memahami hakikat dinul islam

Upload: jalal-dynnz

Post on 06-Jul-2015

95 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Memahami Hakikat Dinul Islam Menerusi Manhaj al-Salaf alShalihOleh Mohd Hairi Nonchi

Jika anda menghidapi sesuatu penyakit, kepada siapakah anda merujuk untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebab dan kaedah rawatan yang berkesan bagi mengatasi penyakit yang sedang anda deritai itu? Tentulah kepada doktor, bukan? Saya amat yakin dan percaya bahawa anda tidak mungkin akan bertanya kepada tukang kayu, juga tidak merujuk kepada juru jual yang berada di pasar raya akan tetapi ialah kepada doktor. Alasannya mudah, kerana anda yakin bahawa doktor ialah orang yang benar-benar pakar dalam bidang kesihatan dan segala hal ehwal yang berkaitan dengannya. Mari kita alihkan pula perhatian kepada contoh lain. Katakanlah kenderaan anda sedang mengalami kerosakan. Siapakah yang akan menjadi sasaran anda untuk anda bertanya tentang punca kerosakan dan cara memperbaiki kenderaan anda yang sedang rosak itu? Adakah

1

anda merujuk kepada juru wang yang sedang berkhidmat di bank, ataukah kepada nelayan yang sedang menangkap ikan di lautan dalam? Tentulah jawapannya adalah tidak. Alasannya juga adalah mudah, kerena anda benar-benar yakin dan percaya bahawa mereka bukanlah orang yang ahli dalam bidang mekanik. Justeru, dalam hal ini pastilah rujukan anda ialah mereka yang benar-benar pakar dalam bidang mekanik. Ringkas kata, apa jua perkara yang kita hadapi, hendaklah ia dirujuk kepada mereka yang sememangnya memiliki kepakarannya dalam perkara tersebut. Ini adalah penting bagi memastikan penyelesaian yang efektif dapat kita perolehi apabila wujud masalah ketika berinteraksi dengan perkara berkenaan. Bagaimana pula dalam hal agama? Kepada siapakah harus kita merujuk agar manhaj atau cara beragama kita benar-benar berada di atas landasan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya, Muhammad shallallahu alaihi wasallam? Persoalan inilah yang akan saya kupas di dalam perbincangan ini. Teruskan membaca.

Cukupkah dengan al-Quran dan al-Hadithtanpa merujuk kepada generasi al-Salaf al-Shalih? pemahaman

2

Menerusi hadithnya yang masyhur kita dengari bersama, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mewasiatkan kepada umatnya bahawa sekiranya mereka berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnahnya, pastilah mereka tidak akan sesat selama-lamanya. Ini sebagaimana sabdanya yang berbunyi:1

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya. Dalam lafaz lain:2

. Maksudnya:1

Hadith riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha, no.

1395. Hadith riwayat Ibn Nashir dalam as-Sunnah, no. 68 dan dinilai hasan oleh Syeikh al-Albani dalam al-Misykat, no. 186.2

3

Aku tinggalkan kepada kamu (yang) jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku. Persoalan yang perlu kita renungkan bersama, adakah dengan merujuk terus kepada kedua-dua sumber wahyu tersebut sudah memadai untuk kita memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar-benarnya? Persoalan seterusnya, tidakkah kita pernah terfikir, mengapakah masih terdapat beberapa aliran dalam Islam seperti Syiah, Qadariyyah, Jabariyyah, Murjiah, Khawarij dan seumpama yang dianggap sebagai sesat di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, padahal mereka mendakwa3 bahawa mereka juga berpegang kepada ajaran alRamai pihak yang mendakwa bahawa mereka ialah pengikut kepada aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah akan tetapi pada hakikatnya mereka bukanlah sebagaimana yang didakwa. Ini kerana:3

1. Dalam persoalan Tauhid al-Asma wa al-Sifat mereka mentakwil sebahagian nas al-Sifat seperti al-Istiwa Allah di atas Arasy, al-Yad (Tangan) Allah dan lainlain seumpama. Padahal kaedah mentakwilkan nasnas al-Sifat tidak dikenal di sisi generasi al-Salaf alShalih. Apa yang benar adalah, Ahl al-Sunnah wa alJamaah menetapkan (ithbat) nas al-Sifat sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya tanpa takwil dan tanpa tasybih (iaitu tanpa diserupakan dengan sifat-sifat makhluk).

4

Quran dan al-Sunnah, malah lebih terkehadapan di dalam melaungkan slogan berpegang teguh kepada kedua-dua sumber agung tersebut? Jawapannya adalah tidak lain kerana mereka telah meninggalkan manhaj generasi yang telah diperakui kepakarannya di dalam memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, iaitu generasi al-Salaf al-Shalih yang terdiri daripada generasi para sahabat Rasulullah radhiallahuanhum, generasi tabiin serta generasi tabiut tabiin. Imam Abdul Hamid bin Badis rahimahullah menulis di dalam kitabnya, Atsar alImam jilid 5, ms. 73 di mana beliau berkata ketika menerangkan pengertian Islam:4

2. Dalam persoalan ibadah, mereka berpegang konsep bidah hasanah dan sedia mempertahankannya apabila dibantah, padahal konsep ini bercanggah dengan prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang melihat kesemua bidah dalam urusan agama (ibadah) adalah kesesatan yang wajib disisihkan daripada ajaran Islam. Lihat Sittu Durar min Ushuli Ahl al-Atsar ( ) karya Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani; edisi terjemahan oleh Mubarak B.M Bamuallim di atas judul 6 Pilar Utama Dakwah Salafiyyah (Pustaka Imam asy-Syafii, Surabaya, 2003), ms. 133-134.4

5

. Islam itu hanyalah apa yang terdapat dalam kitab Allah, al-Sunnah Rasul-Nya dan apa yang menjadi pijakan para Salaf kita, iaitu tiga generasi yang pertama yang telah disaksikan keutamaan dan kebaikan mereka melalui sabda Rasulullah, seorang yang benar dan dibenarkan.

Mengapakah

umat Islam perlu mengikuti manhaj generasi al-Salaf alShalih di dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam? Terdapat beberapa sebab yang mendasar mengapa umat Islam perlu menjadikan manhaj generasi al-Salaf al-Shalih sebagai manhaj yang perlu diikuti di dalam memahami dan mempraktikkan ajaran agama Islam. Antara sebab yang utama adalah seperti berikut: PERTAMA Perbezaan kefahaman dan tafsiran terhadap sumber hukum Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang wujud di kalangan pelbagai aliran dalam Islam hari ini menuntut agar umat Islam perlu

6

mencari satu rujukan yang standard yang bertindak sebagai garis pemisah antara tafsiran yang benar dengan tafsiran yang salah terhadap kedua-dua sumber wahyu itu. Maka dalam menghadapi suasana ini, manhaj generasi al-Salaf al-Shalih dilihat sebagai satu petanda ukur terbaik yang bertindak sebagai tirai pemisah antara kefahaman yang benar dengan yang salah terhadap ajaran alQuran dan al-Sunnah. Perkara ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah shhallallahu alaihi wasallam sendiri menerusi hadithnya seperti berikut: :5

. Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa alRasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk).Hadith riwayat Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat komentar Syeikh alAlbani dalam Irwa al-Ghalil, no. 2455.5

7

Berpeganglah dengannya dengan geraham.

dan gigitlah ia

Menjelaskan maksud hadith ini, Syeikh alAlbani rahimahullah berkata:6 Dalam hadith ini terdapat dua sunnah, (iaitu yang pertama adalah) sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan (yang kedua adalah) sunnah para Khalifah pengganti Rasulullah yang berada di atas petunjuk. Kita generasi terkemudian mesti merujuk kepada kitab Allah, sunnah Rasulullah dan jalan orang beriman. Kita tidak boleh bebas berleluasa memahami al-Quran dan al-Sunnah tanpa merujuk kepada kefahaman (generasi) Salaf pendahulu kita.... Atas dasar itu, menjadi suatu hakikat yang tiada tempat (untuk kita) lari darinya bahawa tidak cukup dengan hanya bersandar kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa disertai metod (manhaj) Salaf yang menjelaskan kedua-duanya dalam pemahaman ilmu dan amal serta dakwah dan jihad.

Lihat Majalah al-Asalah vo. 9, ms. 86-90; dalam 15 Jati Diri Muslim Cemerlang karya Dr. Azwira Abdul Aziz (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2007), ms. 124, diikuti dengan beberapa tambahan dalam kurungan.6

8

Perhatikan pula firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al-Fatihah, ayat ke-7 seperti berikut:

Maksudnya: Tunjukilah kami ke jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka... Penulis kitab Sittu Durar min Ushul Ahl alAtsar, Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani hafizhahullah ketika menerangkan ayat di atas berkata:7 Ayat ini mencakupi pemahaman (generasi) Salaf terhadap jalan yang lurus itu, padahal tiada seorang pun merasa ragu bahawa orang yang berpegang teguh pada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, ia benar-benar berada di atas petunjuk yang membawanya kepada jalan-jalan yang lurus.

Lihat Sittu Durar min Ushuli Ahl al-Atsar karya Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani, ms. 129.7

9

Namun, manakala pemahaman manusia terhadap al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidak memiliki kesamaan, ada yang benar dan ada pula yang salah, maka untuk memahami keduanya, diperlukan pokok yang ketiga bagi menghilangkan perbezaan tersebut, iaitu pemahaman Khalaf harus dikaitkan dengan pemahaman Salaf... KEDUA Sesungguhnya kemuliaan dan keutamaan generasi ini telah pun dipersaksikan dan diperakui sendiri oleh nas-nas al-Quran dan al-Hadith Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang sahih8, antaranya ialah sebagaimana firman AllahDisebabkan kemuliaan dan keutamaan yang dimiliki oleh para sahabat inilah maka Islam amat melarang keras umatnya daripada mencela atau menaruh sesuatu sangkaan yang buruk ke atas para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Larangan ini adalah berlandaskan kepada hadith Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:8

. Maksudnya: Janganlah kamu mencela para sahabatku. Sekiranya salah seorang kamu menafkahkan emas

10

Subhanahu wa Taala dalam surah at-Taubah, ayat 117:

sebesar gunung Uhud sekalipun (pahala yang kamu perolehi) tidak akan sama ganjaran (pahalanya dari sedekah) yang dilakukan oleh mereka walau secupak mahupun setengah. Hadith riwayat al-Bukhari, no. 3470. Al-Qadhi Iyadh al-Maliki rahimahullah menulis, sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi alSyafie rahimahullah di dalam kitabnya, Syarh al-Nawawi ala Shahih Muslim jilid 12, ms. 93:

.. : Maksudnya: Mencela salah seorang sahabat termasuk perbuatan maksiat dan berdosa besar. Menurut mazhab kami (Malik) dan mazhab jumhur (kebanyakan), sesiapa yang melakukan perkara tersebut dikenakan hukum takzir dan tidak dibunuh. Namun berkata setengah ulamak Maliki, mereka boleh dijatuhi hukuman bunuh. - Lihat Keadilan Para Sahabat di Sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah karya Ustaz Mohd Fikri bin Che Hussain (Perniagaan

11

Jahabersa, Johor Bahru, 2005), ms. 93. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) menegaskan di dalam kitabnya, al-Sorim al-Maslul ala Syatim al-Rasul jilid 3, ms. 1110:

: . Maksudnya: Sesiapa sahaja yang mencela para sahabat sepeninggalan Nabi shallallahu alaihi wasallam menjadi murtad (terkeluar daripada Islam) sekalipun (dia hanya mencela) sebilangan kecil dari kalangan mereka itu yang tidak sampai angka 10 orang ataupun dia mencela seluruh sahabat, (maka dia) menjadi fasiq. Maka tidaklah diragukan lagi bahawa orang yang membuat celaan begitu telah jatuh kufur.

12

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang), kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. Kemudian dalam surah yang sama di atas, ayat 100, Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Ini kerana individu tersebut telah mendustakan apa yang terkandung di dalam al-Quran (yang mana Allah menceritakan pada) beberapa bahagian (dalil atau ayat) yang menyatakan keredhaan dan pujianNya terhadap para sahabat tersebut. Lihat Keadilan Para Sahabat di Sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah karya Ustaz Mohd Fikri bin Che Hussain, ms. 104. Untuk melihat huraian yang lebih terperinci berkenaan kemuliaan dan keutamaan para sahabat di sisi Islam, sila rujuk buku Keadilan Para Sahabat di Sisi Ahl alSunnah wa al-Jamaah karya Ustaz Mohd Fikri bin Che Hussain (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2005), ms. 50 dan seterusnya.

13

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang mula-mula (masuk Islam) dari orangorang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti (jejak langkah) mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepada-Nya. Dan Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya selamalamanya. Itulah kemenangan yang besar.

14

Imam Malik rahimahullah berkata mengenai ayat di atas sebagaimana disebut di dalam kitab Ilam al-Muwaqqiin jilid 4, ms. 129:9 Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas mereka. Mereka berhak menjadi contoh ikutan, diambil kata-katanya dan layak menerima sanjungan bagi sesiapa yang mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak menyalahi nas. Hakikat ini diperkukuhkan lagi dengan hadith Rasulullah shallallahu alaihi wasallam 10 sebagaimana sabdanya:

. Maksudnya:

Sebaik-baik umatku ialah kurunku (iaitu para sahabat) kemudian kurun selepas mereka (tabiin) kemudian kurun selepas mereka (tabiut tabiin). Kemuliaan, keistimewaan dan keutamaanLihat Manhaj Salaf Akidah Salaf karya Ustaz Rasul bin Dahri (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 32.9 10

Hadith riwayat al-Bukhari, no.3650.

15

para sahabat juga turut dirakamkan oleh Abdullah bin Masud radhiallahuanhu melalui katakatanya:11

. Maksudnya: Sesungguhnya Allah melihat hati hamba-hamba-Nya dan Allah mendapati hati Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam adalah sebaik-baik hati manusia, maka Allah memberikan risalah kepadanya, kemudianAtsar riwayat Ahmad 1/379, al-Hakim 3/78 dan athThabrani, no. 8582.11

16

Allah melihat dari seluruh hati hambahamba-Nya setelah Nabi-Nya, maka didapati bahawa hati para sahabat merupakan hati yang paling baik sesudahnya. Maka Allah jadikan mereka sebagai pendamping NabiNya yang mereka berperang untuk agamaNya. Apa yang dipandang kaum Muslimin (para sahabat) itu sebagai baik maka itu baik pula di sisi Allah dan apa yang mereka pandang sebagai buruk, maka di sisi Allah itu adalah buruk. KETIGA Termasuk dalam pekara yang disepakati di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah berpegang kepada manhaj generasi al-Salaf a-Shalih yang terdiri dari kalangan para sahabat (iaitu golongan Muhajirin dan Anshar secara umum dan Khulafa al-Rasyidin secara khusus), generasi tabiin serta generasi tabiut tabiin. Oleh sebab itu, ketika menghuraikan pengertian ash-Shirath alMustaqim, Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah menulis di dalam kitabnya, 12 Madarijus Salikin jilid 1, ms. 72-73: Setiap orang yang lebih mengenal alHaq (kebenaran) dan paling banyak mengikutinya, mereka lebih utamaLihat Sittu Durar min Ushul Ahl al-Atsar karya Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani, ms. 129-130.12

17

memperoleh jalan yang lurus itu. Dan tiada keraguan bahawasanya para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lebih utama dan lebih pantas untuk memiliki sifat ini daripada Syiah Rafidhah. Oleh sebab itu, para Salaf menafsirkan ashShirath al-Mustaqim wa Ahluhu (jalan yang lurus dan penempuhnya) adalah Abu Bakar ash-Shidiq, Umar al-Khaththab dan para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.... Berkata rahimahullah:13 Imam Ahmad bin Hanbal

Maksudnya: Asas-asas sunnah menurut pandangan kami (ialah) berpegang teguh pada apa yang menjadi pijakan para sahabat Rasulullah dan mengikuti jejak mereka.

KEEMPATRiwayat al-Lalikai dalam Syarh Ushul Itiqad Ahl alSunnah wa al-Jamaah, no. 317.13

18

Mengikuti manhaj generasi al-Salaf al-Shalih, secara khususnya para sahabat adalah termasuk dalam perkara yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya dalam ayat berikut:14

Maksudnya: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalannya orang-orang mukmin, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam. Dan neraka14

Surah al-Nisa, ayat 115.

19

jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Setelah membawakan keterangan Syeikh alIslam mengenai tafsir ayat di atas bahawa yang dimaksudkan dengan jalan orang-orang mukmin ialah merujuk kepada golongan para sahabat15, Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafizhahullah mengulas di dalam kitabnya, Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaiha:16 Bahawa Allah Subhanahu wa Taala telah menegaskan sesiapa yang memusuhi Rasul dan mengikuti selain jalannya para sahabat sesudah nyata baginya kebenaran, maka Allah Subhanahu wa Taala akan menyesatkannya ke mana dia tersesat. Kemudian Allah Subhanahu wa Taala mengancamnya dengan (neraka) janaham seburuk-buruk tempat kembali. Ayat yang mulia ini merupakan sebesar-besar ayat dan dalil yang paling tegas dan terang, bahawa wajib bagi kita mengikuti perjalanan para sahabat iaitu cara beragamanya para sahabat atau manhajLihat Muqaddimah kitab Naqdhul Mantiq karya Syeikh al-Islam.15

Lihat Laukaana Khairan Lasabaquunaa Ilaiha karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat (Pustaka Muawiyah bin Abi Sufyan, Jakarta, 2010), ms. 155.16

20

mereka di dalam beragama secara ilmu, amal dan dakwah. Sehubungan dengan hal ini, Syeikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:17 Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala Maha Suci daripada perbuatan sia-sia, maka tidak diragukan lagi bahawa penyebutan sabilil mukmin itu tentunya untuk suatu hikmah dan manfaat yang besar ertinya. Disebut oleh-Nya untuk menunjukkan kepada kita bahawa dalam mengikuti kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Nabi-Nya, ada lagi satu kewajipan yang sangat penting iaitu ia haruslah sesuai dengan apa yang difahami oleh generasi kaum muslimin yang terawal, yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan kemudiaannya diikuti oleh generasi sesudah mereka. Allah Subhanahu wa Taala berfirman (maksudnya): Dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar. Sedangkan orang yang meletakkan al-Quran dan alSunnah di satu sisi dan kefahaman salaf pada

Lihat Majalah al-Asalah vo. 9, ms. 86-90; dalam 15 Jati Diri Muslim Cemerlang karya Dr. Azwira Abdul Aziz, ms. 123.17

21

sisi yang lain bukanlah dia seorang yang benar dan jujur sama sekali. KELIMA Berpegang teguh kepada manhaj generasi al-Salaf al-Shalih juga termasuk dalam perkara yang diwasiatkan oleh para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Perhatikan wasiat-wasiat mereka di bawah ini:18 Hudzaifah berkata:19 bin al-Yaman radhiallahuanhu

. Maksudnya:

Dinukil secara ringkas dan berpisah-pisah daripada al-Wajiz fii Aqidatis Salafish Shalih (Ahlis Sunnah wal Jamaah) karya Abdullah bin Abdul Hamid al-Atsari; edisi terjemahan oleh Farid bin Muhammad Bathathy di atas judul Intisari Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah (Pustaka Imam asy-Syafii, Jakarta, 2007), ms. 233 dan seterusnya. 19 Diriwayatkan oleh Ibn Baththah dalam kitabnya, alIbanah.18

22

Setiap ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, janganlah kamu melakukannya. Sebab, sesungguhnya generasi pertama itu memberikan kesempatan kepada generasi berikutnya untuk berpendapat (dalam masalah agama). Bertqwalah kepada Allah wahai para qurra dan ambillah jalan orang-orang sebelum kamu. Berkata Abdullah 20 radhiallahuanhu: bin Masud

. Maksudnya:Dikeluarkan oleh al-Baghawi dalam kitab Syarhus Sunnah 1/214 dan Ibn Abdil Barr dalam kitabnya, Jami alBayan al-Ilmi wa Fadhlihi 2/947, no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir al-Zuhairi.20

23

Barangsiapa mengikuti jejak (seseorang) maka ikutilah jejak orang-orang yang telah wafat. Mereka adalah para sahabat Muhammad shallallahu alaihi wasallam. Mereka adalah sebaik-baik umat ini, paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, dan paling sedikit berpura-pura. Mereka adalah satu kaum yang dipilih Allah untuk menjadi sahabat Nabi-Nya dan menyebarkan agama-Nya. Maka dari itu, berusahalah untuk meniru akhlak dan cara mereka kerana mereka telah berjalan di atas petunjuk yang lurus. Khalifah yang adil, Umar bin Abdul Aziz radhiallahuanhu berkata:21

. Maksudnya: Berhentilah kamu seperti berhentinya para sahabat (dalam memahami nas). Sebab mereka berhenti berdasarkan ilmu danDisebutkan oleh Ibn Qadamah Lumatul Itiqad Hadi Ila Sabilir Rasyad.21

dalam

kitabnya,

24

dengan penglihatan yang tajam mereka menahan (diri). Mereka lebih mampu untuk menyingkapnya dan lebih patut dengan keutamaan seandainya hal tersebut ada di dalamnya. Imam al-Auzai rahimahullah berkata:22

. Maksudnya: Hendaklah engkau berpegang kepada atsar para pendahulu (Salaf) meskipun orang-orang menolakmu. Selain itu, jauhkanlah dirimu dari pendapat para tokoh (kemudian yang bertentangan dengan pegangan para Salaf) meskipun dia menghiasi pendapatnya dengan perkataanDikeluarkan oleh al-Khatib dalam kitab Saraf Ashhabul Hadith, Imam al-Ajurri dalam asy-Syariah 1/445, no. 127. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Mukhtashar al-Uluw lil Imam adz-Dzahabi, ms. 138, Siyar Alam anNubala 7/120 dan Jami Bayan al-Ilmi wa Fadhlihi 2/1071, no. 2077.22

25

yang indah. Sesungguhnya hal itu akan jelas, sedang kamu beradad di atas jalan yang lurus. Demikian beberapa sebab penting mengapa umat Islam perlu menjadikan manhaj generasi alSalaf al-Shalih sebagai manhaj yang standard yang perlu diikuti di dalam memahami dan mempraktikkan ajaran agama ini. Kesimpulan. Berdasarkan kepada huraian di atas maka dapat disimpulkan bahawa ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah menerusi perantaraan wahyu-Nya, al-Quran dan al-Sunnah Rasul-Nya, Muhammad shallallahu alaihi wasallam tidaklah memadai dengan hanya mengambil kedua-dua sumber itu melainkan hendaklah ia diikat dengan kefahaman generasi al-Salaf al-Shalih, iaitu generasi para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin. Sesungguhnya, mengikuti manhaj mereka merupakan jalan yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan, sementara menyelisihi manhaj mereka adalah sebuah kesesatan yang pastinya akan membawa kepada kecelakaan dan kesengsaraan di akhirat kelak.

26

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan di dalam kitabnya, Majmu al-Fatwa jilid 13, ms. 361-362:23

. . Maksudnya: Barangsiapa yang berpaling dari mazhab sahabat dan tabiin dan penafsiran mereka mereka kepada yang menyelisihinya, maka dia telah salah bahkan (disebut) sebagai Ahl al-Bidah (mubtadi). (Walau bagaimanapun) jika dia sebagai mujtahid,Lihat Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah karya Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas (Pustaka Imam asy-Syafii, Jakarta, 2006), ms. 113.23

27

maka kesalahannya akan diampuni (di atas kekeliruannya dalam berijtihad sehingga menyelisihi penafsiran generasi Salaf). Kita mengetahui bahawa al-Quran telah dibaca oleh sahabat, tabiin dan yang mengikuti mereka, dan sungguh mereka lebih mengetahui tentang penafsiran al-Quran dan makna-maknanya, sebagaimana mereka lebih mengetahui tentang kebenaran yang dengannya Allah mengutus Rasul-Nya .

28