mengapa al-shafi’i mewajibkan zakat pada harta anak yatim

7
Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim Muhammad Hanief Awang Yahaya, www.darulkautsar.net Adakah dikenakan zakat pada harta anak kecil atau anak yatim apabila cukup nisab dan tempoh setahunnya? Ulama berbeza pendapat berhubung perkara ini. Golongan majoriti ulama mewajibkan zakat pada harta kanak- kanak. Mereka ialah al-Shafi’i, Malik dan Ahmad. Namun Abu Hanifah mengatakan tidak dikenakan zakat padanya. Mengikut beliau, hanya dikenakan ‘ushur pada tanaman milik mereka. Imam al-Tirmidhi menukilkan khilaf yang berlaku di kalangan ulama berhubung dengan masalah ini. Kata beliau: ْ دَ قَ وَ فَ لَ تْ خ اُ لْ هَ اِ مْ لِ عْ ل ا يِ ف اَ دَ هِ ابَ بْ ل ا ىَ اَ رَ فُ رْ يَ غٍ دِ احَ وْ ) نِ مِ ابَ حْ صَ اِ ّ يِ بَ ّ لن ا يَ ّ لَ صُ َ ّ اِ هْ يَ لَ عَ مَ ّ لَ سَ و يِ فِ الَ مِ م يِ ? نَ بْ ل اً اةَ كَ زْ مُ هْ نِ مُ رَ مُ عٌ ّ يِ لَ عَ وُ هَ J شِ اَ عَ وُ ) نْ ب اَ وَ رَ مُ عِ هِ بَ وُ ولُ قَ يٌ R كِ الَ مُ ّ يِ عِ ف اَ ّ J ش ل اَ وُ دَ مْ حَ اَ وُ قَ حْ سِ ] اَ وْ تَ ل اَ قَ وٌ هَ فِ ايَ طْ ) نِ مِ لْ هَ اِ مْ لِ عْ ل اَ سْ يَ ل يِ فِ الَ مِ م يِ ? نَ بْ ل اٌ اةَ كَ زِ هِ بَ وُ ولُ قَ يُ ) انَ بْ فُ سf ُ ّ ىِ زْ وَ ّ J ث ل اُ دْ بَ عَ وِ َ ّ اُ ) نْ بِ R كَ ازَ بُ مْ ل اAhli ilmu berselisih pendapat berhubung perkara ini, beberapa orang sahabat Nabi s.a.w berpendapat harta anak yatim itu dikenakan zakat, mereka ialah ‘Umar, ‘Ali, ‘A`ishah dan Ibnu Umar, dan itulah pendapat Malik, Shafi’i, Ahmad dan Ishaq. Sementara segolongan ahli ilmu yang lain pula berpendapat: Tidak dikenakan zakat pada anak yatim, dan itulah pegangan Sufyan al-Thawri dan Abdullah Ibnu al-Mubarak dan Abu Hanifah.

Upload: darulkautsar

Post on 31-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Adakah dikenakan zakat pada harta anak kecil atau anak yatim apabila cukup nisab dan tempoh setahunnya? Ulama berbeza pendapat berhubung perkara ini. Golongan majoriti ulama mewajibkan zakat pada harta kanak-kanak. Mereka ialah al-Shafi’i, Malik dan Ahmad. Namun Abu Hanifah mengatakan tidak dikenakan zakat padanya. Mengikut beliau, hanya dikenakan ‘ushur pada tanaman milik mereka. Imam al-Tirmidhi menukilkan khilaf yang berlaku di kalangan ulama berhubung dengan masalah ini

TRANSCRIPT

Page 1: Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

Muhammad Hanief Awang Yahaya,

www.darulkautsar.net

 

Adakah dikenakan zakat pada harta anak kecil atau anak yatim apabila cukup nisab dan tempoh

setahunnya? Ulama berbeza pendapat berhubung perkara ini. Golongan majoriti ulama

mewajibkan zakat pada harta kanak-kanak. Mereka ialah al-Shafi’i, Malik dan Ahmad. Namun

Abu Hanifah mengatakan tidak dikenakan zakat padanya. Mengikut beliau, hanya dikenakan

‘ushur pada tanaman milik mereka. Imam al-Tirmidhi menukilkan khilaf yang berlaku di kalangan

ulama berhubung dengan masalah ini. Kata beliau:

 

�ل�ف� و�ق�د� ت �ه�ل� اخ� � أ �م �ع�ل �اب� ه�ذ�ا ف�ي ال �ب �ى ال أ �ر� ف�ر� ص�ح�اب� م�ن� و�اح�د� غ�ي� �ي# أ $ب ص�ل$ى الن

$ه� �ه� الل �ي $م� ع�ل ل � م�ال� ف�ي و�س� �يم �ت �ي �اة, ال ك �ه�م� ز� �ي2 ع�م�ر� م�ن ة� و�ع�ل �ش� �ن� و�ع�ائ �ه� ع�م�ر� و�اب و�ب

�ق�ول� �ك: ي اف�ع�ي> م�ال �ح�م�د� و�الش$ ح�ق� و�أ �س� �ت� و�إ �ف�ة: و�ق�ال �ه�ل� م�ن� ط�ائ � أ �م �ع�ل �س� ال �ي ف�ي ل

� م�ال� �يم �ت �ي �اة: ال ك �ه� ز� �ق�ول� و�ب �ان� ي ف�ي $و�ر�ي> س� �د� الث $ه� و�ع�ب �ن� الل ك� ب �ار� �م�ب ال

 

Ahli ilmu berselisih pendapat berhubung perkara ini, beberapa orang sahabat Nabi s.a.w

berpendapat harta anak yatim itu dikenakan zakat, mereka ialah ‘Umar, ‘Ali, ‘A`ishah dan Ibnu

Umar, dan itulah pendapat Malik, Shafi’i, Ahmad dan Ishaq.

 

Sementara segolongan ahli ilmu yang lain pula berpendapat: Tidak dikenakan zakat pada anak

yatim, dan itulah pegangan Sufyan al-Thawri dan Abdullah Ibnu al-Mubarak dan Abu Hanifah.

 

Hujah utama majoriti ulama yang terdiri daripada Malik, al-Shafi’i dan Ahmad ialah umum ayat al-

Qur`an. Imam al-Shafi’i mengatakan bahawa ayat: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka

menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan

mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” menjelaskan bahawa setiap pemilik harta, yang

sempurna milik dan merdeka, maka padanya dikenakan zakat sama ada baligh, kanak-kanak,

sihat atau ma’tuh (tidak cerdik). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak dikenakan zakat pada harta

yang kurang daripada 5 wasaq. Dengan ini ia menunjukkan kepada kita jika harta itu kepunyaan

seorang muslim yang merdeka maka wajib zakat pada harta itu sendiri bukan (melihat kepada)

pemilik. (al-Shafi Sharh Musnad al-Shafi’i, jil. 3, hal. 100) Allah s.w.t. berfirman: “Ambilah

(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau

Page 2: Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” (al-

Tawbah: 103)

 

Ayat ini ditujukan secara umum kepada semua orang yang memiliki harta. Demikian juga hadis

al-Bukhari dan Muslim م��ه �ر� خ�ب� �ن$ ف�أ ض� الله� أ �ه�م� ف�ر� �ي كاة, ع�ل �ه�م� م�ن� ز� م�وال

� أ “beritahulah kepada mereka

bahawa Allah telah memfardukan atas mereka zakat dari harta mereka”.

 

Dalil kedua:

 

�ن� ع�م�ر�و ع�ن� �ب� ب ع�ي �يه� ع�ن� ش� ب� �ن$ ج�د#ه� ع�ن� أ �ي$ أ $ب $ه� ص�ل$ى الن �ه� الل �ي $م� ع�ل ل خ�ط�ب� و�س�

$اس� �ال� ف�ق�ال� الن �ي� م�ن� أ �يم,ا و�ل �ت �ه� ي ر� م�ال: ل $ج� �ت �ي �ه� و�ال� ف�يه� ف�ل ك �ر� �ت �ه� ح�ت$ى ي �ل ك� �أ الص$د�ق�ة� ت

 

Daripada ‘Amar bin Shu’ayb daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w

berucap di hadapan para sahabat: “Ingatlah! Sesiapa yang menjaga anak yatim yang mempunyai

harta hendaklah dia memperniagakan harta itu dan jangan dibiarkan sampai dimakan oleh

zakat”.

 

Al-Baji berkata, ini merupakan keizinan supaya menyuburkan harta itu. Ini disebabkan penjaga

anak yatim itu sama seperti ayah. Antara hukumnya ialah menyuburkannya dan menjadikannya

memperolehi hasil untuk anak yatim itu bukan untuk dirinya sendiri kerana pada waktu itu dia

tidak menjaganya untuk anak yatim tetapi untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang mampu boleh dia

mengusahakan dengan memanfaatkan harta itu untuk anak yatim. Jika tidak hendaklah dia

menyerahkan kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk diusahakan dengan cara

mudarabah di mana keuntungan dibahagikan antaranya dan sekalian anak yatim. (al-Muntaqa

Sharh al-Muwatta`)

 

Disebutkan makan kerana ia akan mengurangkannya atau menjadikannya habis. Ibn Malik

berkata, ya’ni zakat akan diambil daripada hartanya dan ia menjadi kurang sedikit demi sedikit.

Hadis ini menjadi dalil kepada ulama yang mewajibkan zakat pada harta kanak-kanak.

 

Ketiga: Riwayat mursal oleh Imam al-Shafi’i daripada Yusuf bin Mahak:

 

صلى الله رسول : أن ماهك بن يوسف عن جريج بن عن المجيد عبد أخبرنا

ال أو تذهبها ال اليتامى مال في أو اليتيم مال في ابتغوا قال سلم و عليه الله

الصدقة تستأصلها

Page 3: Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

 

Carilah (keuntungan dengan perniagaan) pada harta anak yatim atau harta anak-anak yatim

janganlah sampai ia habis dimakan zakat.

 

Keempat: Dari segi qiyas, zakat itu terikat dengan sebabnya, ia berkait dengan harta itu sendiri.

Walaupun ia berkaitan dengan dhimmah, diri yang memiliki harta, namun sebab harta itu lebih

kuat. Zakat ini bukan sahaja ibadat tetapi berkait dengan hak maliy, ia berbeza dengan

sembahyang dan puasa kerana kedua-duanya ibadat yang tulen, tidak berkait dengan harta.

 

Ibn Qudamah berkata: Zakat diwajibkan pada harta anak kecil kerana terhimpun tiga sharat:

merdeka, Islam dan sempurna milik.

 

Khilaf

Abu Hanifah, Sufyan al-Thawri dan Abdullah Ibnu al-Mubarak berpendapat bahawa tidak

dikenakan zakat pada harta anak yatim.

 

Hujah mereka ialah penyucian yang tersebut dalam ayat merujuk kepada dosa dan kanak-kanak

tidak perlu kepada penyucian itu.

 

Mereka berdalilkan “hadis diangkat pena” yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa`i, Abu Dawud,

ibn Majah, dan Ibn Hibban;

 

ة� ع�ن� �ش� ض�ي� ع�ائ $ه� ر� �لل �ه�ا, ع�ن� ا �ي# ع�ن $ب �لن ف�ع� ق�ال� وسلم عليه الله صلى ا �م� ر� �ق�ل �ل ا

�ة� ع�ن� ث �ال� � ع�ن� ث �م $ائ �لن �ق�ظ� ح�ت$ى ا �ي ت �س� �لص$غ�ير� و�ع�ن� ي �ر� ح�ت$ى ا �ب �ك �ون� و�ع�ن� ي ن �م�ج� �ل ح�ت$ى ا

و�� , أ �ع�ق�ل� �ف�يق� ي ي

 

Perbincangan terhadap dalil mereka, (1) maksud penyucian bukan terbatas kepada dosa yang

ada pada mukallaf tetapi merangkumi pendidikan akhlak kanak-kanak, melatih mereka bersifat

dengan sifat terpuji seperti dermawan dan tidak cinta kepada harta.

 

(2) Hadis diangkat pena bermaksud diangkat pena dari ditulis dosa, ya’ni tidak diwajibkan atas

diri mereka, tetapi zakat itu wajib pada harta. Walaupun dari segi taklif belum sempurna namun

kanak-kanak memikul juga tanggungjawab untuk membayar ganti rugi jika dia merosakkan harta

orang lain. Oleh itu diangkat pena tidak merangkumi hak kehartaan dan zakat itu sendiri hak

kehartaan untuk faqir miskin.

 

Page 4: Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

(3) Ibadat zakat merupakan ibadat maliyyah bukan ibadat mahdah (ibadat tulen) secara khusus

berkait tubuh badan tetapi berkait juga dengan harta. Ibadat maliyyah mempunyai perbezaan

dengan ibadah mahdah badaniyyah seperti sembahyang dan puasa. Sebab itu zakat boleh

diwakilkan dan dilakukan oleh orang lain sebagai niyabah, bagi pihak tuan asal. Tetapi

sembahyang tidak boleh diwakilkan.

 

Adapun hadis yang menjadi sandaran majoriti ulama (hadis `Ammar bin Shu’ayb), bagi golongan

kedua, mereka mengatakan hadis ini lemah.

 

�و ق�ال� �ب $م�ا ع�يس�ى أ �ن و�ي� و�إ �ح�د�يث� ه�ذ�ا ر� �و�ج�ه� ه�ذ�ا م�ن� ال �اد�ه� و�ف�ي ال ن �س� �ن$ م�ق�ال: إ أل�

$ى �ن �م�ث �ن� ال $اح� ب �ض�ع$ف� الص$ب �ح�د�يث� ف�ي ي ال

و�ى �ع�ض�ه�م� و�ر� �ح�د�يث� ه�ذ�ا ب �ن� ع�م�ر�و ع�ن� ال �ب� ب ع�ي �ن$ ش� �ن� ع�م�ر� أ �خ�ط$اب� ب �ر� ال ه�ذ�ا ف�ذ�ك

�ح�د�يث� ال

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hanya diriwayatkan dari jalan ini dan sanadnya dipertikaikan kerana

al-Muthanna bin al-Sabbah dianggap da’if dalam hadis dan sebahagian mereka meriwayatkan

hadith ini dari Amar bin Shu’ayb bahawa Umar bin al-Khattab, lalu menyebutkan hadith ini.

 

Antara ulama menghukumkannya sebagai da’if ialah Abu Hatim, Ibn Sa’d, Ibn Hibban, Ibn Abi

‘Umar al-Saji, Sahnun, al-Daruqutni dan lain-lain. Imam Ahmad mengatakan hadisnya itu tidak

menyamai apa-apa, beliau seorang yang tidak tetap hadisnya. Ibn Hibban menyatakan sebab

kedaifannya kerana berlaku kecelaruan di akhir usianya. Yahya al-Qattan mengatakan kita tidak

menerima riwayat bukan kerana hadis `Amr bin Shu’ayb tetapi ikhtilat yang berlaku kepadanya.

Al-Muthanna mempunyai beberapa orang mutabi’, dalam sunan al-Daruqutni, Abu Ishaq al-

Shaybani, seorang yang thiqah, tetapi perawi daripadanya adalah Mindal, seorang da’if,

 

Bagi pihak al-Shafi’i dan ulama yang sependapat dengan beliau, riwayat ‘Abdullah bin ‘Amr`

boleh dijadikan sokongan kepada penafsiran ayat yang umum di atas dan ia bukan dalil utama.

 

Di samping itu, hadith ini juga diriwayatkan oleh sebahagian ulama secara mawquf kepada

Sayyidina ‘Umar. Imam al-Daruqutni dalam Sunannya, no: 1973, jil. 3, hal. 6) menyebutkan:

 

ثنا الوهاب عبد أنا طالب أبي بن يحيى ثنا الفارسي إسماعيل بن محمد حدثنا

بن عمر أن المسيب بن سعيد عن شعيب بن عمرو عن المعلم حسين

الصدقة تأكلها ال اليتامى بأموال ابتغوا : قال عنه الله رضي الخطاب

Page 5: Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

 

Manakala al-Awza’i pula berpendapat: “Harta mereka dikenakan zakat tetapi tidak dikeluarkan

selagi mana tidak baligh. Harta itu hendaklah dihitung dan apabila baligh dia sendiri yang

mengeluarkannya.”

 

Kelihatan pendapat al-Awza’i ini cuba memadukan antara pandangan dua mazhab di atas. Walau

bagaimanapun ia tetap menunjukkan bahawa zakat perlu juga diambil dari harta anak yatim.

Cuma waktunya sahaja yang berbeza.

 

Sumber: http://www.darulkautsar.net/4787-Mengapa_Al-Shafi%E2%80%99i_Mewajibkan_Zakat_Pada_Harta_Anak_Yatim.html