mee kari

9
Mee Kari resepi kegemaran ku... Cara penyediaannya tidaklah sukar.. seperti juga laksa Johor.. cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu.. ya tak.. Mee kari juga jarang di jual... kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika kita menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga. Hari ini ita akan kongsikan kaedah dan cara bagaimana ita sediakan mee kari ita. Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari kak ipar dan ita ada buat beberapa ubah suai pada ramuanya setiap kali ita mendapat pertua dari mereka yang pakar dalam penyediaannya mee kari. Kerana ita dan anak-anak cukup mengemari mee kari.. setiap kali ita merasa mee kari yang enak ita tidak akan teragak-agak untuk bertanya apakah rahsianya.. dan ita akan olah semula resepi dan akhirnya ita dapat lah resepi yang telah lama ita gunakan setiap kali ita menyediakan mee kari. Jom kita masuk dapur dan ita tunjukkan caranya. Resepi yang ita tunjukkan adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah- tambah, rasanya sesuai untuk 10 orang ^_^ Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan. MEE KARI

Upload: douryeaa

Post on 17-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Mee Kari resepi kegemaran ku...

Cara penyediaannya tidaklah sukar.. seperti juga laksa Johor.. cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu.. ya tak..

Mee kari juga jarang di jual... kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika kita menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga.

Hari ini ita akan kongsikan kaedah dan cara bagaimana ita sediakan mee kari ita. Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari kak ipar dan ita ada buat beberapa ubah suai pada ramuanya setiap kali ita mendapat pertua dari mereka yang pakar dalam penyediaannya mee kari. Kerana ita dan anak-anak cukup mengemari mee kari.. setiap kali ita merasa mee kari yang enak ita tidak akan teragak-agak untuk bertanya apakah rahsianya.. dan ita akan olah semula resepi dan akhirnya ita dapat lah resepi yang telah lama ita gunakan setiap kali ita menyediakan mee kari.

Jom kita masuk dapur dan ita tunjukkan caranya. Resepi yang ita tunjukkan adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah-tambah, rasanya sesuai untuk 10 orang ^_^

Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan.

MEE KARI

Bahan Untuk Menumis

1 senduk minyak masak2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum cengkih3 tangkai daun kari di raut2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar

4 ulas bawang putih10 ulas bawang merah2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja1 inc lengkuas2 inc halia3 biji buah keras

1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus4 sudu besar rempah kari Baba's

Semua bahan-bahan di atas di kisar halus. Bila memasak ita suka lebihkan bawang merah, bawang merah ni kalau kita letak lebih-lebih nanti kuahnya manis dan pekat. Fungsi buah keras pula adalah untuk memekatkan kuah kita nanti. Rempah kari, ita hanya guna Baba's. Bukan Baba's yang taja ya.. tapi ita dah pernah guna yang lain tapi tak berapa sedap di dalam penyediaan mee kari. Kalau Baba's memang tip top!

ok sekarang kita lihat pula bahan lain yang di perlukanBahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya

Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.Lepas tu kita tapis.Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.Bahan Perasa

1 buku gula Melaka3 keping asam keping300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa1 kiub daging1 kiub ikan bilisgaram dan gula secukup rasaBoleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empukudang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadifish ball ~ ikut suka1 cawan kerang8 keping tahu pong ~ di belah 23 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halusair secukupnya

Semua bahan dah tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk memasak.

Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.

Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air.

Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak alan membuatkan kuah kita manis dan enak.

Garam dan gula tu sesuaikan mengikut citarasa. Biasanya mee udang dia ada manis-manis pedas sikit.

Dah pun siap kuah mee kari kita. Sekarang bolehlah kita sediakan bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee kari kita ini nanti

Bahan-bahan yang di makan bersama

1 ikat sawi ~ potong dan celur1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.Daun sup dan daun bawang ~ di hirisTelur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnyalimau kasturibawang gorengLada merah sebagai hiasanJeruk lada untuk di makan bersamaMee kuning secukupnya