meningkatkan kadar perahan minyak oer 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf ·...

33
MANUAL PROSEDUR KERJA NKEA : EPP 4 MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % TAHUN 2020 MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK - OER 2020 19 19.5 20 20.5 21 21.5 22 22.5 23 23.5 OER (%) OER 20.45 20.75 21.05 21.35 21.65 21.9 22.15 22.5 22.75 22.9 23 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB ) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Tarikh: 1 Mac 2011]

Upload: trandung

Post on 31-Jan-2018

306 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

MANUAL PROSEDUR KERJA NKEA : EPP 4

MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 %

TAHUN 2020

MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK - OER 2020

1919.5

2020.5

2121.5

22

22.523

23.5

OER

(%)

OER 20.45 20.75 21.05 21.35 21.65 21.9 22.15 22.5 22.75 22.9 23

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020

Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB )

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

[Tarikh: 1 Mac 2011]

Page 2: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 1 / 32

MANUAL PROSEDUR KERJA

NKEA : EPP 4

Pendahuluan Manual ini disediakan untuk kegunaan Pegawai-pegawai di Bahagian Pelesenan

dan Penguatkuasaan dalam kerja-kerja penguatkuasaan di bawah Program EPP 4 –

Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER). Bagi memperjelaskan tugas Penolong

Pegawai Penguatkuasa (NKEA), Pegawai Penguatkuasa, Pegawai Penyelia dan

Jawatankuasa NKEA-EPP4 supaya program penguatkuasaan ini dapat berjalan

secara terancang dan berkesan.

Latarbelakang

Industri sawit telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu sumber ekonomi

yang berkeupayaan untuk menjana tambahan kepada pendapatan negara ke arah

ekonomi berpendapatan tinggi dengan pendapatan berkapita mencecah RM48,000

pada tahun 2020. Pendapatan daripada sektor kelapa sawit dijangka mencecah

RM178 bilion dimana sumbangan daripada EPP4 dianggarkan sebanyak RM13.7

bilion dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan.

EPP4 – Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER)

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah diberi mandat untuk menjalankan

program meningkatkan kadar perahan minyak (OER) kepada 23% menjelang tahun

2020. Pada tahun 2011 sasaran OER nasional adalah 20.75% berbanding 20.45%

pencapaian OER pada tahun 2010.

Page 3: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 2 / 32

Strategi Pelaksanaan EPP4

1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu kilang dengan bantuan Pegawai MPOB 2. Menguatkuasakan penggredan keatas BKS yang diterima berdasarkan

Garispanduan Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB 3. Kilang buah dan peniaga buah dimestikan melantik Penggred yang kompeten

dan diiktiraf oleh MPOB. 4. Harga BKS hendaklah dibayar menurut kualiti BKS diterima. 5. Meningkatkan kecekapan proses mengilang. Pelan Tindakan EPP4 1. Menempatkan seramai 100 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa (NKEA) di

kilang kelapa sawit Kategori A : OER < 20% dan bekalan Luar > 50% 2. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori B1 : Kilang-kilang

FELDA 3. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori B2 : OER > 20% ATAU

bekalan Luar < 50% 4. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori C : 100% bekalan

sendiri 5. Membangunkan sistem pelaporan e-NKEA atau e-reporting, pemantau prestasi

OER akan dipecahkan mengikut kluster, negeri dan wilayah. Skop Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa (NKEA) 1. Penguatkuasaan Larangan Menerima Buah Kelapa Sawit Muda. 2. Audit ke atas Pengiraan OER Kilang Kelapa Sawit. 3. Memberi khidmat nasihat kepada pembekal BKS. 4. Melaporkan pretasi OER harian, bulanan.dan lain-lain maklumat yang

berkaitan melalui e-NKEA. 5. Menjalankan siasatan dan kerja-kerja penguatkuasaan yang diarah dari masa

ke semasa. 6. Membantu kerja-kerja bancian yang dikuatkuasakan oleh MPOB 7. Membantu kerja-kerja pengawasan kehilangan minyak di kilang kelapa sawit. 8. Membantu kerja-kerja pengambilan sampel keluaran kelapa sawit untuk

analisa kualiti.

Page 4: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 3 / 32

AKTIVITI PENGUATKUASAAN DIBAWAH EPP4

1.0 Penguatkuasaan Larangan Menerima Buah Kelapa Sawit Muda Keatas Kilang Kelapa Sawit Kategori A

1.1 Pemeriksaan Stok BKS Di Ramp

1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS Ditolak

1.3 Pemeriksaan Penerimaan BKS Diramp

1.4 Pemeriksaan BKS Muda Yang Diasingkan Untuk Pelupusan

1.5 Pemeriksaan Pelupusan Di Premis Pembekal

2.0 Audit OER Kilang Dan Pembekal BKS Kilang Kelapa Sawit Kategori A

2.1 Audit Ke Atas Pengiraan OER Kilang Sawit

2.2 Mengenalpasti Pembekal Yang Menghantar BKS Muda (5%).

2.3 Pemantauan Alih Hantar BKS Oleh Pembekal

3.0 Peningkatan Kecekapan Pengilangan dan Pengurangan Kadar Kehilangan Minyak Sawit Semasa Pemprosesan

4.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori B1

5.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori B2

6.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori C SINGKATAN : KP Ketua Pengarah TKP Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan PBPP Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan KUP Ketua Unit Penguatkuasaan KW Ketua Wilayah KC Ketua Cawangan PP Pegawai Penguatkuasaan PPPK Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan PPP Penolong Pegawai Penguatkuasa PMP Pembantu Penguatkuasa PL Pemegang Lesen IP Kertas Siasatan OER Kadar Perahan Minyak Sawit BKS Buah Kelapa Sawit

Page 5: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 4 / 32

1. PENGUATKUASAAN LARANGAN MENERIMA BUAH KELAPA SAWIT MUDA KE ATAS KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A

OBJEKTIF Mempastikan kerja-kerja penguatkuasaan larangan menerima buah kelapa sawit muda dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SKOP Penguatkuasaan larangan menerima buah kelapa sawit muda keatas kilang Kategori A: 100 Kilang NKEA <20% OER dan >50% Bekalan Luar

Pegawai Yang

Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP NKEA

1.1 Pemeriksaan stok BKS di ramp - buat pemeriksan pada

longgokan BKS sebelum kilang mula menerima BKS pada awal pagi. § Jika ditemui BKS muda, lengkapkan Borang

Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.

§ Mengumpul bukti kes untuk kesalahan terima/beli BKS muda; gambar-gambar, tiket timbang, maklumat pembekal yang disyaki dan lain-lain yang berkaitan.

§ Dapatkan perakuan daripada Grader atau sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.

§ Asingkan BKS muda dan alih ketempat pelupusan.

§ Lapor hasil pemeriksaan melalui e-NKEA untuk tindakan penguatkuasaan Ketua Wilayah.

Page 6: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 5 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP NKEA 1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS ditolak atau dipulang kepada pembekal melebihi 25 tandan muda (anggaran 500kg). TERHAD KEPADA KILANG YANG TIDAK PUNYAI TAPAK PELUPUSAN SAHAJA. Berdasarkan maklumat daripada Grader kilang:

§ Dapatkan salinan asal Borang Penggredan daripada Grader kilang

§ Pengesahan mengenai kualiti BKS yang ditolak oleh Grader kilang dan anggarkan peratusan BKS muda dalam konsignasi hantaran.

§ Lengkapkan Notis Pelupusan EU-FFB02 meliputi maklumat berikut; Nama pembekal, No. Tiket Timbang, No. Kenderaan, Nama Pemandu, Tarikh, Masa dan tempat pemeriksaan.

§ Mengambil gambar kenderaan dan muatan.

§ Beri salinan pendua kepada pemilik BKS melalui pemandu lori.

§ Hantar 1 salinan asal kepada Ketua Wilayah dan lapor melalui e-NKEA.

PPP NKEA 1.3 Pemeriksaan penerimaan BKS diramp – membuat pemeriksaan selepas BKS selesai digred oleh Penggred Kilang (sebelum buah kelapa sawit dimasuk ke dalam hopper) seperti berikut:

§ Lengkapkan Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03 dengan maklumat berikut:-Nama Pembekal, No. Lori, Bil. BKS muda dan cara pelupusan.

§ Lakukan pemeriksaan semula dan asingkan BKS muda yang dijumpai untuk pelupusan.

§ Lengkapkan Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.

§ Mengumpul bukti kes untuk kesalahan terima/beli BKS muda; antaranya gambar BKS muda dan longgokan, tiket timbang dan lain-lain yang berkaitan.

§ Dapatkan perakuan daripada Grader atau sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.

§ Lapor hasil pemeriksaan melalui e-NKEA untuk tindakan penguatkuasaan Ketua Wilayah.

Page 7: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 6 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP NKEA 1.4 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan (Dilakukan selepas semua kerja pengasingan BKS muda selesai pada setiap hari).

§ Memeriksa BKS muda yang diasingkan oleh kilang

untuk pelupusan.

§ Lengkapkan Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03 dengan maklumat berikut; Nama Pembekal, No. Lori, Bil. BKS muda dan cara pelupusan.

§ Mengambil gambar longgokan BKS muda.

§ Mengira anggaran keseluruhan berat BKS muda untuk pelupusan secara harian.

§ Pastikan BKS muda yang diasingkan dihantar ke tempat pelupusan milik kilang.

§ Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari Jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03 .

§ Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.

§ Melapor melalui e-NKEA secara harian.

PPP WILAYAH

1.5 Pemeriksaan pelupusan di premis pembekal terhadap BKS muda yang dipulangkan untuk dilupuskan. § Berdasarkan laporan Pengawai NKEA dalam Notis

Pelupusan EU-FFB02 dalam sistem e-NKEA buat lawatan keatas premis yang diadu.

§ Dipremis diadu dapatkan salinan Notis Pelupusan EU-FFB02 dari peniaga.

§ Membuat pemeriksaan atas BKS muda yang dipulangkan jika ada.

§ Ambil gambar dan bukti pelupusan.

§ Lengkapkan ruangan tindakan penguatkuasaan pada Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03.

§ Jika BKS muda belum dilupuskan, lakukan tindakan pemeriksaan seperti prosidur yang dinyatakan di para 1.3.

§ Lapor melalui e-NKEA dan ambil tindakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan kesalahan.

Page 8: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 7 / 32

CARTA ALIRAN KERJA PENGUATKUASAAN LARANGAN MENERIMA BUAH KELAPA SAWIT MUDA KEATAS KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A

BKS muda

PPP NKEA Ø Lengkapkan EU- FFB01 Ø Ambil gambar Ø Asingkan BKS muda untuk

pelupusan Ø e-NKEA

Pengred memeriksa konsignasi BKS masuk ke ramp.

Konsignasi diterima

1.1 Pemeriksaan stok BKS di ramp sebelum kilang mula menerima BKS pada awal pagi.

1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS ditolak atau dipulangkan melebihi 25 tandan muda (500kg) kepada pembekal; TERHAD KEPADA KILANG YANG TIDAK PUNYAI TAPAK PELUPUSAN SAHAJA. Berdasarkan maklumat daripada Grader kilang

Ø Lengkapkan EU-FFB02

Ø Ambil gambar

1.3 Pemeriksaan penerimaan BKS diramp – membuat pemeriksaan selepas BKS selesai digred oleh Penggred Kilang

Tidak/ditolak

BKS muda

PPP NKEA Ø Lengkapkan EU-FFB01 Ø Ambil gambar Ø Asingkan BKS muda untuk

pelupusan Ø E-NKEA

Ada

Ada

1.4 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan (Dilakukan selepas semua kerja pengasingan BKS muda selesai pada setiap hari. (PPP NKEA)

Tiada

Ya

Tiada

1.5 Pemeriksaan pelupusan di premis pembekal terhadap BKS muda yang dipulangkan untuk dilupuskan. (PPP Wilayah)

Page 9: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 8 / 32

2. AUDIT KE ATAS PENGIRAAN OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A

2.1 Audit ke atas Pengiraan OER Kilang Sawit

OBJEKTIF Memastikan OER yang dilaporkan kepada MPOB adalah tepat dan menepati kaedah pengiraan yang ditetapkan oleh Lambaga.

SKOP Manual audit keatas pengiraan OER kilang buah sawit pada setiap 1hb.

Pegawai Yang

Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP (NKEA)

Buat pemeriksaan pada setiap 1hb atau dalam apa-apa keadaan sepertimana diarah oleh Ketua Wilayah.

1. Pemeriksaan fizikal stok CPO § Pastikan peralatan pengukuran ; pita pengukur, jangka

suhu berfungsi dan tepat.

§ Menyaksikan dan mengesahkan kerja-kerja pengukuran stok CPO yang dilakukan oleh Pembantu Makmal /pihak kilang di tangki pengeluaran dan simpanan sebelum kilang mula beroperasi.

§ Rekod maklumat pengukuran stok.

2. Pemeriksaan fizikal stok BKS Menyaksi dan mengesahkan kerja-kerja pengiraan stok

BKS diramp, hopper dan cages yang dilakukan oleh Pembantu Makmal /pihak kilang dan rekod maklumat pengiraan.

3. Pemeriksaan Rekod-Rekod § Kuantiti BKS diterima

§ Kuantiti stok awal BKS

§ Kuantiti stok akhir BKS

§ Kuantiti stok awal CPO

§ Kuantiti stok akhir CPO

§ Kuantiti hantaran atau jualan CPO

Page 10: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 9 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

4. Pengiraan OER Pengiraan OER berpandukan maklumat berikut:-

a. Kuantiti BKS diproses

= BKS Terima + Stok Awal – Stok Akhir

b. Kuantiti pengeluaran CPO

= Stok Akhir + Hantaran (pembeli ) – Stok Awal

c. OER (%)

= Kuantiti pengeluaran CPO x 100 %

Kuantiti BKS diproses

Sekiranya OER dicapai meningkat/menurun secara mendadak (±0.5%), buat pengesahan maklumat serta kira semula pengiraan kuantiti stok CPO untuk setiap tangki simpanan, kuantiti minyak di oil room dan purata berat BKS/Cages.

5. Laporan Lapor kepada Ketua Wilayah melalui e-NKEA.

Page 11: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 10 / 32

2.2 Pemantauan Pembekal Yang Menghantar BKS Muda > 5% Kilang Kelapa Sawit Kategori A

OBJEKTIF Mempastikan penguatkuasaan keatas pembekal BKS yang menghantar BKS muda melebihi 5% dapat dilaksakan dengan berkesan.

SKOP Manual penguatkuasaan keatas pembekal BKS yang menghantar BKS muda melebihi 5%.

Pegawai Yang

Meluluskan/dirujuk Proses Kerja

PPP (NKEA)

KW

PPP

(Wilayah)

1. Analisa Maklumat Pembekal BKS Berpandukan kepada rekod penolakan BKS muda oleh

kilang dan borang EU-ST03 yang dikemaskini oleh PPP NKEA. Kenalpasti pembekal yang menghantar BKS yang mengandungi melebihi 5 % BKS muda setiap minggu.

2. Tindakan Pemantauan: § Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal

yang dikenalpasti.

§ Mengeluarkan senarai pembekal yang menghantar BKS yang mengandungi melebihi 5% BKS muda kepada Ketua Wilayah.

3. Arahan Penguatkuasaan Ketua Wilayah mengeluarkan arahan supaya pemeriksaan

Zero Tolerance dilakukan ke atas pembekal. 4. Penguatkuasaan Keatas Pembekal BKS

§ Peniaga BKS (DF) - Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.

§ Estet (ET) - Kenal pasti masalah dan beri khidmat nasihat atau surat amaran.

§ Pekebun Kecil (SH) - Rujuk kepada IRED (TUNAS) untuk khidmat nasihat.

§ Melapor melalui e-NKEA.

Page 12: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 11 / 32

CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PEMBEKAL YANG MENGHANTAR BKS MUDA > 5%

4. Penguatkuasaan keatas pembekal BKS oleh PPP Wilayah § DF - Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan

penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.

§ ET - Kenal pasti masalah dan beri khidmat nasihat atau surat amaran.

§ SH - Rujuk kepada IRED (TUNAS) untuk khidmat nasihat.

§ Melapor melalui e-NKEA.

3. Arahan Penguatkuasaan oleh Ketua Wilayah Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan Zero Tolerance ke atas pembekal.

2. Tindakan Pemantauan PPP NKEA: § Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal

yang dikenalpasti. § Mengeluarkan senarai pembekal yang menghantar buah

kelapa sawit yang mengandungi melebihi 5 % BKS muda kepada Ketua Wilayah.

1. Analisa Maklumat Pembekal BKS oleh PPP NKEA Berpandukan kepada rekod penolakan BKS muda oleh kilang dan borang EU-ST03 yang dikemaskini oleh PPP NKEA. Kenalpasti pembekal yang menghantar BKS yang mengandungi melebihi 5 % BKS muda setiap minggu.

Page 13: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 12 / 32

2.3 Pemantauan dan Penguatkuasaan Alih Hantar BKS Oleh Pembekal

OBJEKTIF Mempastikan penguatkuasaan keatas pembekal alih hantar BKS dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SKOP Manual pemantauan dan penguatkuasaan keatas pembekal yang alih hantar BKS.

Pegawai Yang

Meluluskan/dirujuk Proses Kerja

PPP (NKEA)

KW

PPP

(Wilayah)

1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan

kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya, kenalpasti pembekal berikut:-

§ Pembekal BKS baru

§ Pembekal yang hantarannya meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.

Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk tindakan PPP Wilayah.

2. Tindakan Pemantauan Pantau penerimaan BKS 100% kepada pembekal baru.

3. Tindakan Ketua Wilayah § Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan ke

atas pembekal.

§ Memaklumkan kepada Ketua Wilayah lain untuk tindakan jika BKS dialih hantar ke Wilayah lain atau sebaliknya.

4. Lawatan Penguatkuasaan Membuat pemeriksaan kepada pembekal BKS dan

melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.

Page 14: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 13 / 32

CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN ALIH HANTAR BKS OLEH PEMBEKAL

1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya, kenalpasti pembekal berikut:- • Pembekal BKS baru • Pembekal yang hantarannya meningkat atau menuru

sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.

Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk tindakan PPP Wilayah.

4. Penguatkuasaan keatas pembekal BKS oleh PPP Wilayah § Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan

penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.

§ Lapor melalui e-NKEA

3. Arahan Penguatkuasaan oleh Ketua Wilayah Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan Zero Tolerance ke atas pembekal.

2. Tindakan Pemantauan oleh PPP NKEA Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal yang dikenalpasti.

Page 15: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 14 / 32

3. PENINGKATAN KECEKAPAN PENGILANGAN DAN PENGURANGAN

KADAR KEHILANGAN MINYAK SAWIT SEMASA PEMPROSESAN

OBJEKTIF Meningkatkan kadar perahan minyak sawit (OER) dan kecekapan pengilangan.

SASARAN Memeriksa dan memantau kecekapan pengilangan ke atas kilang Kategori A: 100 Kilang NKEA <20% OER dan >50% Bekalan Luar

Pegawai Yang

Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

1. Pemeriksaan dan pemantauan ke atas stesen yang berpotensi berlaku kehilangan minyak.

a. Stesen kehilangan minyak.

§ Pensterilan - air buangan pensteril

§ Peleraian - tandan kosong

Ø tandan tak lerai

§ Pemerahan - serabut sawit

§ Pemisah enapcemar - air buangan enapcemar

§ Campuran air buangan pensteril dan enapcemar b. Pemantauan kaedah persampelan di setiap stesen

yang berpotensi berlaku kehilangan minyak.

§ Pemeriksaan menggunakan Borang Kecekapan Kilang ME-1.0.

§ Memastikan teknik persampelan adalah seperti di dalam protokol yang diberi.

§ Pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya setiap empat (4) jam (dua (2) kali sehari) sepanjang shif siang.

§ Diperakui oleh pengurus/penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang ME-1.0.

§ Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-1.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.

§ Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.

§ Mengisi maklumat yang diperlukan melalui e-NKEA.

§ Laporan pemeriksaan harian dan bulanan (e-NKEA).

Page 16: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 15 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

c. Mengumpul data kehilangan minyak bagi setiap stesen.

§ Pemeriksaan menggunakan Borang Kecekapan Kilang ME-2.0.

§ Memastikan teknik analisis adalah seperti di dalam protokol yang diberi.

§ Pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya setiap empat (4) jam (dua (2) kali sehari).

§ Diperakui oleh pengurus/penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang ME-2.0.

§ Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-2.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.

§ Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.

§ Melaporkan melalui e-NKEA.

2. Laporan kualiti minyak.

a. Data kualiti minyak yang dihasilkan.

- Asid Lemak Bebas (FFA)

- Indeks Kemerosotan Pelunturan (DOBI)

- Kekotoran (Dirt)

- Kelembapan (Moisture)

§ Pemeriksaan dilakukan pada hari Khamis setiap minggu.

§ Diperakui oleh pengurus / penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Kecekapan Kilang ME-3.0.

§ Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-3.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.

§ Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.

§ Melaporkan melalui e-NKEA.

Page 17: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 16 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

b. Pengambilan minyak dari stesen pengutipan semula.

i) Sampel minyak (Jika ada)

- Minyak dari tandan kosong. - Minyak dari air buangan pensteril. - Minyak dari air buangan enapcemar. - Minyak dari campuran air buangan pensteril dan

enapcemar. - Minyak dari fiber sawit.

ii) Data kualiti minyak dari pengutipan semula.

- Asid Lemak Bebas (FFA) - Indeks Kemerosotan Pelunturan (DOBI) - Kekotoran (Dirt) - Kelembapan (Moisture)

§ Pemeriksaan dilakukan pada hari Khamis setiap

minggu. § Diperakui oleh pengurus/ penolong pengurus

ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Kecekapan Kilang ME-4.0.

§ Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-4.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.

§ Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.

§ Melaporkan melalui e-NKEA. 3. Laporan

Memaklumkan kepada Pengurusan Kilang mengenai kerja-kerja tindakan yang telah diambil.

Page 18: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 17 / 32

4. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B1

OBJEKTIF Meningkatkan OER Kilang-kilang FELDA

SASARAN Kategori B1: Kilang-Kilang FELDA

Pegawai Yang

Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP (Wilayah)

Ketua Wilayah

PPP (Wilayah)

1. Laporan Prestasi OER Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kilang:

§ Prestasi OER bulanan dan tahunan

§ Maklumat pembekal BKS luar dan dalam; Nama Pembekal, kuantiti dan rekod penolakan BKS muda.

§ Kenalpasti pembekal BKS luar yang menghantar BKS muda.

2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama

MPOB / FELDA (Pengerusi bersama oleh Ketua Wilayah / ED FELDA dan MPOB sebagai sekateriat).

a. Keanggotaan terdiri dari Pengurus Besar & Pengurus-

pengurus Kilang. b. TOR

§ Merangka strategi meningkatkan OER. § Menyediakan laporan prestasi OER secara

bulanan. § Melaporkan kepada Pengurusan MPOB dan

FELDA setiap 3 bulan. 3. Pemantauan Penerimaan BKS Memantau penerimaan BKS bulanan berpandukan senarai

penerimaan BKS rujuk maklumat: Nama Pembekal, Bilangan BKS muda dan kaedah pelupusan dan kenalpasti perkara berikut: § Senarai pembekal yang menghantar BKS muda > 5%. § Senarai pembekal BKS baru. § Senarai pembekal yang hantarannya meningkat/

menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.

Page 19: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 18 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PP (Wilayah)

PPP (Wilayah)

PPP (Wilayah)

4. Penguatkuasaan Larangan Penerimaan BKS Muda Sekiranya didapati kilang menerima banyak BKS muda.

§ Lakukan penguatkuasaan buah muda dipremis kilang dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.

§ Buat pemeriksaan di premis pembekal untuk penguatkuasaan larangan menerima BKS muda dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.

§ Pastikan pihak kilang menahan BKS muda untuk pelupusan.

§ Melaporkan kepada Ketua Wilayah dan Lapor melalui e-NKEA.

5. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk

pelupusan. § Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS

kilang.

§ Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.

§ Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/ penolakan BKS kilang.

§ Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.

§ Melapor melalui e-NKEA secara harian.

6. Menyediakan laporan prestasi OER kilang-kilang dalam kluster kepada Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA.

Page 20: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 19 / 32

CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B1

1. Laporan Prestasi OER oleh PPP Wilayah

2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA oleh Ketua Wilayah

3 Pemantauan Penerimaan BKS Memantau penerimaan BKS bulanan berpandukan senarai penerimaan BKS

a. Senarai pembekal yang menghantar BKS muda > 5%.

b. Senarai pembekal BKS baru. c. Senarai pembekal yang hantarannya

meningkat/menurun sebanyak 25 % berbanding bulan sebelumnya.

4 Penguatkuasaan Penerimaan BKS Muda a. Buat pemeriksaan di premis pembekal untuk

kuatkuasa larangan menerima BKS muda. b. Melaporkan kepada Ketua Wilayah dan Lapor

melalui e-NKEA.

5 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.

6 Menyediakan laporan prestasi kepada Jawatankuasa Bersama Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA

Page 21: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 20 / 32

5. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B2 OBJEKTIF Meningkat OER kilang kategori B2.

SASARAN Kategori B2: OER <20% dan >50% BKS Luar

Pegawai Yang

Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP (Wilayah)

Ketua Wilayah

PPP (Wilayah)

1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya kenalpasti pembekal berikut:-

§ Pembekal BKS baru

§ Pembekal yang hantarannya meningkat atau menuru sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.

Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk tindakan PPP Wilayah.

2. Arahan Ketua Wilayah § Ketua Wilayah mengeluarkan arahan penguatkuasaan

larangan penerimaan BKS muda di premis kilang dan premis pembekal.

§ Memaklumkan kepada Ketua Wilayah lain untuk tindakan jika BKS dialih hantar ke Wilayah lain atau sebaliknya.

3. Penguatkuasaan Larangan Menerima BKS Muda. § Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan

BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.

§ Membuat pemeriksaan kepada pembekal BKS dan dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.

§ Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.

Page 22: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 21 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP (Wilayah)

Ketua Wilayah

4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk

pelupusan. § Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS

kilang.

§ Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.

§ Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.

§ Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.

§ Melapor melalui e-NKEA secara harian.

5. Menyediakan laporan prestasi OER kilang-kilang dalam kluster.

Page 23: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 22 / 32

6. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI C

OBJEKTIF Meningkatkan OER Kilang 100 % Bekalan Sendiri

SASARAN Kategori C: Kilang-Kilang 100 % Bekalan Sendiri

Pegawai Yang

Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP (Wilayah)

Ketua Wilayah

PPP (Wilayah)

1. Laporan Prestasi OER Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kilang:-

§ Prestasi OER bulanan dan tahunan

§ Maklumat pembekal BKS ; Nama dan kuantiti

2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB (Pengerusi oleh Ketua Wilayah dan MPOB sebagai sekateriat).

§ Keanggotaan terdiri dari Pengurus Besar & Pengurus-pengurus Kilang.

§ TOR;

Ø Merangka strategi meningkatkan OER.

Ø Menyediakan laporan prestasi OER secara bulanan.

Ø Melaporkan kepada Pengurusan MPOB setiap 3 bulan.

3. Penguatkuasaan Larangan Menerima BKS Muda. § Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan

BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.

§ Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.

Page 24: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 23 / 32

Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk Proses Kerja

PPP (Wilayah)

Ketua Wilayah

4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan. § Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS

kilang.

§ Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.

§ Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.

§ Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.

§ Melapor melalui e-NKEA secara harian. 5. Menyediakan laporan prestasi OER kilang dan kluster

kepada Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB.

Page 25: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 24 / 32

CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG 100 % BEKALAN SENDIRI DI BAWAH

PROGRAM NKEA

1. Laporan Prestasi OER oleh PPP Wilayah

2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB oleh Ketua Wilayah

3. Penguatkuasaan Larangan Penerimaan BKS Muda a. Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan

BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.

b. Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.

5. Menyediakan laporan prestasi kepada Jawatankuasa Bersama Meningkatkan OER Bersama MPOB

4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.

Page 26: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 25 / 32

SENARAI BORANG

Bil. Perkara Kod

1 Borang Penguatkuasaan BKS Muda EU-FFB01

2 Notis Larangan Urusniaga BKS Muda EU-FFB02

3 Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03

4 Borang Kecekapan Kilang – Pemantauan Kaedah Persampelan ME-01

5 Borang Kecekapan Kilang – Pemantauan Kaedah Analisis Pengiraan Kehilangan Minyak ME-02

6 Borang Kecekapan Kilang – Laporan Kualiti Minyak ME-03

7 Borang Kecekapan Kilang – Laporan Kualiti Pengambilan Semula Minyak ME-04

Page 27: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 26 / 32

Page 28: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 27 / 32

Page 29: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 28 / 32

EU-ST03

Pulang Lupus di

kilang

Bil Tandan Ditolak

1) Disah Lupus (sertakan gambar)2) Kompaun (Bagi kes buah muda di Ramp)

*Tindakan :

Nama Pegawai Ronda *Tindakan

SENARAI BKS MUDA DITOLAK TARIKH :

CatatanBil Pembekal

Kategori Lesen Daerah No. Lori

Page 30: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 29 / 32

Page 31: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 30 / 32

Page 32: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 31 / 32

Page 33: MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 % …bpp.mpob.gov.my/epp4/mod/report/manualprosedur.pdf · Mukasurat: 2 / 32 Strategi Pelaksanaan EPP4 1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu

Mukasurat: 32 / 32