memorandum bantahan projek petrokimia dan maritim di ... · 4. kami sedar dan peka terhadap risiko...

11
MEMORANDUM BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA DAN MARITIM DI TANJUNG BIN, PONTIAN Kepada Y.A.B. DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA Daripada JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA MUKIM SERKAT DAN MUKIM AIR MASIN 10 OGOS 2009 “Ke Arah Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Alam Sekitar” Kami, sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Projek Petrokimia dan Maritim dari tujuh perkampungan di Mukim Serkat dan Mukim Air Masin, ingin menyampaikan bantahan kami terhadap projek ini kepada Y.A.B. Perdana Menteri. Ini disebabkan projek petrokimia akan mendatangkan kesan-kesan negatif yang amat ketara ke atas kesihatan penduduk, perikanan dan rezeki nelayan dan penternak sangkar. Kami berasa amat kecewa dengan Kerajaan yang mengabaikan kesihatan dan keselamatan kami. Kami berasa dukacita kerana kehidupan kaum nelayan dan penternak sangkar diketepikan dalam soal pembangunan. Kami berasa kesal kerana projek ini diluluskan tanpa persetujuan dari majoriti penduduk. Dengan ini, kami menyampaikan bantahan terhadap projek petrokimia dan maritim kepada Y.A.B. Dato’ Seri demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kami. Kami memohon supaya penebangan bakau yang sedang berjalan di tapak projek diberhentikan dengan serta- merta. Kami juga menyeru penanaman semula bakau dijalankan untuk menebus kawasan bakau yang sudah ditebang. Kami mengharapkan maklum balas dari Y.A.B. Dato’ Seri sebelum 31 Ogos 2009.

Upload: ngomien

Post on 24-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMORANDUM BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA DAN MARITIM DI TANJUNG BIN, PONTIAN

Kepada

Y.A.B. DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Daripada

JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA MUKIM SERKAT DAN MUKIM AIR MASIN

10 OGOS 2009

“Ke Arah Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Alam Sekitar”

Kami, sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Projek Petrokimia dan Maritim dari tujuh perkampungan di Mukim Serkat dan Mukim Air Masin, ingin menyampaikan bantahan kami terhadap projek ini kepada Y.A.B. Perdana Menteri. Ini disebabkan projek petrokimia akan mendatangkan kesan-kesan negatif yang amat ketara ke atas kesihatan penduduk, perikanan dan rezeki nelayan dan penternak sangkar. Kami berasa amat kecewa dengan Kerajaan yang mengabaikan kesihatan dan keselamatan kami. Kami berasa dukacita kerana kehidupan kaum nelayan dan penternak sangkar diketepikan dalam soal pembangunan. Kami berasa kesal kerana projek ini diluluskan tanpa persetujuan dari majoriti penduduk. Dengan ini, kami menyampaikan bantahan terhadap projek petrokimia dan maritim kepada Y.A.B. Dato’ Seri demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kami. Kami memohon supaya penebangan bakau yang sedang berjalan di tapak projek diberhentikan dengan serta-merta. Kami juga menyeru penanaman semula bakau dijalankan untuk menebus kawasan bakau yang sudah ditebang. Kami mengharapkan maklum balas dari Y.A.B. Dato’ Seri sebelum 31 Ogos 2009.

TARIKH: 10 OGOS 2009 Kepada:

Y.A.B. DATO' SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, MALAYSIA Tel : 603-8888 8000 Fax : 603-8888 3444 Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri, PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA DAN MARITIM DI TANJUNG BIN, PONTIAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk: 2. Dimaklumkan bahawa kami, ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Projek Petrokimia dan Maritim di Tanjung Bin, ingin menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap projek tersebut kepada YAB Dato’ Seri. 3. Jawatankuasa Bertindak kami terdiri daripada wakil-wakil dari tujuh perkampungan di Mukim Serkat dan Mukim Air Masin iaitu Kampung Sungai Durian, Kampung Perpat, Kampung Tanjung Piai, Kampung Pengkalan Hulu, Kampung Sungai Chokoh, Kampung Sungai Air Masin dan Kukup Laut. 4. Kami sedar dan peka terhadap risiko projek petrokimia yang dicadangkan di tapak hutan paya bakau seluas 913 hektar. Kami memohon supaya projek ini dibatalkan. Kami juga memohon agar penebangan hutan paya bakau di kawasan Tanjung Bin diberhentikan dengan segera, dan penanaman semula bakau yang telah dimusnahkan dilaksanakan. 6. Berserta ini dihantar bersama memorandum kami. Kami berharap Y.A.B. Dato’ Seri dapat memberi maklum balas kepada kami sebelum 31 Ogos 2009. Sekian, terima kasih. “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” - “LAKSANAKAN, BUKTIKAN, SELESAIKAN” Yang Benar,

(EN. SHAMSUDIN B. AZIZ) Pengerusi, Urusetia Jawatankuasa Bertindak Bantahan Projek 24-A, Kg Sungai Durian, 82300, Kukup, Pontian Tel: 012-7056704 (U/P Setiausaha Jawatankuasa: Hairul Imran B. Ramlan)

s.k.: - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Kementerian Kesihatan - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - United Nation Development Programme (UNDP) - Malaysian Environmental NGO (MENGO) - Mangrove Action Project (MAP) - GREENPEACE

MEMORANDUM BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA DI TANJUNG BIN, PONTIAN

Kepada:

Y.A.B. DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PROJEK PETROKIMIA

MUKIM SERKAT DAN MUKIM SUNGAI AIR MASIN

“Ke Arah Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Alam Sekitar”

10 OGOS 2009

Kami ingin menyatakan rasa dukacita terhadap cadangan projek pembangunan 2,255 ekar bagi industri petrokimia dan maritim di Tanjung Bin (Lot PTD1357, Lot PTD 1836, PTD 1838 dan PTD 1851di Daerah Pontian, Johor. Sebagaimana yang kami fahami, industri petrokimia mempunyai isu-isu berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran. Ini disebabkan pemprosesan dan pelepasan bahan-bahan toksik seperti Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated biphenyls (PCB), logam-logam berat, bahan radioaktif, sulfur dan nitrogen dioksida yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit (Jadual 1). Dari rekod kes-kes di luar Negara, contohnya di Bhopal, India, kebocoran gas toksik dari tapak petrokimia telah membunuh hampir 10,000 orang. Jumlah ini bersamaan dengan bilangan penduduk di Mukim Serkat (10,988 orang). Di Kaoshiung, Taiwan, sebanyak 173 kes kanser telah direkodkan dari kalangan penduduk-penduduk yang tinggal dalam lingkungan 3 km dari kilang petrokimia (Jadual 2). Projek petrokimia ini sepatutnya dicadangkan di tempat yang berjauhan dari tempat kediaman penduduk (sekurang-kurangnya 3 km seperti ditetapkan di bawah akta Negara maju seperti Kanada dan Taiwan). Kesan pencemaran terhadap alam sekitar cukup membimbangkan sebab bahan-bahan toksik ini boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan spesis hidupan laut yang sejurusnya menjejaskan rezeki golongan nelayan (Jadual 3) dan penternak sangkar. Kehidupan kaum nelayan sudah terjejas setelah adanya

projek mega Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Stesen Janakuasa Arang Batu. Terdapat seramai 397 orang nelayan berlesen di sekitar kawasan ini yang dipercayai akan kehilangan nafkah rezeki sekiranya projek ini dijalankan (Jadual 4). Ini disebabkan para nelayan tiada kelulusan dan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan lain.

Jadual 1. Jenis bahan-bahan toksik yang dilepaskan dari industri petrokimia

Jenis Bahan Kimia Risiko Kesihatan

Polycyclic Aromatic Hydrocarbon Pelbagai jenis kanser

Polychlorinated biphenyls (PCB) Ruam, kerosakan daya imunisasi, kanser hati, penuaan, pertukaran jantina

Kadmium Penyakit tulang, osteoporosis

Merkuri Kerosakan sistem saraf, pertumbuhan terencat, kehilangan ingatan

Uranium, radium Kerosakan ginjal, anemia, kanser

Sulfur dan nitrogen dioksida Penyakit bronkitis, asma

Pestisid Mutasi DNA, penyakit barah, kerosakan imunisasi

Sumber: Wake, H., 2005. Estuarine, Coastal and Shelf Science 62, pg 131-140.

Jadual 2. Rekod kes-kes kematian dan kesihatan yang berkait dengan industri

petrokimia

Hampir 10,000 orang yang mati disebabkan oleh kebocoran gas toksik daripada tapak petrokimia di Bhopal, India pada 3 Disember 1984.

Letupan petrokimia mengeluarkan bahan toksik ke dalam Sungai Songhua, Harbin di China pada 13 November 2005, dengan melepaskan 100 tan benzene, nitrobenzene dan bahan toksik lain. Pencemaran ini mempengaruhi kawasan sebanyak 80 km sepanjang sungai. Kira-kira 10,000 penduduk Jilin telah diminta berpindah dari kawasan tersebut.

Di Kaoshiong, Taiwan, sebanyak 171 kes penyakit leukemia telah didapati menjangkiti penduduk-penduduk yang tinggal dalam lingkungan 3 km dari kilang penapisan petroleum antara tahun 1997 dan 2003. Kejadian kelahiran bayi kurang matang menjadi kelaziman pada ibu-ibu yang tinggal berdekatan tapak penapisan minyak.

Letupan kilang petrokimia di Texas, USA pada 24 Mac 2005 telah membawa maut kepada sekurang-kurangnya 14 orang dan terdapat 70 orang yang mengalami kecederaan.

Letupan di kilang pembuatan ethylene Sasol di Secunda, Afrika Selatan telah membawa maut kepada 6 orang pada 1 September 2004.

Letupan kilang petrokimia di Gresik, Indonesia telah mencederakan berpuluh-puluh orang.

Jadual 3. Rekod kes-kes pencemaran alam sekitar yang berkait dengan industri

petrokimia

Di Sungai Mutiara, China, PCBs daripada penapisan minyak menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan dan jelas mengurangkan populasi kupang hijau (Perna viridis), tiram (Crassostrea rivularis) dan udang (Penaus

orientalis). Di Tarragona, Sepanyol, paras kadmium, plumbum, vanadium dan naftalena

adalah tinggi dalam tanah di mana ia akan mempengaruhi industri pertanian. Di Lanzhou, China, kajian mendapati kodok yang didedahkan kepada bahan

pencemar petrokimia akan mengalami kerosakan genetik. Di Turkey, kajian mendapati bahawa industri penapisan petroleum

mencemarkan Sungai-sungai Kizilirmark dan menyebabkan peroksidaan pada otot dan tisu hati dalam ikan.

Selain itu, pemusnahan hutan paya bakau seluas 2,255 ekar akan membawa kepada pelbagai kerugian ekonomi. Dari kajian “United Nation on Development Programme (UNDP)”, satu hektar bakau dijangka dapat menjanakan sumber perikanan sebanyak RM1 juta setahun. Kerugian akibat kehilangan bakau akan mengakibatkan gejala banjir kilat, hakisan angin dan ribut yang bukan sahaja meragut harta malah nyawa. Kedatangan pendatang asing, sepertimana yang kita lihat dari projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Stesen Janakuasa Tanjung Bin, telah mengubah suasana sosio-ekonomi perkampungan. Terlalu sedikit peluang pekerjaan diwujudkan untuk orang tempatan malah kos kehidupan akan meningkat. Unsur-unsur gejala sosial juga akan makin menyeleweng. Jadual 4. Bilangan nelayan berlesen yang bergantung kepada produktiviti sumber

hutan paya bakau.

Pengkalan Bil. Nelayan Berlesen Ayer Masin 19 Kukup laut 79 Sg Durian 55 Serkat 135 Tg Piai 16 Perpat 21 Chokoh 20 Sg Chengkih 25 Sg Dinar 6 Sg Boh 3 Sg Karang 18 Jumlah 397

Sumber: Jabatan Perikanan Pontian, 2009

Yang paling dikesali ialah tahap berbahaya projek ini telah diselindungi dari kami oleh pihak pemaju dan pihak kerajaan dan fakta ini amat membimbangkan. Kami hanya dimaklumkan bahawa suatu projek pembangunan telah dicadangkan di kawasan ini tanpa apa-apa pengetahuan mengenai pelbagai risiko yang perlu kami tanggungi. Pembangunan yang dicadangkan ini tidak setimpal dengan risiko yang rakyat perlu ambil. Nyawa, kesihatan dan kesejahteraan penduduk tidak sepatutnya dipergadaikan demi pembangunan Negara. Maka kami sebagai wakil-wakil penduduk dari tujuh perkampungan di dua Mukim ingin mengemukakan hasrat-hasrat seperti berikutan: Dengan demikian kami ingin memohon Y.A.B. Dato’ Seri supaya menunaikan hasrat-hasrat kita, sebab seperti yang dijanjikan: “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Sekian, terima kasih dan kami berharap mendapat maklum balas dari Y.A.B. Dato’ Seri sebelum 31 hb Ogos 2009.

Projek petrokimia TIDAK dialu-alukan di Mukim kita.

Penebangan hutan paya bakau yang sedang berjalan sejak awal bulan Jun 2009 DIBERHENTIKAN dengan segera.

Kawasan bakau yang sudah ditebang untuk projek petrokimia DITANAM SEMULA.

LAMPIRAN

Gambarajah 1: Tapak projek terletak di bahagian barat daya kawasan Semenanjung Malaysia (bersempadan dengan Singapura). Kuala Sungai Pulai dianggarkan sepanjang 20km dari hulu hingga ke hilir sungai di Johor. Kawasan cadangan industri petrokimia dan maritim terletak di kawasan hutan paya bakau seluas 913 hektar (di kawasan berwarna biru).

Gambarajah 2: Penebangan hutan paya bakau yang terletak di Tanjung Bin yang

bermula pada awal bulan Jun 2009.

Gambarajah 3: Penduduk di Mukim Serkat telah melancarkan beberapan demonstrasi

bantahan terhadap penebangan hutan paya bakau untuk pembinaan projek petrokimia.