memahami penggunaan faktor permintaan dan faktor kepelbagaian
DESCRIPTION
FreeTRANSCRIPT
Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian
Di dalam rekabentuk sistem bekalan elektrik, terdapat beberapa faktor pengiraan yang perlu
diambil kira oleh seseorang perekabentuk elektrik (electrical designer) seperti berikut :-
a) Faktor Permintaan (Demand Factor)
Tujuan pengiraan Faktor Permintaan ialah untuk menentukan kapasiti arus
(amperecity) sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan Elektrik dan
juga saiz kabel elektrik untuk disambungkan dari punca bekalan elektrik sebelumnya (contoh
Papan Suis Utama).
Faktor Permintaan secara spesifiknya membenarkan bahawa kapasiti arus
(amperecity) sesuatu sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan
Elektrik kurang dari 100% daripada jumlah sebenar beban tersambung setiap litar kecil akhir
(final branch sub-circuit) yang disambungkan kepadanya.
Faktor Permintaan adalah bermaksud nisbah jumlah sebenar penggunaan kuasa/arus elektrik
oleh sesuatu beban (peralatan elektrik) berbanding Jumlah Beban Tersambung bagi suatu
litar elektrik pada sesuatu tempoh masa (interval of times).
Nilai Faktor Permintaan ini selalunya berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada
keperluan penggunaan beban itu sendiri.
Faktor Permintaan = Beban Maksima / Jumlah Beban Tersambung
Nilai Faktor Permintaan selalunya adalah lebih kecil atau sama (<=) dengan nilai 1.0 atau
100%.
• Contoh 1 :
Katakan ; satu litar elektrik disambungkan kepada beban motor elektrik 20 Kw
Penggunaan sebenarnya secara terus menerus adalah hanya 15 Kw.
Maka ; nilai Faktor Permintaan motor elektrik tersebut =15/20 = 0.75 atau 75%.
• Contoh 2 :
Katakan; satu litar elektrik disambungkan kepada 10 biji lampu jenis kalimantang 1x 40W.
Jumlah Beban Tersambung = 10 x 40W = 400W
Penggunaan sebenar lampu pada waktu pagi cuma 5 biji sahaja. Maka nilai Beban Maksima
= 5 biji x 40W = 200W
Maka ; nilai Faktor Permintaan = 200/400 = 0.5 atau 50%
1
Penerangan dan contoh pengiraan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan
kefahaman.
Sub-Sistem (Sub-Feeder) di sini juga bermaksud pepasangan elektrik mengikut jenis premis
bangunan kediaman atau komersil.
Contoh premis bangunan kediaman : rumah teres, rumah sesebuah, kediaman bertingkat
kondominium dsb.
Contoh premis bangunan komersil : sekolah, hospital, hotel, pejabat, kedai dsb.
Untuk memudahkan kerja-kerja rekabentuk, Jadual Faktor Permintaan berikut boleh
digunakan sebagai rujukan dan panduan :
[table “21” not found /]
b) Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor)
Tujuan pengiraan Faktor Kepelbagaian ialah untuk menentukan anggaran kapasiti arus
(amperecity) yang diperlukan oleh sesuatu rangkaian sistem bekalan elektrik (pembekalan
dan pengagihan) termasuk mementukan saiz (kapasiti ampere) sesuatu Alatubah.
Dalam konteks Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik seperti TNB, pengiraan Faktor
Kepelbagaian ini membantu dari segi kajian rekabentuk keperluan penyediaan infrasruktur
bekalan elektrik termasuk menentukan bilangan dan kapasiti Alatubah termasuk jenis
Bangunan Pencawang Elektrik yang diperlukan.
Faktor Kepelbagaian adalah bermaksud nisbah Jumlah Keseluruhan Beban Maksima
Individu setiap Sub-Sistem (Sub Feeder) berbanding Jumlah Beban Maksima Sistem Utama
(Main Feeder) keseluruhan di dalam sesuatau rangkaian sistem bekalan elektrik.
Faktor Kepelbagaian = Jumlah Beban Maksima Individu / Jumlah Beban Maksima
Keseluruhan
Nilai Faktor Kepelbagaian selalunya adalah lebih besar atau sama (>=) dengan nilai 1.0
atau 100%
Sebab utama mengapa nilai Faktor Kepelbagaian ini selalunya melebihi dari 1 atau
100% ialah berdasarkan andaian atau kajian bahawa tidak semua Beban Maksima
Individu dari Sub-Sistem (Sub-Feeder) digunakan serentak pada sesuatu tempoh masa.
2
• Contoh 1 :
Katakan ; satu (1) Sistem Utama mempunyai 2 (dua) Sub Sistem iaitu Sub-Sistem A dan
Sub-Sistem B
Sub-Jumlah Beban Maksima Individu untuk Sub-Sistem A = 25kW
Sub-Jumlah Beban Maksima Individu untuk Sub-Sistem B = 35kW
Jumlah Beban Maksima Individu = 25kW + 35kW = 60kW
Katakan ; Jumlah Beban Maksima Keseluruhan = 50kW
Maka ; Faktor kepelbagaian = 60kW / 50kW = 1.2 atau 120%
Penerangan dan contoh pengiraan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan
kefahaman.
Perlu diingatkan bahawa perincian pengiraan Faktor Kepelbagaian ini adalah berbeza dengan
Faktor Permintaan.
Pengiraan Faktor Kepelbagaian ini adalah berdasarkan kepada jenis litar beban elektrik
seperti lampu, soket kuasa, pendingin hawa dsb.
Untuk memudahkan kerja-kerja rekabentuk, Jadual Faktor Kepelbagaian berikut boleh
digunakan sebagai rujukan dan panduan :
[table “22” not found /]
NOTA EDITOR
Penerangan mengenai konsep dan pengiraan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian di
atas adalah berdasarkan Piawaian IEC 60439.
Walaubagaimanapun di Malaysia, kita juga boleh merujuk kepada maklumat dan panduan
berkaitan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) sepertimana kiriman
terdahulu seperti di bawah :
http://www.myelectinfo.com/faktor-kepelbagaian-elektrik/
Perlu diingatkan bahawa semua jenis maklumat dan panduan samada berdasarkan kepada
Piawaian IEC dan juga Pihak Berkuasa Tempatan seperti ST, TNB, SEB, SESCO adalah
sebagai panduan dengan nilai rujukan minima sahaja.
Perekabentuk elektrik digalakkan untuk melakukan kajian dan pengiraan terperinci mengenai
jenis beban dan sifat-sifat operasinya bagi memastikan rekabentuk elektrik yang dihasilkan
adalah bersesuaian dari segi praktikal dan kos pemasangan serta penyelenggaraan.
3
Faktor Kepelbagaian dalam rekabentuk elektrik adalah bermaksud kelonggaran yang dibenarkan
atau diandaikan di dalam pengiraan Beban Penuh dan Beban Maksima yang akan digunakan oleh
sesuatu pepasangan elektrik.
Kelonggaran yang dibenarkan atau diandaikan adalah bermaksud tidak semua peralatan atau
perkakasan elektrik akan berfungsi dan beroperasi penggunaannya dalam sesuatu masa biasa
atau pada masa puncak oleh pengguna.
Penerangan terperinci mengenai Faktor Kepelbagaian dan Jadual berkaitan boleh dirujuk di
dalam Buku Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik 1994/Jadual Ketiga atau
dilawati dan dilayari di Laman WEB Suruhanjaya Tenaga pada link berikut :-
http://www.st.gov.my/images/article/polisi/regulation_suruhanjaya/third_schedule/
THIRD_SCHEDULE.pdf
Secara khususnya, nilai Faktor Pelbagai ini boleh dirujuk menggunakan panduan yang ditetapkan
oleh Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik.
Secara dasarnya pula, nilai Faktor Pelbagai juga boleh diandaikan oleh Perekebentuk Elektrik
berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.
Berikut disertakan Jadual-Jadual berkaitan Faktor Pelbagai dan Contoh Pengiraan berkaitan
sebagai rujukan :-
i) Jadual Faktor Pelbagai – Berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik dan Andaian Perekabentuk
Elektrik
ii) Contoh Jadual Beban Tersambung Dan Beban Maksima Termasuk Faktor Pelbagai
(Berdasarkan Peraturan Elektrik)
iii) Contoh Jadual Beban Tersambung Dan Beban Maksima Termasuk Faktor Pelbagai
(Berdasarkan Andaian Perekabentuk Elektrik)
Nota : Penggunaan Faktor Pelbagai mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik adalah
digalakkan.
4