kssr bidang mengambar aktiviti capan

5
MENGGAMBAR Tahun : 1 Bidang : Menggambar Aktiviti : Capan Tema : Alam Semulajadi Tajuk : Jambangan Bunga Masa : 60 minit Media : Alatan: Berus, pallete, bendi, limau , pelepah pisang daun dan batang betik Bahan: kertas lukisan, warna air EMK : Elemen Kreativiti Dan Inovatif Elemen Keusahawanan Bahan bantu mengajar : Contoh- contoh corak capan/karya STANDARD KANDUNGAN 1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Upload: humaira1407

Post on 27-Jun-2015

2.204 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: KSSR Bidang Mengambar Aktiviti Capan

MENGGAMBAR

Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Capan

Tema : Alam Semulajadi

Tajuk : Jambangan Bunga

Masa : 60 minit

Media : Alatan: Berus, pallete, bendi, limau , pelepah pisang daun dan batang

betik

Bahan: kertas lukisan, warna air

EMK : Elemen Kreativiti Dan Inovatif

Elemen Keusahawanan

Bahan bantu mengajar : Contoh- contoh corak capan/karya

STANDARD KANDUNGAN

1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Page 2: KSSR Bidang Mengambar Aktiviti Capan

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual

yang terdapat pada karya seni.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 : Rupa- organik

2.1.1.2 : Warna –primer dan sekunder

2.1.1.3 : Jalinan- tampak

2.1.2 Prinsip Rekaan

2.1.2.1 : Harmoni- ulangan atau susunan yang terancang

2.1.2.2 : Kesatuan- dalam alam semulajadi

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni dalam

menghasilkan karya seni.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

2.2.1.1 : Alatan: Berus, pallete, bendi, limau , pelepah pisang daun dan batang

betik

2.2.1.2 Bahan: kertas lukisan, warna air

2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak terancang teknik capan

2.2.2.1 Teknik- capan (corak terancang)

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

2.3.2 Menghasilkan corak teknik capan

Page 3: KSSR Bidang Mengambar Aktiviti Capan

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

berpandukan bahasa seni visual

2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan

2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan serta hubung kait antara manusia dengan alam semula jadi

2.4.3 Menghargai karya sendiri , rakan dan nilai komersil

Page 4: KSSR Bidang Mengambar Aktiviti Capan

STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh karya corak teknik capan kepada muridGuru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran dan menunjukkan

bahan media yang hendak digunakan (belum dipotong)Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan .

Aplikasi Seni

Guru menunjukkan bahan yang belum dipotong, contoh (batang betik dan limau ) dan menghubungkaitkan dengan bahasa seni visual.Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis bahan-bahan

lain yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik capan.Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan bahan dalam penghasilan corak teknik capan.

Ekspresi Kreatif

Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan pertama kertas lukisan.

Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Guru mengedarkan kertas lukisan dan warna kepada muridGuru menunjukkan cara memotong bahan media iaitu bendi dan

pelepah pisang.

Langkah 2

Bancuhkan warna yang hendak digunakan Sapukan warna yang siap dibancuh tadi diatas permukaan

potongan pelepah pisang dan limau. Capkan pelepah pisang dan limau yang telah diwarnakan dengan

menekankannya pada bahagian hadapan/luar kertas lukisan secara terancang.

Langkah 3

ILUSTRASI AKTIVITI

Page 5: KSSR Bidang Mengambar Aktiviti Capan

Ulangi langkah 2 dengan menggunakan warna yang berlainan

Capkan secara terancang sehingga menghasilkan bentuk jambangan bunga.

Apresiasi Seni Murid mempamerkan karya dan menceritakan tentang hasil

karya sendiri dari segi susunan, kekemasan serta fungsi karya seni.

Murid diminta mencari sumber media lain yang ada pada mereka yang boleh digunakan sebagai alat untuk teknik capan.

Guru menerangkan fungsi hasil karya tersebut boleh digunakan sebagai pembalut buku, pembalut hadiah dan sebagainya.