mengenali bahan bacaan - · pdf filemengenali bahan bacaan buku rujukan buku-buku rujukan...

13
Mengenali Bahan Bacaan KOLEKSI BAHAN BACAAN Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan oleh pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya adalah : Buku Fiksyen Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman ) Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan ) Bahan Terbitan Berkala. Bahan khusus. BUKU FIKSYEN Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya : Buku Fiksyen Melayu Buku Fiksyen Inggeris Buku Fiksyen Cina Buku Fiksyen Tamil Buku Fiksyen Arab Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah : Cerita Sains Cerita Nasihat Cerita Dongeng Cerita Khayalan Cerita Binatang Cerita Rakyat © 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 1

Upload: phamthuy

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang

diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan oleh

pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa

kategori, antaranya adalah :

• Buku Fiksyen

• Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )

• Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )

• Bahan Terbitan Berkala.

• Bahan khusus.

BUKU FIKSYEN Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau

khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut

bahasa, antaranya :

• Buku Fiksyen Melayu

• Buku Fiksyen Inggeris

• Buku Fiksyen Cina

• Buku Fiksyen Tamil

• Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah : • Cerita Sains

• Cerita Nasihat

• Cerita Dongeng

• Cerita Khayalan

• Cerita Binatang

• Cerita Rakyat

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 1

Page 2: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

BUKU BUKAN FIKSYEN

Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan

buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakan

buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukan

fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan

tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas

dibawa sepuluh bidang utama iaitu :

• Karya am

• Falsafah

• Agama

• Sains Kemasyarakatan

• Bahasa

• Sains Tulen

• Teknologi

• Kesenian

• Kesusasteraan

• Sejarah & Geografi

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 2

Page 3: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

BUKU RUJUKAN

Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk

mencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentang

makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang

tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :

a. Buku Rujukan Umum

b. Buku Rujukan Am

c. Buku Rujukan Khusus

d. Bahan Khusus

BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi

keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan dengan

mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak

kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.

BUKU RUJUKAN AM

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua

orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di

antara buku rujukan am adalah :

a. Almanak

b. Atlas

c. Direktori

d. Ensiklopedia umum

e. Gazetir

f. Kamus umum

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 3

Page 4: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

BUKU RUJUKAN KHUSUS

Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,

mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia

mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Di

antara buku rujukan khusus adalah :

a. Abstrak

b. Bibliografi khas

c. Biografi Individu

d. Ensiklopedia Khusus

e. Buku Glosari

f. Buku Indeks

g. Buku Istilah

h. Kamus khusus

BAHAN KHUSUS

Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara

atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :

a. Kertas Seminar

b. Pekeliling

c. Tesis

d. Maklumat perangkaan

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 4

Page 5: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

KOLEKSI BUKU MALAYSIANA

Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di

Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan

di dalam atau di luar Malaysia.

KOLEKSI BUKU NADIR

Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum

1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA

Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala atau

bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,

setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitan

berkala adalah :

• Buletin

• Jurnal

• Laporan Tahunan

• Majalah

• Risalah

• Surat khabar

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 5

Page 6: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas

dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya

penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah

untuk membantu pembaca :

• Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.

• Membuat nota dan catatan yang berkesan

• Tentang bahan semasa.

• Dalam penyampaian laporan.

• Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang

dikehendaki

ALMANAK

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga

merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan

maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran

bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat

perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan

mendalam.

contoh almanak

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 6

Page 7: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

BIBLIOGRAFI

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak

yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam

susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan

bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan

tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

• Bibliografi di bahagian akhiran buku.

• Bibliografi jilid khas atau buku.

Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :

• Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan dengan

isi kandungan buku yang telah dibaca.

• Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan .

• Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa

mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.

BIOGRAFI Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah : • Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih

mendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. contoh biografi

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 7

Page 8: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas

tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun

mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau

fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana,

mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.

Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan

ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

• Ensiklopedia umum

Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentang

perkara atau bidang tertentu.

• Ensiklopedia Khusus

Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi

keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara

atau bidang yang berkenaan.

Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :

• Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topik

dengan merujuk ensiklopedia umum.

• Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atau

topik dengan merujuk ensiklopedia khusus.

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 8

Page 9: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

GAZETIR

Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat

atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada

maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,

perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.

Gazetir disusun mengikut abjad.

Tujuan menggunakan gazetir

Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomi

sesuatu tempat.

Chambers World Gazetteer

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 9

Page 10: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

GLOSARI

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan

tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut

abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.

Terdapat dua jenis glosari iaitu:

• Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi

buku bukan fiksyen.

• Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataan-

perkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu.

Tujuan menggunakan glosari

• Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu

perkataan atau istilah yang kurang jelas.

• Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca

dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada

kamus.

Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 10

Page 11: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

INDEKS

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu

maklumat seperti perkataan atau topik.

Tujuan Indeks

• Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah

buku yang dibaca.

• Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.

Jenis-jenis Indeks

• Indeks di bahagian akhir buku.

• Indeks Jilid Khas.

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 11

Page 12: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

ISTILAH

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu

pengetahuan.

Tujuan menggunakan istilah :

• Untuk mendapatkan ejaan yang betul.

• Untuk membuat terjemahan.

• Untuk ketepatan penggunaan perkataan.

Jenis Istilah

• Halaman Istilah.

Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.

• Buku Istilah.

Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidang

tertentu.

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 12

Page 13: MENGENALI BAHAN BACAAN - · PDF fileMengenali Bahan Bacaan BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara

Mengenali Bahan Bacaan

KAMUS

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan

seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,

penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :

a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumat

seperti :

- Makna sesuatu perkataan

- Cara menggunakan perkataan

- Ejaan yang betul

b. Kamus Terjemahan

Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam

satu bahasa ke bahasa yang lain.

c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )

Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatu

perkataan dalam sesuatu bidang tertentu.

Tujuan menggunakan kamus adalah :

a. Untuk mencari makna atau definisi perkataan .

b. Untuk mengetahui asal-usul perkataan.

c. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.

d. Untuk mengetahui jenis perkataan.

e. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan.

f. Untuk mengetahui ejaan yang betul.

contoh kamus

© 2005 Zakaria bin Haji Ahmad 13