corak rekaan

11
Corak dan rekaan Corak dan Rekaan Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif, sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Dalam menghasilkan corak, secara amnya terbahagi kepada dua bentuk corak iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Definisi Corak merupakan susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif corak tidak terancang, sama ada bentuk asas dalam satu-satu rekaan. Motif terdiri daripada motif flora, motif fauna, motif geometrikal dan motif organik. Secara generalisasinya, corak terdiri daripada dua iaitu corak dan rekaan terancang dan juga rekaan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid. .

Upload: adrian-sani

Post on 15-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Motif corak rekaan

TRANSCRIPT

Page 1: Corak  Rekaan

Corak dan rekaan

Corak dan RekaanCorak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara

bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif, sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Dalam menghasilkan corak, secara amnya terbahagi kepada dua bentuk corak iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Definisi

Corak merupakan susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif corak tidak terancang, sama ada bentuk asas dalam satu-satu rekaan. Motif terdiri daripada motif flora, motif fauna, motif geometrikal dan motif organik. Secara generalisasinya, corak terdiri daripada dua iaitu corak dan rekaan terancang dan juga rekaan corak tidak terancang.

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.                                              .                          Corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.            

Jenis-Jenis Susunan Dalam Corak Dan Rekaan

Susunan Ulang Sekata

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.  

Page 2: Corak  Rekaan
Page 3: Corak  Rekaan

          Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Page 4: Corak  Rekaan

           .Susunan Batu Bata

Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Page 5: Corak  Rekaan
Page 6: Corak  Rekaan

Susunan Bertimbal

Motif   ini  diwujudkan   secara  cerminan.  Motif  akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Page 7: Corak  Rekaan

Susunan Bertindih

Motif  yang   sama  disusun   secara   bertindih atau  bertindan  antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Page 8: Corak  Rekaan

Susunan Beralun

Motif yang dihasilkan kelihatan berombak  dalam bentuk  garisan yang sekata  atau   tidak. Motif  yang   digunakan   boleh   terdiri  daripada  motif yang sama atau berbeza.

Page 9: Corak  Rekaan

Susunan Berpusat

Motif  susunan  berpusat  berpunca  daripada  satu  titik  tengah  yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

Page 10: Corak  Rekaan