mengenali planet - dbp.gov.my · pdf filesifat tebal dan mungkin dikelilingi ... wi. dr....

1
Halaman Lima BERITA HARIAN Rabu, 20 September 2006 TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KEENAM Mengenali Planet 2 LANET berasal daripada perkataan Yunani yang ber- erti mengembara. Planet me- rupakan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Terdapat sembilan planet iaitu Utarid, Zuh- rah, Bumi, Marikh, Musytari, Zu- hal, Uranus, Neptun dan Pluto. Ma- tahari dan bintang-bintang lain ia- lah bebola gas panas yang bersinar dan sangat besar saiznya manakala planet bersaiz lebih kecil dan ber- bentuk pejal atau mempunyai teras yang padu. Perbezaan utama antara bintang dengan planet ialah bin- tang menghasilkan haba dan ca- haya sendiri sedangkan planet ti- dak. Hampir semua cahaya dan ha- ba yang sampai di planet dipan- carkan oleh matahari dan oleh se- bab itulah planet boleh dilihat ke- rana ia memantulkan cahaya ma- tahari. Planet dan bintang kelihatan sa- ma pada waktu malam. Walau ba- gaimanapun, ada dua cara untuk membezakan antara keduanya. Per- tama, planet memancarkan cahaya berterusan, manakala bintang ke- lihatan berkelip-kelip. Kedua, pla- net kelihatan bergerak berbanding dengan bintang. Terdapat enam buah planet yang dapat dilihat dari bumi tanpa menggunakan teleskop iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal dan Uranus. Planet amat berbeza dari segi saiz dan kedudukannya dengan mata- hari. Bumi dan tiga buah planet lain yang berhampiran mempunyai saiz yang hampir sama dan lebih di- kenali sebagai planet terestrial atau planet dalaman. Empat buah planet terbesar digelar planet gergasi atau planet utama pula lebih jauh ja- raknya dari matahari dan ia di- kenali sebagai planet luaran ber- sama-sama planet Pluto. Ahli astronomi berpendapat se- mua planet beredar mengelilingi matahari pada satah yang sama. Hanya dua buah planet bergerak mengikuti laluan yang sudutnya agak condong daripada satah orbit iaitu Utarid dengan 7° dan Pluto pula 17°. Dari kedudukan di utara sistem suria, didapati semua planet bergerak mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam. Dalam masa yang sama planet berputar atau berpusing ketika bergerak mengelilingi matahari. Kala pu- taran iaitu masa yang diperlukan untuk setiap planet menghabiskan satu putaran adalah berbeza antara satu planet dengan planet yang lain. Masa terpantas adalah 10 jam oleh planet Musytari dan yang paling perlahan ialah 243 jam oleh Zuhrah, manakala Bumi mengambil masa 24 jam setiap putaran. Paksi pu- taran setiap planet adalah senget sedikit daripada sudut kedudukan serenjang (pada sudut 90°) dengan orbit laluannya. Ini bererti kutub utara dan selatan planet ini hampir terbalik berbanding dengan kedu- dukan kutub tersebut di Bumi ataupun di Marikh. Kesengetan paksi menyebabkan sesuatu kutub itu menghala ke arah matahari silih berganti ketika beredar dan menyebabkan planet tersebut me- ngalami kepanasan yang tidak se- kata dan menghasilkan musim. Keadaan suhu, atmosfera, ciri permukaan, panjang siang dan ma- lam, dan keadaan lain amat ber- gantung pada tiga perkara iaitu ja- rak planet dari matahari, atmosfera planet dan putaran planet. Planet yang paling hampir dengan mata- hari akan menerima lebih haba ber- banding dengan planet yang ter- letak jauh. Umpamanya suhu di Utarid mencecah 340°C pada waktu siang berbanding Bumi yang 2.5 kali lebih jauh dari Utarid mem- punyai purata suhu 16°C pada waktu siang manakala Pluto yang berkedudukan 100 kali lebih jauh mengalami suhu siangnya -180°C. Atmosfera bagi planet terestrial ke- banyakannya terdiri daripada kar- bon dioksida dan nitrogen. Atmos- fera planet utama pula mengan- dungi gas helium, hidrogen, me- tana dan ammonia. Bumi satu-sa- tunya planet yang banyak mengan- dungi oksigen di dalam atmosfe- ranya. Ciri-ciri permukaan planet terestrial termasuklah gunung-ga- nang, lembah, tasik, sungai, kawa- san rata dan kawah. Ia terbentuk oleh keadaan planet itu sendiri dan akibat perlanggaran dengan meteo- riod. Planet gergasi pula tidak mempunyai permukaan yang dapat dilihat dari bumi ataupun dari ang- kasa. Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun terdiri kebanyakannya da- ripada gas dan air batu dan ia ber- sifat tebal dan mungkin dikelilingi oleh hidrogen cecair yang pada te- kanan tinggi berkeadaan seperti lo- gam dan mengalirkan arus elektrik yang kuat. Manusia mula mengkaji planet sejak ribuan tahun dahulu hing- galah kini. Di Malaysia, penyeli- dikan dan pembangunan sains ang- kasa diterajui Planetarium Negara atau Institut Penyelidikan dan Pen- didikan Sains Angkasa yang diken- dalikan oleh Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di bawah Ke- menterian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Ia dibuka secara ras- mi pada 7 Februari 1994. Kesung- guhan negara dalam menerokai bi- dang sains angkasa terbukti dengan pengumuman calon akhir angka- sawan negara baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Bada- wi. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed telah terpilih untuk menyertai latihan akhir di Pusat Latihan Angkasa- wan Yuri Gagarin, Star City, Rusia. Kajian semasa berkaitan planet telah menyebabkan ahli astronomi terpaksa membuat satu kesim- pulan baharu dalam menyelesai- kan definisi planet dalam sistem suria. Beberapa minggu lalu, In- ternational Astronomical Union telah mengeluarkan planet Pluto yang dikenal pasti pada tahun 1930 oleh Clyde Tombaugh dari- pada sembilan planet utama. Ia adalah berikutan penemuan se- buah planet yang lebih besar da- ripada Pluto dalam sistem suria. Planet tersebut dijumpai oleh Michael Brown dikenali sebagai UB313 atau Xena dan kemudian- nya dinamakan sebagai planet Eris yang bermaksud ‘kekalutan’ sempena nama Dewi Greek. Eris berukuran 115 kilometer lebih le- bar berbanding Pluto yang ter- letak 14.5 juta kilometer dari ma- tahari dan merupakan kedudu- kan paling jauh dalam sistem su- ria. Ahli astronomi telah mewu- judkan kategori baharu planet ia- itu planet kerdil dan Pluto serta Xena tergolong didalamnya. Untuk mengetahui secara lebih lanjut bagaimana planet terjadi, si- fat planet serta kajian terhadapnya, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 17 bagi artikel yang berkaitan dengan pla- net dan Planetarium Negara. Industri Buku Perlu B e r ke m b a n g Seiring ICT 1 ndustri buku memainkan pe- ranan yang penting dalam kerangka pembinaan bangsa yang memberi penekanan ter- hadap pembangunan modal in- san. Sebagai teras masa depan negara, industri buku adalah industri ilmu dan buku me- rupakan wahana untuk mela- hirkan pekerja-pekerja yang ber ilmu. Pengerusi Lembaga Penge- lola Dewan Bahasa dan Pus- taka (DBP), Y. Bhg. Datuk Jo- han Jaaffar berkata, buku ma- sih relevan walaupun kita ber- ada dalam era Teknologi Ko- munikasi dan Maklumat (ICT) dan Internet. Beliau berkata demikian dalam satu majlis `Luncheon Talk yang dianjurkan oleh Dawama Sdn. Bhd. sempena menyambut ulang tahun Dawama yang keempat baru-baru ini. Lebih 100 orang pengedar dan pencetak buku di negara ini telah menghadiri maj- lis tersebut. Menurut beliau, buku sebagai produk, mestilah dihasilkan mengikut selera dan kehendak pembaca. Kandungan sahaja ti- dak menjamin jualan. Yang penting ialah bagaimana kita mempromosikan dan menjena- makan buku sebagai produk yang boleh menarik minat pembaca. Pembaca kini lebih gemar membaca buku agama, novel popular, cerita hantu atau misteri dan buku politik karya penulis seperti Syed Hus- sein Al-Atas, Yahya Ismail dan Omar Sayuti. Tambah beliau lagi, terpulang- lah pada pihak penerbit untuk mengimbangi tuntutan pembaca dengan tanggungjawab sosial dan peranan masing-masing da- lam membina bangsa dan ne- gara. Industri penerbitan buku perlu berkembang seiring dengan per- kembangan ICT. Menurutnya, masyarakat kini lebih selesa menggunakan Internet dan kita bakal berdepan dengan masya- rakat `e-readers. Internet telah mengubah cara kehidupan moden. Cara berko- munikasi, berurus niaga dan mendapatkan ilmu telah ber- ubah dan kita juga perlu ber- sedia untuk menukar buku da- lam bentuk digital atau E-Bu- ku. Tambah beliau lagi, urus niaga buku juga telah berubah dan sebahagian besar pelanggan di dunia lebih selesa membeli buku melalui Amazon.com., Goog- le.com dan E-bay. Aliran pen- jualan buku melalui Internet su- dah pasti menggugat cara pe- ngedaran dan jualan buku dan kedai buku mungkin menjadi ti- dak relevan lagi. PROJEKTOR planetarium menghasilkan imej suasana langit pada waktu malam pada skrin berbentuk kubah membolehkan penonton melihat bagaimana bentuk bumi dan bintang dari permukaan bulan. PAKSI planet, digambarkan oleh garisan hitam ialah garis bayangan bagi putaran planet. Paksi planet tidak berserenjang dengan laluan orbit mengelilingi matahari, sebaliknya beranjak daripada kedudukan berserenjang sebagaimana digambarkan oleh garisan putus.

Upload: ledieu

Post on 15-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenali Planet - dbp.gov.my · PDF filesifat tebal dan mungkin dikelilingi ... wi. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed telah terpilih untuk menyertai latihan

Halaman LimaBERITA HARIAN R abu, 20 September 2006

TEROK AIE N S I K LO P E D I A

DUNIASIRI KEENAM

Mengenali PlanetP

LANET berasal daripadaperkataan Yunani yang ber-erti mengembara. Planet me-

rupakan objek besar yang beredarmengelilingi matahari. Terdapatsembilan planet iaitu Utarid, Zuh-rah, Bumi, Marikh, Musytari, Zu-hal, Uranus, Neptun dan Pluto. Ma-tahari dan bintang-bintang lain ia-lah bebola gas panas yang bersinardan sangat besar saiznya manakalaplanet bersaiz lebih kecil dan ber-bentuk pejal atau mempunyai terasyang padu. Perbezaan utama antarabintang dengan planet ialah bin-tang menghasilkan haba dan ca-haya sendiri sedangkan planet ti-dak. Hampir semua cahaya dan ha-ba yang sampai di planet dipan-carkan oleh matahari dan oleh se-bab itulah planet boleh dilihat ke-rana ia memantulkan cahaya ma-tahari.

Planet dan bintang kelihatan sa-ma pada waktu malam. Walau ba-gaimanapun, ada dua cara untukmembezakan antara keduanya. Per-tama, planet memancarkan cahayaberterusan, manakala bintang ke-lihatan berkelip-kelip. Kedua, pla-net kelihatan bergerak berbandingdengan bintang. Terdapat enambuah planet yang dapat dilihat daribumi tanpa menggunakan teleskopiaitu Utarid, Zuhrah, Marikh,Musytari, Zuhal dan Uranus.

Planet amat berbeza dari segi saizdan kedudukannya dengan mata-hari. Bumi dan tiga buah planet lainyang berhampiran mempunyai saizyang hampir sama dan lebih di-kenali sebagai planet terestrial atauplanet dalaman. Empat buah planetterbesar digelar planet gergasi atauplanet utama pula lebih jauh ja-raknya dari matahari dan ia di-kenali sebagai planet luaran ber-sama-sama planet Pluto.

Ahli astronomi berpendapat se-mua planet beredar mengelilingimatahari pada satah yang sama.Hanya dua buah planet bergerakmengikuti laluan yang sudutnyaagak condong daripada satah orbitiaitu Utarid dengan 7° dan Plutopula 17°. Dari kedudukan di utara

sistem suria, didapati semua planetbergerak mengelilingi mataharimengikut arah lawan jam. Dalammasa yang sama planet berputaratau berpusing ketika bergerakmengelilingi matahari. Kala pu-taran iaitu masa yang diperlukanuntuk setiap planet menghabiskansatu putaran adalah berbeza antarasatu planet dengan planet yang lain.Masa terpantas adalah 10 jam olehplanet Musytari dan yang palingperlahan ialah 243 jam oleh Zuhrah,manakala Bumi mengambil masa24 jam setiap putaran. Paksi pu-taran setiap planet adalah sengetsedikit daripada sudut kedudukanserenjang (pada sudut 90°) denganorbit laluannya. Ini bererti kutubutara dan selatan planet ini hampirterbalik berbanding dengan kedu-dukan kutub tersebut di Bumiataupun di Marikh. Kesengetanpaksi menyebabkan sesuatu kutubitu menghala ke arah mataharisilih berganti ketika beredar danmenyebabkan planet tersebut me-ngalami kepanasan yang tidak se-kata dan menghasilkan musim.

Keadaan suhu, atmosfera, ciripermukaan, panjang siang dan ma-lam, dan keadaan lain amat ber-gantung pada tiga perkara iaitu ja-rak planet dari matahari, atmosferaplanet dan putaran planet. Planetyang paling hampir dengan mata-hari akan menerima lebih haba ber-banding dengan planet yang ter-letak jauh. Umpamanya suhu diUtarid mencecah 340°C pada waktusiang berbanding Bumi yang 2.5kali lebih jauh dari Utarid mem-punyai purata suhu 16°C padawaktu siang manakala Pluto yangberkedudukan 100 kali lebih jauhmengalami suhu siangnya -180°C.

Atmosfera bagi planet terestrial ke-b a nya k a n nya terdiri daripada kar-bon dioksida dan nitrogen. Atmos-fera planet utama pula meng an-dungi gas helium, hidrogen, me-tana dan ammonia. Bumi satu-sa-tunya planet yang banyak mengan-dungi oksigen di dalam atmosfe-ranya. Ciri-ciri permukaan planetterestrial termasuklah gunung-ga-nang, lembah, tasik, sungai, kawa-san rata dan kawah. Ia terbentukoleh keadaan planet itu sendiri danakibat perlanggaran dengan meteo-riod. Planet gergasi pula tidakmempunyai permukaan yang dapatdilihat dari bumi ataupun dari ang-kasa. Musytari, Zuhal, Uranus danNeptun terdiri kebanyakannya da-ripada gas dan air batu dan ia ber-sifat tebal dan mungkin dikelilingioleh hidrogen cecair yang pada te-kanan tinggi berkeadaan seperti lo-gam dan mengalirkan arus elektrikyang kuat.

Manusia mula mengkaji planetsejak ribuan tahun dahulu hing-galah kini. Di Malaysia, penyeli-dikan dan pembangunan sains ang-kasa diterajui Planetarium Negaraatau Institut Penyelidikan dan Pen-didikan Sains Angkasa yang diken-dalikan oleh Bahagian Kajian SainsAngkasa (BAKSA) di bawah Ke-menterian Sains, Teknologi danAlam Sekitar. Ia dibuka secara ras-mi pada 7 Februari 1994. Kesung-guhan negara dalam menerokai bi-dang sains angkasa terbukti denganpengumuman calon akhir angka-sawan negara baru-baru ini olehPerdana Menteri Malaysia, Y.A.B.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Bada-wi. Dr. Sheikh Muszaphar Shukordan Kapten Dr. Faiz Khaleed telahterpilih untuk menyertai latihanakhir di Pusat Latihan Angkasa-wan Yuri Gagarin, Star City, Rusia.

Kajian semasa berkaitan planettelah menyebabkan ahli astronomiterpaksa membuat satu kesim-pulan baharu dalam menyelesai-kan definisi planet dalam sistemsuria. Beberapa minggu lalu, In-ternational Astronomical Uniontelah mengeluarkan planet Plutoyang dikenal pasti pada tahun1930 oleh Clyde Tombaugh dari-pada sembilan planet utama. Iaadalah berikutan penemuan se-buah planet yang lebih besar da-ripada Pluto dalam sistem suria.Planet tersebut dijumpai olehMichael Brown dikenali sebagaiUB313 atau Xena dan kemudian-nya dinamakan sebagai planetEris yang bermaksud ‘kekalutan’sempena nama Dewi Greek. Erisberukuran 115 kilometer lebih le-bar berbanding Pluto yang ter-letak 14.5 juta kilometer dari ma-tahari dan merupakan kedudu-kan paling jauh dalam sistem su-ria. Ahli astronomi telah m ew u-judkan kategori baharu planet ia-itu planet kerdil dan Pluto sertaXena tergolong didalamnya.

Untuk mengetahui secara lebihlanjut bagaimana planet terjadi, si-fat planet serta kajian terhadapnya,para pembaca bolehlah merujukEnsiklopedia Dunia Jilid 17 ba giartikel yang berkaitan dengan pla-net dan Planetarium Negara.

Industri BukuPer luB e r ke m b a n gSeiring ICT

Industri buku memainkan pe-ranan yang penting dalamkerangka pembinaan bangsa

yang memberi penekanan ter-hadap pembangunan modal in-san.

Sebagai teras masa depannegara, industri buku adalahindustri ilmu dan buku me-rupakan wahana untuk mela-hirkan pekerja-pekerja yangber ilmu.

Pengerusi Lembaga Penge-lola Dewan Bahasa dan Pus-taka (DBP), Y. Bhg. Datuk Jo-han Jaaffar berkata, buku ma-sih relevan walaupun kita ber-ada dalam era Teknologi Ko-munikasi dan Maklumat (ICT)dan Internet.

Beliau berkata demikian dalamsatu majlis `Luncheon Talk� yangdianjurkan oleh Dawama Sdn.Bhd. sempena menyambut ulangtahun Dawama yang keempatbaru-baru ini. Lebih 100 orangpengedar dan pencetak buku dinegara ini telah menghadiri maj-lis tersebut.

Menurut beliau, buku sebagaiproduk, mestilah dihasilkanmengikut selera dan kehendakpembaca. Kandungan sahaja ti-dak menjamin jualan. Yangpenting ialah bagaimana kitamempromosikan dan menjena-makan buku sebagai produkyang boleh menarik minatpembaca. Pembaca kini lebihgemar membaca buku agama,novel popular, cerita hantuatau misteri dan buku politikkarya penulis seperti Syed Hus-sein Al-Atas, Yahya Ismail danOmar Sayuti.

Tambah beliau lagi, terpulang-lah pada pihak penerbit untukmengimbangi tuntutan pembacadengan tanggungjawab sosialdan peranan masing-masing da-lam membina bangsa dan ne-g a ra .

Industri penerbitan buku perluberkembang seiring dengan per-kembangan ICT. Menurutnya,masyarakat kini lebih selesamenggunakan Internet dan kitabakal berdepan dengan masya-rakat `e-readers�.

Internet telah mengubah carakehidupan moden. Cara berko-munikasi, berurus niaga danmendapatkan ilmu telah ber-ubah dan kita juga perlu ber-sedia untuk menukar buku da-lam bentuk digital atau E-Bu-k u.

Tambah beliau lagi, urus niagabuku juga telah berubah dansebahagian besar pelanggan didunia lebih selesa membeli bukumelalui Amazon.com., Goog-le.com dan E-bay. Aliran pen-jualan buku melalui Internet su-dah pasti menggugat cara pe-ngedaran dan jualan buku dankedai buku mungkin menjadi ti-dak relevan lagi.

PROJEKTOR planetarium menghasilkan imej suasana langit pada waktu malampada skrin berbentuk kubah membolehkan penonton melihat bagaimanabentuk bumi dan bintang dari permukaan bulan.

PAKSI planet, digambarkan oleh garisan hitam ialah garis bayangan bagi putaran planet. Paksi planet tidak berserenjang dengan laluan orbit mengelilingimatahari, sebaliknya beranjak daripada kedudukan berserenjang sebagaimana digambarkan oleh garisan putus.