meneladani pemuda ashabul kahfi,

14
MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI, MEMBENTUK IDENTITI PEMUDA BELIA HARAPAN BANGSA Oleh Sdr. Losinin Bin Johalin, Timbalan Yang Di Pertua, Angkatan Belia Islam (ABIM), Daerah Ranau. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhemah dakwah kepada semua pemuda belia sempena hari cuti sekolah terutamanya kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Daerah Ranau, Persatuan Bekas Pelajar Islam Daerah Ranau dan Ahli ABIM Ranau yang sekarang ini dalam rangka kerja gerakan dakwah dan sosial sempena cuti sekolah 2010. Usaha ini amat murni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita- berita negatif tentang generasi muda di samping kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara terutamanya kepada pempinan pertubuhan dan persatuan belia di negara kita. Hari belia yang disambut pada 15 Mei lalu, setiap tahun di negara kita adalah sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahun ini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satu tema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama . sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang

Upload: losinin-johalin

Post on 26-Jun-2015

551 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

MEMBENTUK IDENTITI PEMUDA BELIA HARAPAN BANGSA

Oleh Sdr. Losinin Bin Johalin, Timbalan Yang Di Pertua,

Angkatan Belia Islam (ABIM), Daerah Ranau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhemah

dakwah kepada semua pemuda belia sempena hari cuti sekolah terutamanya

kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Daerah Ranau, Persatuan Bekas Pelajar

Islam Daerah Ranau dan Ahli ABIM Ranau yang sekarang ini dalam rangka

kerja gerakan dakwah dan sosial sempena cuti sekolah 2010. Usaha ini amat

murni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT

Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita negatif

tentang generasi muda di samping kisah kejayaan dan kecemerlangan yang

telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah,

masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini

tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara

terutamanya kepada pempinan pertubuhan dan persatuan belia di negara kita.

Hari belia yang disambut pada 15 Mei lalu, setiap tahun di negara kita adalah

sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan

matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahun

ini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satu

tema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama .

sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan

datang

Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang

tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah

negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,

sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak

dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara

yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika

keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan

kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Page 2: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :

“ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika

rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.

Pemuda belia sarat dengan perjuangan untuk mencari falsafah hidup dan

identiti diri masing-masing. Saban hari memikirkan hala tuju hendak kemana?

Dengan pelbagai pengaruh yang mendatang dari tiap sudut. Pengaruh negatif

akibat budaya yang tidak sihat serta pengaruh positif dari gerakan dakwah dan

kemanusiaan bertembung seolah-olah sengaja bersaing untuk mendapatkan

lebih ramai pengikut mereka. Justeru, pemuda belia yang kurang ilmu

pengetahuan, kurang matang dan mudah terpengaruh tidak dapat menimbang

sebelum memilih jalan mereka. Ayuh pemuda belia, jadikan sebahagian

daripada kisah-kisah sejarah silam seperti ashabul-kahfi sebagai panduan

hidup pemuda belia muslim.

Ashabul Kahfi; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak

kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh,

kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat

keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab

mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah

2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.

3. Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga

harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di

mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan

tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;

Iman yang mantap di dalam jiwa

Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya

Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut,

segan dan malu.

Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu

dan malas.

Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang

atau syahid.

Page 3: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan

pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang

beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka.

Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai

iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun

dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan

iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing.

Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup

melakukannya.

Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi

adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri

Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim

2. Yakin kepada diri sendiri

3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran

4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup

5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup

6. Sanggup berkorban

7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama

8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana

sekalipun.

Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh

Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga

ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakan

kisah dalam surah al-Kahfi ini sebagaimana yang diceritakan oleh ulama’-

ulama’ tafsir ialah; “Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi

Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalu

mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan

bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;

1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul

Kahfi.

Page 4: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah

Iskandar Zulkarnain.

3. Kisah tentang hakikat ruh.

Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu

menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”. Allah memulakan penceritaan

dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun

sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah,

bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih

hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi

Adam dan sebagainya).

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah

‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara

tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala

pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka

berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan

sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-

Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –

menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

1. Maksalmina

2. Tamlikha

3. Martunus

4. Bainunus atau Nainunus

5. Sarbunus

6. Dzunuanus

7. Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-

pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa

mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah

dengan firmanNya; “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang

beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka

petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Page 5: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam

di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat

menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk

negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun

keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini

menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah

pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s.

dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut

dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim

itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan

raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun

menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat

demikian.

Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu,

mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan

iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman

menceritakan peristiwa mereka berhujjah; “Dan Kami telah meneguhkan hati

mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata

(membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan

bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami

kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.

Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di

sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang

kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang

mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-

pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu

mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari

kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras,

maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana

sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat

sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan

yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka?

Page 6: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam

gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan

dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di

gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan

menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan

memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ

terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung.

Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor

anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka

berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan

dan ketenteraman oleh Allah.

Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh

menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka

dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya

melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur

dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut

perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun

(dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi

(dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi

dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah.

Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam

gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan

engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan

mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan

mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua

lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah

kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati)

Page 7: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309

tahun), mereka dibangunkan.

Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur

dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur

dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di

antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka

menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)

Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari

mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi

mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk

ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka

membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka

suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang

perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik

(yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu

untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-

kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka

dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan

batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian

niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan

yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada

sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya

mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa

mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-

Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang

kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.

FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu

dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk

dirimu”. (at-Taghabun: 16)

Page 8: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat

berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka

menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir

kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka

diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan

kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini

dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah

banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman

kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.

Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu

tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh

menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan

berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah

membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan

kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan

demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka

mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan

bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil

mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan

melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota

pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak

apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu

yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa

mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua

ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu

sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda

itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja

yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah

masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya

mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan

Allah dengan firmanNya;

Page 9: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah

bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal

mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja)

pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua

mereka”. (al-Kahfi: 21)

Dalam usaha kita mencari manhaj sendiri (acuan) untuk membina dan

membangun generasi muda hari ini, ia menuntut perhatian yang besar dan

bersungguh-sungguh dari semua pihak sama ada dari kerajaan mau pun

rakyat. Namun begitu janganlah usaha itu hanya ala kadar sahaja seperti

melepaskan batuk ditangga atau berbentuk musim-musiman sahaja .

Sesungguhnya, peranan dan tanggung jawab belia pada hari ini adalah

signifikan untuk menjana pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama

adalah cukup besar sekali. Peranan belia hari ini bukan sekadar membina

kerjaya atau melakukan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang dan hobi

sahaja tetapi warga belia sepatutnya turut sama menyumbang idea, masa dan

tenaga ke arah pembangunan modal insan menjadi sebuah bangsa yang

dihormati dan disegani di persada dunia.

Dari ruang lingkup yang lebih besar, umat Melayu Muslim hari ini bukan lagi

hanya menjadi penonton atau pemain simpanan sahaja tetapi haruslah bersiap

siaga untuk menjadi pemain utama dalam memacu umat untuk memimpin

tamadun dunia dan menjadi umat contoh , terutamanya pada masa sekarang

di,mana imej dan citra agama Islam digambarkan dalam keadaan yang buruk.

Gambaran suram wajah Islam hari ini semestinya diperbetulkan melalui

kekuatan peribadi, intelek, ekonomi, pemikiran, kebudayaan generasi muda

pada hari ini.

Peranan generasi muda sememangnya terserlah dalam sejarah manusia itu

sendiri. Golongan mudalah yang menjadi pelopor kepada suatu kebangkitan

dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat. Dalam

sejarah perkembangan Islam, sejak ia bermula bertapak di Mekah sehingga

berkembang ke Madinah, golongan mudalah yang banyak memainkan peranan

utama seperti sahabat Rasulullah SAW yang setia berjuang dan berjihad

menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Page 10: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

Lihatlah nama-nama besar seperti Saidina Ali, Saidina Osman, Abdul Rahman

bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi sahabat-sahabat yang menjadi

pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam.

Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia

18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom dan

Kehebatan Muhammad Al Fateh membuka Kota Istanbul ( Konstantinopal )

ketika berusia 21 tahun.

Peranan golongan muda dalam Al Quran dirakamkan dalam episod pemuda-

pemuda kahfi yang bersikap berani mempertahankan akidah dari seorang raja

yang zalim.

Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi 18 : 13 - 14, Terjemahannya :

“ Kami ceritakan kisah mereka ( Ashabul kahfi ) kerana keredaanmu

( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda

yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami telah tambahkan kepada

mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka

berdiri lalu mereka berkata ;” Tuhan kami adalah Tuhan selain Dia,

Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkam perkataan yang amat

jauh dari kebenaran”.

Ringkasnya , peranan utama warga muda muslim hari ini ialah ;

1. Menjadi hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini.

2. Bertanggungjawab membina dan membangun diri dari segi intelektual,

rohani, jasmani dan emosi.

3. Menjadi penyeru kepada kebaikan iaitu menjadikan gaya hidup sihat yang

berteraskan Islam sebagai satu cara hidup.

4. Mencegah dan menghalang kemungkaran iaitu perilaku dan amalan yang

bertentangan dengan syariat Islam.

5. Menjadi pencetus , penggerak dan pembina tamadun Islam yang unggul,

dihormati dan disegani masyarakat dunia.

Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan hari ini,

banyak berlaku kebanjiran dan limpahan budaya negatif dan rosak yang

melanda negara di seluruh dunia. Warga muda hari ini bukan sahaja terdedah

kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing, tetapi

Page 11: MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI,

mereka juga semakin diresapi budaya hedonisme – suka berpoya-poya dan

berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas ( berzina ),

ketagih rokok, judi, arak, bahan porno ( lucah ) dan sms dan banyak lagi

masalah sosial yang cukup membimbangkan kita.

Mana mungkin anak-anak muda yang majoritinya adalah anak-anak Melayu

Muslim ini, yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, mampu untuk memikul

amanah mengurus dan mentadbir agama serta menjamin kedaulatan negara ?

Tentunya kegusaran ini turut dirasai dan dikongsi oleh semua generasi pewaris

hari ini dan marilah kita sama-sama berganding bahu dan bekerjasama untuk

membina anak bangsa kita dengan acuan dan cara hidup sihat yang

berteraskan ajaran Islam yang suci ini. Firman Allah SWT dalam surah At-

Tahrim : 66 : 6 , terjemahannya ;Wahai orang-orang yang beriman, jagalah

dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.

Menyedari bahawa jumlah warga muda seramai 12 juta ini harus digembleng

keupayaan, kemahiran dan kepakaran mereka untuk membangun ummah

marilah sama-sama kita bangkit dari perbaringan dan lena yang panjang.

Sedarlah kita bahawa dihadapan terbentang banyak cabaran dan tugasan

yang sedia menunggu untuk dibereskan. Ingatlah bahawa tanggungjawab dan

tugasan lebih banyak dari masa yang ada

“PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA”

Rujukan:

Ahmad Syahmi (2009), Meneladani Pemuda Unggul Ashabul Kahfi, melalui

laman blog

http://ahmadsyahmi.blogspot.com, tarikh akses 13 Mei 2010.

Sidang Pengarang (20090, Kisah Ashabul Kahfi, melalui laman web / laman

forum

http://halaqahionline.com, tarikh akses 14 mei 2010