memupuk setiap kanak-kanak - · pdf filememupuk setiap kanak-kanak ... kurikulum kursus...

46
Kementerian Pendidikan 1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220 Email: [email protected] www.moe.gov.sg Memupuk Setiap Kanak-Kanak Fleksibiliti & Kepelbagaian di Sekolah-Sekolah Singapura

Upload: nguyenlien

Post on 12-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

Kementerian Pendidikan1 North Buona Vista Drive

Singapore 138675

Tel: 6872 2220

Email: [email protected]

www.moe.gov.sg

Memupuk Setiap Kanak-KanakFleksibiliti & Kepelbagaian di Sekolah-Sekolah Singapura

Page 2: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

Gambaran Keseluruhan 02 Sekolah Rendah 11

© Kementerian Pendidikan, SingapuraKandungan berdasarkan maklumat yang sedia ada pada15 Februari 2006.

Kurikulum Sekolah Rendah 12

Perubahan Pada Pendidikan 13Sekolah Rendah

Saiz Kelas yang Lebih Kecil Bagi 13

Darjah 1 dan 2

Satu Sesi Separa 14

Penghalusan Pada Sistem Penyaluran 14

Sekolah Rendah

Program Bagi Kecemerlangan 14

Peringkat Sekolah

Kurikulum Bahasa Ibunda yang lebih 15

Responsif dan Melibatkan Pelajar

Dari Pendidikan Sekolah Rendah 17Ke Pendidikan Sekolah Menengah

Latihan Pilihan Selepas PTSR 17

Pengambilan Masuk ke Sekolah Menengah 18

Mengikut Budi Bicara

Lelaman Berguna 44

Landskap Di Muka SuratPendidikan Belakang

Page 3: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

Sekolah Menengah 19 Pra-Universiti 35Kursus-kursus Sekolah Menengah 20

Kegiatan Ko-Kurikulum (CCA) 22

Program Khidmat Kemasyarakatan (CIP) 22& Belajar Berkhidmat

Sijil Tamat Sekolah 22

Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23

Program-program Lain 24Di Sekolah Menengah

Perubahan-perubahan yang Melibatkan 25Kursus Khas/Ekspres

Kawalan yang Lebih Atas GCE Peringkat ‘O’ 25

Subjek-subjek Baru GCE Peringkat ‘O’ 26

Penghalusan Pada Bahasa Ibunda (MTL) 26

Kurikulum Kursus Normal 29

Kurikulum Kursus Normal (Akademik) 29

Kurikulum Kursus Normal (Teknikal) 30

Perubahan-perubahan yang Melibatkan 31Kursus Normal

Perkembangan Dalam Kursus N(A) 31

Perkembangan Dalam Kursus N(T) 32

Dari Pendidikan Sekolah Menengah Ke 33Pendidikan Pos Menengah

Pilihan Pendidikan Pos Menengah 33

Pengambilan Masuk ke Maktab Rendah 34

Mengikut Budi Bicara

Rangka Bagi Kurikulum Baru 37GCE Peringkat ‘A’ Tahun 2006

Peringkat Pengajian yang Berbeza 37

Kemahiran Ilmu Pengetahuan 39

Subjek-subjek Peringkat ‘A’ 40

Dari Pendidikan Pra-Universiti ke 42Pendidikan Universiti

Page 4: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

GAMBARAN KESELURUHAN

02: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

> Berdasarkan kekuatan yang sedia ada, kita

akan menyediakan generasi rakyat

Singapura akan datang yang mampu

menghadapi cabaran masa depan. Masa

depan yang bakal ditempuhi dipenuhi

dengan peluang, terutama sekali di rantau

Asia, dan juga banyak perubahan yang

tidak dapat diduga. Tugas sekolah dan

institusi pengajian tinggi kita adalah

menyediakan peluang yang terbaik bagi

anak-anak kita membangunkan

kemahiran, watak dan nilai-nilai yang akan

membolehkan mereka terus berjaya dan

memajukan Singapura ke arah masa

hadapan yang telah digambarkan.

> Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kita

telah bergerak ke arah sistem pendidikan

yang lebih fleksibel dan pelbagai.

Tujuannya untuk memberi murid-murid

lebih banyak pilihan untuk memenuhi

minat dan cara pembelajaran mereka yang

berbeza. Apabila mereka dapat memilih

apa dan bagaimana mereka belajar,

mereka akan terangsang untuk memiliki

proses dan hasil pembelajaran mereka.

Kita juga menyediakan dasar pendidikan

yang luas untuk memastikan agar murid-

murid dapat berkembang secara

menyeluruh di dalam dan di luar bilik

darjah.

> Pendekatan pendidikan sedemikian akan

membolehkan kita memupuk kemahiran

yang berbeza yang diperlukan pada anak-

anak kita untuk masa hadapan. Kita

berusaha supaya setiap kanak-kanak dapat

menemukan bakatnya, membesar dan

meninggalkan bangku sekolah dengan

berasa yakin akan kebolehan mereka. Kita

menggalakkan mereka mengejar minat

masing-masing dan mengasah bakat yang

berbeza – dalam bidang akademik,

kesenian dan sukan.

Kita mempunyai sistem pendidikan yang kukuh. Murid-murid Singapuramempunyai matlamat yang tinggi dan mampu mencapai keputusancemerlang. Ini diakui serata dunia. Kita mempunyai sekolah-sekolah yangbaik yang dikendalikan oleh para pemimpin sekolah serta guru-guru yangberkebolehan dan kemudahan-kemudahan yang boleh dianggap terbaik didunia.

Kementerian Pendidikan ingin membantu semua murid kita menemukandan menggunakan bakat mereka sendiri dengan sebaik-baiknya danmerealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta mengembangkan minatmereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Page 5: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

GA

MBA

RAN

KESELURU

HA

N

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :03

MEMUPUK MURID-MURIDFLEKSIBILITI DAN KEPELBAGAIAN

Kita kini menyediakan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam pendidikan. Sekolah-sekolah jenis baru diperkenalkan untuk menggalakkan mereka yang mempunyai bakat-bakat khas mencapai sejauh mana yang mungkin. Sekolah-sekolah yang ada sekarangtelah diberi lebih autonomi dan sumber-sumber untuk mengembangkan keupayaandan bidang kecemerlangan masing-masing, sama ada dalam bidang pembelajaran ataupun dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembangunan watak. Keperluan murid-murid yang berbeza akan dipenuhi jenis-jenis sekolah yang banyak dan programpendidikan yang lebih luas. Ini termasuk:

> Kita mahu membentuk rakyat muda

Singapura yang bersikap ingin tahu,

mencari jawapan serta sanggup berfikir,

menyelesaikan masalah dengan cara

baharu dan juga menjanakan peluang-

peluang baharu untuk masa hadapan.

Sama pentingnya, kita juga mahu

membantu anak-anak kita memiliki nilai-

nilai sihat supaya mereka berwatak teguh

dan mampu menangkis gangguan hidup

yang tidak dapat dielakkan tanpa berasa

putus asa, mereka juga harus bersedia

untuk bekerja keras supaya dapat

mencapai impian mereka.

Page 6: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

> Julat kurikulum dan sekolah yang lebih

luas:

• Sekolah-sekolah akan dibenarkan

menawarkan subjek-subjek Peringkat

‘O’ yang baru serta modul-modul elektif.

Beberapa sekolah akan juga menawarkan

kurikulum dan peperiksaan yang berbeza,

seperti International Baccalaureate.

• Program-program baru di sekolah -

seperti Program Kecemerlangan

Peringkat Sekolah di sekolah-sekolah

rendah dan Program Bersepadu serta

Program Pengajian Dwi-budaya (Cina)

di sekolah-sekolah menengah dan

maktab rendah yang terpilih.

• Sekolah-sekolah bebas khusus - Sekolah

Sukan Singapura, Sekolah Tinggi NUS

bagi Matematik dan Sains, dan Sekolah

Kesenian yang dicadangkan.

• Dua sekolah menengah pembiayaan

swasta telah pun didirikan.

> Fleksibiliti yang lebih semasa penyaluran.

Di sekolah-sekolah menengah, murid-

murid aliran Normal (Akademik) dan

Normal (Teknikal) diberi fleksibiliti untuk

mengambil beberapa subjek di peringkat

yang lebih tinggi atau pada kadar yang

lebih cepat. Sekolah-sekolah juga

mempunyai fleksibiliti untuk memindahkan

murid-murid ke kursus lain jika mereka

dapat meraih faedah daripada pemindahan

tersebut. Sekolah-sekolah juga boleh

membenarkan murid-murid terbaik dalam

Normal (Akademik) naik ke Menengah 5

tanpa menduduki peperiksaan Peringkat

‘N’. Di peringkat sekolah rendah pula,

aliran-aliran EM1 dan EM2 telah

digabungkan, dan sekolah-sekolah rendah

diberi autonomi untuk menyerapkan

murid-murid EM3 mereka ke dalam kelas-

kelas lain bagi lain-lain mata pelajaran.

> Fleksibiliti yang lebih dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Ibunda (MTL)

untuk membantu murid-murid yang

berkebolehan berbeza melangkah sejauh

mana yang mungkin. Murid-murid boleh

memilih untuk mempelajari bahasa lain

yang bukan bahasa ibunda mereka

sebagai bahasa ketiga.

04: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Page 7: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

GA

MBA

RAN

KESELURU

HA

N

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :05

PENDIDIKAN BERDASAR LUAS YANG MENYELURUH

Sekolah-sekolah kita berusaha mendidik murid-murid dengan menyeluruh, tertumpukepada kedua-dua bidang akademik dan bukan-akademik. Kita ingin memberi murid-murid kita pengalaman yang luas supaya dapat membantu mereka memanfaatkanwaktu persekolahan mereka dengan sebaik mungkin, di mana mereka berinteraksisesama sendiri dan menjalin persahabatan yang kukuh sepanjang hayat. Sambil merekamembesar, kita ingin memberi mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran dannilai-nilai yang diperlukan sepanjang hayat. Di samping menilai kelakonan murid-muridkita melalui peperiksaan, kita juga akan menilai sejauh mana mereka telah berjaya dalampendidikan dari segi pencapaian yang lebih luas dalam bidang lain.

> Sekolah-sekolah dan institusi pengajian

tinggi kini diberi fleksibiliti dalam

menentukan kriteria mereka tersendiri

untuk mengiktiraf merit yang berbeza

dalam murid-murid yang mereka ambil

masuk.

> Sijil-Sijil Tamat Sekolah akan diperkenalkan

pada 2008 untuk menggambarkan

pencapaian akademik serta bukan-

akademik setiap murid.

Page 8: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

> Sukatan pelajaran akan dikurangkan

tanpa mengurangkan kesediaan murid-

murid untuk pendidikan tinggi. Ini akan

meluangkan lebih banyak masa untuk

murid-murid menumpukan perhatian

terhadap pengetahuan dan kemahiran

teras serta menyediakan ruang yang lebih

luas bagi guru dan pihak sekolah

menjalankan kegiatan-kegiatan sekolah

dalam kurikulum.

KURANG PENGAJARAN, LEBIH PEMBELAJARAN

Kita menggalakkan murid-murid kita supaya lebih aktif dan kendiri dalam pembelajaranmereka. Kita mahu memupuk sifat ingin tahu yang melampaui kurikulum formal, danmenyemai semangat ingin belajar sepanjang hayat murid-murid kita.

06: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Kita perlu kurangkan pengajarankepada murid-murid kita supayamereka dapat lebihkanpembelajaran. Gred tetap penting– jangan lupa untuk luluspeperiksaan anda – tetapi gredbukanlah satu-satunya matlamatdalam hidup, banyak lagi perkaradalam hidup yang ingin kita pelajaridi sekolah.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong

22 Ogos 2004

> Kegiatan-kegiatan ko-kurikulum telah

diluaskan untuk mengiktiraf dan memberi

penghargaan terhadap kegiatan-kegiatan

yang dimulakan murid serta kegiatan-

kegiatan kemasyarakatan. Ini juga akan

menggalakkan murid-murid menyertai

kegiatan-kegiatan lasak sebagai kegiatan

ko-kurikulum kedua mereka.

> Sistem kedudukan sekolah berdasarkan

pencapaian telah juga disemak semula

untuk menggalakkan sekolah-sekolah

dalam usaha mereka menyediakan

pendidikan berdasar luas.

Page 9: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

GA

MBA

RAN

KESELURU

HA

N

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :07

> Sekolah-sekolah kini menyediakan lebih

banyak peluang bagi pembangunan

watak murid-murid dan bagi murid-

murid mengembangkan kemahiran

berinovasi.

> Pengajaran akan difokuskan kepada

mengembangkan kefahaman, berfikir

secara kritikal dan kebolehan bertanya

dan mendapatkan jawapan serta mencari

jalan penyelesaian.

> Kaedah peperiksaan dan penilaian akan

dikaji semula, untuk mengurangkan

penghafalan dan menggalakkan

pembelajaran kendiri yang bersifat kajian.

MEMBOLEHKAN GURU-GURUGuru-guru adalah elemen penting dalam segala apa yang kita lakukan dalam pendidikan.Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong guru-guru dalam usaha mereka untukmengguna cara baharu yang berkualiti dan inovatif di dalam bilik darjah dan sekolah. Kitajuga akan membantu mereka dalam membangunkan keupayaan mereka sebagai tenagapengajar yang profesional supaya mereka dapat membimbing murid-murid dalam tahun-tahun mereka membesar.

Page 10: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

08: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

> Sekolah-sekolah akan mempunyai lebih

ramai guru, kaunselor sepenuh masa,

geran sumber tenaga manusia yang

ditambah berserta lebih banyak

autonomi dalam beberapa tahun akan

datang ini.

• Ini membolehkan dasar saiz kelas yang

lebih kecil bagi Darjah 1 dan 2

dilaksanakan. Bertambahnya bilangan

guru-guru di setiap sekolah juga akan

membolehkan lebih banyak fleksibiliti

dalam pengajaran dan penyusunan

kelas bagi semua peringkat.

• Guru-guru akan mempunyai lebih

banyak waktu dan ruang untuk

berinteraksi dengan murid-murid,

untuk merenung tentang cara mereka

mengajar, berkongsi pengalaman

mengajar antara satu sama lain dan

menghasilkan pendekatan baharu

dalam pengajaran untuk

membangkitkan semangat dan

membimbing murid-murid mereka

dengan lebih baik.

> Guru-guru akan diberikan lebih banyak

peluang untuk meningkatkan diri

mereka secara profesional.

• MOE telah meningkatkan dan

menambahkan peluang bagi guru-

guru mengembangkan keupayaan

professional mereka. Selain daripada

meningkatkan kemahiran tentang

perubahan-perubahan pada

kandungan subjek dan pedagogi

guru-guru juga akan mendalami

kemahiran yang akan membolehkan

mereka menjadi lebih kreatif dan

inovatif dan mengajar murid-murid

mereka kemahiran ini. MOE juga telah

mendirikan sebuah Pusat

Kecemerlangan bagi Perkembangan

Profesional di setiap satu daripada

empat zon untuk membantu guru-

guru berkongsi kepakaran mereka

dengan lebih mudah lagi. MOE juga

telah bekerjasama dengan NIE untuk

memberi peluang kepada guru-guru

mencapai pensijilan profesional yang

lebih tinggi, termasuk ijazah siswazah

dan pos siswazah.

Page 11: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

GA

MBA

RAN

KESELURU

HA

N

> Kita sedang membuat perubahan dan

memperhalus sistem pendidikan yang

sememangnya diakui kekukuhannya

supaya kita tidak ketinggalan zaman.

Kita menyajikan lebih banyak pilihan,

dalam sistem yang sememangnya

fleksibel untuk murid-murid kita. Kita

menggandakan penekanan terhadap

pendidikan berdasar luas yang

mengembangkan kemahiran-kemahiran

hidup yang kritikal dari usia yang muda.

Kita menyemai tabiat suka bertanya

sambil belajar, dan bersedia untuk belajar

secara kendiri dan berfikir dengan cara

baharu di kalangan murid-murid.

Guru-guru diberi sokongan sepenuhnya

untuk merenung dan mengembangkan

kemahiran mereka supaya mereka lebih

inovatif dalam pengajaran mereka.

PENUTUP

• Terdapat lebih banyak peluang

penempatan sementara guru-guru, di

sini dan juga di seberang laut, di

sekolah-sekolah atau agensi-agensi

perniagaan dan kemasyarakatan.

Murid-murid akan meraih faedah

daripada pandangan dan pengalaman

segar yang kelak dibawa pulang guru-

guru ini ke bilik darjah.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :09

Page 12: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

10: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

> Kita tahu bahawa tiada pendekatan atau

penyelesaian dalam pendidikan yang

baik bagi setiap zaman. Oleh itu kita

perlu terus membuka minda dalam hal

pendidikan untuk membangun dan

memenuhi keperluan masyarakat yang

berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

bahawa kita perlu mengekalkan tahap

pendidikan Singapura yang mantap

yang disegani ramai.

> Dengan mengembang, menginspirasi

dan memaksimum potensi setiap rakyat

muda Singapura, kita boleh membina

masa depan Singapura yang cerah.

Dengan ‘membakar semangat’ anak-

anak kita, kita membentuk masa depan

negara kita.

Pendidikan boleh membukapintu bagi anak-anak kita,memberi mereka harapan danpeluang. Ia lebih daripadamengisi bekas dengan ilmu - iamembakar semangat rakyatmuda kita.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong12 Ogos 2004

Page 13: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksimum yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian

biasa. Murid-murid boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini.

Skim bantuan kewangan ada disediakan untuk membantu murid-murid yang memerlukan membayar yuran mereka. Ibubapa

yang ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.

1. Pendidikan wajib selama 6 tahun

2. Tidak dikenakan yuran sekolah

Yuran rampaian biasa: $5.50

Yuran rampaian tahap kedua*: $5.50

3. Peperiksaan nasional:Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah(PTSR)

4. Murid-murid digalakkan mengikutiKegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum (CCA)dan Program Khidmat Kemasyarakatan(CIP)

FAKTASEGERA

Saiz kelas Darjah 1 dan 2 yang

lebih kecil telah membolehkan

anak saya mendapat tumpuan

individu yang lebih dari

gurunya, dan dia ghairah

mengikuti program-program

kecemerlangan yang

ditawarkan oleh sekolahnya.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Page 14: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

12: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

terdiri daripada tahap asas selama 4 tahun dari Darjah 1 hingga Darjah4 dan tahap orientasi selama 2 tahun dari Darjah 5 hingga Darjah 6.Matlamat pendidikan sekolah rendah pada keseluruhannya adalahuntuk meningkatkan pemahaman murid-murid dalam Bahasa Inggeris,Bahasa Ibunda dan Matematik.

KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

BAHASA

Bahasa InggerisBahasa Ibunda

MATEMATIK& SAINS

ILMUPENGETAHUAN& KESENIAN

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CME,PCCG, NE, PE,

PendidikanKesihatan^

KEMAHIRANPENGETAHUAN

PW~Matematik

Sains*

# Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda dan Matematik akan diajar pada peringkat yang sesuai dengan kebolehan murid.

* Sains akan diajar bermula dari Darjah 3.

^ Bagi Darjah 1-4, Pendidikan Kesihatan tidak diajar sebagai subjek yang berasingan tetapi topik yang relevan akan dimuatkan

dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

Pengajian Sosial,Seni Lukis &

Kerjatangan, Muzik

SUBJEK-SUBJEK YANGDIUJI DALAM PTSR:Subjek-subjek arus utama:Bahasa Inggeris, BahasaIbunda, Matematik, Sains

Pilihan:Bahasa Ibunda Lanjutan

Subjek-subjek EM3 :Bahasa Inggeris Asas,Bahasa Ibunda Asas,Matematik Asas

LEGENDA

CCA Kegiatan

Ko-Kurikulum

CME Sivik & Pendidikan

Moral

PCCG Bimbingan Kebajikan

& Kerjaya Pelajar

NE Pendidikan Nasional

PE Pendidikan Jasmani

PW Kerja Projek

Page 15: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HREN

DA

H

PERUBAHAN PADA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAHSAIZ KELAS YANG LEBIH KECIL BAGI DARJAH 1 & 2Perubahan-perubahan penting bagi sekolah rendah pemerintah> 30 murid bagi setiap kelas Darjah 1 bermula dari 2005 dan Darjah 2 bermula dari 2006.

Mengapa kami lakukan ini?> Kita akui bahawa murid-murid mungkin mempunyai titik permulaan yang berbeza

apabila mereka pertama kali memasuki sekolah. Ini akan membolehkan guru memenuhi

keperluan murid yang berbeza dalam satu kelas.

> Bagi memberikan lebih tumpuan individu kepada murid-murid Darjah 1 dan 2 untuk

mengasah kebolehan mereka dalam membaca dan mengira.

> Bagi memudahkan peralihan dari peringkat pra-sekolah di mana saiz kelas biasanya

kurang daripada 30 murid.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :13

BULATAN DALAM memusat pada

kemahiran-kemahiran hidupmemastikan agar para pelajar

memperoleh nilai-nilai dan

kemahiran-kemahiran yang kukuh

yang membentuk mereka sebagai

orang dewasa yang

bertanggungjawab dan

warganegara yang aktif. Ianya

terdiri daripada kurikulum bukan

akademik.

BULATAN TENGAH mengenai

kemahiran-kemahiranpengetahuan yang bertujuan

untuk membangunkan

kemahiran-kemahiran berfikir,

memproses dan berkomunikasi

para pelajar. Ini membolehkan

para pelajar menganalisis dan

menggunakan maklumat dan

mampu mengetengahkan

pendapat dan idea-idea mereka

dengan jelas dan berkesan. Ianya

terdiri daripada subjek-subjek

berdasarkan kemahiran.

BULATAN LUAR meliputi disiplinsubjek-subjek berdasarkankandungan iaitu Bahasa, Ilmu

Kemanusiaan & Kesenian, dan

Matematik & Sains. Ianya

memastikan agar para pelajar

memperoleh asas yang mantap

dalam kandungan pelbagai

cabang ilmu.

Page 16: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

14: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

SATU SESI SEPARAPerubahan-perubahan penting> Kebanyakan sekolah akan menganjurkan kelas rendah atas mereka (iaitu Darjah 3-6)

pada sesi pagi, dan kelas rendah bawah mereka (iaitu Darjah 1-2) pada sesi petang.

> Kebanyakan sekolah pemerintah akan beroperasi secara satu sesi separa menjelang 2014.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membuka peluang bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dengan

meluangkan lebih banyak masa dan ruang yang sedia ada. Sekolah-sekolah boleh

menganjurkan kegiatan CCA dan pengayaan yang lebih luas lagi dengan kemudahan

yang tidak digunakan pada sebelah petang.

PENGHALUSAN PADA SISTEM PENYALURAN SEKOLAH RENDAHPerubahan-perubahan penting> Aliran EM1 dan EM2 telah disatukan. Pihak sekolah akan

menasihatkan ibu bapa tentang sama ada anak mereka

layak mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan.

> Pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk mengadakan

peperiksaan akhir tahun Darjah 4 mereka sendiri untuk

mengenalpasti murid-murid yang akan meraih faedah

daripada kurikulum EM3 bagi Darjah 5-6. Pihak sekolah

akan menasihati, namun ibu bapa yang akan memberi

kata putus mengenai aliran bagi anak mereka di peringkat

Darjah 5.

> Pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk

menggabungkan murid-murid EM3 dengan murid-murid dalam kelas lain.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan pihak sekolah fleksibiliti bagi mengatur dan menyalurkan murid-

murid mereka untuk mencapai hasil pendidikan yang terbaik.

PROGRAM BAGI KECEMERLANGAN DI PERINGKAT SEKOLAHPerubahan-perubahan penting> Sekolah-sekolah rendah boleh memohon untuk mendapatkan dana sehingga $100,000

daripada MOE untuk membangunkan bidang khas masing-masing.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membolehkan pihak sekolah menonjolkan sekolah mereka melalui program

kecemerlangan yang kukuh bagi memanfaatkan murid-murid mereka dari segi pendidikan.

Latar belakang

Sebelum tahun 2005,

penyaluran dilakukan

pada akhir Darjah 4

untuk menempatkan

murid-murid ke aliran

yang sesuai mengikut

tahap pembelajaran

mereka. Ketiga-tiga

aliran itu adalah EM1,

EM2 dan EM3.

Page 17: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HREN

DA

H

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :15

KURIKULUM BAHASA IBUNDA YANG LEBIH RESPONSIF DAN MELIBATKANPELAJAR

Bahasa Cina (CL)*Perubahan-perubahan penting> Kelonggaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Cina yang membolehkan pengajaran mengikut

kebolehan dan keperluan murid

• Kurikulum CL bermodul yang baru akan dilaksanakan di peringkat Darjah 1 dan 2

pada 2007, Darjah 3 dan 4 pada 2008, diikuti oleh Darjah 5 pada 2009 dan Darjah

6 pada 2010.

• Kesemua murid akan mengambil modul-modul Teras.

• Modul-modul Perantaraan dan Pengukuhan akan memenuhi keperluan murid-

murid yang memasuki sekolah dengan pengetahuan Bahasa Cina yang cetek atau

mereka yang memerlukan sokongan tambahan bagi modul-modul Teras.

• Murid-murid yang berkebolehan dan berminat akan digalakkan untuk mempelajari

bahasa ini di peringkat yang lebih tinggi melalui modul-modul Pengayaan.

• Peperiksaan Bahasa Cina PTSR akan ditetapkan pada tahap modul-modul Teras.

> Peningkatan pada kaedah pengajaran, kaedah penilaian dan bahan-bahan pengajaran

• Pada peringkat Rendah Bawah, pelajaran eksplisit mengenai strategi yang murid-

murid boleh gunakan untuk mengenali dan memahami huruf CL akan diajar.

• Lebih penekanan akan diberikan kepada pertuturan, pendengaran dan pembacaan.

Strategi seperti menyanyikan lagu-lagu, bacaan puisi dan berdeklamasi akan

digunakan dengan lebih meluas.

• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid.

• Perubahan pada PTSR bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan dalam

pembelajaran menghafal, menambah ujian mengikut konteks dan menambah

pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.

STRUKTUR MODUL-MODUL BAHASA CINA BAGIPROFIL-PROFIL PELAJAR YANG BERBEZA

Darjah 1 hingga 2 Darjah 3 hingga 4 Darjah 5 hingga 6

ModulPengayaan

ModulPengayaan

ModulPengayaan

Modul-modul Teras PTSR

ModulPerantaraan

ModulPengukuhan

Page 18: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

16: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

• Penggunaan kamus elektronik bimbit Bahasa Cina yang diluluskan akan dibenarkan

untuk karangan semasa peperiksaan peringkat sekolah bermula dari 2006 dan

semasa PTSR bermula dari 2007.

> Lebih banyak peluang menggunakan Bahasa Cina di sekolah

• Sekolah-sekolah rendah SAP boleh menyediakan lebih banyak pendedahan kepada

Bahasa Cina dengan mengajar lebih banyak subjek dalam Bahasa Cina, terutamanya

pada peringkat rendah.

* Bahasa Cina Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.

Bahasa Melayu (ML)*

Perubahan-perubahan penting> Kurikulum ML yang fleksibel dan mengikut kebolehan

• Kumpulan berdasarkan kebolehan atau pengajaran yang dibezakan dalam sesebuah

kelas bagi peringkat Rendah bawah untuk memenuhi keperluan murid-murid

daripada latarbelakang bahasa rumah dan kebolehan yang berbeza.

> Peningkatan pada sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan kaedah penilaian.

• Penekanan yang lebih pada pengembangan kemahiran bertutur, mendengar dan

membaca.

• Hasil pembelajaran yang nyata untuk menujukkan tahap pencapaian yang berbeza.

• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid.

• Perubahan pada peperiksaan PTSR bermula dari tahun 2006 untuk mengurangkan

penekanan pada penghafalan, menambahkan ujian dalam konteks dan menambah

pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.

• Kurikulum ML yang baru ini akan dilaksanakan bagi Darjah 1-4 pada 2008, diikuti

dengan Darjah 5 pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010.

* Bahasa Melayu Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.

Bahasa Tamil (TL)*Perubahan-perubahan penting> Kurikulum TL yang fleksibel dan mengikut kebolehan

• Kumpulan berdasarkan kebolehan atau pengajaran yang dibezakan dalam sesebuah

kelas untuk memenuhi keperluan murid-murid daripada latarbelakang bahasa

rumah dan kebolehan yang berbeza.

> Peningkatan pada sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan kaedah penilaian.

• Penekanan yang lebih pada pengembangan kemahiran bertutur, mendengar dan

membaca.

Page 19: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HREN

DA

H

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :17

• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid.

• Bermula dari tahun 2006, sukatan pelajaran TL akan mengajar bahasa pertuturan

Tamil dan bukan bahasa rasmi Tamil.

• Bahasa pertuturan Tamil dan bukan bahasa rasmi Tamil yang akan digunakan bagi

peperiksaan lisan PTSR bermula dari 2010.

• Perubahan pada peperiksaan PTSR bermula dari tahun 2006 untuk mengurangkan

penekanan pada penghafalan, menambahkan ujian dalam konteks dan menambah

pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.

• Kurikulum TL yang baru ini akan dilaksanakan bagi Darjah 1-4 pada 2008, Darjah 5

pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010.

* Bahasa Tamil Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.

Mengapa kami lakukan ini?

• Untuk menjadikan Bahasa Ibunda sebagai bahasa yang “hidup” dan mengembangkan

di kalangan murid-murid minat yang berkekalan terhadap Bahasa Ibunda dan budaya

mereka.

• Untuk membentuk kurikulum supaya mengikut keperluan murid-murid yang berbeza

kebolehan dan minat.

DARI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH KE PENDIDIKANSEKOLAH MENENGAH

LATIHAN PEMILIHAN SELEPAS PTSR> Semua murid yang menduduki PTSR (selain daripada mereka yang dipilih memasuki

sekolah menengah bagi pengambilan masuk mengikut budi bicara) akan menetapkan

pilihan sekolah-sekolah menengah yang diingini setelah keputusan PTSR diumumkan.

Keputusan PTSR diumumkan tidak lama selepas hari terakhir tahun persekolahan.

Selepas itu, para ibubapa dan murid boleh membuat pilihan mereka. Murid-murid

diberi 6 pilihan dan keputusan penempatan diumumkan sebelum 25 Disember.

> Penempatan di sekolah menengah berdasarkan pada merit dan pilihan. Ibubapa dan

murid mungkin harus pertimbangkan ciri-ciri sekolah yang dapat memenuhi keperluan

dan pembelajaran murid serta sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah.

Page 20: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH MENENGAH MENGIKUT BUDI BICARAPerubahan-perubahan penting> Sekolah menengah yang mempunyai Program

Bersepadu diberikan fleksibiliti sepenuhnya untuk

memilih murid-murid bagi Program Bersepadu

Menengah 1.

> Sekolah-sekolah Berautonomi dan Sekolah-sekolah

Bebas boleh memperuntukkan 10% dan 20% tempat

kosong di sekolah masing-masing untuk kemasukan

mengikut budi bicara.

> Sekolah-sekolah yang mempunyai bidang

kecemerlangan yang diluluskan boleh memperuntukkan

5% tempat kosong di sekolah mereka untuk kemasukan

mengikut budi bicara.

> Murid-murid dipilih semasa Latihan Kemasukan Sekolah

secara Langsung berdasarkan kriteria sekolah sebelum

latihan penempatan utama.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan pihak sekolah lebih fleksibiliti

mengiktiraf pencapaian dan bakat yang berbeza. Dalam pada itu, kita ingin

menggalakkan murid-murid supaya memberikan tumpuan yang lebih terhadap

kegiatan dan bidang yang mereka minati atau mempunyai bakat.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUTBuku kecil mengenai Penempatan ke Menengah 1- keterangan umum bagipengambilan masuk

> http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/sec1/pslemain.htm

Perkhidmatan Penerangan mengenai Sekolah - keterangan mengenai program-program dan kegiatan CCA yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah

> http://www.moe.gov.sg/schdiv/sis

Pengambilan Masuk Mengikut Budi Bicara

Bagi keterangan UMUM, sila rujuk kepada

> http://www.moe.gov.sg

Bagi keterangan KHUSUS, sila rujuk kepada

> lelaman sekolah-sekolah berkenaan

Latar belakang

Pada tahun 2005, semua

sekolah menengah yang

menawarkan Program

Bersepadu, Sekolah-

sekolah Bebas, Sekolah-

sekolah Berautonomi dan

sekolah-sekolah yang

mempunyai bidang

kecemerlangan yang

diluluskan diberikan lebih

autonomi untuk

mengambil masuk

beberapa peratusan

tertentu murid-murid ke

dalam sekolah mereka

berdasarkan kriteria di

peringkat sekolah.

18: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Page 21: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksima yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian

biasa. Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini.

~ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran Sekolah Berautonomi.

^ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar sebahagian daripada yuran Sekolah Bebas yang berlebihan

daripada yuran sekolah dan yuran rampaian yang biasa bagi sekolah-sekolah menengah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah.

Skim bantuan kewangan disediakan untuk membantu para pelajar yang memerlukannya untuk membayar yuran. Ibu bapa yang

ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.

1. Pendidikan selama 4-5 tahun

2. Yuran sekolah selepas subsidi: $5.00

Yuran rampaian biasa: $8.00

Yuran rampaian tahap kedua*: $8.00

Sekolah Berautonomi memungut Yuran SekolahBerautonomi antara $3 hingga $18 sebulan selaindaripada yuran rampaian tahap kedua~

Sekolah Bebas mengenakan skala yuran yangberasingan. Julat yuran sekolah bagi para pelajarsetempat (tidak termasuk yuran rampaian) padatahun 2006 adalah antara $150-$255 sebulan^

3. Peperiksaan nasional: GCE Peringkat ‘O’ (bagikursus Khas/Ekspres) atau GCE Peringkat ‘N’(bagi Kursus Normal)

4. Semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu CCA; kelakonan CCA diambilkira bagi pengambilan masuk ke MaktabRendah, Institusi Pusat, politeknik dan InstitutPendidikan Teknikal

FAKTASEGERA

Program-program yang

berbeza dan menarik yang

disediakan membolehkan saya

memanfaatkan pendidikan

menengah saya dengan sebaik-

baiknya supaya saya dapat

memburu minat saya dan

mengembangkan kebolehan

saya.

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Page 22: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

20: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Para pelajar ditempatkan dalam Kursus Khas, Ekspres, Normal(Akademik) atau Normal (Teknikal) mengikut kelakonan mereka dalamPTSR. Tekanan berbeza pada kurikulum dirancang supaya sepadandengan kebolehan dan minat pembelajaran mereka.

KURSUS-KURSUS SEKOLAH MENENGAHKURSUS-KURSUS KHAS DAN EKSPRES:> Kursus 4 tahun yang mengarah ke peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Pelajar kursus Khas

menawarkan Bahasa Ibunda di peringkat lanjutan (Bahasa Cina Lanjutan/Bahasa

Melayu Lanjutan/Bahasa Tamil Lanjutan).

KURSUS NORMAL:> Para pelajar kursus Normal mengikuti sama ada kurikulum Normal (Akademik) [N(A)]

atau Normal (Teknikal) [N(T)].

> Program 4 tahun yang menjurus ke peperiksaan GCE Peringkat ‘N’.

> Tahun ke 5 yang menjurus ke peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ disediakan bagi para

pelajar N(A) yang lulus peperiksaan GCE Peringkat ‘N’ mereka dengan cemerlang.

Para pelajar boleh berpindah dari satu kursus ke kursus yang lain berdasarkan kelakonan

mereka dan penilaian Pengetua dan guru-guru.

Page 23: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :21

FLEKSIBILITI DI ANTARA KURSUS

Peperiksaan GCEPeringkat ‘O’

Menengah 4Khas/Ekspres

Menengah 4N(A)

Menengah 4N(T)

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah(PTSR)

Menengah 5N(A)

Peperiksaan GCEPeringkat ‘N’

Peperiksaan GCEPeringkat ‘N’

Menengah 3Khas/Ekspres

Menengah 3N(A)

Menengah 3N(T)

Menengah 2Khas/Ekspres

Menengah 2N(A)

Menengah 2N(T)

Menengah 1Khas/Ekspres

Menengah 1N(A)

Menengah 1N(T)

Page 24: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

22: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

KEGIATAN-KEGIATAN KO-KURIKULUM (CCAs)CCA merupakan bahagian penting dalam memberi para pelajar kita pendidikan yang

menyeluruh. CCA dapat memupuk sifat-sifat seperti bersemangat waja, ketabahan, keyakinan

dan ketekunan, yang mempersiapkan mereka untuk menyesuaikan diri dan berjaya dalam

dunia yang pesat berubah.

Setiap pelajar sekolah menengah harus menyertai salah satu daripada CCA berikut:

> Sukan dan permainan > Kumpulan seni persembahan

> Pasukan berseragam > Kelab dan persatuan

Para pelajar boleh juga menyertai kegiatan kedua. Para pelajar yang tidak terlibat dalam

sukan saingan (umpamanya para pelajar yang menyertai CCA seperti seni persembahan

dan kelab-kelab) digalakkan supaya mengambil bahagian dalam sukan dan permainan

sebagai CCA mereka yang kedua.

Pilihan CCA lainPara pelajar yang berminat dalam sesuatu kegiatan yang tidak ditawarkan di sekolah boleh

mendapatkan keizinan pihak sekolah untuk memulakan kegiatan mereka sendiri. Ini memberi

peluang bagi para pelajar meneruskan minat atau idea yang khusus, dan meluaskan julat

kegiatan yang diadakan di sekolah. Para pelajar juga boleh menyertai kegiatan-kegiatan

kemasyarakatan, supaya dapat membantu memupuk semangat keusahawanan dan

mengeratkan silaturahim dengan masyarakat umum.

PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN (CIP) & BELAJARBERKHIDMATCIP memupuk sikap tanggungjawab sosial dalam diri para pelajar dan menekankan komitmen

terhadap negara. Dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, para pelajar kita mempelajari

nilai berkhidmat serta nilai menjalin persahabatan yang berkekalan antara satu sama lain.

Belajar Berkhidmat merupakan satu pendekatan yang membolehkan para peserta CIP tidak

sahaja berkhidmat kepada masyarakat tetapi juga belajar mengenali keperluan masyarakat

dan merenung kembali tentang pengalaman mereka dalam menjalankan kerja-kerja

kemasyarakatan supaya mereka lebih memahami dan menghargainya.

SIJIL TAMAT SEKOLAHBermula dari tahun 2008, semua pelajar yang tamat pendidikan peringkat menengah dan

pra-universiti akan menerima surat perakuan sekolah yang komprehensif yang dinamakan

Sijil Tamat Sekolah daripada MOE. Ini termasuk penerangan pencapaian akademik dan luar

akademik serta sifat peribadi setiap pelajar.

Page 25: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :23

KURIKULUM KURSUS KHAS/EKSPRESS

Para pelajar kursus Khas danEkspres lazimnyamengambil 7-8 subjekdalam peperiksaan GCEperingkat ‘O’.

BAHASA

MATEMATIK& SAINS

ILMUKEMANUSIAAN

& KESENIANSubjek-subjek MenengahBawah: Geografi, Sejarah,Sastera dalam BahasaInggeris, Seni Tampak,Muzik

Subjek-subjek MenengahAtas: Ilmu KemanusiaanGabungan

KEMAHIRANPENGETAHUAN

PW~

Elektif Menengah Atas:Geografi, Sejarah, Sastera dalam

Bahasa Inggeris, Sastera dalamBahasa Cina, Sastera dalam Bahasa

Melayu, Sastera dalam BahasaTamil, Seni Lukis &

Rekabentuk, Muzik, SeniLukis Lanjutan,

Muzik Lanjutan

Subjek-subjek MenengahBawah: Matematik, Sains,Rekabentuk & Teknologi,Ekonomi Rumahtangga

Subjek-subjek MenengahAtas: Matematik, satusubjek Sains

Elektif Menengah Atas:Matematik Tambahan, Biologi,Kimia, Fizik, pilihan Sains Gabungan,Rekabentuk & Teknologi,Makanan & Pemakanan,Prinsip-prinsip Akaun

Bahasa InggerisBahasa Ibunda/Bahasa Ibunda Lanjutan/Bahasa Ibunda ‘B’ Bahasa Ketiga (pilihan – Bahasa Perancis, Bahasa Jerman,

Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Cina)

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CIP, CME,PCCG, NE, PE

LEGENDA

CCA Kegiatan

Ko-Kurikulum

CIP Program Khidmat

Kemasyarakatan

CME Sivik & Pendidikan

Moral

PCCG Bimbingan Kebajikan

& Kerjaya Pelajar

NE Pendidikan Nasional

PE Pendidikan Jasmani

PW Kerja Projek

BULATAN DALAM memusat pada

kemahiran-kemahiran hidupmemastikan agar para pelajar

memperoleh nilai-nilai dan

kemahiran-kemahiran yang kukuh

yang membentuk mereka sebagai

orang dewasa yang

bertanggungjawab dan

warganegara yang aktif. Ianya

terdiri daripada kurikulum bukan

akademik.

BULATAN TENGAH mengenai

kemahiran-kemahiranpengetahuan yang bertujuan

untuk membangunkan

kemahiran-kemahiran berfikir,

memproses dan berkomunikasi

para pelajar. Ini membolehkan

para pelajar menganalisis dan

menggunakan maklumat dan

mampu mengetengahkan

pendapat dan idea-idea mereka

dengan jelas dan berkesan. Ianya

terdiri daripada subjek-subjek

berdasarkan kemahiran.

BULATAN LUAR meliputi disiplinsubjek-subjek berdasarkankandungan iaitu Bahasa, Ilmu

Kemanusiaan & Kesenian, dan

Matematik & Sains. Ianya

memastikan agar para pelajar

memperoleh asas yang mantap

dalam kandungan pelbagai

cabang ilmu.

~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

Page 26: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

24: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PROGRAM-PROGRAM LAIN DI SEKOLAH MENENGAHPROGRAM-PROGRAM BERSEPADU (IP)> Menyediakan pendidikan yang tiada sekatan, yang membolehkan para pelajar sekolah

menengah terus ke peringkat pra-universiti tanpa menduduki peperiksaan GCE

Peringkat ‘O’.

> Ini baik bagi para pelajar yang lebih selesa mengikuti program yang lebih fleksibel

dan kurang berstruktur serta melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran yang

lebih luas.

> Sesetengah IP menawarkan kurikular dan peperiksaan alternatif seperti International

Baccalaureate.

PROGRAM PENGAJIAN DWI-BUDAYA (CINA) [BSP(C)] & BIASISWA RANCANGANBANTUAN KHAS (SAP)> Program 4 tahun dari Menengah 3 hingga ke Pra-U 2.

> Untuk mendidik para pelajar agar memahami dengan mendalam dan menghargai

dua budaya, supaya mereka dapat berinteraksi dengan lebih berkesan dengan negeri

Cina serta berhubungan dengan negara-negara Barat.

> Sebagai tambahan kepada Bahasa Cina Lanjutan, para pelajar boleh menawarkan

subjek elektif seperti Sejarah Cina dan Falsafah Cina.

> Biasiswa SAP ditawarkan kepada para pelajar cemerlang dalam BSP(C). Mereka

diberikan alaun biasiswa bernilai $1000, pembiayaan bagi program pengenalan

penyerapan seberang laut dan pengecualian daripada membayar yuran sekolah.

PROGRAM ELEKTIF BAHASA MELAYU BAGI SEKOLAH MENENGAH (EMAS)> Ditawarkan kepada para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan.

> Untuk meningkatkan keupayaan berbahasa Melayu bagi para pelajar yang berbakat

supaya mereka dapat mencapai kecekapan dan pemahaman yang lebih tinggi dalam

bahasa, sastera dan budaya Melayu.

BAHASA MELAYU (PROGRAM KHAS)/BAHASA CINA (PROGRAM KHAS) [M(SP)/C(SP)]> Membolehkan para pelajar mempelajari Bahasa, seperti bahasa Melayu atau bahasa

Cina, yang bukan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ketiga.

> Sebelum ini dibuka hanya kepada para pelajar dalam golongan 30% terbaik PTSR yang

memenuhi beberapa kriteria bahasa.

> Bermula dari tahun 2007, kriteria ini akan ditiadakan. Para pelajar Menengah 1 akan

dibenarkan mengambil satu lagi bahasa ibunda di samping Bahasa Ibunda mereka,

selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan.

Page 27: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

PROGRAM BAHASA ASING> Bahasa asing yang disediakan ialah Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun.

> Ditawarkan kepada para pelajar yang berada dalam golongan 10% terbaik PTSR dan

yang mempunyai kecenderungan mempelajari bahasa asing, di samping Bahasa

Inggeris dan Bahasa Ibunda.

PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS (AEP)> Kursus 4 tahun yang menyediakan pelajar menduduki peperiksaan Seni Lukis GCE

Peringkat ‘O’.

> Penekanan yang sama ke atas aspek-aspek praktikal dan teori Seni Lukis dan Rekabentuk,

dan ke atas pengajian visual dan kebudayaan.

PROGRAM ELEKTIF MUZIK (MEP)> Kursus 4 tahun yang menyediakan pelajar menduduki peperiksaan Muzik GCE

Peringkat ‘O’.

> Mengembangkan kemahiran persepsi para pelajar dalam mentafsirkan dan memahami

muzik. Kursus ini mendedahkan mereka kepada muzik klasik Barat dan muzik tradisional

luar Barat.

PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUSKHAS/EKSPRES

KAWALAN YANG LEBIH KE ATAS GCE PERINGKAT ‘O’Perubahan-perubahan penting> Dari tahun 2006, MOE mula memikul lebih tanggungjawab dalam pembinaan sukatan

pelajaran dan format peperiksaan, penetapan mutu, dan pemberian gred.

> Walaupun kita mengambilalih sepenuhnya tugas pembinaan sukatan pelajaran, MOE

dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) akan terus bekerjasama

dengan Sindiket Peperiksaan Setempat Universiti Cambridge (UCLES) dalam

merekabentuk sukatan pelajaran dan menyerahkan kepada UCLES untuk menyiapkan

dan memeriksa skrip peperiksaan.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :25

Page 28: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

26: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Mengapa kami lakukan ini?> Supaya peperiksaan selaras dengan kurikulum. Langkah ini memastikan bahawa kita

dapat memenuhi keperluan pendidikan dan mengekalkan mutu tinggi yang dikenali

di Singapura.

SUBJEK-SUBJEK BARU GCE PERINGKAT ‘O’

Perubahan-perubahan penting> Beberapa sekolah menengah telah dibenarkan menawarkan subjek-subjek baru

Peringkat GCE ‘O’ sebagai tambahan atau untuk menggantikan subjek elektif. Mereka

boleh memilih daripada senarai subjek-subjek yang ditawarkan oleh kumpulan sukatan

pelajaran Peperiksaan Antarabangsa Cambridge untuk Peringkat ‘O’ (Cambridge

International Examination group of ‘O’ Level syllabuses). Beberapa subjek yang

kemungkinan disertakan ialah Ekonomi, Pengajian Komputer dan Drama.

> Lama-kelamaan, sekolah-sekolah dapat membina subjek-subjek baru dalam bidang-

bidang tukikan kurikulum mereka sendiri atau bergabung dengan institusi pos-

menengah yang telah diakui bagi membina subjek-subjek GCE Peringkat ‘O’ yang

baru.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberi para pelajar kita lebih banyak pilihan dalam apa yang mereka boleh

pelajari.

> Untuk membolehkan sekolah-sekolah mewujudkan tukikan kurikulum mereka sendiri.

PENGHALUSAN PADA BAHASA IBUNDA (MTL)

Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL)

Perubahan-perubahan penting> Kriteria kelayakan formal bagi Bahasa

Ibunda Lanjutan telah dilonggarkan

seperti berikut:

• Golongan 10% terbaik kohort PTSR;

atau

• Golongan 11-30% terbaik kohort

PTSR yang mendapat A* bagi

Bahasa Ibunda di peringkat PTSR

atau Merit bagi Bahasa Ibunda

Latar belakang

Pendekatan mengikut kebolehan kumpulan

sasar diambil dalam pengajaran Bahasa Ibunda

supaya kita dapat memenuhi keperluan berbagai

kumpulan pelajar. Pendekatan ini membolehkan

Bahasa Ibunda diajar pada tahap dan kadar yang

sesuai bagi para pelajar yang mempunyai

latarbelakang bahasa dan kebolehan berbahasa

yang berbeza. Lima sukatan pelajaran Bahasa

Ibunda – Bahasa Ibunda Asas, Bahasa Ibunda ‘B’,

Bahasa Ibunda bagi kursus N(A), Bahasa Ibunda

dan Bahasa Ibunda Lanjutan – disediakan untuk

menggalakkan setiap rakyat Singapura

mempelajari Bahasa Ibundanya hingga ke

peringkat setinggi mana yang mungkin.

Page 29: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

> Walaupun para pelajar tidak memenuhi kriteria kelayakan formal, pihak sekolah

mempunyai fleksibiliti untuk membenarkan mereka mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan

jika mereka dinilai mempunyai kebolehan Bahasa Ibunda yang kukuh dan dapat

mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan tanpa menjejas perkembangan akademik luas

mereka.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membolehkan para pelajar mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka

mampu dan berminat. Ini akan menambah bilangan rakyat Singapura yang memahami

dengan lebih mendalam bahasa dan budaya kaum mereka.

Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda ‘B’

Perubahan-perubahan penting> Bahasa Ibunda ’B’ boleh ditawarkan dari Menengah 1.

Para pelajar yang memperolehi Gred C atau lebih

rendah dalam Bahasa Ibunda pada PTSR akan

dibenarkan mengambil Bahasa Ibunda ‘B’.

> Mereka yang mempunyai kurang keupayaan belajar,

seperti disleksia, ADHD, autisme dan cacat

pendengaran, akan dipertimbangkan juga. Para

pelajar yang mempunyai kecacatan yang teruk akan

dikecualikan sama sekali daripada keperluan Bahasa

Ibunda.

> Sekolah-sekolah menengah mempunyai fleksibiliti

untuk membenarkan para pelajar lain mengambil

Bahasa Ibunda ‘B’ setelah mempertimbangkan

kelakonan dan keupayaan berbahasa pelajar serta

tahap yang dapat dicapainya dengan usaha yang setimpal.

> Para pelajar yang memasuki semula sistem pendidikan kita (seperti para pelajar yang

kembali dari seberang laut) dan tidak mampu mengikuti sukatan pelajaran Bahasa

Ibunda juga akan dipertimbangkan untuk mengikuti sukatan pelajaran Bahasa

Ibunda ‘B’.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membantu para pelajar yang terlalu lemah dalam Bahasa Ibunda supaya

pembangunan akademik mereka tidak akan terjejas kerana masa yang mereka

peruntukkan untuk mempelajari Bahasa Ibunda.

Latar belakang

Sukatan pelajaran Bahasa

Ibunda ‘B’ diperkenalkan untuk

membantu para pelajar yang

menghadapi kesukaran dalam

mempelajari Bahasa Ibunda.

Dengan penekanan ke atas

kemahiran perhubungan yang

praktikal, sukatan ini bertujuan

untuk menggalak para pelajar

supaya mempelajari Bahasa

Ibunda mereka ke tahap yang

realistik, dan mengekalkan

minat mereka dalam bahasa

dan budaya kaum mereka.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :27

Page 30: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Cina (CL)

Perubahan-perubahan penting> 10% ruang dalam kurikulum bagi pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Cina GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006

untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam

konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.

> Penggunaan kamus elektronik bimbit bahasa Cina yang diluluskan semasa peperiksaan

karangan akan dibenarkan dalam penilaian peringkat sekolah bermula dari tahun

2006 dan dalam peperiksaan peringkat ‘O’ bermula dari 2007.

> Para pelajar Bahasa Cina dan Bahasa Cina Lanjutan boleh mengambil Sastera dalam

Bahasa Cina sebagai sebahagian daripada elektif Ilmu Kemanusiaan Gabungan bagi

GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (ML)

Perubahan-perubahan penting> Hasil pembelajaran yang nyata menunjukkan tahap pencapaian yang berbeza.

> Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar.

> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat ‘O’ bermula dari

2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam

konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Tamil (TL)

Perubahan-perubahan penting

> Bahasa pertuturan Tamil akan digunakan dalam semua perbualan antara guru dengan

pelajar dalam semua kelas Bahasa Tamil.

> Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar.

> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Tamil GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006

untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam

konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.

Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk menjadikan Bahasa-bahasa Ibunda sebagai bahasa-bahasa “hidup” yang akan

digunakan oleh para pelajar dalam situasi harian dan menanam minat para pelajar

dalam Bahasa Ibunda dan budaya kaum mereka agar berkekalan sepanjang hayat.

28: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Page 31: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

KURIKULUM KURSUS NORMALPara pelajar kursus Normal mengikuti sama ada kurikulum Normal (Akademik) atau Normal

(Teknikal). Dalam kursus Normal (Akademik), para pelajar menawarkan 6 - 8 subjek bagi

peperiksaan GCE Peringkat ‘N’. Subjek-subjek wajib ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda

dan Matematik. Bagi mereka yang berada dalam menengah atasan, Ilmu Kemanusiaan

Gabungan dan satu subjek Sains diwajibkan.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :29

KURIKULUM KURSUS NORMAL (AKADEMIK)

# hanya ditawarkan pada Men 4 & 5.

^ hanya ditawarkan pada Men 3 & 4.

~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

BAHASA

MATEMATIK& SAINS

ILMUKEMANUSIAAN

& KESENIANSubjek-subjek MenengahBawah: Geografi, Sejarah,Sastera dalam BahasaInggeris, Seni Tampak,Muzik

Subjek-subjek MenengahAtas: Ilmu KemanusiaanGabungan

KEMAHIRANPENGETAHUAN

PW~

Elektif Menengah Atas:Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa

Inggeris, Sastera dalam Bahasa Cina,Seni Lukis & Rekabentuk, Muzik,

Seni Lukis Lanjutan, Muzik#,Unsur-unsur Pentadbiran

Pejabat^

Subjek-subjek MenengahAtas: Matematik, satusubjek Sains

Elektif Menengah Atas:Matematik Tambahan, pilihan SainsGabungan, Rekabentuk & Teknologi,Makanan & Pemakanan,Aplikasi Komputer^,Prinsip-prinsip Akaun

Bahasa InggerisBahasa Ibunda/Bahasa Ibunda Lanjutan/Bahasa Ibunda ‘B’ Bahasa Ketiga (pilihan – Bahasa Melayu, Bahasa Cina)

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CIP, CME,PCCG, NE, PE

Subjek-subjek MenengahBawah: Matematik, Sains,Rekabentuk & Teknologi,Ekonomi Rumahtangga

LEGENDA

CCA Kegiatan

Ko-Kurikulum

CIP Program Khidmat

Kemasyarakatan

CME Sivik & Pendidikan

Moral

PCCG Bimbingan Kebajikan

& Kerjaya Pelajar

NE Pendidikan Nasional

PE Pendidikan Jasmani

PW Kerja Projek

Page 32: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

30: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Dalam kursus Normal (Teknikal), para pelajar menawarkan 5-7 subjek bagi peperiksaan GCE

Peringkat ‘N’. Kurikulum ini mempersiapkan mereka untuk pendidikan teknikal di Institut

Pendidikan Teknikal. Kurikulum ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran para pelajar

dalam Bahasa Inggeris dan Matematik. Para pelajar mengambil Bahasa Inggeris, Matematik,

Bahasa Ibunda Asas dan Aplikasi Komputer sebagai subjek-subjek wajib.

KURIKULUM KURSUS NORMAL (TEKNIKAL)

KNOWLEDGESKILLS

~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

BAHASA

MATEMATIK& SAINS

ILMUKEMANUSIAAN

& KESENIANSubjek-subjek MenengahBawah: Pengajian Sosial,Seni Tampak, Muzik

KEMAHIRANPENGETAHUAN

PW~Elektif Menengah Atas:Seni Lukis & Rekabentuk,Unsur-unsur PentadbiranPejabat

Subjek-subjek MenengahAtas: Matematik, AplikasiKomputer

Elektif Menengah Atas:Sains Gabungan, Pengajian Teknikal,Makanan & Pemakanan

Bahasa InggerisBahasa Ibunda Asas

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CIP, CME,PCCG, NE, PE

Subjek-subjek MenengahBawah: Matematik, Sains,Aplikasi Komputer,Pengajian Teknikal,Ekonomi Rumahtangga

LEGENDA

CCA Kegiatan

Ko-Kurikulum

CIP Program Khidmat

Kemasyarakatan

CME Sivik & Pendidikan

Moral

PCCG Bimbingan Kebajikan

& Kerjaya Pelajar

NE Pendidikan Nasional

PE Pendidikan Jasmani

PW Kerja Projek

Page 33: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUSNORMAL

PERKEMBANGAN DALAM KURSUS N(A)Perubahan-perubahan penting> Bermula dari tahun 2006, para pelajar N(A) yang terpilih boleh mengambil sebanyak

dua subjek peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ dalam Menengah 4 N(A) daripada julat

subjek yang diluaskan (sila lihat jadual di bawah), dengan syarat sekolah mereka

menawarkan subjek-subjek ini. Sekolah-sekolah akan menilai para pelajar dan

mengenalpasti mereka yang layak untuk menawarkan subjek-subjek Peringkat ‘O’ ini.

> Sekolah-sekolah boleh memperkenalkan modul-moduk elektif bersama-sama dengan

institusi pendidikan pos-menengah atau agensi-agensi luar untuk mengembangkan

minat dan keupayaan para pelajar N(A) dalam bidang-bidang tertentu.

> Berdasarkan kelakonan mereka di peringkat sekolah pada akhir Menengah 2 atau

Menengah 3, pihak sekolah boleh membenarkan para pelajar N(A) mereka dinaikkan

ke Menengah 5 N(A) tanpa mengambil peperiksaan Peringkat ‘N’.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan para pelajar N(A) lebih banyak pilihan dalam julat subjek yang

dapat mereka tawarkan, mengikut minat dan keupayaan mereka.

> Untuk menyediakan peralihan yang tiada sekatan dari kurikulum Peringkat ‘N’ ke

Peringkat ‘O’ bagi para pelajar terbaik supaya mereka dapat menentukan pembelajaran

mereka dengan lebih baik lagi selama lima tahun dan menyertai pengalaman

pembelajaran yang lebih luas.

SUBJEK-SUBJEK PERINGKAT ‘O’

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina/Bahasa

Melayu/BahasaTamil

Bahasa Cina Lanjutan/

Bahasa Melayu Lanjutan/

BahasaTamil Lanjutan

Matematik

Matematik Tambahan

Makan & Pemakanan

Prinsip-prinsip Akaun

Rekabentuk & Teknologi

Lukisan & Rekabentuk

Muzik

Bahasa Cina (Program Khas)/

Bahasa Melayu (Program Khas)

Sains Gabungan

Ilmu Kemanusiaan Gabungan

Sastera dalam Bahasa Inggeris

Sejarah

Geografi

Sastera Cina

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :31

Page 34: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

32: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PERKEMBANGAN DALAM KURSUS N(T)Perubahan-perubahan penting> Para pelajar N(T) boleh mengambil subjek N(A) bermula

dari tahun 2006

• Para pelajar N(T) yang terpilih, yang berupaya

menawarkan subjek-subjek di peringkat lebih tinggi

akan dibenarkan mengambil satu hingga dua subjek

N(A) dari julat penuh subjek-subjek N(A).

• Pihak sekolah akan menilai para pelajar dan

menawarkan subjek-subjek N(A) kepada mereka yang

layak.

> Kurikulum N(T) yang disemak bermula dari tahun 2007

• Akan memberikan lebih tumpuan terhadap

pembelajaran yang berorientasikan amali.

• Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh tertumpu kepada kerja berkumpulan,

persembahan lisan, daya kreatif dan banyak lagi kegiatan.

> Modul-modul Elektif (EM)

• Bertujuan untuk memperkayakan kurikulum bagi para pelajar N(T) menengah atasan.

• Modul-modul elektif selama 20 hingga 30 jam untuk mengembangkan minat dan

keupayaan para pelajar N(T) dalam bidang-bidang tertentu.

• Sekolah-sekolah boleh membangunkan modul-modul elektif bersama-sama dengan

institusi-institusi pendidikan pos-menengah atau agensi-agensi luar.

> Pemindahan dari kursus N(T) ke kursus N(A) bagi para pelajar terbaik N(T) (sila lihat

gambar rajah di muka surat 19)

• Laluan tambahan bagi pemindahan ke kursus N(A) seperti Menengah 2 N(T) ke

Menengah 2 N(A).

• Sekolah-sekolah menilai dan menawarkan pemindahan ke kursus N(A) bagi para

pelajar N(T) yang layak.

• Pemindahan semasa dari Menengah 1 N(T) ke Menengah 2 N(A) akan diteruskan.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan para pelajar N(T) lebih banyak pilihan untuk membantu mereka

memupuk minat dan mengembangkan bakat mereka, dan bagi mereka yang berupaya,

fleksibiliti untuk melanjutkan pembelajaran mereka dalam subjek tertentu.

> Untuk menumpukan kurikulum N(T) ke arah pembelajaran yang berorientasikan amali

supaya selaras dengan pendekatan para pelajar N(T) terhadap pembelajaran.

> Untuk menyediakan lebih banyak peluang peralihan lateral dari N(T) ke N(A) bagi

pemindahan antara kedua-dua kursus ini.

Latar belakang

Kursus N(T) memenuhi

keperluan para pelajar

yang lebih cenderung

dalam bidang teknikal.

Kursus ini memberikan

mereka peluang

menamatkan pendidikan

asas dalam masa 10 tahun

dan menyiapkan mereka

bagi pendidikan pos-

menengah di ITE.

Page 35: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

SEKOLA

HM

ENEN

GA

H

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :33

DARI PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KE PENDIDIKANPOS MENENGAH

PILIHAN PENDIDIKAN POS MENENGAHMaktab Rendah (JC) dan Institut Pusat (CI)> Bagi para pelajar yang cenderung dalam bidang akademik dan mempunyai kelayakan

GCE Peringkat ‘O’ yang diperlukan. Maktab-maktab Rendah juga mengiktiraf bakat

istimewa dan kecenderungan melalui pengambilan masuk mengikut budi bicara (sila

lihat muka surat 34).

> Menawarkan kursus pra-universiti maktab rendah selama 2 tahun/institut pusat selama

3 tahun yang mengarah kepada peperiksaan GCE Peringkat ‘A’.

Politeknik> Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan latihan berorientasikan gunaan dan amali

dan mempunyai kelayakan GCE Peringkat ‘O’ yang diperlukan. Bermula dari 2006,

politeknik-politeknik boleh mengambil masuk sehingga 5% pelajar mereka berdasarkan

bakat istimewa dan kecenderungan pelajar.

> Kursus 3 tahun merupakan suatu norma.

> Graduan lulusan politeknik dengan gred-gred yang baik berpeluang melanjutkan

pendidikan ke peringkat universiti.

Institut Pendidikan Teknikal (ITE)> Bagi para pelajar yang mempunyai sijil-sijil GCE Peringkat ‘O’ atau ‘N’.

> Menawarkan kursus-kursus teknikal atau vokasional dari 1 hingga 2 tahun.

> Para pelajar yang lulus dengan cemerlang boleh meneruskan pendidikan mereka ke

politeknik untuk mengikuti program-program diploma. Calon-calon yang layak juga

boleh mara ke universiti.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUTmengenai permohonan ke JC/CI, Politeknik dan ITE:

> http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/jae

Page 36: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

34: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PENGAMBILAN MASUK KE MAKTAB RENDAH MENGIKUT BUDI BICARAPengambilan Masuk mengikut budi bicara membenarkan JC mengambil masuk peratusan

tertentu para pelajar dengan menggunakan kriteria pemilihan peringkat sekolah mereka.

Perubahan-perubahan penting> Bagi pengambilan masuk mengikut budi bicara ke JC 1, para pelajar dipilih semasa

Latihan Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung dengan menggunakan

kriteria peringkat sekolah, sebelum latihan pengambilan masuk pusat.

> Maktab Rendah Bebas mempunyai autonomi mengambil masuk sehingga 20% pelajar

mereka di JC 1 sebelum latihan pengambilan masuk pusat. Maktab-Maktab Rendah

lain mempunyai autonomi mengambil masuk sehingga 10% pelajar mereka di JC 1.

> Maktab Rendah dengan Program Bersepadu (IP) yang bermula dari Menengah 3 (iaitu

IP Tahun 1) mempunyai autonomi penuh untuk memilih semua pelajar IP Tahun 1

mereka dengan menggunakan kriteria peringkat sekolah.

Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan sekolah-sekolah kita lebih fleksibiliti mengiktiraf julat pencapaian

dan bakat yang lebih berbeza. Di samping itu, kita ingin menggalakkan para pelajar

supaya lebih berusaha dalam minat dan bakat mereka yang istimewa.

Page 37: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksima yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian

biasa. Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini.

^ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar sebahagian daripada yuran Sekolah Bebas yang berlebihan

daripada yuran sekolah dan yuran rampaian yang biasa bagi sekolah-sekolah menengah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah.

Skim bantuan kewangan disediakan untuk membantu para pelajar yang memerlukannya untuk membayar yuran. Ibu bapa yang

ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.

FAKTASEGERA

Kerja projek telah membantu saya

dan rakan-rakan sedarjah saya

meningkatkan kemahiran kami

dalam bekerjasama, belajar secara

berdikari dan berkomunikasi.

PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI

1. Pendidikan selama 2-3 tahun

2. Yuran sekolah selepas subsidi: $6.00

Yuran Rampaian biasa: $11.00

Yuran Rampaian tahap kedua*: $11.00

Maktab Rendah Bebas mengenakan skala yuranyang berbeza. Julat yuran bagi para pelajartempatan (tidak termasuk yuran rampaian) padatahun 2006 adalah $225 - $400 sebulan^

3. Peperiksaan nasional: GCE Peringkat ‘A’

4. Semua pelajar mengambil sekurang-kurangnya satu CCA; kelakonan dalam CCAdiambil kira bagi penerimaan masuk keuniversiti

Page 38: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI

36: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

menyediakan para pelajar bagi peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ padaakhir kursus 2 tahun di maktab rendah atau 3 tahun di institut pusat.Para pelajar yang tamat pendidikan prauniversiti mereka akan menerimaSijil Tamat Sekolah (lihat muka surat 22).

KURIKULUM GCE PERINGKAT ‘A’

LEGENDA

CCA Kegiatan

Ko-Kurikulum

CDP Program

Pembangunan

Perwatakan

PCCG Bimbingan Kebajikan

& Kerjaya Pelajar

NE Pendidikan Nasional

PE Pendidikan Jasmani

GP Kertas Am

PW Kerja Projek

KI Pengetahuan &

KajianUntuk keterangan lanjut mengenai subjek-subjek Peringkat ‘A’,

sila rujuk pada muka surat 40 and 41.

LATAR BELAKANGBermula dari tahun 2006,kurikulum GCE Peringkat ‘A’yang lebih luas dan fleksibeltelah diperkenalkan bagiPra-U 1 untuk menggalakkanpendekatan baharu terhadappembelajaran danmembangunkan julatkemahiran yang lebih luasdalam diri para pelajar. Parapelajar akan dicabar supayaberfikir secara kritis dankreatif.

BAHASA

MATEMATIK& SAINS

ILMUKEMANUSIAAN

& KESENIANseperti Seni Lukis,Ekonomi, Geografi,Sejarah, Sastera dalamBahasa Inggeris,

Muzik, PengajianTeater & Drama

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CDP, Civics,PCCG, NE, PE

KEMAHIRANPENGETAHUAN

KI

seperti Biologi,Kimia, Fizik,Matematik,KemahiranKomputer

PWGP

Bahasa IbundaBahasa Ketiga

RANGKA BAGI KURIKULUM BARU GCE PERINGKAT ‘A’TAHUN 2006

Page 39: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

PRA-U

NIVERSITI

PERINGKAT PENGAJIAN YANG BERBEZAPerubahan-perubahan penting> Para pelajar boleh memilih subjek-subjek pada tiga peringkat pengajian yang berbeza:

Lanjutan 1 (H1), Lanjutan 2 (H2) dan Lanjutan 3 (H3).

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :37

BULATAN DALAM memusat pada

kemahiran-kemahiran hidupmemastikan agar para pelajar

memperoleh nilai-nilai dan

kemahiran-kemahiran yang kukuh

yang membentuk mereka sebagai

orang dewasa yang

bertanggungjawab dan

warganegara yang aktif. Ianya

terdiri daripada kurikulum bukan

akademik.

BULATAN TENGAH mengenai

kemahiran-kemahiranpengetahuan yang bertujuan

untuk membangunkan

kemahiran-kemahiran berfikir,

memproses dan berkomunikasi

para pelajar. Ini membolehkan

para pelajar menganalisis dan

menggunakan maklumat dan

mampu mengetengahkan

pendapat dan idea-idea mereka

dengan jelas dan berkesan. Ianya

terdiri daripada subjek-subjek

berdasarkan kemahiran.

BULATAN LUAR meliputi disiplinsubjek-subjek berdasarkankandungan iaitu Bahasa, Ilmu

Kemanusiaan & Kesenian, dan

Matematik & Sains. Ianya

memastikan agar para pelajar

memperoleh asas yang mantap

dalam kandungan pelbagai

cabang ilmu.

Page 40: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

38: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

SEKILAS PANDANG

Semua pelajar akan menawarkan:

GP, PW dan MTL pada peringkat H1

3 subjek kandungan H2 ) sekurang-kurangnya 1

1 subjek kandungan H1 ) daripada disiplin berkontras

Jumlah bilangan subjek: 7 (3 H2 + 4 H1)

Contoh kombinasi subjek

Contoh A

H2 Fizik

H2 Kimia

H2 Matematik

H1 Lukisan (subjek berkontras)

MTL

GP

PW

Contoh B

H2 Ekonomi

H2 Sejarah

H2 Matematik (subjek berkontras)

H1 Pengajian Am dalam Bahasa Cina

MTL

GP

PW

> Di samping GP, PW, dan MTL* di peringkat H1, para pelajar dikehendaki menawarkan

tiga subjek H2 dan 1 subjek H1 yang berasaskan kandungan, dengan sekurang-

kurangnya satu daripada subjek yang dipilih daripada disiplin yang berkontras. Sebagai

contoh, seorang pelajar yang menawarkan tiga subjek daripada kumpulan Matematik

& Sains perlu menawarkan satu subjek daripada kumpulan Ilmu Kemanusiaan &

Kesenian, dan sebaliknya. Subjek yang berkontras boleh berada di tahap H1 atau H2.

H1: Setara dengan separuh

kandungan subjek H2 tetapi

setanding dari segi standard

akademik dengan subjek-

subjek H2.

Bagi tujuan perluasan, untuk

mendalami minat pelajar

dalam bidang yang tidak

diingini sebagai bidang

pengkhususan , atau

memperoleh pengetahuan

dan kemahiran asas dalam

subjek yang akan menyokong

pengajian mereka di universiti.

H2: Setara dengan standard

subjek-subjek Peringkat ‘A’

sebelum 2006.

H3: Subjek-subjek yang

mempunyai pelbagai peluang

pembelajaran (seperti

kandungan lanjutan, kertas

kajian, modul universiti).

Bagi membolehkan para

pelajar mengambil subjek di

mana mereka boleh mencapai

kecemerlangan pada

peringkat lebih tinggi. Para

pelajar yang ingin mengambil

subjek H3 perlu menawarkan

subjek sepadan di peringkat

H2.

Page 41: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :39

KERJA PROJEK (PW)

• Para pelajar akan menggabungkan

pengetahuan daripada pelbagai bidang

pembelajaran dan menggunakannya

dalam situasi hidup yang nyata.

• Menggalakkan kerjasama, pembelajaran

bebas dan kemahiran-kemahiran

berkomunikasi.

• Ditawarkan sebagai subjek H1.

• Diwajibkan bagi semua pelajar.

PENGETAHUAN & KAJIAN (KI)

• Para pelajar akan mengkaji sifat-sifat

dan pembentukan ilmu pengetahuan.

• Menggalakkan kerja-kerja penyelidikan

dan penilaian dalam bidang-bidang

sains, sains kemasyarakatan, matematik,

dan ilmu estetik.

• Membentuk kemahiran-kemahiran

berfikir secara kritis.

• Ditawarkan sebagai satu subjek H2

sebagai ganti kepada GP.

• Ditawarkan sebagai subjek H2 yang

keempat bagi para pelajar yang

berminat.

• Boleh digunakan sebagai subjek yang

berkontras.

> Para pelajar akan diuji dalam kesemua subjek pilihan mereka dalam satu pengambilan

pada akhir pendidikan prauniversiti mereka. Bagaimanapun, mereka boleh memilih

untuk mengambil satu subjek kandungan H1 (sebagai tambahan kepada Bahasa

Ibunda) setahun lebih awal.

> Para pelajar yang berminat untuk meluaskan julat subjek dan pengalaman intelek

mereka boleh menawarkan kurikulum yang diperluaskan:

• Mengambil satu lagi subjek tambahan H1 atau H2 atau

• Membuat pengkhususan lanjut dengan menawarkan sehingga 2 subjek H3.

KEMAHIRAN ILMU PENGETAHUANPerubahan-perubahan penting> Bidang baharu pelajaran yang menumpukan secara eksplisit terhadap membangunkan

kemahiran-kemahiran bertahap tinggi: pemikiran konsepsi, kemahiran-kemahiran

memproses pengetahuan lain dan kemahiran-kemahiran berkomunikasi.

> Subjek-subjek termasuk Kerja Projek (PW) dan Pengetahuan & Kajian (KI).

* Para pelajar dikecualikan daripada mengambil peperiksaan Bahasa Ibunda (H1 MTL) jika mereka mendapat gred D7 atau

lebih baik bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) dalam peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ atas sebab mereka dikirakan sudah

memenuhi syarat kelulusan H1 MTL. H1 MTL tidak boleh digantikan dengan subjek lain kerana ia merupakan subjek yang

penting dalam kurikulum ‘A’ level.

PRA-U

NIVERSITI

Page 42: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

40: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

SUBJEK-SUBJEK PERINGKAT ‘A’ PADA TAHAP-TAHAP H1, H2 DAN H3 BAGIKURIKULUM TAHUN 2006

Sukatan pelajaran yang dibangunkan MOE

SUBJEK TAHAPH1 H2 H3

Seni Lukis

Biologi

Kimia

Bahasa Cina

Bahasa dan Sastera Cina

Kemahiran Komputer

Ekonomi

Bahasa Perancis

Kertas Am (GP)

Pengajian Am dalam Bahasa Cina

Geografi

Bahasa Jerman

Sejarah

Sejarah (Bahasa Cina)

Sejarah Sastera Cina

Bahasa Jepun

Pengetahuan & Kajian (KI)

Sastera dalam Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Bahasa dan Sastera Melayu

Pengurus Perniagaan*

Matematik

Muzi

Fizik

Prinsip-Prinsip Akaun*

Kerja Projek (PW)

Bahasa Tamil

Bahasa & Sastera Tamil

Pengajian Teater dan Drama

*Hanya ditawarkan di Institut Millenia

Page 43: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :41

Ekonomi Pengurusan NUS, Goepolitik NUS: Geografi

Peperangan dan Kedamaian, Ekonomi dan Ruang NUS,

Penggunaan dan Pembangunan Tanah Bandar NUS,

Penghayatan dan Kritikan Sastera NUS, Program Penyelidikan

H3 Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan NUS

Genetik Molekular NUS, Biodiversiti NUS, Kimia Fisikal Asas

NUS, Fizik IV NUS, Dasar-Dasar Matematik NUS, Algebra

Linear I NUS, Program Penyelidikan H3 Sains NUS, Latihan

dan Penyelidikan Sains NJC (STaR), Penyelidikan Sains

NUS - A*STAR - VJC

Ilmu Kemanusiaan &

Kesenian

Matematik & Sains

PROGRAM-PROGRAM H3 OLEH RAKAN KONGSI MOE

Subjek-subjek H1/H2 dibawah kumpulan Matematik & Sains

Subjek-subjek H1/H2 dibawah kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian

Subjek yang boleh digunakan sebagai subjek berkontras bagi kedua-dua kumpulan Matematik &

Sains dan kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian

Subjek-subjek kemahiran proses dan kemahiran bahasa H1 yang tidak dianggap subjek-subjek

berteraskan kandungan

Subjek-subjek H3

CATITAN: Bahagian-bahagian yang tidak diwarnakan menandakan bahawa subjek itu tidak ditawarkan pada peringkat itu.

PRA-U

NIVERSITI

Page 44: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

BAGI PARA PEMOHON PERINGKAT ‘A’

Pengambilan masuk bagi 2006-2007:

• Keputusan GCE Peringkat ‘A’ :

- Kriteria permohonan minima: Lulus

dalam sekurang-kurangnya 2 subjek

Peringkat ‘A’ serta Kertas Am (GP) dalam

satu pengambilan dan juga dalam

Bahasa Ibunda (MTL).

- Gred dalam subjek-subjek berikut akan

diambil kira bagi penerimaan masuk:

Kertas Am (GP) dan 3 subjek-subjek

peringkat ‘A’. Gred Bahasa Ibunda (MTL)

boleh disertakan untuk pertimbangan.

- Kemahiran Bahasa Ibunda (MTL) minima

yang diperlukan: D7 dalam MTL atau

lulus dalam MTL ‘B’ atau D7 dalam Bahasa

Ibunda Lanjutan GCE Peringkat ‘O’.

• Kerja Projek

• Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan

secara kualitatif mulai 2007)

• Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti

seperti temu duga atau ujian kebolehan

Pengambilan masuk bagi 2008:

• Keputusan GCE Peringkat ‘A’:

- Kriteria permohonan minima: Lulus

dalam 2 subjek H2, serta pengambilan

Kertas Am (GP) atau KI dalam satu

pengambilan, dan juga dalam

Bahasa Ibunda (MTL).

- Gred dalam subjek-subjek berikut akan

diambil kira bagi penerimaan masuk: 3

subjek H2 dan 1 subjek H1 berasaskan

kandungan (sekurang-kurangnya salah

satu daripada subjek tersebut mesti dari

bidang yang berkontras), Kertas Am (GP)

atau KI, PW. Gred Bahasa Ibunda (MTL)

boleh disertakan untuk dipertimbangkan.

- Kemahiran Bahasa Ibunda (MTL) minima

yang diperlukan: Gred ‘S’ dalam H1 MTL

atau lulus dalam MTL ‘B’ atau D7 dalam

Bahasa Ibunda Lanjutan GCE

Peringkat ‘O’.

• Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan

secara kualitatif )

• Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti

seperti temu duga atau ujian kebolehan

42: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

BAGI LULUSAN POLITEKNIK

• Keputusan Politeknik

• Keputusan GCE Peringkat ‘O’

• Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan secara kualitatif mulai 2007)

• Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti seperti temu duga atau ujian kebolehan

DARI PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI KE PENDIDIKANUNIVERSITI

Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menjalankan

latihan kemasukan masing-masing di bawah kerangkaan kemasukan universiti yang luas

untuk para pelajar lepasan peringkat ‘A’ dan politeknik seperti berikut:

Page 45: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUTmengenai permohonan ke NUS, NTU dan SMU, sila rujuk kepada lelaman universiti-

universiti berkenaan:

> http://www.nus.edu.sg

> http://www.ntu.edu.sg

> http://www.smu.edu.sg

NUS dan NTU juga mempunyai autonomi untuk mengambil masuk sehingga 10% daripada

jumlah pelajar masing-masing berdasarkan kriteria bebas mereka sendiri.

Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mempunyai autonomi untuk menentukan kriteria

penerimaan masuknya sendiri.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :43

PRA-U

NIVERSITI

Page 46: Memupuk Setiap Kanak-Kanak - · PDF fileMemupuk Setiap Kanak-Kanak ... Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23 ... memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar

44: Lelaman Berguna } Memupuk Setiap Kanak-kanak

UMUM> Lelaman Kementerian Pendidikan (MOE)

http://www.moe.gov.sg

> Perkhidmatan Penerangan mengenai Sekolah – keterangan mengenai program-

program dan kegiatan CCA yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah

http://www.moe.gov.sg/schdiv/sis

PENDAFTARAN SEKOLAH

> Buku Kecil Penempatan Menengah 1– keterangan mengenai pengambilan masuk ke

sekolah menengah secara umum

http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/sec1/pslemain.htmv

> Latihan Pengambilan Masuk Bersama – keterangan mengenai pengambilan masuk ke

JC/CI, politeknik dan ITE

http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/jae

PEPERIKSAAN

> Lelaman Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapure (SEAB) – keterangan mengenai

sukatan pelajaran peperiksaan, pendaftaran dan yuran

http://www.seab.gov.sg

LELAMAN BERGUNA