menjaga kebersihan sekolah

8
OBJEKTIF: 1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria 2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing. 3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam kelas 4. Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas 5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan. 6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah. Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah -Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. -Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. -Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat kejayaan. -Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. -Supaya harta sekolah berada dalam keadaan selamat dan baik. Cara-cara menjaga harta sekolah -Sentiasa menggunakan segala peralatan yang terdapat di sekolah dengan baik dan cermat. -Menjaga dan menyayangi harta sekolah

Upload: jarrad-mann

Post on 11-Nov-2015

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

OBJEKTIF:1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing.3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam kelas4. Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan.6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah.Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah-Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.-Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.-Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat kejayaan.-Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. -Supaya harta sekolah berada dalam keadaan selamat dan baik.Cara-cara menjaga harta sekolah-Sentiasa menggunakan segala peralatan yang terdapat di sekolah dengan baik dan cermat. -Menjaga dan menyayangi harta sekolah seperti menjaga harta kita sendiri.-Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dengan baik, di tempat asalnya dan selamat.-Melaporkan kepada guru atau kepada pihak pentadbir sekolah jika terdapat mana-mana kerosakan di sekolah.-Sentiasa menjaga kebersihan dalam kawasan sekolah seperti tandas, kantin, surau tempat berehat dan kawasan-kawasan lain.-Tidak melakukan pembaziran terhadap penggunaan air dan elektrik kerana ini dapat menjimatkan wang sekolah dalam urusan pembayaran bil bulanan.-Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. -Mengadakan gotong-royong dalam membersihkan kawasan sekolah seperti mencuci cermin tingkap kelas, membasuh tandas, membersihkan kawasan laman sekolah dan memperbaiki kerosakan peralatan sekolah.-Selalu menjaga dan menceriakan kelas dan juga persekitaran sekolah.-Mengadakan pertandingan kelas tercantik dan ceria juga dapat membantu membina semangat yang ada di kalangan para pelajar dalam usaha menjaga harta sekolah.

Kebaikan menjaga harta benda sekolah-Menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan boleh menarik minat para pelajar.-Dapat menjimatkan wang kerajaan dalam usaha membiayai peralatan sekolah yang banyak serta dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi.-Para pelajar dapat belajar dengan baik, tekun, rajin dan dalam keadaan selesa dan suasana yang ceria.-Proses pembelajaran akan menjadi lebih baik dan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta dapat membantu meningkatkan prestasi dan kejayaan pelajar.-Supaya keadaan persekitaran sekolah akan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan menarik, sekali gus memudahkan pihak pengurusan sekolah menjalankan tugas mereka.-Pelajar akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah. Ini kerana jika peralatan dijaga dengan baik, peralatan tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.-Kurangnya masalah dan tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada para guru pelajar jika semua harta benda sekolah dijaga dengan baik, cermat dan selamat.-Sebagai tanda bersyukur di atas segala kemudahan yang telah disediakan.-Pelajar akan di sayangi guru jika dapat menjaga kawasan sekolah dan harta benda sekolah dengan baik.-Pelajar akan lebih bersemangat untuk menghadirkan diri ke sekolah.

Pelbagai kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik:-Persekitaran sekolah tidak cantik, busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus. -Persekitaran sekolah yang kotor akan membuatkan pelajar dan semua warga sekolah berasa tidak selesa dan menyusahkan pelajar itu sendiri.-Menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada pihak pengurusan sekolah.-Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran seterusnya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tidak dapat dijalankan dengan baik.-Merugikan wang negara kerana banyak membelanjakan ke arah pembaikan harta benda sekolah yang rosak akibat tidak dijaga dengan baik.-Melahirkan para pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas peralatan sekolah dan seterusnya harta awam.-Jika peralatan sekolah rosak, segala aktiviti sekolah juga akan turut terjejas dan tidak dapat berjalan seperti yang dirancangkan atau dengan lancar.-Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda sekolah.

Sebab-sebab berlakunya kerosakan harta benda sekolah-Pelajar berasa kurang berminat untuk belajar.-Kurangnya pendidikan agama dan moral di kalangan pelajar.-Pelajar tidak mempunyai rasa tanggungjawab ke atas harta benda sekolah.-Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.-Tidak menyayangi dan menganggap harta benda sekolah sebagai harta benda sendiri.

Cara-cara mendidik pelajar supaya bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah-Menyedarkan para pelajar tentang tanggungjawab menjaga harta benda sekolah. -Memberitahu kepada pelajar kesan-kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik.-Melatih pelajar supaya menyayangi sesuatu perkara seperti menyayangi harta sendiri.-Jika ada pelajar telah melakukan kerosakan peralatan sekolah, pelajar berkenaan wajib menggantikannya kepada pihak sekolah.-Memberi amaran dengan membuat peraturan kepada pelajar bahawa tindakan disiplin akan diambil kepada mereka yang melakukan kerosakan harta sekolah.Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah.Sekolah juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak.Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita.Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.

Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah.Sampah-sampah yang diuruskan dengan sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah.Melalui ini,tumpuan pelajar-pelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu dengan lebih berkesan.Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka dengan menyuruh murid membersihkan kelas.Secara tidak langsung,sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.

Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan nama sekolah.Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat luar.Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan.Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kawasan setiap masa.

Di samping itu,pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika kawasan sekolah bersih selalu.Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampahyang boleh bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggiyang dapat membahayakan nyawa anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya.Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancamkesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.

Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamt.Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah kebersihan.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan.Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan.Melalui ini,pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim,nescaya kekotoran dan sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.