mengapa melayu dijajah dan cara mengatasinya

2
MENGAPA MELAYU DIJAJAH DAN CARA MENGATASINYA: PERSPEKTIF INTELEKTUAL DR. BURHANUDDIN PENGENALAN Lebih lima dekad telah berlalu sejak pembubaran rasmi penjajahan di Malaysia. Kajian pelbagai aspek penjajahan di Semenanjung telah berkembang secara meluas sejak beberapa tahun yang lalu sehingga ulasan sebahagian kecil kajian yang telah dilakukan dengan mudah boleh menempati seluruh monograf. Di sini bukan tempatnya untuk membuat satu kritikan komprehensif karya-karya yang telah diterbitkan. Apa yang lebih penting untuk diperhatikan di sini adalah bahawa perkembangan positif di dalam kajian mengenai penjajahan tidak unik hanya kepada Alam Melayu sahaja. Di kebanyakan negara-negara di Asia Selatan, Amerika Latin dan Afrika, kajian colonial dan pasca-kolonial telah menjadi satu usaha intelektual yang berkembang di kalangan cendekiawan, wartawan dan penulis kreatif. Mereka menyelidik tentang asal-usul, evolusi dan kesan penjajahan Eropah dan juga tanggapan negatif bangsa penjajah terhadap yang dijajah. Namun, satu dimensi penting yang membezakan kajian mengenai penjajahan di Malaysia dari kajian- kajian yang lain adalah kekurangan dari segi analisis teoretikal pemikir Melayu yang hidup dibawah naungan bangsa asing. Banyak alasan yang boleh dikemukakan untuk menerangkan jurang perbezaan ini, tapi mungkin tidak ada yang lebih penting daripada salah andaian di kalangan sarjana Melayu dan bukan Melayu bahawa pemikir Melayu tidak memberi sebarang sumbangan dari segi konsep, teori ataupun menjelaskan secara intelektual berbagai perubahan-perubahan yang dibawa oleh penjajahan kepada masyarakat tempatan. Kebanyakan penulisan mengenai penjajahan yang diterbit dalam bahasa Melayu dianggap oleh para akademik kotemporari sebagai penulisan yang bukan ilmiah dan bersifat populis maka oleh itu kurang dari segi kecanggihan teori serta kerapian metodologi yang jelas terlibat di dalam karya-karya penulis dari Asia Selatan dan Afrika. Karya-karya para intelek Melayu dianggap tidak setara dengan yang pemikir pasca-kolonial seperti Franz Fanon, CLR James atau Aime Cesaire yang melalui tulisan-tulisannya telah melahirkan banyak kajian-kajian yang baru mengenai proses penjajahan. Makanya, tugas kita adalah untuk mengatasi persepsi keterbatasan di dalam tulisan-tulisan pemikir Melayu ke arah menerangkan teori-teori yang mereka diajukan. Makalah ini dipandu oleh keyakinan bahawa pemikir Melayu yang menulis di zaman selepas perang memang telah mengajukan teori-teori tentang penjajahan di Malaysia khasnya dan di Alam Melayu secara amnya. Fokus saya adalah kepada karya seorang intelektual dan aktivis Melayu, Dr Burhanuddin Al- Helmy (1911-1969). Pilihan ini bukanlah secara kebetulan; sebaliknya ia ditentukan oleh faktor-faktor yang bersifat empiris dan teori. Tiada buku mengenai politik Malaysia dan Melayu di pasca Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara boleh dikatakan lengkap tanpa merujuk kepada tulisan- tulisan dan aktivisme Burhanuddin. Beliau sudahpun menjadi subjek biografi, monograf, artikel ilmiah dan tesis akademik. Burhanuddin dianggap oleh seorang ahli sejarah sebagai salah satu ideologi nasionalisme Melayu yang paling

Upload: khairulaku

Post on 21-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

MENGAPA MELAYU DIJAJAH DAN CARA MENGATASINYA:PERSPEKTIF INTELEKTUAL DR. BURHANUDDIN

PENGENALANLebih lima dekad telah berlalu sejak pembubaran rasmi penjajahan di Malaysia. Kajian pelbagai aspek penjajahan di Semenanjung telah berkembang secara meluas sejak beberapa tahun yang lalu sehingga ulasan sebahagian kecil kajian yang telah dilakukan dengan mudah boleh menempati seluruh monograf. Di sini bukan tempatnya untuk membuat satu kritikan komprehensif karya-karya yang telah diterbitkan. Apa yang lebih penting untuk diperhatikan di sini adalah bahawa perkembangan positif di dalam kajian mengenai penjajahan tidak unik hanya kepada Alam Melayu sahaja. Di kebanyakan negara-negara di Asia Selatan, Amerika Latin dan Afrika, kajian colonial dan pasca-kolonial telah menjadi satu usaha intelektual yang berkembang di kalangan cendekiawan, wartawan dan penulis kreatif. Mereka menyelidik tentang asal-usul, evolusi dan kesan penjajahan Eropah dan juga tanggapan negatif bangsa penjajah terhadap yang dijajah. Namun, satu dimensi penting yang membezakan kajian mengenai penjajahan di Malaysia dari kajian-kajian yang lain adalah kekurangan dari segi analisis teoretikal pemikir Melayu yang hidup dibawah naungan bangsa asing.Banyak alasan yang boleh dikemukakan untuk menerangkan jurang perbezaan ini, tapi mungkin tidak ada yang lebih penting daripada salah andaian di kalangan sarjana Melayu dan bukan Melayu bahawa pemikir Melayu tidak memberi sebarang sumbangan dari segi konsep, teori ataupun menjelaskan secara intelektual berbagai perubahan-perubahan yang dibawa oleh penjajahan kepada masyarakat tempatan. Kebanyakan penulisan mengenai penjajahan yang diterbit dalam bahasa Melayu dianggap oleh para akademik kotemporari sebagai penulisan yang bukan ilmiah dan bersifat populis maka oleh itu kurang dari segi kecanggihan teori serta kerapian metodologi yang jelas terlibat di dalam karya-karya penulis dari Asia Selatan dan Afrika. Karya-karya para intelek Melayu dianggap tidak setara dengan yang pemikir pasca-kolonial seperti Franz Fanon, CLR James atau Aime Cesaire yang melalui tulisan-tulisannya telah melahirkan banyak kajian-kajian yang baru mengenai proses penjajahan. Makanya, tugas kita adalah untuk mengatasi persepsi keterbatasan di dalam tulisan-tulisan pemikir Melayu ke arah menerangkan teori-teori yang mereka diajukan.Makalah ini dipandu oleh keyakinan bahawa pemikir Melayu yang menulis di zaman selepas perang memang telah mengajukan teori-teori tentang penjajahan di Malaysia khasnya dan di Alam Melayu secara amnya. Fokus saya adalah kepada karya seorang intelektual dan aktivis Melayu, Dr Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969). Pilihan ini bukanlah secara kebetulan; sebaliknya ia ditentukan oleh faktor-faktor yang bersifat empiris dan teori.Tiada buku mengenai politik Malaysia dan Melayu di pasca Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara boleh dikatakan lengkap tanpa merujuk kepada tulisan-tulisan dan aktivisme Burhanuddin. Beliau sudahpun menjadi subjek biografi, monograf, artikel ilmiah dan tesis akademik. Burhanuddin dianggap oleh seorang ahli sejarah sebagai salah satu ideologi nasionalisme Melayu yang paling penting di dalam sejarah Nusantara (Harper 1998:13). Burhanuddin adalah salah satu daripada penulis Melayu yang berusaha untuk menyatakan dengan jelas keadaan dibawah penjajahan dengan cara yang mendalam sementara memainkan peranan yang penting di dalam gerakan penentangan terhadap British. Meskipun harus diakui bahawa beberapa aspek idea Burhanuddin tidak tepat memandangkan perkembangan ilmu terkini, saya berpendapat bahawa teorinya mengenai penjajahan di dunia Melayu sangat relevan di dalam mengembangkan pemahaman kita tentang tindak balas golongan intelektual pribumi terhadap bangsa asing.