jahitan dan langkah menjahit

40
JELUJUR TANDA Cara-cara menjahit jelujur tanda ialah: i. Pertama, mulakan jahitan dengan dua lembar benang di jarum dan jahitkan satu mata jahitan melalui bentuk kertas dan dua lapik fabrik jahitan. ii. Patah balik jahitan ke belakang tetapi jangan tarik benang tegang- tegang. iii. Tinggalkan satu gelung dan cucukkan jarum itu keluar ke pola kertas dan tinggalkan kira-kira 3 cm benang sebelum dipotong. iv. Tanggalkan pola kertas v. Asingkan fabrik dan jangan biarkan benang hujung tertanggal, kemudian potong benang itu. vi. Jika garisan-garisan pola perlu ditanda rapat-rapat di antara satu sama lain, jahitkan bersama, satu sama jahitan lepas satu mata jahitan, dengan cukup benang di antara mata-mata jahitan itu sebelum dipotong tiap-tiap jahitan tanda itu supaya tidak membuang masa. vii. Contohnya seperti berikut :-

Upload: strawberimadu

Post on 04-Sep-2015

735 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

seewing

TRANSCRIPT

JELUJUR TANDA

Cara-cara menjahit jelujur tanda ialah:i. Pertama, mulakan jahitan dengan dua lembar benang di jarum dan jahitkan satu mata jahitan melalui bentuk kertas dan dua lapik fabrik jahitan.ii. Patah balik jahitan ke belakang tetapi jangan tarik benang tegang-tegang.iii. Tinggalkan satu gelung dan cucukkan jarum itu keluar ke pola kertas dan tinggalkan kira-kira 3 cm benang sebelum dipotong.iv. Tanggalkan pola kertasv. Asingkan fabrik dan jangan biarkan benang hujung tertanggal, kemudian potong benang itu.vi. Jika garisan-garisan pola perlu ditanda rapat-rapat di antara satu sama lain, jahitkan bersama, satu sama jahitan lepas satu mata jahitan, dengan cukup benang di antara mata-mata jahitan itu sebelum dipotong tiap-tiap jahitan tanda itu supaya tidak membuang masa.vii. Contohnya seperti berikut :-

JAHIT JELUJUR KASAR ATAU SAMA

Cara-cara menjahit jelujur kasar atau sama ialah:i. Mulakan jahitan dengan jahitan kia di sebelah kanan dalam kain.ii. Jahitan jelujur perlu dimulakan dari kanan dan dimatikan di sebelah kiri.iii. Cucukkan jarum pada kain dan keluarkannya pada jarak 1cm.iv. Jarak jahitan adalah lebih besar iaitu kurang 1 cm saiznya.v. Teruskan jahitan sehingga habis.vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia. vii. Kegunaan jelujur sama atau kasar : Jelujur sama atau kasar merupakan salah satu contoh jahitan asas. Jahitan jenis ini digunakan untuk menetapkankedudukankelepet kocek, kelim dan bahagian kain yang melengkung atau berkedut. Jahitan ini senang dicabut.viii. Contohnya seperti berikut :-

JELUJUR TAK SAMA

Cara-cara menjahit jelujur tak sama ialah:i. Pertama, mulakan jahitan dengan jahitan kia.ii. Jahitan ini dimulakan dari kanan ke kiri.iii. Jahit panjang jelujur kira-kira 1 cm pada kedua-dua belah mata jahitan.iv. Jarakkan antara dua jahitan kira-kira 0.5 cm.v. Teruskan jahitan hingga habis.vi. Matikan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-

JELUJUR PANJANG PENDEK

Cara-cara menjahit jelujur panjang pendek ialah:i. Mulakan jahitan dengan mata jahitan kia.ii. Jahitan ini dijahit dari kanan ke kiri.iii. Pastikan jahitan dijahit dnegan dua mata jahitan kira-kira 0.5 cm panjang sekaligus.iv. Kemudian satu mata jahitan pendek kira-kira 1 cm.v. Teruskan jahitan sehingga habis.vi. Matikan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-

JELUJUR TEGAK ATAU SERONG

Cara-cara menjahit jelujur tegak atau serong ialah:1. Pertama, mulakan jahitan dengan jahitan kia dari sebelah kanan dan dimatikan pada sebelah kiri.2. Jahitan perlu dimulakan dari atas ke bawah.3. Pastikan kedudukan jarum sentiasa berada dalam keadaan menegak.4. Mata jahitan di hadapan akan kelihatan serong manakala di belakang adalah melintang.5. Teruskan jahitan sehingga habis.6. Matikan jahitan dengan jahitan kia.7. Contohnya seperti berikut :-

JAHITAN MESIN

Cara-cara menjahit jahitan mesin ialah :

i. Jahitan dibuat menggunakan mesin industri.ii. Jahitan ini dijahit untuk membuat empat jenis bentuk dan garisan seperti : Garis lurus Segi empat Segi tiga Bulataniii. Bentuk dan garisan yang sama dibuat di atas kertas menggunakan mesin tradisional tanpa menggunakan benang.iv. Langkah yang pertama ialah melakar bentuk atau garisan yang akan dijahit.v. Setiap lakaran dijahit.vi. Contohnya seperti berikut:-

JELUJUR HALUS

Cara-cara menjahit jelujur halus ialah:i. Pertama, mulakan jahitan dengan jahitan kia dari sebelah kanan kain.ii. Jahitan perlu dimulakan dari kanan dan dimatikan di sebelah kiri.iii. Cucuk jarum pada kain dan keluarkan selepas 3 mm atau 4 mm.iv. Jarak jahitan adalah lebih halus berbanding jelujur yang lain iaitu lebih kurang 3-5 mmv. Teruskan jahitan sehingga habis.vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-

JAHITAN KIA

Cara-cara menjahit jahitan kia ialah:i. Jahitan ini dimulakan dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus.ii. Jarak mata jahitannya ialah 3-5 mm.iii. Jahitan pertamanya adalah seperti jahitan jelujur halus.iv. Kemudian, jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.v. Ulangkan mata-mata jahitan ini tetapi tentukan sudut tiap-tiap mata jahitan di sebelah dalam akan bertindih pada arah yang sama seperti jahitan batang.vi. Contohnya seperti berikut :-

JAHITAN LILIT UBI

Cara-cara menjahit jahitan lilit ubi ialah:i. Jahitan ini dimulakan dari kanan ke kiri.ii. Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira-kira 1 cm benang di antara lipatan.iii. Apabila menjahit mata jarum hendaklah menegak dan diarahkan kepada penjahit.iv. Mata jahitan hendaklah dijahit rapat dan halus.v. Jahit sehingga habis.vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-

JAHITAN LILIT KEMAS

Cara-cara menjahit jahitan lilit kemas ialah:i. Mulakan dengan 2 atau 3 mata jahit jelujur halus.ii. Cara menjahitnya sama dengan jahit lilit ubi tetapi ia dari kiri ke kanan.iii. Jarum condong sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit.iv. Jahitan ini halus dan mesti 0.3 cm daripada tepi kain serta jaraknya 0.3 cm di antara jahitan. v. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke kiri.vi. Contohnya seperti berikut:-

JAHITAN SILANG PANGKAH

Cara-cara menjahit jahitan silang pangkah ialah:1. Jahitan ini dimulakan dengan jahitan kia ke atas sedikit lipatan daripada tempat yang sudah berjerumbai.2. Mulakan jahitan dari kiri ke kanan fabrik.3. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik di bawah tepi berjerumbai.4. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahitan kia yang telah dibuat.5. Jahit mata jahitan berikut pada dua lapisan fabrik dan di atas hujung mata jahitan sembat yang pertama.6. Ulangi jelujur halus dengan cara ini berselang seli dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.7. Contohnya seperti berikut:-

JAHITAN INSANG PARI

Cara-cara menjahit jahitan insang pari ialah:i. Pertama, jahitan dimulakan dengan jelujur halus menegak di sebelah kiri.ii. Cucuk jarum menegak ke arah penjahit.iii. Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.iv. Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak di kanan mata jahitan terakhir.v. Contohnya seperti berikut:-

JAHIT LUBANG BUTANG

Cara-cara menjahit lubang butang ialah:i. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada sebelah kiri.ii. Cucuk jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.iii. Kemudian tarik kedua-dua lembar benang daripada mata jarum dan gelungkan benang itu di bawah jarum sebelum jarum itu ditarik ke hadapan.iv. Lebar jahitan adalah selebar 4 urat benang kain yang digunakan dan jarak antara jahitan ialah setebal benang menjahit. Tiap-tiap mata jahitan ditamatkan dengan satu simpul.v. Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak ke sebelah kanan mata jahitan lubang butang yang akhir berdekatan dengannya.vi. Digunakan untuk menjahit lubang butang menjahit butang katup butang cangkuk jahitan sulaman.vii. Contohnya seperti berikut:-

JAHITAN SEMBAT

Cara-cara menjahit sembat ialah:i. Jahitan dimulakan dari kanan ke kiri di sebelah dalam fabrik dengan jahitan kia.ii. ulakan dengan mencucuk jarum menerusi lipatan dari kanan ke kiri dan tarik semula jarum atas lipatan.iii. Selitkan pangkal benang ke dalam lipataniv. Condongkan jarum ke sudut 30o ke sebelah kiri dan ambil beberapa urat benang daripada selapis fabrik dan bawa beberapa urat benang di atas lipatan.v. Teruskan hingga ke hujung dan patah balik semula kepada beberapa mata jahitan ke belakang untuk mematikan.vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut :-

JAHITAN SEMBAT SUSUP

Cara-cara menjahit jahitan sembat susup:i. Jahitan ini dimulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri di sebelah dalam fabrik.ii. Masukkan jarum menerusi lipatan dan jahit satu atau dua urat benang dan selapis fabrik di bawahnya.iii. Kembalikan jarum ke tempat permulaan di lipatan dan susupkan jarum ke dalam lipatan itu dari kanan ke kiri.iv. Ulangi jahitan itu hingga ke hujung kerja, kemudian masukkan jarum ke dalam lipatan dan potong benang.v. Jarak di antara satu mata jahitan dengan yang lain adalah 6 mm.vi. Matikan jahitan dengan jahitan kia.vii. Contohnya seperti berikut:-

JELUJUR HALUS BERLILITi. Letakkan selembar benang atau reben halus sebagai rekaan sulaman tangan.ii. Jahitan ini sering digunakan untuk membuat dedahan pokok bunga atau permukaan;iii. Benang yang pertama dijahit jelujur sampai hujung.iv. Selepas itu, benang yang ke dua dimasukkan ke dalam benang jelujur tadi atau dililitkan.v. Contohnya seperti berikut:-

JAHIT SUSUP JELUJURi. Letakkan selembar benang atau reben halus sebagai rekaan sulaman tangan.ii. Jahitan ini sering digunakan untuk membuat dedahan pokok bunga atau permukaan;iii. Benang yang pertama dijahit jelujur sampai hujung.iv. Selepas itu, benang yang ke dua dimasukkan ke dalam benang jelujur tadi atau dililitkan.Contohnya seperti berikut :-

JAHIT PEKINIS i. Jahitan dimulakan dengan jahit jelujur sehingga akhir.ii. Selepas itu, satu benang lagi digunakan untuk dililitkan diantara jahitan jelujur tadi.iii. Benang dililit secara membulat melalui jahitan jelujur tadi.iv. Ulang lilitan sehingga akhir. v. Contohnya seperti berikut :-

JAHITAN SUJI BILANGi. Dijahitdengancaramengiring kearah sama.ii. Pastikan ia tidak menarik benang pertama semasa hendak disilangkan.iii. Contohnya seperti berikut :-

JAHIT BULU AYAMi. Sama saja dengan cara sulaman fly yang diaturkan secara barisan.ii. Dari 1 benang keluar di 2, masuk ke 3 dan 4 dengan diakhiri di 5.iii. Ia terbentuk seolah dahan halus. Boleh dibentukkan dedaun atau kelopak bungaiv. Contohnya seperti berikut:-

JAHIT SILANG PANGKAH

i. Dijahit dari kiri ke kanan.ii. Jarum dibawa keluar melalui nombor 1.iii. Ambil jahitan pendek dari nombor 2 ke 3 dan kemudian dari nombor 4 ke 5 sehingga selesai menjahit.iv. Jahitan ini perlu dipastikan agar ruangan lebar di antara persilangan tersebut perlu sama.v. Contohnya seperti berikut :-

JAHIT RANTAIi. Jahitan ini dimulakan dari kanan ke kiri.ii. Bawa jarum ke bahagian luar atau depan kain. iii. Masukkan jarum di mana benang dikeluarkan tadi.iv. Buat jahitan pendek dan perlu memastikan benang sentiasa diletakkan di bawah jarum untuk membentuk loop gelung.v. Contohnya seperti berikut :-

JAHIT BATANGi. Cucuk jarum di 1 dan tarik dan tarik benang ke atas.ii. Masukkan pula jarum di 2 dan susup keluar jarumdi 3.iii. Tarik benang keluar dan ulang langkah seterusnya.iv. Jarak dari 1-3 adalah sama dengan 3-2.v. Contohnya seperti berikut :-

JAHIT TULANG IKANi. Variasi dari sulaman straightii. Dimulakan dari kiri dan bergilir-gilir.iii. Ditamatkan setiap jahitan dengan secara melintang pada sebelah dedauniv. Amat sesuai bagi sulaman daun.v. Contohnya seperti berikut :-

JAHIT KUKU KAMBINGi. Bentuk sulaman ini seperti Y atau V.ii. Dari 1 benang keluar di 2iii. Kemudian masukkan ke 3 dengan diakhirkan di 4iv. Ia terbentuk seolah olah dahan halus dan terpulang kepada citarasa tersendiri.v. Contohnya seperti berikut:-

JAHIT SIMPUL PERANCIS

i. Susupkan jarum dari bawah 1 fabrik keluar di 2, lebihan benang dililit-lilitkan keatas 6 kali. ii. Masukkan kembali jarum kedalam fabrik untuk mematikan benang.iii. Contohnya seperti berikut:-

JAHIT PADUi. Sulaman ini amat sesuai bagi membentuk dedaunan.ii. Pastikan anda melukis garisan luarnya sebelum memulakan sulaman supaya ia kelihatan serupa dengan lain.iii. Pastikan ia di sulam rapat.iv. Contohnya seperti berikut:-

JAHITAN MANIK DAN LABUCI

1) MANIK

i. Jahit manik hanya menggunakan cara jelujur untuk menyambungkan manik-manik menjadi sesuatu bentuk yang dikehendaki.ii. Manik boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik pada pakaian atau membuat beberapa jenis yang lain.iii. Ini adalah bentuk umum dari perhiasan untuk kaum perempuan dan boleh dibuat dengan cara yang berbeza sesuai dengan keperibadian.iv. Dalam mencorakkan jahitan manik, sebenarnya ia memerlukan kreativiti seseorang penyulam mengkombinasikan manik-manik berdasarkan bentuk, saiz dan warna.v. Ada yang menggunakan warna yang sama dalam menghias jahitan manik tetapi mengambil pendekatan dengan menggunakan bentuk dan saiz yang berbeza-beza.vi. Manik Beras, Rice Beads dan Manik Padi sesuai bagi semua jahitan manik mengikut kesesuaian.vii. Selalunya corak yang dijahit menggunakan manik ini ialah seperti bunga kekwa, teratai dan banyak lagi.viii. Terdapat beberapa saiz dan warna manik.ix. Jenis glass dan kaca adalah yang paling terbaik dan lebih berkilat berbanding ABS yang diperbuat dari plastik dan kurang berkilat.

2) LABUCI

a. Jahitan untuk labuci pula menggunakan cara jelujur untuk menyatukan labuci-labuci menjadi bentuk yang dikehendaki, contohnya bentuk bunga.b. Bagi labuci pula, terdapat dalam macam-macam banyak warna, saiz dan bentuk seperti bentuk bunga, bulat, bentuk segitigadan sebagainya.

MENJAHIT BUTANG KATUP1. Kegunaan Jahitan Butang Katup :

i.Ia digunakan pada belah pakaian di bahagian leher dan lengan baju.ii.Dibuat daripada logam

2. Cara-cara menjahit butang katup:

i. Mulakan jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.ii. Cucuk jarum melalui bawah butang dan keluarkan jarum pada lubang butang.iii. Lakukan jahitan insang pari empat kali setiap lubang.iv. Ulang sehingga semua lubang telah dijahit.v. Matikan jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.vi. Untuk menjahit bahagian conet dan soket, langkah-langkahnya adalah sama.vii. Contoh butang katup :-

MENJAHIT CANGKUK DAN MATA

Cara-cara menjahit cangkuk dan mata:i. Mulakan jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.ii. Cucuk jarum pada satu daripada lubang mata.iii. Gunakan jahitan insang pari dan jahit mengelilingi lubang mata empat hingga lima kali.iv. Cucuk jarum melalui kain dan keluar dari lubang mata yang kedua.v. Matikan jahitan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain.vi. Ulangi langkah menjahit palang untuk menjahit cangkuk.vii. Contoh cangkuk dan mata :-

MENJAHIT CANGKUK DAN PALANG

Cara-cara menjahit cangkuk dan palang:i. Mulakan dengan jahitan kia.ii. Jahit jahitan lilit kemas / jahitan lurus 4-5 kaliiii. Matikan dengan jahitan kia.

iv.Mulakan jahitan dengan jahitan kia.v. Masukkan jarum pada satu dari pada lubang pada palang.vi. Jahitan jahitan lilit kemas 4-5 kali.vii. Susup jarum ke lubang kedua pada palang.viii. Teruskan proses menjahit sehingga siap.ix. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

BUTANG DAN LUBANG BUTANG

Cara-cara menjahit lubang butang:

i. Cara membuat lubang butang ialah jarak antara garis lipatan dengan garis tengah hadapan harus sekurang-kurangnya daripada diameter butang.ii. Tandakan kedudukan lubang butang melintang yang selari dengan garis lipatan dari garis tengah hadapan menghala ke sebelah kiri pakaian dengan jarum peniti.iii. Ukuran lubang butang adalah sama dengan ukuran diameter butang ditambah 3mm.iv. Jarak lubang butang mestilah sama di antara satu sama lain.v. Semat dan jelujur kedua-dua belah lubang butang dengan jelujur halus.vi. Cara menggunting lubang butang pula ialah lipatkan kain belah pakaian dan snipkan satu lubang kecil pada lubang butang dengan hujung gunting.vii. Letakkan sebatang jarum peniti di atas butang.viii. Cucukkan jarum jahitan ke lubang butang kedua menerusi fabrik.ix. Ulangi proses jahitan ini sehingga butang dijahit dengan kukuh.x. Kelurkan jarum peniti. xi. Lilitkan benang di sekeliling tangkai atau kakinya.xii. Cucukkan jarum pada pangkal jahitan dan keluarkan dari belakang fabrik.xiii. Matikan jahitan dengan jahitan kia atau jahitan ulat-ulat. (jahitan insang pari padajahitan

BUTANG DAN RUMAH BUTANG BERSIRAT

1) Cara-cara menjahit butang bersirat :

i. Mulakan dengan jahitan kia.ii. Jahit dari kiri kekanan sebanyak 4 hingga 5 kali cucuk tepi butang.iii. Lilit 4 atau 5 kali pada sekeliling benang untuk menjadikan tangkal atau kakinya.iv. Cucuk jarum pada pangkal sebelah dalam.v. Jahit ulat-ulat ( insang pari pada jahitan lurus butang di sebelah dalam kain untuk menenguhkan jahitan.

2) Cara-cara menjahit rumah butang bersirat:

i. Sediakan empat lembar benang dengan panjang yang sesuai.ii. Jahitkan pada kain denganbentukmelengkungdanmatikan.iii. Kemudian, lilitkan benang tersebut dengan menggunakan teknik jahitan insang pari.

BELAH BERZIPCara-cara menjahit belah berzip :I. Susup jahitan mesin di pangkal belah. II. Buka dan tekan kelim sama rata.

III. Semat dan jelujurkan zip rapat pada tepi lipatan bahagian belakang belah sampai ke hujungnya. IV. Atas zip diletak di garisan pemadan (G.P).

V. Temu, semat dan jelujur tepi belah bahagian hadapan. VI. Pastikan ia bertindih sedikit pada tepi bahagian belakang.

VII. Mesin kan zip rapat di tepi belah belakang, melintang di bawah dan terus mesin 1 cm lebarnya ke atas dengan penekan zip.

VIII. Cabut jelujur IX. Jahit ulat-ulat pada pangkal zip dengan jahit silang pangkah pada pita zip di sebelah dalam. Tekan.

KELIM PAPAN MESIN

Cara-cara menjahit kelim papan mesin:i. Temukan dua keping fabrik sebelah dalam secara berhadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan tanda dengan menggunakan kapur.iii. Jahit pada ukuran yang telah dibuat.iv. Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang sehingga 2 cm.v. Gunting basi jahitan kelim pada bahagian hadapan sehingga 0.5 cm.vi. Lipat bahagian yang lebih panjang ke bahagian yang pendek.vii. Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan.viii. Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang fabrik.ix. Mesin rapat dengan lipatan.x. Contohnya seperti berikut :-

KELIM PAPAN TANGAN

Cara-cara menjahit kelim papan tangan:i. Temukan dua keping fabrik sebelah dalam secara berhadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan tanda dengan menggunakan kapur.iii. Jahit pada ukuran yang telah dibuat.iv. Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang sehingga 2 cm.v. Gunting basi jahitan kelim pada bahagian hadapan sehingga 0.5 cm.vi. Lipat bahagian yang lebih panjang ke bahagian yang pendek.vii. Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan.viii. Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang fabrik.ix. Jahit lipatan dengan menggunakan jahitan semat.

KELIM BELAH KANGKUNG

Cara-cara menjahit kelim belah kangkung:i. Temukan 2 fabrik dengan sebelah luar berhadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan tanda dengan menggunakan kapur.iii. Jahit mesin pada ukuran yang telah ditanda.iv. Buka kelim dan tekan bukannya.v. Kemaskan kelim belah kangkung dengan menjahitnya menggunakan jahitan insang pari.vi. Contohnya jahitan seperti berikut :-

KELIM BETAWI

Cara-cara menjahit kelim betawi:i. Temukan dua keping fabrik dengan sebelah dalam hadapan.ii. Ukur sebanyak 3.5 cm dan tanda dengan menggunakan kapur.iii. Jahit pada ukuran yang telah dibuat.iv. Gunting lebar basi sehingga 2.5 cm.v. Balikkan ke sebelah dalam dan tekan bukaan basi kelim.vi. Balikkan ke sebelah luar dan lipat mengikut garisan mesin.vii. Tolakkan kelim ke atas untuk mengelakkan kelim dari beralur.viii. Jahit lebih kurang 0.6 cm dari jahitan yang pertama.ix. Contohnya:-

BELAH BERZIPLangkah 1 Jelujur di garisan pemadan Mesin di garisan pemadan hingga 10 cm sebelum panjang belah. Terbalikkan ke sebelah dalam dan kemaskan tepi kelim.

Langkah 2 Letakkan zip yang terbuka, S.L. zip bertemu S.L. pakaian dengan gigi zip di garisan pemadan. Semat dan jelujur. Dengan menggunakan tapak zip invisible, acu tapak di atas gigi zip dan jahit mesin.

Langkah 3 Buat seperti langkah 2 di sebelah lagi. Pastikan pita zip adalah di atas basi kelim.

Langkah 4 Tutupkan zip. Dengan menggunakan tapak zip biasa, dan letakkan di sebelah kiri jarum mesin. Semat dan jelujur kelim di sepanjang garisan pemadan yang belum dijahit. Masukkan jarum ke hujung jahitan dan jahit hingga bertemu dengan jahitan yang terakhir. Kukuhkan benang. Tapak zip biasaBasi kelim

BELAH KELEPET SAMA LEBARBelah kelepet sama lebar ialah sejenis belah di mana fabrik di ambil daripada pakaian itu sendiri. Ia adalah belah yang teguh dan ringkas.Langkah 1 Jelujur garis tengah hadapan dan garis lipatan pada badan. Kemaskan tepi lapik. Lipatkan lapik mengikut garis lipatan dengan sebelah luar lapik berhadapan dengan sebelah luar bahagian badan. Jelujur lipatan.

Langkah 2

Jika tidak menggunakan kolar atau lapik Jelujur dan mesin di sepanjang leher. Gunting tepi basi sehingga 6 mm dan snip.

Langkah 3 Sembat tepi bahu bahagian lapik kepada kelim bahu yang telah dijahit di sebelah dalam. Ulang langkah 1-3 untuk bahagian sebelah kiri pakaian.

BELAH SLIT BERLAPIK Belah slit berlapik dibuat di garis tegah hadapan atau belakang atau hujung lengan.Ciri-ciri : Garis belah hendaklah rata Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut Lapik atau fabrik pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar. Tidak ada alur pada cantuman.

Cara-cara menjahit belah slit berlapik:i. Bahagian yang hendak dibuat slit dipotong separuh bulatan. Potong dibahagian bawah separuh bulatan secara menegak.ii. Pada fabrik yang lain, ulangi proses yang sama tetapi lebarkan lebih kurang 10 sm.iii. Lapik dan cantumkan kedua-dua bahagian.iv. Jahit mesin atau jelujur halus pada bahagian leher.v. Terbalikkan jahitan dan kemaskan dengan menggunakan jahitan sembat.

CONTOH GAMBAR SAMPEL BELAH

1) Belah Berzip3) Belah Slit Berlapik

2) Belah Kelepet Sama Lebar