kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

35

Click here to load reader

Upload: fadzlli-amin

Post on 15-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


78 download

DESCRIPTION

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Apakah yang anda faham dengan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian? Jelaskan satu kaedah yang

sering digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian. 

Pengenalan

Kertas penulisan ini akan membincangkan konsep kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana

yang dialami oleh penulis dalam menyiapkan kajian dengan judul Keberkesanan Program Kelayakan

Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009) yang melibatkan soal selidik, ujian

pencapaian, Program Sandaran dan temu bual. Definisi kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang

dikemukakan oleh pakar-pakar penyelidikan diutarakan oleh penulis dengan memberikan contoh yang relevan,

agar mudah difahami oleh pembaca. Adalah diharapkan dengan penulisan ini, dapat memberikan gambaran

yang lebih jelas kepada pembaca tentang bagaimana usaha dijalankan untuk menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan sesuatu instrumen. 

Kesahan Soal Selidik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang

sepatutnya diukur  (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999).

Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur

apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990).  

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell

2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa

pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Berdasarkan penerangan di

atas, penulis telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik.

Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001). Dengan itu, memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang digunakan. Langkah pertama memastikan kualiti instrumen ialah dengan memastikan kesahan instrumen yang digunakan diikuti langkah seterusnya, iaitu menentukan kebolehpercayaan. Kesahan Instrumen Aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada sejauh mana insrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan

Salah satu contoh kaedah yang diperlukan sering digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan

instrumen atau soal selidik kajian ialah kaedah soal selidik. Untuk Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina

oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima

orang pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dirujuk untuk mendapatkan pengesahan

tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soal selidik dan temu bual ini

terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan

Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).

Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara skor setiap

item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson

Page 2: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

antara skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian

dengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967).  Menurut Abu Bakar (1995) pula,

nilai pekali korelasi yang minimum dan boleh diterima pakai adalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978) serta

Nunally dan Bernstein (1994) menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor yang melebihi

0.25 adalah dianggap tinggi.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Temu Bual

Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan

kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki (IAB)

dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan

temu bual. Soal selidik dan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan Program

Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).

Protokol temu bual dibina oleh penulis menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi, penilaian

pembelajaran dan penilaian tingkah laku (Kamaruzaman, 2009). Isu seperti reaksi responden terhadap

Program Latihan NPQH, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pemindahan pengetahuan dan

kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk meningkatkan kualiti

program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Ini merupakan satu usaha untuk menguatkan bukti daripada

data yang didapati melalui soal selidik, skor ujian pencapaian dan skor Program Sandaran. Tegasnya, temu

bual ini merupakan satu triangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan bukti daripada sumber yang berlainan.

Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan

kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki (IAB)

dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan

temu bual. Soal selidik dan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul, Keberkesanan Program

Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman, 2009).

Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara

skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi

Pearson antara skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah

bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967).  Menurut Abu Bakar

(1995) pula, nilai pekali korelasi yang minimum dan boleh diterima pakai adalah 0.30. Manakala Nunally (1967,

1978) serta Nunally dan Bernstein (1994) menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor

yang melebihi 0.25 adalah dianggap tinggi.

Bagi Cohen (1988), nilai pekali korelasi antara 0.10 hingga 0.29 dianggap kecil, nilai pekali korelasi

antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan  nilai pekali korelasi antara 0.50 hingga 1.00  dianggap

sebagai tinggi. Bagi Norusis (1977) pula, kesahan sesuatu instrumen boleh dilihat pada nilai korelasi item yang

diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) iaitu pekali korelasi Pearson antara skor

setiap item dengan jumlah skor tanpa item berkenaan.

Dalam konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah untuk menentukan kesahan

konstruk soal selidik iaitu (1) Menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor,  dan (2)

Page 3: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Menggunakan nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation).

Penulis juga akan merujuk kepada kurikulum Program Latihan NPQH untuk menentukan kesahan konstruk. 

Bagi item-item ujian pencapaian dan skima permarkahan Program Sandaran penulis menggunakan

khidmat tiga orang pakar dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Komen dan teguran yang diterima

daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan

kandungan soal selidik dan soalan temu bual yang akan digunakan. Di samping itu, komen dan teguran

digunakan dalam menilai item-item yang digunakan dalam ujian dan skima permarkahan Program Sandaran.

Salam Ukhwah,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang

disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang

berbeza. Izinkan saya menambah maklumat berkaitan dengan kaedah yang sering digunakan dalam menentukan

kesahan dan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik kajian. 

Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian

Saya mengambil contoh bagi kes di IAB, ujian pencapaian (Ujian Akhir Kursus – UAK) yang berbentuk item

berbentuk objektif seringkali digunakan. Item-item ini berbentuk aneka pilihan atau aneka penlengkap dengan

empat pilihan jawapan iaitu A, B C atau D. Manakala dalam Program Sandaran, memfokuskan kepada (1)

Pengenalpastian masalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti

peribadi. Skor-skor diberikan oleh pensyarah-pensyarah apabila mereka menyemak hasil kerja peserta

Program Sandaran. Kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian dan Program Sandaran

ditentukan dengan membuat analisis item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik

dengan item yang lemah. Dalam konteks kajian tersebut, semua item ujian pencapaian dan Program Sandaran

telahpun dibina oleh IAB.

Analisis item bagi setiap ujian dan Program Sandaran dilaksanakan dengan menentukan Indeks

Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh

Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan

yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras

kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang

tinggi menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F

yang rendah menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan

kepada peserta adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang

rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indeks pembezaan (D)

sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Jadual 1:  Aras Kesukaran dan Indeks Pembezaan

Aras Kesukaran (F)

Indeks Pembezaan (D) Kurang

daripada

40 %

40 %

hingga

60 %

Lebih

daripada

60 %

Lebih daripada 0.40 Sukar Diterima Senang

0.30 – 0.39 Sukar Perlu dibaiki Senang

0.20 – 0.29 Sukar Marginal Senang

Kurang daripada 0.20 Dibuang Dibuang Dibuang

Page 4: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67

Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell

2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa

pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Nilai Cronbach Alpha yang

melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 1990;

Pallant 2001; Siti Rahayah 2003).   Bagi Sekaran (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada

0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima

manakala nilai Alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan di atas, penulis telah

menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian

Bagi kes di IAB, ujian pencapaian (Ujian Akhir Kursus – UAK) yang berbentuk item berbentuk objektif seringkali

digunakan. Item-item ini berbentuk aneka pilihan atau aneka penlengkap dengan empat pilihan jawapan iaitu

A, B C atau D. Manakala dalam Program Sandaran, memfokuskan kepada (1) Pengenalpastian masalah, (2)

Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti peribadi. Skor-skor diberikan

oleh pensyarah-pensyarah apabila mereka menyemak hasil kerja peserta Program Sandaran. Kesahan item-

item yang digunakan dalam ujian pencapaian dan Program Sandaran ditentukan dengan membuat analisis

item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik dengan item yang lemah. Dalam konteks

kajian tersebut, semua item ujian pencapaian dan Program Sandaran telahpun dibina oleh IAB.

Analisis item bagi setiap ujian dan Program Sandaran dilaksanakan dengan menentukan Indeks

Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh

Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan

yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras

kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang

tinggi menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F

yang rendah menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan

kepada peserta adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang

rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indeks pembezaan (D)

sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Jadual 1:  Aras Kesukaran dan Indeks Pembezaan

Aras Kesukaran (F)

Indeks Pembezaan (D) Kurang

daripada

40 %

40 %

hingga

60 %

Lebih

daripada

60 %

Lebih daripada 0.40 Sukar Diterima Senang

0.30 – 0.39 Sukar Perlu dibaiki Senang

0.20 – 0.29 Sukar Marginal Senang

Kurang daripada 0.20 Dibuang Dibuang Dibuang

Page 5: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi menyambung usaha di atas, Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakan antara kumpulan

peserta yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan peserta yang memperolehi skor rendah. Indeks

Pembezaan, D, mempunyai nilai antara – 1.00 hingga + 1.00. Nilai D yang negatif menunjukkan item tersebut

gagal membezakan kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggi dengan yang memperolehi skor rendah.

Jika nilai D bersamaan dengan 1.00, ini menunjukkan bahawa 27 peratus daripada kumpulan yang

memperolehi skor tinggi berjaya memberi jawapan betul dan 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi

skor rendah memberi jawapan salah. Manakala jika nilai D bersamaan dengan sifar, menunjukkan kedua-dua

kumpulan peserta memberi jawapan yang serupa bagi item berkenaan. Ini bermaksud bahawa item tersebut

gagal membezakan antara kumpulan peserta yang memperolehi skor tinggi dengan memperolehi skor rendah.

Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga 1.00 menggambarkan bahawa item tersebut boleh

diguna pakai. Sementara Ebel (1979) pula menyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar

daripada 0.20 adalah sesuai bagi item ujian.

Bagi konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan item yang mempunyai nilai D yang

bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 seperti yang disarankan oleh Ebel (1979). Sementara bagi nilai F

pula, penulis telah menggunakan semua item yang dianalisis untuk mengelakkan kekurangan item bagi setiap

konstruk yang dikaji. Dengan kata lain, item yang dipilih akan melibatkan item sukar, marginal dan senang

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Dalam hal ini, penulis menghadapi kesukaran untuk memilih item

yang mempunyai nilai F antara 0.40 dengan 0.60 (Nunally 1978). Ini adalah kerana nilai F tidak mampu

dikawal oleh penulis kerana semua item dibina oleh pihak IAB dan telah ditadbirkan kepada peserta Program

Latihan NPQH. Oleh itu penulis berpendapat, pemilihan semua item yang mempunyai nilai D bersamaan atau

lebih besar daripada 0.20 merupakan langkah paling baik bagi kajian tersebut .                    

Selepas menentukan nilai-nilai F dan D, kebolehpercayaan ujian pencapaian dan Program Sandaran

dihitung dengan menggunakan rumus Kuder-Richardson 20 (K-R20). Bagi Siti Rahayah (2003) dan Yap et al.

(1985), rumus Kuder-Richardson digunakan untuk mengelakkan memberi ujian sebanyak dua kali dan

mengelakkan masalah membahagi ujian kepada dua bahagian. Rumus ini boleh digunakan bagi ujian yang

homogen iaitu setiap item ujian mengukur faktor-faktor kebolehan am atau personaliti yang sama. Bagi Yap et

al. (1985), rumus Kuder-Richardson ini bergantung kepada konsistensi prestasi individu daripada satu item ke

satu item iaitu berdasarkan sisihan piawai ujian.

Nilai K-R20 adalah antara sifar (0) hingga 1.00, walaupun nilai negatif adalah mungkin. Nilai K-R20 yang

tinggi menunjukkan ujian mempunyai ketekalan dalaman. Bagi Carey (1994), nilai yang melebihi 0.90

menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Nilai yang hampir dengan 0.80 adalah biasa didapati

untuk ujian bilik darjah kepada peserta heterogen. Manakala nilai serendah 0.50 biasa didapati bagi kumpulan

peserta-peserta homogen. Sementara bagi Ebel (1979), nilai K-R20 0.50 atau kurang adalah nilai yang biasa

didapati bagi ujian pencapaian di sekolah rendah, menengah atau universiti.  Bagi Carey (1994), nilai K-

R20 bergantung kepada kehomogenan kumpulan, kehomogenan kandungan, panjang ujian dan kesukaran

item. Seterusnya Ebel (1979) pula menambah bahawa untuk menjadikan kebolehpercayaan ujian meningkat

daripada 0.50 ke 0.90, ujian perlu lebih panjang sebanyak sembilan kali daripada panjang asal.

Page 6: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Salam Ukhwah,

Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik

Satu contoh hasil analisis yang telah dibuat untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik

dipaparkan dalam Jadual 2 seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Kesahan item soal selidik menggunakan

nilai (1) Korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor,  dan (2) Korelasi item yang diperbetulkan dengan

jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Manakala nilai Cronbach Alpha digunakan bagi mendapatkan

indeks kebolehpercayaan setiap aspek atau konstruk berkenaan. Jadual 2 menunjukkan bahawa konstruk

penyampaian pensyarah mempunyai nilai korelasi skor item dengan jumlah skor antara 0.73 hingga 0.88.

Manakala nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah

antara 0.65 hingga 0.85. Nilai Cronbach Alpha pula adalah 0.92.

Jadual 2:  Nilai korelasi dan Alfa bagi konstruk Penyampaian Pensyarah

Konstruk Item Korelasi Skor Item dengan Jumlah

Skor

Korelasi Item yang

Diperbetulkan dengan

Jumlah Skor

Nilai Alfa jika item

digugurkan

Nilai Alfa Keseluruhan

Penyampaian Pensyarah

2829303132333435

0.840.790.800.880.730.840.770.82

0.780.720.740.850.650.800.690.75

0.910.920.920.910.920.910.920.91

0.92

Jadual 2 menunjukkan (1) Nilai korelasi skor item dengan jumlah skor dan (2) Nilai korelasi item yang

diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah melebihi 0.30. Hal ini memberikan

kesimpulan bahawa item mempunyai nilai kesahan yang tinggi sebagaimana yang disarankan oleh Abu Bakar

(1987), Cohen (1988), Norusis (1977) dan Nunally (1987). Sementara itu, nilai Cronbach Alpha adalah melebihi

0.60 yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik

(Cresswell 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha ini merumuskan bahawa item

mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai seperti yang dinyatakan oleh Mohd Majid

(1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti Rahayah (2003).

Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Pencapaian

Sebanyak 450 item ditadbirkan oleh IAB kepada semua peserta program latihan NPQH daripada ambilan

pertama hinggalah ambilan kesepuluh. Item ini ditadbirkan melalui empat fasa kursus yang mengandungi lima

kertas ujian. Terdapat dua kertas ujian dalam Fasa Asas dan satu kertas ujian bagi tiga fasa kursus berikutnya.

Dan bagi memilih item yang sesuai dalam kajian tersebut, penulis telah melaksanakan proses yang dinamakan

sebagai analisis item.

Analisis item telah dibuat terhadap 450 item iaitu bagi ujian Fasa Asas Kertas 1 (75 item), Fasa Asas

Kertas 2 (75 item), Fasa Pertengahan (100 item), Fasa Khas (100 item) dan Fasa Berterusan (100 item).

Page 7: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Analisis item dilaksanakan untuk menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F)  dan Indeks Pembezaan

(Discrimination Index, D) dalam usaha menentukan kesahan konstruk setiap item. Rumus yang digunakan

dalam analisis ini ditunjukkan dalam Lampiran J dan K. Sehubungan dengan itu, cuma item yang mempunyai

nilai D bersamaan atau melebihi 0.20 serta item yang mempunyai nilai F bersamaan atau melebihi 40 peratus

sahaja dipilih oleh penulis untuk analisis seterusnya seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrisson

(1969). Manakala bagi menentukan kebolehpercayaan setiap item, nilai Kuder-Richardson 20 (K-R20) bagi

setiap konstruk dihitung seperti yang disarankan oleh Carey (1994).

Oleh kerana semua ujian pencapaian dalam Program Latihan NPQH ini dilaksanakan secara

tertutup,  IAB tidak membenarkan sebarang item dipaparkan untuk tatapan umum. Oleh itu penulis telah

menggunakan kod bagi setiap item yang dipilih. Sebagai contoh, Jadual 3 di bawah ini akan memaparkan hasil

analisis item yang telah dilaksanakan bagi item ujian pencapaian.

Jadual 3 di bawah menunjukkan konstruk Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi yang mempunyai

nilai F antara 41 peratus hingga 79 peratus, nilai D antara 0.21 hingga 0.54 dan nilai K-R 20 adalah 0.65.  Bagi konstruk ini, terdapat 25 item yang terdiri daripada item yang dikemukakan dalam Fasa Asas Kertas 1 (lapan item), Fasa Berterusan (14 item) dan Fasa Pertengahan (tiga item).

Jadual 3:  Nilai F, D dan K-R20 bagi konstruk  Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi

Konstruk Bil Kod ArasKesukaran

(F)/%

Indeks Pembezaan

(D)

Nilai K-R20

(r)

Pengurusan dan Kepimpinan

1 AS04 76 0.21 0.65

Organisasi 2 AS20 53 0.333 AS25 53 0.374 AS33 77 0.305 AS35 59 0.496 AS46 54 0.257 AS47 59 0.218 AS53 73 0.219 BT07 60 0.44

10 BT10 79 0.2611 BT11 74 0.3012 BT16 59 0.2113 BT17 47 0.2314 BT18 57 0.2315 BT19 75 0.3316 BT20 42 0.2517 BT22 41 0.2118 BT23 66 0.2819 BT24 43 0.5420 BT25 45 0.3021 BT26 49 0.3222 BT27 64 0.2523 PT02 53 0.3124 PT07 51 0.22

Page 8: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

25 PT09 76 0.27Jumlah item = 25

AS – Fasa Asas Kertas 1     BT – Fasa Berterusan     PT – Fasa Pertengahan

Berdasarkan nilai yang terdapat dalam  Jadual 3, nilai D adalah melebihi 0.20 serta nilai F adalah

bersamaan atau melebihi 40 peratus. Hal ini adalah selaras seperti dinyatakan oleh Macintosh dan Morrisson

(1969). Manakala K-R20 yang dihitung mempunyai nilai di antara 0.62 hingga 0.70. Nilai K-R20 melebihi 0.60

yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman (Cresswell 2005;

Sekaran 1992). Nilai K-R20ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh

diguna pakai seperti yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1990), Pallant (2001), Sekaran (1992) dan Siti

Rahayah (2003). Oleh itu, item objektif bagi ujian pencapaian yang telah dipilih oleh penulis boleh diguna pakai

untuk analisis seterusnya kerana mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan seperti yang dikehendaki.

Semua item ujian pencapaian yang digunakan dalam kajian tersebut  telah ditentukan dengan

kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh tiga orang pakar. Pendapat semua pakar telah diambil kira

dalam menentukan pemilihan item ujian pencapaian ini. Di samping itu, kesahan konstruk pula ditentukan

dengan melaksanakan analisis item. Dalam konteks kajian tersebut, nilai (1) Indeks Kesukaran (Facility Index)

dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination Index) digunakan untuk menentukan kesahan konstruk item ujian

pencapaian. Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai kesahan yang boleh diguna pakai. Sementara

itu, nilai K-R20 pula ditentukan yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan

ketekalan dalaman yang baik. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa item mempunyai kebolehpercayaan yang

baik dan boleh diguna pakai dalam kajian tersebut.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Program Sandaran

Analisis item juga dilaksanakan bagi empat item Program Sandaran iaitu (1) Pengenalpastian masalah, (2)

Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti peribadi. Rumus yang

digunakan bagi tujuan analisis ditunjukkan dalam Lampiran A. Jadual 4 di bawah ini menunjukkan nilai yang

diperoleh daripada analisis tersebut.

Jadual 4:   Nilai F, D dan K-R20 bagi Program Sandaran

Konstruk Aspek Aras

Kesukaran

(F)/%

Indeks

Pembezaan

(D)

Nilai

K-R20

Program Sandaran Pengenalpastian Masalah 83 0.22 0.84

Perancangan Strategik 82 0.25

Pelaksanaan dan Penilaian

Strategik

81 0.25

Kualiti Peribadi 88 0.23

Daripada Jadual 4, didapati bahawa aspek Pengenalpastian Masalah mempunyai nilai F = 83 peratus

dan D = 0.22, aspek Perancangan Strategik mempunyai nilai F = 82 peratus dan D = 0.25, aspek Pelaksanaan

dan Penilaian Strategik mempunyai nilai F = 81 peratus dan D = 0.23, serta aspek Kualiti Peribadi mempunyai

nilai F = 88 peratus dan D = 0.23. Nilai F yang tinggi menunjukkan peserta mampu melaksanakan tugasan

yang diberikan dengan baik. Manakala nilai D yang melebihi 0.20 pula menunjukkan bahawa item mempunyai

tahap kesahan yang boleh diguna pakai seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Seterusnya, nilai K-R20 adalah 0.84 yang dianggap tinggi (Cohen 1988) dan merupakan nilai biasa yang

Page 9: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

didapati bagi Ujian Rujukan Kriteria seperti yang ditegaskan oleh Ebel (1979). Nilai K-R20  yang tinggi ini

dihasilkan oleh korelasi antara item yang tinggi kerana mengukur objektif atau kriteria yang sama.

Bagi menentukan kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) untuk Program Sandaran,

penulis menghitung nilai indeks kebolehpercayaan seperti yang disarankan oleh Black (1999). Oleh kerana

Program Sandaran merupakan Ujian Rujukan Kriteria maka apa yang dipentingkan adalah markah lulus yang

mempunyai nilai sebanyak 40 markah. Rumus yang terdapat dalam Lampiran A digunakan oleh penulis untuk

menghitung nilai indeks ini. Berdasarkan rumus ini nilai indeks kebolehpercayaan (k2) yang didapati adalah

bersamaan dengan 0.85. Nilai ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik berdasarkan

pendapat Landis dan Kosh (1977) (dalam Zamri dan Noriah, 2003) seperti yang terdapat dalam Jadual 5.

Dengan kata lain, item-item yang digunakan dalam menentukan skor bagi Program Sandaran mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Ini juga menunjukkan bahawa instrumen Program Sandaran adalah sesuai

digunakan untuk menilai peserta Program Latihan NPQH.

Semua item ujian pencapaian Program Sandaran yang digunakan dalam kajian tersebut  telah

ditentukan dengan kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh tiga orang pakar. Pendapat semua pakar

telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item ujian pencapaian Program Sandaran ini. Di samping itu,

kesahan konstruk pula ditentukan dengan melaksanakan analisis item. Dalam konteks kajian tersebut, nilai

(1) Indeks Kesukaran (Facility Index) dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination Index) digunakan untuk

menentukan kesahan konstruk item ujian pencapaian. Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai

kesahan yang boleh diguna pakai. Sementara itu, nilai K-R20 pula ditentukan yang memberikan kesimpulan

bahawa item mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa

item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai dalam kajian tersebut. Sehubungan

dengan itu, nilai kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) sebanyak 0.85 juga menunjukkan

bahawa item dalam Program Sandaran boleh diguna pakai dalam kajian tersebut . Dan dapat disimpulkan di

sini bahawa empat item ujian pencapaian Program Sandaran ini sesuai digunakan dalam usaha penulis

menentukan pencapaian objektif kajian ketiga dan kelima.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Temu Bual

Protokol temu bual dibina oleh penulis menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi, penilaian

pembelajaran dan penilaian tingkah laku (Kamaruzaman, 2009). Isu seperti reaksi responden terhadap

Program Latihan NPQH, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pemindahan pengetahuan dan

kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk meningkatkan kualiti

program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Ini merupakan satu usaha untuk menguatkan bukti daripada

data yang didapati melalui soal selidik, skor ujian pencapaian dan skor Program Sandaran. Tegasnya, temu

bual ini merupakan satu triangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan bukti daripada sumber yang berlainan.

Semua item dalam protokol temu bual yang digunakan dalam kajian tersebut  telah ditentukan dengan

kesahan muka dan kesahan kandungannya oleh lima orang pakar. Pendapat semua pakar telah diambil kira

dalam menentukan pemilihan item temu bual ini. Bagi tujuan menentukan kebolehpercayaan temu bual,

analisis Indeks Cohen Kappa digunakan bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan

tema yang dikaji (Zamri dan Noriah 2003). Penulis memadankan unit daripada data temu bual dengan tema

yang dominan. Dalam hal ini, penulis telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisis kualitatif untuk

menentukan Indeks Cohen Kappa dengan mengedarkan borang seperti yang terdapat dalam Lampiran B.

Bagi tujuan menentukan kebolehpercayaan temu bual, analisis Indeks Cohen Kappa digunakan

bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji (Zamri dan Noriah

Page 10: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

2003). Hal ini dilaksanakan dengan memadankan unit daripada data temu bual dengan tema yang dominan.

Penulis telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisis kualitatif untuk menentukan Indeks Cohen Kappa

dengan mengedarkan borang seperti yang terdapat dalam Lampiran B. Seterusnya, penulis menghitung nilai

persetujuan (Indeks Cohen Kappa) daripada borang yang diterima daripada pakar-pakar tersebut. Nilai

persetujuan dihitung berdasarkan rumus berikut iaitu:

 

Sumber: Cohen (1968) dalam Zamri dan Noriah (2003):4

di mana  K – nilai koefisien Kappa

               fa – frekuensi persetujuan

               fc – frekuensi bagi 50 peratus jangkaan persetujuan

               N – bilangan unit yang diuji nilai persetujuan

           

Bagi menentukan tahap persetujuan Kappa, nilai yang disyorkan oleh Landis dan Kosh (1977) dalam

Zamri dan Noriah (2003) digunakan oleh penulis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah.

                                Jadual 5:   Nilai Kappa dan interpretasinya (tahap)

Nilai Kappa InterpretasinyaKurang daripada 0 Sangat lemah0.00 – 0.20 Lemah0.21 – 0.40 Sederhana lemah0.41 – 0.60 Sederhana0.61 – 0.80 Baik0.81 – 1.00 Sangat baik

Sumber: Landis dan Kosh (1977) dalam Zamri dan Noriah (2003):3

Nilai min bagi koefisien Kappa yang dihitung adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah

ini.

Jadual 6:  Nilai persetujuan bagi koefisien Kappa

Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Min Koefisien Kappa          46 – 24.5K1 =  ------------          49 – 24.5

           21.5      =  ------           24.5

          47 – 24.5K2 =   ----------          49 – 24.5

           22.5      =  ------           24.5

          46 – 24.5K3 =   -----------          49 – 24.5

           21.5      =  ------           24.5

         K1  +  K2  +  K3

K  =  -------------------                     3

        0.88 + 0.92 + 0.88     = ----------------------                      3

               fa  –  fc   K  =    ----------               N  –   fc 

Page 11: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

      =  0.88       =  0.92       =  0.88      = 0.89

Berdasarkan nilai dalam Jadual 6, Indeks Cohen Kappa (K) adalah 0.89. Nilai ini merupakan satu nilai

kebolehpercayaan yang sangat baik. Dengan kata lain, unit analisis yang dibuat oleh penulis adalah selari

dengan tema yang dikemukakan, berdasarkan persetujuan pakar.

Kesimpulan

Penulis telah menjelaskan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan setiap item yang digunakan

dalam penilaian kajian ditentukan. Di samping menggunakan khidmat pakar, penulis turut menggunakan

kaedah statistik dengan mengemukakan nilai seperti korelasi skor item dengan jumlah skor,  korelasi item yang

diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation),  Indek Kesukaran (F) dan  Indeks

Diskriminasi (D) bagi menentukan kesahan item yang digunakan. Sementara nilai Cronbach Alpha dan Kuder-

Richarson 20 (K-R20) dikemukakan bagi menentukan kebolehpercayaan item yang diguna pakai.  

Rujukan

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Longman Malaysia

Sdn. Bhd.

Alias Baba. 1992. Statistik untuk penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Black, T. R. 1999. Doing quantitative research in the social sciences – an integrated approach to research

design, measurement and statistics. London: Sage Publications.

Carey, L. M. 1994. Measuring and evaluating school learning. Ed. ke-2. Boston: Allyn and Bacon.

Cohen, J. 1968. Weighted Kappa – a nominal scale aggreement with provision for scaled disagreement or

partial credit. Psychological Bulletin, 70: 213-220. Dlm. Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak.

2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satu pengalaman. Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 –

20 Ogos.

Cohen, J. W. 1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences  Ed. Second. Hillsdale, New Jersey:

Lawrence Erlbaum Associates.

Creswell, J. W. 2002. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative

research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

Creswell, J. W. 2005. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative

research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

Creswell, J. W. 2010. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative

research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

Cronbach, L. J. 1946. Response sets and test validity. Educational and psychological measurement 6:672-683.

Ebel, R. L. 1979. Essentials of Educational Measurement  Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Kamaruzaman Moidunny. 20039. Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan

(NPQH). Disertasi Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Landis, J. & Kosh, G.G. 1977. The measurement of observer agreement for categorical data. Biometrics,

33:159-174. Dlm. Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam

penyelidikan bahasa – satu pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat

Kebangsaan. Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 – 20 Ogos.

Macintosh, H. G., & Morrisson, R. B. 1969. Objective testing. London: University of London Press Ltd.

Page 12: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norusis, M. J. 1977. SPSS professional statistic 7.5. North Michigan Avenue, Chicago.

Nunnally, J. C. 1967. Psychometric theory. New York: McGraw-Hill Book Company.

Nunnally, J. C. 1978. Psychometric theory. Ed. ke-2. New York: McGraw-Hill Book Company.

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. R. 1994. Psychometric theory. Ed. ke-3. New York: McGraw-Hill, Inc.

Pallant, J. 2001. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows

(version 10). Buckingham Open University Press.

Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York: John Wiley & Sons,

Inc.

Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat

Pembangunan Akademik UKM.Tabachnick, B. G. & Fidell, L. S. 2001. Using multivariate statistics. Ed. ke-4. London: Allyn

and Bacon.Tuckman, B. W. 1999. Conducting educational research. Ed. Ke-5. California: Wadsworth Thomson Learning.

Wood, D. A. 1961. Test construction - development and interpretation of achievement test. Ohio: Charles E.

Merril Books, Inc.

Yap, Y. K., Wan, C. S. & Ismail Abu Bakar. 1985. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Edisi Baru.

Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. 2003. Analisis Cohen Kappa dalam penyelidikan bahasa – satu

pengalaman. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Anjuran Bahagian

Pendidikan Guru, KPM. Kuching, 19 – 20 Ogos.

CATEGORY: RESEARCH METHODSin scientific way

VALIDITY & RELIABILITY DALAM KAJIAN   KUANTITATIF July 26, 2011 14 Comments

Sememangnya bukan senang nak menjalankan research lebih-lebih lagi untuk menyiapkan penulisan tesis, tak kiralah tahap mana tesis tersebut sama ada degree, master atau phD ke…semuanya ada cabaran masing-masing. Mungkin antara aspek yang sering kita pandang ringan adalah mengenai validity dan reliability sesuatu kajian. Fuhh! sebenarnya tak semudah yang kita sangka.

Dalam kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian survey (tinjauan) selalunya kita menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat mendapatkan data. Dan sebelum data dikumpul, seseorang penyelidik perlu menjalankan pilot study terlebih dahulu untuk melihat sama ada borang soal selidik (questionnaire) tersebut benar-benar valid dan reliable untuk diedarkan. Kat sini pentingnya bagi penyelidik untuk memahami bagaimana nak ukurvalidity dan reliability.Yang biasa kita buat (saya pun buat untuk tesis master – just ukur realibility tengok alpha cronbach saja) kita ingat pilot study untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen semata-mata. Tetapi sebelum itu sepatutnya penyelidik melakukan validity test terlebih dahulu untuk menguji sejauhmana instrumen

Page 13: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

tersebut benar-benar mengandungi item-item konstruk yang tepat. Ini boleh dilakukan dengan menguji construct validity (kesahan konstruk) melalui analisis faktor. Selain construct validity, jenis validity yang lain ialah seperti face validity, content validity dan juga criterion-related validity.Pada entri  ini saya nak bincangkan mengenai kepentingan melakukan analisis faktor bagi mendapatkan kesahan konstruk. kesahan konstruk ini merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia merujuk kepada pengukuran konstruk instrumen dengan tepat berdasarkan teori yang berkaitan. Namun, sebelum menjalankan analisis faktor terdapat syarat yang perlu dipenuhi oleh penyelidik; skala pengukuran seharusnya berskala interval atau ratio dan pastinya mencapai standard normal distribution, manakala bilangan item soal selidik responden haruslah sekurang-kurangnya lima kali banyak daripada bilangan item. Sebagai contohnya soal selidik kita mempunyai 30 item, jadi saiz responden sekurang-kurangnya perlu mencapai jumlah 150 orang. Ini kerana analisis faktor memerlukan saiz responden yang besar.Reliability pula dikaitkan dengan tahap kebolehpercayaan instrumen iaitu sejauhmana instrumen tersebut boleh dipercayai dan tekal. Antara cara dan kaedah yang popular dalam menentukan reliability ialah melalui internal consistency – alpha cronbach. Selain itu, penyelidik boleh menggunakan test-retest dan equivalent-form reliability. Bagi pilot study untuk ujian kebolehpercayaan tidak memerlukan responden yang ramai. Cukup dengan 30 orang responden sahaja. Nilai alpha cronbach yang boleh diterima dan baik adalah di antara 0.6-0.9.RATE THIS:

      1 Vote

PARADIGMA KAEDAH PENYELIDIKANApril 9, 2011 Leave a comment

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan membincangkan mengenai paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan. Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan juga penting dalam menentukan kaedah yang akan dipilih. So, post kali ini akan membincangkan mengenai paradigma yang mendasari sesebuah penyelidikan. Andaian paradigma ini perlu kita faham barulah kita yakin dengan pilihan metode yang kita pilih. Seperti yang kita tahu ada dua kaedah penyelidikan utama iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian kualitatif. Di samping itu, kita turut tahu mengenai kaedah yang semakin mendapat tempat dalam penyelidikan hari ini iaitu kaedah mixed-methods(InsyaAllah nanti kita bincangkan kemudian mengenai paradigma mixed methods).Kita juga tahu kaedah kuantitatif mementingkan data numerik dan kaedah kualitatif mementingkan data yang tidak dapat diukur secara kuantiti dan faktor yang bersandarkan numerikal. Pegang pada asas ini dan kita boleh memilih kaedah mana yang lebih selesa dan dekat serta sesuai dengan kemahiran kita. Dan ia sebenarnya didasari dengan andaian asas/paradigma/perspektif/world view yang akan kita

Page 14: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

bincangkan ini. Kemahiran kita menguasai kaedah penyelidikan banyak bergantung kepada sejauhmana kita memahami paradigma perspektif kedua-dua pendekatan tersebut sama ada kuantitatif ataupun kualitatif.Banyak debat yang membincangkan kedua-dua metode ini sebenarnya. Jika penyelidik tersebut terlalu taksub dan realistik dengan analisis berangka, mereka beranggapan bahawa metode kuantitatif lah yang terbaik. Namun, ada juga yang tidak berpuas hati dengan kajian kuantitatif. Mereka berpendapat bukan semua perkara bersifat mekanikal. Mereka bersetuju dengan kajian kualitatif dan berpendapat bahawa kajian kualitatif lebih memahami fenomena dunia sosial dan dapat menjelaskan hubungan interaksi manusia.

Kajian kuantitatif lebih berpegang dengan perspektif positivisme dan pasca-positivisme. Positivisme dipelopori oleh Aristotle, Francis Bacon, August Comte dan Immauel Kant. Selepas Perang Dunia ke-2, aliran pasca-positivisme mula berkembang mengantikan fahaman positivisme. Melalui paradigma pasca-postivisme, para penyelidik cuba menjalankan penyelidikan untuk menguji teori dan hipotesis kajian. Dan pengukuran penyelidikan yang dijalankan lebih kepada pengukuran objektif yang dapat dilihat.

Manakala penyelidik kajian kualitatif lebih berpegang dengan perspektif intepretivisme/konstruktivisme yang memahami realiti pengalaman manusia berdasarkan kehidupan mereka sendiri. Pengukuran kajian kualitatif lebih bersifat subjektif. Ini bermakna penyelidik intepretif/konstruksionis mampu menginterpretasi kepelbagaian makna dan bersifat relatif (cara yang berbeza) bergantung kepada setiap individu yang berbeza.

Apa yang saya boleh katakan ialah tidak ada yang mana lebih di antara kajian kuantitatif mahupun kualitatif. Semuanya bergantung kepada permasalahan, persoalan dan objektif kajian kita. Sama ada kajian kuantitatif mahupun kualitatif masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada yang betul-betul sempurna. Cuma tanya diri sebagai seorang penyelidik, metode penyelidikan mana yang kita lebih selesa. Apabila jelas kepakaran dan kemahiran bidang penyelidikan kita, arahkan permasalahan dan persoalan kajian kita berdasarkan asas paradigma kajian yang akan kita terokai. Good luck!

RATE THIS:

      1 Vote

KAEDAH PENYELIDIKAN IIApril 2, 2011 Leave a comment

Page 15: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Dalam bab kaedah penyelidikan, terdapat beberapa subtopik yang sering menjadi perbincangan penting antaranya; pemilihan reka bentuk kajian, teknik pengumpulan data, kaedah persampelan dan saiz sampel, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, skala pengukuran serta analisis statistikal dan analisis tema yang digunakan dalam kaedah penganalisaan data. Justeru, pengkaji yang benar-benar berminat untuk menjalankan penyelidikan seharusnya perlu menguasai aspek-aspek dalam kaedah penyelidikan dengan baik.

Walaubagaimanapun, kaedah penyelidikan kajian kualitatif dan kuantitatif berbeza pendekatannya. Secara umumnya, kaedah kuantitatif bersandarkan angka dan merumuskan data-data dalam bentuk numerikal yang bersifat objektif. Manakala kaedah kualitatif lebih menjawab persoalan fenomena yang membentuk makna dari perspektif subjektif. Kajian kualitatif tidak bersandarkan numerikal malah tidak menumpukan pengutipan maklumat yang banyak berbanding kajian kuantitatif.

Antara aspek lain yang seharusnya menjadi penentuan dalam pemilihan kaedah penyelidikan ialah mengenai andaian asas yang mendasari kaedah penyelidikan yang dipilih sama ada berpaksikan paradigma pasca-positivis, interpretif mahupun pragmatisme. Dengan kata lain, seseorang pengkaji perlu memahami setiap andaian asas yang mendasari sesebuah kaedah penyelidikan sebelum membuat keputusan mengenai kaedah yang ingin digunakan.

InsyaAllah, jika ada kelapangan masa dan ruang serta peluang, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai andaian asas atau paradigma dalam setiap kaedah penyelidikan yang dijalankan. Tunggu ya!

RATE THIS:

      Rate This

KAEDAH PENYELIDIKANApril 2, 2011 Leave a comment

Sukar sebenarnya untuk mendapatkan bahan dan artikel mengenai kaedah dan metode penyelidikan dalam Bahasa Melayu. Jika kita google terms dan keywords dalam Bahasa Melayu banyak yang keluar adalah artikel-artikel penulisan dari Indonesia. Mungkin para penyelidik di Malaysia turut berkongsi maklumat dan ilmu dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu. Juga terfikir atau apakah kita masih belum berkongsi sepenuhnya ilmu mengenai kaedah penyelidikan yang kita ada. Malah artikel jurnal dan bahan dalam Bahasa Inggeris banyak mendominasi jika kita menggunakan pencarian google. Para pelajar kita seharusnya melihat ini sebagai cabaran dalam menguasai bahasa. Tidak salah sebenarnya jika kita  dapat menimba ilmu daripada penulisan-penulisan sarjana

Page 16: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Barat terutamanya mengenai metode penyelidikan yang sebenarnya lagi hebat daripada kita. Dalam kita masih merangkak-rangkak menggunakan analisis multivariat, mereka sudahpun pakar dalam menguasai SEM (amos). Khusus untuk para pelajar yang sedang menjalankan tesis atau yang bersiap sedia untuk menjalankan tesis/kertas projek, antara persediaan yang penting ialah perlunya menguasai kaedah penyelidikan. Ini penting agar kita faham dan jelas mengenai fokus kajian penyelidikan kita sama berminat menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif ataupun kualitatif. Selamat berjuang.RATE THIS:

      2 Votes

PENTINGKAH PROBABILITY SAMPLING?March 31, 2011 Leave a comment

Prosedur persampelan penting untuk menentukan analisis data kajian. Kajian kuantitatif menekankan kaedah persampelan yang betul bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang berkualiti iaitu dengan menggunakan probability sampling (persampelan kebarangkalian).Probability sampling sering menjadi pilihan pengkaji pendekatan kuantitatif kerana melalui prosedur jenis ini, menghasilkan generalisasi yang dapat dikaitkan dengan ciri-ciri populasi daripada pemilihan sampel yang dikaji. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik dan tepat dapat mewakili populasi daripada pemboleh ubah yang dikaji.Dengan kata, kaedah kajian kuantitatif mementingkan ciri-ciri pemilihan sampel secaraprobability sampling bagi mendapatkan generalisasi populasi kajian. Justeru, probability sampling penting kerana setiap sampel mempunyai peluang yang sama apabila dipilih secara rawak. Ini berbeza dengan kajian kualitatif yang tidak mementingkan saiz sampel dan generalisasi.Terdapat 4 jenis probability sampling (persampelan kebarangkalian) yang utama; persampelan rawak mudah, persampelan sistematik, persampelan berstrata dan persampelan kluster.Jika ada masa dan ruang insyaAllah akan diperbincangan secara lebih mendalam mengenai jenis-jenis persampelan tersebut.

RATE THIS:

      2 Votes

Page 17: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

INTERVENING VARIABLEMarch 30, 2011 Leave a comment

Dalam bidang penyelidikan terutamanya penyelidikan secara kuantitatif,  antara aspek yang seharusnya difahami dan dikuasai oleh seseorang penyelidik ialah mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian atau variabel. Pemboleh ubah kajian yang utama yang sering dibincangkan ialah pemboleh ubah bebas (independent variable-IV) dan juga pemboleh ubah bersandar (dependent variable-DV). Semakin mendalam sesebuah kajian itu turut bergantung tentang sejauhmana penyelidik menggunakan faktor-faktor pemboleh ubah dalam menjelaskan kajian selain daripada hubungan dan perkaitan faktor IV dan DV sahaja. Antara pemboleh ubah yang sering menjadi kayu ukur causal effects dalam kajian ialahintervening variable atau juga dikenali sebagai mediating variable. Variabel ini berperanan sebagai faktor pengantara yang menghubungkan di antara IV dan DV.  Sebagai contohnya satu hipotesis kajian telah dibuat iaitu pelajar yang terdedah kepada karakter media (melalui symbolic modeling) lebih bertingkah laku negatif berbanding pelajar yang tidak terdedah kepada media. Pendedahan media menjadi IV kajian, tingkah laku negatif sebagai DV. Manakala symbolic modeling melalui karakter media menjadi intervening variable yang menjadi pengantara sebagai sebab-kesan/akibat dalam kajian tersebut. Justeru, dari aspek analisis statistikal, intervening variable boleh dikawal dan menggunakan analisis parametrik seperti korelasi spara dalam usaha melihat sejauhmana perkaitan di antara IV dan DV kajian.RATE THIS:

      Rate This

MIXED METHODS RESEARCHAugust 29, 2010 Leave a comment

Bazeley, P. (2003). Teaching mixed methodsTwo most suitable mixed methods for my research; explanatory research analysis and exploratory research analysis. For instance, i would prefer the exploratory research analysis. There are a few reason to differentiate between the two designs; either the weight is for qualitative approach or quantitative approach. But the researcher should expert in both of the research methods if they decide in applying the mixed methods research.Below are the brief comparison between the explanatory and exploratory design analysis;Sequential Explanatory Strategy (separate stages)

Priority in 1st stage (QUANTITATIVE) Collect & analyze QUANTITATIVE Collect & analyze qualitative Integrated during interpretation phase May or may not have theoretical perspective Purpose: use qualitative to assist in explaining and interpreting the QUANTITATIVE

Page 18: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Useful with unexpected QUANTITATIVE results – qualitative examines in detail Strength: separate stages in design, description, reporting Weakness: length of time b/c of 2 separate stages (esp if equal emphasis)Sequential Exploratory Strategy (2 stages)

Priority in 1st stage (QUALITATIVE) Collect & analyze QUALITATIVE Collect & analyze quantitative Integrated during interpretation phase May or may not have theoretical perspective Quantitative assists interpretation of QUALITATIVE Purpose: explore a phenomenon (determine the distribution of a phenomenon

within a chosen population); developing and testing new instrument (psychometrics)

Strength: separate stages in design, description, reporting Weakness: length of time b/c of 2 separate stages; can be difficult to build from

the QUAL analysis to quan data collectionRATE THIS:

      Rate This

KAJIAN PENYELIDIKAN MIXED   METHODS August 12, 2010 Leave a comment

Terdapat tiga reka bentuk kajian penyelidikan; iaitu kajian kualitatif, kajian

kuantitatif dan kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kedua-dua penyelidikan

kuantitatif dan kualitatif ini berbeza pendekatannya dari aspek pengumpulan dan

penganalisaan data. Pemilihan pendekatan kajian bagi seseorang penyelidik sama

ada kajian kuantitatif ataupun kualitatif bergantung kepada permasalahan kajian

dan persoalan kajian yang ingin diterokai. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai

kekuatan dan kekurangan yang saling melengkapi di antara satu sama

lain. Continue reading →RATE THIS:

BUKU RESEARCHAugust 7, 2010 2 Comments

Baru beli tiga buah buku tentang kajian penyelidikan. Buku yang sangat baik dalam

membincangkan kajian penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

Page 19: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

1. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan.

2. Creswell, John W. (2009). Research design.

3. Creswell, John W. (2008). Educational research.

Walaupun agak mahal maklumlah 2 buku import tapi berbaloi sebab banyak input

dan idea baru untuk diletakkan dlm chapter 3 nanti. Alhamdulillah.

RATE THIS:

TRINGULASI KAJIANJuly 12, 2010 1 Comment

Triangulasi memastikan data yang tidak dapat dikumpul dengan satu kaedah akan

menggunakan kaedah yang lain. Tringulasi data dapat menghasilkan dapatan kajian

yang lebih tepat dan menyakinkan mengenai konsep yang dikaji.

triangulationRATE THIS:

STATISTIK INFERENSIJuly 8, 2010 Leave a comment

CorstonColman2000InferentialStatisticalDecisionTreeRATE THIS:

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EFEKTIF DI   IPT July 8, 2010 Leave a comment

Kursus P&P, Program Pemantapan Tenaga Akademik, UKM

5-10 Julai 2010, Hotel Residence, UNITEN

http://repository.um.edu.my/649/5/BAB%203.pdf

Salam Ukhwah,

Page 20: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Saya bersetuju dengan hujah yang cikgu lontarkan bahawa sesuatu penyelidikan yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan memastikan kesahan penyelidikan itu. Izinkan saya menambah sedikit maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan saya. Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001). Dengan itu, memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang digunakan.

Langkah pertama memastikan kualiti instrumen ialah dengan memastikan kesahan instrumen yang digunakan diikuti langkah seterusnya, iaitu menentukan kebolehpercayaan. Kesahan Instrumen Aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada sejauh mana insrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan (Mohd Majid Konting, 2000). Dalam konteks ini, instrumen yang digunakan ialah soalan ujian dan soal selidik. Bagi memastikan kesahan kandungan item ujian, pembinaan item ujian telah dilaksanakan oleh guru mata pelajaran matematik Tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah dengan berdasarkan sukatan pelajaran matematik Tingkatan 2 yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setelah selesai penggubalan item berkenaan, item disemak pula oleh guru kanan 144 mata pelajaran berkenaan bagi memastikan item yang diuji benar-benar sah. Sementara item soal selidik digubal berdasarkan pengubahsuaian daripada soal selidik yang telah diakui sebagai sah. Kemudian disemak pula oleh dua orang pensyarah Universiti Utara Malaysia yang pakar dalam bidang berkenaan serta seorang pensyarah bahasa bagi memastikan struktur bahasa yang digunakan adalah tepat. Setelah semua prosedur bagi memastikan kesahan instrumen yang dilaksanakan, satu kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.

Salam Ukhwah,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang berbeza. Saya ingin menambah sedikit maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan saya iaitu berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif seperti yang cikgu nyatakan dalam ruangan forum cikgu.

Dalam bidang penyelidikan terutamanya penyelidikan secara kuantitatif,  antara aspek yang seharusnya difahami dan dikuasai oleh seseorang penyelidik ialah mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian atau variabel. Pemboleh ubah kajian yang utama yang sering dibincangkan ialah pemboleh ubah bebas (independent variable-IV) dan juga pemboleh ubah bersandar (dependent variable-DV). Semakin mendalam sesebuah kajian itu turut bergantung tentang sejauhmana penyelidik menggunakan faktor-faktor pemboleh ubah dalam menjelaskan kajian selain daripada hubungan dan perkaitan faktor IV dan DV sahaja. Antara pemboleh ubah yang sering menjadi kayu ukur causal effects dalam kajian ialahintervening variable atau juga dikenali sebagai mediating variable. Variabel ini berperanan sebagai faktor pengantara yang menghubungkan di antara IV dan DV.  Sebagai contohnya satu hipotesis kajian telah dibuat iaitu pelajar yang terdedah kepada karakter media (melalui symbolic modeling) lebih bertingkah laku negatif berbanding pelajar yang tidak terdedah kepada media. Pendedahan media menjadi

Page 21: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

IV kajian, tingkah laku negatif sebagai DV. Manakala symbolic modeling melalui karakter media menjadi intervening variable yang menjadi pengantara sebagai sebab-kesan/akibat dalam kajian tersebut. Justeru, dari aspek analisis statistikal, intervening variable boleh dikawal dan menggunakan analisis parametrik seperti korelasi spara dalam usaha melihat sejauhmana perkaitan di antara IV dan DV kajian.

Kebolehpercayaan Instrumen Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, dua siri ujian telah dilaksanakan, iaitu mengenalpasti (i) Cronbach`s alpha, (ii) analisis confirmatory factor (CFA) 3.8.2.1 Analisis Cronbach`s Alpha Ujian Cronbach`s Alpha dijalankan bagi menentukan ketekalan dalaman (Churchill, 1979). Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap item dianggap sebagai satu ujian yang setara dan semua korelasi antara item yang diukur adalah sama. Seandainya nilai R menunjukkan nilai yang tinggi, maka 145 instrumen yang digunakan adalah tinggi nilai kebolehpercayaannya (Ary, Jacob & Razavieeh, 1996). Hasil ujian ketekalan dalaman Cronbach`s Alpha ke atas variabel sikap terhadap bahasa Inggeris dan sikap terhadap matematik dalam kajian ini adalah seperti berikut. Jadual 3.7 Ringkasan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Konstruk Bilangan Item Nilai Alpha Sikap Terhadap Bahasa Inggeris Sikap Terhadap Matematik Ujian Matematik 18 17 15 .88 .87 .72 Secara umumnya, instrumen sikap yang digunakan mempunyai nilai alpha yang tinggi. Dalam hal ini Nunnally (1978) berpendapat nilai alpha yang melebihi 0.70 adalah tekal bagi setiap dimensi yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan item ini boleh diterima kerana melebihi .70. 3.8.2.2 Analisis Comfirmatory Factor (CFA) Model Persamaan Struktur (SEM) mempunyai dua aspek utama, iaitu model pengukuran dan model struktur. Kedua-dua model berkenaan menentukan model sebuah model yang lengkap. Dua proses yang 146 dicadangkan dalam SEM ialah menganggar model pengukuran terlebih dahulu sebelum menguji model sebenar yang fit (sesuai) (Hair et al., 1998). Melalui pendekatan CFA, penyelidik menguji secara statistik sama ada sampel data dapat mengesahkan model yang dicadangkan. Berbeza dengan analisis faktor yang bertujuan mendapatkan jumlah faktor yang terdapat dalam sesuatu pemboleh ubah, mengenal pasti korelasi antara faktor berkenaan serta menentukan item yang digunakan mengukur pemboleh ubah yang ditentukan. Dalam CFA, penyelidik telah menentukan secara khusus model teoritikal berasaskan keutamaan (a priori) (Schumacker & Lomax, 2004). Jadual 3.8 menunjukkan hanya satu model faktor yang diterima dalam kajian ini. Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan antara observer variables dengan setiap konstruk berdasarkan skala ujian yang telah dijalankan.

http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/004-KEBOLEHPERCAYAAN-INSTRUMEN-PENGHAYATAN-AKIDAH.pdf

KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PENGHAYATAN AKIDAH, KETENANGAN HATI DAN KETENANGAN ROHANI MENGGUNAKAN FAKTOR ANALISIS Norsaleha Mohd. Salleh1 , Ab. Halim Tamuri2 , Zainora Daud3 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keboleh percayaan instrument penghayatan akidah (akidah), ketenangan hati (hati) dan ketenangan rohani (rohani) menggunakan analisis faktor. Instrumen akidah, hati dan rohani adalah soal selidik yang diubahsuai oleh pengkaji. Instrumen ini digunakan untuk menguji golongan remaja, terdiri daripada pelajar sekolah menengah kebangsaan di malaysia. Bagi mendapatkan keboleh percayaan yang memuaskan, pengkaji melakukan kesahan kandungan dan kesahan muka terhadap soal selidik yang dibina, membuatu jianrintis terhadap sejumlah peserta kajian, menentukan nilai keboleh percayaan alpha cronbach serta membuat factor analisis. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan factor analisis sahaja. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian kaiser-meyer-olkin (kmo) dan bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai kmo 0.911 (p = 0.000), yang menunjukkan nilai

Page 22: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

0.90 ke atas adalah mengkagumkan. Keputusan ini menunjukkan bahawa semua angkubah mempunyai nilai faktorabiliti yang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan. Kata Kunci: instrumen, penghayatan akidah, ketenangan hati, ketenangan rohani, analisis faktor International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 783 | P a g e Pengenalan Analisis Faktor merupakan salah satu alat untuk mengukur kebolehpercaan sesuatu instrumen. Selain daripada itu, analisis faktor juga digunakan untuk mengenalpasti konstrukyang menunjukkan korelasi kepada beberapa variabel kajian. Ia juga digunakan untuk mengenalpasti kewujudan konstruk atau variabel baru yang lebih kecil bagi menggantikan variabel tidak berkorelasi dari serangkaian variabel asli yang berkorelasi. Lazimnya ujian analisis faktor ini dilaksanakan selepas kajian rintis dengan syarat-syarat yang tertentu. Walau bagaimanapun, analisis faktor juga boleh dilaksanakan diakhir kajian sebenar bagi melihat kebolehpercayaan item dan kontruk bagi memastikan ujian regresi ke atas variabel boleh diteruskan atau tidak. Kebanyakan kajian yang menggunakan analisis faktor adalah kajian psikometrik dan kajian tinjauan yang menggunakan instrumen kajian sendiri yang ditelah diubahsuai. Definisi Analisis Faktor Analisis faktor adalah prosedur yang sering digunakan bagi mengenalpasti, mengurangkan serta menyusun sebilangan besar item soal selidik ke dalam konstruk-konstruk tertentu di bawah suatu variabel bersandar dalam kajian (Chua 2009). Analisis faktor adalah suatu teknik interdependensi (interdependence technique), dimana tidak ada pembahagian variabel menjadi variabel bebas dan variabel bersandar dengan tujuan utama ialah mendefinisikan struktur yang terletak di antara varaibel-variabel dalam analisis. Analisis ini menyediakan alat-alat untuk menganalisis struktur korelasi antara sejumlah besar variabel dengan menerangkan korelasi yang baik antara variabel, yang diandaikan untuk mempersembahkan dimensi-dimensi dalam data (Hair et al. 2010). Sementara itu Kerlinger (1990) mengungkapkan faktor analisis sebagai gagasan atau konsep suatu hipotesis yang mendasari suatu soal selidik, skala, item dan pengukuran-pengukuran dalam banyak hal. Jadi analisis faktor bermanfaat untuk mengurangi pengukuran-pengukuran dan soal selidik yang beragam supaya menjadi sederhana. Jadi, pada prinsipnya analisis faktor digunakan untuk mengkategorikan beberapa variabel yang memiliki kekuatan korelasi untuk dijadikan satu faktor, sehingga dimungkinkan dari beberapa International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 784 | P a g e atribut yang mempengaruhi satu komponen variabel dapat diringkas menjadi beberapa faktor utama yang jumlahnya lebih sedikit (Pallant 2011). Terma yang biasa digunakan dalam faktor analisis ialah faktor beban (factor loading). Ia memberikan maklumat sejauhmanakah faktor menentukan skor ujian dibina dengan membandingkannya dengan pengukuran lain. Jika perbandingan dibuat dengan pengukuran lain yang mengukur konstruk yang sama, faktor beban yang tinggi memberikan bukti kesahan menumpu. Jika perbandingan dibuat dengan pengukuran lain yang mengukur konstruk yang berbeza menurut ramalan teori, faktor beban yang sederhana dan rendah akan memberikan bukti kesahan membeza bagi kesahan konstruk (Cohen 2010). Syarat pelaksanaan analisis faktor Menurut Chua (2009) tiga perkara perlu diambil kira semasa melaksanakan analisis faktor adalah jenis skala pengukuran, bilangan item soal selidik dan saiz responden. Bagi analisis faktor, data yang dikumpulkan daripada responden kajian haruslah data yang bertaburan normal. Chua (2009) mencadangkan skala pengukuran yang sesuai digunakan bagi tujuan analisis faktor adalah Skala Likert yang mempunyai empat skala ke atas. Mana kala skala 1-2 tidak sesuai untuk digunakan kerana skala seumpama ini jarang bertaburan normal sekali gus ia tidak memenuhi syarat taburan normal. Bagi melaksanakan analisis faktor, ia memerlukan saiz responden yang besar dengan jumlah minimumnya adalah 100 orang. Chua (2009) berpendapat bilangan responden hendaklah lima kali lebih banyak daripada jumlah item yang disediakan. Contoh yang diberikan ialah 30 item yang digunakan untuk analisis faktor, saiz sampel adalah sekurangkurangnya 30 x 5 iaitu sekurang-kurangnya 150 orang sampel. Jenis analisis faktor i- Confirmatory Factor Analysis (CFA) Model yang dibina untuk menggambarkan, menjelaskan atau menghitung data empirikal. Konstruk daripada model ini berdasarkan pada informasi yang utama mengenai sifat dari International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 785 | P a g e struktur data atau isi dari teori (Joreskog & Sorbon, 1989 dalam Crowley & Fan, 1997).Menurut Singgih (2007), alat ini digunakan untuk menguji sebuah measurement model. Melalui alat ini akan

Page 23: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

diketahui apakah indikator yang ada benar-benar dapat menjelaskan konstruk. Dengan melakukan CFA sebuah indikator dianggap tidak kuat berpengaruh atau juga dapat menjelaskan konstruk. ii- Exploratory Factor Analysis (EFA) Model yang diaplikasikan untuk mengeksplorasi data yang ada mengenai jumlah karakteristiknya, sifat-sifat yang menarik dan hubungan-hubungan yang mungkin ada. Exploratory Factor Analysis (EFA) ini berguna untuk tujuan menggenerasikan struktur, modelmodel teoritikal dan menguji hipotesis (Gorsuch1983). Menurut Panter et al. (2004) aplikasi dari Exploratory Factor Analysis (EFA) adalah untuk mengenalpasti makna, konstruk atau dimensi yang dikembangkan oleh kovarians yang diperhatikan meliputi sifat, respon, tanda dan simpton. Tatacara Analisa Faktor Singgih (2007)mencadangkan beberapa tatacara bagi melaksanakan analisis faktor, i- Membuat matriks korelasi antarasetiap subfaktor. Seterusnya dilakukan pengujian Measure of Sampling Adequacy (KMO) dengan Kaiser Meyer Olkin (KMO). ii- Menentukan faktor atau ekstraksi faktor dengan menggunakan Principle Component Analysis (PCA) karena dapat mengambil atau menyedot varians sebanyak-banyaknya (Fruchter, 1954). iii- Untuk menghentikan ekstraksi faktor menggunakan tolak ukur eigen value diatas i. iv- Melakukan rotasi dari faktor yang telah terbentuk. Tujuan rotasi untuk memudahkan dalam interpretasi. Metode rotasi yang digunakan adalah rotasi orthogonal dengan metode varimax. Pemilihan metode rotasi orthogonal karena strukturnya sederhana International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 786 | P a g e dan metode varimax untuk memudahkan interpretasi bagi peneliti mengenai faktorfaktor yang diperoleh. Penggunaan analisis faktor terhadap instrumen kajian Dalam tulisan ini analisis faktor digunakan sebagai satu teknik menentukan kesahan konstruk bagi instrumen penghayatan akidah, ketenangan hati dan ketenangan rohani. Ketiga-tiga instrumen ini adalah hasil ubahsuai pengkaji dengan merujuk kepada instrumen tertentu. Instrumen Penghayatan akidah mempunyai 85 item, Ketenangan Hati mempunyai 78 item dan Ketenangan Rohani mempunyai 44 item. Mana kala sampel yang diuji adalah seramai 1520 orang. Pengkaji menetapkan nilai pemberat yang diterima adalah 0.40 ke atas berdasarkan saiz sampel seramai 1520 orang (Hair et al. 1998). Walaupun Tabachnick & Fidell (2001) mencadangkan nilai pemberat adalah melebihi 0.30, beliau menyarankan nilai pemberat yang baik adalah melebihi 0.60. Pandangan ini selari dengan Pallant (2005) yang meletakkan nilai pemberat yang minimum adalah 0.60. Kaedah ini pernah digunakan oleh Ibrahim (2006) dalam menilai pemberat bagi instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai. Keputusan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai KMO 0.911 (p = 0.000). Menurut Kaiser (1974 dalam Norusis 1990), nilai 0.90 ke atas adalah mengkagumkan. Keputusan ini menunjukkan bahawa semua angkubah mempunyai nilai faktorabiliti yang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan. JADUAL 3.6 Keputusan Ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett bagi konstruk Penghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani. Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy 0.911 Bartlett’s Test of Sphericity Approx. Chi-Square 9924.332 Df 36 Sig. 0.000 International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 787 | P a g e Jadual 3.7 menunjukkan keputusan analisis faktor menggunakan kaedah pencabutan principal component analysis (PCA) dengan menggunakan putaran varimaks. Peratusan varians kumulatif bagi lapan faktor mewakili 100% daripada varians. Jumlah faktor ditentukan oleh nilai eigen melebihi 1 dan keputusan Scree (lihat rajah 3.3). Faktor satu hingga lapan diperoleh daripada lukisan Scree dalam Rajah 3.3. Keputusan juga menunjukkkan kesemua angkubah mencapai kriteria faktor pemuatan (faktor loading) melebihi 0.40. Angkubah yang mengandungi elemen Ketenangan Rohani terkumpul di bawah faktor 1, angkubah yang mempunyai elemen Penghayatan Akidah terkumpul di bawah faktor 2 – 3, manakala angkubah yang mempunyai elemen Ketenangan Hati terkumpul di bawah faktor 4-8. Ini bermakna kesemua konstruk Penghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani sebenarnya boleh dikelaskan kepada tiga dimensi utama iaitu akidah, hati dan rohani seperti yang dibuat pembahagian dalam instrumen Skala Penghayatan Akidah, Skala Ketenangan Hati dan Skala Ketenangan Rohani. Dengan itu dapatan ini mengukuhkan pembuktian kesahan konstruk instrumen Penghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani. Rajah 3.3 Scree Plot bagi analisis faktor Akidah, Hati dan Rohani JADUAL 3.7 Keputusan analisis faktor dengan putaran varimaks bagi semua angkubah Angkubah Faktor 1 Faktor 2 Fakt 3 Akida Fakt 4 Faktor 5 Faktor 6 Faktor 7 Faktor 8 International Research Management and Innovation

Page 24: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 788 | P a g e Rohan i Akida h 1 h 2 Hati 1 Hati 2 Hati 3 Hati 4 Hati 5 Taubat_puas 0.798 Tilawah_terima 0.783 Doa_puas 0.751 Ibadat_terima 0.746 Zikir_puas 0.741 Ibadat_puas 0.731 Doa_terima 0.722 Taubat_terima 0.720 Zikir_Terima 0.660 Takut_sosial 0.464 Sedih_sosial 0.408 Kitab_amal 0.746 Rasul_amal 0.684 Allah_amal 0.605 Malaikat_amal 0.487 Akhirat_amal 0.479 Takut_diri 0.446 Kitab_faham 0.685 Akhirat _faham 0.668 Rasul_faham 0.658 Rasul_rasa 0.647 Malaikat_rasa 0.601 Akhirat_rasa 0.601 Malaikat_faham 0.574 Allah_rasa 0.572 Kitab_rasa 0.544 Allah_faham 0.529 QQ_faham 0.421 Benci_akhirat 0.58 International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 789 | P a g e 9 Malu_rabbani 0.54 5 Dengki_akhirat 0.49 2 Dengki_rabbani 0.46 2 Marah_akhirat 0.43 7 Benci_rabbani 0.42 6 Marah_sosial 0.648 Sayang_sosial 0.590 Dengki_sosial 0.556 Benci_sosial 0.461 Malu_sosial 0.406 Sayang_diri 0.569 Benci_diri 0.540 QQ_amal 0.402 Sedih_diri 0.853 Dengki_diri 0.737 Marah_diri 0.898 Nilai eigen 0.861 0.658 0.441 0.34 2 0.299 0.259 0.226 0.166 % varians 9.565 7.314 4.901 3.80 3 3.322 2.879 2.512 1.845 % varians Kumulatif 73.424 80.738 85.638 89.4 41 92.763 95.642 98.155 100.00 International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17-18 November 2014 790 | P a g e Penutup Kesimpulannya analisis factor merupakan satu alat yang boleh membantu pengkaji mengenalpasti kesahan konstruk dan item yang betul bagi setiap konstruk danvariabel. Walaubagaimanapun setiap ujian analisis factor hendaklah mengikut syarat yang ditentukan seperti jumlah item dan sampel yang layak untuk dilakukan analisi. Ujian analisis factor keatas instrument Penghayatan Akidah, Ketenangan Hati dan Ketenangan Rohani menunjukkan kesahan dan keboleh percayaan yang tinggi, di mana setiap item berada dalam konstruk yang di kehendaki. Ujian ini juga menunjukkan semua variabel mempunyai nilai faktor abiliti yang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan.

erdapat  beberapa  ujian  piawai  (standardised  tests)  yang  boleh  digunakan  untuk tujuan pengukuran dan penilaian.  Kesahan  dan kebolehpercayaan  instrumen  amat  penting  bagi  mempertahankan  kejituan  instrumen  daripada terdedah  kepada  kecacatan.  Semakin  tinggi  nilai  dan  tahap  kesahan  dan  kebolehpercayaan instrumen  maka  semakin  jitu  data-data  yang  akan  diperoleh  bagi  menghasilkan  kajian  yang  baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan  merujuk  kepada  ujian  mengukur  apa  yang  sepatutnya  diukur  (Tuckman,  1978).

Terdapat  tiga  jenis  kesahan  iaitu  kesahan  kandungan,  kesahan  gagasan  dan  kesahan  kriteria. Analisis  Rasch  boleh  digunakan  untuk  menentukan  kesahan  instrumen.  Keperluan  pertama  untuk menjadikan  sesuatu  ujian  itu  berkualiti  ialah  dengan  menentukan  bahawa  item-item  yang digunakan  dalam  ujian  sah.  Sesuatu  instrumen  dianggap  sah  jika  ia  boleh  mengukur  apa  yang hendak  diukur.  Terdapat  tiga  garis  panduan  digunakan  untuk  menunjukkan  item  yang  sah  dalam ujian (Siti Rahayah, 2008  & Ahmad Hashim, 2004) iaitu:  1. Memastikan bahawa item bekerja dalam arah yang sama untuk mengukur  konstruk yang     hendak  diukur.2. Menjamin  suatu  item  itu  menyumbang  dalam  cara-cara  yang bermakna dan      

                berguna untuk  mengukur konstruk.          3.Memastikan bahawa ujian secara keseluruhannya adalah   mengukur konstruk. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan(reliability) instrumen penting bagi mempertahankan kejituan inatrumen daripada terdedah kepada kecacatan. semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. kesahan dan kebolehpercayaan intrumen telah dipiawaikan oleh tiga agensi:                                   i.     Committee of members of the   American Education Reasearch Association

Page 25: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

                               ii.   The American Psychological Associationdan  

                                          iii.   The National Council on Measurement in Education 

1. Kesahan Instrumen Temu Bual dan Pemerhatian (Kualitatif)

Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk  mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajianhendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form(kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Keesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan.  Miles dan Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu  dalam pembinaan keesahan dalam kajian kualitatif. Tetapi McCall dan Simmons (1969) menegaskan, kajian kualitatif melalui pungutan  data-data daripada temu bual dan pemerhatian juga memerlukan keesahan data.

Campbell (1955), mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data-data kualitatif khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik  morale ballot . Manakala Bailey (1978) dan Scoot (1961) mencadangkan penggunaan teknik  independent rating melalui cross-checking untuk membuat keesahan data kualitatif.  Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan criteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik  morale ballot dan  cross-checkingdigunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual . Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan menggunakan dua orang pemberi maklumat (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual.

Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai  melalui menemu bual individu  yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat  terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang pencetus maklumat dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk  (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan  kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang

Page 26: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

dikehendaki, kemudian  membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang. Untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, pemerhatian perlu dibuat dengan melihat fenomena yang sama dengan maksimum perbezaan dimensi atau perspektif.

            Penyelidik biasanya akan membuat pemerhatian kepada beberapa orang yang memberikan maklumat dengan mengkategorikannya mengikut fokus kajian. Kemudiannya membuat kelompok terhadap isi teks (transkripsi) yang digunakan. Manakala untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, penyelidik akan membuat pemerhatian sebanyak lima hingga enam kali bagi setiap seorang pemberi maklumat selama beberapa hari. Data-data yang diperoleh melalui pemerhatian (bagi  pengajaran guru di kelas ) akan diproses dengan menggunakan teknik segmen-segmen  pengajaran.

            Kesahan kriteria boleh diperoleh dalam pemerhati turut serta (participant observation), penyelidik perlu membuat semakan terhadap maklumat-maklumat yang dikumpulkan sama ada data tersebut penuh atau data  tidak penuh. Oleh sebab proses pemerhatian pengajaran informan dibuat sebanyak lima hingga enam kali dengan selang masa dan hari yang berlainan, maka seseorang penyelidik bolehlah berpendapat bahawa data-data yang dikehendaki telah mencukupi. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalahbagi menjamin keesahan item-item   (instrumen) agar bersifat ;

            i.    Defensibility (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna)            ii.   Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)          iii.  Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian          iv.  Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor) dan         v.  Usefulness (kebolehgunaan–mampumembuat keputusan berhubung dengan apa yang                   cuba  dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut  boleh menyediakan              maklumat yang  bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang  hendak  diukur                untuk menginferenkan data kajian ).

2. Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif)

Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item . Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji  beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik  melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan

Page 27: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar.

Tujuan kajian rintis dibuat adalah  untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek; aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri. Jumlah sampel atau responden yang digunakan dalam kajian rintis biasanya tidak kurang daripada 20 orang sampel. Instrumen yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian. Dengan itu, seseorang penyelidik tidak begitu digalakan untuk mengambil sebarang contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang sedia ada atau yang dikeluarkan oleh agensi atau bank item daripada sources of test information bagi penyelidikan pendidikan atau daripada pihak pengeluar dan pembekal soal selidik seperti; Mental Measurements Year books (MMY).

Dengan itu, penyelidik sepatutnya menguji sendiri kebolehpercayaan (reliability) instrumen soal selidik melalui kajian rintis dengan menggunakan salah satu teknik atau kombinasi antara beberapa teknik untuk menguji darjah kebolehpercayaan item yang bertujuan untuk melihat internal consistency correlation coefficientitem-item. Pada umumnya terdapat tiga cara untuk menguji darjah kebolehpercayaan item (test): 

   i. Test-Retest Reliability.

                        Ia menjelaskan darjah skor yang sentiasa konsisten setiap masa  apabila ia

                        diuji.  Instrumen yang sama dinilai secara berulang kali kepada kumpulan     

                        sampel yang sama, pada  masa yang berlainan. Dua set data yang      

                        diperoleh  akan  dianalisis menerusi analisis korelasi untuk melihat  

                        kekuatan  perhubungannya. Sekiranya pekali kolerasi (coefficients reliability)

                        menghampiri nilai 1, maka kedua-dua set data tersebut mempunyai perkaitan

                        atau perhubungan yang kuat (instrumen mempunyai nilai kebolehpercayaan

                        yang tinggi).

            ii. Equivalent-Form Reliability

                     Dua set test yang berbeza tetapimempunyai kandungan yang sama    

                     (variabel) sama  jumlah item, sama struktur, sama aras kesukaran dan sama

                     arahan). Kedua-dua instrumen tersebut akan diberikan kepada kumpulan

Page 28: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

                     sampel yang sama pada masa  yang sama. Dua set data yang diperolehi akan

                     dianalisis cara korelasi untuk  mendapatkan  pekali kolerasi (reliability     

                     coefficients). Skor yang diperolehi daripada  kedua- dua sampel  hendaklah

                     dikoreletkan. Purata skor yang   diperolehi daripada kedua-dua test ialah

                     petunjuk kepada darjah reliabiliti. Ia juga disebut  sebagai   Alternate-Form

                     Reliability yang menunjukkan kepelbagaian skor   dari satu form kepada satu

                     form. Test-Retest dan Equivalent-Form Reliability boleh  dikombinasikan

                     bagi menilai stabiliti skor yang diperoleh pada setiap masa dan  ditadbirkan

                     kepada sejumlah sampel kecil. Teknik ini amat baik  kerana item-item             

                     boleh digeneralisasikan dalam  satu set item.

            iii. Internal Consistency

                     Kaedah ini digunakan bagi menilai ketekalan dalaman instrumen. Hanya satu      

                     set item sahaja yang diuji kepada sejumlah kecil sampel. Terdapat tiga     

                     kaedah  iaitu:-

a.       Prosedur Split-Half: bagi instrumen yang panjang dan       

sukar   ditadbir. Ia memerlukan pembahagian kepada dua kategori mengikut   nombor  genap dan nomber ganjil item, ditadbir pada dua masa yang    berlainan dengan   dua form test pada satu kumpulan sampel. RumusSpearman- Brown Correctiondigunakan.

b.       Prosedur Kuder-Richardson: Ia juga disebut sebagai  

Rationale  Equivalent  Reliability bagi menentukan bagaimana dalam satu test berhubungan antara  satu item dengan item yang lain, antara sub item dengan total item. Formula KR-20 atau KR-21 akan digunakan bagi menilai reliabilitinya.        

c.        Prosedur Cronbach Alpha: Ia lumrah digunakan bagi

menilai  pekali  kolerasi koeffisyen yang berasaskan kepada purata korelasi item- item  dalam satu test jika item-item tersebut  berbentuk standard. Jika Item- item tidak standardised, maka purata covarian akan digunakan  dalam  analisisnya.Standardise item Alpha adalah dibuat bagi   memperbandingkan varian perbezaan di antara dua Alpha, Alpha  dan Standardised Item Alpha.

Oleh  yang  demikian  satu  instrumen  yang  berkualiti  tinggi  perlu  dibangunkan  supaya  kita boleh  mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah kajian.  Instrumen  ini  perlu  bebas  daripada  bias jantina  dan  bias  kategori  sekolah  supaya  ia  boleh  digunakan  secara  lebih  praktikal  dan menyeluruh untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Kesahan dan kebolehpercayaan

Page 29: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.