mengenai malaysia

10
KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang- kurangnya dua pertiga di Parlimen. Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Upload: ngokhuong

Post on 28-Jan-2017

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenai Malaysia

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara

menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-

kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain,

Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu

mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Page 2: Mengenai Malaysia

JALUR GEMILANG

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhirdengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang samadalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,

Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawahhingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat

Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak

bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha MuliaRaja-raja.

Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 PerdanaMenteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih

nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.

Page 3: Mengenai Malaysia

BUNGA KEBANGSAAN

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bungakebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu

YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihantersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang

merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomiserta sifat keberanian menempuh cabaran.

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksudlima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga

Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi

lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidupharmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksudkepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran

menjadi lambang pelbagai bangsa.

Page 4: Mengenai Malaysia

RAKYAT MALAYSIA,RAKYAT MAJMUK

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang tinggal dalam satu kawasan dan berjiran hidup dengan harmoni dan masing-

masing bebas menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka tanpa sebarang gangguan.

Hujah ini dapat dikukuhkan lagi apabila pada musim perayaan mereka saling kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina misalnya, rakan-rakan yang berbangsa Melayu dan India juga turut mengunjungi rumah rakan dan jiran yang berbangsa Cina untuk bersama merayakannya Kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan keharmonian antara kaum maka benarlah jika dikatakan bahawa bandar di Malaysia menonjolkan imej yang baik

kepada negara dari aspek perhubungan antara kaum.

Page 5: Mengenai Malaysia

RUKUN NEGARA

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garispanduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia

telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-PertuanAgong keempat.Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmurannegara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains danteknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruhtenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

Page 6: Mengenai Malaysia

RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

Page 7: Mengenai Malaysia

PARLIMEN

Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperananmenggubal undang-undang untuk diguna pakai di negara ini. Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat

Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang sediaada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaandan meluluskan cukai-cukai baru. Ia juga adalah wadah untukperbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagimengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara. Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:

Yang di-Pertuan AgongDewan NegaraDewan Rakyat

Page 8: Mengenai Malaysia

NEGARAKU (LIRIK)

NEGARAKUTANAH TUMPAHNYA DARAHKU

RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJURAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN

RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTARAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN

RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

Page 9: Mengenai Malaysia

LAGU NEGARAKU

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangatpatriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta

mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu

Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dansosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.

Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untukkesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku

asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara berajalain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan

sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambutPerayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah

rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih

dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

Page 10: Mengenai Malaysia

YANG DI PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi

baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah

Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah

Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong

dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.