membuat corak dan rekaan capan
DESCRIPTION
PSVTRANSCRIPT
Tahun : 1 Teguh
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Capan
Tema : Alam semulajadi
Tajuk : Kad Hari Jadi
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus, palet, dan pelepah pisang Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh corak teknik capan, carta alir, lagu Selamat Hari Jadi dan lirik lagu,
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif TMK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna, jalinan, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan . 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visualmenerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarahSTANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa organik dan geometri 2.1.1.2 Warna primer dan sekunder 2.1.1.3 Jalinan tampak dan sentuh 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni ulangan atau susunan yang seimbang 2.1.2.2 Kesatuan dalam alam semula jadi 2.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat berus, palet, dan daun 2.2.1.2 Bahan kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera 2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan 2.2.2.1 Teknik capan (corak terancang) 2.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2. 4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakanLANGKAH PENGAJARAN/MASAPERKEMBANGAN ISI PELAJARANILUSTRASI AKTIVITI
Set Induksi(10 minit)PERSEPSI ESTETIK
Guru bertanyakan murid mengenai tarih lahir murid, tarikh lahir ibu bapa dan sahabat??
Guru bersoal jawab tentang penting atau tidak mengingati tarikh tersebut.
Guru memperdengarkan lagu Selamat Hari Jadi di hadapan kelas.
Murid menyanyi sambil bertepuk tangan.
Memperkenalkan tajuk pengajaran dan menyoal murid-murid tentang teknik capan.
Guru mempamerkan kad Hari jadi yang telah siap dibuat.
Guru bertanyakan kepada murid tentang prinsip unsur seni. Apakan bentuk yang terdapat pada kad tersebut?? Apakan warna yang digunakan? Apakah jalinan yang terdapat dalam kad tersebut? Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan mengikut kedudukan meja masing-masing.
STRATEGI :Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PENDEKATAN :Laura H. Chapman
TEKNIK :Soal jawab
BBM :1. audio lagu Selamat Hari Jadi2. lirik lagu Selamat Hari Jadi
ILUTRASI:
Langkah 1( 15 minit)
Langkah 2( 25 minit)
Penutup( 10 minit)Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :
APLIKASI SENI Guru memperkenalkan jenis alat dan bahan yang hendak digunakan.1. Pisau 2. Kertas lukisan3. Warna air4. Berus5. Palet6. Batang pelepah pisang
Guru menampal carta alir langkah-langkah sambil memberi penerangan
Langkah 1: Sediakan sekeping kertas lukisan. Bancuhkan warna yang hendak digunakan.
Langkah 2: Sapukan warna yang telah dibancuh pada permukaanbatang pelepah pisang. Capkan pelepah pisang yang telah diwarnakan dan tekapkan pada kertas lukisan.
Langkah 3 : Ulangi langkah 2 menggunakan warna yang berlainan. Capkan secara bertindan-tindih sehingga memenuhi ruangan. Guru membuat demonstrasi membuat teknik capan di hadapan kelas.
Guru memanggil ketua setiap kumpulan ke hadapan kelas untuk mengambil kertas lukisan dan memberikannya kepada setiap ahli kumpulan.
EKSPRESI KREATIF
Murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dipesan seperti batang pelepah pisang, pisau warna air, berus dan palet.
Murid menghasilkan kad hari jadi dengan bimbingan guru berdasarkan carta alir.
Murid melakukan sendiri aktiviti membuat capan dan menghias kad hari jadi mengikut kreativiti masing- masing.
APRESIASI SENI
Guru meminta murid mempamerkan hasil kerja masing-masing
Guru memilih secara rawak beberapa orang murid untuk menceritakan hasil kerja sendiri. Guru merumuskan mengenai tajuk pembelajran. Terdapat banyak lagi bentuk atau bahan yang dapat digunakan untuk menghasilkan teknik capan yang menarik.
Murid diminta mengemas kelas sebelum waktu tamat.
STRATEGI :Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PENDEKATAN :Laura H. Chapman
TEKNIK :Demonstrasi
BBM :1. Carta alir
ILUTRASI:
STRATEGI :Konstruktivisme
PENDEKATAN :Laura H. Chapman
TEKNIK :Aktiviti inkuiri individu
STRATEGI :Kemahiran berfikir
PENDEKATAN :Laura H. Chapman
TEKNIK :Soal jawab