembing Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman. Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. BAhagian kepala diperbuat daripada besi yang berukuran 25-33 cm. Bahagian grip berukuran antara 15-16cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah umur 18 tahun. Pada bahagian inilah letaknya pusat grativiti lembing. Berat minimum lembing untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah 18 tahun ialah 600g.
b) Gelanggang Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Ia hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai.Padang bola atau stadium terbuka sesuai digunakan sebagai gelanggang. Kawasan ini hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut:* Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar.* Penanda arc- yang merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan rejaman dan tidak boleh dipijak oleh peserta.* Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 dan beriarak 8m dari penanda arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak dihadkan, asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta-peserta.
c) Kasut
Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.
Cara-cara Membuat Lembing
a) Memegang Lembing
Sebelum mempelajari cara merajam lembing, seseorang perejam lembing hendakhlah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta. Umumnya, terdapat tiga acara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada meraka yang baru meceburkan diri.* Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain.* Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng.* Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-kadang disebut cara ladam kuda.
b) Peringkat-peringkat Merejam Lembing
Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat mengundurkan diri.
Peringkat Berlari
1) Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing.2) Lembing diletakkan pada bahu dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah membengkok ke hadapan.3) Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4-12 langkah pada kelajuan sederhana atau perlahan.
Peringkat Transisi
1) Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.2) Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.3) Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.4) Peserta mendarat di belakang penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang.
Peringkat Melepas
1) Peserta membuka langkah seluas mungkin.2) Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat.3) Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetapi jangan menyentuh atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.4) Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.
Peringkat Berundur
1) Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing mendarat.2) Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang daripada penanda arc. Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi penanda arc.3) Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.
Undang-undang Dan Peraturan
1) Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam, lembing haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan lembing di atas bahu bergantung pada keselesaan peserta.2) Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan kepada setipa peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman lagi.3) Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan yang diberikan. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu.4) Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah keluar dari bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke hadapan dan terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan sempurna.5) Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan syarat dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh rejamannya sempurna. Jika terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang sama, mereka akan diberikan peluang membuat rejaman penentuan dan sebarang jarak yang melebihi peserta lain dikira pemenang.6) Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini. Pengadil 1 memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak. Pengadil 2 memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak. Pengadil 3 dan 4 akan mengenal pasti pendaratan lembing.7) Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam pertandingan antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.
Rejam LembingPrinsip Asas Merejam Lembing
Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar
peluru dan melepar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang
digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan tersebut.
Biasanya, dalam acara melontar peluru tindakan menolak untuk menggerakkan peluru
itu digunakan manakala untuk acara melempar cakera ia melibatkan pergerakan
melempar. Bagi acara merejam lembing pula, aksi membaling yang lebih kurang sama
dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis digunakan.
Walaupun lembing berukuran kecil yang beratnya di antara 400 – 500 gm tidak
terlalu berat, namun belum tentu ia dapat dibaling dengan mudah ke arah suatu jarak
yang tertentu. Semasa merejam lembing, teknik keseluruhan badan digunakan untuk
menghasilkan tindakan yang berkesan.
Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mempelajari tentang cara
memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan
seterusnya berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan
sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa
membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah
perlu ditekankan.
Keselamatan Semasa Merejam Lembing
Langkah keselamatan yang harus diambil supaya kejadian yang tidak diingini
dapat dielakkan semasa melakukan latihan merejam lembing. Antaranya adalah:-
a) Semasa membawa lembing
i) Mata lembing hendaklah menghadap ke bawah.
ii) Jangan berlari.
b) Semasa latihan
i) Pastikan tidak ada orang di kawasan balingan.
ii) Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan.
iii) Pelontar lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan
selamat yang telah ditetapkan.
Latihan Merejam Lembing
A. Teknik Memegang Lembing
Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu:-
a) Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari (dikenali sebagai gaya
Amerika).
b) Memegang lembing di antara ibu jari dengan jari tengah (dikenali sebagai gaya
Finnish).
c) Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah (dikenali sebagai “U-
Grip).
Walau apa pun teknik atau cara yang digunakan, perlu dipastikan bahawa
sebahagian daripada tapak tangan (termasuk jari-jari) sentiasa bersentuhan dengan
balutan lembing itu. Selain itu, tapak tangan yang sedang memegang lembing
hendaklah dihadapkan ke atas.
Gaya Membawa Lembing
Semasa bersedia untuk membuat larian, seseorang pelontar boleh membawa
lembing dengan dua gaya. Gaya yang lebih biasa dan popular ialah gaya atas bahu.
Dalam gaya ini lembing dipegang secara berpenjuru merentangi tapak tangan. Pelontar
harus memegang lembing itu pada aras yang lebih kurang sama dengan aras telinga
dan selari dengan tanah.
Gaya yang kedua ialah gaya sisi di mana lembing itu dipegang dengan tangan
lurus ke belakang. Lembing itu berada di bahagian rusuk pada aras pinggang semasa
pelontar bersedia untuk berlari, semasa berlari dan sehingga tiba masa lembing itu
hendak dilancarkan.
Teknik Merejam Lembing Yang Betul
A. Fasa Pergerakan
a) Semasa membuat larian di landas laro (gaya atas bahu)
i) Lembing berada di atas kepala dan selari dengan tanah.
ii) Siku tangan yang memegang lembing mengarah ke hadapan.
iii) Tangan yang bebas dibengkokkan dan menyilang badan di aras muka.
iv) Berlari dengan lurus.
b) Semasa bersedia untuk merejam
i) Langkah akhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya.
ii) Tumit kaki hadapan menekan kuat ke atas tanah apabila larian dihentikan dengan tiba-
tiba.
iii) Berat badan dirasa di kaki belakang.
iv) Lentikkan badan ke belakang.
c) Semasa merejam lembing
i) Tarik lembing dengan kuat melalui atas bahu.
ii) Tangan bebas digerakkan ke belakang.
iii) Kaki belakang menolak kuat (pergerakan pinggang).
iv) Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan.
d) Ikut lajak dan pulihan
i) Kaki belakang bertapak di hadapan selari dengan garis lengkungan bulatan.
ii) Bahu kanan menghala ke kawasan hadapan.
iii) Mata mengikut pergerakan lembing.
Aktiviti/Permainan Berkaitan Dengan Latihan Merejam Lembing
a) Membaling bola ke sasaran
Pelontar cuba membaling bola tenis supaya kena pada sasaran di dinding. Gaya
membaling adalah dari belakang bahu dan atas kepala. Para pelontar boleh bermula
dengan kedudukan berdiri atau secara berlari beberapa langkah sebelum membaling
bola. Aktiviti ini boleh dipertandingkan sebagai permainan berpasukan atau
berseorangan. Pasukan atau pemain perseorangan yang mendapat jumlah mata yang
tertinggi di akhir bilangan pusingan yang telah ditetapkan dikira sebagai pemenang.
b) Merejam lembing ke sasaran
Pelontar cuba merejam lembing ke sasaran yang ditandakan di atas tanah. Dalam
aktiviti ini teknik menggerakkan lembing dan ketepatan mengenai sasaran lebih
dititikberatkan daripada jarak rejaman lembing. Pasukan atau individu yang berjaya
mengumpulkan jumlah mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Bilangan rejaman
bagi setiap pasukan atau individu ditetapkan terlebih dahulu.
Kesalahan Biasa Semasa Merejam Lembing
a) Menggenggam lembing terlalu kuat.
b) Larian tidak lurus dan langkah-langkah larian tidak teratur.
c) Lembing tidak ditarik ke belakang degan sepenuhnya.
d) Sudut rejaman terlalu besar menyebabkan lembing direjam terlalu tinggi ke
atas.
Peraturan Asas Pertandingan Merejam Lembing
a) Lembing mesti dipegang di bahagian balutannya.
b) Rejaman dikira batal sekiranya mata lembing (kepalanya) tidak menyentuh tanah
terlebih dahulu iaitu tidak mendahului bahagian-bahagian lain lembing.
c) Rejaman dikira batal jika pelontar menyentuh garis lengkungan bulatan atau kawasan
di hadapannya.
d) Pelontar hanya boleh meninggalkan landas lari setelah lembing itu mendarat.
e) Lembing mestilah direjam melalui atas bahu atau bahagian lengan.
f) Cara merejam yang luar biasa tidak dibenarkan.
Walau apapun gaya yang dilakukan oleh pelari untuk menamatkan larian pecut,
adalah penting untuk bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur mekanis yang baik.
Ini kerana sekiranya sebaliknya berlaku, kepantasan dan imbangan badan pelari
mungkin akan terjejas.