menyingkap rahsia pelaburan emas -...

194
1 Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas: Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN (versi 2015)

Upload: tranphuc

Post on 05-May-2018

256 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

1

Menyingkap RahsiaPelaburan Emas:

Teknik-Teknik Menjana KekayaanDengan Emas DIBONGKARKAN

(versi 2015)

Page 2: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

2

Sila download versi ebook buku ini (format pdf)

Untuk download versi ebook buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, sila buat langkah-langkahseperti berikut:

Sila ke website saya www.jutawanemas.com dan cari Membership Login(dibawah 3 kotak iklan)

Atau taipkan terus (kat browser anda) http://jutawanemas.com/v1/wp-login.php

Masukkan info ini:

Username = ebookemasPassword = emas9999

Kemudian klik gambar buku tersebut untuk download ebook tersebut ke komputer anda.

Untuk membaca pdf ini, pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader ataupun Foxitreader.

Terima kasih dan selamat membaca.

p/s: Jika ada masalah sila sms Wahatsapp saya ye :)

Syukor Hashim013-2126999

Page 3: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

3

Pendahuluan.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasihkepada anda yang membeli buku ini.

Untuk pengetahuan anda, buku ini dikemaskinikanberdasarkan maklum balas daripada pembaca versisebelumnya. Ramai pembaca mahukan kupasan yang lebihmendalam mengenai beberapa topik.

Antaranya ialah kemudahan Ar-Rahnu, zakat emas, teknik-teknik melihat harga emas, tip mengelakkan daripadaterjebak ke dalam skim pelaburan emas dan banyak lagi.

Semua maklum balas ini membuatkan buku “MenyingkapRahsia Pelaburan Emas – teknik-teknik menjanakekayaan dengan emas DIBONGKARKAN edisi 2015

kini lebih mendalam dan lebih mantap.

Terima kasih saya ucapkan kepada pembeli terdahulu di atas maklum balas mereka dan sayaingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru membeli buku ini.

Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburanemas.

Pelaburan terhadap ilmu merupakan jalan pertama ke arah kejayaan. Ini kerana sebelum andamembeli emas sebagai aset anda perlu menjadikan minda anda sebagai aset.

Caranya? Dapatkan ilmu pengetahuan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan.

Selepas membaca buku ini saya yakin anda akan memahami tentang pelaburan emas.

Kemudian anda perlu mengambil tindakan secepat mungkin.

Ini kerana:

ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN

Selain itu, saya meminta agar anda selalu melawat blog www.jutawanemas.com . Banyakmaklumat tambahan yang saya tulis di sana. Ini kerana ilmu emas ini adalah dinamik dansentiasa berubah daripada masa ke semasa.

Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajartentang pelaburan emas.

Saya berharap agar ilmu yang anda peroleh di sini akan memberikan manfaat dan mampumengubah hidup anda.

Daripada penulis,

SYUKOR HASHIMAdmin Jutawanemas.come-mel: [email protected]: 013-2126999

Page 4: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

4

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untukpengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar,rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

Had liabiliti.

Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan untukpembaca. Namun, segala maklumat dan strategi yang diceritakan di dalam buku ini mungkintidak sesuai bagi sesetengah individu. Penulis tidak memberi jaminan bahawa strategi yangdiceritakan di dalam buku ini akan memberikan hasil yang tertentu.

Segala nasihat, idea dan cadangan di dalam buku ini ditulis sebagai panduan umum dan andamungkin memerlukan khidmat nasihat daripada pakar yang profesional di dalam bidangberkenaan untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Tiada jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat) diberikan oleh penulis terhadapketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung didalam buku ini.

Penulis dan penerbit serta wakil-wakil mereka menafikan segala tanggungjawab atau liabilititerhadap segala kerugian, kerosakan atau risiko kepada individu atau mana-mana pihak yangberlaku akibat penggunaan isi kandungan buku ini.

Amaran:

Buku ini adalah hak cipta terpelihara. Anda tidak boleh sama sekali mengubah, mengedarkanatau menjual buku ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis.

Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Anda hendaklah melaporkan kepada penulis sekiranya anda menerima buku ini secara tidak sah.Hubungi e-mel [email protected] atau SMS 013-2126999.

Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sah daripadasegi undang-undang dan agama.

Ditulis oleh: Syukor bin HashimAdmin www.jutawanemas.com

e-mel: [email protected]: 013-2126999

Page 5: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

5

Isi kandungan:

Pendahuluan............................................................................................................m/s 3

Mengapakah anda perlu menyimpan emas?..................................................................m/s 7

- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ....................................................m/s 7

- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang ...................m/s 11

- Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia? ………………………….…………….m/s 13

- Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang ……………..m/s 15

- Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ............................m/s 18

- Emas adalah aset yang sangat cair .......................................................m/s 20

- Emas tidak boleh dimanipulasikan..........................................................m/s 22

Bagaimanakah membuat pelaburan emas di Malaysia?.................................................m/s 38

- Pelaburan emas secara fizikal ...............................................................m/s 38

- Maybank – syiling Kijang Emas..............................................................m/s 39

- Emas fizikal UOB Bank ........................................................................m/s 43

- Pelaburan emas Kuwait Finance House Malaysia …………………….…………………..m/s 48

- Al-Rajhi Gold-I ……………………………………………………………………………………………….m/s 53

- Public Gold Marketing (Public Gold) ......................................................m/s 55

- Pelaburan emas melalui Dinar Emas ..................................................... m/s 85

- Dinar emas Public Gold ……………............................................................m/s 85

- Dinar Emas Kelantan .......................................................................... m/s 87

- Membeli jongkong emas di kedai emas ................................................. m/s 89

- Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei ...................m/s 91

- 3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas .............m/s 93

- Pelaburan emas melalui barang kemas ……………………………………………………….. m/s 98

- Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas .................................... m/s 106

- Public Bank GIA ................................................................................m/s 106

- Maybank Gold Investment Account (GIA)..............................................m/s 109

- Akaun Simpanan Emas CIMB Bank …………………………..…………………………………m/s 111

- Akaun Pelaburan Emas UOB Bank ...................................................... m/s 114

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas ……………………………...........m/s 116

- Susutnilai ………................…………………………………..................................... m/s 116

- Harga emas per gram ........................................................................m/s 119

- Kesediaaan stok ……………………………………................................................m/s 121

- Adakah emas tersebut boleh di gadaikan di Ar-Rahnu?…………..…………………m/s 121

- Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku

kecacatan padanya? …………………… ...................................................... m/s 123

Harga emas di Malaysia dan dunia...........................................................................m/s 125

- Fakta: Emas bukan barang kawalan …………………………………………………….......m/s 125

- Bagaimana melihat harga emas spot gold? ...........................................m/s 125

Page 6: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

6

- Mengira premium harga emas? ………………………………………………………………… m/s 126

- Kemahiran analisis teknikal harga emas ………………………………………………….. m/s 127

Anda dan Emas: Penyimpan, pelabur atau pedagang ……………………...............................m/s 129

- Penyimpan…………….. …………………….......................................................m/s 129

- Pelabur…………………………… ……………………………………………………… ……….….……..m/s 130

- Ilmu analisis teknikal …………………….......................................................m/s 131

- Ilmu analisis fundamental ……………………………………………………… ……….….……..m/s 133

- Pedagang …………………………………………………….……………………………………………...m/s 135

Bagaimanakah menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ……………….....................m/s 139

- Siapkan minda anda terlebih dahulu.....................................................m/s 138

- Berapa lama anda nak simpan emas? ………………………………………………………..m/s 140

- Strategi membeli emas ………………………………………………………………………………. m/s 141

- Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu ……….….……..m/s 141

- Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten……………………………………………...m/s 141

- Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas ……....m/s 141

- Tindakan ketiga: Tambahkan gram emas ketika harga emas jatuh ………. m/s 143

- Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang terus sebagai aset………………………..m/s 144

- Gadai emas di Ar-Rahnu. Untung atau tidak? ........................................m/s 146

- Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi…….. m/s 147

- Teknik 3: Buat pinjaman beli emas fizikal……………………………………………….....m/s 149

- Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun simpanan emas ……………... m/s 153

- Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) ........ m/s 158

- Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ..............................................m/s 160

Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) ………………………………………………….………………………………………. m/s 165

- Mempelajari selok belok Ar-Rahnu ………………………………….........................m/s 166

- Teknik overlap ……………………………………………………………………………………………. m/s 170

- Beberapa keistimewaan Ar-Rahnu …………………………………………………………….. m/s 171

Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas............................................................m/s 171

- Membeli buku-buku pelaburan emas di www.amazon.com …………………….. m/s 172

Mengikuti perkembangan pasaran emas ……………………………………….………………………………… m/s 174

skim pelaburan emas............................................................................................m/s 177

- Pelaburan emas yang betul……………………………………………….........................m/s 184

- Skim pelaburan emas……………………………..………………………………………...………. m/s 184

- Skim cepat kaya yang menggunakan emas ………………………………….………….m/s 184

Zakat emas …………………..…………………………………………………………………………………………………….m/s 186

Menyimpan emas anda dengan selamat …………………………………………….…………………………….m/s 188

Kesimpulan ………………………………………………….…………………………………….…….……………..……….. m/s 192

Buku-buku siri pelaburan emas yang ditulis oleh saya ……………………………………………………. m/s 193

Page 7: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

7

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Buku ini ditulis bagi membantu anda mengetahui selok belok dunia pelaburan emas.

Namun sebelum anda mengetahui BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, pentingbagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Setelah mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas, seterusnya anda akan belajar cara-cara membuat keuntungan daripada emas anda.

7 sebab kenapa anda perlu menyimpan emas.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang4. Nilai wang kertas semakin menurun di dalam jangka masa panjang.5. Emas adalah aset yang sangat cair.6. Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun.7. Emas adalah magnet kekayaan.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.

Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbolkekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana kecantikandan kesukaran mendapatkannya.

Emas bernilai tinggi kerana:

1. Rupanya yang cantik.2. Ia tidak boleh dibinasakan.3. Boleh dipotong kepada unit yang kecil tanpa

menjejaskan nilainya.4. Ia sukar diperolehi.

Sejarah manusia dan emas.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak6000 tahun yang lalu.

Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yangdi cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.

6000 tahun yang lalu sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia dianggap kaya danberkuasa. Jika seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggapkaya.

Sifat istimewa emas.

Emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkaratdan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang sebenar.

Sesuatu objek yang menjadi harta mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpankekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Page 8: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

8

Emas pula bernilai dalam apa jua bentuk. Di dalam bentuk debu sekali pun emas tetap adaharga. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Tahukah anda. Jawapan kepada soalan “Kenapa manusia sukakan emas?” bolehdidapati di dalam Al-Quran?

Daripada zaman dahulu sehingga sekarang, kesukaan manusia kepada emas tidak pernahterpadam. Dari mana datangnya kesukaan manusia kepada emas?

Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14.

Sesungguhnya, Allah telah menjadikan nafsu manusia tertarik kepada emas dan perak. Iniadalah fitrah manusia. Ia tidak perlu diajar. Ia datang secara automatik.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingininafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”

Surah Ali Imran ayat 14

Page 9: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

9

Sejarah syiling emas pertama dunia – the Lydian Lion.

2600 tahun yang lalu Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertamadunia, dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes.

Sebelum Alyattes menjadi raja Lydia, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistembarter (bertukar barangan). Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksamembawa barang-barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain.

Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yangdipanggil The Lydian Lion.

Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadimatawang utama pada masa itu.

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion

Telah terbukti sejak ribuan tahun dahulu hati manusia sukakan emas. Manusia menjadikanemas sebagai wang. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadapnya.

Gambar: Empayar Lydia (600 BC)

Page 10: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

10

Fakta menarik: Tahukah anda emas itu bernilai untuk selama-lamanya?

Tahukah anda emas bernilai di dunia dan di akhirat? Lihat surah Al-Hajj ayat 23.

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalamSyurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera” (Surah Al-Hajj ayat 23)

Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelangyang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai perhiasan penghuni syurga.

Ini membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetapbernilai di akhirat.

Itulah kehebatan emas.

Gambar hiasan: Gelang-gelang emas adalah hadiah kepada penduduk syurga.

Page 11: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

11

2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.

Menyimpan emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan andatrend peningkatan harga emas bermula sejak tahun 2000.

Mari kita lihat graf harga emas untuk 15 tahun daripada tahun 1999 sehingga 2014.

Daripada graf harga emas di bawah, sejak 15 tahun yang lalu harga emas telah meningkatdaripada 252 USD/Oz kepada USD1293 USD/Oz.

Ini merupakan kenaikan 413% di dalam masa 15 tahun (bersamaan purata 27.53% setahun!)

Gambar: Graf kenaikan harga emas 15 tahun (1999-2014)

Prestasi harga emas dalam 5 tahun (2009 – 2014)

Harga emas sepanjang 5 tahun (2009-2014) mencatatkan kenaikan daripada 900 USD/Ozkepada 1300 USD/ Oz.

Walaupun terdapat penurunan pada tahun 2011 sehingga tahun 2014, harga emas mencatatpeningkatan sebanyak 44%, bersamaan kenaikan purata 8.8% setahun.

Page 12: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

12

KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint ofMalaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Kijang Emas dilancarkan pada 17 Julai 2001 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, TunDr Mahathir Mohamad.

Harga 1 Oz syiling Kijang Emas pada hari pelancarannya, 18 Julai 2001 ialah RM1149.00.

Pada 18 Julai 2014 harganya adalah RM4,477.00

Ini adalah kenaikan 289.64% dalam masa 13 tahun (purata kenaikan 22.28% setahun)

Ringkasan kenaikan harga syiling Kijang Emas 1 Oz selama 13 tahun:

Tarikh Harga Jualan18/7/2001 RM1,149.0018/7/2002 RM1,279.0018/7/2003 RM1,388.0019/7/2004 RM1,642.0018/7/2005 RM1,699.0018/7/2006 RM2,526.0018/7/2007 RM2,425.0018/7/2008 RM3,268.0017/7/2009 RM3,531.0019/7/2010 RM4,086.0018/7/2011 RM5,103.0018/7/2012 RM5,315.0018/7/2013 RM4,324.0018/7/2014 RM4,477.00

Sumber : Bank Negara Malaysiahttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

Page 13: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

13

2.1 Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia?

Untuk memantau sejarah harga emas dan harga emas semasa, saya cadangkan anda melihatmana-mana satu daripada 3 laman web ini:

1. www.goldprice.org2. www.lbma.org.uk3. www.kitco.com

www.goldprice.org

Sejarah harga emas bagi tempoh 3 hari ke belakang sehingga 36 tahun lepas boleh dilihat dihttp://goldprice.org/gold-price-history.html

Website www.goldprice.org

www.lbma.org.uk

Selain Goldprice.org, anda boleh melihat rekod harga emas dunia di laman web London Bullionmarket Association (LBMA) http://www.lbma.org.uk/pricing-and-statistics

Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)

Page 14: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

14

Gambar: Sejarah harga emas di www.lbma.org.uk

London Bullion Market merujuk kepada pasaran emas dan perak secara urus niaga di kaunterdagangan emas terbesar dunia di London.

Ahli-ahli LBMA terdiri dari bank-bank antarabangsa, peniaga jongkong dan juga kilang-kilangpenulenan logam berharga.

www.kitco.com

Selain daripada laman web LBMA, anda boleh melihat rekod harga emas melalui laman webKitco (www.kitco.com). Anda boleh ke Kitco CHARTS & DATA (http://www.kitco.com/charts/)

Anda boleh melihat rekod harga emas semasa, sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun, 5 tahun danjuga 10 tahun. Laman web Kitco menawarkan maklumat terkini tentang emas dan perak.

Page 15: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

15

3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Salah satu sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah kerana keupayannya mengekalkankuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap bolehdibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The GoldenConstant – The English and American Experience1560-2007″ oleh Prof. Roy W. Jastram dari SekolahPengurusan Perniagaan University of California.

Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satupersoalan:

“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebihtinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 –2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeksharga barangan di England dan Amerika serta harga emassemasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telahmembuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir samadengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpanemas.

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetapboleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Kajian kes: Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.

Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, hargaseekor kambing ialah 1 dinar emas.

(dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gramdengan ketulenan 916 (22 karat)

Perkara ini ada diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Page 16: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

16

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendakdijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergikepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelakitersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing denganharga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelakimenemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnyadengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekorkambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepadaBaginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Setelah 1400 tahun berlalu. Boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?

Jawapannya.. ya, tetap boleh!

Ada penternak-penternak kambing di seluruh Malaysia yang menerima dinar untuk ditukarkandengan seekor kambing.

Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan anda untukmembeli seekor kambing dengan harga 1 dinar emas.

Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban,majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

Page 17: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

17

Gambar: Kambing ini harganya 1 dinar emas.

Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullahdi talian 012-3921139.

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd.Lot 7735 Batu 27 Jalan SalakKampung Jenderam Hulu43800 DengkilSelangor.

Nota penulis: Untuk pengetahuan anda, terdapat ramai lagi penternak kambing diseluruh Malaysia yang menerima dinar sebagai bayaran membeli kambing, antaranyadi Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kesimpulan.

Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa simpanan emas menguntungkan anda.

Ini kerana harganya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan yang menguntungkan.Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuantahun.

Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.

Inflasi untuk emas adalah 0% !!!

Page 18: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

18

4. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas.

Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.

Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wangbelanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja.

Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimanakah dengan sekarang?

Gambar: Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poketantara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka.

Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untukmembeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalamjangka masa yang panjang.

Page 19: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

19

Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dolar.

Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD)maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007(sumber www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertasmaka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

Gambar: Nilai emas VS US Dollar Index

Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akanmeningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

Page 20: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

20

5. Emas adalah aset yang sangat cair.

Emas merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.

Anda boleh menukarkan emas anda kepada pinjaman tunai dengan menggunakan kemudahanpajak gadai Islam Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan gadaian emascontohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan lain-lain.

Anda tidak perlu menjual emas anda jika ingin mendapatkan tunai sementara. Kemudahan Ar-Rahnu adalah jawapannya!

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emasanda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadisemakin meningkat.

Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan pusinganmodal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh menggunakan emas yangdisimpan sebagai cagaran pinjaman di Ar-Rahnu.

Menyimpan emas memang menguntungkan.

Page 21: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

21

Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)

Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakankehidupan boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkankampung halaman mereka.

Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas sebelum melarikan diri.

Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarianVietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahanmereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.

Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja. Ia boleh dicairkandengan mudah.

Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot

Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

Page 22: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

22

6. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari,dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas @ wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidakbersandarkan benda berharga seperti emas dan perak).

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabilajumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi danakhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara danmemanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagimengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balikpengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yangsah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Sebabnyamudah sahaja. Kerajaan negara tersebut mencetak duit terlalu banyak sehinggakan ia menjaditidak bernilai.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 17152. Republik Weimer Jerman - 1922-19233. Hungary 1945-19464. Chile 1971-19815. Peru 1988-19916. Angola 1991 – 19997. Yugoslavia 1992-19958. Belarus 1994-20029. Kerajaan Mexico – pada tahun 199410. Kerajaan Argentina – pada tahun 200111. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca sebahagian daripada kisah kegagalan yang kertas di dalam web berikut:http://www.investopedia.com/slide-show/5-failed-currencies-why-they-crashed/

Page 23: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

23

6.1 Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Afrika Selatan,Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalahhyperinflasi.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yangbertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalampengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.

Page 24: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

24

Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpanmereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas dicetak dengan berleluasa.

Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau 100 trilionZimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlakudi sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

gambar: Wang kertas 100 trilion Zimbabwe Dollar!

Page 25: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

25

6.2 Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)

Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakahhyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zamanpenjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah mereka cipta nota bankyang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar di dalamnisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.

Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidakmematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.

Page 26: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

26

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengansewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang palingpopular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar di atas). Duit ini dicetak terlalu banyaksehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula.Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Merekacuma perlu mencetak wang.

Page 27: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

27

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat secara mendadak.Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yangmakan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertaspropaganda Jepun dengan kata-kata

“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabilaJepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wangJepun menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

6.3 Emas tidak pernah gagal sebagai wang.

Sejarah tamadun manusia membuktikan bahawa kesemua tamadun hebat dunia seperti Greek,Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.

Tidak pernah berlaku kegagalan emas dan perak sebagai wang. Malah emas dan perak adalahsatu-satunya wang yang terbaik dan boleh dipercayai.

Jika anda berkesempatan, sila lawati website http://ancientgoldcoins.com/.

Anda boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadunterkemuka dunia ini.

Page 28: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

28

7. Emas adalah magnet kekayaan.

Anda ingin tahu rahsia membina kekayaan? Mudah sahaja jawapannya.

Anda perlu pastikan wang yang masuk ke dalam kocek anda lebih besar dari wang yang keluar.

Jika:

Wang masuk > Wang keluar = Anda semakin kayaWang masuk < Wang keluar = Anda semakin miskin

Ramai orang mahu menjadi cepat kaya dengan cara mencari pelaburan yang memberikanuntung yang banyak dan cepat. Atau pun mencari peluang perniagaan yang boleh memberikanuntung yang banyak dan cepat.

Manusia suka kepada kekayaan yang banyak dan cepat. Namun mereka terlupa bahawa untukbertambah kaya, mereka bukan hanya fokuskan kepada mendapat untung yang banyak, tetapidalam masa yang sama mesti mengelakkan kebocoran wang yang sedia ada di dalam tangan.

Anda akan miskin jika wang anda mudah bocor.

Apakah sebab utama anda boleh kebocoran wang?

Berdasarkan kajian saya, terdapat 3 punca utama kebocoran wang.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.3. Orang pinjam wang anda tapi tak bayar.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang.

Bila dapat gaji, fitrah manusia akan fikir nak bayar hutangdan belanja. Atau, nak belanja dulu, kemudian bayarhutang.

Kalau ada lebihan barulah nak simpan.

Macammana anda nak bina kekayaan kalau anda belanjaduit dulu, lepas itu kalau ada lebihan baru simpan?

Kalau anda nak bina kekayaan, simpan wang dulu, lebihbaru belanja.

2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.

Fitrah manusia sukakan keuntungan cepat dan banyak. Masalahnya di malaysia, pelaburan yangbetul dan selamat biasanya memberikan pulangan yang lambat dan sedikit.

Contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diberi sekarang sekitar 8% ke 9%sahaja setahun. Ramai orang fikir, setahun tu punyalah lama. Jenuh menunggu.

Bila nak cepat kaya, ramai orang terjebak di dalam skim-skim cepat kaya. Kononnya nak untungcepat dan banyak. Tapi risikonya tersangat tinggi. Jika anda terjebak dengan skim cepat kaya,anda boleh kerugian besar.

Anda perlu belajar dari kesilapan orang lain. Belajar dari kesilapan anda sendiri mahal harganya.

Saya ingin tunjukkan satu kisah mangsa skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.

Page 29: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

29

Kajian kes: Contoh tersalah melabur.

Tajuk akhbar: Caruman tergadai (isnin 17/2/2014)Banting: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan carumanKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya sebanyakRM50,000 bagi dilaburkan dalam perniagaan emas dimilikiseorang lelaki hampir dua tahun lalu namun pulangannya hanyabertahan tiga bulan sebelum syarikat serta pemilik syarikatterbabit lesap sehingga kini.

Mangsa tidak lagi mengharapkan wangnya itu dikembalikan sebaliknyaberharap lelaki yang mempermainkan perasaan kerana tergamak menipuwang hasil titik peluhnya sepanjang memerah keringat sebagai pekerjakilang itu dibawa ke muka pengadilan.

Adzahar Musa, 56, berkata, dia juga sangat berharap pihak berkuasadapat mengambil tindakan terhadap penipu berkenaan bagi mengelakmereka seusia dengannya terus menjadi mangsa.

“Sebenarnya pelbagai usaha sudah saya lakukan namun semuanyamenemui jalan buntu.

“Saya sudah penat ke sana ke mari meminta bantuan pelbagai pihakuntuk menyelesaikan masalah ini namun selepas hampir dua tahunusaha itu hanya sia-sia kerana ia masih tidak dapat diselesaikan.

“Saya sudah tidak tahu mahu meminta bantuan sesiapa lagi kerana apa yang saya harapkan sekarang supaya si pelakudiheret ke mahkamah,” katanya.

Menurutnya, walaupun menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu ‘pengarah’ terbabit sehingga sanggupmemberikan semua wang simpanan KWSP begitu saja, tiada apa yang boleh dibuatnya lagi dan kini pada usianya, diaterpaksa bekerja sebagai tukang kebun dengan bayaran RM300 sebulan untuk membiayai empat anak yang masihbersekolah.

Adzahar berkata, dia terbabit dalam pelaburan emas itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwapengarah syarikat pelaburan emas yang dipercayai berasal dari sebuah negeri di pantai timur daripada seorang rakanpada Jun 2012.

“Saya tertarik dengan program pelaburan emas yang diterangkan sehingga pada 13 Jun 2012 saya melabur sebanyakRM20,400 dengan pulangan dijanjikan sebanyak RM1,800 sebulan.

“Bulan pertama saya menerima pulangan seperti dijanjikan menyebabkan sekali lagi termakan pujukan pengarah ituuntuk menambah pelaburan dan pada 20 Julai, saya memasukkan RM30,000 ke dalam akaun pengarah terbabit untukmenambah pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 50 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.

“Namun, saya hanya menerima pulangan dua kali sahaja iaitu pada 16 Ogos sebanyak RM1,980 dan 20 SeptemberRM2,087dan sehingga kini tiada lagi bayaran dilakukan.

“Pengarah terbabit juga sudah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan saya membuat laporanpolis pada 4 Mac tahun lalu,” katanya.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, pengarah itu menghantar SMS menyatakan pelbagai alasan mengapa dia tidakdapat membayar pulangan pelaburannya. "Selain membuat laporan polis, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasukmeminta bantuan guaman tetapi sehingga kini saya masih menemui jalan buntu," katanya.

Sumber, Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Carumantergadai/MA/Article

Page 30: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

30

3. Orang pinjam wang tapi tak bayar.

Lagi satu masalah kebocoran wang ialah orang pinjam wang anda tapi tak bayar balik.

Memang lumrah manusia, kalau sesak akan cari orang lain untuk meminjam wang.

Kadang-kadang kawan-kawan anda, kadang-kadang ahli keluarga dan boleh jadi orang yanganda tak kenal pun cuba meminjam wang anda.

Masalah akan berlaku jika orang yang pinjam wang liat nak bayar. Bukan setakat bocor wang,emosi pun bocor juga. Hati rasa geram dan marah.

Saya sendiri ada pengalaman buruk orang pinjam wang tapi tak bayar-bayar. Memang bocorwang dan emosi. Waktu itu hati saya cakap “Kalaulah aku tak pinjamkan wang kepada si xx ini,selamat wang aku. Buat rugi ajer pinjamkan dia wang aku”.

Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada masalah-masalah kebocoran wang ini?

Jawapannya ialah tukar wang simpanan anda ke dalam bentuk emas.

Bila anda menukar wang simpanan anda ke dalam bentuk emas, ia ibarat menyimpan magnetkekayaan. Kekayaan akan “melekat” pada anda.

Kenapa emas itu magnet kekayaan? Jawapannya, ada 3 sebab utama.

1. Fitrah manusia dengan emas ialah ingin menyimpan elok-elok2. Fitrah manusia dengan emas ialah ingin mengumpulnya banyak-banyak3. Emas orang tak pinjam.

1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok.

Saya selalu buat soal selidik. Saya tanya kepada orang yang hadir ke ceramah saya. Soalansaya ialah:

“Kalau saya beri abang atau kakak emas, nak buat apa dengan emas tu?”

Maka jawapan rasmi ialah “Saya simpan ajerlah”

Tuan puan sekalian, itu adalah jawapan keramat.

Bila orang dapat duit, maka otak akan fikir belanja atau bayar hutang. Bila orang dapat emasmaka hati anda akan fikir nak simpan emas itu elok-elok.

Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.

2. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak kumpul banyak-banyak.

Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan.

Apabila anda dah beli satu ketul emas, ia akan menyebabkan hati anda tertarik untuk membeliemas lagi dan lagi.

Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah, ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyakemas, semakin seronok hati anda.

Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak.

Anda akan faham perkara ini apabila anda beli seketul emas dan pegang dalam tangan. Selagianda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas.

Page 31: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

31

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya ingin berkongsi satu cerita. Saya pernah berjumpa seorang peminat emas yang hobinyaialah mengumpulkan syiling 1 dinar emas (dinar ialah syiling emas dengan berat 4.25 gramemas 916)

Gambar: syiling 1 Dinar Emas.

Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan membeli syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping.

Kemudian, beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.

Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500

Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus kepadaemas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya.

Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.

Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti akan banyaklah hartaemas anda.

Gambar: 100 keping syiling 1 dinar emas beliau.

Page 32: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

32

3. Emas orang tak boleh pinjam.

Cara termudah untuk mengelakkan kebocoran wang keranaorang pinjam ialah dengan menukarkan wang anda menjadiemas.

Kalau ada orang nak pinjam wang anda maka anda bolehcakap ayat ini “Saya minta maaflah, semua wang saya dahhabis beli emas”.

Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nakpinjam wang anda tidak boleh berbuat apa-apa.

Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula.

Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak sayapinjam emas tuan@puan sekejap?”

Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalambentuk emas.

Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.

Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapaanda perlu menukarkan wang kertas kepada emas.

Pesanan penulis:

Walaupun anda tidak digalakkan meminjamkan wang kepada orang yang terdesak, keranarisiko tidak membayar hutang adalah tinggi, namun saya menggalakkan anda memberiwang sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Dengan niat bersedekah, hati anda akan rasa tenang kerana anda telah membantu merekayang memerlukan dan orang itu tidak perlu membayar balik wang anda.

Contohnya, kalau ada orang nak pinjam RM1000 ke atas, mungkin anda boleh sedekahRM50 kepada orang berkenaan.

Beritahu dekat orang tersebut “Ini saya bagi sebagai sedekah@hadiah, tak perlu bayarbalik. Kalau nak beri pinjam, saya tak mampu”.

Page 33: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

33

Bagaimana mengaktifkan minat anda terhadap emas?

Allah AWT telah memberitahu kita bahawa fitrah manusia sukakan emas dan perak. Ia disebutdi dalam surah Ali Imran ayat 14.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingininafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”

Surah Ali Imran ayat 14

Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Betul ke?

Biasanya hanya golongan wanita yang sukakan emas. Mereka tahu keseronokan mengumpuldan menyimpan emas. Namun biasanya di dalam bentuk barang kemas sahaja.

Orang lelaki yang tidak tahu ilmu emas, tidak akan menyimpan emas. Bagi mereka emas iniialah perhiasan untuk kaum wanita. Sebenarnya ini adalah salah faham. Wanita boleh memakaiemas sebagai perhiasan dan menyimpan emas sebagai harta, namun lelaki juga bolehmenyimpan emas di dalam bentuk jongkong atau syiling sebagai harta.

Bagaimana cara mengaktifkan minat anda terhadap emas? Jawapannya ialah, anda perlumemegang jongkong emas terlebih dahulu. Pegang emas dulu tuan-tuan.

Pengalaman peribadi saya.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana saya boleh terlibat denganpelaburan emas.

Ia bermula setelah saya memegang 1 ketul jongkong emas PAMP Suisse 100 gram.

Saya ingat lagi, peristiwa ini berlaku pada bulan April 2008. Selama ini saya tidak pernahmemegang jongkong emas. Jadi saya amat teruja apabila berpeluang memegang jongkongemas yang sebegitu besar dan berat. Bestnyer…

Pengalaman memegang jongkong emas inilah yang menyebabkan saya terus meminati emas.

Justeru, maka saya juga ingin anda memberikan tips yang sama. Peganglah emas di tapaktangan anda. Semakin besar dan berat emas jongkong dan syiling yang anda pegang makasemakin bagus.

Untuk cuba memegang emas ini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai emasterkemuka atau cawangan Public Gold. Minta kepada staff kedai tersebut kebenaran memegangjongkong emas.

Page 34: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

34

Gambar: Cuba pegang jongkong emas seperti ini.

Seelok-eloknya anda pegang jongkong emas 100 gram ke atas. Pegang ajer dulu. Jangan terusbeli. Baca buku ini dahulu sampai habis sebelum anda membeli emas.

Kalau anda boleh pegang emas tanpa bersalut plastik maka itu lebih baik.

Tips! Bagaimana memegang emas yang tidak dibalut?

Terdapat 2 jenis emas jongkong yang anda boleh buka plastiknya dan pegang emasnya iaitu:

1. Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)2. Jongkong emas Public Gold

Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)

Caranya, anda pergi ke kedai emas dan minta tengok dan pegang jongkong emas PAMP Suissecast bar 100 gram. Jongkong emas ini adalah antara yang terkenal dan banyak dijual di kedai-kedai emas terkemuka seperti Habib Jewel, Poh Kong, Tomei dan Wah Chan.

Jongkong emas PAMP Suisse terdapat dalam 2 bentuk iaitu minted bar dan cast bar. Perbezaanrupa bentuk jongkong emas minted bar dan cast bar boleh dilihat melalui gambar di sebelah.

Kesemua jongkong PAMP Suisse minted bar dibalut di dalam plastik kekal. Anda tidak bolehbuka plastiknya. Cast bar pula boleh dibuka sarung plastiknya.

Namun di Malaysia PAMP Suisse cast bar hanya terdapat di dalam berat 100 gram, 250 gram,500 gram dan 1KG sahaja.

Page 35: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

35

Gambar: PAMP Suisse minted bar Gambar: PAMP Suisse cast bar

Jongkong emas Public Gold

Jongkong emas Public Gold boleh didapati di mana-mana cawangan Public Gold di seluruhMalaysia. Ia juga boleh dibeli melalui agen-agen sah Public Gold di seluruh Malaysia.

Ke semua jongkong emas Public Gold diletakkan di dalam kapsul plastik yang boleh dibuka. Jadianda boleh pegang emas tersebut.

Tengok gambar di bawah. Itu adalah gambar jongkong emas Public Gold.

Pegang jangan tak pegang!

Gambar: Jongkong Emas Public Gold

Page 36: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

36

Definisi pelaburan emas.

Baiklah, sebelum anda membuat pelaburan emas, mari lihat definisi pelaburan emas

Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewanganberasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda.

Di sini kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:

1. Anda boleh melabur emas secara fizikal2. Anda juga boleh melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas3. Bagi memenuhi objektif pelaburan anda.

Untuk pengetahuan anda, pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal. Banyak lagiproduk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluanpelabur.

Contohnya ialah Akaun Simpanan Emas (Gold Saving Account) yang mana pelabur bolehmembeli dan menjual emas mengikut harga emas semasa TANPA melibatkan emas fizikal.

Produk-produk kewangan dicipta bagi tujuan memudahkan pelabur, contohnya pelabur tidakperlu berfikir tentang aspek penyimpanan. Ia juga mempunyai kecairan yang tinggi dimanabelian dan jualan boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu membawa emas.

Jadi mudah bagi pelabur untuk membeli emas dan menjual emas secara maya, tak perlu fikir‘Dimana nak simpan emas selepas dibeli?’

Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang pelaburan emas, mari kita lihat piramidpelaburan emas.

Gambar: Piramid pelaburan emas.

Piramid pelaburan emas menunjukkan kepada anda tentang 3 aspek penting di dalam pelaburanemas iaitu:

Page 37: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

37

1. Objektif pelabur2. Produk yang sesuai dengan objektif pelabur3. Risiko

Terdapat 4 objektif pelaburan emas iaitu:

1. Sebagai insurans kekayaan2. Pelaburan dan simpanan3. Pelaburan4. Spekulasi

Setelah anda jelas dengan objektif pelaburan emas anda, maka peringkat seterusnya ialahmemilih produk yang sesuai dengan objektif pelaburan emas anda. Anda boleh memilih lebihdari satu matlamat pelaburan dan anda juga boleh memilih lebih daripada 1 produk pelaburanemas.

Contoh: Jika anda ingin membuat pelaburan emas kerana ingin melindungi kekayaan (insurankekayaan) maka anda perlu memilih emas fizikal.

Jika objektif anda adalah untuk membuat pelaburan + simpanan, maka anda boleh memilihemas fizikal atau melabur melalui akaun simpanan emas atau menyertai program pengumpulanemas (contohnya Public Gold Gold Accumulation Program)

Jika objektif pelaburan emas anda adalah untuk pelaburan, maka anda boleh memilih untukmembeli saham-saham syarikat perlombongan atau Gold Exchange Traded Fund.

Jika anda ingin membuat pelaburan emas bersifat spekulasi (membuat keuntungan daripadapergerakan harga emas) tanpa melibatkan produk, maka anda boleh memilih BSKL Gold Futuresatau Spot Gold.

Nota penulis: Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang matlamat pelaburan emassaya dan produk yang saya pilih.

Matlamat pelaburan emas saya ada 2 iaitu (1) insuran kekayaan dan (2) simpanan danpelaburan. Untuk insuran kekayaan, saya membeli emas fizikal di dalam bentuk jongkongemas Public Gold dan PAMP Suisse yang saya simpan sendiri. Jongkong emas ini saya akansimpan terus sampai bila-bila dan akan diberikan kepada anak-anak saya sebagai hartamereka.

Untuk simpanan dan pelaburan, saya memilih Public Gold Gold Accumulation Plan (GAP)(Program Akumulasi Emas Public Gold).

Saya memilih GAP kerana ia membolehkan saya membeli emas dengan nilai minima 1 gramsahaja. Saya juga boleh membuat belian secara online bila-bila masa. Sebagai orang yangsibuk, saya perlu kemudahan membeli emas secara online, tanpa perlu pergi ke pejabatPublic Gold.

Program ini adalah bersandarkan emas fizikal, bermakna saya boleh mengeluarkan emasfizikal bila-bila masa sahaja. Saya juga boleh menjual emas di dalam akaun GAP bila-bilamasa sahaja. Jadi sebab itu GAP merupakan pilihan saya.

Baca maklumat lanjut tentang GAP di dalam topik pelaburan emas melalui Public Gold.

Page 38: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

38

Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan secara emas fizikal2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas2. Jongkong emas3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikansebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memilikikelebihan-kelebihan berikut:

1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.2. Mudah dibawa.3. Mudah ditunaikan.4. Mempunyai susutnilai yang rendah.5. Boleh digadaikan.

Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standardiaitu ukuran berat di dalam troy ounce (bersamaan 31.1 gram).

Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling danjongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika andahendak menjual kembali kembali barang kemas tersebut maka anda boleh dikenakan susutnilaiyang tinggi iaitu di antara 25% sehingga 40%.

Namun begitu, jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas makasaya cadangkan anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagimemastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkanoleh institusi perbankan tempatan dan bank luar negara. Pelabur akan membeli emas mengikutharga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Adabank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga bank yang tidakmenawarkan opsyen ini.

Memandangkan terlalu banyak produk pelaburan emas yang ditawarkan di pasaran saya pasti iaboleh memeningkan kepala pelabur baru. Jangan risau. Anda bacalah buku ini sehingga habis.Selepas ini saya yakin anda akan celik emas.

Page 39: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

39

Institusi yang menjual emas fizikal.

Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu bank, kedaiemas dan kilang emas. Contohnya:

1. Maybank - Syiling Kijang Emas2. UOB Bank – Syiling emas dan jongkong emas3. Kuwait Finance House – Jongkong emas KFH4. Public Gold Marketing Sdn. Bhd – jongkong emas, syiling dan dinar emas.5. Ar-Rajhi Bank6. Kelantan Golden Trade – Dinar emas Kelantan7. Kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan sebagainya.

Anda boleh membeli emas pelaburan daripada institusi-institusi ini. Mari kita lihat satu persatu.

Maybank - syiling Kijang Emas.

Salah satu daripada syiling emas terkenal di Malaysia ialah Kijang Emas.

Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint ofMalaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Ia dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, ½ Oz dan ¼ Oz. Ia mempunyai ketulenan 24K(999.9) .

Berat 1 Oz bersamaan = 31.1 gram, ½ Oz = 15.55 gram dan ¼ Oz = 7.780 gram.

Page 40: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

40

Di mana anda boleh membeli syiling Kijang Emas?

Syiling Kijang Emas boleh dibeli di 32 cawangan Maybank sahaja. Lihat jadual di bawah.

Johor

JOHOR BHARU MAIN BRANCHLot 1-22, Level 1, 2 & 3Johor Bharu City Centre

MUAR BRANCH104 Jalan Abdullah

Melaka

MELAKA MAIN BRANCH114 & 114A Graha Peladang

JALAN MUNSHI ABDULLAHBRANCH171-175 Jln Munshi Abdullah

Kedah

ALOR STAR BRANCH1535, Jalan Sultan Badlishah

PULAU LANGKAWI BRANCH5-11, Jalan Pandak Mayah 1

SUNGAI PETANI BRANCHCentral Square Complex

Pulau Pinang

BUTTERWORTH BRANCH4277 Bagan Luar Road

PENANG MAIN OFFICE BRANCH9, Lebuh UnionPenang

Kuala Lumpur

BANGSAR BARU BRANCH66, 68 & 70 Jalan MaarofBangsar Baru

BUKIT BINTANG BRANCHG-Floor Bangunan YayasanSelangorJalan Bukit Bintang

KUALA LUMPUR MAIN BRANCH1st FloorMenara Maybank

Selangor

KUALA SELANGOR BRANCH11 & 13, Jalan Raja Jalil45000 Kuala Selangor

PETALING JAYA MAIN BRANCH50-52, Jalan Sultan (52/4)46200 Petaling Jaya

SHAH ALAM MAIN BRANCH10, Persiaran PerbandaranSection 14

Pahang

KUALA LIPIS BRANCH92A & 92B Jalan Besar27200 Kuala Lipis

KUANTAN MAIN BRANCH UMNOBuilding1 Jalan Hj Abdul Aziz

MENTAKAB BRANCH1 Jalan Haji Kassim28409 Mentakab

Perak

IPOH MAIN BRANCH BangunanMayban Trust28 Jalan Tun Sambanthan

TANJONG MALIM BRANCH JalanChong Ah Peng35900 Tanjong Malim

TELUK INTAN BRANCH43-45, Medan MahkotaJalan Ah Cheong36000 Telok Intan

Negeri Sembilan

SEREMBAN BRANCH166-169, Jalan Dato' BandarTunggal70000 Seremban

Perlis

KANGAR BRANCHUpper Grd. Floor, Menara KWSPJalan Bukit Lagi01000 Kangar

Kelantan

KOTA BHARU BRANCH3880-E, Jalan Mahmood15200 Kota Bahru

Terengganu

KUALA TERENGGANU BRANCH92 Jalan Sultan Ismail20200 Kuala Terenggganu

Sabah dan WP Labuan

KARAMUNSING BRANCHBangunan MaybankNo. 1, Lorong Kemajuan

TAWAU BRANCH262-264, Fajar Complex

LABUAN BRANCHLot E005, Ground Floor PodiumFinancial Park Labuan Complex

SANDAKAN BRANCHLot 28, 29 & 30 Block HS-3Sandakan Harbour Square90000 Sandakan

Sarawak

MIRI BRANCHLot 112, Jalan Bendahara98008 Miri

SIBU BRANCH35, 37 & 39, Jalan KampungNyabor96000 Sibu

WISMA SATOK BRANCH Level 1Wisma SatokJalan Satok93400 Kuching

Page 41: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

41

Memandangkan stok Kijang Emas adalah terhad maka anda perlu menelefon cawangan Maybanktersebut untuk pastikan mereka mempunyai stok. Jika ada stok barulah anda ke sana untukmembelinya.

Bagaimanakah melihat harga belian dan jualan syiling Kijang Emas?

Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara dan juga laman webMaybank. Ia akan dikemas kini setiap hari.

Anda boleh lihat harga syiling Kijang Emas melalui laman Bank Negara Malaysia seperti berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

Gambar: Harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia

Anda juga boleh melihat harga syiling kijang emas di laman web Maybank di alamat berikut(setelah saya pendekkan alamatnya yang terlalu panjang):

http://bit.ly/maybankgold

Gambar: Harga Kijang Emas di laman web Maybank

Page 42: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

42

Kelebihan Syiling Kijang Emas:

1. Boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu di seluruh Malaysia.

2. Mempunyai spread yang rendah (4.1% - 7.6%).

3. Kualiti emas 24k (999.9)

4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja).

5. Kos per gram yang murah.

6. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera.

Kelemahan syiling Kijang Emas:

1. Sukar diperolehi kerana terutamanya syiling 1 Oz. Selain itu Kijang Emas tidak lagidikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau kemek. Jika ini berlaku Maybank tidak akanmenerima kembali syiling berkenaan. Anda boleh rugi besar.

3. Boleh dibeli pada waktu urus niaga Maybank sahaja.

4. Anda tidak boleh tempah kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.

5. Perlu dibeli secara tunai. Hanya kad kredit Maybank yang diterima jika anda hendakmembeli syiling Kijang Emas menggunakan kad kredit.

Bagi saya Syiling Kijang Emas merupakan salah satu contoh emas pelaburan yang terbaik diMalaysia.

Gambar : Syiling Kijang Emas (1 Oz dan ½ Oz)

Page 43: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

43

Emas fizikal United Overseas Bank (UOB Bank)

UOB Bank turut menjual emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas untuktujuan pelaburan.

Anda boleh membaca maklumat berkenaan produk-produk emas UOB Bank di sini:http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_precious_metals.html

Gambar: Laman web UOB Bank berkenaan produk emas fizikal.

Page 44: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

44

Harga Emas UOB Bank

Untuk mengetahui harga emas harian produk emas UOB Bank, anda boleh melawat laman webUOB Bank. ( http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold )

Ini adalah senarai produk emas fizikal yang dijual oleh UOB Bank.

Di antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:

1. Canadian Gold Maple (GML)2. Australian Kangaroo Nugget (GKN)3. Singapore Lion Coin (SLC)

Page 45: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

45

Gambar 1 : Syiling Emas Canada Gold Maple

Gambar 2 : Syiling Emas Australian Kangaroo

Gambar 3 : Syiling Emas Singapore Gold Lion

Page 46: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

46

UOB Bank menjual 2 jenis jongkong iaitu PAMP Suisse dan Kinebar.

Gambar : Jongkong Emas PAMP Suisse (999.9)

Gambar: Kinebar

Page 47: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

47

Bagaimanakah cara membeli emas fizikal di UOB Bank?

Anda boleh membeli emas ini daripada cawangan UOB Bank tertentu sahaja. Tidak semuacawangan UOB menjual emas fizikal.

Pastikan anda menelefon cawangan tersebut terlebih dahulu bagi mendapat kepastian sama adamereka mempunyai stok emas atau tidak. Ini kerana permintaan terhadap jongkong emas dansyiling emas adalah tinggi. Jadi stok yang anda ingini mungkin tiada stok.

Jika anda ingin mengetahui cawangan UOB yang menjual emas fizikal di tempat anda makaanda boleh telefon dan bertanya kepada:

1. UOB Global Markets Gold Dealers di 03-2613 8118 (waktu pejabat sahaja)

2. Ibu pejabat UOB Bank, Jalan Raja Laut.

Alamat dan nombor telefon adalah seperti di bawah:

Branch Name Kuala Lumpur MainAddress Level 2, Menara UOB,

Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur

Tel. No. (6) 03-2692 4511Fax No. (6) 03-2691 3110

Banking Hours Monday - Friday 9:30am - 4:00pm

Business HoursMonday - Thursday 8:45am - 5:45pmFriday 8:45am - 4:45pm

Kelebihan:1. Menjual syiling emas pelaburan yang terkemuka di dunia.

2. Mempunyai spread yang rendah (5%)

3. Kualiti emas 24k (999.9)

4. Harga emas per gram yang rendah.

5. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera.

Kelemahan:

1. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.

2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau kemek. Jika tidak UOB tidak akanmenerima kembali syiling berkenaan.

3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidakakan menerima semula syiling emas berkenaan.

4. Boleh dibeli pada waktu perbankan UOB Bank sahaja (9.30 pagi – 4 petang)

Page 48: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

48

Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i

Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkankemudahan pelaburan emas melalui akaun simpananemas yang dinamakan Kuwait Finance House GoldAccount (singkatan – KFH Gold Account-i).

KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuhsyariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur.

Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i bolehmengambil emas fizikal serta-merta setelah membuatpembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke KuwaitFinance House.

Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelaburmenyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.

Gambar: Risalah Akaun Emas KFH-i

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi dari Turki. Ketulenan emasini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%)

Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9

Page 49: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

49

Gambar: Jongkong emas KFH berketulenan 995.0

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan denganKuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).

Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.

Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda.

(contoh: Jika anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka andaboleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.

Harga belian dan jualan untuk KFH Gold Account-i.

Harga jualan dan belian KFH Gold Account-I boleh dilihatdi laman web http://www.kfh.com.my/kfhmb/

Sell = Harga jualan emas kepada pelabur.Buy = Harga belian emas oleh Kuwait Finance House

Page 50: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

50

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak bolehdibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH sama ada saya boleh buka sarung emas ini untukdigadaikan.

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapatbeberapa syarat yang dikenakan oleh KFH di antaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka.2. Sarungnya tidak boleh calar.3. Sarung emas ini tidak boleh bengkok.

Jika perkara-perkara di atas berlaku maka emas ini tidakakan diterima kembali oleh Kuwait Finance House.

Jadi, anda tidak boleh membuat teknik manipulasi emas(seperti teknik Ar-Rahnu) menggunakan jongkong emasKFH Gold Account-i.

Jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cumaboleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika hargaemas rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.

Pelaburan emas KFH Gold-I ini adalah lebih kepadamembeli emas, simpan dan jual semula bila harga emasnaik.

Saya telah membuka akaun KFH Gold Account-I denganpembelian minima 10 gram.

Memandangkan saya lebih suka menyimpan sendiri emas tersebut maka saya meminta untukmengeluarkan 8 gram emas fizikal. KFH memberikan sekeping jongkong 5 gram dan 3 kepingjongkong 1 gram.

Ini rupa jongkong emas-emas tersebut.

Gambar: Sekeping 5 gram dan 3 keping x 1 gram

Page 51: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

51

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Kuwait Finance House mempunyai cawangan yang terhad. Anda boleh melihat alamat dannombor telefon cawangan KFH di bawah. Saya cadangkan agar anda telefon terlebih dahulusebelum datang membeli emas di cawangan tersebut.

Kuala LumpurTingkat bawah, MenaraPrestige, 1, Jalan Pinang,P.O.Box 10103, 50450 KualaLumpur,

Tel: 03-2168 0570

Taman Permata

No.8 & 8A, Persiaran TamanPermata, Taman Permata,53300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4105 1024

Shah Alam

Ground Floor, No. 3 & 5,Jalan Plumbum S7/S, PusatKomersial Seksyen 7,Seksyen 7, 40000, ShahAlam,

Tel: 03-2168 0598

Kota Damansara

No 22A & 26, Ground Floor,Jalan PJU 5/20D, PusatPerdagangan KotaDamansara, The Strand PJU5, 47810 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia.

Tel: 03-6142 4442

Batu Pahat

No 1 & 3 Jalan Flora 3,Taman Flora Utama, 83000,Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Tel: 07-433 3110

Kota Bharu

Lot 549 (PT 210 & PT 211),Jalan Sultan Yahya Petra,Seksyen 21,15299 Kota Bharu, Kelantan,Malaysia.

Tel : 09-743 3877

Johor Bahru62, Jalan Molek 2/2,Taman Molek,81100 Johor Bahru.

Tel: 07-356 3100

Pulau PinangF-12A-1, F-12A-2, F12A-3,Lorong Bayan Indah 1,11900 Bayan Lepas,

Tel: 04-619 1600

Klang1 & 3, Jalan Bayu Tinggi 2B,Batu Unjur, 41200 Klang,Selangor Darul Ehsan,

Tel: 03-3326 5200

Kuching

Block Unit No. 11 (Ground &First Floor) and Unit No. 10(Ground Floor)Lot 125, 209 and Parts of Lot523, 208 & 481Jalan Satok, K.T.L.D93400 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-224 800

Kota Kinabalu

No 65, Wisma Great Eastern,Jalan Gaya,88000 Kota Kinabalu,Sabah.

Tel: 088-251 991

Page 52: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

52

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan.

2. Harga yang murah (kerana menggunakan emas 995.0)

3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.

4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i

1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanyamempunyai ketulenan 999.9

2. Spread sekitar 6.3% (sederhana tinggi)

3. Cawangan KFH yang terhad

4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika waktu pejabat KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)

5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.

6. Tidak boleh digadaikan kerana emas di laminate.

Ulasan penulis:

Jika anda mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan murah, KFH merupakan satu pilihanyang baik.

Ini kerana mereka menjual emas 995.0 yang lebih murah daripada kualiti emas pelaburan yangbiasa iaitu 999.9

Anda juga boleh mengeluarkan emas di dalam bentuk jongkong emas 1gram (bergantungkepada kesediaan stok)

Namun harus diingatkan, jika anda memerlukan pusingan modal dengan Ar-Rahnu, andamungkin akan menghadapi masalah untuk menggadaikan emas KFH kerana dibalut di dalamsarung plastik.

Page 53: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

53

Al Rajhi Bank Gold-i

Al-Rajhi Bank menawarkan pelaburan emas fizikal yangdipanggil Gold-i

Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse.Pelanggan boleh membeli emas dari berat 10 gram, 20gram, 50 gram, 100 gram, 500 gram dan 1 kg.

Anda boleh membaca mengenainya di laman web AlRajhi bank di sini:

http://www.alrajhibank.com.my/personal_gold_i.shtml

Syarat-syarat untuk menjadi pembeli gold-i.

1. Pemegang akaun individu/bersama (residen Malaysia atau bukan residen Malaysia) yangberumur 18 tahun keatas.

2. Akaun bukan individu (syarikat/koperasi) juga layak membeli emas.

3. Pembelian minima adalah 10 gram. Nilai tambahan pembelian adalah dalam gandaan 5gram.

4. Gold-i cuma boleh dibeli di 5 cawangan Al-Rajhi* iaitu di:

KL Main Affluent Centre, Ground Floor,East Block, Wisma Selangor Dredging,142-B, Jalan Ampang,50450 Kuala Lumpurtelefon: 03-2301 7299.

Bangsar Affluent Branch,Lot No. G02(East Wing),Ground Floor BRDB Tower,Bangsar Shopping Centre,59000 Bangsar, Kuala Lumpurtel: 03-2301 7000 Ext. 3452

Cawangan IpohGA-E-02 & GA-E-02ATingkat bawah dan tingkat 1Persiaran Greentown 4C,Pusat Perdagangan Greentown30450 Ipoh, PerakTelefon: 05-2490969

Sungai Petani77 tingkat bawah dan tingkat 1, JalanLagenda 1, Lagenda Heights08000 Sungai Petani, KedahTelefon: 04-4206111

Kota KinabaluLot 5, 6 dan 7, Tingkat BawahWisma MUISPeti Surat 1166688818 Kota Kinabalu, SabahTelefon: 088-252203/06/07

Page 54: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

54

Spread harga belian dan jualan Al Rajhi Bank Gold-i.

Berdasarkan pengiraan di atas spread untuk emas PAMP Suisse Gold-i adalah seperti berikut:

10 gram = 12.6% 20 gram = 11.10% 50 gram = 9.90% 100 gram = 9.40% 500 gram = 8.70% 1 kilogram = 8.3%

Kebaikan Al Rajhi Gold-i

1. Patuh syariah - Menawarkan emas fizikal kepada pelanggannya.

2. Menawarkan emas berjenama PAMP Suisse yang merupakan salah satu jenama emasterkemuka dunia.

Kelemahan akaun Al Rajhi Gold-i

1. Urus niaga beli dan menjual emas hanya boleh dilakukan pada waktu perbankan sahaja.2. Bilangan cawangan yang terhad3. Spread yang agak tinggi.4.

Nota penulis: Al Rahji Gold-i adalah produk yang patuh syariah. Namun dengan hanya5 cawangan di seluruh Malaysia, ia menghadkan peluang bagi mereka yang tinggaljauh dari cawangan Al-Rahji bank.

p/s: Dari masa ke semasa Al-Rajhi bank mungkin menambahkan bilangan cawangan. Sayanasihatkan anda untuk menelefon Al-Rajhi bank untuk bertanya tentang cawangan yangmenjual emas.

Page 55: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

55

Pelaburan emas melalui Public Gold Marketing Sdn. Bhd.(Public Gold)

Terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkansendiri jongkong emas, dinar emas, jongkong perak danbarang kemas untuk tujuan pelaburan.

Syarikat ini ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

Nama singkatannya ialah Public Gold.

Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Iniadalah alamat dan nombor telefon Public Gold.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (930830-K)Plot 21, Technoplex,Medan Bayan Lepas,Taman Perindustrian Bayan Lepas,Phase IV, 11900 Pulau Pinang.Tel: 04-6439999

Syarikat ini merupakan salah sebuah pengeluar dan penjual jongkong emas, syiling emas, dinaremas dan jongkong perak yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai produk keluaran PublicGold yang boleh dipilih oleh pelabur emas dan perak.

Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

Page 56: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

56

Anda boleh melawati laman web syarikat ini di www.publicgold.com.my atau laman facebooknyadi http://www.facebook.com/publicgoldinternational

Gambar: Laman web Public Gold

Page 57: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

57

Emas yang dijual oleh Public Gold.

Public Gold menjual jongkong emas 999.9 yang mempunyai akreditasi LBMA (London BullionMarket Association) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Jongkong emas Public Gold diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia dicetak oleh Nadir MetalRefinery, salah sebuah penulen emas terkemuka dunia yang merupakan ahli kepada LondonBullion Market Association.

Jongkong emas Public Gold bermula dari 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100gram dan 250 gram.

Ini adalah gambar-gambar jongkong emas Public Gold.

Gambar: Jongkong emas 1 gram (classic design)

Gambar: Jongkong emas 1 gram (belakang)

Page 58: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

58

Gambar: Jongkong emas 1 gram (tema perkahwinan)

Gambar: Jongkong emas 1 gram (tema happy birthday)

Gambar: Jongkong emas 1 gram (tema Chinese zodiak Goat)

Page 59: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

59

Gambar: Jongkong emas 5 gram

Gambar: Jongkong emas 10 gram

Gambar: Jongkong emas 20 gram

Page 60: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

60

Gambar: Jongkong emas 50 gram dan 100 gram

Gambar: Jongkong emas 250 gram

Page 61: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

61

Susutnilai untuk jongkong emas Public Gold.

Susutnilai bagi jongkong emas Public Gold adalah diantara 5% ke 8%.

Ini adalah jadual susutnilai bagi produk-produk keluaran Public Gold.

Bil. Nama Produk Susutnilai (%)1. Jongkong emas 10 gram 8%2. Jongkong emas 20 gram 7%3. Jongkong emas 50 gram 6.5%4. Jongkong emas 100 gram 6%5. Jongkong emas 250 gram 5%

Daripada jadual di atas, anda dapat lihat susutnilai emas semakin kecil apabila beratnyabertambah.

Kos premium.

Setiap produk Public Gold mempunyai premium. Untuk membeli emas Public Gold, anda perlumembayar harga emas semasa + nilai premium.

PG Sell PG BuyLBMA Gold Bar/Wafer 24K

10 gram RM 1,523.00 RM 1,401.00

20 gram RM 3,040.00 RM 2,827.00

Lihat jadual harga di atas. Katakan harga sekeping jongkong emas 10 gram adalah RM1523.00manakala premium untuk jongkong emas 10 gram adalah RM10 sekeping.

jika anda ingin membeli sekeping jongkong emas 10 gram, maka anda perlu membayarRM1523.00 (harga emas) + RM10 (premium) = RM1533.00 (jumlah bersih perlu dibayar).

Jadual premium produk Public Gold.

Ini adalah jadual premium bagi jongkong emas dan jongkong perak Public Gold.

Item

Kos premium seunit(semenanjung

Malaysia)

(RM)

Kos premium seunit(Sabah & Sarawak)

(RM)

Jongkong emas 1 gram 5 10Jongkong emas 5 gram 5 10Jongkong emas 10 gram 10 20Jongkong emas 20 gram 15 30Jongkong emas 50 gram 30 60Jongkong emas 100 gram 50 100Jongkong emas 250 gram 80 160Jongkong emas 1 kg 150 300Jongkong perak 500 gram 30 60Jongkong perak 1 kg 30 60

Page 62: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

62

Jongkong perak Public Gold

Selain daripada jongkong emas, Public Gold juga menjual jongkong perak 500 gram dan 1kg.

Jongkong perak ini adalah berstatus LBMA (London Bullion Market Association) keranadikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.

Harga belian dan jualan balik jongkong perak ini boleh dilihat di laman webwww.publicgold.com.my

Gambar: Jongkong perak 500 gram dan 1 kg Public Gold.

Page 63: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

63

Harga emas Public Gold.

Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikutharga emas dunia.

Jadi, anda berpeluang membeli dan menjual semula emas anda mengikut pergerakan hargaemas dunia. Anda boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold diwww.publicgold.com.my

Sistem harga live dan kemudahan tempahan emas secara online membolehkan anda membelidan menjual produk Public Gold 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Gambar: Harga emas semasa Public Gold di www.publicgold.com.my

Bagaimana melihat harga jualan dan harga belian balik Public Gold?

Anda boleh ke laman web www.publicgold.com.my dan melihat jadual harga di sana.

Terdapat 2 harga yang dipaparkan iaitu PG Sell dan PG Buy.

PG sell = harga emas yang dijual kepada anda.PG Buy = Harga belian Public Gold daripada anda.

Bila anda ingin membeli emas, lihat harga PG Sell.

Apabila anda ingin menjual balik emas kepada Public Gold, maka anda lihat harga PG Buy.

Page 64: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

64

Bagaimana cara membeli emas Public Gold?

Terdapat 3 cara membeli emas Public Gold:

1. Membeli terus daripada cawangan Public Gold.2. Membuat belian secara online daripada laman web www.publicgold.com.my3. Membeli menerusi agen Public Gold yang berhampiran tempat anda.

Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Cara termudah mendapatkan membuat pertanyaan atau membuat order ialah denganmenelefon terus ke pejabat Public Gold.

Pejabat Public Gold beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi – 6 petang), Separuhhari pada hari Sabtu (9.00 pagi – 1 tengahari). Kesemua cawangan ditutup pada hari Ahad ataucuti am.

Jika anda ingin membeli melalui telefon, anda hanya perlu telefon cawangan Public Gold yangberhampiran (lihat nombor telefon di dalam jadual di bawah), anda bercakap dengan staff PublicGold, item yang ingin anda beli.

Jika staff Public Gold bertanya kepada anda tentang introducer (orang yang memperkenalkananda kepada Public Gold, beritahu mereka yang anda tahu melalui Public Gold melalui penulisBuku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, En Syukor Hashim.

Gambar: Cawangan Public Gold di Sunway dan Melaka

Page 65: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

65

Ini adalah alamat, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Cawangan Nombor Telefon Alamat

Alor Setar, Kedah 04-7344 916No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, AlorSetar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful)

Sungai Petani, Kedah 04-4232 999No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan TamanPekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)

Bukit Jambul, Penang 04-644 999912E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bishop, Penang 04-261 999 No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.

Ipoh, Perak 05-2428 999 No.26 Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.

Petaling Jaya, Selangor 03-56348 99942A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) MentariBusiness Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya.(di atas Royal Safe Deposit Box)

Kajang, Selangor 03-87349916No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor DarulEhsan.

Ampang, KL 03-42579 91698A & 98B, Lorong Mamanda 2, Ampang PointBatu 41/2, Jalan Ampang, 68000 Ampang(Bersebelahan Habib Jewel Ampang point)

Seremban, N.Sembilan 06-6782 916152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang,Jalan Taman Komersil Senawang 1, TamanKomersil Senawang, 70450 Seremban, NegeriSembilan.(Berhampiran Bank Rakyat Taipan Senawan)

Melaka 06-3175 499No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, TamanMelaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.(sebelah Perodua)

Johor Bahru 07-2358 999No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, TamanPerling, 81200 Johor Bahru, Johor.(Bersebelahan 7 eleven taman Perling)

Kota Bharu 09-746 2999Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000Kota Bharu, Kelantan.(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)

Kuala Terengganu,Terengganu.

09-626 399916A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200Kuala Terengganu.(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)

Kuantan,Pahang 09-567 8916A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250Kuantan, Pahang.(Sebelah Maybank Jalan Beserah)

Kuching, Sarawak 082-259 916Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus CommercialCentre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.(Sebelah Maybank Jalan Satok)

Kota Kinabalu, Sabah 088-447 916Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2ndFloor, Lorong Plaza Permai 1, Along JalanSulaman, Kota Kinabalu, Sabah(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

Page 66: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

66

Membuat belian secara online melalui laman web www.publicgold.com.my

Selain membeli emas daripada agen atau menelefon pejabat Public Gold anda juga bolehmembuat tempahan produk Public Gold secara online. Ini adalah cara termudah dan terbaiksekiranya anda mempunyai talian internet.

Ia membolehkan anda membuat belian 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ia sangatmemudahkan pelabur-pelabur emas.

Sebelum membuat belian secara online, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu. Untukregister akaun anda perlu ke www.publicgold.com.my . Kemudian klik menu Order dan klikRegister (contoh di dalam gambar dibawah)

Selepas itu anda perlu masukkan butiran-butiran yang diperlukan.

Untuk bahagian nama, letakkan nama penuh anda mengikut IC. Pada bahagian Introducer,letakkan PG000012, Introducer name: Syukor Hashim, Introducer Mobile: 013-2126999

Page 67: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

67

Selepas anda memasukkan kesemua butiran berkenaan, anda klik butang “Register”. Selepasitu anda akan mendapat mesej ini:

Page 68: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

68

kemudian anda perlu pergi ke email anda (email yang anda masukkan ketika mendaftar akaun)dan klik “link pengaktifan” di dalam emel tersebut.

Selepas anda klik link tersebut maka akaun anda telah diaktifkan! Tahniah anda sudah bolehmembuat belian secara online.

p/s: Anda perlu membuat pembelian dalam tempoh 48 jam dari masa anda mengaktifkan akaunonline anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian maka akaun ini akan dihapuskan dan andaperlu mendaftar semula akaun ini. Jika anda menempah produk dalam tempoh 48 jam makaanda akan mendapat akaun yang berstatus tetap (permanent customer account)

Untuk membuat belian, anda perlu ke laman web www.publicgold.com.my dan klik menu order.

Page 69: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

69

Kemudian masukkan username dan password andaseperti yang anda terima di dalam email.

Dalam kes ini:

Username = TEMP024877Password = 12345

Kemudian tekan butang Login.

Selepas itu sekali lagi anda pergi ke menu Oder klik Place Order (lihat gambar dibawah)

Selepas itu anda akan sampai ke menu Order Placement. Di sini anda boleh memilih sebarangproduk yang anda inginkan. Letakkan kuantiti produk yang anda inginkan di ruangan Quantity.

Page 70: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

70

Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu Full Payment(bayaran penuh) atau pun Easy Payment Purchase (bayaran secara ansuran 4 bulan).

Page 71: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

71

Apa itu easy purchase?

Easy purchase adalah pembelian emas secara ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold. Iamembolehkan pelanggan membeli emas pada harga semasa dengan bayaran ansuran 4 bulan.

Anda boleh membuat Easy Purchase untuk pembelian bernilai RM500 ke atas.

Jika anda memilih Easy Payment Purchase, anda hanya perlu membayar 25% daripada jumlahbelian selama 4 bulan.

Pembelian secara easy purchase akan dikenakan kos pengurusan (admin fee) 0.5% daripadanilai belian. 0.5% ini anda perlu bayar pada bulan pertama. Bulan seterusnya, anda cuma bayar25% nilai belian sehingga bulan ke empat.

Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di bawah.

Saya telah membeli jongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00. Admin Fee ialahRM85.00. Bayaran bulanan ialah RM4232.00. Jumlah keseluruhan ialah RM17,013.00.

Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee)manakala bulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja.

Gambar: Contoh sales order bagi pembelian secara Easy Payment Purchase

Page 72: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

72

Setelah berjaya membuat tempahan secara online, anda akan mendapat CSO xxxxxx (CustomerSales Order). Tahniah! Anda sudah berjaya membuat tempahan online.

Gambar: Contoh Customer Sales Order (untuk tempahan online)

Selepas itu, di dalam tempoh 24 jam Public Gold akan menghantar Sales Order yang muktamadke email anda. Public Gold mungkin akan menghubungi anda melalui telefon untukmengesahkan tempahan online anda.

Selepas menerima sales order melalui email, barulah anda buat pembayaran ke akaun bankPublic Gold di dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya bank tutup maka anda boleh buat pembayaran pada hari berikutnya. Jika adamasalah sila berhubung dengan cawangan Public Gold yang berhampiran melalui telefon atauemail.

Page 73: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

73

Ini adalah contoh email daripada Public Gold. Sales order anda akan diletakkan di dalamlampiran. Biasanya bentuk sales order dan jumlah belian adalah sama nilainya dengan OnlineCustomer Sales Order.

Gambar: Sales Order yang muktamad akan dihantar ke email anda.

Page 74: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

74

Kelebihan membeli emas Public Gold.

1. Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, anda bolehmendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baikkerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh.

2. Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah berbanding harga di kedai emas.

3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.9)

4. Spread yang kecil (antara 5.5% ke 8% untuk jongkong emas, 5% ke 6% untuk dinaremas, 15% untuk barang kemas)

5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkannya dengan mudahdengan menghubungi agen yang berhampiran tempat tinggal anda.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesancalar, gores, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

Page 75: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

75

Public Gold Gold Accumulation Program – Peluang memulakansimpanan emas dengan modal yang serendah RM100.

Jika anda mencari-cari peluang untuk memulakan pelaburan emas dengan modal serendahRM100, anda pasti berminat dengan Program Pengumpulan Emas (Gold Accumulation Program)

Program ini bertujuan memudahkan anda untuk membuat simpanan emas 999.9 dengan modalserendah RM100 atau minima 1 gram sahaja.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawanganPublic Gold di seluruh negara.

Ciri-ciri dan Kelebihan :

Anda boleh membuat pembelian emas dengan nilai minimum RM100 atau 1 gramsahaja.

Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg.0.0001gm).

Disokong 100% oleh emas fizikal Tiada yuran simpanan Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja Diaudit oleh juruaudit bebas Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Panduan: Bagaimana anda boleh membuka akaun GAP?

1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas.2. Anda juga boleh membuka akaun GAP anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)

Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my

Sebelum membuka akaun GAP, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membuka akaundengan nilai RM100 atau 1 gram emas (pilih salah satu).

Kemudian, baru anda lihat harga emas semasa GAP di laman web Public Gold di laman webwww.publicgold.com.my

Contoh jadual harga GAP:

Daripada jadual harga GAP di atas, jika anda memilih untuk membuka akaun GAP denganRM100, maka anda akan mendapat 0.7042 gram emas.

Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membuatpembayaran sebanyak RM142.

Soalan: Boleh tak anda buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram?Jawapannya BOLEH.

Page 76: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

76

Langkah 2:- Buat Pembayaran kepada Public Gold

Anda buat pembayaran ke dalam mana-mana akaun bank Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank: MaybankNombor akaun: 557139238048

ATAU

Bank: Public Bank BerhadNombor akaun: 3167-52-0833

Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat peribadi anda kepadaPublic Gold

Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 6 maklumat berikut:

1. Nama penuh anda seperti di dalam IC2. Nombor kad pengenalan3. Email anda4. Nombor telefon anda5. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘tiada akaun PG’6. Letakkan introducer GAP anda: Syukor Hashim PG000012

Emailkan kepada [email protected] dan cc email tersebut [email protected] dan [email protected]

Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda

Public Gold akan memproses akaun GAP anda dalam masa 48 jam dari tempoh penerimaanemail pembayaran.

Kemudian anda akan menerima SMS dari Public Gold seperti di bawah. SMS ini menandakanpendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.

Kemudian anda akan menerima email daripadaPublic Gold yang mengandungi dokumenpembelian GAP anda.

(p/s: Jika anda tidak menerima email dari PublicGold, sila call/whatsapp Public Gold GAP helplinedi talian 017-4866 916)

Page 77: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

77

Di bawah ini, saya akan berikan 2 contoh dokumen pembukaan akaun GAP:

1. Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM1002. Pembukaan emas GAP di dalam bentuk gram

Contoh 1: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

Page 78: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

78

Contoh 2: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

Page 79: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

79

Proses pendaftaran akaun GAP anda telah selesai. Pada tahap ini anda sudah mempunyai PGCode (Customer Account Code) dan dokumen pembelian emas GAP anda.

Panduan: Bagaimana cara membuat penambahan emas GAP?

Anda boleh menambah nilai emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikutkemampuan.

Ini kerana GAP adalah program penyimpanan emas emas secara berterusan.Akaun GAP TIDAK ADA tarikh luput.

Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my

Anda boleh lihat harga emas semasa GAP di dalam jadual.

Harga GAP dipaparkan di dalam 2 format iaitu RM100 = berat emas atau RMxxx = 1.0000 gramemas.

Contoh jadual harga GAP:

Daripada jadual diatas, dengan RM100, anda akan membeli emas sebanyak 0.7042 gram.

Jika anda ingi top-up 1 gram, maka anda perlu membayar RM142.

Contoh: Jika anda ingin membeli sebanyak 3 gram emas, maka anda perlu membuat pembayaransebanyak RM426.00

Langkah 2: Memilih kaedah pembayaran dan membuat pembayaran.

Anda boleh membuat penambahan GAP melalui perbankan internet, deposit di kaunter bank,mesin deposit tunai, pemindahan ATM, cek, arahan tetap bulanan, bayaran tunai di cawanganPublic Gold atau trade in emas terpakai ( di cawangan Public Gold).

Anda boleh menambah akaun GAP anda melalui 2 cara iaitu minima RM100 atau dalam gandaanRM50 ataupun menambah mengikut nilai gram emas.

Nota : Nilai tambahan minima untuk GAP adalah RM100 dan di dalam gandaan RM50 (contohnyaRM100, RM150, RM200, RM250). Tiada had maksima untuk pembelian GAP.

* Nilai tambahan minima untuk pembelian berdasarkan gram adalah 1 gram dan dalam gandaan1 gram.

Page 80: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

80

Langkah 3: Buat Pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold.

Buat pembayaran mengikut nilai yang anda ingini ke dalam akaun Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank : Maybank Bank :Public Bank BerhadNombor akaun: 557139238048 Nombor akaun: 3167-52-0833Swift nombor : MBBEMYKL Swift nombor : PBBEMYKL

*Cek pantas tidak diterima

*Lihat contoh resit bank in di akhir tajuk ini.

Langkah 4: Maklumkan butiran pembayaran kepada Public Gold

Selepas bank in, sila maklumkan kepada Public Gold untuk pengesahan.

1. E-melkan bukti pembayaran GAP anda kepada [email protected] dan cc emailtersebut kepada [email protected] dan [email protected] atau fakskanke nombor 04-646 4916

2. Anda juga boleh whatsapp gambar bukti pembayaran kepada GAP helpdesk di talian017-4866916. Pastikan gambar tersebut jelas dan tidak kabur.

2. Jika anda tidak mahu menggunakan email, anda boleh gunakan SMS/WhatsApp/WeChatuntuk menghantar maklumat pembayaran. Taipkan: Kod PG anda<jarak>BELIGAP<jarak>Jumlah Tempahan <jarak> (Tarikh & Masa Pembayaran) dan hantar kepada012-3876916 (GAP helpdesk)

Contoh:

Pelanggan sedia adaDengan Kod PG : PG 000000 BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 12:34:56)(jika belian gram) PG 000000 BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 12:34:56)

Jika anda pelanggan baru, formatnya adalah seperti berikut:

Pelanggan Baru : PG NEW BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 23:45:59)(jika belian gram) PG NEW BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 23:45:59)

*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

Langkah 5: Kemaskini Penyata GAP anda:

I. Akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam selepas bukti pembayarandisahkan oleh Public Gold.

II. Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan.

Page 81: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

81

Langkah 6: Cara-cara pengeluaran emas fizikal @ menjual emas daripada akaun GAP

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal melalui akaun GAP anda di mana-mana cawangan PublicGold di seluruh Malaysia.

Minima pengeluaran adalah 1 gram (tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAPanda)

Contoh: Sekiranya akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, maka anda boleh mengeluarkan10 gram emas fizikal.

Anda boleh memilih sebarang jenis jongkong emas Public Gold bermula dari minima 1 gram, 5gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kg).

Kos premium akan dikenakan untuk pengeluaran emas fizikal.

Sama seperti pembelian emas fizikal Public Gold, pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAPjuga tertakluk kepada kos premium.

Ini adalah jadual kos premium:

ItemKos premium seunit

(semenanjung Malaysia)(RM)

Kos premium seunit(Sabah & Sarawak)

(RM)Jongkong emas 1 gram 5 10Jongkong emas 5 gram 5 10Jongkong emas 10 gram 10 20Jongkong emas 20 gram 15 30Jongkong emas 50 gram 30 60Jongkong emas 100 gram 50 100Jongkong emas 250 gram 80 160Jongkong emas 500 gram 100 200Jongkong emas 1 kg 150 300

Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkanemas fizikal sebanyak 10 gram.

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, makapremium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50.

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, makapremium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, makapremium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10

*p/s: Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

Page 82: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

82

Langkah 7: Bagaimana Menjual Semula Emas Fizikal Public Gold?

Anda boleh menjual semula emas fizikal Public Gold di mana-mana pejabat Public Gold diseluruh Malaysia atau menjualnya kepada agen-agen yang berhampiran.

Harga belian balik adalah berdasarkan kepada harga emas semasa di www.publicgold.com.my

Langkah 8: Pengeluaran tunai daripada GAP.

Selain daripada pengeluaran emas fizikal, anda boleh menjual emas GAP dan mendapatkantunai. Harga jualan adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Pengeluaran tunai (berdasarkan kepada harga belian Public Gold jam 12 tengah malam padahari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul).

Caranya:

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada+6017-486 6916.

Contoh:Dengan kod PG : PG 000000 JUAL GAP 100gram

-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.

-Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengahmalam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14.

*Pembayaran di bawah keadaan pasaran yang normal.

Langkah 9: Menyemak rekod pembelian dan jualan akaun GAP anda.

Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu penyata akaun online bagi memantauurusniaga belian dan jualan GAP anda.

Untuk mendapatkannya username dan password akaun GAP anda, sila telefon cawangan PublicGold berhampiran.

Ia membolehkan anda melihat rekod belian dan jualan GAP anda secara online di laman webwww.publicgold.com.my

Page 83: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

83

Rekod transaksi GAP ini boleh dilihat dalam bentuk penyata bulanan.

Gambar: Penyata online GAP.

Page 84: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

84

Dengan GAP, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Jika anda menyimpan emas sedikit-sedikit, percayalah, lama-lama ia akan menjadi bukit.

Contohnya, jika sebulan anda simpan 1 gram emas, setahun anda dah ada 12 gram, kalausimpan secara konsinten selama 2 tahun, maka anda dah ada 24 keping (seperti gambar dibawah)

Bestkan? Inilah kelebihan GAP.

Anda tak perlu beli emas dengan nilai yang besar.

Memadai dengan kemampuan yang anda ada, samada RM100 atau 1 gram.

Anda boleh mulakan simpanan sekarang!

Nota penulis: Jika anda mencari kaedah membuat pelaburan emas yang

1. Murah2. Boleh mengeluarkan emas fizikal.3. Boleh dibuat secara online tanpa perlu keluar dari rumah.

GAP adalah salah satu kaedah terbaik.

Page 85: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

85

Pelaburan emas melalui Dinar Emas.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas anda juga boleh membuat pelaburan emasmelalui dinar emas. Dinar emas mula mendapat perhatian kerana ia dipopularkan oleh kerajaannegeri Kelantan.

Antara dinar emas yang dijual di Malaysia ialah Dinar Emas Public Gold dan Dinar Emas Kelantan

Dinar emas Public Gold

Dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam bentuk ½ Dinar (berat 2.125 gram), 1 Dinar (berat4.25 gram), 5 dinar (berat 21.25 gram) dan 10 dinar (berat 42.50 gram). Kesemua Dinar EmasPublic Gold mempunyai ketulenan 999.9 (24 karat).

Dinar emas ini juga diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana mempunyai sijil LBMA (LondonBullion Market Association).

Cara membeli Dinar Emas Public Gold.

Untuk mendapatkan Dinar Emas Public Gold, anda boleh lihat harga dinar emas ini di laman webwww.publicgold.com.my . Kemudian, anda perlu membayar harga Dinar semasa + premium(lihat jadual dibawah).

Contoh pengiraan harga: Harga semasa 1 Dinar ialah RM633 + premium RM5 = RM638

Gambar: Contoh harga Dinar Emas Public Gold dan premiumnya.

Kelebihan dinar emas Public Gold adalah harganya yang murah, kualiti emas 999.9,susutnilainya rendah (antara 6.5% - 8% sahaja) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Spesifikasi dan gambar dinar emas Public Gold

Gambar: ½ Dinar

Item Premium(Semenanjung)

Premium(Sabah/sarawak)

½ Dinar RM5 RM101 Dinar RM5 RM105 Dinar RM15 RM3010 Dinar RM30 RM60

Page 86: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

86

Gambar: 1 dinar (depan)

Gambar: 1 dinar (belakang)

Page 87: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

87

Gambar: 5 dinar (depan dan belakang)

Gambar: 10 dinar (depan dan belakang)

Page 88: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

88

Dinar Emas Kelantan.

Dinar emas Kelantan versi terbaru telah dilancarkan pada 12 Ogos 2010. Laman web DinarEmas Kelantan ialah http://kgt.com.my/ (Kelantan Golden Trade)

Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah ½ dinar, 1 dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 dinar. Iaberketulenan 22 karat (916)

Gambar: Dinar Emas Kelantan

Denominasi Gambar Spesifikasi

1/2 Dinar2.125 gram Berat16 mm Diameter

1 Dinar4.250 gram Berat21 mm Diameter

2 Dinar8.500 gram Berat22 mm Diameter

5 Dinar21.25 gram Berat25 mm Diameter

8 Dinar34.00 gram Berat32 mm Diameter

Gambar: Senarai produk dinar Kelantan

Page 89: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

89

Bagaimana anda boleh membeli Dinar Emas Kelantan?

Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di Ar-rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ataupun melalui wakalah yang dilantik oleh KelantanGolden Trade atau secara online di http://kgt.com.my/.

Ini adalah sebahagian daripada cawangan Ar-rahn PKB di seluruh Malaysia.

Ar-Rahn Kota Bharu 2Lot 1007, Tingkat Bawah,Bangunan Hotel Raudah,Jalan Maju, 15000 KotaBharu, Kelantan. Malaysia.

Tel : 09-7414322Faks : 09-7414320

Ar-Rahn Kota BharuPT 95, Seksyen 7, JalanTemenggong, 15000 KotaBharu, Kelantan, Malaysia

Tel: 09-741 4400Faks : 09-741 4409

Ar-Rahn Rantau PanjangNo. 181, Tingkat Bawah,Jalan Besar, Lubok Stol,17200 Rantau Panjang,Kelantan, Malaysia.

Tel: 09-795 3949Faks : 09-795 0599

Ar-Rahn KajangNo. 10 Jalan Raja Harun43000 KajangSelangor

Tel: 03-87361517Faks: 03-87367552

Ar-Rahn Raja LautNo. 44G, Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26933433Faks : 03-26933431

Ar-Rahn RawangNo. 49, Jalan Maxwell,48000 Rawang, Selangor.

Tel : 03-60928441Faks : 03-60928429

Anda juga boleh membeli dinar emas Kelantan secara online di http://kgt.com.my/shop/

Kebaikan dinar emas:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru hendak bermula.

2. Boleh digadaikan di Ar-rahn.

Kelemahan:

1. Sukar dibeli kerana tidak semua negeri di Malaysia mempunyai Ar-rahn dinar emasKelantan. Wakalah juga adalah terhad.

2. Harga belian balik dinar tidak dinyatakan. Anda perlu menghubungi Ar-Rahn atauwakalah untuk bertanya harga jualan balik.

Page 90: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

90

Membeli jongkong emas di kedai emas.

Terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, PohKong, Wah Chan dan Tomei.

Antara jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas adalah:

1. PAMP Suisse2. Poh Kong Bunga Raya3. Jongkong emas Wah Chan4. Jongkong emas Tomei

Namun saya tidak menggalakkan anda membeli emas pelaburan dari kedai emas. Anda bolehmembaca 3 kajian kes di bawah mengenai kenapa saya tidak menggalakkan anda membelijongkong emas di kedai emas.

Jongkong emas PAMP Suisse

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metalsproducts).

PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemukadunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua goldbar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkongPAMP Suisse dengan sijil berwarna putih atau merah jambu. Jongkong emas PAMP Suisse bolehdibeli di Habib Jewel, Wah Chan, Tomei dan sesetengah kedai emas.

Page 91: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

91

Gambar 4 : PAMP Suisse 100 gram.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

Page 92: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

92

Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei.

Kedai Emas Poh Kong, Wah Chan dan Tomei ada menjual jongkong emas keluaran merekasendiri. Bagi Poh Kong, ia dikenali sebagai Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjutdengan melawati laman web syarikat berkenaan di:

http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

Biasanya jongkong emas di kedai emas dijual di dalam bentuk 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20gram, 50 gram dan 100 gram. Memandangkan stok jongkong emas adalah terhad andadisarankan membuat panggilan telefon dan bertanya tentang stok terlebih dahulu sebelum kekedai emas tersebut.

Gambar: Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya

Gambar: Jongkong emas Wah Chan

Page 93: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

93

Gambar: Jongkong emas di kedai emas TOMEI

Kebaikan

1. Anda boleh membeli menggunakan kad kredit.

2. Lokasi kedai emas biasanya lebih berhampiran dengan tempat tinggal anda.

3. Ada sesetengah kedai emas menawarkan skim belian emas menggunakan kad kreditsecara ansuran selama 12 bulan tanpa faedah.

Keburukan

1. Harga emas yang dijual adalah tinggi

2. Biasanya mempunyai kos workmanship. Anda perlu semak dengan kedai tersebut.

3. Spread yang sangat tinggi (18% ke 30%)

4. Jongkong Emas Lady Fortuna, Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei diletakkan didalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi ia tidak boleh gadaikan. Kalau andabuka juga sarung plastik tersebut maka kedai emas akan tolak harga yang tinggisewaktu anda hendak menjual semula emas tersebut, biasanya 25% ke 30%.

Page 94: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

94

3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.

Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untukmemaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.

Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:

1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa.Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation ofGoldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/

2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%.

3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, WahChan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastiktersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebutakan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%)

4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanshipcost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkanworkmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akanmengurangkan kos workmanship.

Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedaiEmas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram.

Gambar : Kedai Emas Poh Win di Melaka

Page 95: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

95

Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse saya

Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telahmembuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna di dalam plastiknya.

Page 96: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

96

Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse yang telah dibuka.

Ini kerana dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu maka saya boleh meminjam wang daripadaAr-Rahnu dan kemudian invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

Untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik katKedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 - Melaka

“Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..“Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual PohWin”“I see… jadi you all akan tolak 18% la…“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…

Pergh… buka salutan plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 - Melaka

Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…

“Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”“Alamak! kenapa banyak sangat” saya tanya. Terkejut dibuatnya …“Ooo… kalau buka plastik kita kira emas terpakai" jawab jurujual berkenaan.

Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira emas terpakai.

Lepas tu kena tolak 25%. Memang rugi banyak.

Page 97: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

97

Kajian kes 2: Susutnilai Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya.

Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban,nak beli gelang kat isteri… jadi waktu isteri sibuk memilihgelang, saya tanya sales girl mengenai gold bar BungaRaya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yangberatnya 20gram (harga RM2600)

“Gold bar nie kalau jual balik berapa peratus kenapotong?” saya bertanya.

“Oh.. ini potong dalam 11% encik..” jawab sales girltersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian danjualan gold bar.

“Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akanambil balik tak?” saya tanya lagi..

“Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira emas terpakai.“kami akan tolak 25%” jawab sales girl tersebut.

Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik pembalut boleh menyebabkan susutnilai emas daripada11% kepada 25%” Memang rugi beli emas kat kedai emas ini.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…

Kalau tak boleh buka salut plastik emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas andadi Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan menguji emas anda menggunakan mesin densimeter. Andaterpaksa membuka salut plastik emas anda.

Kajian kes 3: Manipulasi kos workmanship (upah tukang).

Salah satu kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas ialah mereka bolehmemanipulasikan harga emas yang perlu anda bayar dengan cara menambah ataumengurangkan upah tukang (workmanship cost).

Dengan kata lain, lain anda mungkin tidak sedar bahawa kos upah tukang akan mempengaruhiharga keseluruhan emas anda.

Ini kerana, apabila anda membeli emas di kedai emas maka ia akan melibatkan 2 kos iaituharga emas semasa + kos upah tukang.

Jumlah kos = Harga emas semasa + kos workmanship (upah tukang)

Kedai emas akan memberi tahu anda bahawa kos workmanship adalah bergantung kepada rekabentuk barang kemas tersebut. Namun, kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik,kedai emas akan menurunkan kos workmanship.

Akan tetapi apabila harga emas menurun maka mereka akan menaikkan kos workmanshipwalaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama.

Page 98: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

98

Saya ingin berkongsi pengalaman membeli 2 keping jongkong emas PAMP Suisse 1 Oz di kedaiemas yang sama. Sekeping dibeli pada 21 Mei 2008 dan sekeping lagi dibeli pada 21 Jun 2008.

Saya dapati, kos workmanship bagi emas yang sama adalah berbeza. Pada 21 Mei 2008 – kosworkmanship adalah RM122.30 untuk 1 Oz PAMP Suisse manakala pada 21 Jun 2008 kosworkmanship untuk 1 Oz PAMP Suisse adalah RM97.90 (perbezaan RM24.40)

Ini jelas menunjukkan bahawa kedai emas boleh memanipulasikan kos workmanship untukmenambahkan keuntungan mereka. Ini merugikan pelabur yang membeli jongkong emas dikedai emas.

Gambar: Harga emas RM107 segram dan workmanship RM122.30

Gambar: Harga emas RM111 segram dan workmanship turun kepada RM97.90

Kesimpulan

Daripada 3 kes di atas, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas dari kedaiemas. Ini kerana terdapat banyak kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas.

Ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama sebelum mendapat keuntungan daripadapelaburan emas anda.

Page 99: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

99

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Barang kemas merupakan satu cabang pelaburan emas. Ia diminati oleh kaum wanita. Inikerana barang kemas boleh dipakai sebagai perhiasan. Bagi kaum wanita ia lebihmenyeronokkan daripada membeli dan menyimpan jongkong atau syiling emas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yangmenguntungkan?”

Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan jugamenguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbandingmembeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”.

Sebab utamanya ialah susutnilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25% ke 40%).

Jadi, jika anda ingin membuat keuntungan melalui pelaburan barang kemas maka anda perlumemilih barang kemas terbaik. Ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan melaluibarang kemas tersebut.

Kelebihan dan kelemahan membuat pelaburan melalui barang kemas.

Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 2 perkara iaitu:

1. Kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.2. Kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas.

Page 100: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

100

Kelebihan barang kemas.

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.

2. Kelebihan daripada segi zakat emas (sila rujuk bab zakat emas dan perak).

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal.

Gambar: Institusi Ar-Rahnu menerima barang kemas untuk gadaian.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat). Andaboleh membaca kajian kes di bawah untuk maklumat yang lebih jelas.

Gambar: Graf peningkatan harga emas sepanjang 5 tahun (2006-2011)

Page 101: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

101

Kajian kes: Rantai tangan dibeli pada tahun 2007. Berapa nilainya sekarang?

Kajian kes: Rantai tangan di atas adalah milik emak saya. Ia dibeli pada 8 April 2007. Beratnyaadalah 79.06 gram dan berharga RM6400. Rantai tangan ini dipakai sebagai perhiasan harian.

Harga ketika itu = RM6400/79.06 gram= RM80.95 segram.

Bandingkan dengan harga emas hari ini yang menjangkau RM155 se gram.

Dengan kata lain, walaupun emas ini dibeli untuk tujuan pemakaian seharian, emak saya bolehtersenyum kerana nilai rantai tangan ini telah mencecah RM12,254.00

Jadi, simpanan emas adalah menguntungkan untuk jangkamasa panjang.

Page 102: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

102

Kelemahan barang kemas.

1. Harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM.

2. Ada kos upah tukang. Upah ini pula bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut.Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.

3. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)

4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek).

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Inikerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.

6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Inikerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batupermata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.

Bagaimana memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas.

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tip dengan anda semua, cara-cara memaksimumkankeuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduanini.

Tip 1: Selidik sama ada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM(www.fgjam.org.my). Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun ada kedai emasyang menjual emas di bawah harga FGJAM. Yang penting anda perlu bertanya.

Gambar: Ini harga FGJAM. Pilih kedai yang menjual di bawah harga FGJAM.

Tip 2: Selidik kos upah tukang untuk reka bentuk kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudiananda boleh tawar-menawar untuk mendapat harga upah terbaik.

Katakan anda sukakan buah loket di bawah, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukanguntuk reka bentuk tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang di antara satu kedai dankedai lain adalah jauh berbeza walaupun reka bentuk adalah sama (sehingga 100% perbezaan).

Jadi, kalau kos upah tukang lebih murah maka anda akan lebih jimat. Contoh untuk buah loketdi bawah, ada kedai emas cas upah tukang sebanyak RM60 dan ada kedai cas RM120.

Page 103: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

103

Gambar: Upah tukang bagi buah rantai ini berbeza di antara satu kedai dengan kedaiyang lain. Anda perlu survey di beberapa buah kedai.

Tip 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas untuk barangkemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas di bawah gred 916 (contohnya 20karat atau 18 karat).

Gambar: Pilih barang kemas dengan kualiti 916.

Page 104: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

104

Tip 4: Pilih rekabentuk yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Kalau anda membeli barangkemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang lebih tebal dan kasar.

Elakkan reka bentuk yang nipis @ halus. Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halusatau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok danpatah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudahtak ceria lagi. Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.

Gambar: Contoh rantai leher dengan reka bentuk yang tebal dan padu.

Page 105: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

105

Gambar: Contoh reka bentuk emas yang nipis. Elakkan!

Gambar: Contoh gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

Satu lagi kelebihan reka bentuk emas yang padu ialah ia boleh memberikan bacaan ketumpatanyang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok keranaboleh mendapat pinjaman daripada Ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas yang tepat.

Page 106: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

106

Gambar: Reka bentuk yang padu memberikan bacaan ketumpatan yang tepat.

Tip 5: Pilih reka bentuk tanpa sebarang batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekalimembeli barang kemas di bawah gred 916 dan ada batu permata. Ini kerana barang kemasyang mempunyai batu permata tidak boleh diuji menggunakan mesin densimeter. Kemudianapabila anda jual balik kedai emas akan mentafsirkan nilai barang kemas anda berdasarkanberat emas sahaja.

Gambar: Contoh cincin yang disulam batu permata. Elakkan!

Tip 6: Pilih kedai yang boleh membeli balik emas mereka dengan nilai yang lebih baik.Walaupun susutnilai di kedai emas adalah antara 25% sehingga 40%

Namun tidak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan jika mereka membelibalik barang kemas mereka dengan harga yang lebih baik.

Anda boleh mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal mungkinperlu disertakan semasa menjual balik)

Page 107: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

107

Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, anda boleh membuat pelaburan

emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Akaun simpanan emas biasanya

ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia.

Di antara bank-bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas ialah:

1. Public Bank : Gold Investment Account (PBGIA)

2. Maybank : Gold Investment Account (MGIA)

3. Kuwait Finance House: Gold Investment Account (KFHGIA-i)

4. UOB Bank : Akaun Simpanan Emas

5. CIMB Bank : Akaun Simpanan Emas

6. Al-Rajhi Bank: Gold-i

7. Standard Chartered: Pelaburan Emas Matawang Premium

8. HSBC : Akaun Simpanan Emas

9. RHB Bank: Akaun Pelaburan Logam Berharga Berbilang Matawang.

Dengan membuka akaun simpanan emas pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya

kuantiti emas yang dibeli dan dijual akan direkodkan di dalam buku simpanan berdasarkan

harga emas semasa.

Jika anda mahu mengeluarkan emas fizikal maka pihak bank mungkin akan mengenakan

beberapa syarat atau cas-cas tambahan. Ada juga bank yang tidak menawarkan kemudahan

pengeluaran emas fizikal untuk akaun simpanan emas mereka.

Baiklah, saya akan huraikan satu persatu akaun simpanan emas dari bank-bank ini.

Page 108: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

108

Public Bank: Gold Investment Account (PBGIA)

Pengenalan.

Public Bank menawarkan akaun simpanan emasyang dipanggil Gold Investment Account (GIA).

Pelabur akan membeli emas dengan kualiti 999.9dan berdasarkan harga emas semasa dunia.

Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknyajumlah pembelian emas akan dicatatkan di dalambuku akaun GIA.

Anda boleh membuka akaun ini di mana-manacawangan Public Bank di seluruh Malaysia.

Laman web Public Bank GIA ialah:https://www.pbebank.com/Personal-

Banking/Invest/Gold-Investment-Account/Features.aspx

Syarat-syarat membuka dan kos permulaan akaun PBGIA.

1. Individu berusia 18 tahun keatas sahaja (sendiri atau bersama)

2. Pembelian minima 5 gram emas. Jika anda ingin menambah pelaburan emas anda,minima tambahan ialah 1 gram dan dalam gandaan 1 gram.

3. Baki minima emas di dalam akaun adalah 10 gram. Jika baki simpanan emas kurangdaripada 10 gram pada 31 Disember maka pelabur akan dikenakan bayaran servissebanyak RM10 setahun.

4. Jika buku GIA hilang, bayaran penggntian buku baru adalah RM10 + kos duti setemRM10.

5. Sebelum membuka akaun GIA anda MESTI mempunyai akaun simpanan Public Bank.Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu.Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang anda boleh pilih iaitu akaun simpanan biasa atauakaun semasa.

Kemudahan membeli dan menjual emas melalui www.PBeBank.com

1. Bagi mereka yang mempunyai akaun perbankan internet Public Bank, anda bolehmenggunakan kemudahan perbankan internet Public Bank (www.pbebank.com) untuk aktivitimembeli dan menjual emas.

2. Kemudahan ini dibuka mulai jam 9.30 pagi sehingga jam 4.45 petang, Isnin sehingga Jumaatapabila bank dibuka untuk berurusniaga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Anda perlu mendaftarkan akaun GIA anda dengan perbankan internet Pbebank.com sebelumboleh berurusniaga.

4. Minima transaksi belian dan jualan adalah 1 gram dan nilai transaksi harian dihadkan kepadamaksimum RM50,000 (belian dan jualan)

Page 109: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

109

Pengeluaran emas fizikal:(nota penulis: pengeluaran emas fizikal oleh Public Bank telah dihentikan mulai 24/3/2014). Silarujuk pengumuman Public Bank disini :

https://www.pbebank.com/Annoucements.aspx?qid=164#q164

Akaun Public Bank GIA menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal di dalam bentukjongkong emas 50 gram dan 100 gram sahaja. Namun pengeluaran emas fizikal ini hanyaterdapat di 2 cawangan Public Bank sahaja iaitu di Public Bank Jalan Sultan Sulaiman, Kg Attap,Kuala Lumpur dan Public Bank Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang.

Pelabur juga perlu membayar kos pengeluaran emas fizikal seperti berikut:

Cawangan pengambilan emas 50 gram 100 gram

Jalan Sultan Sulaiman RM220 sekeping RM240 sekeping

Pulau Pinang / Bagan Ajam RM250 sekeping RM270 sekeping

Memantau pergerakan harga emas PBGIA.

Anda boleh melihat pergerakan harga akaun GIA melalui laman web Public Bank:

Gambar: Harga emas harian Public bank GIA

Spread harga jualan dan belian PBGIA.

Mengikut harga di atas, spread harga jualan dan belian GIA adalah 4.00%

Kebaikan PBGIA:

1. Mudah dibuka – setiap cawangan Public Bank menawarkan akaun ini.

2. Tidak perlu risau aspek keselamatan simpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.

3. Anda boleh membeli dan menjual emas GIA secara online melalui perbankan internetPublic Bank (www.pbebank.com)

Kelemahan PBGIA:

1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal – jadi anda tidak boleh membuat teknik manipulasiemas menggunakan teknik Ar-Rahnu

2. Anda tak boleh jual selagi harga buying price melebihi kos anda membeli emas GIA. Jikaanda memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos andamembeli emas maka anda akan rugi.

Page 110: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

110

Maybank gold Investment Account (GIA)

Selain daripada menjual syiling KijangEmas, Maybank juga menawarkan akaunsimpanan pelaburan emas yangdinamakan Maybank Gold InvestmentAccount (GIA).

Pelabur akan membeli emas dengankualiti 999.9 dan berdasarkan hargaemas semasa dunia.

Pelabur tidak mendapat emas fizikalsewaktu membeli emas MGIA sebaliknyajumlah pembelian emas akan dicatatkandi dalam buku.

Anda boleh membuka akaun simpanan ini

di mana-mana cawangan Maybank.

Syarat-syarat membuka dan kos permulaan akaun Maybank GIA.

1. Individu berumur 18 tahun ke atas.2. Jika membuka akaun bersama – maksima empat orang3. Bagi membuka akaun pelabur mesti membeli 1 gram emas4. Sebarang pelaburan tambahan selepas itu mestilah 1 gram dan ke atas5. Baki minima yang perlu ditinggalkan di dalam akaun ialah 1 gram

Kemudahan membeli dan menjual emas melalui perbankan internet.

1. Maybank menawarkan kemudahan untuk anda membeli dan menjual emas GIA melaluiperbankan internet www.maybank2u.com

2. Kemudahan ini boleh digunakan mulai hari Isnin ke hari Jumaat (10 pagi sehingga 4.30petang) apabila bank beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengeluaran emas fizikal:

Untuk pengetahuan anda, akaun Maybank GIA tidak menawarkan kemudahan pengeluaranemas fizikal. Apabila anda menjual emas di dalam buku akaun ini, anda hanya boleh mendapatwang tunai.

Justeru, jika anda berhasrat untuk mengeluarkan emas fizikal pada masa hadapan makapelaburan melalui akaun Maybank GIA adalah tidak sesuai untuk anda.

Memantau pergerakan harga emas Maybank GIA di internet:

Anda boleh memantau harga emas GIA di laman web Maybank2u.com.my di sini:

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Person

al/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

Page 111: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

111

Gambar: Harga emas Maybank GIA.

Spread harga jualan dan belian Maybank GIA.

Spread harga jualan dan belian GIA adalah di dalam lingkungan 4.1% ke 4.2%.

Kebaikan Maybank GIA:

1. Mudah dibuka – setiap cawangan Maybank menawarkan akaun ini.

2. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.

3. Kos membuka akaun yang sangat rendah iaitu minima 1 gram sahaja.

4. Kos menambahkan pelaburan juga rendah iaitu minima 1 gram sahaja.

Kelemahan Maybank GIA:

1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Nilai belian dicatatkan ke dalam bukuakaun simpanan emas anda.

2. Belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.

3. Anda tak boleh jual selagi harga buying melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika andamemerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda membeliemas maka anda akan rugi.

4. Pelabur TIDAK BOLEH mengeluarkan simpanan akaun ini di dalam bentuk emas fizikal.Jadi ia tidak sesuai bagi mereka yang mahu mendapatkan emas fizikal pada masahadapan.

Komen saya:

1. Maybank GIA menawarkan kemudahan membuat pelaburan emas dengan kadar yangpaling minima. Ini kerana kos membuka akaun ini adalah minima 1 gram danpenambahan pelaburan boleh dibuat dengan minima 1 gram. Ini membolehkan pelaburmenyimpan emas dengan kuantiti yang kecil. Ia membantu pelabur emas membuatpelaburan secara kecil-kecilan.

2. Namun begitu, spread bagi akaun ini agak tinggi iaitu 4.1% ke 4.2%.

3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah andatidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh menggadaikan emas sekiranyamemerlukan wang.

4. Memandangkan akaun Maybank GIA tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emasfizikal, ia dilihat kurang menarik.

Page 112: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

112

Akaun Simpanan Emas CIMB Bank

CIMB bank turut menawarkan pelaburan emas melaluiakaun simpanan emas CIMB.

Pelanggan boleh membuka akaun ini bila-bila masa disemua cawangan CIMB bank.

Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilaiemas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaunsimpanan emas anda.

CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emasfizikal kepada pelabur akaun simpanan emas mereka.

Maklumat lanjut mengenai akaun ini boleh dilihat di laman web CIMB bank di sini:

https://www.cimbclicks.com.my/gold-investment-account.html

Syarat-syarat untuk membuka akaun simpanan emas CIMB.

1. Individu berusia 18 tahun ke atas (pemastautin atau bukan pemastautin)

2. Anda perlu mempunyai akaun simpanan atau semasa CIMB.

3. Pembelian awal sebanyak 1 gram.

4. Anda boleh membeli dan menjual pada bila-bila masa dengan minimum sebanyak 1gram dan dalam gandaan 1 gram.

5. Anda perlu meninggalkan baki minima 1 gram di dalam akaun

6. Anda boleh membuka akaun simpanan emas melalui perbankan internet CIMB Click.

7. Yuran servis tahunan RM5 dikenakan jika baki emas anda berada di bawah 5 gram.

Pengeluaran emas fizikal:

CIMB menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal. Syarat minima bagi pengeluaran emasfizikal adalah 100 gram dan di dalam gandaan 100 gram sahaja. Anda perlu membayar RM1untuk setiap gram emas yang dikeluarkan (sebagai kos insurans dan pengangkutan). Jadi jikaanda mengeluarkan 200 gram maka anda perlu membayar RM200.

Untuk pengeluaran emas fizikal, anda perlu mengambil sendiri emas anda di CIMB KualaLumpur Main Branch, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Kegagalan anda mengambil emas fizikal di dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan notisdaripada bank akan dikenakan bayaran RM1/setiap gram emas fizikal yang dikeluarkan.

Kemudahan beli dan jual emas melalui perbankan internet.

1. Pelabur boleh membeli dan menjual emas melalui perbankan internet CIMB Bank diwww.cimbclicks.com.my

2. Pelabur boleh membeli dan menjual emas bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 malamsetiap hari (kecuali ketika cuti umum)

Page 113: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

113

Ringkasan transaksi jual beli emas melalui perbankan internet CIMB.

8.30 pagi sehingga 4.59 petang 5.00 petang sehingga 11.30malam

Had transaksi Minima Maksima Minima Maksima

Pembukaan akaun

1 gram

300 gram

1 gram

200 gramBelian – akaunsendiri

Belian – akaun pihakketiga RM 10,000*

200 gram atauRM 10,000*yang manaterendah

Jualan** 300 gram 200 gram

Pengeluaran emasfizikal** Minima berat 100 gram dan tiada had maksimum

Had transaksi harian untuk kesemua transaksi dihadkan kepada 6000 gram.

*Had pemindahan ke akaun pihak ketiga.**Pelabur dikehendakki meninggalakan baki minima 1 gram di dalam akaun.

Memantau pergerakan harga emas akaun simpanan emas CIMB.

Anda boleh memantau harga belian dan jualan bagi akaun simpanan emas CIMB di sini:

http://www.cimbbank.com.my/index.php?ch=gen_rate&pg=gen_rate_gold&tpl=gen_rates&uc=1

Gambar: Harga belian dan jualan emas.

Spread harga belian dan jualan akaun simpanan emas CIMB.

Berdasarkan pengiraan saya mengikut jadual harga di sebelah, spread untuk akaun simpananemas CIMB adalah lingkungan RM5.40 – RM5.60 sen segram (sekitar 3.47%).

Kebaikan akaun simpanan emas CIMB.

1. Mudah dibuka – setiap cawangan CIMB menawarkan akaun ini.

2. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.

3. Anda boleh memohon untuk mengeluarkan emas fizikal (minima 100 gram)

Page 114: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

114

4. Spread yang agak rendah iaitu RM5.40 – RM5.60 segram

Kelemahan akaun simpanan emas CIMB:

1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Nilai belian dicatatkan ke dalam bukuakaun simpanan emas anda.

2. Belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.

3. Anda tak boleh jual selagi harga buying melebihi kos anda membeli emas GIA. Jika andamemerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos anda membeliemas maka anda akan rugi.

Syarat-syarat lain yang perlu anda ketahui mengenai akaun ini.

1. Yuran tahunan RM5 dikenakan jika baki emas adalah kurang daripada 5 gram pada akhirtahun.

2. RM20 dikenakan bagi menggantikan buku akaun yang hilang.

3. RM10 dikenakan jika pelabur menutup akaun ini dalam tempoh kurang 6 bulan daripadatarikh pembukaan.

Page 115: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

115

Akaun Pelaburan Emas UOB Bank.

UOB Bank turut menawarkan kemudahan akaun simpananemas. Anda boleh membuka akaun simpanan emas ini dimana-mana cawangan UOB bank yang berhampiran.

Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkanoleh UOB bank iaitu:

1.Akaun Simpanan Emas2.Akaun Emas Premier

Akaun Simpanan Emas ini dikhususkan bagi mereka yangingin membuat pelaburan dengan amaun yang kecilmanakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepadamereka yang mempunyai lebih banyak wang.

Ini adalah perbandingan di antara akaun simpanan emasUOB dan akaun Emas Premier.

Akaun Simpanan Emas Akaun Emas PremierPelaburan awal minimum 20 gram 1 kgPembelian minimumseterusnya

dalam gandaan 5 gram dalam gandaan 1kg

Pengeluaran minimum dalam gandaan 5 gram dalam gandaan 1kgSpread RM2 per gram RM1 per gramBaki akaun minimum 10 gram 1 kgYuran dan caj RM2.00 yuran pentadbiran

akan dikenakan jika baki padaakhir bulan kurang daripada10 gram

RM2.00 yuran pentadbiranakan dikenakan jika baki padaakhir bulan kurang daripada 1kg

Syarat sebelum membukaakaun

Sebelum membuka mana-mana akaun pelaburan emas di atas,pelabur perlu memiliki sama ada akaun simpanan atau akaunsemasa untuk memudahkan pembayaran yuran pentadbirandan/atau apa-apa caj.

Penukaran kepada emas fizikal Pelabur boleh menukar emas yang dibeli melalui akaunsimpanan emas kepada emas fizikal (tertakluk kepadakelulusan bank). Yuran pentadbiran nominal akan dikenakanbagi penukaran ini.

Proses membeli dan menjual Anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan anda padabila-bila masa semasa operasi perbankan.

Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenai akaun simpanan emas UOB bank di laman webUOB bank di sini:

http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_pga.html

Harga belian dan jualan akaun simpanan emas UOB bank.

Harga belian dan jualan akaun simpanan emas UOB berubah setiap hari. Anda boleh memantauharga belian dan jualan bagi akaun simpanan emas UOB bank di laman web UOB bank di sini:

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gia.jsp?func=moneyrate

Page 116: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

116

Gambar: Harga belian dan jualan akaun simpanan emas UOB Bank.

Kelebihan akaun simpanan emas UOB bank.

1. Spread akaun simpanan emas UOB adalah yang terbaik berbanding akaun simpananemas bank-bank lain. Hanya RM1 segram untuk Akaun Emas Premier dan RM2 segramuntuk Akaun Simpanan Emas.

2. Mudah dibuka – setiap cawangan UOB bank menawarkan akaun ini.

3. Tidak perlu risau aspek penyimpanan kerana tidak melibatkan emas fizikal.

4. Anda boleh memohon untuk mengeluarkan emas fizikal (tertakluk kepada kelulusanbank). Anda juga perlu membayar kos nominal bagi jika mahu mendapatkan emasfizikal.

Kelemahan akaun simpanan emas UOB Bank.

1. Pelabur tidak mendapat emas fizikal secara terus. Nilai belian dicatatkan ke dalam bukuakaun simpanan emas anda.

2. Belian dan jualan cuma boleh dilakukan ketika waktu perbankan sahaja.

3. Anda tidak boleh jual selagi harga buying price melebihi kos anda membeli emas GIA.Jika anda memerlukan wang dan menjual ketika buying price rendah daripada kos andamembeli emas maka anda akan rugi.

4. Memandangkan ia bukan emas fizikal maka ia tidak boleh digadaikan di Ar-Rahnu jikaanda memerlukan pusingan modal.

Nota penulis: Akaun Simpanan Emas UOB Bank adalah yang terbaik berbanding akaunsimpanan emas daripada bank-bank lain. Ini kerana spreadnya yang kecilmembolehkan anda mendapat keuntungan dengan lebih cepat.

Jika anda ingin membuat pelaburan secara akaun simpanan emas. UOB adalah pilihanterbaik.

Page 117: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

117

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelummembeli emas.Bagi memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas, anda perlu mempertimbangkan 5faktor penting sebelum membuat sebarang pembelian iaitu:

1. Spread @ susutnilai emas2. Harga emas per gram3. Kesediaan stok4. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?5. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku kecacatan

padanya?

Faktor 1: Spread @ susutnilai emas.

Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas. Ia bolehdikira melalui 2 cara iaitu:

1. Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia.2. Di dalam bentuk % (peratus)

Formula pengiraan susutnilai.

1. Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.

2. Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian x 100%_______________________

Harga jualan

Contoh pengiraan.

Katakan anda melihat jadual harga jualan dan harga belian seperti dibawah.

Harga harian Kijang Emas

Berat Harga jualan Harga belianSusutnilai

(RM) Susutnilai (%)

1 Oz RM 4,299 RM 4,121 RM178 4.1%

½ Oz RM 2,190 RM 2,061 RM129 5.9%

Daripada jadual, susutnilai Kijang Emas 1 Oz di dalam RM ialah RM178 (RM4299 – RM4121)manakala susutnilai dalam % pula ialah 4.1%.

Susutnilai Kijang Emas ½ Oz di dalam RM ialah RM129 (RM2190 – RM2061) manakala susutnilaidalam % pula ialah 5.9%.

Susutnilai di dalam RM pula sesuai digunakan apabila anda membandingkan 2 atau lebih produkemas dengan berat yang sama. Contohnya jongkong emas 100 gram PAMP Suisse denganjongkong emas 100 gram Public Gold.

Di dalam contoh di atas, pembelian Kijang Emas 1 Oz adalah lebih menguntungkan keranasusutnilainya lebih rendah iaitu 4.1% berbanding 5.9% untuk Kijang Emas ½ Oz.

Page 118: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

118

Tips.

Susutnilai emas juga biasanya dipengaruhi oleh berat emas tersebut. Semakin berat emastersebut, semakin rendah susutnilainya.

Jadi, saya cadangkan untuk anda membeli emas yang berat kerana susutnilainya lebih kecilberbanding emas yang kecil.

Untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas, mari kita lihat susutnilai produk-produk emas UOBBank, Public Gold dan Al-Rajhi Bank.

Contoh pertama:

Untuk contoh yang pertama, mari kita lihat susutnilai bagi emas yang dijual oleh UOB Bank.

Harga UOB pada 26/08/2014 9:27 Pagi.

Berat Jenis Emas Harga jualan(RM)

Harga Belian(RM) Susutnilai (%)

1 OZ (31.1 gram) GML/GKN/SLC* 4232 4036 4.6%1/2 OZ (15.55 gram) GML/GKN/SLC 2213 2016 8.9%1/4 OZ (7.78 gram) GML/GKN/SLC 1140 1007 11.7%1/10 OZ (3.11 gram) GML/GKN/SLC 516 401 22.3%1/20 OZ (1.555 gram) GML/GKN/SLC 272 199 26.8%1 OZ (31.1 gram) PAMP GOLD 4198 4033 3.9%1/2 OZ (15.55 gram) PAMP GOLD 2111 2013 4.6%100 gram PAMP GOLD 13274 12980 2.2%20 gram PAMP GOLD 2773 2591 6.6%10 gram PAMP GOLD 1461 1292 11.6%5 gram PAMP GOLD 788 643 18.4%2.5 gram PAMP GOLD 446 318 28.7%1 gram PAMP GOLD 203 124 38.9%1 Oz (31.1 gram) KINEBARS 4198 4033 3.9%20 gram KINEBARS 2773 2591 6.6%10 gram KINEBARS 1461 1292 11.6%5 gram KINEBARS 788 643 18.4%2 gram KINEBARS 365 253 30.7%1 gram KINEBARS 203 124 38.9%

* GML = Gold Maple LeaveGKN = Gold Kangaroo NuggetSLC = Singapore Lion Coin

Daripada jadual diatas, anda boleh lihat perbezaan susutnilai antara 2.2% sehingga 38.9% bagiproduk-produk emas UOB.

Jongkong emas PAMP 100 gram mempunyai susutnilai serendah 2.2% sahaja manakala emasKinebars/PAMP 1 gram mempunyai susutnilai sehingga 38.9%

Page 119: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

119

Contoh kedua:

Untuk contoh yang kedua, mari kita lihat susutnilai bagi jongkong emas yang dijual oleh PublicGold.

Public Gold Price (24 Hours Live)(26-Ogos-2014 12:16:14)

Item Harga Jualan (RM) Harga Belian (RM) Susut nilai

10 gram 1,400.00 1,288.00 8%

20 gram 2,774.00 2,607.00 6%

50 gram 6,902.00 6,522.00 5.5%

100 gram 13,739.00 13,052.00 5%

250 gram 34,153.00 32,616.00 4.5%

500 gram 68,307.00 65,233.00 4.5%

Daripada jadual diatas, anda boleh lihat susutnilai jongkong emas Public Gold adalah diantara4.5% sehingga 8%

Jongkong emas 10 gram mempunyai susutnilai tertinggi iaitu 8% manakala jongkong emas 250gram dan 500 gram pula adalah terendah dengan nilai 4.5% sahaja.

Contoh ketiga:

Untuk contoh yang ketiga, mari kita lihat susutnilai bagi emas yang dijual oleh Al-Rajhi Bank.

Harga Jongkong Emas PAMP Suisse Al-Rajhi Bank 26/8/2014.

Item Harga Jualan Harga Belian Susutnilai10 gram 1440.60 1257.80 12.7%20 gram 2831.85 2515.59 11.2%50 gram 6978.30 6288.98 9.9%100 gram 13879.95 12577.95 9.4%500 gram 68902.05 62889.75 8.7%1 kilogram 137095.64 125779.50 8.3%

Daripada jadual diatas, anda boleh lihat susutnilai jongkong emas PAMP Suisse yang dijual olehAl-Rajhi Bank adalah diantara 8.3% sehingga 12.7%

Jongkong emas 10 gram mempunyai susustnilai tertinggi iaitu 12.7% manakala jongkong emas1 kilogram pula adalah terendah dengan susutnilai 8.3% sahaja.

Saya berharap anda mendapat gambaran tentang susutnilai produk emas. Setiap produk emasmempunyai susutnilai yang berbeza-beza.

Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih produk yang mempunyai susutnilai yangterendah dan bersesuaian dengan budget anda.

Page 120: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

120

Faktor 2: Harga emas per gram.

Faktor kedua terpenting yang anda perlu diambil kira sebelum membeli emas ialah mengiraharga emas per gram. Bagi memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih emas yangmempunyai harga emas per gram yang terendah.

Untuk mendapatkan nilai bersih harga emas per gram, anda mesti memasukkan kos-kos lainyang terlibat di dalam pembelian emas.

Contohnya kedai emas akan mengenakan upah tukang atau workmanship. Jadi anda perlumencampurkan kos ini bagi mendapat harga per gram yang sebenar.

Saya akan tunjukkan 3 contoh pengiraan kos emas per gram untuk 3 penjual emas iaitu kedaiemas Wah Chan, Habib Jewel dan Public Gold.

Contoh 1: Jongkong Emas 10 gram Wah Chan.

Gambar di bawah ialah jongkong emas yang dijual oleh kedai Emas Wah Chan.

Ketika ini harga emas 999.9 adalah RM165 segram. Upah tukang untuk jongkong emas iniadalah RM240.00 (lihat gambar dibawah, W = workmanship = 240)

Jadi jumlah sebenar yang anda bayar untuk membeli jongkong emas 10 gram ini adalahRM1650 + RM240 upah tukang. Jumlah harganya ialah RM1890.00

Jadi kos per gram untuk jongkong emas ini adalah RM189.00 segram.

Page 121: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

121

Contoh 2: Jongkong emas PAMP Suisse 10 gram Habib Jewel.

Gambar di sebelah adalah jongkong emas PAMP Suisse 10gram yang dijual oleh kedai emas Habib Jewel.

Kos WS (Workmanship @ upah tukang) untuk jongkong emas10 gram ini ialah RM110.

Memandangkan harga emas ketika ini ialah RM165 segram,jadi jumlah kos yang perlu anda bayar untuk membelijongkong emas PAMP suisse ini ialah:

RM1650 + RM110 = RM1760.00

Jadi kos per gram untuk jongkong emas ini adalah RM176.00segram.

Contoh 3: Jongkong Emas 10 gram Public Gold.

Gambar di sebelah adalah jongkong emas 10 gramkeluaran Public Gold.

Public Gold tidak mengenakan kos upah tukang untukkesemua produk jongkong emas mereka. SebaliknyaPublic Gold mengenakan kos pengangkutan untukjongkong emas mereka mengikut berat jongkong emastersebut.

Ketika ini, harga jongkong emas 10 gram ini adalahRM1397.00 manakala kos pengangkutan yang dikenakanadalah RM10.

Harga bersih jongkong emas 10 gram ini adalahRM1407.00

Jadi, kos per gram untuk jongkong emas ini adalahRM140.70

Jika kita buat buat analisis kos emas per gram untuk jongkong emas 10 gram daripada WahChan, Habib Jewel dan Public Gold maka hasilnya adalah seperti berikut.

Penjual HargaEmas/Gram

Kos lain JumlahHarga

Harga BersihSegram (RM)

Wah Chan RM165.00 Upah RM240 RM1890.00 RM189.00Habib Jewel RM165.00 Upah RM110 RM1760.00 RM176.00Public Gold RM139.70 Kos Pengangkutan

RM10RM1407.00 RM140.70

Daripada jadual ini, anda boleh lihat bahawa harga segram jongkong emas 10 gram Public Goldadalah lebih murah berbanding Wah Chan dan Habib Jewel.

Ini adalah contoh sahaja, jika anda ingin membeli emas maka anda perlu mengira harga semasaemas dan kos-kos lain yang terlibat sewaktu pembelian tersebut.

Page 122: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

122

Faktor 3: Kesediaan stok.

Faktor ketiga terpenting sebelum membeli emas ialah melihat kesediaan stok.

Maksud kesediaan stok adalah:

Anda boleh membeli emas yang anda ingini mengikut harga semasa dan penjualmempunyai stok.

Ini kerana tidak ada guna jika harga emas turun dan anda berhajat untuk membeli emas tetapiakhirnya kecewa kerana penjual ketiadaan stok.

Masalah kesediaan stok seringkali berlaku apabila anda ingin membeli emas fizikal di bank.Contohnya Syiling Kijang Emas dan emas fizikal UOB bank.

Saya pernah beberapa kali kecewa kerana tidak dapat membeli emas fizikal di bank keranaketiadaan stok. Harga emas yang mereka paparkan sekadar menjadi perhiasan sahaja keranaemas tidak ada. Bila saya nak booking stok, penjual cakap tak boleh booking, kena tunggu adastok baru boleh beli. Aduh!

Sebab itu, bila ada orang memberitahu saya bahawa Syiling Kijang Emas 1 Oz harganya murahatau UOB Bank menawarkan harga emas murah maka saya akan cakap “cuba try pergi belikalau dapat”

Jadi, pastikan penjual ada stok bila anda nak beli. Kalau tak dapat emas serta merta, sekurang-kurangnya biarlah penjual emas membenarkan anda booking emas tersebut dahulu ikut hargasemasa. Bila stok emas sampai maka anda boleh pergi ambil.

Faktor 4: Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?

Jika anda ingin menyimpan emas untuk satu jangkamasa panjang (setahun ke atas), besarkemungkinan akan tiba keadaan di mana anda anda memerlukan wang tunai segera.

Mungkin wang segera diperlukan untuk urusan kecemasan seperti kereta rosak, sakit demamatau kemalangan atau peluang baik yang tiba-tiba datang contohnya orang nak jual rumah atautanah pada harga murah. Jadi anda terpaksa ‘menggunakan emas’ bagi mendapatkan wang didalam jangka masa pendek.

Menggunakan emas di sini bermaksud anda boleh membawa emas anda ke Ar-Rahnu (pajakgadai Islam) dan gadaikan emas anda dan mendapat tunai segera.

Untuk pengetahuan anda, institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Pos Malaysia bolehmemberikan pinjaman sehingga RM100,000 (RM seratus ribu) untuk gadaian emas. Phew!!Banyak tu. Kalau setakat nak beli tanah atau rumah dibawah RM100,000 dan anda memerlukanwang sepantas kilat maka gadaian emas adalah salah satu alternatif terbaik.

Jadi, jika emas yang anda beli diterima oleh institusi Ar-Rahnu, anda boleh menarik nafas legasebab bila berlaku kecemasan maka emas anda boleh digunakan.

Memandangkan terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di Malaysia, saya cadangkan anda bertanyakepada 2 institusi Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu PosMalaysia (telefon atau pergi sendiri ke kaunter mereka).

Apa-apa jenama emas yang diterima oleh kedua-dua Ar-Rahnu ini adalah pilihan terbaik anda.

Ada tak emas yang tidak diterima Ar-Rahnu? Jawapannya ialah YA! Ada emas yang tidakditerima Ar-Rahnu. Contohnya emas yang dibalut dalam plastik dan tidak boleh dibukacontohnya PAMP Suisse, Kine bar dan Emirates Gold, Perth Mint dan banyak lagi.

Page 123: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

123

Emas yang tidak berjenama juga mungkin tidak diterima. Sebagai contoh emas keluaransyarikat-syarikat kecil atau emas potong.

Memandangkan syarat penerimaan emas di Ar-Rahnu boleh berubah dari masa ke semasa, andadinasihatkan untuk membuat homework sendiri.

Gambar: Emas di dalam plastik permanent seal biasanya tidak diterima Ar-Rahnu

Gambar: Jongkong emas tidak berjenama biasanya tidak diterima Ar-Rahnu(seperti emas potong ini)

Page 124: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

124

Faktor 5: Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastikatau berlaku kecacatan padanya?

Jika anda membeli emas fizikal, terdapat risiko yang perlu anda hadapi seperti emas terjatuhdan kemek, tercalar, terguris atau bengkok. Anda mungkin terpaksa membuka sarung plastikemas anda dengan pisau sebab nak pergi gadai.

Persoalannya, jika berlaku perkara-perkara malang seperti di atas:

1. Adakah penjual emas tersebut akan menerima atau menolak emas tersebut apabila andaingin menjual semula kepada penjual tersebut?

2. Adakah penjual menerima kembali emas tersebut tetapi memotong harganya pada kadaryang lebih tinggi?

3. Adakah penjual memberikan jaminan belian balik pada harga yang sama walaupunemas tersebut calar, goris dan bengkok?

Mari kita lihat beberapa situasi. Bagi emas yang dijual oleh bank, mereka TIDAK akan menerimakembali emas tersebut jika terdapat kecacatan pada emas tersebut. Ini termasuklah tergoris,calar, kemek dan bengkok. Jadi, kalau anda membeli emas dari bank, risiko tidak boleh menjualkembali adalah besar jika emas anda menghadapi masalah ini.

Kajian kes: syiling Kijang Emas yang kemek sebab terjatuh dan tercalar.

Dalam kes ini ada 2 orang pembeli yang bernasib malang kerana syiling Kijang Emas merekaditolak oleh Maybank apabila mahu menjual kembali. Alasan yang diberikan ialah syiling KijangEmas ini telah mengalami kerosakan fizikal (lihat gambar di bawah)

Pihak bank memaklumkan, jika mereka menerima syiling yang rosak ini maka mereka akanmenghadapi masalah untuk menjualnya kepada pembeli baru kerana pembeli baru pasti tidakmahu menerima syiling yang rosak.

Sebagai langkah selamat, bank menolak terus penjualan semula syiling Kijang Emas ini. Jadikedua-dua pembeli ini pening kepala. Di mana mereka boleh menjual syiling Kijang Emas ini?

Yang pasti, mereka rugi besar kerana terpaksa menjual emas ini pada harga yang lebih murahkepada pihak ketiga.

Gambar: Syiling Kijang Emas kiri (kemek) dan kanan calar.

Page 125: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

125

Kajian kes 2: Jongkong emas di dalam plastik yang dibuka. Apa kesannya bila nak jualbalik?

Jongkong emas PAMP Suisse di bawah telah dibuka plastiknya oleh pemiliknya. Tujuannya ialahuntuk digadaikan dan mendapat wang. Maklumlah nak pakai duit cepat.

Selepas dibuka, jongkong emas ini akan dikira sebagai emas terpakai. Jika emas ini dijualkembali ke kedai emas, maka susut nilainya akan menjadi lebih besar iaitu antara 18%sehingga 30%.

Kalau tak buka, susut nilainya adalah 13% sahaja. Jadi, pelabur rugi banyak.

Gambar: Jongkong emas PAMP Suisse yang dibuka sebab nak pergi gadai.

Kesimpulan.

Saya telah memberitahu anda 5 faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeliemas. Sebagai pelabur atau bakal pelabur, anda perlu membuat sedikit homework sebelummembeli emas.

Ini bagi memastikan anda membuat pilihan yang terbaik. Secara tidak langsung ia bolehmemaksimakan keuntungan anda dan membuatkan ada tidur lena.

Page 126: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

126

Topik 4: Harga emas di Malaysia dan Dunia.Salah satu topik menarik di dalam pelaburan emas adalah mengenai harga emas. Ramai pelaburemas mendapati harga emas di antara satu-satu penjual dengan penjual lain adalah berbeza.

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia (dipanggil spot gold).Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas diMalaysia.

Apabila pasaran emas dunia dibuka, maka harga emas akan berubah setiap saat. Perubahanharga emas setiap saat boleh dilihat jika anda menggunakan perisian tertentu contohnyaMetaTrader 4. Namun begitu harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dansaat. Sebaliknya harganya boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Inimembolehkan kedai emas menjalankan urus niaga dengan lancar.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIAdan Maybank GIA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.Harga Kijang Emas pula berubah sehari sekali.

Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia didalam menetapkan harga emas mereka.

Fakta: Emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditetapkan olehpenjual emas. Harga emas berbeza di antara satu penjual dengan penjual yang lain. Ini keranasetiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza. Di antarakos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gajipekerja dan lain-lain kos.

Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yanghampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold.(spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia utk belian dan jualan)

Bagaimana melihat harga emas spot gold?

Untuk melihat harga emas spot gold di dalam Ringgit Malaysia, anda pergi ke laman webGoldprice.org http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Gambar: Ini adalah harga emas pasaran dunia (dalam RM)

Page 127: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

127

Daripada gambar diatas, anda dapati harga spot gold dalam RM ialah RM134.25 segram.

Ini ini membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, namun untuk pengetahuananda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akanmenjual emas di atas harga spot gold.

Ini dipanggil premium over spot price (premium diatas harga spot gold)

Berpandukan harga spot gold ini, anda boleh mengira berapa premium harga emas bagi setiappenjual.

Mengira premium harga emas.

Premium bermaksud perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas oleh penjual.Biasanya ia dikira dalam bentuk %

Formulanya ialah:

(Harga jualan syarikat segram – Harga spot gold) / (harga spot gold) x 100%

Sebagai contoh, mari kita lihat buat perbandingan premium harga untuk jongkong emas 10gram UOB Pamp Suisse dan Public Gold 10 gram.

Baik, memandangkan harga spot gold ketika ini adalah RM134.25 manakala harga segramjongkong emas 10 gram UOB adalah RM151.40 segram dan Public Gold pula RM139.30 segram.

Premium bagi jongkong emas UOB

(RM151.40 – RM134.25) / RM134.25 x 100%= 12.77% premium over spot price.

Premium bagi jongkong emas Public Gold(RM139.30 – RM134.25) / RM134.25 x 100%= 3.76% premium over spot price.

Jadi, disini anda boleh lihat bahawa premium bagi jongkong emas Public Gold adalah lebihrendah daripada PAMP Suisse yang dijual UOB Bank.

Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu membeli jongkong emas yang rendahpremiumnya.

Page 128: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

128

Kemahiran analisis teknikal harga emas.

Saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Salah satu daripada kemahiran pelabur emasyang advance adalah kemahiran membaca pergerakan harga emas. Ia juga dikenali sebagaikemahiran membuat analisis teknikal. Jika anda mahir membuat analisis teknikal, anda bolehmembuat jangkaan pergerakan harga emas pada masa hadapan.

Ini membolehkan anda mengenal pasti buying opportunity (masa untuk membeli stok emasdengan banyak apabila harga emas turun) seta melihat harga yang sesuai untuk menjual emasanda.

Platform yang biasa digunakan untuk memantau dan membuat analisis teknikal ialah denganmenggunakan perisian MetaTrader 4. Apa yang menarik, perisian ini boleh di muat turun secarapercuma di http://www.fxpro.com/ . Jika anda berminat untuk mencuba perisian ini maka andaboleh muat turun dan mencubanya.

Gambar: Antara muka perisian MetaTrader 4.

Selain memantau harga emas, anda juga boleh menggunakan perisian MetaTrader 4 ini untukmembuat analisis teknikal untuk harga perak.

Perisian ini sangat fleksibel. Anda boleh memasang beberapa petunjuk (indicator) yang bolehmembantu anda meramalkan pergerakan harga emas dengan lebih tepat.

Lihat gambar di bawah, anda boleh melihat antara muka perisian MetaTrader setelah dicustomize kan dan dipasang dengan beberapa petunjuk.

Page 129: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

129

Gambar: Perisian MetaTrader 4 yang telah dipasang dengan petunjuk

Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu analisisteknikal harga emas, anda boleh membeli buku tulisansaya dan Norr Shufaad yang bertajuk Analisis TeknikalHarga Emas – Strategi membeli dan menjual emasfizikal pada harga terbaik.

Buku ini berharga RM70 dan anda akan mendapat updatesecara percuma.

Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi saya melaluiSMS 013-2126999 atau e-melkan pertanyaan andakepada [email protected]

Anda juga boleh menghadiri seminar Pelaburan Emas danAnalisis Teknikal Emas yang saya dan Noor Shufaadanjurkan dari masa ke semasa.

Seminar ini adalah seminar berbayar. Jika anda berminatmengetahui tarikh, tempat dan masa untuk seminar inimaka anda boleh bertanya kepada saya di talian 013-2126999.

Page 130: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

130

Ini adalah gambar seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang telah kamiadakan.

Gambar: Peserta seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas

Gambar: Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal.

Page 131: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

131

Anda dan emas. Penyimpan, pelabur atau pedagang?

Apabila anda menceburi bidang pelaburan emas, terdapat 3 posisi yang boleh anda pilih samadamenjadi:

1. penyimpan emas,2. pelabur emas atau3. peniaga emas.

Ketiga-tiga posisi ini mempunyai matlamat yang berbeza.

Untuk lebih memahami perkara ini, mari kita lihat definisi Kamus Dewan bagi perkataansimpanan, pelaburan dan pedagang.

Menurut Kamus Dewan, simpanan bermaksud:

1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu ygdisimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan; tentera ~tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ =persimpanan tempat menyimpan;

Manakala definisi pelaburan pula ialah:

1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatuyg dibeli dan sebagainya dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal:pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan;

Definisi pedagang pula adalah:

1. orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.

Apa perbezaan diantara penyimpan emas, pelabur emas dan pedagang emas?

Jawapannya ialah: Niat anda!

Penyimpan emas = Anda berniat untuk menyimpan wangnya ke dalam bentuk emas untukkegunaan pada masa akan datang.

Bagi anda, simpanan di dalam bentuk emas lebih baik daripada wang tunai atas sebab-sebabberikut:

1. Untuk mengelakkan kebocoran wang: Bila ada wang, maka hati anda asyik nak belanjasampai habis. Jadi kerana risau wang akan cepat habis, maka lebih baik anda tukarkan wangsimpanan menjadi emas. Selamat dari masalah kebocoran wang.

2. Anda berniat menyimpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masahadapan, barulah tukar emas menjadi tunai. Keperluan yang dimaksudkan ialah sepertitabung universiti anak, tabungan ke Mekah atau tabungan membeli rumah. Kalau tiadakeperluan maka anda tak perlu tukar emas jadi tunai.

Dari segi psikologi, harga emas naik atau, anda tak kisah. Anda cuma hendak tukar wangsimpanan ke dalam bentuk emas.

Bagi penyimpan emas, sifirnya mudah sahaja. Ada duit lebih, tukar jadi emas. Lepas itu simpanelok-elok.

Sebagai seorang penyimpan emas, konsistensi adalah penting.

Page 132: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

132

Setiap kali anda ada simpanan wang, maka anda boleh tukarkan kepada jongkong emas dansyiling emas.

Jika simpanan wang anda tidak mencukupi, maka anda teruskan menyimpan wang tersebutsehinggalah ianya mencukupi, barulah anda membeli emas.

Pelabur emas = Orang yang ingin mendapatkan keuntungan daripada aktiviti jual beli emas didalam satu jangka masa tertentu.

Pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Ini kerana pelabur emas lebih aktif membelidan menjual emas bagi mendapatkan keuntungan.

Pelabur emas mengejar pulangan dengan cara membeli emas ketika harga rendah dan menjualkembali ketika harga naik. Dari segi mentaliti, pelabur emas melihat emas sebagai salah satutempat melabur.

Ciri-ciri lain seorang pelabur emas adalah seperti berikut:

1. Emas dilihat sebagai pelaburan yg setaraf seperti ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya.

2. Anda melihat peratus kenaikan harga emas untuk satu jangkamasa tertentu seperti 6 bulan,setahun atau lebih.

3. Anda membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas naik bagimendapat keuntungan.

4. Anda aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa bagi mendapatkan gambaran trendpergerakan harga emas dan sentimen pasaran.

5. Bila anda membeli emas, anda berdoa supaya harga emas naik mulai esok hari supaya andauntung cepat.

6. Bila anda menjual emas, anda cepat-cepat berdoa harga emas akan mula jatuh supaya andaboleh beli balik dengan harga rendah.

Samada sebagai simpanan atau pelaburan, anda perlu memiliki mind set yang betul dan ilmuyang betul.

Jika anda berhasrat menjadi pelabur emas. Anda perlu menguasai 2 ilmu penting iaitu:

1. Ilmu analisis teknikal harga emas.2. Ilmu analisis fundamental harga emas.

Ilmu analisis teknikal

Analisis teknikal adalah satu kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masadepan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan dimasa lepas.

Kaedah ini membabitkan penggunaan carta dan alatan (tools) untuk mengenal pasti bentukpergerakan harga (naik/turun) bagi membolehkan anggaran kenaikan dan penurunan padamasa hadapan.

Pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapatmenentukan corak pergerakan harga di masa depan.

Kaedah termudah membuat analisis teknikal harga emas adalah dengan menggunakan perisianMetaTrader4. Contohnya FxPrimus (www.fxprimus.com)

Page 133: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

133

Tujuan utama pelabur mempelajari kemahiran analisis teknikal harga emas ialah untuk mencaridi manakah harga lantai dan harga syiling emas.

Sebagai contoh, pelabur emas boleh membuat melihat bahawa titik A, C dan F adalah hargalantai (support) manakala titik B, D dan E adalah harga syiling (resistance).

Bagi memaksimakan keuntungan, pembelian dibuat berhampiran zon harga lantai dan penjualandibuat berhampiran zon harga syiling.

Gambar: Harga lantai dan harga syiling boleh dipantau menggunakan MetaTrader4

Ingin mempelajari ilmu analisis teknikal?

Ilmu analisis teknikal harga emas ini mudah untukdipelajari.

Pelabur emas hanya memerlukan masa sehari sahaja untukmenguasai ilmu analisis teknikal harga emas dan belajartopik-topik asas seperti konsep harga lantai dan hargasyiling.

Jika anda berminat untuk mendalami ilmu analisis teknikalharga emas, saya cadangkan anda mendapatkan bukuAnalisis Teknikal Harga Emas – Strategi Membeli danMenjual Emas Fizikal Pada Harga Terbaik, yang ditulis olehsaya dan Shufaad www.melakafx.com

Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai buku ini di sinihttp://bit.ly/BukuAnalisisTeknikalEmas

Anda juga boleh belajar ilmu analisis teknikal harga emasdengan menghadiri seminar yang saya dan Shufaadanjurkan dari masa ke semasa.

Dengan ilmu ini, anda boleh menjadi seorang pelabur emas yang lebih baik.

Page 134: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

134

Ilmu analisis fundamental.

Analisis fundamental bermaksud anda melihat faktor-faktor besar yang boleh menggerakkanharga emas.

Contohnya:

1. Trend permintaan dan penawaran emas.

Trend permintaan dan penawaran emas dikeluarkan oleh World Gold Council (www.gold.org) didalam laporannya yang bertajuk Gold Demand Trends. Laporan ini dikeluarkan setiap sukutahunan. Anda boleh muat turun laporan ini secara percuma.

Anda cuma perlu pergi ke www.gold.org dan cari Gold Demand Trends

Gambar: Laporan gold demand trend

Page 135: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

135

Di dalam laporan ini, anda boleh melihat gambaran lengkap tentang trend permintaan danpenawaran emas.

Sebagai contoh, sektor yang membeli emas terdiri daripada:

1. Barang kemas2. Teknologi3. Pelaburan (jongkong, syiling dan Exchange Traded Fund)4. Bank Pusat

Laporan ini akan membuat analisis terperinci samada wujud pertambahan permintaan ataupengurangan atau penjualan emas daripada sektor-sektor ini. Ia membolehkan anda melihatsentimen pasaran emas dunia dengan jelas.

2. Peranan Federal Reserved (bank pusat Amerika)

Selain daripada laporan Gold Demand Trend, faktor fundamental lain yang memberi kesan besarkepada harga emas adalah peranan Federal Reserved (Bank Pusat USA) dan beberapakomponen-komponen ekonomi.

Antaranya ialah:

1. Mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC)2. Quantitative Easing3. US Employment Report4. US Equities5. US Government Bond6. Gold Exchange Traded Fund7. Outside Market-US Dollar Index and Oil8. Commitment of Traders Report

Analisis fundamental sangat mempengaruhi harga emas untuk jangkamasa yang panjangcontohnya 6 bulan ke atas malah sehingga bertahun-tahun lamanya.

Anda ingin mempelajari ilmu analisis fundamental harga emasdengan lebih mendalam?

Dapatkan buku “Analisis Fundamental Harga Emas –Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi hargaemas dunia” tulisan saya dan Noor Shufaad.

Buku ini menerangkan secara terperinci tentang apakahfaktor-faktor besar yang boleh menggerakkan harga emasdunia.

Ia bacaan yang sesuai untuk mereka yang berminat menjadipelabur emas professional.

Dapatkan preview percuma buku ini di sini (klik)

http://bit.ly/analisisfundamentalFREEpreview

Page 136: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

136

Pedagang emas: Orang yang menggunakan emas sebagai medium perniagaan.

Pedagang emas melihat emas sebagai satu peluang perniagaan. Emas boleh dijual beli bagimendapatkan keuntungan segera.

Bagi pedagang, mereka membuat keuntungan segera dengan aktiviti membeli dan menjualemas. Apabila ada pelanggan ingin membeli, maka mereka akan menjual emas tersebut.Apabila ada orang ingin menjual emas, maka mereka sedia membeli pada harga yang rendahsedikit daripada harga semasa.

Pedagang emas terbahagi kepada 2 kategori.

1. Pedagang emas fizikal2. Pedagang emas maya

Contoh aktiviti seorang pedagang emas fizikal.

Saya ingin memberikan contoh bagaimana seorang pedagang emas membuat keuntungandaripada aktiviti membeli dan menjual emas.

Contoh 1: Menjadi agen syarikat emas.

Menjadi agen syarikat emas membolehkan seseorang membeli dan menjual emas mengikutharga yang ditetapkan oleh syarikat. Terdapat 2 jenis keuntungan yang lazimnya diperolehi iaituuntung runcit dan komisyen belian.

Untung runcit.

Lihat contoh harga emas Public Gold dibawah, jika ada pelanggan yang ingin menjual balik 10gram kepada seorang agen Public Gold maka agen akan membeli emas tersebut pada harga PGBuy (RM1281) dan apabila ada pelanggan lain yang ingin membeli 10 gram maka agen akanmenjual emas tersebut pada harga PG sell (RM1393). Agen tersebut memperolehi keuntungansebanyak RM112 (8%) di dalam transaksi jual beli 10 gram ini.

Gambar: Perbezaan harga Buy dan Sell membolehkan agen mendapat untung runcit.

Komisyen belian.

Komisyen belian merujuk kepada komisyen yang diberikan oleh syarikat kepada agen yangmembeli stok emas daripada syarikat. Biasanya nilai komisyen ditetapkan di dalam bentuk %daripada nilai belian emas. Sebagai contoh, Public Gold memberikan komisyen antara 1%sehingga 2% apabila agennya membeli emas daripada Public Gold. Jadi, apabila agen PublicGold membeli 10 gram emas pada harga RM1393, maka agen akan menerima komisyen antaraRM13.93 ke RM27.86.

Page 137: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

137

Contoh 2: Pedagang emas maya (paper trading)

Pedagang emas maya atau dalam bahasa inggerisnya paper trader merujuk kepada merekayang menjual beli emas secara maya.

Terdapat 2 produk yang sering digunakan oleh pedagang emas maya iaitu:

1. Bursa Malaysia Gold Futures2. Spot Gold

Bursa Malaysia Gold Futures

Maklumat lanjut tentang Bursa Malaysia gold futures boleh diperolehi di website Bursa Malaysia

http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/products/commodity-derivatives/gold-futures-fgld

Soalan-soalan lazim berkenaan gold futures boleh dibaca disini:

http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/education/faqs-on-gold-futures-contract-fgld

Gambar: Maklumat tentang Gold Futures di Bursa Malaysia

Nota penulis : Saya sendiri tidak trade gold futures di Bursa Malaysia, jadi saya tiadapengalaman untuk diceritakan kepada anda.

Page 138: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

138

Spot Gold.

Kemudahan untuk trade spot gold biasanya ditawarkan oleh broker-broker platform forex. Iamembolehkan trader membeli dan menjual kontrak emas secara online.

Gambar: Contoh broker spot gold ialah FXPrimus.

Inilah 2 butang yang akan menentukan keuntungan dan kerugian seorang trader. Butang Selldan butang Buy.

Gambar: Trader akan jual dan beli dengan hanya menekan butang Sell atau Buy

Page 139: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

139

Kelebihan.

Paper trading membolehkan pedagang membuat keuntungan segera daripada kenaikan danpenurunan harga emas. Samada harga emas naik atau turun, trader boleh membuatkeuntungan. Anda cuma perlukan perlukan komputer, internet dan akaun broker.

Kelemahan.

Gold futures dan spot gold termasuk di dalam kategori berisiko tinggi. Saya ulangi, risiko tinggi.Anda boleh kehilangan semua modal di dalam paper trading, jika tersalah langkah. Dengankata lain, untung segera, rugi pun segera. Trader memerlukan ilmu yang tinggi dan disiplintrading yang tinggi.

Contoh seorang trader.

Sahabat saya Noor Shufaad merupakan seorang trader sepenuh masa.

Beliau aktif trade komoditi dan matawang. Sebelumpandai trading, beliau banyak menghanguskan modal.3 tahun berturut-turut beliau mengalami kerugian didalam trade kerana ilmu, mentor dan sistem yangsalah.

Namun sekarang beliau sudah jadi sifu dan aktifmengajar orang tentang seni trade. Anda bolehmembaca blog beliau di www.melakafx.com danwww.shufaad.com

Beliau menulis buku yang bertajuk “Saya Trader –Panduan menjana pendapatan melalui pasaran spotgold dan currency” (215 mukasurat)

Beliau berkongsi strategi-strategi trading yangdigunakan oleh beliau bagi membuat keuntungan.

Anda boleh dapatkan buku ini daripada saya. Whatsappatau sms saya di 013-2126 999 untuk maklumat lanjut.

Page 140: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

140

Topik 5: Bagaimanakah menjana keuntungan denganpelaburan emas?

Sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungandengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.

Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jikaanda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akankongsi kan di bawah.

Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Sebelumanda membeli emas sebagai aset, minda anda perlu menjadi asetterlebih dahulu.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

Sebelum saya bercerita kepada anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, sayaberharap anda dapat menyiapkan minda anda untuk memahami perkara-perkara di bawah.

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akanmenguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menungguharga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beliemas kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untukbermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masapanjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahumenjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya.Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburanemas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jikaanda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yangmenawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda peroleh maka menjana pendapatan dengan emas akanmenjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yangberkenaan emas. Contohnya ialah:

i. Kitco (www.kitco.com)ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)iv. Mineweb (www.mineweb.com)v. Casey Research (www.caseyresearch.com)vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

Page 141: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

141

Berapa lama anda nak simpan emas?

Semakin lama anda simpan emas, maka kelebihan akan berpihak kepada anda.

Di sini saya ingin menunjukkan kepada anda prestasi harga emas dalam jangka masa panjang.Ini kerana, di dalam jangka masa panjang, anda boleh melihat trend kenaikan dan penurunanharga emas dengan jelas.

Anda juga akan dapati, walaupun harga emas menaik dalam jangka masa panjang, tetapi adaketikanya harga emas boleh jatuh antara 25% hingga 38%

Gambar di bawah menunjukkan pergerakan harga emas dari tahun 2005 sehingga awal 2014.

Harga emas tahun 2005 adalah jauh lebih rendah berbanding harga tahun 2014.

Sejarah kejatuhan harga emas.

Baik, mari kita lihat rekod kejatuhan harga emas pula.

1. Pada 12/5/2006 sehingga 14/5/2006, harga emas jatuh 25% dan mengambil masa 16 bulanuntuk pulih.

2. Pada 16/3/2008 sehingga 12/11/2008, harga emas jatuh 34% dan mengambil masa 19 bulanuntuk pulih.

3. Pada 5/9/2011 sehingga 19/12/2013, harga emas jatuh sehingga 38.5%, dan sedangmengalami pemulihan.

Jadi tuan puan, pelaburan emas amat sesuai untuk mereka yang bersedia membuat pelaburanjangka masa panjang.

Gambar: Harga emas sejak 2005 dan waktu harga emas jatuh boleh dilihat.

Page 142: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

142

Strategi membeli emas.

Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

1. Mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu, bukannya tunggu masa yangsesuai untuk bermula.

2. Beli emas secara konsisten.

3. Tambahkan stok emas ketika harga emas jatuh.

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Anda perlu membeli emas dahulu kemudiantunggu harganya naik.

Belilah emas pertama anda walaupun hanya 1 gram.

Orang yang teragak-agak ialah orang yang rugi. Ramai yang teragak-agak untuk memulakanpelaburan emas kerana merasakan harga emas “mahal”. Ya memang betul emas memangmahal.

Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal ituhanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.

Emas adalah pelaburan jangka masa panjang (setahun ke atas). Walau apa juga harga emasketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zamankenaikan harga emas. Di mana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.

Jadi ambil tindakan sekarang!!

Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Langkah kedua adalah membeli emas secara konsisten.

Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk menambahkan gram emas andasecara konsisten.

Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperolehkeuntungan dengan kaedah pemurataan harga.

Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakinmenurun jika anda membeli emas dengan konsisten.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan menggunakan teknik pemurataan harga, sayaakan berikan anda satu contoh.

Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas dari tahun 2006sehingga tahun 2011.

Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secarakonsisten 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiapbulan Januari, Mei, September, Disember.

Page 143: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

143

(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia) dihttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

Tahun 2006 Tahun 2007

Tarikh Harga belian (RM) Tarikh Harga belian (RM)3/1/2006 1,054 3/1/2007 1,2152/5/2006 1,278 3/5/2007 1,2431/9/2006 1,245 3/9/2007 1,2681/12/2006 1,257 3/12/2007 1,420

Tahun 2008 Tahun 2009

Tarikh Harga belian (RM) Tarikh Harga belian (RM)3/1/2008 1,530 2/1/2009 1,6502/5/2008 1,449 4/5/2009 1,6992/9/2008 1,499 1/9/2009 1,8092/12/2008 1,520 1/12/2009 2,121

Tahun 2010 Tahun 2011

Tarikh Harga belian (RM) Tarikh Harga jualan balik(RM)

4/1/2010 1,989 2/9/2011 2,7653/5/2010 2,0421/9/2010 2,1181/12/2010 2,364

Daripada jadual di atas, anda dapati kos membeli 20 keping syiling Kijang Emas dari tahun 2006sehingga tahun 2010 adalah RM31,770. Jadi kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1588.50setiap satu.

Pada 2/9/2011 harga jualan balik kijang emas ialah RM2765. Jadi jika anda menjual kesemua20 keping syiling Kijang Emas pada harga RM2765 maka keuntungan anda ialah:

(RM2765 x 20 keping) – RM31770= RM55,300 – RM31,770= RM23,530 Keuntungan sebanyak 74%!

Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa hargapurata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

Tips! Terdapat 2 cara mengira pemurataan harga iaitu harga purata mengikut produk atauharga purata mengikut gram.

Contoh, jika anda membeli 2 keping jongkong emas, satu berharga RM1300 dan satu lagiberharga RM1400.

Harga purata mengikut jongkong adalah (RM1300+RM1400) / 2 = RM1350 sekeping

Harga purata mengikut gram adalah (RM1300 + RM1400) / 20 gram = RM135 segram.

Page 144: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

144

Tindakan Ketiga: Tambahkan gram emas ketika harga emas jatuh.

Untuk pengetahuan anda, emas adalah komoditi dan didagangkan di pasaran emas dunia. Hargaemas boleh naik dan turun.

Di dalam jangka masa panjang harga emas adalah di dalam trend menaik, namun di dalamjangka masa pendek harga emas boleh menurun.

Biasanya ia disebabkan tekanan jualan ketika harga emas sedang tinggi (bila harga tinggipelabur emas yang terdahulu akan menjual emas untuk mendapatkan keuntunganmenyebabkan harga emas menurun)

Oleh sebab apabila harga emas mencecah meningkat terlalu tinggi maka akan berlakupenurunan harga selepas itu. Ini memang sangat biasa bagi pasaran emas. Bila harga emasjatuh, maka ia mewujudkan peluang untuk kita menambahkan stok emas kita. Ini adalahpeluang membeli (buying opportunity)

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kitaboleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

Gambar: Harga emas terdahulu boleh dijadikan panduan membeli.

Contohnya, apabila harga emas sedang mengalami penurunan 8% atau lebih, anda bolehmenambahkan stok emas anda.

Untuk pengetahuan anda, harga emas boleh jatuh melebihi 10%. Tambahkan gram anda padapenurunan harga 8%. Jika harga masih lagi turun maka anda boleh tambahkan lagi stok emasanda secara konsisten.

Page 145: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

145

Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)6. Melabur sambil berniaga emas.

Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset/simpanananda.

Saya percaya setiap orang perlu menyimpan harta sebagaiaset individu. Sebagai contoh rumah, tanah, saham, ASB,dan unit amanah merupakan aset yang biasa kita dengar.

Emas juga boleh menjadi aset yang menguntungkanpemiliknya. Ini kerana:

1. Nilainya sentiasa naik2. Ia tidak boleh dibinasakan3. Ia boleh disimpan dengan mudah dan selamat4. Ia boleh dicairkan kepada tunai dengan cepat.5. Anda boleh menjualnya bila-bila masa sahaja.

Jadi teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagaiaset anda. Anda beli emas dan peganglah ia selama yangmungkin contohnya 20 – 30 tahun (atau selama-lamanya).

Emas ini akan menjadi pusingan modal untuk anda. Jikaanda memerlukan wang segera maka emas anda boleh

digunakan. Bagaimanakah cara ini boleh menguntungkan anda?

Dengan andaian purata harga emas naik 20% ke 30% setahun di dalam jangka masa panjangmaka anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi menggadaikan emas ini di Ar-Rahnu.

Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjamdi Ar-Rahnu. Wang ini boleh digunakan sebagai pusingan modal untuk perniagaan.

Sebagai contoh:

Katakan anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.

Apabila anda menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu pada masa tersebut maka anda bolehmeminjam sebanyak 70% daripada nilai emas tersebut.

Jadi 70% x RM11400 = pinjaman sebanyak RM7980

Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 120% maka nilai emas anda telahnaik harganya menjadi RM25 080.

Nilai pinjaman Ar-Rahnu yang boleh diperoleh pada tahun 2013 ialah:

70% x RM25 080 = RM17 556.

Page 146: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

146

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 240% menjadi RM38 760 maka nilaipinjaman Ar-Rahnu yang boleh anda peroleh pada tahun itu ialah: 70% x RM38 760= RM27132.

Dengan kata lain, semakin lama tempoh masa anda menyimpan emas maka semakin banyakwang yang anda boleh pinjam.

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 bolehmemberikan pinjaman bernilai RM27 132 selepas 8 tahun.

Gambar: Jongkong emas sebagai aset anda. Lebih berat lebih baik.

Dengan teknik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun.Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai harta.

Bila anda perlukan wang maka anda gadaikan sahaja di Ar-Rahnu. Semakin lama simpan,semakin tinggi nilai emas ini. Semakin banyak pinjaman yang anda boleh dapat.

Pinjaman ini anda boleh gunakan untuk menjana lebih banyak keuntungan contohnya membelilebih banyak emas apabila harga emas turun dan menjualkan kembali emas hasil pajakantersebut apabila harga emas meningkat naik.

Nota penulis: Setiap Ar-Rahnu mempunyai polisi yang berbeza-beza. Ada yangmenerima jongkong emas, ada yang menerima barang kemas sahaja.

Anda dinasihatkan menelefon institusi Ar-Rahnu terbabit sebelum membuat gadaian.Ini kerana polisi Ar-Rahnu boleh berubah mengikut masa dan keadaan.

Page 147: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

147

Gadai emas di Ar-Rahnu. Untung atau tidak?

Saya selalu mendapat soalan. Adakah menggadaikan emas di Ar-Rahnu itu menguntungkanatau merugikan?

Jawapannya ialah ia bergantung pada bagaimana anda menggunakan hasil gadaian tersebut.Jika anda menggunakan hasil gadaian untuk menjana lebih banyak keuntungan, atau pusinganmodal untuk perniagaan, maka itu adalah kaedah yang betul.

Contohnya kontraktor yang menggadaikan emas dan menggunakan wang tersebut sebagaipusingan modal perniagaan beliau.

Setelah beliau memperoleh bayaran maka beliau boleh menebus kembali emas yang digadaikanitu. Keuntungan daripada projek tersebut boleh menanggung upah simpan yang dikenakan olehAr-Rahnu.

Pengalaman peribadi. Bagaimanakah saya menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu?

Saya pernah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu untuk menjana keuntungan jangka pendek.Ceritanya ialah saya telah menggadaikan 500 gram emas Public Gold di Ar-Rahnu dan telahmendapat pinjaman sebanyak RM41 300.

Saya cuma gadaikan emas ini selama 8 hari sahaja ( daripada 18/8/2009 – 25/8/2009).Kos upah simpan untuk 8 hari adalah RM235 (lihat resit pembayaran di bawah).

Gambar: Kos upah RM235 untuk gadaian selama 8 hari.

Di dalam masa 8 hari saya telah menggunakan RM41 300 yang diperoleh hasil gadaian untukmembuat 2 transaksi yang telah mendatangkan keuntungan. Antaranya:

1. Membeli 200 gram emas PAMP Suisse penggadai emas yang tersangkut diAr-Rahnu dan menjual kembali kepada kawan saya.

Jumlah keuntungan daripada transaksi ini = RM400

2. Membeli balik 3 keping gold bar Public Gold 100 gram daripada orangpersendirian yang nak pakai tunai (dah untung kot). Ketiga-tiga gold bar ini telahsaya jualkan semula kepada pembeli-pembeli baru.Anggaran keuntungan daripada transaksi ini = RM668.00

Jadi, jumlah keuntungan kasar = RM1068.00 - RM235.00 (upah simpan)Jumlah untung bersih = RM833.00

Dengan kata lain, teknik gadaian Ar-Rahnu boleh digunakan untuk apa juga transaksi asalkanjumlah keuntungan yang dijana melebihi upah simpan. Segalanya tertakluk kepada kreativitidan peluang yang datang kepada anda.

Jika anda tidak tahu bagaimana menjana keuntungan dengan hasil pajakan emas tersebut,maka saya cadangkan anda untuk menyimpan sahaja emas tersebut. Jangan gadai emas danbeli sport rim. Itu memang cari penyakit.

Page 148: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

148

Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah. Beli emas fizikal, tunggu sehingga harganya naik dan jualapabila harganya mencecah target keuntungan anda.

Sebagai contoh jika anda target untuk mendapat keuntungan sebanyak 25% maka anda akanmenjual emas-emas anda sebaik sahaja harganya naik 25%.

Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.

Sebagai contoh, emas yang mempunyai spread yang rendah (di bawah 10%) adalah syilingemas UOB Bank, Kijang Emas, Jongkong emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar.

Caranya:

Anda beli emas dan kemudian menyimpan emas tersebut. Apabila harga naik melepasi targetkeuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.

Jika anda memerlukan wang semasa proses menunggu, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu. Bagi buku akaun simpanan emas pula, anda tak boleh nak gadaikan emas anda. Andakena tunggu sahaja.

Contoh:

Anda membeli 5 sekeping syiling Kijang Emas 1 Oz pada 2/1/2008 pada harga RM2,932sekeping. Jumlah pelaburan anda ialah RM14 660.

Anda meletakkan target untung mendapat keuntungan sebanyak 30% (kenaikan hargasekurang-kurangnya RM880 untuk sekeping. Kalau dapat lebih lagi bagus).

Jadi target harga jualan anda adalah apabila harga Kijang Emas itu mencecah RM3812 ataulebih. Maka anda pun mulalah memerhatikan kenaikan harga Kijang Emas hari demi hari dilaman web Bank Negara.

Akhirnya pada tarikh 23/11/2009 anda dapati harga belian balik Kijang Emas adalah RM3839.

Jadi anda boleh menjual kesemua syiling Kijang Emas ini dan memperoleh keuntungansebanyak RM4535 (RM907 x 5 keping). Tahniah! Anda telah mencapai target untung anda.

Page 149: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

149

Gambar: Jual apabila harga Buying sama dengan target untung anda.

Pilihan kedua.

Jika anda rasa sayang untuk menjual kesemua syiling kijang emas tersebut, anda boleh menjualsekeping Kijang Emas sahaja (menjual nilai untung).

Anda memperoleh keuntungan RM3839 dan masih mempunyai 4 keping syiling Kijang Emasyang boleh dijual pada harga lebih tinggi pada masa hadapan.

Kebaikan:

1. Jika anda membeli emas fizikal, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu jikamemerlukan wang.

2. Untuk mendapat keuntungan lebih, anda boleh menjual syiling Kijang Emas tersebutdengan harga yang lebih tinggi daripada harga buying. Caranya ialah dengan menjualsyiling kijang emas ini di group Facebook. Anda tidak perlu jual semula syiling KijangEmas anda kepada Maybank. Dengan cara ini anda boleh menambahkan keuntungan.

Page 150: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

150

Teknik 3 : Buat pinjaman dan beli emas fizikal

Melihat kepada trend kenaikan harga emas yang melonjak tinggi sejak tahun 2001, saya telahmembuat kajian untuk melihat sama ada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bankbagi membuat pelaburan emas.

Hasil kajian saya mendapati membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memangmenguntungkan. Ini kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggidaripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalahpinjaman yang baik.

Definisi: “Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kayaPinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.

Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar.

Kajian kes:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuktempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007.Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1Oz ketika itu adalah RM2351.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersihanda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Page 151: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

151

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga23/7/2008 – tarikh kajian ini dibuat, berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunitJadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

.

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Puratapulangan ialah 20% setahun. Memang seronok.

Mengapa saya yakin terhadap teknik ini?

Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakarpelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.

Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emasmemang berpotensi tinggi meningkat naik. Ini kerana pelabur-pelabur di seluruh dunia melihatemas sebagai pelaburan selamat (save heaven). Kita pun tahu krisis kredit/ekonomi telahmelanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.

Gambar: Buku-buku bacaan dan kajian saya berkenaan emas dan sistem kewangan

Page 152: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

152

Gambar: Kebanyakan penulis buku pelaburan meramalkan harga emas akan naik

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naiksehingga mencecah USD1900 USD/ Oz (pada September 2011)

Ini adalah kenaikan harga yang sangat tinggi memandangkan harga emas pada tahun 1970-anhanyalah USD35/Oz.

Gambar: Harga emas sekarang telah mencecah USD 1900.30/Oz

Page 153: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

153

Adakah saya membuat teknik ini?

Berdasarkan analisis saya telah mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bank danmembeli emas fizikal dengan kesemua hasil pinjaman tersebut. Bagi saya, ilmu yang baik +tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar.

Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan.

Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya bermula dengan RM30 000,kemudian tambah lagi kepada RM50 000 dan akhirnya mencecah RM110 000 (pinjaman BankRakyat)

Kesemua ini saya gunakan untuk membeli emas. Memang untung sebab selain daripadamenikmati kenaikan harga emas, saya juga mendapat menjana keuntungan daripada aktivitimenjual beli emas.

Gambar: Pinjaman Bank Rakyat - semua saya laburkan di dalam emas.

Nota penulis: Walaupun kisah ini adalah kisah sebenar saya, namun saya cadangkanagar anda berhati-hati bila membuat sebarang pinjaman bagi tujuan pelaburan.Pastikan anda mampu membayar installment bulanan.

Page 154: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

154

Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun simpanan emas (beliketika harga turun, jual ketika harga naik)

Selain menjana keuntungan melalui emas fizikal, membeli dan menjual emas menggunakanakaun simpanan emas boleh membantu menjana keuntungan lumayan kepada anda. Caranyaialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan akaun simpanan emas UOB Bank menawarkan spread yang terendah, sayacadangkan anda untuk membuat keuntungan menggunakan akaun simpanan emas UOBberbanding akaun simpanan emas daripada bank-bank lain.

Sebagai contoh:

Pada 7/6/2011 harga jualan untuk akaun simpanan emas UOB adalah RM151.30 segram. Pada22/8/2011 harga belian balik adalah RM178.90 segram.

Ini adalah kenaikan RM27.60 segram di dalam masa hanya 2 ½ bulan sahaja (bersamaan18.24%).

Gambar: Kenaikan harga emas akaun simpanan emas UOB dari bulan 6 ke bulan 8.

Page 155: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

155

Ini adalah contoh untuk akaun simpanan Public Bank GIA:

Pada 7/4/2011 harga jualan untuk Public Bank GIA adalah RM145.17 segram. Pada 22/08/2011harga belian balik adalah RM178.06 segram. Ini adalah kenaikan RM32.89 segram di dalammasa 4 ½ bulan sahaja (bersamaan 22.65%)

Tip: Bagaimana memaksimumkan keuntungan pelaburan akaun simpananemas anda?

Anda boleh memaksimumkan keuntungan dengan cara menambahkan stok emas anda ketikaharganya menurun. Caranya ialah anda tunggu sehingga harga emas jatuh bermula 8% ke atas.Kemudian anda boleh mula membeli. Jika harga emas turun lagi, maka anda boleh membelilagi.

Harga emas boleh jatuh melebihi 10%. Namun anda tak perlu menunggu harga jatuh 10%sebelum membuat pembelian. Ini kerana ditakuti harga emas akan membuat peralihan untuknaik semula. Jadi jangan menunggu terlalu lama.

Lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik… kemudian turun…. lepas tunaik balik… lepas tu turun… kemudian harga naik balik…

Page 156: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

156

gambar: harga pasaran emas yang menaik dan menurun

Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Terutamanya untuk mengenalpasti bila berlakunya buying opportunity.

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kitaboleh mengambil peluang menambahkan emas stok ketika harga emas sedang rendah)

Beberapa istilah penting.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu supportdan resistance.

Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

TIPS: Dengan melihat nilai support dan resistance harga emas terdahulu anda boleh mengagaksejauh mana harga emas boleh jatuh.

Nota penulis: Cara termudah melihat dan melukis garisan support dan resistance ialahdengan menggunakan perisian MetaTrader 4.

Page 157: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

157

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menaik.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan akaun simpanan semasa trend menaik? Sebagaicontoh kita gunakan keuntungan daripada akaun Public Bank GIA tadi.

Katakan anda membeli 200 gram emas Public Bank GIA pada 7/4/2011 dengan harga RM145.17segram.

Jadi, jumlah kos belian = RM145.17 x 200 gram = RM29,034.

Pada 22/8/2011 harga emas telah naik kepada RM178.06 segram (harga belian balik). Jika andamenjual semua 200 gram emas tersebut maka anda akan mendapat sebanyak RM35,612.

Keuntungan bersih anda adalah RM35,612 – RM29,034 = RM6578.

Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlumenjual semua emas anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM6578. Jadi anda cuma perlu menjual sebanyak:

RM6578/RM178.06 = 36.94 gram

Memandangkan anda perlu menjual di dalam gandaan 1 gram maka anda bundarkan 36.94gram kepada 37 gram. Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 163 gram. Jadi,bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan carayang sama iaitu jual nilai keuntungan.

Page 158: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

158

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menurun.

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telahmeningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Sekarang, harga emasdijangkakan dalam trend menurun.

Gambar: Trend harga menurun

Apa nak buat?

Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram sahaja (baki minima).

Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan.

Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapaisupport line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermulakembali.

Menunggu harga emas naik memang memenatkan, tapi apabila harga target dah sampai. makakita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas.InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Teknik membeli emas GIA ketika harga mula menaik.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

1. Teknik cost average: beli emas secara konsisten mengikut sela masa tertentu.2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak perlu tunggu.

Yang manakah satu terbaik? erm… kena ikut jumlah modal style anda juga. Tepuk dada tanyaselera

Page 159: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

159

Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasiAr-Rahnu)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emasfizikal dan kemudahan Ar-Rahnu. Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untukanda.

Teknik ini utk pemegang emas fizikal aje, GIA dan Maybank GIA tak boleh.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun simpanan emas, teknik ini andatak boleh buat

Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai tak saya beli emas sekarang nie?Nampak harga emas tengah mahal nie?”

(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebabharga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli aje.. tak payah tunggu-tunggu”.Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapakah kalau emas GIA saya cadangkan andahold dulu dan tunggu harga murah? Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli aje?

Jawapannya.

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi,anda tetap memperoleh untung kerana ia boleh digadaikan untuk mendapatkan tunai segera.Jadi anda boleh menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk membuat keuntungan.

Akaun simpanan emas seperti UOB GSA, Public Bank GIA dan Maybank GIA (beli emas ataskertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Ia tidak bolehdigadaikan di Ar-Rahnu.

Di sini saya ingin berkongsi teknik manipulasi Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan ke dalam akaun UOB GSA.

Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluangmenjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

Sebagai orang berpengalaman (sebab selalu memantau harga emas) anda akan tahu bila akanberlakunya buying opportunity.

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kitaboleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

Page 160: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

160

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk akaun UOB Gold Saving Account.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakansemuanya digunakan untuk membeli emas UOB GSA (UOB GSA dipilih kerana spreadnya yang lebih rendah berbanding Maybank GIA dan Public Bank GIA).

2. Bila harga emas kembali naik, anda jual emas dari akaun simpanan emas dan tebusbalik emas di Ar-Rahnu

Gambar: Spread UOB adalah antara 1.1% sehingga 1.5% sahaja.

Nota penulis: Teknik manipulasi Ar-Rahnu adalah teknik yang berisiko.

Ia bersifat spekulasi. Ini kerana kita mengandaikan harga emas akan meningkat dankenaikan tersebut boleh cover kos upah simpan dan spread UOB.

Jadi, ia hanya sesuai dibuat bila harga emas jatuh.

Namun, boleh ada risiko anda mengalami kerugian jika harga emas jatuh dan andaterpaksa menanggung kos opah simpan Ar-Rahnu.

Gunakan teknik ini dengan berhati-hati.

Page 161: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

161

Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkanpulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada apabilaharga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

Inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana keuntungan tidak kirasama ada harga emas sedang naik atau turun.

Jika anda membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan andaditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jikapasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi.. pergh.. ini adalah waiting game.

Bagi peniaga emas. Anda akan membuat lebih keuntungan apabila harga emas jatuh. Ini keranaapabila harga emas jatuh ramai pelanggan yang akan membeli emas daripada anda. Jadi andaakan mendapat untung melalui komisyen jualan.

Apabila harga emas naik maka anda mendapat untung daripada kenaikan harga emas, samaseperti belabur. Jadi harga emas turun anda untung, harga emas naik pun anda untung.

Peluang berniaga emas bersama Public Gold.

Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah denganmenjadi agen Public Gold.

Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja bolehmembuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun andaturut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Goldsambil menjana pendapatan sampingan.

Berapa modal untuk menjadi agen Public Gold?

Untuk menjadi agen kos yang diperlukan ialah RM30,000 sahaja. Kesemua modal ini adalahuntuk membeli stok produk dan disimpan oleh agen. Komisyen anda ialah 1% daripada nilaibelian produk.

Jika anda mempunyai modal sebanyak RM200,000 maka anda boleh membuat belian sebagaiPriority Dealer @ stokis. Dengan menjadi Priority Dealer, komisyen anda adalah 1.5% daripadaharga belian.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.

Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda diiktiraf sebagai pengedar sah untuk produkPublic Gold dan boleh membeli dan menjual dan membeli Produk Public Gold mengikut hargasemasa.

Faedah-faedah lain untuk agen adalah seperti berikut:

1. Komisen jualan 1% ke 1.5%.

Agen biasa @ normal dealer mendapat komisyen 1% daripada nilai belian produk. Stokis @Priority Dealer pula mendapat komisyen 1.5% daripada pembelian.

Page 162: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

162

2. Keuntungan belian balik di antara 4.5%-8%.

Jika pelanggan ingin menjual emas kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “PGBuy” (lihat harga di atas).

Jika ada pelanggan ingin membeli emas maka anda boleh jualkan emas tersebut pada harga “PGsell” dan mendapat untung atas angin sebanyak 4.5%- 8%. Ini dipanggil keuntungan spread.

Sebagai contoh, Berdasarkan harga semasa di atas, jika pelanggan ingin menjual kembali 100gram Public Gold maka anda akan membelinya pada harga RM16,222.

Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda makaanda boleh menjualnya pada harga RM17,076. Anda akan mendapat untung atas anginsebanyak RM854.00 untuk urusniaga ini.

3. Anda mendapat komisyen 0.3% apabila menjual semula stok anda kepadaPublic Gold.

Jika agen menjual balik sebarang produk Public Gold, mereka akan menerima komisyen 0.3%daripada nilai jualan produk tersebut. Dengan kata lain Public Gold akan membeli balik padaharga ‘we buy’ dan menambah 0.3% komisyen kepada agen.

4. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harganaik semula.

Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyakmungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabilamenjual emas tersebut ketika harganya naik.

Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan @ ribuan ringgit dengan teknik ini.

Contohnya, pada 28/7/2010 harga emas jatuh. Harga sekeping jongkong 20 gram Public Goldialah RM2704 + RM10 (kos pengangkutan).

Saya pun memborong stok 20 gram sebanyak 28 keping.Dalam masa 4 minggu harga emas 20 gram telah meningkat kepada RM2838 + RM10(pengangkutan). Jadi saya mendapat keuntungan tambahan RM134.00 bagi jualan pada hargaini.

Berapa modal yang diperlukan?

Modal untuk menjadi agen Public Gold adalah sekitar RM30,000 ++ sahaja. Jika andamempunyai RM200,000 maka anda boleh menjadi stokis @ priority dealer Public Gold. Kesemuamodal ini digunakan untuk membeli stok emas pada harga semasa.

Anda boleh memilih sendiri mana-mana produk keluaran Public Gold.

Page 163: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

163

Antara faktor-faktor yang memudahkan anda mempromosikan emas Public Gold adalah:

1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikutpergerakan harga emas antarabangsa dan bertukar setiap 20 minit.

2. Anda boleh membuat tempahan produk secara online 24 jam sehari. Anda juga bolehmembuat tempahan jualan secara online jika mahu menjual semula emas kepadasyarikat.

3. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok. Apabila harga emasrendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Goldmempunyai kilang emas mereka sendiri.

4. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknyadibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagisama. Jadi pelanggan tidak perlu risau.

5. Agen boleh menjual balik emas mereka bila-bila masa kepada Public Gold.

Sebagai pengkaji mengenai pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Goldmenawarkan peluang yang tulen kepada mereka yang berminat dengan pelaburan emas.

Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emasPublic Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini. Inilah peluang yangunik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang andamenjana keuntungan.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan emas bersamaPublic Gold?

Untuk pengetahuan anda saya juga mengadakan seminar peluang perniagaan emas bersamaPublic Gold daripada masa ke semasa. Ia diadakan di seluruh negara dan PERCUMA.

Anda boleh melihat jadual seminar saya dari masa ke semasa di laman web Public Gold(www.publicgold.com.my dan lihat di bahagian Activity)

Saya berminat. Apakah langkah seterusnya?

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold, anda boleh menghubungi saya melaluiemail ini: [email protected] ataupun menghubungi saya di talian 013-2126 999

Saya telah membantu ramai orang menjadi usahawan emas yang berjaya. Saya juga bolehmembantu anda menjadi seorang usahawan emas yang berjaya.

Page 164: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

164

Gambar: Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold

Untuk mendapat informasi terkini mengenai seminar dan juga berita semasa mengenaipelaburan emas, saya cadangkan anda untuk melanggan newsletter blog jutawanemas.com.Setiap kali saya menulis artikel terbaru maka anda akan menjadi orang pertama yang mendapatupdate daripada blog ini.

Caranya mudah sahaja. Anda cuma masukkan e-mail anda ke dalam ruangan kosong dan tekanbutang “Subscribe by e-mel”. Kemudian anda akan mendapat e-mail pengesahan daripadafeedburner. Klik link pengesahan tersebut. Selesai.

Gambar: Langgan newsletter blog jutawanemas.com – Ianya PERCUMA!

Page 165: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

165

Kajian kes, bagaimana posisi sebagai agen Public Gold boleh memaksimakankeuntungan anda?

Gambar: Senario keuntungan membeli dan menjual sebagai agen Public Gold.

Untuk memudahkan anda memahami keuntungan berniaga emas sebagai agen Public Gold, sayagambarkan dengan senario di bawah berdasarkan jadual harga di atas:

Senario jika anda membeli produk Public Gold:

1. Jika anda membeli 50 gram jongkong emas Public Gold sebagai pelabur. Andaakan membayar RM8578.00. Anda tidak mendapat sebarang komisyen.

2. Jika anda menjadi agen Public Gold (normal dealer) maka belian 50 grammembolehkan anda mendapat komisyen 1% (bersamaan RM85.78 sen)

3. Jika anda menjadi priority dealer @ stokis, maka anda mendapat komisyen1.5% (bersamaan RM128.67)

4. Jika anda menjadi master dealer Public Gold, maka anda mendapat komisyen2% (bersamaan RM171.56)

Senario jika anda menjual kembali emas Public Gold kepada syarikat:

1. Jika pelabur menjual kembali 50 gram jongkong emas ini kepada Public Gold,Public Gold akan membayar RM8106.00 (harga ‘we buy’)

2. Jika agen Pulic Gold menjual kembali 50 gram jongkong emas ini, Public Goldakan membayar agen tersebut RM8106.00 + 0.5% (RM40.53) = RM8146.53.

Jadi, anda nampak tak keuntungan tambahan bagi mereka yang menjadi pelabur + agen PublicGold? Beli dapat untung komisyen, jual balik pun akan dapat untung komisyen.

Inilah teknik yang hebat. Menjadi pelabur + peniaga emas.

Page 166: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

166

Topik 6: Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)

Salah satu daripada keuntungan menyimpan emas ialah ia boleh digadaikan di institusi pajakgadai Islam yang dipanggil Ar-Rahnu. Ia membolehkan anda memperolehi tunai dengan cepat.Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai Ar-Rahnu.

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satubarang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yangterikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayardengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapatdijelaskan

(http://www.arrahnu.org/main.htm)

Di Malaysia Ar-Rahnu cuma menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yangdiberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu sepertiAgrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankanperkhidmatan Ar-Rahnu seperti YAPEIM, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi.

Ar-Rahnu menjalankan operasi berdasarkan 2 konsep iaitu:

Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikansandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga denganjaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

i. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjianpinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu ribaberbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasilkepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam.

ii. Nilai Gadaian Tidak MerosotNilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlakupenyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantaiemas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai.

iii. Wang Lebih Gadaian DipulangkanSekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yangditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkantentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi bakihutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalahjauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian.

iv. Barang Kemas Yang Disimpan SelamatSemua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangankemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risaudengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia beradadi pihak penerima gadaian.

Page 167: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

167

v. Caj perkhidmatan Yang RendahSemua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkandengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggidan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau memintawang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

vi. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlakusemasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsurpenipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkankepada pemberi gadaian.

vii. Tempoh Membayar Balik Yang MunasabahAr-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur denganpelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai olehsemua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkalameminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian inginmelanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

viii. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara LelonganPihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya baranggadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telahhabis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masamembayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian merekaakan dilelongkan.

ix. Memberi Nilai Gadaian Yang SepatutnyaPerkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana AktaPemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaianberkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yangsepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Bagaimanakah Ar-Rahnu membuat keuntungan?

Saya sering kali menerima pertanyaan mengenai Ar-Rahnu. Bagaimanakah mereka membuatkeuntungan?

Jawapannya adalah daripada upah simpan.

Pajak gadai konvensional biasanya mengenakan faedah ke atas nilai pinjaman. Ini adalah ribayang diharamkan di dalam Islam.

Namun bagi Ar-Rahnu pendekatan yang digunakan ialah mengambil upah ke atas simpananbarang kemas peminjam. Dengan kata lain mereka membuat keuntungan dengan servismenyimpan emas penggadai bukannya mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan.

Page 168: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

168

Mempelajari selok- belok Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di seluruh Malaysia antaranya adalah bank-bank tempatanseperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam dan RHB Bank. Pos Malaysia juga mempunyai Ar-Rahnu yang dipanggil Ar-Rahnu Pos.

Untuk memahamkan anda dengan proses Ar-Rahnu ini saya akan mengambil contoh Ar-RahnuBank Rakyat.

Saya akan berkongsi mengenai:

1. Apakah itu nilai marhun?2. Bagaimana mengira nilai pinjaman3. Berapakah kadar upah simpan sebulan?4. Apakah itu teknik overlap?

Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Bank Rakyat menawarkan 2 jenis skim Ar-Rahnu iaitu:

1. Ar-Rahnu2. Az-Zahab

Skim Ar-Rahnu.

Konsep:

Al-Wadiah dan Qardhul Hassan.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.2. Bukan warganegara3. Tidak bankrap

Nilai pembiayaan.

Pembiayaan sehingga 70% daripada nilai marhun (Nilai marhun merujuk kepada harga baranggadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas).

Nilai gadaian sehari tidak melebihi RM10,000 dan nilai pinjaman terkumpul individu mestilahtidak melebihi RM50,000

Jangka masa pinjaman.

6 bulan sahaja.

Tempoh pelanjutan.

Boleh disambung lagi untuk 6 bulan tertakluk kepada pembayaran upah simpan bagi simpananemas 6 bulan terdahulu.

Produk yang boleh digadaikan.

Barang kemas yang berketulenan 18 karat ke 24 karat.

Page 169: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

169

Skim Az-Zahab

Konsep:

Al-Wadiah dan Qardhul Hassan.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.2. Bukan warganegara3. Tidak bankrap

Nilai pembiayaan.

Pembiayaan sehingga 70% daripada nilai marhun. Nilai gadaian sehari melebihi RM10,001.00dan nilai pinjaman terkumpul individu mestilah tidak melebihi RM100,000

Tempoh pembayaran.

Tempoh pembayaran maksimum ialah 36 bulan atau menjelaskan keseluruhan pinjaman + upahsimpan untuk 6 bulan.

Produk yang boleh digadaikan.

Barang kemas yang berketulenan 18 karat ke 24 karat.

Jadual kadar upah simpan setiap bulan bagi pembiayaan skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab.

Skim Nilai pembiayaan Upah simpan untuk setiapRM100.00 nilai marhun sebulan.

Ar-Rahnu RM100.00 - RM1,000.00RM1,001.00 - RM10,000,00

RM0.65RM0.75

Az-Zahab RM10,001.00 - RM100,000.00 RM0.75

Daripada jadual di atas, anda mendapati bahawa semakin tinggi nilai pembiayaan maka semakintinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Oleh yang demikian anda perlu menggunakan hasil pembiayaan Ar-Rahnu sebaik mungkin.

Gunakan ia bagi menjana lebih banyak keuntungan contohnya membeli aset atau membuatmodal perniagaan. Dengan kata lain anda perlu mempunyai kepintaran kewangan terlebihdahulu.

Nota penulis: Secara peribadi, saya lebih gemar menggunakan Ar-Rahnu Posberbanding Ar-Rahnu bank. Ada 2 sebab utama iaitu ia kurang sibuk dan kedua ialahdata pinjaman di Ar-Rahnu Pos tidak akan masuk ke dalam CCRIS dan CTOS.

Ar-Rahnu Pos juga menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas, dinar emas danbarang kemas.

Page 170: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

170

Bagaimana mengira nilai marhun, nilai pinjaman dan upah simpan?

Baiklah, sekarang saya ingin menunjukkan kepada anda cara-cara mengira nilai marhun, berapabanyak pinjaman dan upah simpan yang dikenakan jika anda menggunakan Ar-Rahnu.

Andaikan anda ingin menggadaikan 1 keping syiling kijang emas 1 Oz di Ar-Rahnu pada6/5/2011

Gambar: Syiling Kijang Emas 1 Oz (31.1 gram, emas 999.9)

Apabila anda ke Bank Rakyat maka andaboleh melihat papan tanda harga emasAr-Rahnu di dalam Bank Rakyat.

Daripada maklumat papan tanda hargatersebut anda boleh mengira nilaimarhun seperti berikut:

(emas 999.9 dengan berat 31.1g)

Harga RM171.83 x 31.1 gram= RM5344.00 (nilai marhun)

Sekarang mari kira berapa nilaipinjaman yang anda boleh peroleh.

Nilai pinjaman = RM5344 x 70%= RM3740.00

Jadi, anda boleh membuat pinjamanmaksimum RM3740.

Memandangkan nilai pinjaman melebihi RM1000 maka secara automatik upah simpan anda akandikira di bawah skim Az-Zahab (RM0.75 sen untuk RM100 nilai marhun).

Pengiraan upah simpan adalah seperti berikut:

(nilai marhun/100) x 0.75 sen= (RM5344/100) x 0.75 sen=RM40.10 sen sebulan.

Kos upah simpan untuk 6 bulan adalah RM40.10 x 6 bulan= RM240.60

Page 171: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

171

Teknik overlap.

Salah satu keistimewaan Ar-Rahnu ialah ia memberikan ruang untuk anda mendapatpembiayaan lebih tinggi apabila harga emas meningkat. Dengan kata lain apabila andamembuat penilaian semula emas anda maka Ar-Rahnu akan mengira jumlah pinjaman terkinidan menolaknya dengan pinjaman dan kos upah simpan terdahulu. Jika ada lebihan maka andaakan mendapat wang tunai. Teknik ini dipanggil overlap.

Contoh pengiraan overlap:

Gambar: nilai emas 999 naik daripada RM171.83 segram kepada RM211.97 segramdalam masa 4 bulan. Jadi kenaikan ini membolehkan anda membuat teknik overlap.

Berdasarkan contoh sebelum ini (anda meminjam RM3740 pada 6/5/2011 dan dikenakan upahsimpan sebanyak RM40.10 sebulan). Berapakah lebihan tunai yang anda akan peroleh apabilamembuat overlap pada 6/9/2011?

Pengiraan.Berdasarkan tanda harga bank rakyat pada 6/9/2011, emas 999 dinilai pada harga RM211.97segram. Jadi nilai marhun baru = RM211.97 x 31.1 gram = RM6592.20

Nilai pinjaman baru adalah 70% x RM6592.00 = RM4614.50

Lebihan tunai yang diperoleh dikira berdasarkan formula berikut:

(nilai pinjaman baru) – (nilai pinjaman lama + upah simpan bulanan pinjaman lama).= RM4614.50 - ( RM3740 + RM160.40)= RM4614.50 – RM3900.40= RM714.10 inilah lebihan tunai yang akan anda peroleh dari Ar-Rahnu.

nota: memandangkan emas disimpan selama 4 bulan sahaja, maka upah simpan yangdikenakan adalah RM40.10 x 4 bulan = RM160.40

Upah simpan yang baru adalah (RM6592.20/100 x 0.75 sen) = RM49.45 sebulan

Walaupun contoh teknik overlap ini melibatkan Ar-Rahnu Bank Rakyat, ia juga bolehdipraktikkan dengan Ar-Rahnu lain contohnya Ar-Rahnu Agrobank. Anda perlu menelefon danbertanya kepada institusi Ar-Rahnu berkenaan mengenai prosedur dan kaedah overlap mereka.

Page 172: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

172

Beberapa keistimewaan Ar-Rahnu.

Saya ingin berkongsi beberapa maklumat yang menarik mengenai pinjaman Ar-Rahnu dengananda semua.

1. Upah simpan tidak perlu dibayar setiap bulan sebaliknya dibayar pada bulan keenam(apabila tamat tempoh). Jadi anda tidak perlu berfikir mengenai bayaran setiap bulan.Anda hanya perlu berfikir bagaimana nak menjana keuntungan semaksimum mungkindalam masa 6 bulan.

2. Setelah 6 bulan dan tempoh perjanjian sudah tamat anda boleh menyambung semulaperjanjian baru. Dalam hal ini anda tidak perlu membayar semua duit pinjaman Ar-Rahnu sebaliknya hanya perlu melangsaikan bayaran upah simpan untuk 6 bulanterdahulu sahaja.

3. Sekiranya anda tidak mampu menebus emas gadaian anda, maka anda hanya perluberikhtiar untuk membayar upah simpan setiap 6 bulan. Dengan kata lain selagi manaanda tidak mampu menebus, anda cuma perlu berfikir bayaran upah simpan. Itu pun 6bulan sekali.

4. Semakin tinggi nilai emas maka semakin banyak pinjaman yang anda peroleh. Inimembolehkan anda membuat teknik overlap apabila harga emas meningkat. Jadidengan penambahan pinjaman maka anda boleh menjana lebih banyak keuntungan.

Nota penulis: Tahukah anda yang upah simpan bagi skim Ar-Rahnu bank Rakyat bolehdibayar melalui mesin deposit tunai? Jadi anda tidak perlu menghabiskan masa kebank pada waktu pejabat semata-mata untuk membayar upah simpan. Anda bolehmenjimatkan masa.

Page 173: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

173

Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas.Jika anda betul-betul berminat mendapatkan bacaan tambahan mengenai emas, maka andaboleh mendapatkannya di website www.amazon.com

Ini kerana bahan-bahan bacaan mengenai pelaburan emas sangat kurang di Malaysia. Sayasendiri pun mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan mengenaipelaburan emas di kedai buku tempatan. Justeru, kebanyakan buku saya tempah diAmazon.com

Untuk membeli buku dari Amazon.com anda perlukan kad kredit. Penghantaran buku dariAmazon.com ke Malaysia biasanya mengambil masa sehingga 3 ke 4 minggu.

Anda lawati www.amazon.com dan taipkan gold investment atau gold investing di dalam kotakcarian. Selepas itu anda akan mendapat keputusan dan tajuk buku-buku berkaitan pelaburanemas. Anda boleh klik gambar buku berkenaan bagi melihat butiran lanjut mengenai bukutersebut.

Jika anda berminat untuk membeli buku tersebut maka anda klik sahaja pada butang ‘Add toCart’.

Gambar: Pilih search books - taipkan gold investment

Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.Selepas itu, di dalam 3- 4 minggu anda akan menerima buku anda.

Saya amat menggalakkan anda mendapat bahan-bahan bacaan tambahan. Ia boleh meluaskanlagi ilmu anda mengenai pelaburan emas.

Page 174: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

174

Gambar: Bungkusan buku dari Amazon.com

Gambar: Di antara buku-buku yang saya beli melalui Amazon.com

Page 175: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

175

Mengikuti perkembangan pasaran emas.Emas merupakan komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Ia merupakan pasaran yangdinamik dan sering berubah-ubah mengikut perkembangan semasa. Turun naik harga emassentiasa dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu:

1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran (jika permintaan melebihipenawaran maka harga emas akan naik dan jika penawaran melebihi permintaan makaharga emas akan turun)

2. Kekuatan dan kelemahan USD (harga emas diniagakan di dalam matawang USD, jadijika USD lemah maka harga emas akan naik dan jika USD semakin kuat maka hargaemas akan turun.

3. Situasi ekonomi (jika ekonomi dunia semakin baik maka harga emas akan menurun danjika ekonomi tidak menentu maka harga emas akan meningkat).

4. Situasi politik (jika berlaku ketidakstabilan politik dunia maka harga emas akanmeningkat naik dan jika situasi politik dunia menjadi stabil maka harga emas akanmenurun.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai situasi pasaran emas dunia, saya mencadangkan andamengikuti berita daripada laman web berikut:

1. Bloomberg commodities news (http://www.bloomberg.com/news/commodities/)2. Kitco news http://www.kitco.com/market/marketnews.html3. Kitco gold forum https://www.kitcomm.com/4. Public Gold news digest http://publicgold.com.my/

Gambar: Bloomberg commodities news

Page 176: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

176

Gambar: Kitco news dan gold forum

Selain itu, saya menggalakkan anda untuk melanggan beberapa newsletter terkenal yangmengkhususkan kepada pelaburan emas. Apabila anda melanggan newsletter maka anda akanmendapat newsletter ini di dalam e-mail anda (anda perlu ada e-mail dan capaian internet)

3 newsletter percuma yang saya syorkan kepada anda ialah:

1. Casey Research (www.caseyresearch.com)2. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)3. Shaun Connell (www.LiveGoldPrices.com)

Casey Research merupakan sebuah firmapenyelidikan dan analisis. Mereka membuatanalisa mengenai peluang-peluang pelaburanyang menguntungkan untuk pelanggannewsletter mereka.

Apa yang menarik Casey Researchmempunyai newsletter yang dikhaskan untukpelaburan emas dan perak yang dinamakanBig Gold.

Casey research menawarkan newsletterpercuma dan juga berbayar. 3 newsletterpercuma mereka yang terkenal adalah:

1. Casey’s Daily Despatch2. Conversations with Casey3. Ed Steer’s Gold & Silver Daily

Anda boleh melanggannya di sini http://www.caseyresearch.com/free-publications

Setelah melanggan newsletter ini, anda akan mendapat update di dalam email anda.

Page 177: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

177

Newsletter kedua yang ingin saya syorkan ialah daripada Michael Maloney www.goldsilver.com

Beliau merupakan penulis buku Guide to Investing in Gold and Silver . Beliau adalah seorangpelabur yang berpengalaman dan menumpukan perhatian kepada pelaburan emas dan perak. Jikaanda mengunjungi kedai buku seperti MPH, Popular atau Kinokuniya maka anda boleh membelibuku ini. Sangat bermanfaat.

Anda boleh melanggan newsletter beliaudengan melawati link:

http://goldsilver.com/join-our-newsletter/

Setiap kali beliau menghantar newslettermaka anda akan mendapatnya secaraPERCUMA di dalam email anda.

Gambar: Michael Maloney.

Shaun Connell merupakan seorang pelabur emas dan perak dan menumpukan perhatian kepadapelaburan emas dan perak. Untuk melanggan newsletter ini, anda boleh lawati website beliau disini www.livegoldprices.com

Cadangan daripada saya.

Jika anda mendapat newsletter yang menarik dan bermanfaat, saya cadangkan kepada andauntuk mengambil tindakan berikut:

1. Cetak artikel tersebut dan failkan untuk bacaan lanjut.2. Copy dan paste ke dalam bentuk Microsoft word dan simpan kat dalam komputer untuk

rujukan di masa hadapan.

Page 178: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

178

Skim pelaburan emas.Sekarang ini, penipuan berasaskan pelaburan emas semakin menjadi-jadi. Anda lihat diFacebook, surat khabar dan internet. Mesti anda akan terjumpa tawaran pelaburan emasdengan keuntungan segera.

Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?

Jawapannya ialah KESEMUA skim pelaburan emas tidak boleh dipercayai. Terdapat 2kemungkinan besar yang akan berlaku terhadap syarikat skim pelaburan emas.

1. Mereka lesap selepas mengutip duit pelabur.2. Syarikat mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Contoh syarikat pelaburan emas yang telah melesapkan duit pelabur dan diserbu Bank NegaraMalaysia boleh dilihat di bawah:

Gambar: Syarikat pelaburan emas melarikan diri.

Page 179: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

179

Gambar: Keratan akhbar Harian Metro mengenai penipuan skim pelaburan emas.

Page 180: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

180

BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaankerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skimpelaburan emas yang ditawarkan menerusi lamanInternet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang,Selangor.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner DinAhmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi kepejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengantawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikatberkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakaldiperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusiskim pelaburan emas itu dan mendepositkanRM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutansyarikat terbabit turut menyediakan dokumenperjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan

menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumenperjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yangmengesyaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di IbuPejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masihmemburu suspek utama kes berkenaan.

“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000yang dideposit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28 (gambar), yang beralamatterakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihakpolis,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rugi-rm50-000-ditipu-skim-pelaburan-emas-1.58239

Page 181: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

181

Page 182: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

182

Penipuan skim cepat kaya bertopengkan emas yang dibongkar:

BANDARAYA MELAKA - Seorangkakitangan kerajaan hanya mampugigit jari kerana tidak sempat merasawang pulangan pelaburan emasberjumlah RM70,000, selepas sebuahsyarikat berpengkalan di Selangorenggan membayar hasilpelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahudikenali sebagai Alang, mendakwaditipu hingga menyebabkan diamengalami kerugian RM6,980selepas tiga kali membuat bayaranatas tiga jenis pelan ditawarkansyarikat terbabit sejak 6 Novemberlalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabiladiugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklantawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus denganseorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebookdan Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terimapulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketigapada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinyamelabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepasmendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kalimengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personalkepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun sayadikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melaluipelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanyamenerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

Page 183: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

183

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiamtidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebookmenyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidakjuga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkannama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikatberkenaan.

“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu oranglain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukankepada orang lain.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada oranglain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenisperniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak,sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullahketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ditipu-syarikat-pelaburan-emas-1.338331

Lagi kisah penipuan skim cepat kaya emas.

Gambar: Petikan akhbar penganjur skim pelaburan emas didakwa di mahkamah.

Page 184: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

184

Ejen pelaburan mengaku tidak bersalah enam tuduhan

BUTTERWORTH - Seorang ejen pelaburan mengakutidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 dan MahkamahSesyen 2 di sini, hari ini terhadap enam pertuduhanpecah amanah jenayah membabitkan wang tunaiberjumlah RM1,283,000 pada 2009.

Kee Kim Beng, 51, seorang master Program PelaburanEmas bagi syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan TignetGold Global Sdn Berhad, dituduh melakukan pecahamanah RM1 juta di nombor 7424, Tingkat Satu, GoldCity Management Sdn Bhd, Jalan Raja Uda, TamanTanjung Jaya pada 29 September 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan pecahamanah RM20,000 di Public Bank, Cawangan Jalan RajaUda pada 21 Oktober 2009 manakala bagi pertuduhanketiga, dia dituduh melakukan pecah amanah RM30,000di Standard Chartered Bank, Cawangan Jalan Raja Uda

pada 25 November 2009.

Bagi pertuduhan keempat, Kee dituduh melakukan pecah amanah RM50,000 di Public Bank,Cawangan Jalan Raja Uda pada 30 Julai 2009 dan bagi pertuduhan kelima, dia dituduh melakukanpecah amanah RM150,000 di nombor 11, Tingkat 1&2, Syarikat Tignet Gold Global Sdn Bhd,Jalan Usahawan 2, Pusat Perniagaan Kepala Batas pada 11 September 2009.

Bagi pertuduhan keenam pula, dia dituduh melakukan pecah amanah RM33,000 di tempat samapada 2 Oktober 2009.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Kee didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yangmemperuntuk hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabitkesalahan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga berlangsung di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Julis Lackmenetapkan jaminan RM250,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam di Mahkamah Sesyen 2, Hakim Meor Sulaiman AhmadTarmizi menetapkan jaminan RM150,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazyiah Mansor manakala tertuduh diwakilipeguam bela Nadim Gulam Rasul.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/semasa/ejen-pelaburan-mengaku-tidak-bersalah-enam-tuduhan-1.338126

Page 185: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

185

Bagi mengelakkan anda terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang merugikan saya inginberkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas yang betul.2. Skim pelaburan emas3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selainitu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

1. Pelaburan emas yang betul.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan seperti syiling,jongkong dan akaun simpanan emas dan juga barang kemas. Emas ini anda simpan untukjangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untukmendapat keuntungan.

Ini adalah pelaburan yang paling selamat. Anda tak perlu risau ditipu.

2. Skim pelaburan emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Contohnyamereka menawarkan pulangan setiap bulan contohnya 2% - 3% setiap bulan. Namun hargaemas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa. Tetapi ramai yang tertarikkerana diumpan dengan pulangan setiap bulan. Mereka fikir duduk diam-diam pun boleh dapatduit.

Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelaburmenyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulanganlumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emasdan syarikat tersebut mengalami kegagalan. Saya sudah membuat keputusan untuk tidakmenyertai mana-mana skim pelaburan emas. Risikonya terlalu tinggi. Anda boleh rugi besar.

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali.Bagaimana nak tahu ini adalah skim? senang ajer.. ini ciri-cirinya:.1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.

Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat denganaktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayanyang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah contohnya 10% sebulan.

Page 186: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

186

6. Kalau anda hendak mendapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikatsemula untuk didagangkan. Kalau begini sistemnya, lebih baik anda lari jauh-jauh.

Pengalaman penulis.

Sejak tahun 2008 sehingga sekarang, dunia pelaburanemas tidak pernah sunyi dari kes-kes penipuan.

Saya hairan, kenapa masih ramai orang mudahterpedaya apabila dijanjikan pulangan lumayan danpulangan bulanan.

Asal janji pulangan bulanan dan pulangan bulanan.Mesti ada mangsa.

Cukup-cukuplah orang di luar sana ditipu.

Tuan-tuan sekalian, sayangilah duit anda. Bukansenang nak kumpul duit.

Tapi termakan umpan memang senang. Anda mungkin dipujuk dan dirayu.

Akhirnya, habis duit anda dileburkan.

Page 187: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

187

Zakat emas.Untuk pengetahuan anda emas dan perak termasuk di dalamkategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup hauldan nisab

(haul ialah tempoh masa dan nisab ialah nilai berat)

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman AllahS.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hariemas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusukmereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpanselama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

(At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai.2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emastersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM140/gramJumlah zakat = 2.5% x RM14,000= RM350

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajibdikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaianmasyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilaiuruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gramemas. (kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gramUruf Emas = 150 gramBerat Emas yang layak dizakatkan = 250 gram - 150 gram = 100gramZakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)= 2.5% x (100 gram x RM 77.16) andaian harga emas semasa RM77.16 / gram= RM 192.9

Page 188: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

188

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya:

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM50005. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM500014. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:(sumber: http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/ )

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skimAr-Rahn, perlu kah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Wajib, kaedah kiraan [(Timbangan emas x harga semasa) – nilai pinjaman –upah simpan ] x 2.5%

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (peti simpanan selamat) perludizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuatmodal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haulbermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapibeliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yangbertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perludigunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut denganmenggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dandiwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkanzakat sekiranya cukup syarat.

Page 189: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

189

Menyimpan emas anda dengan selamat.Apabila anda membeli emas fizikal, salah satu daripada masalah yang perlu diselesaikan ialahaspek penyimpanan emas tersebut. Kaedah penyimpanan emas yang betul akan memberikanketenangan fikiran kepada anda.

Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk menyimpan emas.

Pertama: Jangan diheboh-hebohkan.

Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeliemas terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yangdikenali pun kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas).

Anda tidak perlu bercerita yang anda memiliki banyak emas. Apatahlagi anda pelawa orang datang ke rumah untuk melihat koleksi emas-emas anda itu.

Kalau beli emas tu senyap aje… jangan heboh-heboh.

Kedua: Sembunyikan di rumah – kreativitidiperlukan.

Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanyapemilik barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbandingberulang-alik ke peti simpanan selamat di bank. Andamemang boleh sembunyikan emas di rumah anda namunanda perlukan kreativiti yang tinggi.

Jangan simpan emas di tempat yang boleh diagak oleh pencuri contohnya di dalam laci almariatau di dalam kotak coklat Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yangakan diselongkar oleh pencuri.

Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya belakang peti ais, di dalampeti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalamtin Nescaffe, di dalam pasir akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkandi dalam botol dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jikaanda mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda daripadadi pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.

Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.

Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untukmenyimpan barang-barang berharga anda. Biasanya petisimpanan mempunyai kelebihan kalis api. Namun harusdiingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikandaripada pandangan mata kasar.

Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yangtidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jikapencuri memasuki rumah anda dan melihat peti ini, besarkemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.

Page 190: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

190

Keempat: Simpan di peti deposit selamatbank

Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenalisebagai safe deposit box ada ditawarkan oleh bank.

Contohnya Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambankdan banyak lagi. Namun tidak semua cawangan inimenawarkan kemudahan peti deposit selamat ini. Andaperlu berhubung dengan cawangan bank tersebut danbertanya kepada mereka.

Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan keselamatan di bank adalah lebihtinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap peti deposit selamat mempunyai insurans. Namunanda perlu semak dengan bank berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insuransadalah sekitar RM10,000 sahaja untuk setiap kotak.

Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan kotak anda dipecahkan, makabank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda perlukan nilai insurans yang lebih, silarujuk kepada bank tersebut.

Gambar: bilik peti deposit selamat.

Proses menyewa peti deposit selamat.

Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan terbabit dan bertanyasama ada masih ada peti deposit selamat yang masih kosong.

Peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz, antaranya: 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” ,3" x 10" x 24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan 10" x 10" x 24". Pada pendapat saya petibersaiz 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” adalah memadai untuk menyimpan emas fizikal.

Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan duti setem. Ada juga bank yangmeminta anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka bolehmenolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran sewa tahunan bagi peti deposit selamatadalah di antara RM200 ke RM350 setahun berdasarkan saiz peti anda. Sila berhubung denganbank berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat.

Page 191: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

191

Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit selamat dan nomborperhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika ada cawangan yangberhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit selamat.

5. EON bank – talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 11336. OCBC Bank – talian pertanyaan 03-2698 43637. Bank Muamalat – talian pertanyaan Tel : 03-2698 87878. Alliance Bank - tel : 03-5516 99889. RHB Bank - tel : 1800-88-024310. UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB : 07-2881 121,

Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 12111. Public Bank - tel : 1-800-22-999912. Maybank - tel : 1-300-88-6688

Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.

Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan peti depositselamat.

Di antaranya ialah:

1. Royal Safe Deposit BoxAlamat: Mentari Business Park,No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222

Laman web: http://www.rsdb.com.my

Saiz kotak:

5.12” x 5.3” x 23” sewa tahunan RM3103.0” x 5.3” x 15” sewa tahunan RM2803.4” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM3705.12” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM46010.25” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM540

Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga RM100,000.

2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)Alamat: Lot C312 & C313,Centre Wing, Metropolitan Square,Damansara Perdana,47820 Petaling Jaya (tel: 03-77278689)

Safe Deposit Box Sdn. Bhd.Cawangan The Summit Subang USJLot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang,USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1,47600 , UEP,Subang Jaya (tel: 03-80248889)

Laman web: http://www.safedepositbox.com.my

http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index

Page 192: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

192

Saiz kotak dan kadar sewa untuk Safe Deposit Box Sdn. Bhd.

Saiz kotak Sewa tahunan Sewa untuk 2 tahun(pelan jimat)

3” x 5” X 24” RM 130 RM 805” x 5” x 24” RM 150 RM 100

3” X 10” X 24” RM 170 RM 1205” x 10” x 24” RM 200 RM 15010” x 10” x 24” RM 250 RM 200

Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan boleh menambahkan nilaiinsurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai insurans tambahanRM10,000).

3. MySafeBox Sdn. Bhd.No. 25, Jalan Utama SR1/9, Serdang Raya,Sek 9, 43300, Seri Kembangan, Selangortelefon: 03 - 8941 2228

Saiz peti yang ditawarkan:

3. Extra besar (saiz 15” x 10” x 24”) sewa tahunan RM9004. Besar (saiz 10” x 10” x 24”) sewa tahunan RM8005. Sederhana (saiz 5” x 10” x 24”) sewa tahunan RM388

(Jika anda mengambil pakej 3 tahun sewa tahunan adalah RM238.)

Jika anda tinggal di Alor Setar, Kedah, ada sebuah syarikat safe deposit box swasta yangmenawarkan kemudahan peti simpanan selamat iaitu Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd.

Alamat syarikat:

Alor Setar Safe Box Sdn. BhdLot 4, tingkat bawahNo. 55 Bangunan EMUMJalan Gangsa, Kawasan PerusahaanMergong 2,05150 Alor Setar, KedahTelefon: 04-7332425

Saiz peti yang ditawarkan :-Kecil : 3" x 10" x 24"(sewa RM200 setahun)

Sederhana : 5" x 10" x 24"(sewa RM300 setahun)

Besar : 10" x 10" x 24"(sewa RM600 setahun)

Page 193: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

193

Topik 12: Kesimpulan:Tahniah! anda telah kini telah pun sampai ke penghujung ebook/buku ini. Saya beranggapananda telah memahami dengan jelas mengenai pelaburan emas di Malaysia:

1. Cara-cara membuat pelaburan emas yang betul.2. Memilih emas yang terbaik untuk diri anda.3. Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.4. Bagaimana mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam skim-skim pelaburan emas.5. Bagaimana mengira zakat emas.6. Bagaimana menyimpan emas anda dengan selamat.

Sekarang apa yang penting ialah anda mengambil tindakan sekarang!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas.

Sekian wassalam.

Syukor HashimAdminwww.jutawanemas.come-mel: [email protected]: 013-2126 999.

Page 194: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - jutawanemas.comjutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan

194

Buku-buku siri pelaburan emas yang ditulis oleh saya:

Buku Analisis Teknikal Harga Emas – Strategimembeli dan menjual emas fizikal pada hargaterbaik.

Buku ini mengajar anda tentang teknik-teknik membuatanalisis teknikal harga emas menggunakan perisianMetaTrader 4.

Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emasprofessional.

Ini adalah kemahiran yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas profesional bagi mengenalpasti peluangmembeli dan menjual emas secara teknikal.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

Buku Analisis Fundamental Harga Emas –Mengenalpasti Faktor-faktor yang mempengaruhiharga emas dunia.

Ramai orang tahu harga emas ada naik dan turun tetapisedikit sahaja yang tahu apakah sebab-sebab yangmenggerakkan harga emas.

Buku ini ditulis bagi menjawab soalan. Apakah yangmenggerakkan harga emas?

Anda akan mengetahui kuasa-kuasa yangmempengaruhi harga emas dunia. Baca buku ini jikaanda ingin menjadi pelabur emas profesional.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)