menurut md

38
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti berikut Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, negara raja berperlembagaan dan negara demokrasi berparlimen. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi ü pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama. Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan ü undang-undang. Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan ü bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan tiada satu yang lebih tinggi di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan tanggungjawab berbeza. Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan ü bebas daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan. Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: - Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai ü kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan ü terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah. Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang ü mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun.

Upload: parkmickyboo

Post on 20-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Menurut Md

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri

asas perlembagaan Malaysia seperti berikut

Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, negara raja

berperlembagaan dan negara demokrasi berparlimen.

ü Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada

masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas

menjamin kebebasan beragama.

ü Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-

undang.

ü Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan

bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana

Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah

Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan tiada

satu yang lebih tinggi di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan

tanggungjawab berbeza.

ü Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas

daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif untuk

menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan.

Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu

dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang

benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan

dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: -

ü Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan

politik dan dedikasi kepada negara.

ü Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap

diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.

ü Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan

Page 2: Menurut Md

satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat

dicontohi oleh negara-negara membangun.

ü Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan warganegara

Malaysia mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta didorong oleh piawaian

etika paling tinggi.

ü Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip rakyat

bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing serta pada

masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

ü Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta

berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi

menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

ü Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang

lebih mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri.

ü Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang melaksanakan

pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.

ü Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,

bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan

sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan

ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada

wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini

maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan

dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.

Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada

perpaduan etnik di Malaysia seperti berikut: -

Page 3: Menurut Md

ü Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

o Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.

o Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.

o Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

o Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.

o Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

ü Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk

Minda Kelas Pertama

o Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

o Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.

o Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

o Memperkasakan belia dan wanita.

ü Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina dan

Produktif

ü Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup

o Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.

o Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.

o Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.

o Menjamin bekalan tenaga mampan.

o Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.

o Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.

o Membangunkan sukan.

o Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

ü Teras Kelima: Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Keupayaan Pelaksanaan Negara

o Menggalakkan tadbir urus yang baik.

o Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

o Pembangunan melalui kerjasama antarabangsa.

Page 4: Menurut Md

Bermula dari tarikh tersebut PROTON merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.

Penubuhannya bertujuan untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian.

Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) yang

menjadi pemegang saham utama (70 peratus), serta rakan-rakan usaha sama, Iaitu

Mitsubishi Motors Corporation, Japan (15 peratus) dan Mitsubishi Corporation, Japan (15

peratus).Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komerslal model kereta nasional yang

pertama, iaitu Proton Saga dllancarkan.

beberapa matlamat,iaitu meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif

tempatan,   khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional selain meningkatkan

penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif  tempatan.

Apa yang jelas ialah Dasar Automotif Negara

Tujuan utama dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan telah membelanjakan ribuan

jutaan ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, elektrik, jalan, kereta api, pelabuhan,

lapangan terbang dan sebagainya dan perbelanjaan tersebut meningkat daripada semasa

ke semasa dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah sangat  rendah. Dengan

menjalankan dasar ini, kerajaan dapat menguangkan beban kewangan dan pelaburan dan

pentadbiran kerajaan. Tujuan kedua pula berkaitan dengan pencapaian perusahaan  awam

yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang tidak memuaskan walaupun

mereka mempunyai kedudukan pemonopolian dan menikmati pelbagai sokongan daripada

pihak kerajaan. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan, kepakaran yang

ada dapat nieningkatkan kecekap.an, pencapaian dan kualiti perkhidmatan.

Dalam konteks tujuan yang ketiga pula, harta atau kekayaan yang dimiliki oleh

negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam

sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara dengan

cekap dan sepepuhnya. Melalui Dasar Penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat

diwujudkan dan secara tidak |angsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara, Di

samping itu, kerajaan juga dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai

pendapatan daripada syarikat-syarika berkenaan. Tujuan keempat, iaitu mengurangkan

Page 5: Menurut Md

bilangan dan saiz sektor awam ditentukan berdasarkan pertimbangan bahawa lebih banyak

penglibatan kerajaan  dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan

terhadap sumber-sumber negara.Keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan

juga biasanya tidak berasaskan pertimbangan ekonomi pasaran. Sebahagian besar

daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak

mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut berasaskan subsidi dan sumber yang

ada tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang

mengutamakan kebajikan akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada

bantuan kerajaan. Keadaan tersebut tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang

perseorangan dan negara keseluruhannya.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah Rancangan Jangka Panjang Pertama

(RRJP 1) yang pernah dilaksanakan dalam ekonomi Malaysia. Dasar Ekonomi Baru

(DEB) yang meliputi tempoh 1971 hingga 1990 telah tamat. Dalam tempoh

pelaksanaan DEB, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun

menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun

pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak

kejayaan telah dicapai. Bagi menyambung dan memperkukuhkan hasrat ekonomi

rakyat, maka satu dasar baru dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

bagi tempoh 1990 hingga 2000 telah dibentuk. Pembentukan dasar baru ini

menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2).

Dasar ini telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr.

Mahatir Mohamad.

Objektif

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat

yang bersatu padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik

serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu

langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju

dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan

politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Page 6: Menurut Md

Matlamat dan Strategi Pembangunan

Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi

mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Bagi strategi

pelaksanaan pula, DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan

menyumbang ke arah perpaduan negara. Berikut merupakan aspek-aspek strategi

pelaksanaan:

I.              Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dengan pengagihan yang saksama.

II.            Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan

pertumbuhan.

III.           Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara

untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang

diperolehi daripada pertumbuhan secara adil dan saksama untuk semua rakyat

Malaysia.

IV.          Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan

antara kawasan bandar dan luar bandar.

V.           Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan

kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

VI.          Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang

berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi

cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa

menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

VII.         Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan

dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan

budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi

perindustrian yang moden.

VIII.       Memastikan bahawa dengan usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian

yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam

jangka panjang negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

I.              Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk

tujuan menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin (hardcore

Page 7: Menurut Md

poor) di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Golongan termiskin adalah

keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada pendapatan Garis Kemiskinan.

Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak RM 370 sebulan

bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di

Sabah dan RM 452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143, 000 isi rumah

atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin.

II.            Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah

meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan

ekonomi.

III.           Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses

penyusunan semula masyarakat.

IV.          Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem

nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang

saksama.

Program pelaksanaan

Page 8: Menurut Md

Kerajaan telah melaksanakan dasar ini dengan membuat perancangan dan

melaksanakan perancangan tersebut. Antara program yang dilaksanakan ialah

penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan iaitu bermula sejak

pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),  pelaksanaan Dasar Wawasan 2020,

penggalakan dalam persaingan dalam pasaran antarabangsa dan juga memastikan

hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan. Kesemua program ini terarah

kepada pencapaian matlamat dan strategi dalam dasar ini.

Kesan dan pencapaian DPN

Beberapa perubahan kepada kemajuan ekonomi dan juga perubahan taraf hidup

etnik dapat dikesan apabila DPN dilancarkan. Walau bagaimanapun, perlu diingat

perubahan ini merupakan kesinambungan daripada perubahan-perubahan dan

penambahbaikan daripada pelaksanaan DEB yang masih mempunyai daya

penggerak kepada ekonomi negara. Kesan-kesan positif yang telah dicapai

sepanjang tempoh pelaksanaan DPN dapat dilihat daripada beberapa aspek.

Page 9: Menurut Md

Pengangguran merupakan keadaan apabila sebahagian dari tenaga buruh yang

ingin bekerja pada kadar upah yang tertentu di pasaran tetapi tidak mendapat

sebarang pekerjaan (Jomo & Ishak, 2003). Dari segi pengangguran, didapati

peratusnya secara drastik telah menurun daripada 5.1% pada tahun 1990 kepada

2.5% pada tahun 1996. Malah jumlah mutlak yang menganggur juga berkurangan

daripada 360,000 kepada 223,000 dalam tempoh 1990 sehingga jika dibandingkan

antara tahun 1995 dengan tahun 2000, didapati terdapat peningkatan peratus dan

jumlah mutlaknya kesan daripada kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun

1997 sehingga 1999. Jadual 1 menunjukkan guna tenaga dan pengangguran di

Malaysia.

Jadual 1: Guna Tenaga dan Pengangguran di Malaysia pada Tahun 1990, 1995 dan

2000

Aspek/Tahun 1990 1995 2000

Tenaga buruh 7042 8140 9572

Guna tenaga 6686 7915 9271

Pengangguran 356 225 301

Peratusan Pengangguran (%) 5.1 2.8 3.1

Sumber: Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK6

(1993) Malaysia, Rancangan Malaysia (1996)

Malaysia, RRJP3 (2001)

Page 10: Menurut Md

Peratus kemiskinan Malaysia terus menurun daripada 17.1 % pada tahun 1990

kepada 9.6% pada tahun 1995. Seterusnya kemiskinan yang berlaku diluar bandar

dan di bandar dilaporkan berkurangan pada tahap yang memuaskan. Kadar

kemiskinan golongan termiskin yang menjadi aspek penting DPN juga terus

menurun daripada 4% kepada 2.2% pada tempoh yang sama. Begitu juga kadar

kemiskinan golongan termiskin di luar bandar dan bandar nyata semakin

berkurangan. Pengurangan kadar kemiskinan ini jelas sekali berlaku kepada

masyarakat yang tinggal di bandar dan luar bandar. Pelaksanaan dasar ini

sesungguhnya memastikan penduduk yang tinggal di luar bandar dan bandar

bersama-sama menikmati pembangunan ekonomi.

Selanjutnya ialah dari aspek peningkatan penyertaan guna tenaga dalam

bidang moden seperti pembuatan dan kewangan, insurans, hartanah dan

perkhidmatan perniagaan. Kadar pertumbuhan tahunan purata penyerapannya pada

sektor pembuatan ialah 9.0% bagi tempoh 1991 hingga 1995 dan 4.8% bagi tempoh

1996 hingga 2000. Sektor kecil kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan

perniagaan penyerapannya berkembang pada kadar 8.0% dalam tempoh tersebut

dan 6.4% dalam tempoh 1996 hingga 2000. Sesungguhnya sumbangan daripada

penglibatan dalam sektor pembuatan dan sektor kewangan, insurans, hartanah dan

khidmat perniagaan dalam penyerapan tenaga buruh juga telah meningkat masing-

masing daripada 19.9% kepada 27.6% dan daripada 3.9% kepada 5.5% dalam

tempoh antara 1990 dan 2000.

Seterusnya ialah dari aspek peningkatan taraf kehidupan rakyat bertambah

terjamin, khususnya bagi rakyat yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana

berlakunya peningkatan dalam kemudahan-kemudahan asas yang dibina dan

ditawarkan kepada masyarakat terutamanya penduduk luar bandar yang sebelum ini

kekurangan kemudahan asas berbanding penduduk yang tinggal di bandar.

Penambahan kemudahan termasuklah dalam pertambahan bilangan hospital, klinik,

doktor dan jururawat. Dalam jangka masa setahun dalam tempoh pelaksanaan DPN,

beberapa buah hospital dan klinik kerajaan telah dibuka. Misalnya bagi tahun 1995

sahaja, kemudahan hospital kerajaan adalah sebanyak 118 buah, 2 861 bagi klinik

kerajaan, seramai 9505 doktor berdaftar dan bilangan jururawat 32 401. Seterusnya

kemudahan bekalan air dan elektrik di luar bandar terus bertambah dalam usaha

untuk mencapai sasaran membekalkan air dan elektrik kepada seluruh rakyat

Malaysia. Secara keseluruhannya, 87% daripada isi rumah luar bandar di Malaysia

telah menerima bekalan paip air pada tahun 2000 berbanding dengan 66% pada

tahun 1990. Manakala bagi bekalan elektrik pula, liputannya di luar bandar telah

meningkat daripada 80% kepada 93% pada tempoh tersebut.

Dari aspek penyusunan semula pengurusan dan guna tenaga

keseluruhannya didapati penglibatan Bumiputera terus kekal secara puratanya pada

kadar 52% hingga 53% pada tempoh 1990 hingga 2000. Walaupun peningkatannya

Page 11: Menurut Md

hanya bertambah 1% sahaja, namun hal ini tetap memberi sumbangan dalam

peningkatan ekonomi kaum Bumiputera dan menunjukkan kaum Bumiputera mula

melibatkan diri secara perlahan-lahan dalam bidang ini. Dalam bidang pembuatan

pula, bahagian Bumiputera telah meningkat daripada 46.2% kepada 49.1%,

manakala dalam bidang pembinaan pula menunjukkan peningkatan daripada 34.9%

kepada 37.4%. Bagi bidang perniagaan borong, runcit, hotel dan restoran meningkat

daripada 34.5% kepada 38.3%, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan

perniagaan telah meningkat daripada 41.1% kepada 45.3% pada tempoh yang

sama. Seterusnya ialah bagi keahlian Bumiputera dalam bidang profesional

berdaftar juga telah meningkat daripada 21% pada tahun 1990 kepada 29% pada

tahun 1999.

Secara keseluruhannya, melalui DPN kerajaan telah melancarkan pembangunan

ekonomi kepada penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Merujuk kepada

aspek-aspek yang telah mencapai peningkatan yang memberangsangkan, jurang

perbezaan antara penduduk di luar bandar dan bandar telah dapat dirapatkan.

Seperti yang kita ketahui penduduk luar bandar ini biasanya terdiri daripada kaum

Melayu dan entik-etnik Bumiputera. Manakala bagi penduduk di bandar pula terdiri

daripada kaum Cina dan lain-lain. Taraf hidup dan pendapatan di bandar

sesungguhnya lebih baik dan lebih tinggi berbanding penduduk luar bandar. Oleh itu,

usaha kerajaan bagi merapatkan jurang perbezaan di antara penduduk seharusnya

disokong penuh oleh masyarakat.

Pengurangan jurang perbezaan antara kawasan dan etnik sesungguhnya

dapat mewujudkan keharmonian masyarakat kerana mereka tidak rasa diabaikan

atau tidak diberi perhatian dalam usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi negara

khususnya. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Peristiwa 13 Mei 1969 telah

berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Kemakmuran

ekonomi merupakan unsur yang penting dalam mencapai pembangunan negara dan

memastikan keadaan negara sentiasa dalam suasana yang aman dan harmoni.

Sebagai rakyat Malaysia, semua orang tanpa mengira perbezaan etnik atau latar

belakang mendapat hak yang sama rata. Sehubungan itu, pelaksanaan dasar ini

sesungguhnya dapat menunjukkan kerajaan telah memberikan keutamaan kepada

hak-hak mendapat peluang pembangunan ekonomi yang sama rata dan adil kepada

semua masyarakat.

Page 12: Menurut Md

DASAR AUTOMATIF NEGARA

Sektor automatif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia.

Sumbangan sektor  ini kepada ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat

dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sektor automotif bermula dengan

pengimportan kenderaan yang kemudiannya berkembang kepada operasi

pemasangan serta pembangunan industri komponen automotif. Penubuhan Proton

pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993 bertindak sebagai

pemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Ini turut menyebabkan

perkembangan industri komponen automotif yang seiring. Ini menandakan

bermulanya fasa baru bagi sektor automotif Malaysia di mana teknologi dan

kemampuan tempatan dibangunkan sejajar dengan Pelan Induk Industri Kerajaan.

Dalam konteks ini, Malaysia berbangga menjadi satu-satunya negara membangun di

dunia yang memiliki kemampuan rekabentuk automotif dan kejuruteraannya sendiri.

Memandangkan wujudnya cabaran-cabaran yang mendepani industri

automotif, terutamanya globalisasi, liberalisasi dan persaingan yang meningkat,

adalah perlu untuk hala tuju strategik dan rangka dasar untuk sektor automotif

tempatan dikaji semula. Ini adalah penting untuk mengekalkan daya saing pihak-

pihak yang terbabit dalam sektor automotif, supaya mereka kekal berdaya maju

dalam jangka panjang. Bagi tujuan itu, Kerajaan akan mengekalkan langkah-langkah

yang difikirkan perlu, dan seterusnya, memperkenalkan langkah-langkah baru bagi

menggantikan langkah-langkah sedia ada yang tidak lagi bertepatan dengan

kepentingan nasional, agar langkah-langkah tersebut dapat terus merangsang

pembangunan dan kemajuan sektor automotif. Kerajaan komited untuk

menyediakan persekitaran yang kondusif untuk sektor automotif berkembang pesat

dan menjadi sektor bertaraf dunia.

Objektif Rangka Dasar Automotif Negara

Untuk merangsang perkembangan sektor automotif negara seterusnya,

pembangunan sektor automotif Malaysia akan berteraskan kepada lima objektif

utama iaitu:

I.              Menggalakkan sektor automotif yang kompetitif dan berdaya maju, terutamanya

membuat kereta nasional.

II.            Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidang-

bidang khusus.

III.           Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan

keupayaan tempatan.

IV.          Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif

di pasaran dunia.

V.           Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam

sektor automotif tempatan.

Page 13: Menurut Md

VI.          Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan

berkualiti pada harga yang berpatutan.

Teras Dasar Automotif Negara

 

Langkah-langkah untuk Pelaksanaan Serta Merta

Bagi mencapai objektif-objektif dasar ini, langkah-langkah berikut akan

dilaksanakan:

I.              Memperkenalkan dana pelarasan industri

II.            Pemberian insentif kepada syarikat pembuat komponen.

-       Projek kerjasama

-       Sokongan terhadap Program Bekalan Global

III.           Mewujudkan geran-geran latihan.

IV.          Mewujudkan geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

V.           Menetapkan pusat-pusat pengeluaran bagi sektor automotif.

VI.          Memastikan pematuhan standard dan teknikal.

VII.         Memperluas dana perolehan teknologi.

VIII.       Mewujudkan geran pembangunan pasaran.

IX.          Mewujudkan insentif khas.

X.           Pindaan terhadap Lesen Import (AP).

-       Membekukan pengeluaran AP francais untuk pengimportan kereta berjenama baru

-       Menghentikan pengeluaran AP francais untuk pengimportan kenderaan “turned up”

bermula 1 Januari 2006.

-       Membenarkan Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera untuk memohon AP

secara langsung.

-       Mengehadkan pengimportan kenderaan terpakai melalui AP terbuka kepada

kenderaan berusia satu hingga lima tahun sahaja.

Page 14: Menurut Md

Kesan Dasar Automotif Negara

Jika dilihat daripada pencapaian ekonomi bagi setiap kaum atau etnik, kaum

Bumiputera masih lagi ketinggalan berbanding kaum yang lain seperti kaum Cina

yang sememangnya terkenal dengan taraf ekonomi yang lebih baik. Sekiranya kita

melakukan tinjauan terhadap bangunan-bangunan persendirian atau syarikat-

syarikat yang didirikan juga, kebanyakan pemiliknya ialah golongan ahli perniagaan

dan perusahaan orang Cina. Mereka biasanya lebih maju ke hadapan berbanding

dengan golongan Bumiputera. Oleh sebab itulah bagi merapatkan jurang

pendapatan dan ekonomi setiap etnik, kerajaan telah memberi peluang kepada

kaum Bumiputera untuk bergiat aktif kepada setiap sektor ekonomi melalui

pemberian kelonggaran dan bantuan. Dasar Automatif Negara juga merupakan satu

saluran kerajaan dalam usaha membantu setiap etnik di negara ini untuk

memajukan diri, masyarakat dan negara.

Dasar Automotif Negara telah menyatakan keinginan untuk meningkatkan

penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif. Seperti yang kita sudah maklum,

penglibatan negara kita dalam industri ini masih baru iaitu bermula dalam era

pentadbiran bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahatir Mohammad.

Melalui dasar ini, diharapkan golongan Bumiputera berkecimpung dalam bidang ini

bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka seterusnya dapat mengurangkan jurang

ekonomi yang ternyata masih ketara selepas pelaksanaan dasar-dasar

pembangunan sejak negara ini mendapat kemerdekaan.

 Dasar ini masih lagi baru dan kesan pembangunan ekonomi khususnya

belum dapat dikaji dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, kita dapat

mengandaikan bahawa penglibatan golongan Bumiputera dalam sektor automotif

cukup menggalakan. Hal ini kerana, PROTON telah mewujudkan sejumlah

rangkaian perkhidmatan yang menyokongnya. Dilaporkan bahawa terdapat 24

pemegang francais dan 350 pembuat komponen kenderaan. Menurut catatan rekod,

lebih kurang 250 syarikat vendor diwujudkan melalui PROTON.

Kewujudan rangkaian perkhidmatan ini menunjukkan indikator yang positif

terhadap permintaan dan seterusnya pengeluaran kereta proton. Hal ini kerana,

pertambahan permintaan kenderaan ini hasil daripada pengguna puas hati terhadap

Page 15: Menurut Md

kualiti produk bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Selain daripada itu,

PROTON sendiri telah melaburkan hampir RM8 bilion dalam pasaran tempatan dan

menggajikan seramai 9, 500 orang. Dianggarkan sebanyak 100, 000 peluang

pekerjaan telah diwujudkan oleh PROTON termasuk vendor, pekerja luar negara

dan mereka yang bekerja di sektor industri sampingan.

Peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh PROTON ini sesungguhnya dapat

mengurangkan kadar pengangguran seterusnya dapat memberi nafas baru kepada

mereka yang sedang berusaha untuk mencari pekerjaan. Selain daripada itu, melalui

penglibatan dalam bidang ini juga, para pekerja akan mendapat kemahiran baru dari

aspek mekanikal dan tidak mustahil pada suatu hari nanti akan terhasil produk

PROTON, khususnya yang lebih mantap dan berinovasi. Oleh yang demikian, dapat

dikatakan bahawa sektor industri automotif negara telah menjadi wadah kepada

penglibatan golongan Bumiputera yang lebih luas dalam sektor industri.

DASAR PERTANIAN NEGARA

Pertanian merupakan sektor ekonomi yang menjadi kepada pemangkin kemajuan

ekonomi negara sejak daripada sebelum zaman penjajahan lagi. Mengikut

peredaran zaman, sektor pertanian juga turut mengalami perubahan dan

disesuaikan mengikut keperluan negara. Banyak langkah-langkah dan program yang

telah diambil oleh kerajaan bagi mempertingkatkan pengeluaran hasil daripada

sektor pertanian ini yang kemudiannya dirangkumkan menjadi satu dasar iaitu Dasar

Pertanian Negara. Dasar ini sentiasa diperbaharui atau diubahsuai terutama setelah

tahap pencapaian pertanian diukur pada setiap kali berakhirnya dasar pertanian

sebelum ini. Dasar Pertanian Negara bermatlamatkan empat aspek utama iaitu

merombak semua pekebun kecil supaya lebih efisien dan bercorak komersil,

penekanan kepada tanaman yang berdaya maju dan berupaya bersaing di pasaran

antarabangsa, peningkatan produktiviti buruh bagi meningkatkan prestasi pertanian

dan industri pemprosesan hiliran dan pemasaran keluaran pertanian telah dikenal

pasti sebagai satu aspek penting dalam pembangunan sektor pertanian.

Page 16: Menurut Md

Adalah jelas bahawa dalam proses transformasi ekonomi, sektor pertanian

akan terus mengalami penurunan dari segi sumbangan kepada KDNK, guna tenaga

dan mengalami penurunan dari segi pertumbuhan nilai ditambah dan nilai ditambah

per pekerja. Oleh sebab itulah kajian semula terhadap dasar ini dilakukan dan

kemudiannya diperbaharui dan dikenali sebagai Dasar Pertanian Negara Kedua

(DPN2). Kemudian selepas beberapa tahap setelah penilaian dilaksanakan terhadap

keberkesanan DPN2, kelemahan dan kekurangan masih wujud menyebabkan pihak

bertanggungjawab mengambil langkah untuk memperbaiki, menstrukturkan semula

dan seterusnya membentuk Dasar Pertanian ketiga (DPN3) sepanjang tempoh 1998

hingga 2010. Terdapat banyak penambahbaikan yang telah dibuat dan dilaksanakan

pada dasar yang telah diberi nafas baru ini.

Selain daripada itu, DPN3 juga digubal untuk menangani krisis mata wang

dan kemerosotan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada masa itu. Di samping itu,

keperluan penambahbaikan dasar ini juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti

mengatasi masalah bekalan makanan yang kurang mencukupi, kurang selamat,

kurang berkhasiat serta kurang bermutu tinggi dan untuk menjamin bahan makanan

dapat diperoleh dengan harga yang berpatutan.

Pendekatan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)

Pendekatan perhutani memberikan penekanan yang menyeluruh kepada masalah

kekurangan sumber-sumber seperti buruh, tanah pertanian dan sumber air untuk

pengairan tanaman. Pendekatan ini menggabungkan dua kegiatan iaitu kegiatan

pertanian dan kegiatan perhutanan supaya serasi dan saling melengkapi antara satu

sama lain. Strategi ini menggunakan teknik yang bersepadu untuk mengatasi

masalah kekurangan sumber dengan menggabungkan tanaman, perikanan dan

penternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agro-pelancongan. Melalui kaedah ini

juga, kos pengendalian untuk mengendalikan aktiviti sektor ini dapat dikurangkan.

Pendekatan berasaskan produk adalah untuk meningkatkan sumbangan dan

pendapatan sektor pertanian di Malaysia. Pada awal pendekatan ini, produk dan

pasaran utama dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran, dan cita rasa

pengguna. Pendekatan ini dapat memberikan penekanan yang lebih kepada

keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khususnya di seluruh dunia.

Pendekatan ini juga mengambil kira permintaan, keperluan pengguna dan daya

pasaran bagi menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan supaya setanding

dengan industri lain. Pedekatan ini sesungguhnya telah mewujudkan peluang

Page 17: Menurut Md

kepada usahawan pertanian untuk menambahkan pengeluaran dan meningkatkan

keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.

Kesan Dasar Pertanian Negara

Secara keseluruhannya, melalui pelaksanaan dasar ini ia akan menjamin

kelangsungan bahan makanan yang sememangnya diperlukan oleh setiap manusia.

Sebagai sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa yang menerima hujan

sepanjang tahun dan mempunyai cuaca yang sesuai untuk pertanian, tanaman-

tanaman pertanian dapat tumbuh dengan subur dan seterusnya dapat menyokong

kepada kegiatan pertanian negara. Selain daripada membekalkan keperluan

makanan dalam negara, lebihan pertanian juga boleh dieksport di luar negara bagi

kegiatan perdagangan atau lebih dikenali sebagai eksport hasil pertanian. Selain

daripada mendapat kelangsungan bekalan makanan, hasil eksport juga

menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Selain daripada itu, dasar ini juga berjaya mengurangkan inflasi dalam bidang

ekonomi, amnya. Hal ini kerana kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada

kegiatan ekonomi yang lain seperti perindustrian dan pembinaan serta sektor

perkhidmatan. Salah satu strategi yang digunakan dalam dasar ini ialah menarik

pelabur swasta dalam sektor pertanian khususnya bagi pertanian komersial yang

mana memerlukan modal yang tinggi. Perkara ini dapat mengurangkan beban

kerajaan dalam aspek pengurusan bidang pertanian. Selain itu penglibatan pihak

swasta juga akan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu hasil pertanian.

Berkenaan dengan hubungan etnik pula, salah satu kesan penjajahan British

ialah kesan dasar pecah dan perintah. Dasar ini membentuk pengenalan kaum

mengikut kegiatan ekonomi pada masa itu dan sehingga kini kesan dasar ini tidak

dapat dihapuskan dan menyebabkan golongan Bumiputera masih lagi meneruskan

kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Kaum-kaum yang lain

telah meningkatkan taraf kehidupan sosioekonomi masing-masing dengan

melibatkan diri dengan kegiatan ekonomi yang lain seperti perdagangan,

perindustrian dan juga sektor perkhidmatan.

Oleh itu, pelaksanaan dasar ini secara tidak langsung dapat membantu kaum

Bumiputera untuk lebih maju dan pada akhirnya dapat memperbaiki taraf kehidupan

mereka khususnya berkenaan dengan sosioekonomi. Banyak bantuan yang

disalurkan oleh kerajaan melalui badan yang berkenaan untuk meringankan beban

seterusnya menggalakkan pengusaha atau pekebun kecil untuk meningkatkan

usaha mencapai matlamat mereka sendiri. Antara bantuan yang disalurkan oleh

kerajaan ialah pemberian subsidi yang mana akan meringankan beban modal

pertanian oleh para pengusaha pertanian atau petani.

Page 18: Menurut Md

Secara keseluruhannya, melalui dasar pertanian juga kerajaan dapat

meningkatkan ekonomi negara dan secara langsung akan dapat memperbaiki taraf

hidup pengusaha pertanian yang biasanya terdiri daripada penduduk luar bandar.

Jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar akan dapat dikurangkan

dan seterusnya boleh menyumbang kepada kemakmuran ekonomi, politik dan sosial

dalam negara.

Kepimpinan waktu itu adalah perkongsian kuasa gabungan besar bercirikan kepelbagaian.

Memandangkan kekuatannya adalah kepelbagaian, maka ia memberikan motivasi dan keazaman

kepada kepimpinan tersebut untuk ‘berkorban dan berkompromi’ kerana asas kepada warisan

kepimpinan adalah kepada ‘demografi dan geografi’ negara ini terutama faktor penghijrahan akibat

pengaruh dagangan dan agama. Pembinaan negara Malaysia adalah berpaksikan kepada ‘Kontrak

Sosial’ yang terdiri daripada agama, bahasa, institusi raja-raja melayu, hak istimewa dan

kewarganegaraan. Ia juga selari dengan pendirian kepimpinan hari ini sebagaimana yang dinyatakan

oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan Perutusan Hari

Kebangsaan Ke-52 sempena Hari Kebangsaan Ke-52 pada 31 Ogos 2010, bahawa ‘teras perpaduan

kita haruslah bersifat mapan. Untuk itu, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai

yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum sepertimana terkandung dalam ideologi

kebangsaan yakni rukun negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak

sosial nasional.,

Kesinambungan yang wujud hari ini adalah berasaskan pendirian kepimpinan yang mencari

satu titik keseimbangan dalam pentabiran sebuah negara yang rencam dengan alam persekitaran

dan kehidupan yang unik ini. Dalam mengukuhkan kedudukan tadbir-urus apatah lagi dengan

pemerintahan sendiri, formulanya adalah tanggungjawab bersama dari lensa ‘perkongsian’ dan

‘kepunyaan’ dalam lingkaran politik yang terasnya adalah kaum dan etnik. Asas pemikiran

kepimpinan adalah untuk ‘mengurus hubungan antara etnik’ sebagaimana yang terbukti dari

formula Merdeka Compact 4+1.

Page 19: Menurut Md

Pemimpin mengenepikan beberapa kepentingan etnik masing-masing dan mengutamakan

semangat perkongsian hidup sebagai satu keluarga besar serta menitikberatkan nilai toleransi,

hormat-menghormati dan saling faham memahami kerana kepelbagaian etnik memberi kekuatan

dalam pembinaan negara. Prinsip asas negara tidak boleh dikompromi dan generasi baru perlu sedar

kepentingannya; Tanggungjawab kewarganegaraan ialah tanggungjawab bersama yang termaktub

dalam Perlembagaan. Politik kesederhanaan menjadi pendekatan yang digunapakai untuk bebas dan

memerintah sendiri tetapi lebih daripada itu, adalah formula pembinaan negara-bangsa berasaskan

kepada pengurusan hubungan etnik dan pengorbanan serta kompromi tatkala itu membolehkan kita

masih merdeka dan pengisian dilakukan sebaik mungkin dalam warisan kesinambungan kepimpinan.

Keunikan politik gabungan membolehkan lahirnya Perlembagaan. Tanpa Kontrak Sosial, tidak

mungkin wujud Perlembagaan dan tanpa ada Perlembagaan, Malaysia tidak akan mengecapi 58

tahun merdeka tahun ini.

Kontrak Sosial adalah gambaran hubungan etnik, kemerdekaan, Perlembagaan dan

pemerintahan sendiri. Ia memberikan roh kepada hak dan tanggungjawab setiap warga Malaysia.

Kontrak Sosial juga adalah ‘racial bargaining’ dan ‘gentlement agreement’. Kepelbagaian etnik harus

dilihat memberikan kekuatan dan bukan sebagai liabiliti. Perlembagaan pernah diuji pasca-peristiwa

13 Mei 1969; diuji mengenai resolusi konflik termasuk dilema ke atas formula yang dipersetujui

sebelumnya. Cabaran besar adalah krisis identiti dan pembentukan negara-bangsa akibat desakan

dan bangkangan dan tentangan dari dalam dan luar. Ekspektasi menggunung tinggi dan pemimpin

baru mahu melanggar arus kerana kurang yakin dengan politik akomodasi; membawa kepada politik

komunalisme yang ketara pada tahun 1969. Dalam berhadapan dengan krisis pengisian keatas

negara-bangsa, kepimpinan masih meletakkan kepercayaan ke atas ‘mengurus hubungan etnik’

bersaratkan kepada nilai ‘perkongsian’ walaupun boleh memilih untuk bersifat homogenus dari

keutamaan kepada masyarakat yang heterogenus. Legitimasi ini lahir dari Perlembagaan sendiri dan

bukan dokumen lain walaupun kita turut akan menghubungkaitkan dengan Rukunegara, Wawasan

2020 dan dasar kerajaan yang lain. Partisipasi politik dan pendemokrasian juga menjejaki fasa baru

dalam persekitaran yang kompleks. Budaya menyanggahi kepimpinan ketika itu wujud secara halus

dan kritikal. Dalam alam yang penuh emosi dan kemarahan, kerajaan membuktikan kewibawaan

dalam mengurus demografi dan geografi negara ini untuk menunjukkan bahawa masing-masing

perlu bertanggungjawab ke atas persekitaran yang mereka huni. Kaedah untuk berhadapan dengan

isu sensitif terutama sebagaimana yang sudah dipersetujui di bawah Formula Kemerdekaan;

memperluaskan konsensus politik dengan penjenamaan ‘kerajaan perpaduan nasional’

Page 20: Menurut Md

diperkenalkan. Rukunegara turut menjadi ideologi kebangsaan baru supaya dapat melahirkan

masyarakat yang seimbang dan saksama. 28. Sumbangan pemikiran pemikir politik boleh dilihat

dalam mengikat hubungan antara ekonomi dan politik yang melihat adanya lompong ke atas

perpaduan dan hubungan etnik akibat dari jurang ekonomi antara kaum. Yang ketara juga adalah

pembinaan identiti bangsa berbucukan kepada kerangka luar termasuk cerminan dari dunia ketiga,

penerusan tradisi hubungan dengan negara Islam dan negara-negara berkecuali. Perlembagaan dan

kemuafakatan antara kaum tidak dikompromi.

Malaysia merupakan sebuah negara yang telah melalui sejarah perubahan pembentukan lanskap

yang memperlihatkan komposisi kaum yang berbeza hidup di bawah bumbung yang sama

dinamakan negara-bangsa. Walau berbeza, setiap individu masih dapat meneruskan tradisi warisan

bangsa yang diiktiraf melalui institusi kepercayaan masing-masing dengan berbekalkan peraturan

yang sudah ditentukan; dokumennya adalah Perlembagaan. 38. Barang siapa tidak suka peraturan

tersebut, mesti diakui ia adalah asas penting dalam sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai

komuniti yang akan pertahankan nilai dan norma dipersetujui oleh komuniti masing-masing. Yang

pasti, tafsiran berbeza ke atas perundangan oleh ahli hukum turut mempengaruhi penerimaan ke

atas sistem sosialnya. 39. Sistem penyampaian ada kelemahan dan dalam konteks hari ini, ia cuba

diperbaiki. 40. Perlembagaan dan Perpaduan juga bergantung kepada hubungan resiprokal

penggubal, pelaksana dan kumpulan sasar jika mahu mantapkan kemuafakatan dalam kalangan ahli

masyarakat. 41. Nilai dominan dalam mahu melakar hubungan etnik yang baik adalah hormat,

faham dan menerima antara satu sama lain. Ia beranjak dari semangat bertolak ansur agar

penerimaan menunjukkan bahawa ada bibit-bibit nilai kemanusiaan sejagat yang diiktiraf dan

diberikan makna yang signifikan dalam kehidupan seharian. 42. Hubungan etnik negara ini telah

melalui beberapa fasa yang akhirnya menunjukkan bahawa jika sekiranya ia masih bersifat retorik

dan kosmetik sahaja, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang. Sejak kemerdekaan sehingga

ke hari ini, yang dilihat adalah walaupun ada peristiwa yang tidak diingini berlaku, tetapi akhirnya

kemuafakatan dan keharmonian menjadi tunjang kekuatan agar ia tidak menghancurkan segala yang

sudah dibina sekian lama. Ada yang menjadi pasrah dengan apa yang ada, ada pula yang tegar

dengan pendirian etnosentriknya tetapi segalanya masih terkawal kerana suburnya nilai ini dalam

Perlembagaan. 43. Soalnya, perpaduan milik siapa? Seiring dengan proses modenisasi dan

pembangunan, kadar celik telah bertambah. Emansipasi wanita juga jauh berubah. Prasarana dan

kemudahan asas mencapai tahap yang jauh memberangsangkan berbanding dengan negara pesat

membangun yang lain. Adakah perubahan fizikal ini turut mempengaruhi minda dan mindset rakyat

dalam menyelami nilai perpaduan? Apakah ini membenarkan rombakan/pindaan ke atas

Page 21: Menurut Md

Perlembagaan mengikut acuan politik ataupun kepentingan keharmonian/perpaduan yang masih

utuh di bawah Perlembagaan yang ada perlu diusik? 44. Tuntutan dan kemahuan masyarakat

berubah bersama dengan persekitaran baru. Dengan celik huruf meningkat, sejarah hubungan etnik

sudah turut berubah kerana masing-masing sudah boleh memiliki apa sahaja yang dimahukan dan

kesemua itu dapat dilakukan kerana adanya proses pembangunan dalam negara. 6 45.

Perkembangan kenegaraan telah menyebabkan ada yang terkehadapan dan ada pula masih

terkebelakang. Ia bukan sahaja berlaku antara kumpulan etnik tetapi juga dalam sesuatu kumpulan

etnik. Ia berlaku di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku dikawasan luar bandar dan bandar

pula merebak kemiskinan bandar. Namun, ia adalah proses yang perlu dilalui kerana mana-mana

negara sekalipun, masalahnya tetap sama. Tidak akan ada kepuasan yang tetap dan ia merentasi

kumpulan etnik. 46. Namun, kepentingan 35% di bawah garis kemiskinan perlu dijaga kebajikan akan

tidak songsang dengan kehidupan berkualiti dan tidak hanyut dalam proses globalisasi yang

menjadikan yang kaya menjadi kaya dan yang miskin menjadi miskin. Indikator terbaik adalah

tanggungjawab meringankan beban kelompok dari mana-mana etnik sekalipun dengan kemudahan

asas dan keperluan seharian agar jiwa merdeka Malaysia tidak dicabut dari dirinya. Titik peluh

mereka juga telah menyumbang kepada kemerdekaan dan pengisian ke atas kemerdekaan serta

pembinaan Perlembagaan. Perlembagaan turut memelihara hak mereka sebagaimana hak warga

yang lain kerana Perlembagaan Malaysia adalah untuk keseluruhan rakyat Malaysia tanpa wujud

Perlembagaan yang berbeza mengikut latar belakang etnik dan kelas masyarakat. 47. Perkembangan

dalam sesuatu etnik mahupun etnik lain juga telah membawa kepada lahirnya kelas dalam

masyarakat, berkelas atasan, menengah dan bawahan. Kelas menengah semakin membesar dalam

kalangan masyarakat negara ini tetapi itu tidak bermakna mereka terlepas dari gigitan ekonomi

dengan peningkatan kos kehidupan yang juga terpaksa dilalui akibat proses perubahan

pembangunan negara. Waktu yang sama, walaupun berlaku perjuangan antara kelas; golongan

ekstremisme dan prejudis juga bertambah walaupun ada sarjana bertanggapan dengan perubahan

persekitaran politik, ekonomi dan sosial, kumpulan sederhana ataupun pertengahan akan meningkat

dan melebarkan kelompok liberal yang tidak terlalu radikal. Cabaran jelas adalah sebarang

perubahan, pembangunan dan pertumbuhan tidak boleh berlaku tanpa adanya nilai muhibbah

dalam konteks masyarakat rencam Malaysia. 48. Perpaduan adalah milik bersama. Ia tidak boleh

dikompromi. Walaupun pasaran bebas global mencipta kepentingan ekonomi sehingga

mempengaruhi setiap kelompok etnik dan kelas dalam stratifikasi masyarakat, peraturan lisan

hubungan etnik tidak perlu diubah termasuk hubungan pemimpin dan masyarakat; masyarakat

dengan masyarakat berlainan latar belakang; dan lebih daripada itu walau berbeza keturunan,

kepercayaan, gender dan fahaman politik sekalipun, konflik mesti dielak dan kedamaian perlu

Page 22: Menurut Md

dipelihara berlandaskan kepada hukum/Perlembagaan yang sudah diwartakan. 49. Kelas menengah

dan atasan boleh menentukan arah negara tetapi ini tidak bermakna kestabilan dan keadaan yang

aman boleh dikorban. Demokrasi yang sejahtera nilainya dan stabil bergantung kepada jurang antara

etnik dan dalam sesuatu etnik. Aktivitas perubahan tidak boleh diberi laluan akibat dorongan nafsu

kekuasaan. Hukum harus dihormati dalam perjalanan pembentukan masyarakat sivil agar hak dan

tanggungjawab dialas bersama. 7 50. Demografi dan geografi negara ini adalah kekuatan kepada

perancangan masa depan. Kepelbagaian adalah harta pusaka yang tidak ada tolok bandingnya yang

boleh dijual-beli. Ia tidak boleh didagangkan hanya kerana nafsu pangkat dan kedudukan. Masing-

masing boleh menyumbang kepada kekuatan dan bukan mencari kelemahan kerana

kebergantungan kepada luar untuk meresap masuk boleh mengancam pembinaan sebuah negara-

bangsa yang dicemburui ramai sehingga ke hari ini. 51. Pelbagai wajah sebenarnya menyumbang

kepada pencapaian tanahair. Penyatuan perlu dengan sifat kepunyaan agar kita bangga sebagai

seorang warga. Berprinsipkan seorang yang berjiwa Malaysia, fasih berbahasa Malaysia dan

menjunjung keluhuran Perlembagaan, tanah air tidak boleh diikat dengan sentimen yang boleh

meroboh bumbung bersama di bawah satu keluarga yang ada jiwa berkompromi dan berkorban

tanpa menyoal siapa dahulu perlu lakukannya ataupun siapa bertanggungjawab melakukannya. 52.

Destinasi hubungan etnik tidak ada penghujungnya. Ia adalah satu perjalanan dan setiap kita ada

kekuatan dan kelemahan. Sandaran utama adalah bagaimana meroboh benteng-benteng pemisah

agar jambatan kekuatan mendukung kelemahan tidak berputus ikatan jambatan ini hanya kerana

perbezaan yang boleh diatasi jika diketepikan kepentingan peribadi dan memberi laluan kepada

kepentingan bersama. 53. Jangan disoal perpaduan milik siapa kerana masing-masing ada

tanggungjawab walau sebagai seorang kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah, individu sekolah

menengah mahupun mahasiswa; dewasa yang bekerja sebaik tukang kebun, penganggur, pekerja

kilang, ahli sukan, guru, pembersih, peneroka, pengajar, penjual roti, kontraktor, ajen insuran,

jurujual, pensyarah, ahli perniagaan, ulamak, eksekutif syarikat, doktor, peguam, remaja, tua,

pemimpin, penghulu, polis, pentadbir, tentera, pembesar dan sesiapa sahaja; perpaduan tidak ada

nilai permintaan dan penawaran jutawan ataupun bangsawan, yang ada hanya kesungguhan untuk

memastikan ia tidak digadai demi masa depan generasi akan datang. 54. Keikhlasan dan kejujuran

menjadi teras kekuatan pemilikan perpaduan negara ini. Pengisian ke atas pembentukan identiti

nasional penting agar ia tidak menjadi taruhan untuk curigai amanah sebagai seorang warga. 55.

Pemilikan perpaduan bukan sekadar dilihat pada basahan bibir tetapi dipamer melalui amalan dan

praktis sebagai contoh berterusan warisan ketamadunan dalam persekitaran baru tanpa mengubah

asas kemuafakatan terbina dari kedayaupayaan kesinambungan yang wujud dalam Perlembagaan.

56. Merekacipta semangat pemilikan perpaduan terasnya adalah tanpa sama sekali mengenepikan

Page 23: Menurut Md

tradisi jiwa etniknya kerana ia lahir dalam dirinya; waktu yang sama menjadi orang Malaysia, hati

nuraninya Malaysia dan memperkasakan kepentingan bersama berjiwakan Malaysia dengan tidak

mengancam keselamatan menyeluruh yang terbina atau menggadaikan kekebalan kedaulatan

Malaysia kerana tidak berselera menjadi orang Malaysia bertopengkan budaya luar akibat dakyah 8

pihak tertentu dipinjam dari amalan individualistik dan materialistik. Anasir ini tidak boleh dibiarkan

begitu sahaja seperti perumpamaan ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, lebih

baik negeri sendiri kerana kita adalah pembekal dan pemilik perpaduan sebenar kepada negara ini.

57. Walaupun banyak cabaran sudah dilalui ke atas isu perpaduan, Malaysia masih diiktiraf sebagai

negara yang aman. Dokumen yang menentukan masa depan perpaduan adalah Perlembagaan baik

secara idealis mahupun realisnya. Isu berkaitan dengan kewarganegaraan, kebebasan beragama,

berkaitan dengan pendidikan, bahasa, budaya, politik akomodasi, hak istimewa kepada Sabah dan

Sarawak, amalan pentadbiran, semuanya termaktub dalam Perlembagaan. 58. Tolak-ansur dan

penerimaan menjadi kekuatan Perlembagaan ini. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Profesor Shad

– ‘the spirit that animates the Constitution is one of moderation, compassion and compromise’. 59.

Sebagai kesimpulan, ketika fajar menyinsing tatkala kita menjejaki tahun 2020, apakah kita mampu

melahirkan bangsa Malaysia dengan pendefinasiannya merujuk kepada seorang yang bangga

menjadi warga Malaysia, fasih berbahasa Melayu dan menjunjung ketertinggian Perlembagaan

sebagaimana yang dikonseptualisasikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Tahun 2020 akan melihat individu yang menghuni negara maju dan terkelompok dalam negara kelas

pertama. Waktu yang sama yang mahu dilihat adalah masyarakat kelas satu, yang ada ilmu,

kebolehan dan kemahiran yang kesemuanya diselaputi oleh nilai karakter mulia yang berpusatkan

bukan sahaja nilai moral tetapi nilai patriotisme dan nasionalisme yang mencakupi 3 nilai besar

untuk menjadi bangsa Malaysia termasuk memastikan Perlembagaan tidak akan dikompromi. 60.

Mempertahan hak pelbagai etnik menjadi tanggungjawab bersama sebagaimana tanggungjawab ke

atas Perlembagaan Negara 61. Kemuafakatan perlu dipraktis; fahami nilai perkongsian; tasamuh,

ukhwah, fitrah kenal-mengenal penting; Perbezaan pandangan, pendapat dan kepercayaan

ditangani secara berhemah; bermoral dan bermusyawarah 62. Membina hubungan etnik yang kukuh

memakan masa; mempertahankannya getir; meruntuhkannya tidak akan memakan masa yang

lama? 63. Keluhuran Perlembagaan memastikan kedaulatan negara terpelihara; membina bangsa

yang makmur dan sejahtera 64. Setiap etnik berperanan memelihara kesejahteraan masyarakat;

PELENGKAP Wawasan 2020 a. memerlukan kompromi dan kerjasama serta menerima perbezaan b.

aspirasi pada Perlembagaan dan Rukunegara 9 c. menanam nilai kemanusiaan d. strategi membina

keyakinan menyeluruh perlu e. kesedaran, pemahaman dan penerapan 65. Setiap individu perlu

mencari titik keseimbangan bersama demi masa depan generasi akan datang. 66. Kejayaan

Page 24: Menurut Md

memahami perpaduan dalam Perlembagaan bergantung kepada kekuatan setiap individu dalam

negara ini yang mahu melihat negara ini terus makmur, maju dan rukun termasuk pemimpin;

melahirkan generasi yang mahu keamanan, kesejahteraan dan muhibbah.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu kejuruteraan sosial (social engineering) yang digubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah. Dalam proses tersebut, kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara dalam pendapatan, gunatenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. la bertindak sebagai satu dasar kejuruteraan sosial untuk memperbaiki ketidakseimbangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dalam usaha merealisasikan matlamat 'serampang dua mata dalam DEB,pelbagai rancangan dan pembangunan diimplimentasikan oleh kerajaan ke arah melahirkan golongan usahawan di kalangan  bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan 'Malay middle class' setanding dengan masyarakat bukan Melayu yang telah lama menguasai sektor perdagangan dan perindustrian negara. Hal  ini penring dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan perpaduan  kaum dari sudut ekonomi dan sekali gus mengurangkan jurang  ekonomi antara kaum.

DEB dan matlamatnya adalah berasaskan kepada prinsip perpaduan negara. Ini jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diperjelaskan lagi dalam Rukunegara iaitu satu ideologi negara yang telah diterima secara sepakat dalam Majlis Perundingan Negara - sebuah badan yang diwakili oleh pelbagai kumpulan masyarakat yang ditubuhkan berikutan rusuhan kaum pada tahun 1969. la bertujuan membincangkan masalah-masalah perpaduan negara serta mencari jalan ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu padu. Rukunegara, yang menekankan penghayatan bersama objektif-objektif dan nilai-nilai murni negara oleh semua rakyat, juga menetapkan prinsip-prinsip asas untuk membimbing rakyat dan negara ke arah tanggungjawab membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, adil dari segi ekonomi dan sosial, liberal dan bersatu padu.

DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama. Tempoh 20 tahun dijadikan tempoh perancangan DEB dalam mencapai matlamat menjelang tahun 1990 (Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie (1994). Berikut merupakan rancangan pembangunan yang telah diadakan sejak selepas kemerdekaan dicapai:

Page 25: Menurut Md

             [1] 1956-1960Rancangan Malaya Pertama             [2J 1961-1965Rancangan Malaya Kedua            [3] 1966-1970Rancangan Malaysia Pertama

                        [4] 1971-1975Rancangan Malaysia Kedua                         [5] 1976-1980Rancangan Malaysia Ketiga

            [6] 1981-1985Rancangan Malaysia Keempat                         [7] 1986-1990Rancangan Malaysia Kelima                         [8] 1991-1995Rancangan Malaysia Keenam                         [9] 1991-1995Rancangan Malaysia Ketujuh

3.4       Membasmi KemiskinanMenurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang,perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar besar. Inilah antara sebab kebanyakan penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang Melayu pula adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris. Begitu juga dengan pasukan polis dan angkatan tentera di mana orang  bukan Melayu tidak tertarik untuk menyertainya.

Just Faaland (1991) diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga  dilakukan oleh golongan perdagangan dan industri yang dikawal oleh  orang bukan Melayu dan dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk. Dalam bidang perniagaan, bank Inggeris dan bank Cina enggan melayan orang Melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai. Dalam bidang pekerjaan swasta pula, orang  Melayu disekat oleh keatamaan dan halangan suku kaum, bahasa dan budaya. Pekerjaan di bandar yang bukan merupakan jawatan kerajaan seperti pekerjaan buruh kasar yang paling rendah sahaja ditawarkan kepada orang Melayu . Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam susunan ekonomi dan sosial namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri berundur jauh dari pekan dan pusat bandar.Hal ini menyebabkan orang Melayu mula berasa bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang.Kemiskinan adalah salah satu sebab utama yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Keadaan kemiskinan terdapat di semua kawasan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar dan melibatkan semua kumpulan tanpa mengira kaum.

Menurut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) oleh sebab kemiskinan boleh menghancurkan perpaduan negara, maka pembasmian kemiskinan tanpa

Page 26: Menurut Md

mengira kaum merupakan matlamat DEB Dalam Rancangan Malaysia Ketiga dinyatakan bahawa punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan yang produktif. Ini telah mengakibatkan berlakunya pengangguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. Kemiskinan di kampung pula berpunca daripada tanah yang tidak subur, tidak sesuai dan kekurangan kaedah cara moden.Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk  membasmi kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawitdan kelapa,nelayan dan pekerja ladang.

            Antara usaha yang dijalankan adalah:(a)       Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam

pekerjaan produktiviti rendah sama ada di bandar dan luar bandar dengan memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah dan modal yang perlu untuk membasmi pengangguran.

(b) Mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk  mengurangkan paras    pengangguran dan seterusnya mencapai  tingkat gunatenga penuh.

(c)       Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan etnik

(d)       Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup  golongan miskin di luar bandar dan bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan rekreasi.

(e)       Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindustrian negara.

(f)       Menstruktur pola guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum (Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991).

3.4       Penyusunan Semula MasyarakatSalah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya.

Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991) dasar ini bertujuan untuk memecahbelahkan kaum yang terdapat di Tanah Melayu bagi tujuan untuk

Page 27: Menurut Md

menguatkan dan mengekalkan pemerintahan mereka. Dasar ini telah membahagikan kaum di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing dan ditempatkan di kawasan yang berlainan. Interaksi antara kaum amat terhad. Sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi, orang Melayu telah sedar tentang kedudukan ekonomi mereka dan telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kaum Cina yang dibenarkan oleh kerajaan menguasai ekonomi luar bandar dengan mengavval pengangkutan luar bandar dan pengilangan beras dan .Beberapa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Menurut Tengku Anuar (1991) usaha-usaha yang dijalankan serentak dengan program-program membasmi kemiskinan terutama sekali di kawasan luar bandar dan Bandar.Program menyusun semula masyarakat dalam tempoh DEB telah dirangka seperti berikut:

(a)       Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar bandar;

(b)       Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi, supaya guna tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini;

(c)        Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.

(b)       Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk;

(d)       Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi, mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.

Menurut Ishak b Saat (2005) dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia mengatakan kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat Malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. Walau bagaimanapun, matlamat DEB untuk orang Melayu mencapai 30% pemilikan ekuiti selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 1990 tidak tercapai sepenuhnya. Peratusan ini turun naik sekitar 20% sahaja. Bahkan pada tahun 2002, pegangan ekuiti orang Melayu hanya berjumlah 18.7%. Apabila dipecahkan hanya segelintir sahaja menjadi hak milik pemodal Melayu atau bumiputera.Berhubung dengan penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti bumiputera

Page 28: Menurut Md

dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat.

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Dalam penentuan pemilikan ekuiti oleh bukan bumiputera, bahagian bagi keturunan India akan diberi perhatian. Memandangkan syarikat bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka perlulah mempelbagaikan kegiatan dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi terutama sektor pembuatan, perkhidmatan dan runcit. Persekitaran yang boleh membantu mereka akan diwujudkan, termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan. Di samping itu, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan bumiputera di peringkat korporat.

3.5       Dasar Ekonomi Baru Penting Ke Arab Perpaduan Kaum Dari Aspek EkonomiSebenarnya, pihak kerajaan telah menjangka keciciran ekonomi Melayu jika sebarang tindakan tidak dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Tindakan yang diambil o!eh kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas Mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkompromi di dalam politik yang akhirnya telah mendorong kepada pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah;

1.    Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program -program yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti.Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebih  tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah.

2. Menurut Ahmad Idris (1988) penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti Bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat Industri dan Komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.

Dasar-dasar yang dirangka dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan mencerminkan komitmen serta kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat Melayu yang bersedia ke arah membentuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan kegiatan keusahawanan.

Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) relevannya, DEB yang mempunyai agenda 'serampang dua mata' bukan setakat menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang pentingnya ia menandakan satu titik permulaan baru

Page 29: Menurut Md

orang-orang Melayu mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian serta kegiatan keusahawanan. Hakikatnya, konsep keusahawanan telah wujud sejak dua ratus tahun dahulu dan ia lebih tertumpu di Britain dan Jepun. Pada awalnya,usahawan telah diwakiii oleh golongan saudagar yang dianggap kelas bawahan tetapi akhirnya ia berubah kepada satu golongan yang berpengaruh berteraskan industri dan komersil. Oleh hal demikian, untuk memajukan satu masyarakat yang berteraskan industri dan komersil, pengertian konsep keusahawanan adalah satu syarat mutlak

Dalam menyusuri sejarah perkembangan usahawan Melayu dapat dirumuskan bahawa pencapaian mereka adalah kurang berjaya. Keadaan ini sekali gus mencerminkan kegagalan untuk mencapai 30% sasaran penguasaan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian di kawasan kajian sebagaimana yang dicatatkan dalam Rancangan-rancangan Malaysia. Secara makronya; pengwujudan 30% Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam Rancangan-rancangan Malaysia hanyalah sekadar teori kerana sepanjangtempohpelaksanaan DEB (1970-1990) masih menggambarkan bahawa pencapaian penyertaan orang-orang Melayu dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih berada di tahap yang kurang membanggakan. Keadaan ini membawa kepada permasalahan pencapaian pemilikan modal antara syarikat-syarikat bumiputera Melayu dan bukan Melayu khususnya syarikat milik Cina.

Apa yang menjadi persoalan adalah pemilikan modal Cina telah meningkat selepas tamatnya DEB pada tahun 1990 sebaliknya sasaran kerajaan untuk memiliki 30% pemilikan saham tidak kesampaian walaupun bantuan, galakan dan insentif kerajaan lebih menjurus kepada usahawan Melayu.

Ditinjau pada dimensi yang lain pula, orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang rancak digiatkan sejajar dengan usaha kerajaan merealisasikan matlamat mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dalam DEB mahupun DPN. Meninjau kepada perspektii kegagalan pencapaian pengusaha-pengusaha kaum bumiputera

Melayu, antara yang dominan adalah kurangnya komitmen mewujudkan satu budaya niaga (business culture) di kalangan orang-orang Melayu. la secara tidak langsung menyumbang ke arah iinplikasi yang negatif dalam usaha membentuk satu MPBB yang berwibawa. Program untuk membangunkan MPPB lebih memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ramai usahawan bumiputera yang berdikari, yang berdaya tahan dan yang bertaraf dunia yang mampu bersaing secara berkesan dalam perniagaan tempatan dan antarabangsa. Usahawan bumiputera perlu menerap nilai dan etika perniagaan yang baik supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdikari.

Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) bagi memajukan lebih ramai usahawan bumiputera, program pembangunan vendor dan francais sedia ada akan diperkukuh serta diperluaskan.Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-90), kerajaan memberi tumpuan utama dalam memajukan profesion

Page 30: Menurut Md

bumiputera terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan. Di samping itu, usaha peningkatan kerjaya profesional diperhebatkan serta meletakkan profesion usahawan sebagai kerjaya yang mencabar dan menguntungkan.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi menggantikan DEB pada tahun 1990 yang pada asasnya meneruskan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil yang cuba dicapai sejak DEB. Sementara DPN pula menetapkan 'Pembangunan Seimbang' sebagai falsafah pembangunan dengan menekankan pencapaian matlamat-matlamat pertumbuhan, pengagihan, pembangunan mapan dan pertumbuhan sektor-sektor utama seperti perindustrian, pertanian dan perkhidmatan. Strategi DPN secara terperinci terangkum dalam rancanganpembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Menurut Supian Ali & Mohd. Zainudin Saleh (1994) Pelancaran Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) (1996-2000) menunjukkan bahawa ekonomi negara memasukifasa kedua selepas Rangka Rancangan Malaysia Keenam (RME) 1991-1995, maka penyediaan RMT adalah berasaskan kejayaan pelaksanaan RME dan bertujuan untuk membawa negara ke abad ke-21 dengan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, teras pembangunan dalam tempoh RMT adalah berlandaskan konsep pembangunan seimbang sebagaimana yang termaktub dalam pembentukan DPN. la memberi perhatian khusus terhadap dasar dan strategi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan di samping mencari hasil pertumbuhan ekonomi negara untuk diagihkan secara saksama di kalangan rakyat semua kaum, negeri, bandar dan luar bandar. Berdasarkan matlamat tersebut, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM162.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan keseluruhan sektor awam bagi tempoh 1996-2000. Hakikatnya, masyarakat Melayu telah lama mengenal perubahan dari segi sejarahnya hasil dari pertemuan dengan unsur kebudayaan, ekonomi, agama, penjajahan mahupun kemerdekaan.

Menerusi perspektif tersebut, masyarakat Melayu kini mula terasa bahawa mereka ketinggalan berbanding negara-negara yang mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan berada di peringkat pemodenan yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup mereka. Hasil dari keinsafan ini beberapa iangkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengubah nasib orang Melayu dengan melaksanakan DEB mahupun rancangan- rancangan pembangunan Malaysia. Sepanjang pelaksanaan DEB, secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan sosioekonomi orang Melayu. Antara faktor yang menentukan aliran ini adalah perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.Di samping itu, terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam pelaksanaan DEB iaitu lahirnya golongan Melayu menengah.

Page 31: Menurut Md

Kedudukan mereka dianggap 'istimewa' sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. Mereka mengambil bahagian yang cergas dalam bidang perniagaan dan perusahaan serta menikmati kemudahan yang diberikan seperti lesen dan pinjaman perniagaan.

Golongan menengah Melayu secara kumpulannya, meningkat dari segi kenaikan pangkat dan pendapatan yang cepat. Sebagai wakil kaum Melayu mereka ini sedang mengalami proses konsolidasi untuk mempertahankan dan memperbaiki kedudukan mereka secara persendirian mahupun secara kumpulan. Perkembangan ini mewujudkan kuasa kewangan di kalangan mereka dan ia dapat menentukan pendidikan generasi masa hadapan.

Menurut Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) sementara golongan Melayu ini berperanan di dalam perniagaan dan perusahaan, pada penghujung tahun 60-an, bandar-bandar besar Malaysia mula membangun dan aliran pembangunan yang pesat mula dikesan. Tidak lama selepas pelancaran DEB, bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur telah menghadapi 'property boom' dan menarik ramai golongan Melayu di bandar terhadap peluang kekayaan melalui pemilikan dan spekulasi tanah bandar. Apakah keadaan ini dapat melahirkan golongan usahawan di kalangan orang-orang Melayu berpandukan kelebihan pemilikan tanah atau mereka hanya berfungsi sebagai masyarakat 'statik' dengan memberi laluan kepada kaum asing mengembangkan perekonomian negara? Oleh hal demikian, masyarakat Melayu menonjolkan diri dalam bidang keusahawanan serta membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian seterusnya memenuhi matlamat DEB yakni menyusun semula masyarakat. Antara rancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) lalah mewujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggunjawabkan untuk mencapai matlamat mempertingkatkan kedudukan kaum Melayu dari segi kedudukan ekonomi.

Tugas pertama MARA ialah memberikan pendidikan dan latihan, bantuan teknik dan kewangan, menubuhkan perusahaan baru dan memberi khidmat pengurusan. Kedua, MARA berperanan aktif dalam projek perniagaan dan perindustrian secara bersendirian atau usahasama dengan modal tempatan dan asing. Penyertaan ini bertujuan untuk memindahkan hak milik kepada golongan usahawan Melayu.Rasionalnya; pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat pemerintah untuk melahirkan golongan usahawan Melayu dan menjamin agar ekonomi Melayu cidak ketinggalan. Menurut  Anuwar Ali &C Rajah Rasiah, 1996: 82, kejayaan DEB dan usaha membangunkan ekonomi Melayu sebenarnya bergantung penuh pada bangsa Melayu itu sendiri.

Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) tegasnya, orang-orang Melayu tidak seharusnya menggunakan 'hak-hak istimewa' Melayu berlandaskan undang-undang mahupun akta-akta yang memihak kepada bangsa Melayu sehingga tidak mampu mengembangkan potensi ekonomi. Kebanyakan kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Melayu masih menggambarkan jurang yang besar. Umpamanya; daripada bilangan lesen yang dikeluarkan pada tahun 1976, hanya

Page 32: Menurut Md

14.9% dimiliki oleh kaum bumiputera. Kelebihan yang diberikan oleh kerajaan harus digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu yang ingin mempertingkatkan graf pencapaian dalam perekonomian setanding dengan kaum-kaum asing di negara ini.

Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB dapat menyusun semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu dalam kegiatan ekonomi moden yang bertapak di bandar dan ia meningkat dalam sektor ekonomi moden seperti perkilangan dan perkhidmatan di bandar. Penyertaan golongan pemodal Melayu dalam sektor perindustrian amat kurang, kerana sebelum tahun 1957 pihak penjajah tidak memberikan sebarang sokongan institusi yang berkesan kepada orang Melayu untuk bergiat dalam perniagaan apatah lagi dalam sektor perindustrian.

Apa yang wujud hanyalah perniagaan dan perindustrian bersifat kecil-kecilan dan tidak mampu melahirkan golongan usahawan Melayu yang bersifat korporat.Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dengan harapan dapat menambah penyertaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Dari aspek perindustrian, strategi terpenting adalah meningkatkan peranan IKS terutama melahirkan golongan usahawan Melayu yang benar-benar tulen dan dinamis.

Sejajar dengan itu, beberapa kementerian terutamanya Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Awara menyokong pengembangan industri kecil-kecilan terutama yang ditubuhkan oleh pemodal Melayu mahupun bumiputera. Kegiatan mereka merangkumi berbagai-bagai bidang, antaranya bantuan kewangan, teknologi,perkhidmatan dan pengurusan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digubal memberikan tumpuan kepada pembentukan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Menurut Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3, 1992: 251, DPN menjelaskan bahawa pemilikan ekuiti tidak mencukupi untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Oleh hal demikian, penekanan perlu dialihkan kepada penyusunan semula dan segi gunatenaga dan pengurusan.. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah orangorang Melayu masih menghadapi masalah yang agak kritikal dalam usaha menempatkan diri mereka dalam kelompok usahawan yang berjaya. Perubahan paradigma ke arah mewujudkan satu MPPB akan memberi nafas baru kepada orang-orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka serta memberi sumbangan positif ke arah pembangunan negara.