meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. - teleflex.com · dan kualiti kehidupan. ......

16
Meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

Upload: ngodat

Post on 03-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

  • 1

    Mesej video dari Benson Smith, Pengerusi

    Teleflex merupakan pembekal global bagi peranti perubatan khusus yang membantu meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. Kami mendukung inovasi yang dipacu matlamat usaha yang tidak kenal penat lelah untuk mengenal pasti keperluan klinikal yang masih belum dipenuhi dengan cara yang memberi manfaat kepada pesakit, pembekal dan masyarakat. Kami merupakan sebuah syarikat yang pesat berkembang dan membawa kelainan.

    Kami dihubungkan melalui perkongsian tujuan dan nilai-nilai. Tanpa mengira lokasi, jawatan atau bahasa pertuturan, para pekerja kami mempunyai pemahaman yang sepakat bahawa apa yang kami lakukan setiap hari memberi kesan kepada kehidupan orang lain.

    Pertumbuhan, Budaya, Insan dan Kerjaya, inilah The Teleflex Advantage.

    Sekiranya anda mengalami masalah untuk menonton video ini, sila pergi ke pautan ini. https://vimeo.com/248216765/03cc783ef0

  • 2

    Pertumbuhan ialah legasi kami Industri peranti perubatan global yang dinamik

    Jenama unggul yang dikenali dan dipercayai oleh para klinisian

    Budaya berkembang melalui perkongsian visi dan nilai-nilai Meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan

    Menghayati kepercayaan, semangat keusahawanan dan seronok

    Insan ialah nadi kegiatan kami Rakan sekerja yang berbakat komited untuk mencapai kecemerlangan

    Rakan kongsi yang dipercayai oleh para klinikal perubatan dan pesakit yang mereka rawati

    Kerjaya boleh melonjak jauh di Teleflex Kerja yang menarik dan mencabar, dimana anda boleh membawa kelainan

    Peluang untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan

    Halaman 6

    Halaman 3

    Halaman 9

    Halaman 11

  • 3

    Pertumbuhan ialah legasi kami

    Saya sudah lama menyedari bahawa produk kami dalam genggaman profesional para pelanggan kami benar-benar membawa kelainan dari aspek penjagaan kesihatan pesakit. Produk Teleflex membantu menyelamatkan beribu-ribu nyawa setiap hari dan perkara itu sangat membawa kepuasan. Enrique Grande, Sepanyol

  • 4

    Pertumbuhan ialah legasi kami

    Siapa kami Teleflex bermula lebih daripada 70 tahun lalu dengan suatu produk yang ringkas kabel heliks berbilang lembar dan gear yang dapat menukar gerakan tolak-tarik menjadi gerakan putaran. Dari sudut sejarah, ia merupakan sebuah syarikat yang berkepelbagaian dengan operasi global yang memberikan perkhidmatan kepada pasaran perubatan, aeroangkasa dan industri. Dalam dua dekad kebelakangan ini, kami telah menukar portfolio kami menjadi sebuah syarikat teknologi perubatan yang sejati.

    Perniagaan kami telah berkembang melalui pengambilalihan dan perilaku kami mencerminkan orang dan idea yang terbaik daripada syarikat-syarikat tersebut dan diserlahkan lagi dengan gelombang semangat keusahawanan dan kerjasama yang tekal dan tinggi yang memacu kejayaan kami.

    Global Operations facility in Kulim, Malaysia

    Teleflex original push-pull cable

    4

  • 5

    Pertumbuhan ialah legasi kami

    Teleflex pada hari ini Menerajui kedudukan pasaran dengan jenama global yang

    mantap Mempunyai kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pasaran

    penjagaan kesihatan global yang semakin berkembang Ibu pejabat syarikat: Wayne, Pennsylvania Lebih daripada 11,000 orang pekerja di seluruh dunia Lebih daripada 70 kemudahan jualan dan pengilangan Menyokong pembekal penjagaan kesihatan dalam 150 buah

    negara

  • 6

    Semangat keusahawanan tertanam dalam apa jua yang kami lakukan. Para doktor yang menjadi pengasas jenama kami telah menghasilkan produk yang berjaya bertahan selama 100 tahun mereka menjiwai semangat keusahawanan itu. Jorge Perez, AS

    Budaya berkembang melalui perkongsian visi dan nilai-nilai

    Teleflex Global Operations facility in Salt Lake City, UT: From Left: Zung Bui, Phuong Cao, Lucy Dinh

  • 7

    Pasukan kami di Itali sangat pelbagai, dengan pemasaran, logistik,

    QA, pentadbiran dan HR, dan apa yang saya sedari ialah setiap kali kami

    meminta kerjasama daripada orang lain kami sentiasa sedia membantu.

    Mereka sentiasa berada di sana untuk membantu kerana kami bekerja ke

    arah matlamat yang sama. Sergio del Rosso, Itali

    Visi Teleflex Menjadi pembekal global yang sangat dipercayai dan inovatif bagi peranti perubatan yang relevan dari segi klinikal

    Para pekerja Teleflex komited terhadap kecemerlangan. Kamilah rakan kongsi yang dipercayai oleh para klinisian dan pesakit yang kami rawati. Sebagai ahli pasukan, setiap satu daripada peranan kami penting bagi mencapai kejayaan.

    Pemimpin Teleflex bersikap aktif dan kehadiran mereka jelas dirasai di tempat kerja. Mereka menyokong komunikasi terbuka dan kerjasama agar idea terbaik dapat dikongsi untuk manfaat semua.

    Rakan-rakan sekerja merentasi perniagaan, wilayah dan fungsi tidak pernah lupa bahawa terdapat pesakit yang menerima hasil kerja kami dan pengetahuan itu mendorong kami untuk bertindak.

    7

  • 8

    Budaya berkembang melalui perkongsian visi dan nilai-nilai

    Nilai Teras Kami merupakan sebuah syarikat yang berkembang maju berdasarkan perkongsian nilai-nilai dengan insan menjadi nadi kegiatan kami. Dengan bekerja bersama-sama, nilai-nilai ini membolehkan kami menghasilkan produk dan perkhidmatan yang cemerlang yang benar-benar membawa kelainan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia.

    Jadikannya Menyeronokkan Bersikap bekerjasama dan mesra

    Menunjukkan penghargaan

    Jadikan tempat kerja anda sebuah

    tempat yang lebih baik

    Membina Kepercayaan Bersikap jujur dan ikhlas

    Memaklumkan, bertanya dan

    mendengar

    Bersikap menyokong dan boleh

    dipercayai

    Semangat Keusahawanan Menjadi kreatif, mengambil risiko dan

    menggunakan inisiatif

    Memulakan perubahan dan inovasi

    Memikul kewajipan dan bertanggungjawabSE

    MAN

    GAT

    KEUS

    AH

    AWAN

    AN

    ORANG

    JADIKANNYA MENYERO

    NOKKAN

    MEMBINA KEPERCAYAAN

  • 9

    Orang sangat mesra saya berasa dialu-alukan dan diterima dengan baik sebagai kakitangan baharu Rakan-rakan sekerja mudah berkongsi pengetahuan. Apabila seseorang itu lebih kuat dalam program tertentu, kami bersedia membantu satu sama lain. Chrisen Sim, Singapura

    Insan ialah nadi kegiatan kami

  • 10

    Insan ialah nadi kegiatan kami

    Mexico

    29.49%

    AS

    28.59%

    Czech

    12.72%

    Malaysia

    7.70%

    Jerman

    5.76%

    Jumlah Keseluruhan Pekerja

    5 yang Teratas

    11,000 + Jumlah Keseluruhan Pekerja

    43% lelaki

    57% perempuan

  • 11

    Dari sudut pandangan kerjaya, memandang tiga hingga lima tahun ke hadapan, tahap peluang yang kami miliki adalah sangat besar. Saya rasa bersyukur berada dalam kedudukan saya, kerana saya rasa saya boleh membawa kelainan. Upvan Narang, AS

    Kerjaya boleh melonjak jauh di Teleflex

  • 12

    Nur Adlina binti Abdullah, Pengurus Operasi, Kulim, Malaysia telah bekerja dalam industri peranti perubatan selama lebih daripada 25 tahun dan telah bekerja dengan LMA selama tiga tahun sebelum menjadi sebahagian daripada Teleflex.

    Didorong oleh cabaran kerjaya, setelah peranan awal dalam penggajian dan penjadualan, beliau beralih kepada IT dan kemudian operasi, berkhidmat dalam peranan perancangan, logistik dan perkhidmatan pelanggan.

    Nur Adlina terus mengembangkan potensi beliau. Beliau telah melengkapkan sarjana MBA beliau pada tahun ini dan kini terbuka kepada kemungkinan baharu.

    Saya tidak pernah berfikir peranan inilah kerjaya saya Jika diberi peluang melakukan sesuatu yang baharu, saya akan merebutnya, kata beliau.

    Nico Voulgarakis, Pengurus Negara, Benelux, Republik Czech dan Slovakia menyertai Teleflex pada tahun 1999. Kerjaya beliau ialah bukti ketangkasan pembelajaran dan inisiatif peribadi beliau.

    Daripada peranan awal dalam pembelian, Nico beralih kepada jualan dan pemasaran, mara menjadi ketua jualan dan pemasaran bagi wilayah Benelux.

    Sementara itu, beliau memperoleh ijazah sarjana muda pemasaran dengan bantuan Teleflex.

    Nico telah menyaksikan pertumbuhan kerjaya yang serupa bagi rakan-rakan sekerja yang bersedia untuk mencuba peranan baharu.

    Teleflex memberi anda peluang tetapi akhirnya terletak di tangan anda sendiri untuk menjayakannya, ujar beliau.

    Franciso Camacho, Pengurus Kejuruteraan, Nuevo Laredo, Mexico merupakan salah seorang kakitangan yang mula-mula diambil bekerja di kilang itu pada tahun 2004. Setelah beberapa tahun berlalu, skop peranan beliau telah berkembang dan hari ini beliau menguruskan keseluruhan jabatan kejuruteraan di kilang tersebut.

    Bos saya telah menjadi faktor utama kejayaan saya dalam mempelajari tanggungjawab baharu dan latihan yang telah saya lalui, terutamanya Tali Pinggang Hitam Six Sigma yang merupakan suatu yang penting, kata beliau.

    Francisco kini sedang mengikuti MBA dalam bidang kewangan dan berhasrat untuk terus menyumbangkan bakat beliau di Teleflex.

    Saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan saya berharap akan dapat terus berkembang, katanya.

  • 13

    Harry Green, Pengurus Akaun Utama, Raleigh, AS telah memikul beberapa peranan sepanjang kerjaya enam tahun beliau dengan Teleflex dan kerap dipilih untuk tugasan khas.

    Daripada Perkhidmatan Pelanggan kepada Pemajakan sehinggalah kepada peranan terkini beliau menguruskan perhubungan dengan pengedar utama, Harry telah banyak belajar tentang perniagaan kami sepanjang perjalanan itu dan telah menggunakan pembelajaran itu dalam setiap peranan beliau yang baharu.

    Saya telah melalui banyak pengalaman di Teleflex dan itu telah menjadi sebahagian besar daripada kejayaan saya, kata beliau. Saya menghargai pengalaman itu kerana ia telah membantu saya berkembang.

    Erin Burbules, Akauntan Kanan, Wayne, AS telah membawa perspektif yang segar daripada seorang pekerja baharu kepada pasukan beliau. Apabila menyertai pasukan kewangan pada tahun ini, beliau berkata Saya melihat Teleflex sebagai sebuah syarikat yang cukup besar untuk membantu saya berkembang tetapi cukup kecil sehingga anda dapat melihat sumbangan sehari-hari anda.

    Erin telah membawa kelainan di tempat kerja baharu beliau dari mula lagi sebagai sebahagian daripada pasukan yang diberikan tugas melaksanakan sistem perisian perakaunan yang baharu.

    Beliau juga telah menyumbang kepada jadikannya menyeronokkan di ibu pejabat syarikat, mengetuai kumpulan aktiviti pekerja yang merancang usaha komuniti dan acara sosial.

    Rashid Anjum, Jualan Pembedahan, AS telah berhijrah ke AS dari Pakistan pada tahun 1994. RA telah bekerja di stesen minyak sambil mempelajari bahasa dan budaya AS. Beliau telah menamatkan pengajian di kolej sambil membuat dua jenis pekerjaan dan menetapkan sasaran kerjaya beliau pada industri peranti perubatan.

    Sejak menyertai Teleflex pada tahun 2009 sebagai wakil jualan pembedahan, RA telah meraih kejayaan dengan pantas dan berjaya memperoleh pelbagai kepujian jualan. Beliau telah mara ke peranan yang lebih tinggi dan berhasrat untuk terus berkembang.

    Kesegeraan, menghormati pelanggan, keghairahan untuk berjaya, kesediaan untuk belajar dan etika kerja telah mencorakkan diri saya seperti hari ini, kata beliau. Saya mempunyai visi yang jelas tentang hala tuju syarikat dan saya sangat berpuas hati kerana saya bukan setakat mempunyai pekerjaan di Teleflex, saya mempunyai kerjaya.

  • 14

    Terima kasih kepada para pekerja berikut (dan ramai lagi) yang telah menyumbang wawasan mereka kepada laporan ini.

    Amanda Webb Regulatory Affairs, USA

    Charlotte Norwood Marketing, UK

    Bill SchaalSales, USA

    Duntee Silver Sales Operations, USA

    Brian BeardsleyMarketing, USA

    Alice Fan Marketing, USA

    Cynthia Neill Accounts Payable, USA

    Backjoon Sung Sales and Marketing, South Korea

  • 1515

    Produk kami benar-benar membawa kelainan. Ia menyelamatkan nyawa. Sebagai sebuah syarikat, setiap pekerja membawa kelainan. Kekuatan Teleflex terikat secara langsung dengan perkembangan insankami. Cam Hicks, Naib Presiden, Sumber Manusia Global

    Teleflex | 550 E. Swedesford Road | Wayne, PA 19087 | USA www.teleflex.com

    Teleflex is a registered trademark of Teleflex Incorporated or its affiliates. Teleflex Incorporated. All rights reserved.

    Go to next page 2: Button 11: Go to previous page: Page 2: Page 3: Page 4: Page 5: Page 6: Page 7: Page 8: Page 9: Page 10: Page 11: Page 12: Page 13: Page 14: Page 15:

    Go to next page: Page 2: Page 3: Page 4: Page 5: Page 6: Page 7: Page 8: Page 9: Page 10: Page 11: Page 12: Page 13: Page 14: Page 15:

    First Page: Page 2: Page 3: Page 4: Page 5: Page 6: Page 7: Page 8: Page 9: Page 10: Page 11: Page 12: Page 13: Page 14: Page 15:

    Button 10: Page 2: Page 3: Page 4: Page 5: Page 6: Page 7: Page 8: Page 9: Page 10: Page 11: Page 12: Page 13: Page 14: Page 15:

    Page 3: Page 6: Page 9: Page 11: Go to previous page 2: Page 16:

    First Page 2: Page 16: