menyiasat keperluan fotosintesis

13
Praktikal 6 : Untuk mengkaji keadaan yang sesuai untuk menjalankan proses fotosintesis Objektif : a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau. b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari adalah unsur penting untuk menjalankan proses fotosintesis. c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk fotosintesis. d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah unsur penting untuk menjalankan proses fotosintesis. e) Untuk menunjukkan bahawa gas oksigen dihasilkan semasa proses fotosintesis berlangsung. Bahan dan Radas : Daun Hydrilla atau mana-mana tumbuhan air Bikar Bell Jar Turas Beg Polithine Tabung Uji Kaji

Upload: masrurah-dzulkefli

Post on 12-Aug-2015

196 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: menyiasat keperluan fotosintesis

Praktikal 6 :

Untuk mengkaji keadaan yang sesuai untuk menjalankan proses

fotosintesis

Objektif :

a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau.

b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari adalah unsur penting

untuk menjalankan proses fotosintesis.

c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk fotosintesis.

d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah unsur penting

untuk menjalankan proses fotosintesis.

e) Untuk menunjukkan bahawa gas oksigen dihasilkan semasa proses

fotosintesis berlangsung.

Bahan dan Radas : Daun

Hydrilla atau mana-mana tumbuhan air

Bikar

Bell Jar

Turas

Beg Polithine

Tabung Uji Kaji

Jubin Putih

Metanol

Larutan Iodin

Air Mendidih

Page 2: menyiasat keperluan fotosintesis

Kalsium Hidrosida

Kalium Hidrosida

Prosedur :

a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun yang hijau.

1. Sehelai daun telah dipetik dari tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari

selama beberapa jam.

2. Daun telah diletakkan di dalam bikar yang mempunyai air yang mendidih. Ia adalah

untuk membunuh dan melembutkannya.

3. Sedikit larutan metanol telah diletakkan di dalam tabung uji kaji. Daun telah ditambah

ke dalam larutan tersebut.

Page 3: menyiasat keperluan fotosintesis

4. Tabung uji kaji telah diletakkan di dalam bikar yang mempunyai air panas. Penunu

Bunsen tidak dinyalakan kerana larutan metanol sangat mudah terbakar.

5. Setelah lima minit, daun telah ditarik keluar daripada larutan metanol dan daun telah

dikaji sama ada berubah warna atau tidak. Larutan metanol melarutkan klorofil tetapi

bukan kanji.

6. Daun telah dicelup kedalam air panas untuk lebih melembutkannya.

7. Daun telah diletakkan di dalam jubin putih secara mendatar dan tiga hingga empat

titisan larutan iodin telah diletakkan.

8. Segala pemerhatian telah direkodkan.

b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari adalan unsur penting dalam

menjalankan proses fotosintesis.

1. Sebuah tumbuhan berpasu telah diletakkan di dalam gelap selama 24jam.

2. Sehelai daun telah dipetik.

3. Daun telah diuji untuk kanji. Langkah 2-6 di (a) telah diulang.

4. Segala pemerhatian telah direkodkan.

c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk fotosintesis.

Page 4: menyiasat keperluan fotosintesis

1. Sehelai daun beraneka warna yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama

beberapa jam telah dipetik.

2. Sebuah gambar rajah telah dilukis untuk menunjukkan penyerakkan warna hijau di

dalam daun.

3. Daun telah diuji untuk kanji. Langkah 2-6 di (a) telah diulang.

4. Segala pemerhatian telah direkodkan.

d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah unsur penting untuk

menjalankan proses fotosintesis

1. Dua pasu tumbuhan telah ditinggalkan di dalam gelap selama satu hari untuk

menyingkirkan kehadiran kanji.

2. Setiap pasu telah dilitupi dengan beg polithin untuk mengurangkan kadar penyerapan

karbon dioksida di dalam tumbuhan.

3. Tumbuhan telah diletakkan dibawah dua bell jar, yang telah dilabelkan A dan B.

4. Di dalam bell jar A, satu bikar kalium hidrosida telah diletakan untuk menyerap mana-

mana gas karbon dioksida daripada udara yang telah memasuki kawasan jar. Udara di

dalam jar A telah bebas daripada gas karbon dioksida.

5. Bell jar B telah mempunyai satu tiub terbuka di bahagian hujung atas dimana untuk

membenarkan udara atmosfera memasuki kawasan jar.

6. Kedua-dua bell jar diletakkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam.

7. Daun telah diuji untuk kanji. Langkah 2-6 di (a) telah diulang.

8. Segala pemerhatian telah direkodkan.

e) Untuk menunjukkan bahawa gas oksigen dihasilkan semasa proses fotosintesis

berlangsung.

Page 5: menyiasat keperluan fotosintesis

1. Beberapa tumbuhan air tawar (Hydrilla) telah diletakkan di bawah turas yang

diterbalikkan di dalam sebuah bikar yang mempunyai air kolam. Turas telah dinaikkan ke

atas dari dasar bikar untuk membenarkan pengaliran air berlaku secara bebas.

2. Sebuah tabung uji kaji yang telah diisikan sepenuhnya dengan air telah diterbalikkan

pada batang turas. Telah dipastikan bahawa tiada buih udara yang tersekat di dalam

tabung uji kaji. Ia telah dilabelkan sebagai Set A.

3. Radas telah diletakkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam.

4. Sebuah eksperimen lain telah dijalankan mengikut cara yang sama tetapi diletakkan di

dalam almari gelap. Ini dijadikan sebagai kawalan. Ia telah dilabelkan sebagai Set B.

5. Kehadiran gas telah diuji menggunakan kayu uji berbara di dalam tabung uji kaji di Set A

dan Set B. Apakah yang terjadi? Apakah jenis gas yang telah dibebaskan oleh tumbuhan

air? (Rujuk pemerhatian dibawah.)

Pemerhatian :

Keadaan Pemerhatian Indikasi

a) Untuk menguji

kehadiran kanji di

dalam daun hijau

- Kehadiran klorofil

hijau pada daun yang

telah dipetik telah

hilang apabila

dilarutkan di dalam

larutan metanol.

Semasa proses fotosintesis,

kanji telah dihasilkan sebagai

produk.

Page 6: menyiasat keperluan fotosintesis

- Bintik biru gelap telah

dihasilkan apabila

larutan iodin dititiskan

kepada daun yang

berubah warna.

b) Untuk menunjukkan

bahawa cahaya

matahari adalan unsur

penting dalam

menjalankan proses

fotosintesis.

- Daun yang telah

diletakkan di dalam

gelap telah bertukar

kepada warna kuning

dan tiada perubahan

terjadi apabila daun

dimasukkan ke dalam

metanol.

- Keadaan daun tidak

berubah apabila titisan

iodin telah diletakkan

di atasnya.

Tumbuhan tidak menjalankan

fotosintesis apabila

diletakkan di dalam keadaan

gelap dan tiada kanji

dihasilkan.

c) Untuk menunjukkan

bahawa klorofil adalah

penting untuk

fotosintesis

- Warna hijau pada

daun beraneka warna

telah dilukis dan

endapan biru gelap

hanya hadir pada

bahagian hijau di atas

daun.

Klorofil diperlukan semasa

proses fotosintesis.

Ketidakhadiran cahaya

matahari menyebabkan tiada

kanji dihasilkan.

d) Untuk menunjukkan

bahawa karbon

dioksida adalah unsur

penting untuk

- Bell Jar A : Daun telah

bertukar menjadi

kekuningan dan layu.

Tiada perubahan

Daun di dalam bell jar A

mengalami tiada penyerapan

karbon dioksida yang berlaku

disebabkan kehadiran Kalium

Page 7: menyiasat keperluan fotosintesis

menjalankan proses

fotosintesis

berlaku apabila iodin

dititiskan ke atas daun.

- Bell Jar B : Daun telah

bertukar menjadi

sedikit kekuningan

dan terdapat sedikit

catuan hijau pada

daun. Bahagian catuan

hijau telah berubah

menjadi biru gelap

apabila iodin dititiskan

ke atas daun.

Hidrosida.

Daun di dalam bell jar B masih

mempunyai peluang untuk

penyerapan sedikit jumlah

karbon dioksida untuk

berlaku. Oleh itu, catuan hijau

pada daun akan berubah

warna dalam metanol dan

bertukar menjadi biru gelap

apabila iodin telah dititiskan.

Semasa proses fotosintesis,

gas karbon dioksida adalam

unsur yang penting.

e) Untuk menunjukkan

bahawa gas oksigen

dihasilkan semasa

proses fotosintesis

berlangsung.

- Set A : Tumbuhan

menunujukkan

tumbuhan yang pesat

dan daun menjadi

hijau dan segar. Buih

udara dihasilkan pada

bahagian atas tabung

uji kaji yang

diterbalikkan. Kayu uji

berbara menyala

apabila gas yang

dihasilkan diuji.

Tumbuhan diletakkan di

kawasan bercahaya dan

terbuka, oleh itu, proses

fotosintesis berlangsung dan

pertumbuhan tumbuhan juga

berlangsung. Gas yang telah

dihasilkan adalah oksigen

dimana mengikut

pemerhatian, kayu uji berbara

menyala.

Page 8: menyiasat keperluan fotosintesis

- Set B : Tumbuhan

menjadi layu dan tiada

buih udara dihasilkan.

Kayu uji berbara tidak

menghasilkan

perubahan apabila

diuji dengan gas yang

dihasilkan.

Tumbuhan diletakkan di

dalam keadaan gelap. Proses

fotosintesis tidak dapat

berlangsung, jadi tiada gas

oksigen yang dihasilkan

apabila diuji dengan kayu uji

berbara.

Gas oksigen dihasilkan semasa

proses fotosintesis

berlangsung.

Lukisan :

Untuk prosedur (c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk fotosintesis.

Rajah: Daun yang berlainan warna yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam.

Page 9: menyiasat keperluan fotosintesis

Perbincangan :

1. Kenapa daun diletakkan dalam bikar yang berisi air mendidih?

Daun telah diletakkan dalam bikar yang berisi air mendidih kerana rawatan air panas

melembutkan struktur pelindung daun, dan menghalang sel membran untuk klorofil

keluar dan membantu iodin masuk.

2. Merujuk kepada prosedur (c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk

fotosintesis. Apa yang boleh anda perhatikan mengenai pembentukan warna biru hitam

pada daun?

Hanya bahagian daun berwarna hijau yang bertukar warna biru hitam apabila diuji

dengan larutan iodin.

3. Bolehkah anda katakana bahawa hanya bahagian hijau daun yang terlibat dalam

penghasilan kanji dalam cahaya matahari? Dengan kata lain fotosintesis hanya berlaku

apabila klorofil hadir?

Ya, hanya bahagian hijau daun yang terlibat dalam penghasilan kanji dalam cahaya

matahari dan fotosintesis hanya boleh berlaku apabila klorofil hadir.

Kesimpulan :

Keadaan yang penting dalam fotosintesis :

(i) Kehadiran kanji dalam daun hijau.

(ii) Keperluan matahari yang cukup.

(iii) Keperluan klorofil.

(iv) Keperluan karbon dioksida yang cukup.

(v) Penghasilan oksigen.

Rujukan :

Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II. ShahAlam: IPTA

Publications.

Wai, M. C. (2007). TOTAL PRO SPM Biology Form 4&5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Page 10: menyiasat keperluan fotosintesis

Cyprus, S. (2003). What is a Variegated Leaf? Diambil daripadaWise Geek:

http://www.wisegeek.com/what-is-a-variegatedleaf.htm

May, P. (2003). Chlorophyll. Diambil daripada School of Chemistry:

http://www.chm.bris.ac.uk/motm/chlorophyll/chlorophyllh.htm

Photosynthesis. (2006). Diambil daripada Sambal's Science

Web:http://www.sambal.co.uk/photosynthesis.html

Wikipedia. (2009). Variegated Leaf. Diambil Wikipedia Free Encyclopedia:

http://en.wikipedia.org/wiki/Variegation