1 permintaan

28
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 79 BAB 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 1.0: PERMINTAAN 1.1: HUKUM PERMINTAAN 1.1.1: Definisi dan hukum permintaan. Permintaan adalah merupakan satu perkara asas dalam ekonomi. Untuk memahami konsep asas tentang permintaan, cuba kita lihat kelakuan kita sebagai seorang pengguna apabila kita inginkan sesuatu barang. Ambil keadaan berikut; Katakan kita ingin makan buah rambutan, tetapi kita tidak mem- punyai buah tersebut di rumah. Lihat apa yang akan kita lakukan. Langkah 1: Oleh sebab di rumah tidak mempunyai rambutan, maka untuk mendapatkannya, kita akan pergi ke pasar buah – mungkin kita akan pergi ke pasar malam, atau ke pasar buah di pecan. Langkah 2: Sampai di pasar buah, kita akan mencari gerai buah yang ada menjual buah rambutan. Langkah 3: Apabila kita sampai ke gerai buah yang menjual rambutan dan berjumpa tuanpunya gerai ini, apakah soalan yang pertama kita tanya kepada tuanpunya gerai ini? Sudah pasti bahawa kita akan tanya harga sekilogram rambutan tersebut. Langkah 4: Apabila tuanpunya gerai tersebut memberitahu harga sekilogram ialah RM5.00, Jawapan yang sepontan terkeluar dari mulut kita ialah mahal. (iaitu harga sekilogram sebanyak RM5.00 adalah mahal). Ini bererti bahawa kita akan merunggut bahawa harga yang diberitahu oleh tuanpunya gerai yang rambutan berharga RM5.00 sekilogram adalah mahal. Langkah 5: Tindakan selanjutnya secara segaja atau tidak segaja kita akan mengambil satu biji rambutan tersebut dan kita akan mencubanya atau merasanya. Iaitu kita cuba sama ada rambutan

Upload: hides39

Post on 22-Jun-2015

756 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

79

BAB 2

PERMINTAAN DAN PENAWARAN

1.0: PERMINTAAN

1.1: HUKUM PERMINTAAN

1.1.1: Definisi dan hukum permintaan.

Permintaan adalah merupakan satu perkara asas dalam ekonomi.

Untuk memahami konsep asas tentang permintaan, cuba kita lihat kelakuan kita sebagai seorang pengguna apabila kita inginkan sesuatu barang. Ambil

keadaan berikut;

Katakan kita ingin makan buah rambutan, tetapi kita tidak mem-punyai buah tersebut di rumah. Lihat apa yang akan kita lakukan.

Langkah 1: Oleh sebab di rumah tidak mempunyai rambutan, maka untuk mendapatkannya, kita akan pergi ke pasar buah – mungkin kita

akan pergi ke pasar malam, atau ke pasar buah di pecan.

Langkah 2: Sampai di pasar buah, kita akan mencari gerai buah yang

ada menjual buah rambutan.

Langkah 3: Apabila kita sampai ke gerai buah yang menjual rambutan dan berjumpa tuanpunya gerai ini, apakah soalan yang

pertama kita tanya kepada tuanpunya gerai ini? Sudah pasti bahawa

kita akan tanya harga sekilogram rambutan tersebut.

Langkah 4: Apabila tuanpunya gerai tersebut memberitahu harga

sekilogram ialah RM5.00, Jawapan yang sepontan terkeluar dari mulut kita ialah mahal. (iaitu harga sekilogram sebanyak RM5.00

adalah mahal). Ini bererti bahawa kita akan merunggut bahawa harga

yang diberitahu oleh tuanpunya gerai yang rambutan berharga

RM5.00 sekilogram adalah mahal.

Langkah 5: Tindakan selanjutnya secara segaja atau tidak segaja kita

akan mengambil satu biji rambutan tersebut dan kita akan mencubanya atau merasanya. Iaitu kita cuba sama ada rambutan

Page 2: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

80

itu manis (sedap) atau masam (tidak sedap). Mengapa kita cuba

merasakan rambutan tersebut? Ini kerana kalau manis dan sedap, maka kita akan membuat keputusan untuk membelinya, sebaliknya

kalau masam (tidak sedap) kita akan membuat keputusan untuk tidak

membuat pembelian tersebut.

Persoalannya ialah mengapa kalau rambutan itu manis dan

sedap kita akan membelinya dan sebaliknya jika rambutan tersebut

masam (tak sedap) kita akan memutuskan untuk tidak membelinya?

Langkah 6: Jika mendapati bahawa rambutan itu adalah manis dan

sedap, kita akan mengatakan bahawa kita akan membelinya. Mengapa kita membuat keputusan untuk membelinya? Sama kita

sedar atau tidak, bahawa apabila kita yakin bahawa rambutan itu

sedap, maka kita akan mengatakan bahawa rambutan tersebut akan

memberi kepuasan kepada kita. Jika rambutan tersebut masam (tidak sedap), kita akan membuat keputusan untuk tidak membeli

rambutan tersebut. Mengapa kita berbuat demikian? Jawapannya

ialah kita yakin bahawa rambutan yang masam dan tak sedap ini, rambutan ini tidak akan memberi sebarang kepuasan kepada kita.

Langkah 7: Selepas kita yakin bahawa rambutan ini akan memberi kepuasaan, kita akan membuat keputusan untuk membelinya. Maka

apa yang akan kita lakukan sekarang ialah kita akan melakukan

proses tawar-menawar, iaitu di mana kita akan meminta kepada

tuanpunya gerai ini untuk menurunkan harga harganya. Contohnya kita akan bertanya boleh tak rambutan ini di jual pada harga RM2.00

sekilogram?

Persoalanya sekarang mengapakah kita ingin mendapatkan

rambutan itu pada harga RM2.00 sekilogram? Jawapan kepada

tindakan ini ialah kalau harga murah (RM2.00) (iaitu lebih murah

berbanding dengan RM5.00), kita akan membeli dengan kuantiti

yang banyak. Dalam lain perkataan, oleh sebab rambutan ini adalah

sedap dan kita akan mendapat kepuasaan darinya, maka kalau harga

tinggi, iaitu RM5.00 sekilogram, maka kita akan membeli hanya dengan kuantiti yang sedikit sahaja, katakan 1 kilogram sahaja.

Tetapi kalau harganya rendah, seperti RM2.00 sekilogram, maka kita

akan membeli dengan kuantiti yang lebih banyak – mungkin sebanyak 4 kilogram.

Page 3: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

81

Semua tingkah laku kita di atas dilakukan oleh kita sendiri dan kita

tidak akan merujuk kepada sesiap sahaja baik kepada ibu, bapa, adek, abang dan sebagainya. Semua tingkah laku ini kita lakukan sendiri.

Maka berdasarkan tingkah laku yang diterangkan di atas, kita boleh

rumuskan bahawa kelakuan seorang pengguna boleh dilukis seperti di gambar rajah 2.1. Dalam gambar rajah 2.1 ini ditunjukkan pada harga

RM5.00, kuantiti rambutan yang diminta ialah 1 kilogram dan apabila harga

pada tingkat RM2.00, kuantiti rambutan yang diminta ialah 4 kilogram. Maka jika kita sambongkan titik A dan titik B, kita akan memperolehi satu

keluk yang mencerun ke bawah dari A ke B.

Rajah 2.1: Keluk permintaan bagi rambutan.

Apa yang kita boleh buat keputusan dari kelakuan pengguna ini ialah

kalau harga sesuatu barang itu tinggi (mahal), pengguna akan membeli

dengan jumlah kuantiti yang sedikit sahaja. Tetapi jika harga barang

tersebut rendah (murah) maka pengguna ini akan membeli dengan kuantiti

yang banyak.

Maka berdasarkan hurian di atas, maka kita boleh pertama, mendefinisikan bahawa permintaan adalah merupakan satu perhubungan di

antara harga dengan kuantiti yang diminta bagi satu barang atau

perkhidmatan, dan perhubungan ini adalah berbentuk negatif. Andaian yang utama dalam perbincangan ini ialah

Harga (RM)

5.00

2.00

0 1 4 Kuantiti

A

B

Page 4: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

82

a. pengguna tersebut mestilah rasional b. pengguna ini mempunyai objektif untuk memaksimumkan

kepuasaannya.

Kedua, wujud hukum permintaan yang mengatakan pengguna akan

meningkatkan kuantiti yang dimintanya apabila harga barang tersebut

menurun dan sebaliknya akan menurunkan kuantiti yang diminta apabila

harga barang tersebut meningkat.

1.2: Hurian hukum permintaan dalam bentuk persamaan.

Berdasarkan kepada kelakuan kita di ats, kita boleh mengambil

kesimpulan bahawa kuantiti rambutan yang diminta oleh seorang pengguna

adalah bergantung kepada harga rambutan itu sendiri. Atau kita boleh

menulis hokum permintaan ini dalam bentuk persamaan matematik seperti berikut;

Qd = f(P) ……….. (1)

Persamaan (1) menyatakan bahawa kuantiti barang yang diminta

(Qd) iaitu rambutan, adalah bergantung kepada harga (P) rambutan itu sendiri. Ini bererti bahawa pembolehubah harga (P) adalah merupakan pem-

bolehubah bebas (independent). Sementara pembolehubah kuantiti yang

diminta (Qd) adalah pembolehubah tidak bebas (dependent). Dalam lain

perkataan, harga mestilah berubah dahulu, barulah kuantiti yang diminta (Qd) boleh berubah.

Secara khusus, persamaan (1) boleh ditulis seperti berikut;

Qd = a - b(P) ………….. (2)

di mana a dan b adalah dua parameter baru.

Persamaan (2) menunjukkan bahawa;

i. Jika barang itu diberi secara percuma, iaitu apabila nilai P adalah

sama dengan 0, jumlah kuantiti yang diminta bagi barang ini

ialah sama dengan nilai ‘a’. ii. Tanda negatif ( - ) dalam persamaan (2) ini menunjukkan

bahawa perhubungan di antara kuantiti yang diminta (Qd)

dengan harga adalah secara songsang (negatif). Ini bererti

apabila nilai harga (P) meningkat, kuantiti yang diminta (Qd)

Page 5: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

83

akan menurun, dan sebaliknya jika nilai harga (P) menurun,

kuantiti yang diminta (Qd) akan meningkat.

1.1.3: Hurian hukum permintaan dalam bentuk jadual.

Persamaan (2) akan dapat dilihat dengan lebih jelas jika ia di persem-bahkan dalam bentuk jadual. Untuk membentuk jadual ini, nilai-nilai a dan b

digantikan dengan nilai angka seperti berikut;

Qd = 10 – 2(P) ………….. (3)

iaitu a = 10 dan b = 2. Apabila kita beri nilai ke atas pembolehubah P, dari 0 hingga ke 5, persama-

an (3) akan menghasilkan Jadual 2.1 berikut:

Jadual 2.1 Permintaan rambutan

P 0 1 2 3 4 5

Qd 10 8 6 4 2 0

Di mana P ialah harga rambutan dan Qd ialah kuantiti rambutan yang di

minta oleh pengguna ini.

Jadual 2.1 menunjukkan jika harga rambutan ini adalah kosong (P =

0), rambutan ini adalah percuma, jumlah kuantiti yang diminta ialah

sebanyak 10 kilogram, dan apabila harga ini meningkat, iaitu daripada

RM1.00 hingga RM5.00 sekilogram, kuantiti yang diminta akan menurun daripada 8 kilogram hinggalah ke kosong (tidak membeli langsung)

1.1.4: Hurian hukum permintaan dalam bentuk gambar rajah.

Selanjutnya, Jadual 2.1 di atas boleh dilukis dalam bentuk gambar

rajah. 2.2. Gambar rajah ini menunjukkan keluk permintaan bagi sesuatu barang, seperti contoh di atas ialah rambutan, adalah mencerun ke bawah dari

kiri ke kanan. Iaitu pada harga RM5.00 sekilogram, jumlah kuantiti yang

diminta ialah kosong, dan apabila harga barang ini turun ke RM4.00

sekilogram, kuantiti yang diminta ialah sebanyak 2 kilogram, dan seterusnya apabila harga ini menurun lagi ke RM3.00m kuantiti yang diminta ialah

sebanyak 4 kilogram, apabila harga barang ini terus turun, kuantiti yang

diminta akan terus meningkat, dan apabila harga barang ini mencapai 0, iaitu ia diberi percuma kepada pengguna, kuantiti yang diminta ialah sebanyak 10

kilogram.

Page 6: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

84

Rajah 2.2: Keluk permintaan rambutan

Gambar rajah 2.2 ini menunjukkan bahawa keluk permintaan satu barang itu adalah mencerun ke bawah dari kiri, atau disebut juga sebagai

mencerun negatif. Ini memberi implikasi bahawa pada harga yang tinggi,

kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah rendah, dan apabila harga rendah, kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah tinggi.

1.2: Mengapa keluk permintaan bercerun negatif?

Persoalan yang timbul sekarang ialah mengapa keluk permintaan ini

mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, atau dalam lain perkataan, mengapa

keluk permintaan ini mencerun negatif? Terdapat beberapa perkara yang boleh menerangkan mengapa keluk permintaan ini berbentuk demikian.

i. kesan pendapatan dan kesan penggantian ii. teori utiliti sut berkurangan.

Harga

(RM)

5.00

4.00

3.00

2.00

1.00

0 1.00 2.00 3.00 4.00 5.00 Kuantiti

Page 7: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

85

1.2.1: Kesan pendapatan dan kesan penggantian.

Kewujudan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke

kanan ini boleh diterangkan dengan melihat dari segi kesan pendapatan dan

kesan penggantian.

Kesan pendapatan:

Apabila harga sesuatu barang itu berubah, bererti secara langsung kita akan mendapati bahawa pengguna ini akan mengalami perubahan dalam

pendapatan benarnya dan seterusnya kuasa membeli mereka. Pendapatan

benar ini diperolehi dengan membahagikan jumlah pendapatan dengan harga barang.

Pendapatan benar = Pendapatan wang ……. (4)

Harga barang

Sebagai contoh, katakana Amir mempunyai wang sebanyak RM10.00, dan

beliau ingin membeli rambutan. Jika harga rambutan ini berubah, kesannya ke atas wang benar atau pendapatan benar Amir juga akan berubah, iaitu

seperti di Jadual 2.2.

Jadual 2.2

Kesan perubahan harga rambutan

ke atas pendapatann benar

Harga rambutan sekilogram Pendapatan benar

RM10.00 RM10.00 = RM1.00

RM10.00

RM5.00 RM10.00 = RM2.00

RM5.00

RM2.00 RM10.00 = RM5.00

RM2.00

Berdasarkan kepada Jadual 2.2 di atas, dapat dilihat jika harga ram-butan di tahap RM10.00 sekilogram , pendapatan benar Amir adalah bernilai

RM1.00 sahaja. Apabila harga rambutan ini di tahap RM5.00 sekilogram,

pendapatan benar Amir akan meningkat kepada RM2.00. Seterusnya apabila harga rambutan ini berada di tahap RM2.00 sekilogram, pendapatan benar

Amir akan meningkat kepada RM5.00. Dalam lain perkataan, apabila harga

rambutan ini merosot daripada RM10.00 ke RM5.00, nilai pendapatan benar

Amir telah meningkat dari RM1.000 ke RM2.00, iaitu meningkat sebanyak 2 kali ganda. Seterusnya jika harga rambutan ini menurun ke RM2.00,

pendapatan benar Amir akan meningkat sebanyak 5 kali ganda. Ini bererti

Page 8: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

86

apabila harga rambutan ini menurun, kuasa beli pengguna akan meningkat.

Maka dengan kenaikan pendapatan benar ini, pengguna akan mampu untuk menaikkan kuantiti yang diminta ke atas barang tersebut.

Kesimpulan dari perbincangan di atas ialah salah satu faktor yang

menyebabkan keluk permintaan ini mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ialah disebabkan oleh kesan pendapatan. Kesan pendapatan ini menerangkan

apabila harga sesuatu barang itu berubah, pendapatan benar dan seterusnya

kuasa beli pengguna juga akan berubah. Dari contoh di atas, apabila harga sesuatu barang itu menurun, pendapatan benar pengguna akan meningkat dan

seterusnya kuasa beli pengguna juga akan meningkat. Dengan peningkatan

kuasa beli ini pengguna akan menaikkan permintaan ke atas barang tersebut. Sebaliknya berlaku, jika harga satu barang itu meningkat, pendapatan benar

dan seterusnya kuasa beli pengguna akan menurun dan mereka akan

menurunkan permintaan ke atas barang tersebut.

Kesan penggantian.

Kesan penggantian berlaku apabila harga sesuatu barang berubah berbanding dengan barang lain, maka terdapat kecenderungan pengguna

untuk merubahkan corak perbelanjaannya dengan meningkatkan pembelian

ke atas barang yang lebih murah. Sebagai contoh, katakan Amir dengan jumlah wang yang dimiliki (katakan sebanyak RM20.00) mampu untuk

membeli 2 barang, iaitu rambutan dengan mangga.

Jadual 2.3

Keadaan asal (sebelum berlaku

perubahan harga)

Keadaan selepas berlaku perubahan

harga

Harga rambutan: RM4.00/kg

Kuantiti rambutan

diminta: 2 kg

Harga rambutan: RM2.00/kg

Kuantiti rambutan

diminta: 7 kg

Harga mangga

RM3.00/kg

Kuantiti mangga

diminta: 4 kg.

Harga mangga:

RM3.00/kg

Kuantiti mangga

diminta: 2 kg

Jumlah perbelanjaan:

(RM4.00 x 2 kg) + (RM3.00 x 4 kg)

= RM8.00 + RM12.00 = RM20.00

Jumlah perbelanjaan:

(RM2.00 x 7kg) + (RM3.00 x 2 kg)

= RM14.00 + RM6.00 = RM20.00

Berdasarkan kepada Jadual 2.3, katakan pada peringkat asal, harga

rambutan ialah RM4.00 sekilogram dan harga mangga aialah RM3.00 sekilo-

gram. Dengan wang sebanyak RM20.00 yang dimiliki, Amir membeli 2

kilogram rambutan dan 4 kilogram mangga. Jumlah perbelanjaan bagi rambutan dan mangga ini ialah sebanyak RM20.00. Ini juga bererti bahawa

Amir telahpun menggunakan semua wang atau faktor yang dimilikinya.

Page 9: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

87

Sekarang katakan harga rambutan turun kepada RM2.00 sekilogram

dan harga mangga tetap pada RM3.00 sekilogram. Ini bererti sekarang telah berlaku perubahan harga ke atas rambutan, dan harga mangga tetap tidak

berubah. Dengan perubahan harga rambutan ini, Amir telah merubahkan

corak perbelanjaannya dengan membeli lebih banyak rambutan, iaitu dari 2

ke 7 kilogram, dan menurunkan pembelian mangga dari 4 ke 2 kilogram. Jumlah perbelanjaan Amir masih tetap sebanyak RM20.00. Tetapi apa yang

berlaku di sini ialah apabila harga rambutan menjadi semakin murah, Amir

telah menggantikan perbelanjaannya ke atas mangga (harga mangga tidak berubah) dengan meningkatkan perbelanjaan ke atas rambutan (dimana harga

rambutan telah menurun) dan ke atas menurunkan perbelanjaannya mangga..

Jumlah kesan pendapatan dan kesan penggantian.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kita boleh membuat kesimpulan daripada perubahan harga sesuatu barang ke atas kuantiti yang

diminta seperti di jadual 2.4:

Jadual 2.4:

Julah kesan pendapatan dan kesan penggantian ke atas

permintaan rambutan.

Perubahan harga

rambutan

Kesan

pendapatan

Kesan

penggantian

Kesan ke atas

permintaan

rambutan

Turun Naik Naik Naik

Naik Turun Turun Turun

1.2.2: Teori utiliti sut berkurangan

Teori kedua yang boleh menerangkan mengapa keluk permintaan

mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ialah melalui teori utiliti sut ber-

kurangan.

Untuk memahami konsep teori utiliti sut ini, cuba anda lihat bagai-

mana kelakuan anda apabila anda bermain bola sepak atau bola jaring. Jika anda bermain bola sepak atau bola jaring ini selepas 30 atau 90 minit,

apakah yang anda alami? Sudah pasti anda akan merasakan sangat haus atau

dahaga. Anda akan berlari ke tepi padang dan berebut-rebut untuk men-dapatkan air untuk diminum. Gelas air yang ke berapakah yang akan rebut?

Sudah pasti gelas air yang pertama. Mengapakah gelas yang pertama yang

anda rebut? Ini kerana anda sangat harus atau dahaga, dan pada anda bahawa

Page 10: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

88

gelas yang pertama ini akan memberi nilai kepuasan yang sangat tinggi

sekali.

Selepas anda minum gelas air yang pertama, anda akan merasa lega

sedikit. Jika anda maseh merasa haus atau dahaga lagi, anda akan mengambil

gelas air yang kedua untuk anda minimu. Sekarang kita lihat bagaimanakah kelakuan anda pada masa anda mengambil gelas air kedua ini? Adakah anda

masih berebut-rebut seperti mana anda lakukan tetakala anda cuba

mendapatkan gelas yang pertama tadi? Jawapannya sudah pasti bahawa kelakuan anda adalah berbeza. Kalau di gelas pertama anda berebut-rebut

dengan kawan-kawan, tetapi pada gelas kedua, anda tidak akan berebut lagi,

anda akan merasa lebih relax. Kalau ditanya mengapa anda tidak berrebut-rebut seperti anda lakukan di gelas pertama? Jawapan anda ialah sekarang

anda sudah kurang haus atau kurang dahaga. Seterusnya bagi mendapatkan

gelas yang ketiga, keempat dan kelima, anda akan berkelakuan lebih relax

dan perlahan-lahan dan tidak berebut-rebut seperti anda mendapatkan gelas pertama tadi, anda akan boleh memberi laluan kepada kawan-kawan anda

yang belum lagi mendapat air minumannya.

Kelakuan yang saya bincangkan di atas adalah merupakan kelakuan

bagi seorang yang aktif menjalankan aktiviti sukan atau yang bekerja keras

seperti buruh yang menggunakan tulang empat keratnya. Oleh yang demikian kita semua, sebagai seorang manusia, akan berkelakuan yang sama. Jika anda

dapat menerima hakikat bahawa kelakuan anda adalah seperti di atas, maka

perbincangan yang berkaitan dengan teori utiliti sut berkurangan akan

menjadi sangat mudah.

1. Mengapa sebaik sahaja kita menamatkan aktiviti bersukan, kita akan

berrebut-rebut untuk mendapatkan gelas air yang pertama? Jawa-pannya ialah kita merasa sangat dahaga.

2. Apabila kita merasa sangat dahaga, maka kita akan mendapati

bahawa kesan dari meminum air gelas pertama ini, kita akan memperolehi kepuasan, atau dalam istilah ekonomi di sebut utiliti.

Maka kepuasan atau utiliti yang terima dari gelas air pertama ini

adalah sangat tinggi nilainya. Atau kita boleh mengatakan bahawa kepuasan atau utiliti yang kita terima dari gelas air pertama ini

adalah yang tertinggi sekali. Ini kerana pada masa tersebut kita

adalah sangat harus atau sangat dahaga. Maka jika boleh memberi nilai ke atas kepuasan atau utiliti ini secara kadinal, kita akan beri

nilai dengan angka yang tinggi sekali.

Page 11: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

89

3. Selepas kita minum gelas air yang pertama tadi, apa yang kita dapati

pada diri kita ialah rasa dahaga kita akan berkurangan. Walaupun pada masa itu kita masih lagi dahaga atau haus, tetapi darjah

kedahagaan kita adalah lebih rendah berbanding dengan kes gelas air

pertama tadi. Maka untuk mendapatkan gelas air kedua, kita bolehlah

bersabar dan memberi laluan kepada kawan-kawan kita yang belum mendapat air lagi.

4. Oleh sebab darjah kedahagaan kita telahpun berkurangan, maka nilai kepuasaan atau utiliti yang kita perolehi dari gelas yang kedua ini

adalah lebih rendah dibandingkan dengan nilai kepuasan atau utiliti

yang kita perolehi dari gelas air pertama tadi.

5. Seterusnya jika kita terus mengambil atau meminum gelas-gelas air

seterusnya, kita akan dapati bahawa setiap tambahan gelas air yang

kita minum, kita akan dapati bahawa nilai kepuasan atau utiliti yang kita perolehi adalah semakin kecil atau semakin rendah bagi

setiap tambahan gelas air yang kita minum.

6. Jika kita berterusan meminum air yang telah tersedia di tempat rehat

tadi, kita akan dapati bahawa sampai satu tahap, bahawa gelas air

yang terakhir kita minum ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada kita. Dalam dalam istilah ekonomi, gelas air yang terakhir ini

memberi nilai kepuasan atau utiliti sama dengan kosong.

Kelakuan yang telah dibincangkan di atas akan dialami oleh semua orang akan mengalaminya.

Perbincangan di atas boleh diterangkan dalam bentuk teori utiliti sut berkurangan.

Andaikan kita boleh memberi nilai kuantitatif (kadinal) kepada utiliti

atau kepuasan yang diterima oleh ahli sukan di atas hasil dari penggunaan air minimuman yang dibuatnya. Maka kita membentuk jadual nilai kepuasan

atau utiliti yang dihasilkan di atas seperti dalam Jadual 2.5.

Berdasarkan kepada Jadual 2.5, terdapat 2 konsep utiliti yang perlu

kita fahami.

i. Jumlah utiliti, iaitu merupakan jumlah utiliti atau kepuasan yang diperolehi daripada penggunaan beberapa

unit barangan – dalam contoh di atas ialah gelas air yang

diminum. Seperti Jadual 2.5, jumlah utiliti bagi

Page 12: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

90

penggunaan 1 gelas air pertama ialah 100, penggunaan dua

gelas pertama ialah 150, 3 gelas ialah 180 dan seterusnya. ii. Utiliti sut, iaitu sumbangan yang diberi dari penggunaan

satu unit tambahan kepada jumlah utiliti. Dalam lain

perkataan utiliti sut adalah perubahan jumlah utiliti kesan

daripada perubahan satu unit pengunaan sesuatu barang.

Jadual 2.5

Jumlah utiliti dan utiliti sut

Kuantiti gelas air yang

diminum

Jumlah utiliti (TU) Utiliti sut (MU)

0 0

100

1 100

50

2 150

30

3 180

20

4 200

10

5 210

0

6 210

Berdasarkan kepada Jadual 2.5, kita dapati bahawa hasil dari

penggunaan gelas air pertama, jumlah utiliti yang diperolehi ialah sebanyak 100 unit. Ini bererti bahawa sumbangan (utiliti sut) gelas air pertama kepada

jumlah utiliti yang diperolehi oleh pengguna ini ialah 100 unit. Seterusnya

apabila pengguna ini menggunakan 2 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehi oleh pengguna ini ialah sebanyak 150 unit. Ini bererti bahawa gelas air ke-2

telah memberi utiliti (utiliti sut) sebanyak 50 unit, iaitu 150 – 100.

Seterusnya jika pengguna ini terus menaikkan gelas air yang diminumnya, kita dapati bagi penggunaan 3 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehi ialah

sebanyak 180, dan utiliti sut bagi gelas air ke-3 ialah sebanyak 30 unit, iaitu

180-150. Bagi penggunaan 4 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehi ialah

sebanyak 200 dan utiliti sut yang disumbangkan oleh gelas ke-4 ialah sebanyak 20 unit, iaitu 200 – 180. Bagi penggunaan 5 gelas air, jumlah utiliti

yang diperolehi ialah sebanyak 210 unit, dan utiliti sut bagi gelas ke-5 ialah

sebanyak 10 unit, iaitu 210 – 200. Bagi penggunaan 6 gelas air, jumlah utiliti yang diperolehi ialah 210 unit. Ini bererti gelas ke 6, memberi utiliti sut

sebanyak 0. Dalam lain perkataan, gelas ke 6 tidak memberi sebarang

tambahan kepada utiliti pengguna ini.

Page 13: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

91

Kesimpulan yang kita boleh buat berdasarkan Jadual 2.5 dan juga hurian di atas ialah;

i. apabila pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu barang,

kita dapati bahawa jumlah utiliti akan terus meningkat sehingga sampai satu tahap bahawa jumlah utiliti ini akan mencapai tahap

yang maksimum. Dari Jadual 2.5, tahap maksimum jumlah utiliti

ini ialah dari penggunaan 5 gelas air. ii. Apabila pengguna ini meningkatkan penggunaan sesuatu barang

itu secara berterusaan, kita akan dapati bahawa sumbangan bagi

setiap unit tambahan penggunaan akan memberi tambahan utiliti atau utiliti sut yang semakin rendah atau menurun. Seperti Jadual

2.5, gelas air pertama memberi sumbangan sebanyak 100 unit,

gelas air ke-2 sebanyak 50 unit, ke-3, 30 unit, ke-4 sebanyak 20

unit, ke-5 sebanyak 10 unit dan ke-6 sebanyak 0 atau tiada tambahan.

Maka dari perbincangan di atas kita akan dapat menjelaskan dengan apa yang dimaksudkan oleh teori utiliti sut berkurangan. Teori ini

menyatakan apabila seorang pengguna menggunakan sesuatu barang

secara berterusan, setiap unit tambahan penggunaan barang ini akan

menghasilkan utiliti yang semakin berkurangan.

Perkaitan di antara keluk permintaan dengan teori utiliti sut berkurangan

Untuk menerangkan perkaitan keluk permintaan dengan teori utiliti

sut berkurangan, kita cuba berbalik kepada contoh anda terlibat dalam

bermain bola atau bersukan seperti yang dinyatakan di atas.

1. Dalam contoh di atas, air yang anda rebut selepas bermain bola atau

bersukan adalah diberi secara percuma. Maka kita akan hanya

berebut untuk mendapatkan gelas air pertama, ke-2 dan seterusnya.

2. Sekarang dalam keadaan ke 2 ini, kita andaikan bahawa air tersebut

bukan diberi secara percuma, tetapi kita dikehendaki membayar untuk mendapatkannya, dan air ini dijual secara lelong. Maka

apabila kita tamat bermain dan berlari ke gerai yang berada di tepi

padang tadi, apa yang akan dilakukan oleh tuanpunya gerai air ialah ia akan melelong air tadi. Maka ia akan bermula dengan meletakkan

harga air tersebut pada paras RM0.50 segelas. Maka tuanpunya gerai

akan mendapati bilangan yang bersetuju membeli gelas air pertama

ini adalah ramai sekali. Maka langkah ke-2, tuanpunya gerai air

Page 14: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

92

tersebut akan menaikkan harga lelongan air tersebut ke paras

RM0.70, atau RM0.80, atau RM0.90 atau RM1.00. pada paras harga RM0.70, RM0.80 dan RM0.90 masih ramai lagi mereka yang

sanggup membayarnya. Dan apabila sampai pada paras harga

RM1.00 segelas, di dapati hanya seorang sahaja yang sanggup

membayarnya.

3. Persoalannya mengapakah hanya seorang sahaja yang sanggup

membayar gelas air pertama ini pada harga RM1.00, dan yang lain tidak?

4. Kalau kita bertanya pada diri kita sendiri atau kepada rakan-rakan kita yang lain, apakah asas yang menyebabkan kita sanggup sesuatu

barang itu pada harga tertentu, jawapan yang akan diberi ialah nilai

kepuasan yang kita akan terima dari barang tersebut.

5. Berbalik kepada contoh mengapakah anda sanggup membayar

RM1.00 bagi gelas air yang pertama, jawapannya ialah bahawa

anda adalah benar-benar kehausan (dahaga yang amat sangat),

dan nilai kepuasan atau utiliti yang anda akan terima adalah

sangat tinggi iaitu bernilai 100 unit. Maka dengan nilai 100 unit,

anda sanggup membayar pada harga RM1.00.

6. Bagaimana pula dengan gelas air yang ke-2? Adakah anda sanggup

membayar pada harga RM1.00? Sudah pasti anda akan menjawab

bahawa anda tidak akan membayar pada harga RM1.00. Mengapa tidak? Jawapannya ialah kerana anda tidak sedahaga seperti gelas

pertama tadi? Dalam istilah ekonomi ini bererti bahawa selepas anda

minum air gelas pertama tadi, sekarang anda kurang dahaga. Dengan ini kepuasan atau utiliti yang anda terima dari penggunaan air gelas

ke-2 ini adalah lebih rendah berbanding dengan gelas pertama. Maka

oleh sebab kepuasan atau utiliti yang anda terima dari air gelas ke-2

ini adalah lebih rendah berbanding gelas pertama, maka kesanggupan anda membayar air bagi gelas ke-2 ini adalah lebih rendah ber-

banding dengan gelas pertama. Katakan anda boleh memberi nilai

bahawa kepuasan atau utiliti yang anda terima dari air gelas ke-2 ini ialah 50 unit sahaja, maka harga yang sanggup anda bayar bagi air

gelas yang ke-2 ini hanyalah pada tahap RM0.50 sahaja.

7. Begitulah seterusnya bagi air gelas ke-3. Oleh sebab pada

penggunaan gelas air ke-3 ini akan memberi kepuasan atau utiliti

yang lebih rendah berbanding dengan air bagi gelas ke-2. Katakan

kepuasan atau utiliti yang diterima dari gelas ke-3 ini ialah 30 unit,

Page 15: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

93

maka anda akan hanya sanggup membayar sebanyak RM0.30 sahaja

bagi mendapatkan gelas ke-3. Jika harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi dari RM0.30, katakan RM0.40, maka anda tidak akan

membayarnya.

8. Seterusnya bagi gelas ke-4, kepuasan atau utiliti yang diterima adalah lebih rendah berbanding dengan gelas ke-3, (iaitu disebabkan

setelah anda meminum 3 gelas air di atas, maka anda merasakan

anda kurang dahaga lagi) maka harga yang anda sanggup bayar mestilah kurang daripada RM0.30. Jika anda memberi nilai bahawa

utiliti yang anda terima dari gelas air ke -4 ini hanyalah 20 unit

sahaja, maka anda akan sanggup membayar sebanyak RM0.20 sahaja bagi mendapatkan gelas ke-4 ini.

9. Bagi gelas ke-5, utiliti yang anda perolehinya hanyalah sebanyak 10

unit, maka untuk mendapatkan air gelas ke-5 ini anda hanya akan sanggup membayar sebanyak RM0.10 sahaja.

10. Bagi air gelas ke-6, oleh sebab selepas meminum 5 gelas air di atas, anda tidak lagi dahaga, maka anda tidak akan memerlukan air lagi.

Dengan ini bererti bahawa gelas air ke-6 tidak akan memberi

sebarang kepuasan atau utiliti lagi. Maka anda tidak akan sanggup membayar sebarang harga bagi mendapatkan air gelas ke-6 ini. Anda

akan hanya menerima air gelas ke-6 ini jika anda mendapatkannya

secara percuma.

Page 16: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

94

Keseimbangan pengguna ke atas satu barang

Berdasarkan kepada hurian kelakuan anda sebagai pengguna di atas, secara teori, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pengguna akan berada

pada tingkat keseimbangan jika beliau membayar pada

Harga = Utiliti sut

Seperti dihurian di atas keseimbangan ini akan dicapai seperti yang

ditunjukkan oleh Jadual 2.6.

Jadual 2.6;

Keseimbangan pengguna bagi penggunaan satu barang

Bilangan gelas air Utiliti sut yang diterima

oleh pengguna

Harga yang sanggup

dibayar

1 100 RM1.00

2 50 RM0.50

3 30 RM0.30

4 20 RM0.20

5 10 RM0.10

6 0 Percuma

Pak Mat melelong air sirap kepada pemain bola Kolej

Teknologi Alpha

Page 17: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

95

Seperti yang telah diterangkan di atas dan diringkaskan dalam Jadual

2.6, kita dapati bahawa apabila pengguna mengunakan semakin banyak air minuman, utiliti yang diterima dari setiap tambahan gelas yang adalah

semakin kecil atau berkurangan. Misalnya bagi gelas pertama, utiliti yang

diterima ialah 100 unit, gelas ke-2, utiliti yang diterima ialah sebanyak 50

unit, seterusnya ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6, utiliti yang diterima oleh pengguna masing-masing ialah 30, 20, 10 dan 0. Maka harga yang sanggup

dibayar oleh pengguna ialah RM1.00 bagi air gelas pertama, RM0.50 bagi

gelas ke-2, RM0.30 bagi gelas ke-3, RM0.20 bagi gelas air ke-4, RM0.10 bagi gelas air ke-5 dan percuma bagi gelas air ke-6.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka kita boleh membina jadual permintaan bagi air minuman ini seperti di Jadual 2.7.

Jadual 2.7

Jadual permintaan bagi air minuman

Harga

(RM)

seunit

1.00

0.50

0.30

0.20

0.10

Percuma

Kuantiti

(gelas)

1

2

3

4

5

6

Jadual 2.7 boleh menghasilkan keluk permintaan pengguna bagi air

minuman seperti yang di tunjukkan oleh gambar rajah 2.3. Seperti di gambar

rajah 2.3, jika harga tersebut ialah RM1.00 segelas, maka pengguna ini akan

membeli sebanyak 1 gelas sahaja. Jika harga air itu bersamaan dengan RM0.50 segelas, pengguna ini akan membeli sebanyak 2 gelas. Seterusnya

jika harga air ialah sebanyak RM0.30 segelas, maka pengguna ini akan

membeli sebanyak 3 gelas. Jika harga air ini ialah RM0.20 segelas, maka pengguna ini akan membeli sebanyak 4 gelas. Seterusnya jika harga di paras

RM0.10, pengguna akan membeli sebanyak 5 gelas, dan air ini diberi secara

percuma, pengguna ini akan menggunakan 6 gelas.

Maka jika sambungkan titik-titik A, B, C, D, E dan F seperti di

gambar rajah 2.3 ini, kita akan memperolehi keluk permintaan bagi air

minuman ini. Dapat dilihat di gambar rajah ini, bahawa berdasarkan teori utiliti sut berkurangan, kita akan memperolehi keluk permintaan yang

mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Sekali lagi keluk permintaan ini

menerangkan apabila harga tinggi, kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah rendah, dan apabila harga rendah, kuantiti yang minta adalah tinggi

atau banyak. Keluk permintaan di atas adalah merupakan keluk permintaan

bagi seorang individu pengguna.

Page 18: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

96

1.3: PERBEZAAN ANTARA KELUK PERMINTAAN INDIVIDU

DENGAN KELUK PERMINTAAN PASARAN

1.3.1: Keluk permintaan individu

Keluk permintaan yang ditunjukkan oleh gambar rajah 2.3 adalah

merupakan keluk permintaan individu. Berdasarkan hurian di atas, keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan adalah keluk

permintaan anda selepas anda bersukan. Keluk ini menunjukkan

perhubungan di antara harga dengan kuantiti gelas air yang dibeli oleh anda.

Bentuk keluk permintaan ini bagi setiap individu tidak semestinya

sama, walau bagaimana pun ia tetap mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Perbezaannya ialah ada di antaranya akan lebih landai dan ada juga yang

akan lebih curam. Bentuk keluk-keluk permintaan ini adalah bergantung

kepada nilai utiliti yang diterima oleh setiap individu ini.

1.3.2: Keluk permintaan pasaran

Keluk permintaan pasaran pula adalah jumlah keluk-keluk permintaan bagi setiap individu di pasaran tersebut. Contohnya, jika dalam

pasaran tersebut terdapat 100 orang pengguna, maka keluk permintaan

Harga

(RM) 1.00

0.50

0.30

0.20

0.10

0 1 2 3 4 5 6 Kuantiti gelas

Rajah 2.3: Keluk permintaan abgi air minuman

A

B

C

D

E

F

Keluk permintaan

Page 19: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

97

pasaran ini adalah merupakan kombinasi semua keluk-keluk permintaan bagi

100 orang pengguna di pasaran tersebut.

Pembentukan keluk permintaan pasaran

Dalam menjelaskan keluk permintaan pasaran ini, cuba kita mengambil contoh bagi sebuah pasaran keropok lekor yang terdiri 4 orang

pengguna – Azah, Hana, Eizzah dan Amir. Jumlah permintaan bagi setiap

individu ini ditunjukkan oleh Jadual 2.8.

Jadual 2.8

Jumlah permintaan pasaran keropok lekor

Harga

(RM)/kg

Kuantiti keropok lekor yang diminta (kg)

(1)

Azah

(2)

Hana

(3)

Eizzah

(4)

Amir

(5)

Jumlah

(6)

5.00 1 4 0 0 5

4.50 2 6 0 0 8

4.00 3 8 0 0 11

3.50 5 11 0 0 16

3.00 7 14 1 0 22

2.50 9 18 3 0 30

2.00 12 22 5 1 40

1.50 15 26 6 2 49

1.00 20 30 7 3 60

Jadual 2.8 menunjukkan jadual permintaan bagi 4 orang pengguna

yang terdiri daripada Azah, Hana, Eizzah dan Amir. Ruang-ruang 2, 3, 4,dan

5 menunjukkan jadual permintaan keropok lekor bagi setiap pengguna yang berkenaan. Misalnya pada harga RM5.00 sekilogram, Azah meminta

sebanyak 1 kg, Hana sebanyak 4 kg, sementara Eizzah dan Amir pula tidak

meminta sama sekali. Maka pada harga RM5.00 sekilogram, jumlah kuantiti

keropok lekor di pasaran ialah sebanyak 5 kg. Pada harga RM2.00 pula, Azah meminta sebanyak 12 kg. Hana sebanyak 22 kg, Eizzah sebanyak 5 kg

dan Amir sebanyak 1 kg. Ini bererti bahawa jumlah kuantiti yang diminta di

pasaran adalah sebanyak 40 kg. Ini menunjukkan bahawa Jadual 2.8 kuantiti keropok lekor yang diminta oleh setiap individu pengguna dan juga pasaran

bagi setiap tingkat harga.

Berdasarkan kepada hurian di atas, maka kita boleh mendefinisikan

permintaan pasaran diperolehi dengan mencampurkan semua kuantiti yang

diminta pada setiap tingkat harga oleh setiap pengguna yang terdapat dalam

pasaran ini. Maka berdasarkan kepada Jadual 2.8, kita mendapati bahawa

Page 20: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

98

jumlah permintaan pasaran ialah pada tingkat harga RM5.00 sekilogram,

ialah 5 kg, pada harga RM4.50 ialah 8 kg, pada harga RM4.00 ialah 11 kg, pada harga RM4.00 ialah 16, seterusnya pada harga RM1.00 jumlah kuantiti

yang diminta di pasaran ialah sebanyak 60 kg.

Secara gambar rajah, pembentukan keluk permintaan pasaran boleh ditunjukkan oleh gambar rajah 2.4.

_____________________________________________________________

Seperti di gambar rajah 2.4, untuk memudahkan penganalisaan, kita

katakana bahawa pasaran barang mempunyai 2 orang pengguna yang membuat permintaan, dan keluk permintaannya di tunjukkan oleh gambar

rajah 2.4 (a) dan 2.4 (b). Pada tingkat harga Po, individu (a) meminta

sebanyak OK2 unit, dan individu (b) meminta sebanyak OK4 unit. Maka jumlah kuantiti yang diminta di pasaran pada harga Po ini ialah sebanyak

OK2 + OK4 = OK6 unit. Pada tingkat harga P1 pula, individu (a) meminta

sebanyak OK1 unit dan individu (b) pula meminta sebanyak OK3 unit. Maka jumlah kuantiti di pasaran adalah bersamaan dengan OK1 + OK3 = OK5

unit. Maka dengan mencampurkan kuantiti yang diminta oleh setiap individu

di pasaran, maka kita akan memperoleh keluk permintaan pasaran D3, seperti

di gambar rajah 2.4. Seperti mana keluk permintaan individu, keluk permin-taan pasaran juga akan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

Harga Harga

P1

Po

P1

Po

P1

Po

0 K1 K2 0 K3 K4 0 K5 K6 Kuantiti

(a) (b) keluk permintaan pasaran

Rajah 2.4: Pembentukan keluk permintaan pasaran

Do D2 D3

Page 21: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

99

1.4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi permintaan sesua-

tu barang. Di antaranya ialah;

i. Harga barang itu sendiri

ii. Harga barang lain iii. Pendapatan

iv. Cita rasa

v. Penduduk vi. Musim

(i) Harga barang itu sendiri

Seperti mana yang telah dibincangkan di atas, bahawa keluk permintaan

bagi sesuatu barang itu adalah menerangkan perhubungan di antara kuantiti

yang diminta dengan harga barang tersebut.

Rajah 2.5: Kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri

Seperti di gambar rajah 2.5, keluk D adalah menunjukkan keluk permintaan bagi satu barang, katakan rambuatan. Pada tingkat harga RM4.00

sekilogram, jumlah kuantiti yang diminta ialah sebanyak 2 kilogram. Tetapi

apabila harga rambutan ini berubah menjadi RM2.00 sekilogram, keluk permintaan ini menunjukkan kuantiti diminta telah meningkat kepada 6

kilogram.

Harga

(RM)

4.00

2.00

0 1 2 3 4 5 6 Kuantiti

D

A

B

Page 22: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

100

Gambar rajah 2.5 ini menunjukkan bahawa apabila berlaku peru-

bahan pada harga barang itu sendiri, maka berlakulah perubahan ke atas

kuantiti diminta oleh pengguna ini. Ini bererti bahawa perubahan kuantiti

diminta ini berlaku di atas keluk permintaan yang sama (keluk permintaan

itu sendir)i. Oleh sebab keluk permintaan ini mencerun ke bawah dari kiri ke

kanan, maka apabila harga tinggik, kuantiti diminta akan rendah atau

sedikit dan sebaliknya apabila harga rendah, kuantiti diminta akan tinggi

atau banyak.

Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapat dilihat bahawa

perubahan harga barang itu sendiri akan merubahkan kuantiti diminta bagi

barang tersebut. Perubahan ini berlaku di atas keluk permintaan individu

yang sama dan tidak menyebabkan keluk permintaan itu bergerak ke kiri

atau ke kanan.

Selain daripada harga barang itu sendiri, terdapat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi perubahan permintaan ke atas sesuatu barang.

Faktor-faktor ini ialah seperti harga barang lain, pendapatan, cita rasa, dasar

kerajaan, penduduk dan musim. Kesan daripada perubahan faktor-faktor ini

akan menyebabkan perubahan keluk permintaan dan ini ditunjukkan oleh

pergerakan keluk permintaan itu ke kanan atau ke kiri.

(ii) Harga barang lain

Permintaan bagi satu barang boleh juga dipengaruhi oleh harga

barang lain dan ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis. a. Barang pengganti

b. Barang penggenap

A. Barang pengganti.

Dua barang itu akan disebut sebagai barang pengganti jika pengguna

hanya perlu menggunakan salah satu daripada dua barang tersebut bagi mecapai objektifnya, Sebagai contoh dua barang pengganti ini ialah teh dan

kopi.

Dalam analisis keluk permintaan, jika kejatuhan harga barang B akan

menyebabkan penurunan ke atas permintaan barang A, dan sebaliknya

kenaikan harga barang B telah menyebabkan kenaikan permintaan barang A, maka kita akan mengatakan bahawa barang A dan B ini adalah dua barang

pengganti. Ini kerana, kenaikan atau kejatuhan dalam permintaa terhadap

barang A ini adalah disebabkan oleh kenaikan atau kejatuhan harga barang

B. Contoh yang biasa digunakan bagi menjelaskan barang ini ialah teh dan

Page 23: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

101

kopi. Ini kerana kedua-dua barang ini boleh memberi kepuasan yang sama.

Jika berlaku penurunan harga teh di pasaran, kuantiti teh yang diminta akan meningkat dan ini akan menyebabkan permintaan ke atas kopi menurun. Ini

kerana pengguna akan menggantikan penggunaan kopi kepada teh, sebab

harga teh telah menjadi semakin murah.

mamanaaamanananananannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

nnnmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Rajah 2.6: Keluk permintaan bagi dua barang pengganti

D

Do D1

Harga Harga

Po

0 To T1 Kuantiti 0 Ko K1 Kuantiti

(a) Teh (b) Kopi

Gambar katon menunjukkan orang minum

kopi dan teh

P1

Po

Page 24: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

102

Gambar rajah 2.6(a) adalah keluk permintaan bagi teh.Tingkat harga asal bagi teh ini ialah di Po dan kuantiti teh yang diminta oleh pengguna di

pasaran ialah sebanyak OT1. Apabila berlaku kenaikan dalam harga teh di

pasaran, katakan ke P1, kuantiti teh yang diminta di pasaran akan berku-

rangan menjadi OTo. Oleh sebab teh dan kopi memberi kepuasan atau utiliti yang sama kepada pengguna, kenaikan harga teh di pasaran telah men-

yebabkan pengguna mengurangkan permintaan ke atas teh (yang ditunjukkan

oleh penurunan kuantiti teh dari OT1 ke OTo) dan menggantikannya kepada penggunaan kopi. Gambar rajah 2.6(b) adalah keluk permintaan bagi kopi.

Seperti di gambar rajah 2.6(b), keluk permintaan kopi yang asal ialah di

tunjukkan oleh keluk Do. Pada harga Po, kuantiti kopi yang diminta oleh pengguna di pasaran ialah sebanyak OKo. Tetapi apabila berlaku kenaikan

harga teh di pasaran, pengguna akan menggantikan penggunaan teh kepada

kopi, maka dengan tiada perubahan dalam harga kopi keluk permintaan

kopi telah bergerak ke kanan, iaitu ke keluk D1. Maka apa yang berlaku di pasaran kopi ialah dengan kenaikan harga teh dari Po ke P1, pengguna akan

menurunkan kuantiti teh yang diminta dan menggantikan penggunaannya

kepada kopi. Maka keluk permintaan kopi akan bergerak ke kanan. Maka

dengan tingkat harga kopi di Po, kuantiti yang diminta telah meningkat ke

OK1. Maka kita boleh mengatakan bahawa kenaikan dalam permintaan ke

atas kopi ini adalah disebut sebagai perubahan permintaan.

B. Barang penggenap.

Dua barang itu disebut sebagai dua barang penggenap jika pen-

gunaannya mestilah digunakan secara bersama. Dalam analisis keluk

permintaan, jika kejatuhan harga barang B akan menyebabkan kenaikan dalam kuantiti barang A yang diminta, dan sebaliknya kenaikan harga barang

B akan menyebabkan kejatuhan dalam kuantiti barang A yang di minta,

maka barang A dan B adalah merupakan dua barang penggenap. Ini kerana

perubahan permintaan ke atas barang A adalah disebabkan oleh perubahan dalam harga barang B. Perhubungan antara dua barang A dan B ini adalah

kerana kedua-dua barang ini mestilah diminta bersama. Contoh yang biasa di

gunakan ialah pen dan dakwat, kasut kiri dengan kasut kanan, roti dengan jem dan sebagainya.

Gambar rajah 2.7 (a) adalah merupakan keluk permintaan bagi roti, dan gambar rajah 2.7(b) adalah merupakan keluk permintaan bagi jem. Harga

roti yang asal ialah di Po, dan berdasarkan kepada keluk permintaan roti Do,

kuantiti yang diminta oleh pengguna di pasaran ialah sebanyak OR1, seperti

di gambar rajah 2.7(a). Apabila harga roti meningkat ke P1, kuantiti roti yang

Page 25: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

103

diminta telah menurun ke ORo. Dengan penurunan kuantiti roti yang diminta

maka kesannya ke atas pasaran jem adalah seperti di gambar rajah 2.7(b). Jika keluk permintaan jem yang asal ialah di keluk Do, maka pada harga jem

di Po, kuantiti jem yang diminta ialah sebanyak OJo. Tetapi disebabkan oleh

kenaikan harga roti, yang mana telah menyebabkan pengguna mengurangkan

penggunaan roti, maka permintaan ke atas jem juga akan merosot. Kemero-sotan dalam permintaan jem ini adalah ditunjukkan oleh pergerakan keluk

permintaan jem ke D1. Dengan ini pada tingkat harga jem yang asal iaitu di

Po, kuantiti jem yang diminta sekarang telah menurun ke OJ1.

(a) (b)

Rajah 2.7: Permintaan bagi dua barang penggenap

Harga Harga

P1

Po

D

Po

D1 Do

0 Ro R1 Kuantiti 0 J1 Jo Kuantiti

Roti Jem

Gambar katon orang makan roti dengan

jem

Page 26: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

104

Seperti di gambar rajah 2.7(b), kejatuhan dalam kuantiti jem yang

diminta adalah disebut sebagai perubahan permintaan. Ini kerana perubahan dalam kuantiti jem yang diminta bukan disebabkan oleh perubahan dalam

harga jem itu sendiri tetapi disebabkan oleh perubahan harga barang lain

(roti).

(iii) Pendapatan

Satu daripada faktor penting yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang ialah pendapatan pengguna. Jika pendapatan meningkat, pengguna

akan menaikkan permintaan ke atas kebanyakan barangan. Ini adalah

disebabkan bahawa kenaikan pendapatan akan menyebabkan kenaikan kuasa

beli pengguna.

Rajah 2.8: Kesan dari kenaikan pendapatan ke atas permintaan

Seperti di gambar rajah 2.8, kenaikan pendapatan pengguna akan menyebabkan peningkatan dalam kuasa beli pengguna dan ini akan menye-

babkan keluk permintaan sesuatu barang itu bergerak ke kanan, iaitu dari Do

ke D1. Ini bererti pada setiap tingkat harga, pengguna akan meningkatkan kenaikan kuantiti yang diminta. Contoh yang dapat di lihat di Malaysia ialah

apabila kerajaan mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangannya,

apa yang kita dapat lihat di pasaraya ialah berlaku kenaikan jumlah pen-

gunjung dan mereka akan berbelanja sakan. Begitu juga kesannya ke atas permintaan kereta, iaitu apabila berlaku kenaikan pendapatan (seperti

kenaikan gaji dikalangan kakitangan kerajaan pada tahun 2008), kita dapati

bahawa permintaan ke atas kereta baru telah meningkat dengan mendadak, iaitu ramailah dikalangan pegawai kerajan yang membeli kereta baru untuk

Do D1

Harga

Po

0 Ko K1 Kuantiti

Page 27: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

105

kegunaannya dan ahli keluarganya. Jadi kalau dulu (sebelum kenaikan gaji)

sebuah rumah hanya memiliki sebuah kereta sahaja, tetapi selepas kenaikan gaji ini, terdapat banyak rumah yang memiliki dua buah kereta.

(iv) Cita rasa

Cita rasa pengguna akan mempengaruhi pilihan pengguna ke atas

sesuatu barang. Di zaman moden ini cita rasa ini sangat dipengaruhi oleh kegiatan pengiklanan. Syarikat-syarikat akan membelanjakan sejumlah wang

yang besar untuk mengiklankan keluarannya. Sebagai contoh ‘perang iklan’

di kalangan syarikat-syarikat komunakasi seperti Celcom, Maxis dan DiGi, telah memenuhi media elektronik dan cetak. Semua kegiatan iklan ini adalah

untuk mempengaruhi cita rasa pengguna kepada lebih menyukai keluaran-

nya. Apabila cita rasa pengguna ini meningkat, maka keluk permintaan ke

atas keluaran (barang) tersebut akan bergerak ke kanan seperti dalam gambar rajah 2.8, iaitu dari Do ke D1. Ini bererti pada setiap tingkat harga kuantiti

yang diminta akan meningkat.

Sebaliknya jika cita rasa pengguna ini menjadi tidak suka kepada

sesuatu barang, maka keluk permintaan ke atas barang tersebut akan bergerak

ke kiri, iaitu dari D1 ke Do (seperti digambar rajah 2.8). Ini bererti pada setiap tingkat harga jumlah kuantiti yang diminta akan berkurangan.

Contohnya, cita rasa rakyat Malaysia menonton filem di panggpng wayang

telah merosot berbanding dengan zaman 1960 dan 70an, dan ini telah

menyebabkan banyak panggong wayang yang terdapat di bandar-bandar telah tutup. Pada zaman sekarang rakyat Malaysia boleh menonton filem di

televisyen atau melalui tayangan viedo. Oleh yang demikian pada hari ini,

panggong-panggong wayang hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja.

(v) Penduduk

Permintaan juga boleh dipengaruhi oleh saiz dan struktur penduduk di sesebuah negara itu. Misalnya pada hari ini bilangan penduduk Malaysia

telah meningkat kepada lebih dari 27 juta (tahun 2010). Dengan kenaikan

bilangan penduduk yang ramai ini, kesan yang jelas kita dapat lihat ialah kenaikan permintaan ke atas sektor perumahan. Misalnya jika sebuah rumah

yang berharga RM47,000 pada tahun 1980, pada tahun 2009 rumah yang

sama tekah bernilai RM200,000. Kenaikan harga rumah ini adalah disebabkan oleh keluk permintaan rumah telah bergerak ke kanan.

Bergitu juga perubahan struktur penduduk juga boleh mempengaruhi

permintaan sesuatu barang. Pada hari ini oleh sebab bilangan orang tua telah

Page 28: 1 permintaan

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4

Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya

www.drhamzaid.com

106

meningkat dengannya, maka permintaan ke atas perkhidmatan perubahan

telahpun meningkat. Ini dapat dilihat pada hari ini dengan wujudnya hospital-hospital swasta yang begitu cepat demi memenohi permintaan dari gulungan

ini. Dalam lain perkataan dengan kenaikan bilangan orang tua di Malaysia,

keluk permintaan perubatan telah bergerak ke kanan, dan oleh sebab pihak

kerajaan tidak dapat memenohi permintaan ini, maka sektor swasta akan masuk ke pasaran dan menyediakan perkhidmatan ini.

(vi) Musim

Musim juga boleh mempengaruhi permintaan sesuatu barang. Di Malaysia, apabila datang musim hujan, kita akan melihat bahawa permintaan

ke atas payong telah meningkat. Ini bererti bahawa pada musim hujan

permintaan ke atas payong akan bergerak ke kanan. Selepas musim hujan,

permintaan ke atas payong akan menurun dan ini akan ditunjukkan oleh pergerakan keluk permintaan ke atas paying bergerak ke kiri (seperti di

gambar rajah 2.8). Pengaruh faktor musim ini adalah jelas berlaku di negara-

negara Eropah, kerana negara-negara tersebut mengalami 4 musim dalam setahun, iaitu musim sejok, bunga, daun luruh dan musim panas. Keempat-

empat musim ini akan memerlukan pakaian dan keperluan hidup yang ber-

beza-beza.