merdeka-online.com-indonesia muncul kuasa ekonomi ke10 terbesar di dunia

1
merdeka-online.com http://merdeka-online.com/home/indonesia-muncul-kuasa-ekonomi-ke-10-terbesar-di-dunia/ administrator Indonesia Muncul Kuasa Ekonomi Ke-10 Terbesar Di Dunia MO,KUALA LUMPUR ,6/5/2014- Indonesia muncul kuasa ekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan menyumbang sebanyak 2.3 peratus bagi keluaran ekonomi global, menurut laporan Bank Dunia. Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan keputusan Program Perbandingan Antarabangsa 2011 (ICP) yang mengukur ekonomi-ekonomi berdasarkan pariti kuasa membeli (PPP) dan menunjukkan bahawa Indonesia melonjak enam anak tangga melepasi negara-negara yang lebih membangun seperti Sepanyol, Korea Selatan dan Kanada. Negara lain yang berada pada kedudukan sembilan ke atas adalah Amerika Syarikat (AS), China, India, Jepun, Jerman, Rusia, Brazil, Perancis dan Britain. Negara ekonomi berpendapatan pertengahan iaitu Indonesia, China, India, Rusia, Brazil dan Mexico kini menyumbang 32.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia, berbanding 32.9 peratus yang disumbangkan oleh enam negara ekonomi berpendapatan tinggi iaitu AS, Jepun, Jerman, Perancis, United Kingdom (UK) dan Itali. Jelas laporan itu lagi, AS dilihat bakal kehilangan status ekonomi terbesar dunia apabila China mungkin mengatasinya menjelang akhir tahun ini, lebih pantas daripada jangkaan. AS telah menjadi ekonomi terbesar di dunia sejak berjaya memintas UK pada 1872. Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah meramalkan China akan mengatasi AS menjelang 2016 manakala China sendiri menyasar untuk menjadi kuasa ekonomi nombor satu dunia menjelang 2019. Mengikut laporan itu, KDNK China hampir 87 peratus, berbanding KDNK AS pada 2011, manakala India telah meningkat daripada kedudukan kesepuluh pada 2005 kepada ekonomi ketiga terbesar, mendahului Jepun. Utusan © 2014 Merdeka Online

Upload: mohamad

Post on 26-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Merdeka-Online.com-Indonesia Muncul Kuasa Ekonomi Ke10 Terbesar Di Dunia

merdeka-online.com http://merdeka-online.com/home/indonesia-muncul-kuasa-ekonomi-ke-10-terbesar-di-dunia/

administrator

Indonesia Muncul Kuasa Ekonomi Ke-10 Terbesar Di Dunia

MO,KUALA LUMPUR ,6/5/2014- Indonesia muncul kuasaekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan menyumbangsebanyak 2.3 peratus bagi keluaran ekonomi global, menurutlaporan Bank Dunia.

Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan keputusanProgram Perbandingan Antarabangsa 2011 (ICP) yangmengukur ekonomi-ekonomi berdasarkan pariti kuasamembeli (PPP) dan menunjukkan bahawa Indonesiamelonjak enam anak tangga melepasi negara-negara yanglebih membangun seperti Sepanyol, Korea Selatan dan Kanada.

Negara lain yang berada pada kedudukan sembilan ke atas adalah Amerika Syarikat (AS), China, India, Jepun,Jerman, Rusia, Brazil, Perancis dan Britain.

Negara ekonomi berpendapatan pertengahan iaitu Indonesia, China, India, Rusia, Brazil dan Mexico kinimenyumbang 32.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia, berbanding 32.9 peratusyang disumbangkan oleh enam negara ekonomi berpendapatan tinggi iaitu AS, Jepun, Jerman, Perancis, UnitedKingdom (UK) dan Itali.

Jelas laporan itu lagi, AS dilihat bakal kehilangan status ekonomi terbesar dunia apabila China mungkinmengatasinya menjelang akhir tahun ini, lebih pantas daripada jangkaan.

AS telah menjadi ekonomi terbesar di dunia sejak berjaya memintas UK pada 1872.

Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah meramalkan China akan mengatasi ASmenjelang 2016 manakala China sendiri menyasar untuk menjadi kuasa ekonomi nombor satu dunia menjelang2019.

Mengikut laporan itu, KDNK China hampir 87 peratus, berbanding KDNK AS pada 2011, manakala India telahmeningkat daripada kedudukan kesepuluh pada 2005 kepada ekonomi ketiga terbesar, mendahului Jepun.

Utusan

© 2014 Merdeka Online