mengazankan bayi
TRANSCRIPT
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 1/15
Meng-azankan Bayi Pada Telinganya
Berkenaan permasalahan ini, ada suatu perbahasan yang agak menarik dan sekaligus
memberikan kesimpulan yang agak kontra dengan kebiasaan amalan masyarakat kita yang
biasa mengazankan telinga bayi sebaik saja kelahirannya. Oleh itu, di sini saya utarakan satu
perbahasan mengenai status hadis berkaitan meng-azankan telinga bayi.
Hadis Pertama
Hadis ini berasal dari Abu Rofi’, bekas budak Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.),
ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan, seperti azan solat, di telinga al-Hasan bin
Ali, ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha (r.anha.) melahirkannya”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud (5105), at-Tirmidziy (4/1514), al-Baihaqiy dalam al-
Kubro (9/300), dan dalam asy-Syu’ab (6/389-390), ath-Thabraniy dalam al-Kabir (931-2578),
dan dalam ad-Du’a (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdur-Razzaq (7986), ath-Thoyalisiy
(970), al-Hakim (3/179), dan al-Baghawiy dalam Syarh as-Sunnah (11/273).
Al-Hakim berkata, “Sahih sanadnya sekalipun keduanya (al-Bukhari dan Muslim) tidak
mengeluarkannya”. Akan tetapi, ia disanggah oleh adz-Dzahabi dengan berkata: “Ashim
adalah dho’if (lemah)”. at-Tirmidzi berkata, “Semua meriwayatkannya dari jalur Sufyan ats-
Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rofi’ dari bapaknya”.
Ini juga merupakan Hadis Riwayat ath-Thabraniy dalam al-Kabir (926,2579), dan dibawakan
hadis ini oleh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawa’id (4/60) dari jalur Hammad bin Syu’aib
dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin al-Husain dari Abi Rofi’ dengan sedikit tambahan,
“Beliau azan di telinga al-Hasan dan al-Husain”. Dia berkata di akhirnya, “Beliau
memerintahkan hal itu kepada mereka”.
Di dalam sanad hadis ini terdapat Hammad bin Syu’aib. Ibnu Ma’in telah men-dho’if-kannya.
Menurut al-Bukhari, “Mungkar hadisnya”. Pada tempat lain, ia berkata: “Mereka
meninggalkan hadisnya”. al-Haitsami berkata dalam al-Majma’ (4/60), “Di dalamnya terdapat
Hammad bin Syu’aib, sedang dia adalah amat lemah”.
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 2/15
Di dalamnya juga terdapat Ashim bin Ubaidillah, seorang yang dho’if (lemah). Selain itu,
Hammad telah menyelisihi Sufyan ats-Tsaury, sama ada dalam hal sanad mahupun redaksi
hadis, ini adalah kerana ia telah meriwayatkannya dari Ashim dari Ali bin al-Husain dari Abi
Rofi’. Dia menggantikan Ubaidullah bin Abi Rofi’ dengan Ali bin al-Husain, dan ia juga
menambahkan lafaz pada redaksi hadis, “…al-Husain”, dan perintah berazan. Hammad yang
ini termasuk orang yang tidak diterima hadisnya, jika menyendiri dalam meriwayatkan hadis,
kerana kelemahan pada dirinya yang telah anda ketahui. Apalagi ia menyelisihi orang yang
lebih tsiqah (terpercaya) dan teliti daripada dirinya seperti ats-Tsaury. Dengan ini, hadis
Hammad menjadi mungkar kerana kelemahannya yang pertama, dan kedua, penyelisihannya
terhadap orang yang lebih tsiqah.
Adapun jalur kedua dari Sufyan, terdapat seorang yang bernama Ashim bin Ubaidillah. Al-
Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah (r.h.) berkata dalam at-Taqrib, “Dia lemah”. Al-Hafizh juga
menyebutkan dalam at-Tahdzib (5/42), Syu’bah berkata, “Andaikan Ashim ditanya,
“Siapakah yang membangunkan (membina) Masjid Bashrah, niscaya ia akan menjawab,
“Fulan dari fulan dari Nabi s.a.w. bahawa beliau telah membangunkannya”. Ini untuk
menggambarkan rawi ini bermudah-mudah meriwayatkan hadis, tanpa memperhatikan hadis
yang ia riwayatkan sehingga dia banyak menyelisihi orang yang lebih tsiqah.Adz-Dzahaby
berkata dalam al-Mizan (2/354), “Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: Ashim adalah hadisnya
mungkar. Ad-Daruquthny berkata: Ia ditinggalkan, orangnya lalai”. Lalu ia membawakan
hadis Abu Rofi’, “Bahawa Rasulullah s.a.w. meng-azani telinga al-Hasan dan al-Husain”.
Ringkasnya, hadis ini dho’if (lemah) kerana masalahnya ada pada Ashim, sedang anda telah
tahu keadaan dirinya.
Ibnul Qoyyim menyebutkan dalam dalam kitabnya Tuhfah al-Wadud (hal.17) hadis Abu
Rofi’, lalu membawakan dua hadis yang satunya dari Ibnu Abbas, dan lainnya lagi dari al-
Husain bin Ali. Beliau menjadikan kedua hadis ini sebagai penguat bagi hadis Abu Rofi’ dan
membuatkan tajuk, “Bab: Dianjurkannya azan ditelinga bayi”. Hal ini sebenarnya kurang
tepat sesuai dengan perbahasan yang akan kita ketahui kemudian, Insya Allah.
Hadis Kedua
Adapun hadis kedua dari Ibnu Abbas r.a., diriwayatkan oleh al-Baihaqy dalam Syu’abul Iman(6/8620) dari Muhammad bin Yunus dari al-Hasan bin Amer bin Saif as-Sadusy, ia berkata,
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 3/15
al-Qosim bin Muthoyyib Telah menceritakan kami dari Manshur bin Shofiyyah dari Abu
Ma’bad dari Ibnu Abbas: ”Bahawasanya Nabi s.a.w. azan di telinga al-Hasan bin Ali pada
hari ia dilahirkan, di telinga kanannya. Beliau melakukan iqomat pada telinga kirinya”.
Setelah itu, al-Baihaqi berkata: “Pada sanadnya terdapat kelemahan”. Kami katakan, “Bahkan
hadis ini palsu”. Penyakitnya ada pada al-Hasan bin Amer. Al-Hafizh berkata dalam at-
Taqrib, “Orangnya matruk/ditinggalkan”. Ibnu Abi Hatim berkata dalam al-Jarh wa at-Ta’dil
(1/2/26), biografi (no.109), “Saya pernah mendengarkan ayahku berkata: [Kami pernah
melihat al-Hasan bin Amer di Bashrah, dan kami tidak menulis hadis darinya, sedang dia itu
ditinggalkan hadisnya]”. Adz-Dzahaby berkata dalam al-Mizan, “al-Hasan bin Amer
dikatakan pendusta oleh Ibnul Madiny. Al-Bukhory berkata, “Dia pendusta”. Ar-Rozy
berkata, “Dia ditinggalkan”.”.
Sebagaimana yang kita ketahui bersama, diantara kaedah-kaedah Ilmu Mushtholah Hadis
bahawa hadis dho’if (lemah) tidak akan boleh dinaik taraf menjadi hadis sahih atau hasan,
kecuali ia datang dari jalur periwayatan yang lain, dengan syarat: Tiada orang (perawi) yang
teruk ke-dho’if-annya/kelemahannya dalam jalur tersebut, apalagi sehingga ada pendusta
(dalam jalur periwayatannya). Jadi, hadis kedua dari Ibnu Abbas ini (dalam keadaanya
sebegini) tetap kedudukannya sebagai hadis dho’if dan tidak boleh dijadikan hujjah.
Berdasarkan ilmu hadis, hadis Ibnu Abbas tersebut tidak boleh dijadikan sebagai penguat bagi
hadis Abu Rofi’. Jadi, hadis Abu Rofi’ tetap kedudukannya sebagai hadis dho’if, sedang hadis
Ibnu Abbas adalah palsu!!
Hadis Ketiga
Adapun hadis al-Hasan bin Ali, hadis ini diriwayatkan oleh Yahya ibnul Ala’ dari Marwan
bin Salim dari Talhah bin Ubaidillah dari al-Hasan bin Ali, ia berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w., “Barang siapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia meng-azani pada telinga
kanannya dan beriqomat pada telinga kirinya, niscaya anak itu tidak akan
dimudharatkan/dibahayakan oleh Ummu Shibyan”.
Hadis Riwayat Al-Baihaqiy dalam Syu’abul Iman (6/390), Ibnus Sunni dalam Amal al-Yaum
wa al-Lailah (623). Hadis ini dibawakan oleh al-Haitsami dalam al-Majma’’ (4/59) dengan
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 4/15
katanya, “Hadis Riwayat Abu Ya’la(6780), di dalamnya terdapat seorang rawi yang bernama
Marwan bin Salim al-Ghifary, sedang ia itu matruk (ditinggalkan hadisnya)”.
Bahkan hadis al-Husain bin Ali di atas adalah palsu, di dalamnya terdapat seorang rawi yang
bernama Yahya Ibnul Ala’ dan Marwan bin Salim, keduanya memalsukan hadis sebagaimana
hal ini disebutkan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadis adh-Dho’ifah (321).
Dengan itu, hadis Abu Rofi’ tetap keadaannya sebagai hadis dho’if sebagaimana yang
dikatakan oleh al-Hafizh dalam at-Talkhish (4/149): “Inti permasalahannya pada Ashim bin
Ubaidillah, sedang ia itu dho’if.”
Terdahulu, Syaikh Al-Albani pernah meng-hasan-kan hadis ini dalam Kitabnya Shahih Sunan
at-Tirmidzy (1224), Shahih Sunan Abu Daud (4258), al-Irwa’ (4/401), dan Silsilah al-Ahadis
adh-Dho’ifah (1/493).
Namun kemudiannya Syaikh al-Albani menyemak semula peng-hasanan yang beliau lakukan
terhadap hadis Abu Rofi’ (hadis pertama) dan meletakkannya di dalam Kitab adh-Dho’ifah
pada cetakan terakhir yang diterbitkan oleh Maktabah al-Ma’arif (1/494/no.321), “Sekarang
saya tegaskan (walaupun Kitab asy-Syu’ab telah dicetak), bahawa hadis Ibnu Abbas tidak
sesuai/layak untuk dijadikan penguat (bagi hadis Abu Rofi’ - pent.), kerana di dalamnya
terdapat rawi pendusta dan matruk (ditinggalkan). Saya amat hairan terhadap al-Baihaqy dan
Ibnul Qoyyim, bagaimana mereka berdua hanya men-dho’if-kan hadis tersebut sehingga saya
hampir memastikan sesuainya hadis tersebut dijadikan sebagai penguat. Makanya, dengan itu
saya menganggap bahawa diantara kewajiban saya adalah untuk mengingatkan hal itu dan
mentakhrijnya pada perbahasan akan datang (no.6121)”.
Di sana ada sebuah hadis yang diriwayatkan di dalam kitab “Manaqib al-Imam Ali” (113) dari
Ibnu Umar secara marfu’. Cuma sayangnya hadis ini sekali lagi turut tidak boleh dijadikan
sebagai penguat kerana di dalamnya ada rawi pendusta. Abu Ishaq al-Huwainy berkata dalam
al-Insyirah (hal.96), “Kesimpulannya, tidak ada satu hadis pun yang boleh menjadi penguat
bagi hadis ini menurut yang saya ketahui, Wallahu a’lam”.
Jadi, tiga hadis di atas tidak boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan sunnahnya meng-
azankan, dan meng-iqomatkan telinga bayi yang baru lahir, kerana kelemahan dankepalsuannya.
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 5/15
Sumber: Buletin Juma’at al-Atsariyyah, edisi 02 Tahun I.
Penerbit: Pustaka Ibnu Abbas. Alamat: Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne. No. 58,
Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel.
Kesimpulannya:
Dengan perbahasan ini, ia menunjukkan bahawa meng-azankan pada telinga bayi di saat
kelahirannya adalah tidak sahih dari sunnah Nabi s.a.w.. Wallahu a’lam...
Mentahnik Bayi Dengan Kurma
Tahnik bermaksud memamahkan kurma hingga hancur, menyuapkan ke mulut bayi dan
menggosokkan kurma tersebut (yang telah hancur tadi) ke langit-langit mulut si bayi. Ia
dilakukan dengan memasukkan sedikit kurma yang telah hancur dikunyah ke mulut bayi,
kemudian menggerak-gerakkannya ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Ia dilakukan
sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi/memakan kurma yang dimamah tadi dengan
sebaiknya.
Ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang menunjukkan perihal kesunnahan perbuatan ini
yang tsabit dari Nabi s.a.w. sendiri. Antara hadisnya adalah sebagaimana berikut,
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu (r.a.), katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi
lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu
ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya
memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 376)
Berkata Dr. Faruq Musahil dalam Majalah al-Ummah al-Qathariyah, jil. 50 dalam sebuah
artikel berjudul: “Perhatian Islam Terhadap Nutrisi Anak”, ketika menjelaskan hadis berkaitan
tahnik, beliau menyatakan:
“Tahnik dengan timbangan apapun merupakan sebuah mukjizat kedoktoran Nabi yang telah berlaku sejak empat belas abad yang lalu agar manusia mengetahui tujuan dan hikmah di
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 6/15
sebaliknya. Berdasarkan ilmu kedoktoran, anak kecil itu (khususnya yang baru sahaja lahir)
memiliki kebarangkali yang tinggi untuk mengalami kematian dan penyakit jika terjadinya
dua perkara, (iaitu) – 1 – Jika kadar gula dalam darah berkurang (disebabkan kelaparan), dan
– 2 – Jika darjah suhu tubuh mereka turun mendadak ketika dihadapkan kepada udara dingin
dari persekitaran mereka.” (Dinukil dari Buku “Mendidik anak Bersama Nabi shallahu ‘alaihi
wa sallam, Terbitan Pustaka Arafah, oleh Muhammad Suwaid)
Berdasarkan pembuktian saintifik, sememangnya hal ini diperakui di mana gula yang
merupakan binaan dari glucosa terutamanya gula dari buah-buahan seperti kurma merupakan
gula teringkas yang mudah dicernakan dan pemberi tenaga segera kepada tubuh badan
sekaligus membantu menentukan kandungan gula dalam darah. Gula juga memainkan
peranan dalam kadar metabolisma dalam badan yang mana berupaya memberikan kesan
peningkatan suhu badan pada kadar tertentu.
Mendoakan Kebaikan/Keberkatan
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu (r.a.), katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi
lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu
ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya
memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 376)
Aqiqah Dan Mencukur Rambut Bayi
Aqiqah di sini dimaksudkan dengan menyembelih haiwan dan mencukur rambut si bayi.
Dari satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):
“Sesuatu yang perlu mengiringi bayi yang lahir itu adalah aqiqah. Oleh itu, sembelihlah untuk
tujuan aqiqah itu dan singkirkanlah darinya bahaya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab
Aqiqah, no. 380)
Dalam hadis yang lain,
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 7/15
“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke
tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh
al-Albani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184)
Hukum Aqiqah;
Hukum aqiqah, menurut Sheikh Dahlawi rahimahullah (r.h.), “Disunnahkan bagi orang yang
memiliki atau mampu membeli dua ekor kambing agar menyembelih dua ekor untuk anak-
lelaki.” (Rujuk: Hujjatullah al-Baalighah, 2/144)
Menurut Imam Ahmad bin Hanbal r.h., “Sesungguhnya aqiqah itu menghidupkan sunnah dan
aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.” (Rujuk: Kitab Tuhfat al-Maulud,
m/s. 39)
Menurut Imam Malik, “Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang
menyembelih aqiqah. Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada
kambing jantan mahupun betina. Aqiqah itu bukanlah wajib, akan tetapi mustahab
(disukai/sunnah) dan ia sentiasa diamalkan oleh orang-orang dari kalangan kita.” (al-
Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7)
Disunnahkan Pada Hari Ketujuh;
“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke
tujuh...”
Dalam riwayat yang lain, ath-Thabrani dan Dhiya’ juga meriwayatkan secara marfu’ dari
Buraidah r.a., “Aqiqah itu disembelihkan pada hari ke tujuh, atau ke empat belas, atau dua
puluh satu.” (Lihat: Shahihul Jami’, no. 4132)
Jika melihat zahir hadis, ia jelas menunjukkan bahawa disunnahkan aqiqah itu pada ari yang
ke tujuh. Namun ada sebahagian pendapat menyatakan dibolehkan ber-aqiqah pada hari yang
lain jika tidak dapat pada hari yang ke tujuh. Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim,
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 8/15
“Melakukan aqiqah pada hari ke tujuh adalah sunnah. Namun, jika disembelih pada hari ke
empat, ke lapan, ke sepuluh, atau selepasnya tetap dikira sebagai aqiqah. Aqiqah itu dikira
mengenai hari penyembelihan bukannya hari dimasak dan dimakan.” (Rujuk Tuhfat al-
Maulud, m/s. 43) Wallahu a’lam...
Haiwan Sembelihan;
1 – Aqiqah itu dilakukan untuk anak lelaki adalah dengan dua ekor kambing dan bagi anak
perempuan adalah dengan seekor kambing. Dan jantina haiwan itu tidak mengapa sama ada
jantan ataupun betina.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Asma’ binti Yazid secara marfu’, “Aqiqah adalah hak yang
mesti ditunaikan. Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, dan untuk anak
perempuan satu ekor kambing.” (Disahihkan oleh al-Albani, lihat: Shahihul Jami’, no. 4106
dan 4107)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha (r.anha), berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing, dan untuk anak perempuan adalah satu
ekor kambing”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1565. Ibnu Majah, no. 3163. Disahihkan
oleh al-Albani)
Menurut Imam Malik, “Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang
menyembelih aqiqah. Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada
kambing jantan mahupun betina...” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7)
2 – Haiwan mestilah sihat, sempurna, dan tidak cacat.
Menurut Imam Malik, “Mereka yang melaksanakan aqiqah untuk anaknya, sama hal nya
dengan melaksanakan ibadah kurban. Binatang yang disembelih tidak boleh buta sebelah
matanya, tidak boleh kurus, cacat, atau sakit. Juga tidak boleh dijual dagingnya mahupun
kulitnya dan tidak boleh dipatahkan tulangnya. Keluarga yang melakukan aqiqah boleh
makan dagingnya dan menyedekahkannya kepada orang lain. Namun, si anak tidak boleh
menyentuh darahnya.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7)
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 9/15
Mecukur Keseluruhan Rambut Bayi;
“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke
tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh
al-Albani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184)
Selain melaksanakan ‘aqiqah, disunnahkan untuk mencukur keseluruhan rambut si anak
sebagaimana hadis di atas.
Kemudiannya, rambut yang telah dicukur, disunnahkan juga untuk menimbangnya dan
kemudian mengeluarkan sedekah berdasarkan kiraan berat rambut yang ditimbang dengan
beberapa keping perak. Iaitu menukarkan berat rambut dengan berat perak.
Imam Malik meriwayatkan, bahawa “Fatimah, anak Rasulullah (s.a.w.) menimbang rambut
Hasan, Husein, Zainab, dan Ummi Kaltsum dan mengeluarkan sedekah mengikut kiraan berat
rambut yang ditimbang dengan (nilai) perak.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 2)
Memberikan nama;
Disunnahkan juga memberi nama kepadanya jika ia belum diberikan nama pada hari ‘aqiqah
dilaksanakan atau ketika rambut dicukur, sebagaimana hadis “...lalu diberi nama dan dicukur
rambutnya” iaitu dengan memberikan kepadanya nama yang baik. Ini dapat dilihat dalam
beberapa hadis antaranya,
Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Namailah (anak-anakmu)
dengan nama-nama para nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah
Abdullah dan Abdurrahman, dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam,
sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan
an-Nasa’i. Sanad Hadis ini majhul, namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang
lain. Lihat: Jami’ al-Ushul, 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)
Dari Abu Basrah, Nabi s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan
Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Lihat: Shahihul Jami’, no. 3269)
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 10/15
Ibu bapa hendaklah menjauhi diri dari meletakkan/memberikan nama kepada anak tersebut
dengan nama-nama yang khusus bagi Allah seperti al-Ahad (yang Esa), al-Kholiq (yang Maha
Pencipta), dan seumpamanya. Juga janganlah sekali-kali meletakkan nama dengan nama-
nama yang buruk dan memiliki maksud yang tidak elok.
Sheikh Dr. Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan, “Kuniyah (nama panggilan) kepada
bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-
Maulud, m/s. 706, oleh Sheikh Dr. Bakr)
Mengkhatan-kan Anak
Khatan ialah sesuatu yang dipotong bagi lelaki dan perempuan. Dalam erti kata lain,
memotong lebihan kulit yang berada di kepala zakar bagi lelaki. (Lihat: al-Aulaad wa
Tarbiyatuhum fi Dhau’i al-Islam, karya Sheikh Muhammad al-Muqbil, m/s. 91)
Menurut pendapat yang lain, “Kata khitan menurut bahasa bererti memotong kulit yang
menutupi kepada zakar. Sedangkan menurut istilah syar’i, adalah memotong bulatan bahagian
hujung hasyafah, iaitu tempat pemotongan kulit yang menutupi kepala zakar yang juga
menjadi tempat kemuliaan dari hukum syari’at. Ini berdasarkan hadis, “Jika telah bertemu dua
khitan (kemaluan) maka wajib mandi” (Lihat: Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah, no. 1261).”
(Rujuk: Mendidik Anak Bersama Nabi, m/s. 94, oleh Muhammad Suwaid)
Khatan bagi anak perempuan adalah memotong lebihan kulit yang menyerupai balung ayam
jantan yang terletak di atas faraj. (Rujuk: Didik Anak Cara Islam, m/s. 46, oleh Syaikhah
Abdullah)
Imam Ahmad meriwayatkan dari Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Khitan
itu merupakan sunnah bagi kaum lelaki dan kemuliaan bagi kaum wanita.”
Daripada Abu Hurairah r.a., aku mendengar Nabi bersabda, “Lima (5) perkara adalah fitrah
bagi manusia, (iaitu) berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai, memotong
(memendekkan) kuku, dan mencabut bulu ketiak.”(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Pakaian,
no. 779)
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 11/15
Ibnul Jauzi menyatakan bahawa berkhatan itu adalah sunnah muakkadah menurut pandangan
Malik dan Abu Hanifah, manakala menurut asy-Syafi’i adalah fardhu. (Lihat: al-Qawaanin al-
Fiqhiyah, m/s. 314, oleh Ibnul Jauzi)
Adab mengkhatan bagi anak perempuan, dari Ummu ‘Athiyyah, Rasulullah s.a.w. telah
menyatakan kepada tukang khitan dengan katanya, “Apabila kamu melakukan khatan
janganlah berlebih-lebihan kerana ia itu akan mendatangkan kebaikan kepada perempuan
tersebut dan ia lebih disukai oleh suami.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Lihat: Shahiul Jami’,
no. 7352)
Menyusukan Dan Memelihara Anak
Seorang ibu yang melahirkan anaknya hendaklah memelihara, menjaga, membelai dan
menyusukan anaknya. Ia juga turut menjadi tanggungjawab si bapa dalam urusan memberi
nafkah yang baik kepadanya dan memastikan anak tersebut sentiasa dalam keadaan yang
selamat.
Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang
ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada
para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar
kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang
ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin
menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuwaratan, maka tidak
ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak
ada dosa bagimu apabila kamu memberikan bayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu
kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (al-
Baqarah, 2: 233)
Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di di dalam Tafsirnya, “Khabar dari ayat ini
menunjukkan sebagai suatu perintah – “hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua
tahun penuh”. Apabila seseorang bayi telah sempurna dua tahun menyusu ibu, maka telahselesailah tempoh menyusunya dan air susu yang diberi selepas tempoh itu adalah menyamai
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 12/15
dengan pelbagai makanan yang lain. Kerana itu jugalah, penyusuan yang berlaku setelah
tempoh dua tahun itu tidaklah dikira (sebagai wajib) dan tidak juga diharamkan.
“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf.
Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu
menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun
berkewajiban demikian.”
Hal ini mencakupi buat mereka yang masih dalam ikatan pernikahan dengan suaminya
mahupun yang telah diceraikan; maka seorang ayah wajib memberinya makan. Ertinya,
memberi nafkah dan pakaian iaitu upah bagi pekerjaan menyusui yang dilakukan. Ini juga
menunjukkan bahawa apabila masih dalam ikatan pernikahan, suaminya wajib memberi
nafkah dan pakaian, sesuai menurut keadaannya. Kerana itu Allah berfirman, (maksudnya)
“seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” Tidaklah seseorang
yang fakir dibebankan untuk memberikan nafkah seperti nafkahnya orang yang kaya, dan
tidak pula seorang yang tidak mempunyai harta hingga mendapatkannya.” (Tafsir as-Sa’di
(Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 377-379)
Oleh itu, ayah dan ibu serta waris, seharusnya menggalas tanggungjawab bagi memastikan
anak yang di bawah jagaan mereka mendapat pemeliaharan yang baik bermula dari pemberian
susu ibu sebagai nutrisi pertamanya dalam tempoh yang telah ditunjukkan. Atas alasan yang
tertentu juga dan tidak memudharatkan, dibolehkan bagi si ayah dan ibu (penjaga) untuk
meminta orang lain untuk menyusukan anak tersebut.
Dalam beberapa kajian saintifik, air susu ibu memiliki nutrisi yang sangat-sangat penting dan
mencukupi bagi seorang bayi yang berada di bawah umur 2 tahun. Di samping itu ia turut
membantu membina proses tumbesaran yang normal, membantu penghasilan antibodi yang
baik, dan membantu memelihara kesihatan bayi dengan lebih sempurna berbanding dengan
susu-susu buatan yang selainnya. Kasih sayang si ibu terhadap anak juga akan menjadi lebih
terserlah dan si anak mendapat belaian yang sewajarnya dari seorang ibu yang penyayang.
Ibu Bapa Yang Sholeh Dan Kesannya
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 13/15
Peribadi yang baik dan soleh adalah merupakan tauladan yang terbaik buat anak-anak yang
berada di bawah jagaan mereka. Ini terlaksana antaranya apabila kedua orang tua mempunyai
disiplin dan keperibadian yang bertaqwa kepada Allah dengan mengikuti panduan yang
ditunjukkan oleh-Nya di samping sentiasa bekerjasama bagi melaksanakan tugas dalam
mendidik dengan baik.
Ini juga dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. (yang maksudnya):
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran
melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang
sebahagiannya (mewarisi) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” (Ali Imran, 3: 34)
Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di berkomentar, “Dan Allah menyebutkan keluarga-keluarga
besar tersebut dan apa yang di dalamnya berupa manusia-manusia yang agung yang memiliki
sifat-sifat kesempurnaan, dan bahawasanya keutamaan dan kebaikan itu telah diwariskan
secara turun temurun oleh anak-cucu mereka, yang mencakupi lelaki dan wanita. Ini adalah
merupakan kurniaan yang paling utama dan tempat kemurahan dan kebaikan-Nya yang paling
utama. (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan),
jil. 1, m/s. 487)
Kesan daripada Ibu bapa yang bertaqwa dan sholeh, para malaikat juga turut mendoakan buat
mereka kebaikan dan memohonkan syurga buat anak-anak yang memiliki ibu bapa yang
sholeh. Ini dapat dilihat dari firman Allah s.w.t. berikut (maksudnya):
“Ya Rabb kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan
kepada mereka dan orang-orang yang sholeh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri
mereka serta keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” (al-Mukmin, 40: 8)
Malah, suatu anugerah dari Allah s.w.t., seandainya anak-anak cucu yang tersebut lahir dan
hidup dalam keadaan yang penuh taqwa dan keimanan, taat kepada Allah s.w.t., maka Allah
juga turut menyatakan bahawa kelak nanti di Syurga, Allah akan mempertemukan mereka.
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 14/15
Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu
mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan
mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia
terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (ath-Thuur, 52: 21)
Anak-Anak Yang Sholeh Akan Mendoakan Ibu Bapanya
Memiliki anak yang sholeh adalah merupakan sebahagian kurniaan yang sangat bermakna
bermula dari dunia sehinggalah meninggal dunia. Ini terlaksana melalui keperibadiannya yang
sentiasa merendah diri menjaga akhlak kepada ibu bapa atau orang tua, sekaligus mendoakan
kebaikan buat kedua ibu dan bapanya tidak kira semasa hayatnya mahu pun setelah meninggal
dunia. Ini dilihat dari firman Allah s.w.t. yang maksudnya,
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan
ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah
mendidik aku waktu kecil”. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika
kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang
yang bertaubat.” (al-Isra’, 17: 24-25)
“Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku petunjuk untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk
mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke
dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.” (an-Naml, 27: 19)
Juga melalui hadis Nabi s.a.w., kita dikhabarkan bahawa doa dan amalan anak-anak yang
sholeh itu sentiasa memberi kesan yang baik kepada kedua orang tuanya walaupun orang
tuanya telah meninggal dunia.
“Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga
perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang
mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Wasiat, Hadis no. 14. Dan Abu Daud, Kitab
Wasiat, no. 3880)
Penutup Dan Kesimpulan
8/7/2019 Mengazankan bayi
http://slidepdf.com/reader/full/mengazankan-bayi 15/15
Ketika menyambut kelahiran orang baru (bayi), agama kita agama Islam memiliki ciri-ciri
yang istimewa beradasarkan contoh daripada sunnah untuk dilaksanakan dan dipraktikkan.
Ianya selain berupa bentuk sebagai tanggungjawab, ia juga sebenarnya merupakan suatu
amalan yang berbentuk ibadah yang bertujuan mencari keredhaan Allah dalam menerima
kurniaan anugerah-Nya melalui anak yang diberi. Praktik amalan tersebut secara ringkas
dapatlah disimpulkan sebagaimana berikut,
1 – Melahirkan si anak dengan baik.
2 – Mentahnik.
3 – Mendoakan Kebaikan.
4 – Melaksanakan ‘aqiqah dan mencukur keseluruhan rambutnya.
5 – Memberikan nama kepada anak yang dilahirkan.
6 – Mengkhatankan-nya.
7 – Memelihara, menjaga, menyusukan, dan memberikan nafkah.