matlamat kh
DESCRIPTION
Matlamat KhTRANSCRIPT
Dalam hasrat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif ilmu rekabentuk dan
teknologi adalah aspek yang sangat penting. Murid akan mendapat ilmu mereka
bentuk dan menghasilkan sesuatu yang bernilai
berpandukan kepada sumber-sumber yang terdapat
disekeliling mereka. Persekitaran yang cantik dan
nyaman membolehkan kehidupan seharian manusia
menjadi lebih selesa dan sempurna. Jiwa manusia
semulajadinya mencintai kecantikkan sudah tentu
barang-barang hiasan yang hidup menjadi pilihan utamanya. Dalam melahirkan
insan seni dan menjaga persekitaran serta benda hidup yang lain topik Ikan Hiasan
membuka minda murid dalam menimpa ilmu yang berkaitan dan menghasilkan
benda yang bernilai.
Oleh yang demikian, topik ini tidak terkecuali dalam matapelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah. Murid sebagai perekabentuk perlu mencari bahan dan maklumat
tentang ikan hiasan dari pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan di
perpustakaan, majalah, surat khabar, video, internet dan sebagainya. Segala
maklumat yang dikumpul akan dibincangkan dalam kumpulan masing-masing.
Murid juga memainkan peranan sebagai ketua kumpulan
dan sebagai ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu
mencari bahan yang diperlukan. Murid juga perlu
mengetahui cara menggunakan internet kerana perlu
sentiasa membuka internet bagi projek yang dilaksanakan.
Murid akan mahir menggunakan kemudahan ICT untuk mencari maklumat dan
berkongsi maklumat dengan rakan sekelas mereka.
Gambar-gambar dan video yang berkaitan dengan projek akan dipamerkan di kelas.
Murid boleh melihat dan membaca maklumat tambahan yang disertakan oleh guru d.
Setelah murid mengumpul segala maklumat yang diperlukan daripada pelbagai
sumber, perbincangan dalam kelas akan dijalankan. Setiap kumpulan perlu
menjelaskan ilmu yang telah diperolehi di hadapan kelas. Guru akan mempamerkan
bahan-bahan, peralatan seperti ikan hiasan hidup, akurium, tumbuhan akuatik, batu
hiasan dalam akurium dan sebagainya sebagai contoh kepada murid. Guru akan
menunjukkan secara praktikal kaedah membina akuarium ikan hiasan, pemasangan
peralatan dengan selamat dan betul. Pada tahap ini, murid sudah mempunyai
maklumat secara teori dan praktikal yang berkaitan dengan projek.
Pada langkah yang seterusnya murid akan menjalankan aktiviti membina akurium
ikan hiasan dalam kumpulan masing-masing. Guru akan memberikan bekas
akuarium dan peralatan yang penting kepada setiap kumpulan. Murid dengan
sendirinya perlu mencari batu hiasan, tumbuhan akuatik yang sesuai berdasarkan
kreativiti masing-masing.
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pemasangan peralatan akuarium, masukan
tumbuhan akuatik dan batu hiasan yang telah dicari oleh ahli kumpulan masing-
masing mengikut kreativiti dan inovatif mereka. Setelah murid siap akuarium guru
akan memantau dan menyelia hasil setiap kumpulan. Jika terdapat kesalahan guru
akan memberikan komen dan murid akan membetulkannya. Selepas itu, setiap
kumpulan perlu mencari ikan hiasan yang sesuai mengikut pemahaman dan
kreativiti mereka. Pada tahap ini, murid akan mempelajari secara praktikal air yang
sesuai dan cara masukan air dalam akuarium serta cara yang betul melepaskan ikan
hiasan dalam akuarium. Kaedah yang betul akan ditunjukan oleh guru. Murid akan
mengikuti cara guru untuk memasukkan air dalam bekas dan seterusnya
memasukan ikan hiasan yang telah dibawa dalam akuarium dengan kerjasama
kumpulan masing-masing.
Setelah projek selesai, setiap kumpulan perlu mempamerkan hasil projek mereka
dihadapan kelas. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan penjelasan tentang hasil
mereka, ilmu yang diperolehi daripada projek yang telah dijalankan, faedah projek,
pandangan dan cadangan bagi projek yang akan datang. Guru akan memilih hasil
projek yang terbaik tetapi setiap kumpulan yang terlibat akan menerima cenderahati
daripada guru. Hasil projek murid akan diletakkan dalam beberapa lokasi terpilih
disekolah iaitu sudut bacaan / rehat, bilik guru besar, bilik guru dan perpustakaan.
Hasil murid menjadi kebanggaan sekolah, menghiaskan halaman sekolah serta
menunjukkan prestasi pelajar aktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Matlamt Kepiawaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Murid dapat mencari dan memuat turun maklumat dari Internet.
Matlamat Kepiawaian Kemahiran Hidup
1. Kemahiran Teknologi
Semasa Mencari bahan dalam pelbagai sumber termasuk internet dan
komputer.
2. Kecenderungan Mereka Cipta
Semasa menjalankan aktiviti membina akuarium ikan dengan mengikut
kreativiti kumpulan.
3. Murid berkemahiran kreatif dan kritis (KBKK).
Semasa mencari dan memilih ikan hiasan, tumbuhan akuatik dan batu
hiasan untuk menghiaskan akuarium.
4. Matlamat Kepiawaian Bahasa Malaysia
Murid menghormati dan cinta akan bahasa rasmi.
a. Murid menggunakan bahasa Malaysia yang piawai dalam
menghasilkan laporan.
b. Murid boleh menyusun maklumat-maklumat yang diperolehi dengan
betul.
Murid boleh berkomunikasi dengan berkesan semasa,
c. Berkongsi maklumat dalam kelas.
d. Berbincang dalam Kumpulan.
e. Memberi komen yang membina terhadap bentangan kumpulan lain.
5. Matlamat Kepiawaian Seni
Murid dapat mempelajari cara menghasilkan barang perhiasan daripada spesis ikan, tumbuhan dan batu-batan.
IKAN HIASAN
Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan
lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini
semakin berkembang seiring dengan perkembangan
ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi
antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak
negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak
mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa
ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan
, jantina dan gaya berenang.
KEPENTINGAN IKAN HIASAN
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan
keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini
berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut
maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain
aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi
memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan
akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing
dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut
ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan
berkembang. berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa
keperihatinan
penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang
mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan
hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara
ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan
hiasan.