menguji tahap kefahaman pelajar terhadap …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam...

22

Upload: buinguyet

Post on 07-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap
Page 2: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap
Page 3: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP JIRIM

DALAM FENOMENA HARIAN

NIK NORHAYATI BINTI NIK YUSOFF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Sains )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2003

Page 4: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap
Page 5: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

iii

DEDIKASI

ALLAHU YA RABBI

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kehadrat-Mu

Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah milikku

Bahkan hanya suatu ujian dari-Mu

Untukmu ayahbonda yang disayangi

Ayahda Nik Yusoff Sulaiman dan Bonda Nor Asiah Halim

Segala Pengorbanan, kesabaran, kasih sayang serta doamu

Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus berjaya

Untukmu nenekda yang dikasihi Habsah Abdullah

Segala Pengorbanan, kesabaran, kasih sayang serta doamu

Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus berjaya

Untukmu semua ahli keluargaku

Segala jasa, doa dan sokongan kalian akan ku kenang selamanya

Untuk rakan-rakan seperjuangan

Kejayaan yang dicapai jadikanlah teladan

Janganlah dirimu alpa kerana perjuangn ini masih belum selesai

Untuk insan yang dikasihi dan dinigati selalu

Yang juga banyak memberi dorongan dan semangat kepadaku

Ku doakan semoga kita akan berjaya bersama-sama.

Page 6: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-

Nya serta usaha maka dapat juga saya menyiapkan penyelidikan ini dalam jangka masa

yang telah ditetapkan setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Jutaan terima kasih

yang tidak terhingga serta penghargaan ikhlas kepada Prof.Madya Aziz bin Nordin

selaku penyelia projek yang sentiasa memberi bimbingan, idea-idea serta teguran yang

membina dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan

Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi kebenaran kepada

saya untuk menjalankan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua guru

dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Sekolah Menengah Hamzah

dan Sekolah Menengah Arab Ahmadiah Banggol Judah Machang Kelantan yang telah

membantu saya dalam menjayakan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan yang juga turut sama memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan

penyelidikan ini.

Page 7: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

v

ABSRTAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menguji tahap pemahaman pelajar

terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1

dan tingkatan 2, melihat sama ada terdapat perbezaan terhadap konsep jirim antara

jantina seterusnya membuat perkaitan antara faktor peribadi pelajar dengan pencapaian

ujian soal selidik mengenai konsep jirim yang dikemukakan. Kajian dijalankan ke atas

180 orang responden dari 3 buah sekolah di sekitar daerah Machang Kelantan.

Penyelidik telah menggunakan instrument ujian pemahaman mengenai konsep jirim

serta soalan Likert dan dianalisis secara berkomputer menggunakan perisian SPSS 7.5

untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan perkaitan antara pembolehubah-

pembolehubah tertentu (pembolehubah tak bersandar) dengan pencapaian pelajar dalam

ujian pemahaman mengenai konsep jirim (pembolehubah bersandar). Analisis

menunjukkan bahawa pemahaman pelajar terhadap konsep jirim adalah tidak

memuaskan. Mereka menggunakan idea-idea yang dibina daripada interaksi dengan

persekitaran yang mengganggu proses pembelajaran mereka. Maka dengan itu guru

haruslah memperkembangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains di mana

perlbagai kaedah yang sesuai perlu dirancang agar bersesuaian supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Mereka juga perlu

peka terhadap idea-idea alternatif pelajar agar dapat merancang satu strategi pengajaran

bagi mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar-pelajarnya.

Page 8: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

vi

ABSTRACT

The aim of this research are to identify and to test the concept of matter of form

one and two secondary schools students. It is also to find out the differences in the

concept of matter between sex and other factors of students perceptions regarding the

concept of matter. Research has been carried out among 180 students from three schools

in the district of Machang. Researcher used comprehension test and Likert scale

questionnaire as the instruments regarding concept of matter. Data was analyzed using

SPSS 7.5 to get the mean, frequency, percentage and correlation between the variables

(independent variable) with the students achievement in comprehension test regarding

concept of matter (dependent variables). Analysis has shown that the students did not

understand the concept of matter very well. Therefore teachers should developed

students science concepts using various interesting methods and good teaching strategies

so that the teaching and learning process will be more attractive and effective. Finally,

suggestion for further research have been proposed.

Page 9: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstrac vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Lampiran xiii

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 8

BAB II SOROTAN PENULIS 2.0 Pengenalan 10

2.1 Kerangka Alternatif Mengenai Pepejal

Page 10: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

Dan Cecair 11

2.2 Konsep Jirim Dalam Kurikulum Sains

Tingkatan Satu 12

2.3 Pengetahuan Dan Konsep Asas Jirim Yang

Berkaitan Dengan Pembelajaran 13

2.4 Tinjauan Teori-Teori Kinetik Jirim 14

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 16

3.1 Reka Bentuk Kajian 16

3.2 Populasi Kajian 17

3.3 Sampel Kajian 17

3.4 Instrumen Kajian 18

3.5 Lokasi Kajian 19

3.6 Tatacara Kajian 19

3.7 Tatacara Analisis Data 20

3.8 Analisis Data 20

BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 21

4.1 Analisis Latar Belakang Responden

(Bahagian A) 22

4.2 Analisis Bahagian B 25

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Adakah

Pelajar Memahami Tentang Konsep Jirim 26

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 : Adakah

Terdapat Perbezaan Antara Responden

Page 11: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

Lelaki Dan Perempuan Dalam Memahami

Konsep Jirim 40

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah

Faktor Minat Dan Guru Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar Terhadap Konsep Jirim 41

4.2.3.1 Peratus Persetujuan Perbandingan Item-item

Bagi Faktor Minat 43

4.2.3.2 Peratusan Persetujuan Perbandingan Item-item

Bagi Faktor Guru 46

4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat

Perhubungan Yang Signifikan Antara Faktor

Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains,

Jantina, Keputusan UPSR Dan Markah Ujian

Pertengahan Tahun 47

4.2.5 Perbandingan Min Markah Ujian Kefahaman

Mengenai Tajuk Jirim Dengan Kaedah

Anova 49 BAB V KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan 50

5.1 Perbincangan 50

5.1.1 Latar Belakang Responden 51

5.1.2 Pemahaman Responden Terhadap Konsep Jirim 52

5.1.2.1 Jenis Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Oleh

Responden Mengenai Konsep Jirim 52

5.1.3 Pola Perbezaan Pemahaman Mengenai Konsep

Jirim Antara Responden Lelaki Dan Perempuan 54

5.1.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian

Pelajar Terhadap Konsep Jirim 55

5.1.4.1 Pelajar Pencapaian Rendah Dan Tinggi Dengan

Page 12: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

Faktor Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains 56

5.1.4.2 Pelajar Pencapaian Rendah Dan Tinggi Dengan

Faktor Guru Terhadap Mata Pelajaran Sains 56

5.1.5 Korelasi Antara Faktor Persepsi Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Sains, Jantina, Keputusan UPSR

Dan Markah Ujian Pertengahan Tahun 57

5.2 Kesimpulan 58

5.3 Implikasi Kepada Pendidikan 59

5.4 Cadangan 59

5.4.1 Cadangan Untuk Meningkatkan Tahap Penguasaan

Konsep Pelajar 60

5.4.2 Kajian Untuk Kajian Lanjutan 61

5.5 Penutup 62

Rujukan 63

Lampiran A - Surat Kebenaran Fakulti

Lampiran B – Soal Selidik

Page 13: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Sekolah 22

4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Tingkatan 22

4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 23

4.4 Taburan Responden Mengikut Keturunan 23

4.5 Taburan Responden Mengikut Pencapaian UPSR 24

4.6 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Ujian

Pertengahan Tahun 24

4.7 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Bagaimana Untuk Memanaskan Air 26

4.8 Taburan Responden Berkaitan Tentang Apakah

Proses Yang Menyebabkan Air Mendidih 27

4.9 Taburan Responden Berkaitan Dengan Apakah

Yang Terbentuk Semasa Air Mendidih 27

4.10 Taburan Responden Berkaitan Dengan Perbezaan

Antara Ketulan Ais, Air Dan CO2 28

4.11 Taburan Responden Berkaitan Dengan

Pengelasan Bahan 29

4.12 Taburan Responden Tentang Proses Pepejal

Kepada Cecair 30

Page 14: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

4.13 Taburan Responden Tentang Proses Cecair

Kepada Gas 30

4.14 Taburan Peratusan Responden Tentang Proses

Gas Kepada Cecair 31

4.15 Taburan Responden Tentang Proses Cecair

Kepada Pepejal 31

4.16 Taburan Responden Adakah Proses Pendidihan

Memerlukan Haba Atau Tidak 32

4.17 Taburan Responden Adakah Proses Pembekuan

Memerlukan Haba Atau Tidak 33

4.18 Taburan Responden Tentang Apakah Yang Akan

Terbentuk Apabila Sampah Dibakar 33

4.19 Taburan Responden Tentang Pergerakan Zarah

Berdasarkan Teori Kinetik Jirim 34

4.20 Taburan Responden Tentang Bentuk Zarah Asap 35

4.21 Taburan Responden Mengenai Penjelasan Pelajar

Terhadap Kandungan Ais Di dalam Gelas Jika Ia

Dibiarkan Beberapa Minit 36

4.22 Taburan Responden Tentang Proses Pembentukan

Ais 37

4.23 Taburan Responden Samada Betul Atau Salah Manusia

Memerlukan Oksigen Dan Membebaskan Karbon

Dioksida 38

4.24 Taburan Responden Tentang Bentuk Kewujudan

Oksigen Dan Karbon Dioksida 38

4.25 Taburan Responden Tentang Apa Yang Terbentuk

Di cermin Jika Kita Menghembus Nafas 39

4.26 Taburan Responden Apakah Proses Pembentukan

Wap Pada Cermin Semasa Proses Pernafasan 39

4.27 Taburan Tahap Pemahaman Responden Berdasarkan

Jantina 40

Page 15: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

4.28 Taburan Peratusan Persetujuan Perbandingan

Item-Item Dalam Faktor Minat 42

4.29 Taburan Peratusan Persetujuan Perbandingan

Item-Item Dalam Faktor Guru 45

4.30 Korelasi Antara Faktor Persepsi Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Sains, UPSR, Dan Markah Ujian

Pertengahan Tahun 48

4.31 Perbezaan Min Ujian Kefahaman Mengenai Tajuk

Jirim Di antara Tiga Buah sekolah Dengan Kaedah

ANOVA 49

Page 16: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia

B Borang Soal Selidik

Page 17: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Guru merupakan orang yang paling penting dalam mendidik generasi masa

hadapan yang berpelajaran, inovatif, berwibawa, kreatif dan progresif. Guru juga

dianggap penggerak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kualiti guru

dan kualiti pendidikan yang diperolehi akan menentukan mutu pengajaran dan

pembelajaran murid seterusnya mutu pendidikan sesebuah Negara. Keadaan ini

menunjukkan bahawa seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan

sesuai dengan perkembangan semasa.

Ilmu pengetahuan bukan sesuatu yang statik malahan ianya sentiasa berkembang.

Setiap hari ada saja penemuan baru terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Jadi

memang menjadi tanggungjawab gurulah untuk menerapkan sains dan teknologi ini

dalam diri pelajar. Bagi melahirkan dan mewujudkan masyarakat saintifik, pengajaran

dan pembelajaran sains adalah amat penting kerana ianya membekalkan pengetahuan,

kefahaman dan kemahiran kepada pelajar bagi memahami fenomena harian secara

saintifik. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini minat para pelajar terhadap mata

Page 18: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

2

pelajaran sains agak berkurang dan mereka sering beranggapan bahawa sains merupakan

mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari dan difahami.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa sains merupakan suatu bidang ilmu yang

menekankan kepada penemuan konsep bagi membolehkan pelajar memahami alam

sekeliling mereka. Justeru itu salah satu daripada matlamat pendidikan sains adalah

untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep asas sains agar

mereka dapat memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Di samping itu sains

juga bertujuan untuk mengembangkan kebolehan pelajar agar dapat mengguna segala

pengetahuan yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan

seharian.

Melalui pengalaman pembelajaran, sesuatu konsep asal yang dibawa pelajar

dibina kembali menjurus ke arah konsep sebenar sebagaimana yang difahami oleh pakar.

Jadi apabila bertemu dengan pengalaman baru, pengetahuan yang sedia wujud tidak

dibuang tetapi ianya dikonsepkan kembali. Ini bermakna sesuatu konsep direka bentuk

semula melalui setiap perubahan pengalaman. Pembinaan pengkonsepan boleh

dianggap sebagai proses yang berterusan, aktif dan kreatif bagi membeza dan

menyepadukan domain konsep yang sedia ada.

Menurut fahaman binaan (Constructivism) yang menyatakan bahawa sesuatu

konsep itu tidak boleh dipelajari semata-mata dari percakapan guru, bahkan perlu

diabstrak oleh pelajar daripada pengalaman mereka sendiri. Disebabkan itu guru harus

mengajar konsep dengan seberapa daya untuk menyediakan pengalaman kepada pelajar

dalam aktiviti-aktiviti dalam memudah cara pelajar membina konsep tertentu dalam

pemikiran mereka. Dalam fahaman ini bererti pelajar membina pengetahuannya sendiri.

Secara keseluruhannya dapatlah kita katakan bahawa pemahaman konsep yang

betul adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran khasnya sains.

Pelajar akan menjadi lebih mudah untuk memahami konsep sains jika proses pengajaran

Page 19: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

3

dan pembelajaran pelajar adalah betul dan pemikiran serta persepsi pelajar terhadap

sains adalah sentiasa ke arah positif.

1.1 Latar Belakang Masalah.

Sikap pelajar yang menjejaki ke alam persekolahan akan membawa bersama

mereka idea-idea sendiri tentang alam sekeliling mereka. Sejak dari usia muda lagi

mereka telah cuba memahami dan membentuk pengetahuan mereka tentang alam

sekeliling berdasarkan pengalaman mereka. Mereka beranggapan bahawa konsep yang

dibina adalah betul bagi diri mereka walaupun hakikatnya konsep yang dibina itu tidak

bertepatan dengan idea saintifik.

Sejak kebelakangan ini juga, fokus penyelidikan dalam bidang pendidikan sains

banyak berkisar tentang kesilapan dalam menerangkan fenomena-fenomena saintifik

(Fisher dan Lipson, 1986). Kajian yang meluas dalam salah tanggapan konsep

dikalangan pelajar menunjukkan keperihatinan umum terhadap kesukaran pelajar dalam

mempelajari sains (Helm dan Novak, 1983; Osborne dan freyberg, 1985). Pengetahuan

tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran sains amat penting kepada pelajar

sebagai persediaan sebelum mengikuti tahap yang lebih tinggi. Kesediaan pelajar

dengan konsep-konsep asas sains yang kukuh membantu pelajar mempelajari subjek

sains.

Ramai juga pendidik sains yang lain seperti Viennat (1979), Disessa (1973), dan

Mc Dermott (1984), Driver et al (1985) Hanoun dan Hestenes (1987) juga bersetuju

bahawa halangan utama kepada pembelajaran sains seseorang pelajar adalah mungkin

disebabkan oleh rangka konsep terhadap sesuatu yang dipelajarinya jauh berbeza

daripada konsep guru-guru atau ahli-ahli saintifik.

Page 20: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

4

1.2 Penyataan Masalah

Satu daripada konsep asas yang penting dalam mata pelajaran sains adalah

mengenai jirim. Mengikut definisi sains jirim merupakan suatu yang mempunyai jisim

dan memenuhi ruang. Di sekolah menengah jirim perlu difahami sebagai yang terdiri

daripada zarah-zarah diskrit yang sangat seni. Jirim wujud dalam tiga fasa iaitu pepejal,

cecair dan gas. Ketiga-tiga fasa ini wujud dalam kehidupan kita. Seterusnya pelajar

perlu memahami bahawa susunan zarah, gerakan dan tenaga zarah dalam menerangkan

fenomena yang melibatkan keadaan jirim asas kepada konsep jirim.

Topik jirim ini salah satu daripada perkara asas sains yang berkaitan dengan

kehidupan harian kita. Namun salah konsep di kalangan pelajar terhadap sains

menyebabkan ramai pelajar kurang berminat tentang sains dan juga menganggap mata

pelajaran sains satu pelajaran yang sukar. Kajian Osborne dan Wittrock (1983)

menunjukkan bahawa secara umumnya, guru-guru sains tidak menyedari bahawa

terdapat kelainan konsep pada kanak-kanak dan mereka juga tidak peka terhadap

pengaruh konsep ini di alam pembelajaran sains.

Banyak dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep awal yang di bina oleh

kebanyakan pelajar adalah tidak selaras dan kadang-kadang bercanggah dengan konsep

yang dipelajari secara formal di dalam bilik darjah (Fisher dan Lipson, 1986). Ramai

dikalangan pelajar mempunyai kerangka alternatif mengenai bahan-bahan yang

dipelajari secara formal di dalam bilik darjah atau di makmal sains, meskipun ada juga

di antara mereka memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Champagne,

1980, 1982: Gonstone dan While, 1981).

Tanpa kefahaman yang mendalam dan pemahaman konsep yang betul terhadap

jirim maka boleh menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang berkesan. Jadi

untuk mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar terhadap konsep jirim dalam

fenomena harian satu kajian akan dijalankan terhadap pelajar tingkatan satu dan dua. Ini

Page 21: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

5

adalah bertujuan untuk mendapat tahu sejauh manakah kefahaman pelajar terhadap

konsep jirim dalam fenomena harian.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini ialah:

1. Mengukur tahap kefahaman konsep jirim pelajar tingkatan satu dan dua.

2. Menentukan sama ada terdapat pola perbezaan terhadap pemahaman konsep

jirim di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

3. Melihat faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar di dalam

menguasai konsep jirim.

4. Melihat perhubungan signifikan antara faktor perepsi pelajar terhadap mata

pelajaran sains, markah UPSR, markah ujian pertengahan tahun dengan

markah ujian pemahaman mengenai konsep jirim.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

1. Adakah pelajar memahami tentang konsep jirim dan kaitannya dalam fenomena

harian?

2. Adakah terdapat pola perbezaan antara responden lelaki dan responden

perempuan dalam memahami konsep jirim?

3. Adakah faktor guru dan minat mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap

konsep jirim?

Page 22: MENGUJI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP …€¦ ·  · 2013-11-19terhadap konsep jirim dalam fenomena harian dalam mata pelajaran sains tingkatan 1 dan tingkatan 2, ... peka terhadap

6

4. Apakah terdadap perhubungan yang signifikan antara faktor persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran sains, markah sains dalam UPSR dan markah ujian

pertengahan tahun dengan ujian pemahaman mengenai konsep jirim.

1.5 Rasional Kajian

Kajian ini berkait rapat dengan pemahaman konsep pelajar khususnya tentang

konsep jirim. Oleh itu kajian ini diharapkan dapat mengesan sejauh mana konsep

seharian pelajar terhadap konsep jirim bagi menentukan kesediaan mereka. Dengan

maklumat ini, penyelidik dapat menentukan kekuatan dan kelemahan setiap pelajar

dalam pembinaan konsep.

Jirim merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran sains yang berkait rapat

dengan fenomena harian dan kajian ini di jalankan bagi mengesan sejauh mana

kefahaman pelajar tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan jirim.

Pembentukan konsep yang salah sering berlaku dalam diri pelajar apabila

mempelajari sesuatu konsep sains terutamanya konsep sains yang abstrak yang tidak

dapat dilihat dengan mata kasar. Kefahaman yang kabur terhadap sesuatu konsep adalah

sukar untuk dikenalpasti dan kefahaman yang kabur akan mempengaruhi pemikiran

pelajar. Oleh sebab itu guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam

membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar agar

dapat membentuk konsep yang betul. Ini disebabkan bahawa salah satu objektif

pengajaran sains adalah untuk membolehkan pelajar menguasai konsep saintifik dan

prinsip yang difikirkan berguna kepada setiap kehidupan individu dalam masyarakat

moden.