kebolehpercayaan alat ukuran

23
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN Kursus: PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH Pensyarah Pembimbing: TUAN HAJI HASIM BIN SA’ARI Pembentang: ILYA ADIRA BINTI JAININ NUR AMALINA BINTI MOHAMAD NOOR SHAARENY A/P M.SARAVANAN SJH 3093 KUMPULAN 4

Upload: lya-ilya

Post on 18-Aug-2015

88 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

Kursus:

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH

Pensyarah Pembimbing:

TUAN HAJI HASIM BIN SA’ARI

Pembentang:

ILYA ADIRA BINTI JAININ

NUR AMALINA BINTI MOHAMAD NOOR

SHAARENY A/P M.SARAVANAN

SJH 3093KUMPULAN 4

Page 2: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN

• Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alat ukur dalam mengukur sesuatu konsep atau aspek.

• Menurut  Mokhtar (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua  pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang. Persoalan asas kebolehpercayaan adalah: “Adalah penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar?

Page 3: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

• Contohnya, sekiranya guru yang lain melakukan ujian yang sama, keputusan yang diperolehi

adalah sama ataupun soalan yang sama diberi pada masa yang berbeza, jawapan yang diperolehi bagi soalan tersebut tetap sama.

• Dalam erti kata lain kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Contohnya Ujian P.Islam seorang pelajar mendapat markan 90 dan kemudian mendapat markah yang sama apabila ujian ditadbir seminggu selepas itu. Dalam hal ini ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

Page 4: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

• Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian yang sia-sia.

• Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.

• Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan dan kebolehbergantungan ujian berkenaan.

• Hal ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal

Page 5: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

CARA MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN

• Berikut adalah cara bagaimana GURU boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.

a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.

b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.

c. Soalan hendaklah seragam (homogen). 

d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.

e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.

f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan

Page 6: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

KEBOLEHPERCAYAAN

Mehrens dan Lehmann (1991) menyenaraikan lima jenis

kebolehpercayaan danjuga kaedah menentukan

indeksnya.

Page 7: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

JENIS KEBOLEHPERCAYAAN

UKURAN KESTABILAN ( Measure of Stability)

UKURAN KETEKALAN DALAMAN

( Measure of Internal Consistency)

UKURAN KESETARAAN (Measure of Equivalence)

KEBOLEHPERCAYAAN PEMERIKSA

( Scorer Reliability)

UKURAN KESETARAAN & KESTABILAN

( Measure of Equivalence and Stability)

Page 8: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

UKURAN KESTABILAN

• Ukuran Kestabilan, iaitu “anggaran kebolehpercayaan uji semula” (test-restest estimate of reliability).

• Boleh dikira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama dilaksanakan.

• Seterusnya, mengira semula persamaan / perbezaan antara skor yang diperoleh setiap pelajar.

Page 9: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

UJIAN KESETARAAN

• Ukuran Kesetaraan [atau Ukuran Keselarian (parallel)] dikira dengan memberikan dua (2) ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menjawab serta min dan varians skor) kepada kumpulan pelajar dan hari yang sama.

• Seterusnya, mengira persamaan / perbezaan skor yang diperoleh setiap pelajar.

Page 10: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

• Ukuran Kesetaraan ini akan menggambarkan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat penilaian skor yang akan diperoleh pelajar, sekiranya mereka diberi ujian yang terdiri daripada item-item lain yang setara dengan item-item ujian yang telah diberikan.

• Ujian yang setara ini penting sekiranya seseorang penyelidik enggan menggunakan soalan yang sama sebagai ujian-pra dan ujian-pos (untuk mengelak daripada pelajar menghafal jawapan).

• Dalam hal ini, dua ujian yang setara boleh digunakan, satu sebagai ujian-pra dan satu lagi sebagai ujian-pos. Selain itu, ujian yang setara juga boleh digunakan untuk menguji dua kumpulan pelajar yang berbeza pada berlainan masa.

Page 11: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

UKURAN KESETARAAN DAN KESTABILAN

• Bagi menilai ketekalanan pencapaian seseorang pelajar dalam jangkamasa yang panjang dengan menggunakan ujian yang berbeza.

• Kaedah yang sesuai untuk membuat pengukuran ini ialah dengan melaksanakan ujian kedua yang setara dengan ujian pertama (Ukuran Kesetaraan) pada suatu masa yang lain (Ukuran Kestabilan).

• Indeks kebolehpercayaan ini boleh ditentukan oleh persamaan/ perbezaan skor yang diperoleh setiap pelajar, iaitu skor ujian pertama dan skor ujian kedua yang dilaksanakan kemudian.

Page 12: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

UJIAN KETEKALAN DALAMAN

• Berbeza daripada ketiga-tiga ukuran ketekalan yang dijelaskan sebelum ini, Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja.

• Salah satu daripada kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah dengan memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split-half), iaitu separuh pertama dan separuh kedua.

• Ukuran Ketekalan Dalaman Belah-Dua ini dapat menggambarkan kesetaraan dalaman ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu ujian.

Page 13: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

KEBOLEHPERCAYAAN PEMERIKSA

• Kebolehpercayaan pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama.

• Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan bagi ujian berbentuk objektif, kerana jawapan kepada setiap soalan dalam ujian bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara pemeriksa tidak wujud (biasanya jawapan diperiksa oleh komputer sahaja).

Page 14: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

NILAI PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN

• Dari segi definisi operasi, pekali/indeks kebolehpercayaan boleh dikira/dianggar (compute/estimate) dengan menggunakan hubung kait antara dua (2) ukuran yang boleh dikira.

• Indeks kebolehpercayaan negatif menunjukkan ketekalan yang songsang, iaitu pelajar yang mendapat skor tinggi dalam ujian kali pertamaakan mendaapat skor yang rendah dalam ujian kali kedua, dan sebaliknya.

• Kebiasaannya indeks kebolehpercayaan bernilai positif, dan bagi kebanyakan ujian, indeks antara 0.65 dan 0.85 adalah memadai.

Page 15: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

PANJANG UJIAN

KEHOMOGENAN

KUMPULAN

KESUKARAN ITEM

OBJEKTIVITI JAWAPAN / JENIS ITEM

Page 16: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

1. PANJANG UJIAN

• Semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau kebetulan.

• Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil kerana guru akan berpeluang untuk menyoalnya beberapa kali.

Page 17: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

2. KEHOMOGENAN KUMPULAN

• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, homogen ini terdiri daripada bahagian-bahagian atau unsur-unsur yang sama jenisnya.

• Bergantung pada sifat kumpulan yang mengambil subjek sama ada homogeneous atau heterogenous.

Page 18: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

• Kebolehpercayaan akan meningkat apabila ketidakseragaman bertambah.

• Kumpulan yang lebih heterogenus, indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

• Kumpulan yang lebih homogenus pula mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

Page 19: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

3. KESUKARAN ITEM

• Item-item mudah membolehkan kebanyakan calon untuk menjawab dengan baik dan skornya juga hampir.

• Item-item yang sukar pula menyebabkan skor pelajar agak berbeza atau heterogenus.

• Ujian yang susah boleh meningkatkan indeks kebolehpercayaan.

Page 20: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

4. OBJEKTIVITI JAWAPAN / JENIS ITEM

• Jawapan yang lebih bersifat objektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

• Hal ini demikian kerana semua responnya adalah tepat.

• Mana-mana pemeriksa pun akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama.

Page 21: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

• Jawapan yang lebih subjektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

• Apabila sesuatu ujian subjektif, markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim pemarkahan akan disediakan.

• Penilaian seseorang mungkin berubah mengikut masa dan keadaan.

Page 22: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

RUJUKAN

https://www.academia.edu/7600201/DEFINISI_KEBOLEHPERCAYAAN_1

http://studentsrepo.um.edu.my/308/6/BAB3.pdf

http://eprints.uitm.edu.my/3185/1/LP_CHNG_PEI_ENG_07_24.pdf

Page 23: KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

SEKIAN TERIMA KASIH