mdss_1998_bil.26_1

14
KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400 (?) - 151l: PENSEJARAHAN DAN KESEJARAHAN MUHD YUSOF IBRAHIM' PENGENALAN Kesultanan Melayu Melaka memangjelas mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa dalam sejarah Malaysia khasnya dan Asia Tenggara amnya. Kemunculannya pad a penghujung kurun keempat belas/awal kelima belas dahulu telah banyak membawa perubahan terhadap Semenanjung Tanah MelayulMalaysia dan juga rantau Asia Tenggara ini. Kemunculannya itu sendiri merupakan suatu peristiwa berlakunya perubahan/perpindahan tampok kekuasaan daripada SrivijayaiPalembang ke Melaka. Atau dengan kata lain ia adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu dandalam konteks tempoh terse but, merupakan yang termuda. Sejarawan seperti D.W. Wolters misalnya mengatakan bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah sambungan daripada empayar Srivijaya itu juga, iaitu yang telah runtuh pad a lewat kurun keempat belas Masihi. Melaka telah mewarisi pelbagai unsur sosio-budaya dan adat-istiadat diraja Srivijaya yang diamalkannya sekurang-kurang pada tahap awal perkembangannya.' Kemudian mulai awal dekad kedua kurun kelima belas itu Melaka telah menjadi negara "Islam" setelah rajanya yang kedua, iaitu Mahkota Iskandar Syah memelok agama Islam pada * Penulis adalah Prof. Madya di lahatan Sejarah. U.K .M. Lihat. O, W. Wolters. The Fait oJSrivijaya in the: Malay Histoty. (London. Oxford University Press. 1970). him. 1-7.77-107 & 128-144. Armando Concsao. cd. & Irs. TheSuma Oriell/al a/Tome Pires (London. the Hakkyt Society, 1944), him. 239-24. Lihat juga. W.D.G. Rirch. The lommentaries oj (he Great Alfonso D'AlburqllCrque, Second Viceroy oj India; translated from the Portugcsc edition of 1774. with NOles and Introduction. Vol. II I (London : the Ilakluyl Society. 1875-1884), him. 77.

Upload: tenalagi-ap-mmahandran

Post on 16-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

  • KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400 (?) - 151l: PENSEJARAHAN DAN

    KESEJARAHAN

    MUHD YUSOF IBRAHIM'

    PENGENALAN Kesultanan Melayu Melaka memangjelas mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa dalam sejarah Malaysia khasnya dan Asia Tenggara amnya. Kemunculannya pad a penghujung kurun keempat belas/awal kelima belas dahulu telah banyak membawa perubahan terhadap Semenanjung Tanah MelayulMalaysia dan juga rantau Asia Tenggara ini. Kemunculannya itu sendiri merupakan suatu peristiwa berlakunya perubahan/perpindahan tampok kekuasaan daripada SrivijayaiPalembang ke Melaka. Atau dengan kata lain ia adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu dandalam konteks tempoh terse but, merupakan yang termuda. Sejarawan seperti D.W. Wolters misalnya mengatakan bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah sambungan daripada empayar Srivijaya itu juga, iaitu yang telah runtuh pad a lewat kurun keempat belas Masihi. Melaka telah mewarisi pelbagai unsur sosio-budaya dan adat-istiadat diraja Srivijaya yang diamalkannya sekurang-kurang pada tahap awal perkembangannya.' Kemudian mulai awal dekad kedua kurun kelima belas itu Melaka telah menjadi negara "Islam" setelah rajanya yang kedua, iaitu Mahkota Iskandar Syah memelok agama Islam pada

    * Penulis adalah Prof. Madya di lahatan Sejarah. U.K .M. Lihat. O,W. Wolters. The Fait oJSrivijaya in the: Malay Histoty. (London. Oxford University Press. 1970). him. 1-7.77-107 & 128-144. Armando Concsao. cd. & Irs. TheSuma Oriell/al a/Tome Pires (London. the Hakkyt Society, 1944), him. 239-24. Lihat juga. W.D.G. Rirch. The lommentaries oj (he Great Alfonso D 'AlburqllCrque, Second Viceroy oj India; translated from the Portugcsc edition of 1774. with NOles and Introduction. Vol. II I (London : the Ilakluyl Society. 1875-1884), him. 77 .

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    kira-kira tahun 1414.' Penerimaan Islam ini adalah suatu titik permulaanblgi perkembangan Melaka menjadi sebuah empayar kelautan Melayu yangBglllg pada kurun kelima belas dan awal keen am belas dahulu .

    Walau bagaimanapun seeara kelaziman dan realitinya, sejanh perkembangan Melaka menuju kepuneak keagungannya itu bukanlah sua~ perjalanan yang mudah dan karar sahaja. Ia telah menghadapi pelbagaicabaran dan rintangan dan dari beberapa segi telah melakukan pelbagai perubahan, anjakan "paradigma" dan penyesuaian. Pemimpin dan rakyat telah berusah. dan mellyumbang sebaiknya untuk mengwujudkan suatu tamadun yang kemudiannya menjadi warisan negeri-negeri Melayu yang lain.

    Pensejarahan Tentang Melaka Memanglah benar jika dikatakan bahawa apa yang berlaku dalam proses

    pergerakan dan perkembangan di dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu adalah gambaran yang dapat disedut daripada pelbagai pensejarahan tentangnya iaitu sama ada yang berbentuk tempatan (khususnya Melayu) mahupun asing (Portugis, Cina, Belanda dan Inggeris.)' Namun tidaklah semua pensejarahan itu telah menggambarkan keadaan sejarah Melaka itu dengan sikap yang objektif lagi seimbang dengan keadaan yang sebenarnya. Kita dapali pensejarahan yang awal yang dihasilkan oleh sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang, juga penulisan orang-orang Portugis dan kemudiannya Belanda, seeara umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif dan seimbang tentang Kesultanan Melaka itu berbanding dengan pelbagai karya pentadbiran. eum-sejarawan British dan seorang dua penulis atau sejarawan tempalan mutakhir yang menulis atau menyentuh tentang Melaka itu.

    Pensejarahan tempatan terawal Satu-satunya pensejarahan tempatan terawal yang khusus membicarakan

    3 Lihat misalnya Muhammad Yusoff Hashim. Kesu/tanan Me/ayu Me/aka: Kajion Beberapll Aspek Tenrong Me/ahl pada Abad Ke-J 6 do/am Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Puslaka. 1989) hIm. 3-18 yang telah mcmbincangkan pclbagai sumber sejarah Mclaka termasuklah pclbagai penscjarahan awal yang berkaitan. Liha! juga C H. Wake, " Mclaka in the fifteenth Century : Malay Historical Traditions and Politics of Islamization" dalam Me/aka: The Trans/ormation oj A Malay Capital C. 1400-1980, edited by Kcmial Singh Sandhu & Paul Wheatley (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1983), him. 129 yang juga ml.!nyebut ten tang sumbcr-surnbcr sejarah Melaka.

    2

  • KESULTANAN MELAYU MLAKA /400 (?) -1511 : PENSJA RA HAN DAN KESJARAHAN

    tentang Kesultanan Melayu Melaka itu ialah Sulalatus Salatin, atau yang secara terjemahan populamya dikenali sebagai Sejarah Melayu. Disebalik pelbagai kontroversi dan pelbagai versinya pula, Sejarah Melayu tetap merupakan penulisan tempatan yang terutama bagi sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu.' Secara umumnya ia memuatkan tentang asal usul danjurai keturunan raja-raja Melayu Melaka, penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang seterusnya berkembang menjadi sebuah empayar kelautan yang agung dalam konteks zaman itu, kedatangan kuasa Barat yang pertama iaitu Portugis yang seterusnya memerangi dan menaklukinya, kejatuhannya di tangan kuasa Portugis itu dan seterusnya beberapa percubaan waris-warisnya untuk merampas semula bandar Melaka daripada kuasa tersebul. Di sam ping susurgalur asal usul, jurai keturunan dan perkembangan politik ini, Sejarah Melayu juga memuatkan pelbagai unsur-unsur lain seperti sosio-budaya, ekonomi , kesgamaan dan juga yang secara umumnya boleh kita sebutkan sebagai "unsur-unsur kesusasteraan". Dengan kandungan yang demikian pengarangnya telah menjadikan Sejarah Melayu sebagai suatu pensejarahan yang berbentuk budaya atau tamadun Melayu yang berpusat di Melaka' Sebagai sebuah pensejarahan yang berbentuk demikian, penulis/pengarangnya mencuba menggabungkan keseluruhan entiti alam dan tamadun Melayu itu ke dalam satu entiti yang berpusatkan empayar Melayu Melaka yang berteraskan keunggulan bangsa Melayu Melaka itu sendiri. Dari entiti pusat inilah seluruh kegiatan dan gerakan yang menggambarkan keunggulan bangsa, bahasa alam dan tamadun Melayu itu dipancarkan. Dengan demikian kita melihat di dalam Sejarah Melayu itu catatan atau gambaran tentang kehandalan, kepintaran serta kebijaksanaan dan keberanian pemimpin, tokoh-tokoh atau orang-orang Melaka seperti Tun Perak, Hang Tuah, Tun Mai Ulat Bulu, Hang Isap, Tun Biajid, Tun Telani, Menteri Jana Putera, Tun Mutahir, Raja Ahmad dan Bendahara Tepok dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam pelbagai situasi dan dipelbagai tempal. Merekajarang kalah, apatah lagi mahu mengalah vis-a-vis keadaan atau tokoh yang mereka hadapi atau mencabar mereka. Mengenai keagungan dan kemakmuran Melaka itu sendiri, Sejarah Melayu itu memberikan gambaran

    Muahmmad Yusoff Hashim, Kesullanan Melayu Me/aka. him. 19 dan 21-25. Lihat juga Zai nal Abidin b. Abdul Wahid. "Sejarah Melayu" dalam Asian SrI/dies, Vol. IV. No. 3. (December t966). Lihal. Muhd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Me/ayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puslaka. 1994). him. 114.

    3

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    sejak tahap awalnya, iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, seperti berikut;

    maka negeri Melaka pun besarlah. dan jajahannya pun makin banyaklah; yang arah ke baral hingga Beruas Ujung Karang. arah ke limur hingga Terengganu. Maka masyhurlah pada segala negeri di bawah angin dalang ke alas angin bahawa negeri Melaka ilu lerlalu besar. lagi dengan makmurnya; dan rajanya daripada bangsa Raja Iskandar Zulkarnain ... maka sekalian raja-raja dalang ke MBlaka mengadap baginda ... maka segala dagang bawah angin dan dagang alas angin sekaliannya dalang ke Melaka. lerlalu ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakal. yakni perhimpunan segala dagang. dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; lambahan segala orang besar-besarnya pun sangal saksama. 6 Dan pada zaman awal pemerintahan Sultan Mahmud Syah, dikatakan bahawa, " ... orang Melaka pada masa ilu. rala-rala berkapal segala yang bermodal. '"

    Sedikit sebanyaknya gambaran yang demikian itu menampakkan bahawa empayar Melayu Melaka itu memanglah sebuah empayar yang masyhur makmur aman dan gagah.

    Pensejarahao Portugis Sebenamya gambaran yang demikianjuga dapat kita lihat secara umumnya

    dicatatkan oleh para penulis/sejarawan Portugis setelah mereka menguasai Melaka mulai tahun 1511. [ni tidaklah menghairankan kerana mereka menulis hampir dengan peristiwa yang mereka tuliskan dan ada kemungkinanjuga telah menggunakan sumber-sumber tempatan sarna ada yang bertulis ataupun lisan. Tome Pires misallla telah datang ke Melaka pada tahun 1512 iaitu tidak berapa Iama selepas Melaka ditakluki oleh bangsanya setahun yang lepas. Beliau telah menetap di situ sehingga tahun 1515 dan dalam tempoh tersebutlah beliau telah menghasilkan sebuah karya berjudul (terjemahan) The Suma Orienlal a/Tome

    6 A. Samad Ahmad. cd ., Sulalatus Sa/alin (Sejarah Melayu) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994). hIm. 114.

    7 Ibid.. hIm. 204.

    4

  • KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400 (?) -1511: PENSEJARAHAN DAN KESEJARAHAN

    Pires: An Account of the East. From The Red Sea to Japan. Written in Malacca and India in 1512-1515' yang menyentuh tentang Melaka. beliau telah membahagikan penulisan/catatannya kepada lima sub-judul;

    i. Sejarah awal sejak pembukaan hingga 1511. II. Negeri/kawasan-kawasan berhampiran termasuklah bandar

    Melaka dan sempadannya iaitu daripada Kuala Linggi ke Kuala Kesang; lain-lain ialah, Selangor, Manjung, Beruas, Muar, Singapura, Rokan, Pahang, Minangkabau, Kampar dan Tongkal.

    iii. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka - menyebut sistem pentadbiran yang teratur yang bertujuan melicinkan perjalanan pentadbiran negara. Selain diri raja/sultan yang mempunyai kuasa mutlak dan berkedudukkan tertinggi yang menjadi tunggak pentadbiran (i) paduka raja (ii) bend ahara (iii) laksamana (iv) temenggung (v) syahbandar = 4 orang semuanya, iaitu satu bagi setiap kumpulan terpenting, misalnya bagi kumpulan Gujerat.

    IV. Perdagangan - pedagang-pedagang yang datang itu termasuklah dari Kaherah, Makkah, Aden, Habsyah, Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsi, Rum, Turki, orang-orang Kristian daripada Armenia, orang-orang Gujerat, Chaul, Dahhol, Goa, Deccan, Malabar dan Keling, saudagar-saudagar dari Orissa, Ceylon, Benggala, Arakan, Pegu, Siam, orang-orang dari Kedah, orang-orang Melayu, Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, orang Cina, Leueos. Brunei, Lucaes. Tanjung -pura, Laue, Banka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, Timur, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Inderagiri , Tongkal, Kappatta, Minangkabau, Siak, Arqua. Aru, Bata [k?], Pasai, Pedir, Maldives. Kemudian disebutkanjuga tentang barang-barang dagangan serta sistem percukaian dan pemunggahan dan penyimpanan barang yang teratur.

    v. Pendudukan Portugis - menyebut tentang kemenangan Portugis menakluki Melaka kerana, "our Lord had ordained that the (sultan) should pay for the great treason he had committed against our people". Juga tentang usaha pihaknya untuk memulihkan pelltadbiran dan perdagangan antarabangsa Melaka.

    Telah ditcrjcmahkan oleh Armando Cortesao dan diterbitkan oleh The Hakluyt Society. London. 1944.

    5

  • MALA YSIA dari segi SEJARAH

    Pemulihan itu adalah penting terutamanya kerana hakikat dan potensi ekonominya. Pires mengatakan bahawa "orang tidak dapat mentaksir nilai Melaka, yakni dari segi keagungan dan keuntungannya. Melaka adalah ko~ yang wujud untuk barang dagangan, lebih layak daripada mana-mana kotadi dunia ini'" Dan "barang siapa menguasai Melaka berupaya pula menjerutleber kota Venice."' Sebelum itu Pires yakin bahawa Melaka adalah sangatpenting dan menguntungkan sehingga tiada tandingannya di dalam dunia."

    Pensejarahan Tome Pires ini telah menjadi rujukan asas bagi penuli~ sejarawan Portugis yang lainnya seperti, Duarte Barbosa (The BookofDuarle Barbosa. diterjemah dan died it oleh M. Longworth Dames, 1918-21) yang dikatakan tidak pernah melawat Asia Tenggara atau Melaka sebelum mahupun selepas beliau menghasilkan penulisannya; Manoel Godinho de Eredia(Eredla's Description of Malacca, Meridoniallndia and Cathay, diterjemah dan di edil oleh J.W. Mills) yang lahirdan bergiat di Melaka. Fernao Lopez de Castanheda (History) yang telah membuat penyelidikan dan melawat tempat-tempal kejadian peristiwa-peristiwa yang dicatatkan seperti India, Melaka dan Maluku; Braz (Alfonso) de Albuquerque (The Commentaries of the Great Alfonso D 'Albuquarque); Diego de Couto (Decada)12 . Oleh kerana itu pandangan mereka itu pad a asasnya ada pelbagai persamaannya dengan pandang Tome Pires. Barbosa m isalnya mencatatkan Melaka itu sebagai sebuah pelabuhan yang makmur, kaya dan perdagangan yang pesat serta terdapat banyak emas. Melaka adalah an tara negara yang termewah dan terkaya dalam dunia. Eredia pula mencatatkan adanya undang-undang yang teratur dengan berdasarkan undang-undang Islam dan adanya susun-Iapis masyarakat yang berkelas-kelas yang mempunyai fungsi atau tugas masing-masing dalam menghadapi dan mengendalikan empayar/pelabuhan Melaka yang mewah, makmur lagi masyhur

    9 Armando Cortesao. The Sumo Oriental. him. 286. 10 Ibid .. him. 287. I I Ibid .. him. 286. 12 Bagi perbincangan yang lebih terperinci ten tang pelbagai pensejarahan Portugis yang berkait

    dengan Melaka. lihat misalnya. LA. Macgregor. "Some Aspects of Portugese Historical Writings of The Sixteenth and Seventeenth Centuries on Southeast Asia", dim. D.G.E. Hall. (cd) Hislarians a/Soulheosl Asia. (London: Oxford University Press, 1962), him. 172-199. Juga. Muhammad YusotTHashim. Kesl/I,anan Meloyu Melaleo, him. 13-14 Lihatjuga. Yah.y. Abu Bakar, "Sumber Portugis Mengenai Melaka T.M. 151 1- 164 I: Satu Tinjauan Menge"i Politik. Pentadbiran dan Perbalahan Kuasa di Selat Melaka". dim. Dr. Omar Farouk 8ajunid. Ketua Penyunting, Esei-Esei Budaya dan Sejarah Me/aka, Asrama Zaaba Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1989. him. 65- I 05.

    6

  • KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400 ('J - 151 I. PENSEJA RA HAN DAN KESEJA RAHAN

    itu. Castanhedajuga meneatatkan tentang betapa makmumya Melaka dan betapa para saudagarnya kaya-kaya belaka dan mereka mengukur harta kekayaan masing-masing dengan emas bahara. Demikian juga D' Albuquerque dalam Commentaries itu, antara lainnya meneatatkan tentang adat istiadat, perdagangan dan perkembangan Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang makmur serta mewah dan sebuah empayar yang kuat. Melaka juga menjadi pusat perkembangan Is lam di Asia Tenggara .

    Pensejarahan Belanda Sebagai yang termaklum penguasaan Portugis ke atas Me l aka telah

    berakhir pad a tahun 1641 iaitu apabila ia telah dapat dikalahkan o leh sebuah lagi kuasa Barat, iaitu Be landa dengan dibantu o leh keraj aan l ohor. Dengan itu Melaka jatuh pula ke bawah keku asaan Belanda. Berikutan dengan itu orang-orang Belandajllga telah menghasi lkan beberapa pensejarahan tentang Melaka . Antaranya adaju ga yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lnggeris. Khoo Kay Kim, telah menyenaraikan beberapa buah terjemahan itu yang antaranya termasuklah Valentijn yang berjudul "Descriptions of Mal ace a" itu. " Seta kat yang berbentuk terjemahan karya beliau ini boleh dianggap sebagai pensejarahan Belanda yang terpenting tentang Me l aka. la lebih len gkap dariapda beberapa catatan yang lain yang sebahagian besarnya merupakan laporan semasa pegawai-pegawa i tadbi ra nnya (termasuklah gab nor) men ge na i keadaan semasa penguasaan Belanda itu. Sebenarnya gambaran Valentijn tentang sejarah Melaka mempunyai beberapa persamaan yangjelas dengan apa yang ditulis o leh orang-orang Portugi s dahulu. Umllmnya beliau meneatatkan tentang Melaka sebagai sebuah Kesultanan Melayu yang makmur den gan perdagangan yang meluas d i peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Melaka juga mempunyai jajahan takluk yang merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa negeri di bahag ian Sumatera Timur . Bandar Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang s ibuk dengan pelbagai dagang dan senteri membanjirnya sepanjang waktu. Sistem pentadbirannyajuga teratur dan struktur pentadbiran itu terutama dan peringkat terpenting nampaknya didasarkan kepada struktur . taupun hiraki kemasyarakatan Melayu Melaka yang wujud pada ketika itu -golongan/bangsa raja menjadi pemerintah, pembesar menjadi pentadbir, rakyat

    13 Khoo Kay Kim. Pellsejarahan Malaysia. Syarahan Tun Sri Lanang yang ketiga (Kuala Lumpur: Kcmcnterian Kebudayaan. Belia dan Sukan. 1975). notakaki 27. him . 33.

    7

  • MALA YSIA dari segi SEJARAH

    biasa menjadi pembantu-pembantu pentadbir dan Iasykar. Namun mobiliti dan perubahan kedudukan dan jawatan serta taraf sosiol boleh berlaku. Beliau menganggap zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477) sebagai zaman kemuncak keagungan Melaka dari segi politik, ekonomi dan perluasan jajahan takluknya.

    Tetapi ada juga beberapa kelainannya tulisan Valentijn ini . Antaranya ialah bahawa Melaka itu telah dibuka oleh Raja Iskandar sejak T.M. 1223 lagi. Satu lagi ialah catatan bel iau tentang perkara-perkara yang berkait dengan unsur unsur psikologi orang-orang Melayu; iaitu tentang sifat dan sikap mereka. Orang Melayu menurut beliau adalah, "paling licik, paling pintar dan paling bersopan san tun di seluruh benua Timur."" Kita tahu Erediajuga memberikan gambaran yang seakan-akan itu tetapi menambah pula dengan mengatakan, ')aga-jaga, mereka itu tidak boleh dipercayai "." Mengenai Bahasa Melayu, Valentijn mengatakan bahasa itu bukan sahaja menjadi bahasa perantaraan antara penduduk Melaka, tetapi juga antara orang-orang Melaka dengan orang-orang asing dalam pelbagai urusan mereka. la juga adalah merupakan bahas. perdagangan yang bukan sahaja digunakan di Melaka, tetapi juga di seluruh India, dalam semua negeri-negeri Timur, "". seseorang itu tidak perlu bimbang, kerana ia digunakan dan difahami di Parsi, malah lebihjauh dari negeri tersebu, dan juga sehinggalah ke Filipina". "

    Pensejarahan British Berbeza dari penulisan Portugis dan Belanda. penulisan British,

    termasuklah yang berbentuk pensejarahan, khususnya dalam zaman penjajahan di Malaysia. memang banyak telah diketahui, namun minat mereka untuk memperihalkan sejarah Empayar Melayu Melaka dengan cara yang lebih terperinci seperti yang dilakukan oleh para penulis Portugis dan Belanda itu tidaklah begitu ketara. Ini memang boleh kita fahami kerana mereka bukan sahaja kekurangan sumber, tetapi minat mereka terutama sekali di kalangan para pegawai awal Syarikat Hindia Timur, tidaklah kepada sejarah. Minat mereka ialah kepada keadaan semasa. potensi-potensi ekonomi dan perluasan perdagangan. Namun sejak awal abad kesel11bilan belas minat mereka terhadap

    14 D.F.A. Hervey. Irs .. "Valcntyn's Account of Malacca", translated from the Dutch. dalam JSBRAS (December 1885). reprint 1965. him . 52.

    15 Ibid. . him . 52-53 .

    8

  • KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400 (?) - 1511: PENSEJARAHAN DAN KESEJARAHAN

    sejarah dan budaya tempatan mula membesar dan meJuas. Berikutan dengan itu mereka telah menghasilkan pelbagai penul isan pensejarahan yang berbentuk demikian yang melingkungki pula Negeri-negeri Selat dan beberapa buah negeri-negeri Melayu yang lain." Namun tentang Melaka, seperti yang telah disebutkan tadi, keadaannya tidaklah begitu memberangsangkan sarna ada dari segi jumlah mahupun isi penulisannya.

    Antara yang terawal ialah penulisan John Crawford di dalam karyanya yang berjudul A Descriptive Dictionary of The Indian Islands and Adjacent Countries (1856) cetakan semula 1971: "Malacca" - him. 238-248). Beliau jelas telah menggunakan kelima-lima penulisan Portugis yang telah dinyatakan tetapi telah pula menyatakan beberapa kesangsian dan penilaiannya sendiri bukan sahaja terhadap sumber-sumber itu malah terhadap apa yang dicatatkan oleh sumber-sumber tersebut. Misalnya, dalam merujuk penulisan de Barros yang berjudul de Asia itu, beliau mengatakan bahawa orang-orang Melayu sarna ada" orang laut" atau "orang darat" adalah separa buas dan kasar, samalah keadaannya dengan mereka yang hidup seperti asalnya hingga ke hari ini." Mengenai kemakmuran Melaka itu pula. iaitu seperti yang dicatatkan oleh de Couto. beliau memberikan komentarnya bahawa, "tidak syak lagi, keadaan kemakmuran Melaka semasa ia diserang Portugis itu adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan."" Tentang bandar Melaka itu pula beliau mengatakan bahawa sebahagian besarnya hanya terdiri daripada pondok-pondok yang beratap nipah sahaja." Walau bagaimanapun beliau memberi kesimpulan bahawa sehingga 1813, akibat pemerintahan tiga kuasa Eropah yang berdasarkan monopoli perdagangan yang eksklusif, Melaka menjadi jauh lebih miskin daripada keadaannya semasa dalam pemerintahan orang-orang Melayu tiga kurun yang lalu'o

    Pandangan yang agak negatif tentang Melaka dan orang Melayu ini nampaknya telah menjadi ikutan pula oleh beberapa penulis/sejarawan/pentadbir British yang lain khususnya bagi tempoh Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan (1957). Antara yang paling sinis dan menerjah sekali pandangan

    16 What. misalnya Khoo Kay Kim. Pensejarahan Meloyu. him. 7-16. 17 10hn Crawfurd. A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries.

    introduced by C.M. Ricklefs. reprint . (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971). him. 244.

    18 Ibid.. him. 245. 19 Ibid. . him. 246. 20 Ibid .. him. 248.

    9

  • MALAYSIA dari segi SJARAH

    tentang Melaka itu ialah R.J . Wilkinson, pentadbir Inggeris yang dikatakan bersikap dan menjalankan dasar pro-Melayu itu. 21 Tatkala menulis tentang zaman kemuncak keagungan Melaka iaitu zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, dan seterusnya antaranya beliau mengatakan;

    By. A.D. 1460 the old primitive semi-aboriginal village of the Permaisura had been swept away. The new Malacca did not possess its present back-ground of orchards and rice fields and was still only afringe of houses along the sea and river-jronts; butthefringe had lengthened and deepened, and the character of the houses was changed. The place swarmed with adventurers from all parts of the East. ln the stories about it we read of Afghan swahbucklers; Indian jockeys and mahouts; Tamil warriors who, after the manner of their kind, advanced when the enemy retreated and retreated when the enemy advanced; and men of religion from Arabia, sometime genUinely pious, sometimes hypocritical and always unpopular. Such a cosmopolitan seaport town was no place for the practice of the meeker virtues. We read of a government, stern, severe and corrupt; of municipal surveyors who induced the Sultan to decree that (J street must be straight, in order that they might be bribed to certify to the straightness of what was crooked; ofiudges who took presents from both sides; of the election of a prime minister by the simple process of selling all the candidates in a raw and lelling the Sultan's mother say, 'Choose Uncle Mutahir '. In such a city of the strong no weak citizen could be free; every man sought a patron, the mightier the bellerJor it was safer to pay blackmail to one robber than to many. The greater nobles lived in walled enclosures amid the huts of their followers and slaves; these, at least, they were safe from the irresponsible bravoes who levied blackmail for themselves by claiming to come in the dreaded name of the king. At night every enclosure was bolted and barred against the instrusion of thieves, trespassers and illicit lovers; and even poliCing was unpopular since it exposed the patrolling officers to the risk of finding the Sultan ill places where he did 1I0t wish to be seen. III this city, where every

    21 lR. Wilkinson. Papers on MalaySubjecls. reprints: Selected and introduced by P.L. Bums (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1971). "Introduction", him. 2.

    10

  • KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400 (?) - 1511: PENSJARAHAN DAN KESJARAHA N

    otiler law was broken daily, there was one rule kept inviolate; no man might raise his hand against the king. 22

    Mengenai Hang Tuah pula beliau mengakui kehandalan tokoh tersebut, namun menyebut pula pertarungannya dengan Hang Jebat/Kasturi yang merupakan cerita yang masyhur dalam sastera Melayu, langsung tidak menarik bagi selera orang Eropah. 2l Dan tokoh-tokoh lain seperti Hang Jebat, Kasturi, Lekir, Hang Hassan, Tun Sura, Indera Segara, Tun Bija Sura dan sebagai adalah tokoh-tokoh yang telah diperingati oleh suatu zaman yang "sadly lacking in any sellse of proportion"" Merekajuga adalah, "the curse of their country"." Sikap dan pandangan s~majuga dapat kita lihat dalam penulisan R.O. Winstedt (A History of Malaya, 1935), iaitu pentadbirlsarjana yang dianggap begitu proliftik sekali dalam menghasilkan karya-karya yang berkait dengan alam Melayu. Bagi R.O. Winstedt apa yang wajar dihuraikan bagi sejarah Melaka ialah ten tang kelemahannya, keburukannya, persengkitanya, maksiat, rasuahnya danjuga dongeng-dongengnya, seolah-olah peristiwa-peristiwa seperti itu sahaja yang menjadi intipati sejarah Melaka yang berjalan selama kira-kira 100 tahun itu." Beliau telah mengbahagikan pula empayar Melaka itu kepada dua tahap perkembangan iaitu zaman Hindu (1400-1445) dan zaman Kesultanan Muslim, iaitu suatu pembahagian yang boleh dan wajar dipersoalkan . Dan beliau mengakhiri penulisannyadengan mengatakan, "namun dengan peristiwa luar dengan sejarah pemerintahan orang Melayu di Melaka itu ditakdirkan hanya wujud selama lebih sedikit daripada sekurun sahaja.'1

    Tidak syak lagi karya-karya seperti RJ. Wilkinson dan R.O. Winstedt ini telah menjadi sumber utama dan mempengaruhi beberapa pensejarahan seterusnya tentang Kesultanan Melayu Melaka itu, terutamanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris dalam tempoh penjajahan itu .

    Imbasannya Melaka adalah kecil, bangsa dan masyarakatnya tidak bertamadun, politik, kerajaan dan pentadbirannya hura hara dan tidak teratur, ekonominya lokal dan berserabut, pemerintahan dan kemasyarakatannya feudal.

    2l Ibid., him. 3839. 23 Ibid.. him. 40. 24 Ibid. 21 Ibid.. 26 R.O. Winstedt. A History 0/ Malaya, revised and enlarged (Kuala Lumpur; Marican & Son

    (M) Sdn. Bhd . t 982). him. 4464. 21 Ibid.. him. 64 .

    1 1

  • MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

    Maka pengkajian dan penulisan sejarah tentang Kesultanan Melaka pun menjadi pesam-pesam," sehinggalah muneul beberapa sejarawan tempatan dari dekad 1960-an hingga kini yang meneuba mengembalikan semula kedudukan Kesultanan Melayu Melaka pada taraf yang sebenarnya.

    Kesejarahan Sudah tentulah persoalan runeing yang menghadapi kita dalam hal pelbagai

    gambaran tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka ini ialah kesejarahan gambaran-gambaran tersebut. Dengan kata lain, apakah benar yang digambarkan Sejarah Melayu, pensejarahan Portugis, pensejarahan Belanda dan British? Yang manakah lebih benar diantara ketiga itu? Apakah ukuran-ukuran yang akan dan boleh kita gunakan bagi mendapatkan dan menerima kebenaran ilu? Bagaimana dengan pensejarahan-pensejarahan lain, seperti China dan Arab? Atau apakah bangsa-bangsa tersebut sebenarnya tidak mempunyai pensejarahan tentang Melaka, tetapi sumber calalan sahaja?

    Kita sebenarnya menghadapi masalah yang reneam. Namun jika di bandingkan ketiga-tiganya, kita dapati pensejarahan British itulah yang lebih menampakkan sikap yang lebih sinis, meneemuh dan menjerat sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu. Mereka mungkin boleh berkata bahawa mereka halal menulis demikian kerana zaman mereka itu sudah merupakan zaman pensejarahan kritis dan objektif. Namun merekajuga harus menyedari bahawa zaman itu adalah zaman kuatnya pengaruh Leopold von Ranke yang menunlul agar peristiwa-peristiwa sejarah dikaji dan dituliskan "seperti sebenarnya ia berlaku". Apakah mereka telah berbuat demikian.?

    Jika kita bandingkan sekali lagi, banyak perkara yang ditinggal alau diketepikan oleh pensejarahan British. Misalnya mereka tidak begitu menilik beratkan dengan mendalam ten tang kemasukan dan peranan Islam dan tokoh tokohnya serta pedagang-pedagang Islam dalam memajukan Melaka. Benluk dan struktur masyarakatnya juga tidak begitu mendapat perhatian. Malah kegiataan ekonominya juga tidak diperineikan. Perkara yang dipentingkan kelihatannya adalah tentang pemerintahan, raja-rajanya, perkomplotan istana dan tindak tanduk para pembesarnya. Itupun,jika kita rujuk semula penulisan

    28 Lihat misalnya Alastair Lamb. "Early Hisotry" dalam Wang Gung Wu (cd.), Malaysia: A Survey (London : Frederick A. Praeger. 1964) yang scdikit sekali menyentuh atau membicarakan scjarah Kcsultanan Mclayu Mclaka itu .

    12

  • AL,\'('VA"', IN MELA 1'(/ MELAKA NOli (?) - 15/1,' I'ENST:JARAIIAN DAN KESEJARAHAN

    seperti oleh RJ , Wilkson itu. liputannya sangat ringkas dan "kritis" sekali, Sebenarnya pensejarahan Portugis. Belanda dan juga tempatan telah

    memperihalkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan lebih meluas dan mendalam lagi , Walaupun boleh juga ditimbulkan beberapa persoalan tentang kesejarahannya, namun hakikatnya ketiga-tiga pensejarahan itu mempunyai kedudukan yang lebih baik sedikit kerana kehampirannya dengan peristiwa dan situasi yang diriwayatkan , Memang itu tidak menjamin ketulenan seluruhnya akan kesejarahannya: malah ditangan sejarawan yang berkepentingan atau mempunyai sesuatu motil~ penulisannya mungkin pula lebih menye leweng lagi, Namun pelbagai persamaan yang penting tentang keagungan , kebesaran , kemakmuran dan teraturnya sistem masyarakat, pentadbiran dan undang-undang atau seca ra amnya cara "berkerajaan" di Kesultanan Melayu Melaka itu menunjukkan pensejarahan-pensejarahan lersebut memang meneuba menggambarkan seperli keadaan sebenarnya. walaupun pereubaan itu memanglah masi h ada eaeat celanya dan juga subjektifnya,

    Kesimpulan

    Kedudukan Kesultanan atau Empayar Melayu Melaka dalam sejarah tanahair kita harus dikembalikan ke tempat yang sewajarnya, Ertinya kaj ian ke alas sejarahnya harus dipertingkat dan kesejarahannya diperkukuhkan terus menerus iaitu dengan mencari dan menambahkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya, Pada dekad 1990-an ini usaha dan kajian bagi mendapat sertamengembalikan semula kesejarahan dan tarafKesultanan Melayu Melaka itu memang ternyala sudah bertambah dan berhasil walaupun tidak semuanya pula boleh dianggap telah memberi sumbangan yang bermakna kc arah usaha lersebu!. Namun langkah-Iangkah itu han.s tetap diteruskan lagi , Antara lain . liga alau empat perkara berikut mungkin boleh menjadi asas keperluan meneruskan usaha ilu :

    I. Kesultanan Melayu Melaka telah pernah menyatukan seluruh Semenanjung Tanah dalam sualu entili politik sebelum penjajah Inggeris berbuat demikian dengan nama British Malaya.

    II. Sislem kemasyarakatannya adalah asas bagi masyarakal Melayu tradisional:

    13

  • iii . Melaka adalah pusat pendidikan perkembangan dan penyibma Islam di Semenanjung dan Asia Tenggara.

    iv. Pemikiran politik, hubungan antara bangsa, malah perdaganganda percukaianjuga boleh dicontohi daripadanya.

    14