mastika hadith - muqaddimah

Upload: rusli-abdullah

Post on 30-May-2018

372 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    1/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    2/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    3/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    4/72

    Dengan sifat seorang pemimpin negara dan pemimpin agama, yang membawa perutusan dari Allah Subhanahu wa

    Taala, Baginda mencurahkan segala daya upaya, segala kebolehan dan segala perasaan untuk kebaikan umat di

    dunia dan di akhirat, jauh sekali Baginda melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas untuk kebaikan dan tidak

    sekali-kali Baginda berusaha untuk kepentingan diri sendiri.

    Di antara cara-cara Baginda menjaga kebaikan orang-orang mukmin ialah kesanggupan Baginda menjaga orang-

    orang yang kehilangan tempat bergantung dan membayar hutang yang ditinggalkan oleh si mati yang tidakmeninggalkan harta benda.

    Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w.

    2-

    ) .(

    2 - Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan

    tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: "Patutkah engkau menulissegala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam

    masa suka? " Setelah itu aku pun berhenti dan menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada

    Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demiTuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dan mulutku ini melainkan yang benar. "

    (Abu Daud)

    Hadis yang kedua ini menerangkan bahawa:

    (1) Penulisan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda.

    (2) Baginda mengizinkan supaya Hadis-hadis ini ditulis.

    (3) Segala yang disampaikan oleh Baginda adalah benar.

    (4) Anggapan berlakunya kesilapan pada penyampaian Baginda adalah anggapan yang tidak berasas.

    Huraiannya:

    Pertama - Penulisan Hadis-hadis Nabi.

    Rasulullah s.a.w. diutus oleh Allah Taala membawa syariat Islam kepada seluruh umat manusia, Baginda adalah

    sebagai seorang mahaguru yang diberi tugas mengajar, maka segala yang terbit dari Baginda, sama ada

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    5/72

    perkataannya atau perbuatannya atau pun taqrirnya (ketiadaan larangannya)mengenai perkara-perkara syariatadalah semuanya berupa pelajaran dan tiap-tiap pelajaran itu ada sahaja orang yang menerimanya.

    Sebahagian besar dari sahabat-sahabat Baginda menerima hadis-hadis itu dengan menghafaznya dalam dada

    masing-masing. Dalam pada itu ada juga sahabat-sahabat yang pandai menulis, mereka tulis hadis-hadis itu setelahmenerimanya dan Baginda. Tetapi walau bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat Nabi, cara menghafaz hadis-hadis itu

    lebih teguh dari cara menulisnya, dan lebih terkawal dari kesilapan, kerana tabiat semula jadi orang-orang Arab itukuat ingatan, tambahan pula mereka bersifat adil disebabkan kekuatan imannya.

    Dari usaha sahabat-sahabat Baginda dalam hal penulisan hadis-hadis itu, maka banyaklah hadis-hadis Rasulullah

    s.a.w. yang telah terkumpul dalam tulisan pada masa hayat Baginda.

    Mengenal masalah penulisan hadis-hadis Nabi dalam zaman Baginda sila lihat lampiran (A).

    Kedua - Baginda mengizinkan supaya hadis-hadisnya ditulis.

    Penulisan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. itu bukanlah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda secara rahsia, tetapi

    dilakukan setelah mereka mendapat kebenaran dari Baginda. Sahabat-sahabat Nabi dengan sifat keadilan mereka,

    tidak melakukan sesuatu perkara yang berhubung dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. khasnya dan dengan perkara-perkara agama amnya, dengan tidak mendapat kebenaran dari Baginda.

    Ketiga - Segala yang disampaikan oleh Baginda dari Allah Taala tetap benar.

    Apa juga yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tidak harus diragu-ragukan, kerana semuanya benar dan

    wajib diturut serta dijadikan pelajaran oleh pihak-pihak yang berkenaan.

    Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifatnya seorang Rasul yang telah dipilih oleh Allah Taala untuk

    menyampaikan hukum-hukum Islam kepada umat manusia, sudah tentu dipeliharanya dari perkara-perkara yang

    boleh menghalangi tugasnya dan yang boleh merosakkan apa yang hendak disampaikannya itu.

    Keempat - Anggapan berlakunya kesilapan pada penyampaian Baginda adalah tidak benar.

    Ada anggapan - dari pihak musuh-musuh Islam - bahawa apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. itu tak boleh

    dipegang dan tak boleh ditulis semuanya, kerana Baginda, kata mereka, ada sifat-sifat yang boleh jadi tidak mesti

    betul segala yang diterangkan, seperti perasaan marah dan perasaan suka, sedang perasaan-perasaan ini kerap kali

    dapat mempengaruhi jiwa seseorang hingga tergelincir dari jalan yang betul.

    Anggapan yang demikian telah timbul pada masa hayat Baginda lagi, dan Baginda sendiri telahmenerangkan tentang salahnya anggapan itu, dengan menyuruh menulis apa yang Baginda sampaikan.

    Anggapan yang nyata salahnya itu adalah secara langsung menyentuh kedudukan kerasulan Baginda, kerana

    sebarang keraguan tentang kebenaran kata-kata yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. bermakna ragu-ragu terhadap kerasulan Baginda.Ada juga anggapan bahawa kesilapan berlaku pada penyampaian Rasulullah s.a.w.dengan alasan Baginda pernah lupa.

    Benar, Baginda pernah lupa, tetapi dengan itu tidak boleh difaham bahawa Baginda boleh berlaku lupa pada segala

    perkara yang hendak disampaikannya. Lupa yang pernah terjadi ialah lupa yang diperintahkan Bagindamelakukannya untuk menimbulkan sesuatu hukum, seperti lupa Baginda dalam sembahyang dari

    membaca "Tahiyyat Awal" lalu menerbitkan hukum "Sujud Sahwi" secara amali.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    6/72

    Sayugia diingat, bahawa perkara yang tidak harus Rasulullah s.a.w. berlaku silap padanya ialah perkara-perkara

    yang dibawanya dari Allah Taala. Ada pun perkara-perkara keduniaan, atau pun perkara-perkara kehidupan sehari-

    hari, boleh jadi Baginda berlaku silap padanya dan boleh jadi Baginda tidak mengetahuinya, sebagaimana Baginda

    sendiri pernah bersabda, maksudnya: "Kamu lebih mengetahui mengenai perkara-perkara keduniaan kamu."

    "Perkara-perkara keduniaan" itu ialah perkara-perkara yang dapat diketahui oleh manusia dengan kajian sendiri,

    dengan tidak berdasarkan wahyu. Mengenai perkara-perkara yang demikian, terpulanglah kepada seseorangmembuat kajian sendiri, atau mempelajari sendiri dengan apa cara dan sejauh mana pun, asalkan tidak bertentang

    dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam yang telah sabit.

    Tentang sabda Baginda: "Kamu lebih mengetahui mengenal perkara perkara keduniaan kamu" itu - maka itu adalah

    untuk mengajar manusia bahawa apa yang mereka gunakan dan cara-cara perusahaan dan alat-

    alat pertukangan terserahlah kepada pengetahuan dan pengalaman mereka, dan

    Tuhan tidak menyekat atau melarang mereka menjalankannya selagi hukum-hukum syarak tidak dilanggar, dan

    akhlak yang mulia dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

    Tugas Rasulullah s.a.w. tidaklah seperti tugas guru-guru sekolah dan pakar-pakar perusahaan dan perindustrian.Rasulullah s.a.w. diutuskan bukan untuk mengajar satu persatu mengenal ilmu pengetahuan yang berhubung dengan

    cara-cara mengambil faedah dan alam langit dan bumi serta segala isinya untuk kehidupan dunia. Kalau terdapatdalam apa yang disampaikan mengenai yang demikian maka itu hanyalah untuk dijadikan bukti yang menunjukkan

    wujudnya Allah Taala dan kekuasaanNya serta kebijaksanaan dan kemurahanNya.

    Ada pun ilmu pengetahuan yang berkenaan dengan angkasa lepas meliputi matahari, bulan dan bintang; dan yang

    berhubung dengan bumi dan khazanah-khazanah yang terpendam di dalamnya; demikian juga

    ilmu pengetahuan yang bersabit dengan pertanian, penternakan, perikanan dan sebagainya, maka semuanya itu

    tidaklah termasuk dalam tugas Rasulullah s.a.w. untuk menerangkan satu persatu bahkan terserahlah kepada

    manusia mencari dan menyelidiknya, kerana Tuhan telah jadikan manusia berakal fikiran serta memberikannya

    tenaga dan usaha ikhtiar untuk mencapai pengetahuan dan kepandaian bagi mendapat kesempurnaan hidupnya.

    Lampiran (A):

    Penulisan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:

    Mengenai masalah penulisan hadis-hadis Nabi dalam zaman Baginda, ada beberapa hadis yang

    melarang menulisnya, dan ada pula beberapa hadis yang mengizinkan.

    Di antara hadis-hadis yang melarang itu ialah:

    Pertama - Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu

    menulis (hadis-hadis) dariku dan (dengan yang demikian) sesiapa yang telah menulis dariku selain dari Al-Qur'an,

    maka hendaklah ia memadamnya .."

    Kedua - Hadis dari Abu Said Al-Khudri juga, katanya: (Pada suatu hari) kami sedang duduk menulis apa yang kamidengar dari Rasulullah s.a.w., lalu Baginda keluar mendapatkan kami sambil bertanya: "Apa yang kamu tulis itu?"

    Kami menjawab: "(Kami menulis) Apa yang telah kami dengar dari Rasulullah". (Mendengar jawapan kami itu)

    Baginda bersabda, maksudnya: "Patutkah kamu menulis (sesuatu yang lain) bersama-sama dengan kitab Allah (Al-Qur'an)? Tulislah kitab Allah itu sahaja dan bersihkanlah dia (dari yang lainnya)." Maka kami pun mengumpulkan

    (hadis-hadis Nabi) yang telah kami tulis itu pada satu tanah lapang, kemudian kami

    membakarnya. Setelah itu kami bertanya kepada Baginda dengan berkata: "Ya Rasulullah! bolehkah kamimenyampaikan hadis-hadis yang kami dengar dari tuan kepada orang lain?" "boleh" jawab Baginda.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    7/72

    Di antara hadis-hadis yang mengizinkan pula ialah:

    Pertama - Hadis (Nombor 2) yang tersebut dalam bab ini.

    Kedua - Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Tatkala

    Rasulullah s.a.w. beroleh limpah kurnia Allah menguasai tanah suci Makkah al-Mukaramah, tampillah Baginda

    berpidato kepada orang ramai .. lalu bangun Abu Shah sambil berkata: "Bolehkah tuan (membenarkan sesiapa)menulis untukku (apa yang tuan sabdakan itu) Ya Rasulullah? " Baginda menjawab, maksudnya: "Tulislah kamu

    untuk Abu Shah."

    Pendapat Sahabat-sahabat Nabi:

    Dengan adanya hadis-hadis yang melarang dan mengizinkan itu, maka sahabat-sahabat Nabi tidak sekata mengenai

    masalah penulisan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., tetapi kebanyakannya mengharuskan dan telah pun menulisnya.

    Pendapat Alim Ulama':

    Alim Ulama' dan Ahli Hadis telah menyesuaikan di antara hadis-hadis yang melarang dan yang mengizinkanpenulisan hadis-hadis Nabi itu dengan beberapa cara dan alasan:

    Pertama - Larangan itu adalah khas mengenai waktu turunnya Al-Qur'an kerana dibimbangkan Al-Qur'an akanbercampur baur dengan yang lainnya, dan hadis-hadis yang mengizinkan itu pula adalah untuk keadaan yang tidak

    dibimbangkan.

    Kedua - Larangan itu adalah khas mengenal penulisan hadis bersama-sama Al-Qur'an pada satu lembaran, kerana

    biasanya mereka mendengar hadis yang mentafsirkan sesuatu ayat Qur'an maka dengan itu harus mereka akanterlangsung menulisnya bersama-sama kandungan ayat itu, lalu mereka dilarang dari melakukan yang demikian

    kerana ditakuti kesamaran. Tentang hadis-hadis yang mengizinkan pula maka itu hanyalah untuk ditulis dalam

    lembaran yang berasingan yang tidak mengandungi sesuatu dari Al-Qur'an.

    Ketiga - Bahawa larangan itu adalah khas mengenai penulisan Wahyu (Al-Qur'an) yang biasanya mereka tulis dalamlembaran-lembaran surat untuk disimpan di rumah Nabi s.a.w.; oleh itu, kalaulah mereka diharuskan menulis hadis

    nescaya Al-Qur'an akan bercampur baur dengan yang lainnya. Tetapi selain dari itu adalah diizinkan.

    Keempat - Bahawa larangan itu adalah bagi orang yang dipercayai terselamat dari lupa, dan dipercayai tentangkekuatan ingatannya menghafaz apa yang didengarnya, serta ditakuti ia akan bergantung bulat-bulat kepada

    tulisan apabila ia menulis. Sebaliknya diizinkan bagi orang yang ditakuti lupanya.

    Kelima - Hadis-hadis larangan itu mungkin sebahagian dari hadis-hadis yang dimansuhkan oleh hadis-hadis yang

    lain; boleh jadi pada mulanya Rasulullah s.a.w. melarang menulis sabda-sabdanya, kemudian Baginda memandang

    patut ditulis kerana diketahui bahawa hadis-hadis makin sehari bertambah jumlahnya dan tak dapat dihafaz

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    8/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    9/72

    Kedua - Nasib seseorang dalam alam kehidupan:

    Perkara nasib sentiasa dipersoalkan oleh setiap orang dalam setiap masa, lebih-lebih lagi dalam zaman sains dan

    teknologi mi. Mereka berusaha, mereka bertindak dengan tujuan membaiki dan membela nasibnya.

    Tetapi walau bagaimanapun, nasib yang mereka maksudkan itu tidak lebih dari nasib dalam kehidupan dunia sahaja,

    katalah tentang senang atau susah, atau lain-lain lagi; semuanya setakat dalam dunia, dengan tidak memandangkepada akhirat - alam kesudahan masing-masing; dan semuanya mengikut ukuran lahir semata-mata dengan tidak

    memandang kepada nilaian akhlak dan peri kemanusiaan; maka dengan sebab itulah dalam berusaha untuk

    membaiki dan membela nasib kerapkali berlaku pencerobohan terhadap nasib orang lain, atau menyentuh maruahdiri sendiri atau diri orang lain.

    Adapun nasib yang dimaksudkan oleh agama ialah nasib yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat sama, sedang

    manusia dengan fikirannya sendiri hanya dapat mengetahui perkara jasmani dalam dunia ini, itupun kadarnyasangat terbatas; pada hal hakikat manusia bukanlah jasmani sahaja bahkan jasmani dan rohani sama; maka manusia

    walaupun seberapa bijak fikiran mereka tak dapat mengetahui dengan sahnya perkara rohani itu, lebih-lebih lagi

    perkara alam akhirat.

    Dengan yang demikian, maka untuk membaiki nasib dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, wajiblah seseorang

    itu menurut ajaran kitab Allah dan menjauhkan diri dan segala larangannya.

    Hadis Keempat

    4- ) .(

    4 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua

    perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan

    sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

    (Imam Malik).

    Hadis yang keempat ini mengandungi:

    (1) Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal abadi.

    (2) Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia.

    Huraiannya:

    Pertama - Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w.:

    Baginda tidak meninggalkan harta benda yang menjadi pusaka kepada waris-warisnya. Sebagai seorang Rasul,

    Baginda diberi mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila lalu

    masanya, tidak dapat disaksikan oleh orang-orang kemudian, kecuali satu mukjizat yang kekal hingga ke hari

    kiamat, yang lebih berguna dari harta benda, bukan sahaja untuk waris-warisnya bahkan untuk umat manusia

    seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    10/72

    Peninggalannya itu ialah "Kitab Allah Al-Qur'an" yang diwahyukan kepadanya dan "Sunnah"nya yang meliputi,

    perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).

    Kedua - Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia:

    Jaminan keselamatan yang diberi melalui "Kitab Allah" dan "Sunnah RasulNya itu ialah dengan jalan tiap-tiap

    seorang mengamalkan sendiri segala ajaran keduanya, menghalalkan apa yang dihalalkannya danmengharamkan apa yang diharamkannya; bukan dengan jalan menyimpan keduanya di rumah untuk diambil

    berkat sahaja, bukan dengan jalan dibaca dengan tujuan yang lain daripada mencari keredhaan Allah

    Azza wa Jalla dan bukan pula dengan cara menumpang amalan orang lain, walau pun di antara anak dengan ayah,atau di antara isteri dengan suami; tidaklah seperti keadaan keselamatan dalam alam nyata ini, yang biasanya

    seseorang yang lebih kuasanya boleh memberi perlindungan selamat kepada orang lain yang ia kehendaki.

    Usaha untuk mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran kitab Allah dan jalanpimpinan Rasulullah s.a.w.

    Hadis Kelima

    5-

    ) .(

    " : ."

    5 - Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu

    hari lepas sembahyang Subuh, dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan,

    yang menjadikan (Pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar.

    Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami): "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberiselamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami Ya Rasulullah? " Baginda

    menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah

    kamu) sekalipun ia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas

    ku) akan melihat perselisihan yang banyak dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri danperkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat;oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut

    jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat pertunjuk;

    berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya."

    (Tirmizi)

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    11/72

    Menurut hadis Abu Daud, (Baginda bersabda): "Dan berjaga-jagalah kamu! Jauhkanlah diri dan perkara-perkara

    baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara yang diada-adakan) itu bid'ah dan

    tiap-tiap bid'ah itu sesat. "

    Hadis yang kelima ini mengandungi:

    (1) Rasulullah s.a.w. seorang ahli pidato yang amat bijaksana.(2) Dalam pidato-pidatonya, kerapkali Baginda berpesan supaya bertaqwa daripada terkena kemurkaan Allah.

    (3) Orang-orang Islam diwajibkan taat kepada pemerintah dengan tidak memandang kepada asal keturunannya.

    (4) Amaran Baginda tentang berlakunya perselisihan dalam kalangan umat Islam.(5) Jalan bawaan Rasulullah s.a.w. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Al Rashidin hendaklah sentiasa dijadikan

    pedoman.

    Huraiannya:

    Pertama - Rasulullah s.a.w. Seorang Ahli Pidato Yang Amat Bijaksana:

    Sebagai seorang Rasul yang terpilih, yang sentiasa mendapat pimpinan dari Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril

    (a.s.), sudah tentu nasihat-nasihat dan pengajaran Baginda memberi kesan yang sangat-sangat mendalam dan

    mempengaruhi pendengar-pendengarnya, sehingga hati yang keras menjadi lembut, yang pengecut menjadi berani,dan yang cuai menjadi tekun, bertindak dengan bersungguh-sungguh.

    Kedua - Soal Taqwa:

    Dalam pidatonya, Baginda kerapkali berpesan supaya bertaqwa daripada terkena kemurkaan Allah s.w.t.

    "Taqwa" ialah cara memelihara dan menjaga diri dan lain-lainnya kerana takut terkena sebarang perkara yang

    merosakkan atau yang mencacatkan.

    Kerosakan-kerosakan itu ada kalanya mengenal hidup di dunia, dan ada kalanya mengenai hidup di akhirat.

    Bagi menjaga dan mengawal kerosakan atau kecacatan hidup di dunia, hendaklah dipelajari ilmu pengetahuan yangberhubung dengan undang-undang kejadian alam serta diikuti dan dijalankan dengan sempurna.

    Misalnya bagi mencegah kekalahan dan kerosakan dalam perjuangan, hendaklah mengetahui cara-cara dan

    peraturan melawan musuh, serta menyediakan alat-alat kelengkapan yang dikehendaki oleh keadaan dan zaman.

    Selain dan itu hendaklah pula disertakan dengan kekuatan rohani iaitu bersatu hati, tetap dan tabah sertabertawakal kepada Allah Taala.

    Demikian juga, bagi menjaga kerosakan atau kecacatan hidup di akhirat, hendaklah mencegahnya dengan iman yang

    ikhlas, tauhid yang tulin, dan amal yang salih serta menjauhi segala yang bertentangan dengan semuanya itu, seperti

    bawaan syirik, perbuatan maksiat, dan akhlak yang memburukkan seseorang atau masyarakat.

    Pendeknya "Bertaqwa" ialah berusaha menjalankan sebab-sebab yang dijadikan Tuhan untuk mencapai musababnya

    - Seperti beriman dan beramal salih untuk mencapai nikmat kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak danberusaha menurut jalan dan peraturan yang betul untuk mencapai kejayaan di dunia.

    Ketiga - Orang-orang Islam diwajibkan taat kepada ketua, sekalipun ketua itu dari golongan hamba abdi:

    Seseorang ketua, dengan sifatnya pemegang teraju pemerintahan sesebuah negara, atau sesebuah masyarakat, atau

    sesebuah pejabat, atau lain-lainnya, wajib dipatuhi oleh set!p orang yang di bawah perintahnya, selagi tidakbercanggah dengan hukum-hukum Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah hadis, yang maksudnya:

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    12/72

    "Tidak harus mentaati seseorang makhluk dalam perkara melanggar perintah Tuhan".

    Patuh setia dan seluruh rakyat itu menjadikan segala urusan pemerintahan berjalan dengan baik, dapat

    memberikan hak-hak kepada tuan punya masing-masing mengikut apa yang wajib. Kalau tidak, akan berlakulah

    berbagai-bagai huru-hara.

    Memandang kepada besarnya kepentingan taat setia terhadap ketua atau pemerintah, dan besarnyabencana ketiadaan taat setia itu maka Rasulullah s.a.w. wajibkan juga mematuhi walaupun ketua atau pemerintah itu

    dari golongan hamba abdi, sekiranya ia dengan ilmu pengetahuannya berpeluang menjadi ketua, pada hal ketua atau

    pemerintah itu - selain daripada ilmu pengetahuan yang melayakkannya - menurut dasar syarak hendaklah dariketurunan yang mu1ia.

    Keempat - Amaran Baginda tentang berlakunya perselisihan dalam kalangan umat Islam:

    Amaran yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. telah berlaku dan menjadi kenyataan. Orang-orang Islam telahpun mengalami perselisihan sesama sendiri, sama ada dalam soal-soal i'tikad kepercayaan dan amal ibadat, mahu

    pun dalam soal-soal politik, sehingga menyebabkan berlakunya

    perkara-perkara yang tidak diingini

    Kelima - Perlunya berpandu kepada jalan bawaan Rasulullah S.A.W. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Ar-

    Rasyidin:

    Sebagaimana perlunya pedoman dalam perjalanan atau pelayaran untuk mengelakkan sesat barat, maka demikianlah

    pula perlunya berpandukan jalan bawaan Rasulullah s.a.w. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Al-Rasyidin dalam

    bawaan hidup seseorang sehari-hari, lebih-lebih lagi pada masa berlakunya pertelingkahan.

    Setelah memberi amaran tentang berlakunya persengketaan dalam kalangan umatnya, Baginda iringi pula dengan

    pesanan supaya mereka sentiasa berpandukan kepada jalannya dan jalan khalifah-khalifahnya, serta melarang keras

    dari melakukan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama - dengan berdasarkan akal fikiran semata-mata dan keinginan hawa nafsu - kerana buruk padahnya.

    Hadis Keenam

    6-

    ). (

    : .

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    13/72

    6- Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada

    umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada

    di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan

    umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah

    kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akandihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang

    satu itu ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-

    sahabatku." (Tirmizi)

    Menurut hadis Abu Daud, ada tambahan, iaitu: "Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapapuak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-adakan bid'ah sebagaimana menjalarnya

    bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya - tidak ada satu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itumeresap masuk menjalarinya."

    Hadis yang keenam ini mengandungi:

    Penegasan Rasulullah s.a.w. tentang perkara-perkara buruk yang akan berlaku dalam kalangan umatnya yang

    wajib dijauhi, supaya mereka tetap teguh menurut jalannya dan jalan sahabat-sahabatnya.

    Huraiannya:

    Perkara-perkara buruk yang diperingati oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. itu ialah:

    Pertama - Umat Islam akan melakukan penyelewengan dari ajaran-ajaran Islam yang sebenar, seperti yang telah

    dilakukan oleh kaum Bani Israil.

    Baginda menyebutkan perihal kaum Bani Israil ini kerana penyelewengan mereka adalah seburuk-buruk

    contoh yang wajib dijauhi dan disingkirkan.

    Meskipun mereka pada mulanya diberikan berbagai nikmat dan keistimewaan, diturunkan kepada mereka kitab-kitab suci, dan diutuskan kepada mereka beberapa banyak Nabi-nabi dan Rasul-rasul, tetapi kebanyakan mereka

    tetap kufur ingkar, dan terus melakukan berbagai-bagai jenayah dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya.

    Mereka telah runtuh dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya. Mereka telah runtuh akhlaknya,

    hilang lenyap peri kemanusiaannya, dan berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dalam kepercayaan dan

    fahaman-fahamannya serta mengadakan berbagai-bagai helah untuk memutarbelitkan ajaran-ajaran dan hukum-hukum agamanya. Merekalah juga yang telah menimbulkan dan mengembangkan berbagai-bagai isme atau

    fahaman, seperti fahaman komunis, fahaman kapitalis dan lain-lainnya yang merosakkan ketenteraman dan

    susunan masyarakat serta perekonomian negara-negara dunia yang dijalannya. Bahkan merekalah yangmengembangkan kebudayaan kuning yang lucah itu dan melanggar tata tertib dan kesopanan - melalui filem-

    filemnya, akhbar-akhbar dan majalah-majalahnya, fesyen-fesyen pakaiannya, dan kelab-kelab malamnya, sehingga

    berhaklah mereka dilaknat oleh Allah Taala di dalam kitab-kitab suciNya, dilaknat oleh malaikat-malaikatNya,

    Rasul-rasulNya, dan seluruh umat manusia yang berperi kemanusiaan.

    Baginda juga pernah memberi ingat dengan tegasnya - sebagaimana yang tersebut dalam salah satu hadisnya:

    Bahawa umatnya akan terpengaruh dan menjadi pak turut dengan buta tuli kepada segala apa jua yang datangnya

    dari kaum Yahudi dan Nasrani.

    Baginda menyebutkan secara khusus kedua-dua kaum itu, kerana mereka, selain diberikan kitab-kitab dan diutuskan

    Rasul-rasul yang memimpin mereka, merekalah sahaja yang berpengaruh dan banyak angkaranya pada

    zaman Baginda. Kalau kaum-kaum yang diberikan kitab dan pimpinan itu diingatkan kita jangan terpengaruh

    kepada penyelewengannya, maka kaum-kaum yang tidak diberi kitab dan tidak pula menerima pimpinan, lebih-lebihlagi wajib kita menolak bulat-bulat segala apa yang mereka sogok-sogokkan kepada kita dari perkara-perkara

    yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam kita seperti yang kita saksikan pada zaman kita ini - dari kaum-kaum

    Majusi, Komunis, Etheis dan lain-lainnya.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    14/72

    Apa yang telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai penyelewengan yang akan berlaku dalam kalangan

    umatnya itu telahpun berlaku dan menjadi kenyataan. Sebagaimana yang disaksikan sekarang ada di antara orang-

    orang Islam yang suka meniru bulat-bulat apa yang datang dari orang-orang yang bukan Islam, meskipun perkara-

    perkara yang ditiru itu bertentangan dengan ajaran dan akhlak Islam.

    Di antara perkara-perkara itu ialah perbuatan setengah perempuan-perempuan Islam yang - selain daripada tidak

    mematuhi perintah Al-Qur'an menyuruh mereka menutup kepala meliputi belahan leher bajunya - mereka pulamembesarkan hiasan kepalanya dengan berbagai-bagai cara yang di antaranya menggunakan rambut-rambut palsu.

    Ada pula yang menghaluskan bulu keningnya. Ada juga yang berpakaian tetapi mereka seolah-olah bertelanjang

    kerana nipisnya dan tidak menutup aurat. Ada juga yang berjalan di khalayak ramai dengan cara yang tidaksopan seperti lagak perempuan-perempuan jahat. Ada pula di antara mereka yang memakai pakaian lelaki dan ada

    yang berlagak seperti lelaki, sedang segala perbuatan yang demikian adalah dikutuk oleh Islam.

    Selain dari itu, terdapat wanita-wanita yang rela dipamirkan badannya, yang menggunakan pakaian yang sempit dansingkat, mendedahkan aurat, sengaja memperlihatkan bentuk badan, dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan

    hukum dan kesopanan Islam.

    Ada pula di antaranya yang keluar dan rumahnya dengan menggunakan berbagai perhiasan yang menarik perhatian,

    dengan menggunakan berjenis-jenis bedak muka dan gincu bibir, serta memakai bau-bauan yang harum pada

    hal semuanya itu - seperti juga segala perhiasan yang lain - hanya ditentukan dan digalakkan oleh agama supayadilakukan di rumah khasnya untuk suaminya.

    Wanita-wanita Islam dilarang memperlihatkan hiasan tubuhnya kecuali kepada suami dan orang-orang lelaki yang

    menjadi mahramnya serta orang-orang yang tertentu, seperti yang tersebut di dalam Al-Qur'an al-Karim (Ayat 31,Surah Al-Nur).

    Demikian juga halnya perkara-perkara buruk yang berlaku dalam kalangan kaum lelaki. Ada di antara orang-orang

    lelaki Islam yang telah hilang langsung perasaan cemburunya terhadap isterinya dan perempuan-perempuan yang dibawah jagaannya, sehingga dia hampir-hampir bersifat dengan sifat orang "Dayus" yang dikutuk oleh Islam dan

    diharamkan oleh Allah dari masuk syurga, seperti sikapnya membiarkan isterinya atau perempuan-perempuan yang

    di bawah jagaannya bebas keluar, bebas bercampur gaul dengan orang-orang lelaki yang bukan mahramnya, bebas

    dipeluk oleh lelaki asing dalam pesta-pesta tari menari, dan sebagainya.

    Ada pula lelaki yang berlagak dan berhias seperti perempuan, dan yang memakai pakaian perempuan.

    Semuanya itu, sama ada yang dilakukan oleh kaum lelaki atau kaum perempuan adalah haram dan dikutuk

    sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadis-hadisnya, serta menyatakanbalasan buruk masing-masing, sehingga ditegaskan ada di antara mereka yang melakukan perkara-perkara buruk itu,

    bukan sahaja tidak akan masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya, sedang bau syurga boleh didapati dan

    jarak yang jauh.

    Kedua - Akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam mengenai akidah kepercayaan dan amalan agama,

    seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israil, pada hal perpecahan yang demikian bertentangan dengan

    ajaran Islam yang sebenar, dan semua puak yang berpecah itu salah dan sesat belaka, kecuali satu sahaja, iaitu puak

    yang tetap menurut jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. dan bawaan sahabat-sahabatnya, dengan tidak mengurangi,

    menokok tambah, atau menyeleweng sedikit pun.

    Selain dan itu, menurut tambahan yang terdapat pada hadis Abu Daud yang tersebut, Baginda mengingatkan bahawa

    akan timbul dalam kalangan umatnya beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit hawa nafsu suka

    mengurangi, menokok tambah, atau menyeleweng dari jalan yang sebenar, seperti menjalarnya bahaya penyakit

    anjing gila kepada mangsanya.

    Ingatan yang tegas dan jelas yang diberikan oleh Baginda itu, ialah supaya umatnya tetap menurut jalan

    pimpinannya dan bawaan sahabat-sahabatnya.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    15/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    16/72

    untuk rohaninya selain dari wajibnya mematuhi undang-undang jasmaninya.

    Undang-undang itu ialah Islam (hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan oleh

    utusan Tuhan).

    Kedua - Kepatuhan yang sempurna dan balasannya:Tiap-tiap amal meliputi kepercayaan, tutur kata dan perbuatan - ada balasan yang sesuai dengannya, sama ada

    baik atau sebaliknya; dan segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan

    (Islam) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.Oleh kerana kesenangan dan kebahagiaan sejati hanya terdapat di akhirat, maka balasan syurga dan segala nikmat di

    dalamnya hendaklah menjadi harapan yang utama kepada setiap orang dengan mematuhi ajaran Islam.

    Hadis Kelapan

    8-

    ) .(8 - Dan dari Abu Hurairah juga, dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia

    telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah,

    dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa

    yang derhaka kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku .."

    (Bukhari dan Muslim)

    Hadis yang kelapan ini menyatakan bahawa:

    Taat kepada Rasulullah s.a.w. dan taat kepada pemerintah bererti taat kepada Allah.

    Huraiannya:

    Sebagaimana yang diterangkan bahawa di antara pengertian-pengertian Islam ialah taat atau mematuhi hukum

    Allah. Oleh kerana hukum-hukum itu dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan dijalankan oleh

    pemerintah serta pemerintah-pemerintah itu pula mengadakan hukum-hukum dan peraturan yang tidakberlawanan dengannya, maka taat kepada Rasulullah s.a.w dan kepada pemerintah itu bererti taat yang membawa

    keredhaan Allah. Sebaliknya menderhaka kepada Rasul dan pemerintah yang bersifat demikian, bererti kederhakaan

    yang menyebabkan kemurkaan Allah.

    Oleh itu, maka orang yang berakal siuman, sudah tentu berusaha menjauhi dirinya dan segala apa jua yang

    menyebabkan kemurkaan Allah, dan tidak ada jalan yang lain melainkan mematuhi ajaran-ajaran Islam.

    Hadis Kesembilan

    9-

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    17/72

    ) .(

    9 - Dan dari Abu Hurairah juga, katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Segala amal akan datang pada hari qiamat

    (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), - di antaranya sembahyang datang lalu berkata: "Ya

    Tuhanku! Akulah sembahyang"; Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau

    sahaja belum cukup)"; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa dan amal-amal yang lain, semuanya ituAllah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): "Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup)"; kemudian

    datang pula Islam lalu berkata: "Ya Tuhanku! Enqkaulah Tuhan yang bernama: As-Salam dan akulah: "Islam";

    maka Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerimadan dengan engkaulah juga aku memberi balasan".

    (Imam Ahmad)

    Hadis yang kesembilan ini menyatakan bahawa:

    Amal-amal: Sembahyang, zakat, puasa dan lain-lainnya, datang pada hari qiamat untuk menolong yangmengerjakannya. Islam juga datang dan dengan Islamlah dinilai segala amal.

    Huraiannya:

    Keadaan Amal-amal yang baik pada hari Qiamat:Segala yang berlaku pada hari qiamat, seperti kebangkitan manusia hidup semula dan balasan amal-amal masing-

    masing, keadaan syurga dan neraka dan lain-lainnya adalah perkara-perkara yang diterangkan perihalnya oleh Allah

    dan RasulNya; segala yang diterangkannya itu adalah benar belaka, tetap berlaku, sama ada manusia meyakininya

    atau tidak.

    Apa jua yang akan berlaku pada hari qiamat tidak harus diukur dengan perkara-perkara biasa yang berlaku dalam

    dunia ini, kerana segala yang berlaku dalam alam akhirat adalah berlainan sama sekali keadaannya.

    Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan bahawa pada hari qiamat kelak, amal-amal: Sembahyang, zakat,puasa dan lain-lainnya, masing-masing datang mengadap ke hadrat Allah `Azza wa Jalla dengan tujuan hendak

    memohon syafaat (pertolongan) bagi orang yang mengerjakannya.

    Allah Taala memuji tujuan baik tiap-tiap amal itu dan menerangkan kepadanya, bahawa itu sahaja belum cukup dan

    belum tentu lagi dapat memberikan pertolongan selagi masing-masing belum dinilai tentang sahnya dansempurnanya.

    Setelah itu datanglah Islam mengadap Allah Taala dan memujiNya. Tujuan kedatangannya, juga untuk

    memohonkan syafaat pertolongan bagi orang yang mengerjakan amal dengan mematuhinya.

    Allah Taala memuji tujuan Islam yang baik itu dan menegaskan bahawa dengan adanya Islam yang sempurna pada

    tiap-tiap amal yang dikerjakan maka Allah menerima amal itu serta membalasnya dengan balasan yangsesuai dengannya.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    18/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    19/72

    Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu kejahatan yang

    sama dengannya.

    Ketiga - Balasan orang yang berdosa:

    Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak bolehditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla.

    Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat.

    Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepadaorang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar,

    terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu

    kekal dalam neraka.

    Hadis Kesebelas

    () .11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan

    amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap

    kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus

    kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang

    menyamainya."

    (Bukhari)

    Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang:

    Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:

    Huraiannya:

    Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam

    ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan initidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai

    hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.

    Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh,hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-

    mata, bukan kerana tujuan yang lain.

    Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-

    ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taaladan diberi balasan yang berganda-ganda.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    20/72

    Hadis Kedua Belas

    . ()12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta

    menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa,

    tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa

    sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah"Kalimah Allah"

    (1)yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya

    (2)dan (bahawa)

    Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke

    dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya."

    (Bukhari dan Muslim)

    __________________________

    (1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.

    (2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan

    perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.

    Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan:

    (1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga.

    (2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat.

    Huraiannya:

    Pertama - Keyakinan dan Penerangan:

    Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu

    mestilah melafazkan kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang keesaan Allah, kerasulan Nabi

    Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga

    menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka.

    Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga.

    Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan dan menjauhkan diri dari

    segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga; kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah -

    jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam

    Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    21/72

    Kedua - Menentang fahaman Sesat:

    Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan

    fahaman:

    (1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan.

    (2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa.

    (3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    22/72

    Bab:5Tajuk:RUKUNRUKUNAGAMA(IMAN,ISLAMDANIHSAN)Firman Allah Taala, maksudnya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya Kamitidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya." (30, Al-Kahf).

    "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha

    memperbaiki amalnya maka ia akan beroleh pahala di sisi Tuhannya .." (112, Al-Baqarah).

    "Untuk orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya, dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang

    mulia .." (26, Yunus).

    Hadis Ketiga Belas

    13-

    ) .(

    13 - Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah

    s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki: Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak

    kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yangmengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya

    kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata: "Wahai

    Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)

    ?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa

    sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    23/72

    ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan

    Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan

    penerangan Baginda yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami

    merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang

    yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentangiman

    (2)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab-

    kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) -

    baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu."Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan

    (3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah)

    engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4)

    ,

    kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan

    keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masaberlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang

    lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang

    tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati)

    adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang(penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna, yang miskin menderita, yang menjadi

    gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina

    bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa

    hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).

    Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang

    bertanya itu?" Aku menjawab: "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. "

    (Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama

    kamu."

    (Muslim)

    ________________________________

    (1) "Islam" di sini ialah dengan pengertian yang kedua yang telah diterangkan pada bab yang ketiga.

    (2) "Iman" bererti:

    Pertama - Percayakan benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.

    Kedua - Segala jenis amalan taat - hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.

    Ketiga - Perkara-perkara yang diimankan itu; dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di sini.

    (3) "Ihsan" di sini maksudnya: Cara mengerjakan sesuatu taat - terutama amal ibadat - dengan sebaik-baiknya, lengkap segala peraturannya serta dengan ikhlas kepada Allah

    Taala.

    (4) Yakni hendaklah engkau lakukan amal ibadat atau taatmu kepada Allah s.w.t. dengan keadaan seolah-olah engkau nampak Ia melihat dan memerhatikan zahir batinmu.

    kiranya engkau tidak dapat mencapai keadaan itu maka hadirkanlah keyakinanmu bahawa Allah Taala tetap melihat dan memerhatikan mu kerana sesungguhnya Ia

    sentiasa melihat dan memerhatikan segala keadaanmu.

    Hadis yang ketiga belas ini menerangkan:

    (1) Ada kalanya Malaikat pembawa Wahyu - Menyamar diri sebagai seorang manusia.

    (2) Iman, Islam dan Ihsan.

    (3) Tanda-tanda kedatangan Qiamat.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    24/72

    Huraiannya:

    Pertama - Malaikat Jibril (a.s) ada kalanya menyamar sebagai seorang manusia:

    Pada suatu hari, sedang Rasulullah s.a.w dihadapi oleh sahabat-sahabatnya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki seperti

    yang diterangkan dalam hadis ini, lalu bertanya tentang perkara-perkara agama. Apabila Baginda menjawab

    pertanyaannya, ia segera mengesahkan benarnya. Ini menjadikan sahabat-sahabat Baginda hairanmemikirkan halnya, dia bertanya dan dia pula mengesahkan kebenaran jawapan Baginda.

    Kehairanan sahabat-sahabat Nabi itu hilang apabila Baginda sendiri menerangkan pada akhirnya bahawa yang

    bertanya itu ialah Malaikat Jibril (as.).

    Soal Wahyu:

    Wahyu adalah satu perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala perkara agama. Orang yang tidak

    mempercayai wahyu, sudah tentu tidak ada kepercayaannya kepada Rasul-rasul utusan Allah, Kitab-kitabNya dan

    lain-lain lagi yang berhubung dengan iman. Ada orang yang percaya, bahawa junjungan kita Muhammad s.a.w.seorang pemimpin yang bijak. Jika setakat itu sahaja kepercayaannya terhadap Baginda maka itu belum cukup,

    selagi dia tidak mempercayai bahawa kebijaksanaan Baginda itu - selain daripada sifat semula jadinya yang

    istimewa, Baginda pula mendapat wahyu dan pimpinan dan Allah Azza wa Jalla.

    Kedua - Iman, Islam dan Ihsan berkaitan satu sama lain:

    Di antara perkara-perkara yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. ialah soal Iman, Islam dan Ihsan, lalu dijawab

    oleh Baginda satu persatu. Walau pun pertanyaan itu dibuat satu-satu dengan berasingan, tetapi ketiga-tiganya

    merupakan satu hakikat jua, iaitu "Agama". Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. pada akhir hadis inibahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril, datangnya untuk mengajar mereka akan "Agama" mereka.

    Jelasnya, "Agama" itu jika dipandang dan segi amalan-amalan zahir disebut dengan nama "Islam"; jika dipandangi

    dari segi kepercayaan dan keyakinan hati disebut dengan nama "Iman"; dan jika dipandang dan segi kesempurnaancara pelaksanaan dua perkara itu disebut dengan nama "Ihsan".

    Tiga perkara yang dipandang dari segi-segi yang berlainan itu tidak harus berpisah antara satu dengan yang lain.

    "Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, - Akar umbinya serta usul asalnya bahkan benihnya ialah "Iman"; dan

    seluruh pohon itu meliputi batangnya, dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam";manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh keindahannya ialah "Ihsan".

    Dengan huraian ini nyatalah salahnya orang yang menganggap bahawa Iman, Islam dan Ihsan boleh berasingan

    antara satu dengan yang lain; dan lebih-lebih lagi salahnya orang yang menganggap bahawa Ihsan itu boleh ada atau

    dapat dilaksanakan dengan ketiadaan Iman dan Islam, kerana ihsan itu ialah sifat bagi keduanya dan sememangmaklum bahawa "Sifat" tidak boleh ada dengan ketiadaan "Mausuf" (perkara yang disifatkan).

    Islam dan Asasnya yang lima:

    Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa salah satu dan pengertian "Islam" itu ialah hukum-hukum danketerangan-keterangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Allah `Azza wa Jalla.

    Hukum-hukum dan peraturan yang tersebut, yang terdiri dari suruh dan tegah, meliputi segala bidang hidup

    umat manusia.

    Islam yang demikian sifatnya, berasaskan lima perkara - sebagaimana yang diterangkan oleh Baginda dalam hadis

    mi.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    25/72

    Dari lima asas inilah terbit dan kembali kepadanya segala hukum dalam setiap keadaan umat manusia - dalam

    alam kehidupan ini.

    Asas-asas Islam yang lima itu ialah:

    Pertama - Mengakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan "Kalimah At-Taqwa":

    Di antara syarat-syarat bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialahmenghormati kebenaran setiap perkara yang benar, dengan jalan mengakui dan mengamalkannya. Ini dengan

    sendirinya mewajibkan menolak kesalahan tiap-tiap perkara yang salah.

    Oleh kerana sebenar-benar perkara yang benar ialah keesaan Allah Taala Tuhan yang wajib Al-Wujud dan kerasulan

    Nabi Muhammad s.a.w., maka mengucap dua kalimah syahadat:

    - Yang ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang

    berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah" adalah menjadi

    asas atau "Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam.

    Tiap-tiap orang Islam dituntut melafazkan "Kalimah Al-Taqwa" dalam kehidupan sehari-hari.

    "Kalimah Al-Taqwa" itu ialah tiap-tiap tutur kata yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dan tiap-tiapperkara yang membahayakannya serta mendatangkan manfaat dan kebahagiaan, sama ada di dunia mahu pun di

    akhirat dan semulia-mulia "Kalimah At-Taqwa" itu ialah:

    Kedua - Menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan dengan cara yang teratur akan amal-amal

    bakti sama ada yang diwajibkan atau yang digalakkan untuk diri dan masyarakat, bagi mengenang budi dan

    mensyukuri nikmat-nikmat, dengan harapan mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara yang

    merosakkan, serta dengan sepenuh-penuh kesedaran mengingati Allah dan berdoa kepadaNva memohon

    taufik dan hidayah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya.

    Semuanya itu terdapat dalam "Sembahyang", dan dengan ini nyatalah hikmatnya sembahyang itu menjadi asas atau

    "Rukun Islam" yang kedua, dan dengan ini juga nyatalah tepatnya sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: "Sembahyang

    itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama."

    (Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai sembahyang, lihatlah lampiran "B", pada akhir bab ini).

    Ketiga - Berkorban dengan Harta Benda:

    Harta benda adalah merupakan asas bagi segala urusan hidup dalam dunia ini. Oleh itu maka sebahagian besar dan

    daya usaha manusia dicurahkan untuk mencari dan memiliki harta benda dan kekayaan. Tetapi bukan semuanya

    berhasil mencapai kesenangan dan kemewahan itu dengan sepenuhnya, bahkan bukan sedikit - dari setiap bangsa di

    dunia ini - yang hidup miskin dan menderita.

    Dengan yang demikian, maka membelanjakan harta benda untuk menolong orang-orang yang fakir miskin dan yangmemerlukan bantuan, dan juga untuk kebajikan Islam - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Zakat" - adalah

    menjadi satu cara hidup yang aman makmur

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    26/72

    Oleh itu, maka nyatalah hikmatnya kewajipan mengeluarkan zakat itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun

    Islam".

    Keempat - Membendung kemahuan hawa nafsu:

    Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sesebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan

    hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas, sehingga ada yang melupai kehormatan din dan rumahtangga,mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai-bagai perkara jenayah lagi.

    Oleh itu, maka kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melarih diri

    mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin - sebagaimana yang terdapat dalamamalan "Puasa" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa.

    Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

    Kelima - Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan:

    Manusia tidak seharusnya memencilkan atau mengasingkan dirinya dari sebarang perhubungan dengan sesama

    manusia.

    Banyak perkara yang bersangkut paut dengan hidupnya, dengan agamanya, dengan pentadbiran negara danmasyarakatnya tak dapat diselesaikan melainkan dengan jalan perjumpaan dan perundingan, lebih-lebih lagi

    melalui persidangan antarabangsa.

    Oleh itu, bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka menghadiri tempat-tempat

    perhimpunan untuk kebajikan sekadar yang mampu, bagi melahirkan sikap memperhambakan diri kepada Allah`Azza wa Jalla, dan bersyukur akan nikmat-nikmatNya, serta melaksanakan dasar bersatu padu dan bersefahaman

    antara sesama umat Islam dan juga untuk mendapat berbagai-bagai faedah dan manfaat dari segi rohani, akhlak,

    kemasyarakatan dan ekonomi - sebagaimana yang terdapat dalam "Ibadat Haji" - adalah menjadi satu cara hidup

    yang aman damai dan bahagia.

    Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat haji itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

    Iman dan Asasnya yang enam:

    Sebagaimana yang diketahui bahawa Islam yang diterangkan dalam hadis ini bererti: "Mematuhi apa yang

    disampaikan oleh Rasulullah s.a.w maka sudah tentu Islam yang bererti: "Kepatuhan yang sebenar-benarnya tidakakan wujud dengan ketiadaan iman atau kepercayaan yang tertentu, kerana: Islam itu adalah ibarat "Pokok",

    manakala iman pula adalah ibarat !`Benih"; Dan bahawa sebarang gerak-geri yang disengajakan oleh manusia

    adalah timbulnya dan sesuatu kepercayaan yang tertentu.

    Dengan yang demikian, maka salah satu di antara rukun-rukun agama ialah iman atau kepercayaan, yang

    berasaskan enam perkara.

    Wujudnya Allah Pencipta Seluruh Alam:

    Sebagaimana yang sedia maklum, manusia yang waras akal fikirannya memang sedar bahawa wujudnya adalah

    diciptakan oleh Allah Maha Pencipta dan sebagaimana Ia sedar bahawa segala keadaan dan perjalanan dirinya

    tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta itu, ia juga sedar bahawa

    dirinya tersusun dan jisim dan roh.

    Undang-undang dan peraturan yang disedarinya menguasai keadaan dan perjalanan dirinya itu hanyalah untuk

    keselamatan jisimnya apabila ia mematuhinya dengan sempurna, maka sudah tentu bagi rohnya pula wajiblah ia

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    27/72

    mematuhi dengan sempurna akan undang-undang dan peraturan yang dikhaskan oleh Maha Pencipta untuk

    keselamatan roh.

    Dengan yang demikian, ia sudah tentu mempercayai adanya Maha Pencipta - iaitu Allah Taala - yang

    menciptakan diri manusia dan menciptakan undang-undang serta peraturan jasmani dan rohaninya

    Adanya Malaikat:

    Undang-undang dan ilmu-ilmu jasmani boleh dicari dan dikaji oleh manusia, tetapi undang-undang dan peraturan

    rohani iaitu "Hukum-hukum Syarak" tidak akan dapat diketahui melainkan dengan jalan diterima dari Allah Taala

    dengan perantaraan Malaikat Wahyu, kerana menurut keadaan semula jadinya, manusia tidak dapat menerimahukum secara langsung dari Allah S.W.T. kecuali Rasul-rasul pilihan, itupun pada keadaan yang tertentu.

    Adanya Kitab-kitab Allah:

    Hukum-hukum dan peraturan yang disampaikan oleh Malaikat Wahyu itu ditulis sebagai sebuah kitab untuk dibaca

    dan dipelajari serta diamalkan oleh umat manusia.

    Adanya Rasul-rasul Allah:

    Sememang maklum bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan itu tidak dapat difahami sebagaimana yang

    semestinya oleh kebanyakan manusia, maka Allah Taala yang Amat Bijaksana telah memilih orang yang

    diketahuiNya layak menjadi penyampai dan pensyarah yang menerangkan undang-undang itu satu persatu dan

    pensyarah itu ialah Rasul-rasulNya.

    Adanya Alam Akhirat:

    Sesuatu undang-undang atau perlembagaan tidak akan ada nilainya kalaulah tidak dihormati dan dipatuhi.

    Kebanyakan manusia tidak menghormati sesuatu undang-undang atau perlembagaan melainkan setelah mengetahui

    balasan baik bagi orang yang menghormati dan mematuhinya dan balasan buruk bagi orang yang mencabuli dan

    mencuaikannya.

    Oleh sebab hidup manusia dalam alam dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja maka balasan yang sepenuh-

    penuh kesempurnaannya dan seadil-adil keadaannya tentulah tidak difikir layak diberikan seseorang menerimanya

    dalam alam sementara ini, bahkan bagi melayakkan yang tersebut, diakui benar adanya satu alam yang

    berpanjangan lagi kekal iaitulah "Alam Akhirat" - Alam yang bermula dan masa berakhir hidup manusia dalam alam

    dunia ini.

    Tambahan pula manusia dijadikan Allah tersusun dari jisim dan roh yang tidak akan habis atau binasa dengan

    berakhirnya alam dunia ini sekalipun jisimnya menjadi debu atau abu, bahkan roh itu tetap wujudnya berpindah dari

    satu keadaan ke satu keadaan hingga bercantum dengan tubuhnya yang dibangkitkan hidup semula untuk masa yangkekal itu.

    Adanya Qadar dan Taqdir Allah:

    Dari huraian-huraian yang tersebut, nyatalah bahawa Allah S.W.T. ialah pencipta seluruh alam meliputi manusia

    dan makhluk-makhluk yang lain dan Dialah yang menyusun, mengatur dan menentukan hukum-hukum, undang-

    undang dan peraturan, bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama ada yang baik atau yang buruk.

    Maka susunan dan penentuan ada nya dan berlakunya baik dan buruk itu ialah "Qadar Taqdir" tuhan yang azali,

    yang menjadi "Rukun Iman" yang akhir.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    28/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    29/72

    menegur itu boleh dikatakan imannya pada masa itu sekuat iman Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar pada

    zaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

    Lampiran (B):

    Soal Sembahyang:

    Mengenai sembahyang, Sayidina Umar r.a., berkata - Sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Muwatta': Sesiapa

    memelihara sembahyang dan tetap mengerjakannya, bererti ia memelihara agamanya dan sebaliknya sesiapa yang

    mensia-siakannya maka ia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan agama yang lain".

    Sebenarnya sembahyang itu tiang agama dan semulia-mulia asas Islam yang lima sesudah Dua Kalimah Syahadat.

    Kedudukan sembahyang dalam agama menyamai kedudukan kepala pada tubuh badan; oleh itu, sebagaimana

    seseorang yang tidak berkepala tidak akan hidup, maka demikian juga tidak ada agama bagi orang yang tidak

    mengerjakan sembahyang.

    Dalam kitab At-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata'illah berkata: Sembahyang amatlah besar kemuliaannya dan

    keadaannya di sisi Allah amatlah berat; dan kerana itulah Allah Taala berfirman, maksudnya; "Sesungguhnya

    sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar" dan Rasulullah s.a.w. pula ketika ditanyakan tentangamal yang semulia-mulianya, Baginda menjawab, maksudnya: "(Semulia-mulia amal) ialah sembahyang yang

    dikerjakan pada waktunya".

    Baginda juga bersabda maksudnya: "Orang yang mengerjakan sembahyang adalah ia bermunajat (mengadap danmerayu) kepada Tuhannya."

    Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud."

    Sebagaimana yang dapat disaksikan, bahawa dalam sembahyang terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang

    tidak ada pada lainnya. Di antara ibadat-ibadat yang terhimpun dalam sembahyang ialah: Bersuci, berdiam diri,mengadap kiblat, membaca doa iftitah, membaca Al-Qur'an, berdiri rukuk, sujud, bertasbih dalam rukuk dan

    sujud, berdoa dalam sujud dan lain-lainnya, yang merupakan himpunan ibadat yang berbilang-bilang; keranazikir sahaja adalah ibadat dan bacaan Al-Qur'an sahaja adalah ibadat; demikian juga halnya Tasbih, doa, rukuk dan

    sujud; tiap-tiap satunya adalah menjadi ibadat. " Demikian kata Ibnu 'Ata'illah dalam "At-Tanwir."

    Perintah-perintah mengenai sembahyang, memeliharanya dan keadaannya menjadi sifat dan syi'ar orang-

    orang yang beriman, banyak sekali diterangkan di dalam Al-Qur'an al-Karim. Di antaranya firman Allah Taala,

    maksudnya:

    "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembah yang fardu, khasnyasembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembah yang kamu) dengan taat dan

    khusyuk. " (238, Al-Baqarah).

    "Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah

    kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik." (33, Ar-Rum).

    "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. " (1-2,

    Al-Mu'minun).

    "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya

    mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ..." (45, Al-'Ankabut).

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    30/72

    "Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang

    tertentu waktunya." (103, An-Nisa).

    Sembahyang yang lima waktu ini yang dikerjakan sehari semalam, tidak boleh sama sekali bagi seseorang yang

    mengakui dirinya Islam dan menghitung dirinya dalam barisan umat Islam meninggalkan satu waktu pun, dalamsegala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang

    kerana uzur, ia boleh sembahyang duduk; jika tidak dapat, ia boleh sembahyang dengan berbaring - denganmengiring ke sebelah kanan atau ke kiri atau pun dengan terlentang.

    Di dalam Al-Qur'an al-Karim diberi amaran mengenai orang-orang yang mencuaikan sembahyang. Tentang ini

    Allah Taala berfirman, maksudnya:

    "Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut

    hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka, - "Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih .." (59-60, Maryam).

    Dalam huraiannya, Ibnu Abbas berkata - seperti yang disebutkan oleh al-Syams al-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair:

    Bahawa "Mencuaikan sembahyang" yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka

    meninggalkan sembahyang sama sekali, tetapi maksudnya mereka mentakhirkan (melengahkan) sembahyang

    sehingga keluar waktunya.

    Hal ini dijelaskan oleh Said bin Al-Musayib, dengan menyatakan bahawa maksudnya: Orang itu tidak

    sembahyang Zuhur melainkan setelah masuk waktu Asar, (dan seterusnya tentang waktu-waktu yang lain). Makasesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan ia tidak bertaubat, maka balasan yang ditetapkan baginya ialah

    azab seksa di dalam neraka.

    Firman Allah lagi, maksudnya: "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang yang keadaan mereka

    lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (4-5, Al-Ma'uun).

    Yakni yang lalai dari mengerjakannya pada waktunya, lalu dijanjikan kepada mereka dengan balasan yang seburuk-buruknya di dalam neraka, kecuali orang yang bersifat demikian segera bertaubat dan menyesal terhadap

    perbuatannya itu.

    Dan firmannya lagi, maksudnya: "Wahai orang-Orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan)

    harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan(ingatlah!) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. " (9, Al-Munafiqun).

    Menurut sebahagian dan ahli tafsir, "Mengingati Allah" (zikir Allah) di sini ialah "Sembahyang yang lima waktu";

    maka sesiapa yang mencuaikannya kerana dilalaikan oleh harta bendanya, anak pinaknya dan segala urusan

    hidupnya, menjadilah ia dan orang-orang yang rugi serugi-ruginya.

    Di dalam hadis-hadis pula ada diterangkan tentang setakat mana beratnya kewajipan sembahyang itu. Di antaranya

    Baginda bersabda, maksudnya: "Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang

    Islam ialah mengenakan sembahyang, oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia

    dalam hukum orang kafir. "

    Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah

    meninggalkan sembahyang. "

    Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang cuai sehingga ia terlepas dari mengerjakan sembah yang Asar pada

    waktunya, maka sesungguhnya telah binasalah amalnya."

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    31/72

    Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya

    terlepaslah ia dari jaminan Allah menyelamatkannya."

    Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang memelihara sembahyang dengan sebaik-baiknya, nescaya

    sembahyang itu menjadi cahaya baginya dan menjadi bukti serta penyelamat baginya pada hari Qiamat; dan sesiapayang mencuaikannya, maka semuanya itu tidak akan diperolehinya, dan ia akan dihimpunkan pada hari Qiamat

    bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf."

    Menurut penjelasan setengah ulama, bahawa sebabnya orang yang tersebut dihimpunkan bersama-sama empat orang(jaguh kekufuran) itu ialah: Kerana yang melalaikannya dan menunaikan sembahyang tidak lain melainkan

    hartanya, atau kerajaannya (jika Ia seorang pemegang teraju pemerintahan), atau jawatannya sebagai menteri, atau

    pun perniagaannya. Kalau hartanya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Qarun; kalau

    kerajaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Fir'aun; kalau pula jawatannya sebagai

    menteri yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Haman (menteri Fir'aun); dan kalau pulaperniagaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Ubai bin Khalaf (saudagar

    kaum Musyrik Mekah).

    Dalam satu hadis lagi, bahawa Sayidina Umar, r.a., berkata: Seseorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah

    s.a.w. lalu bertanya, katanya: "Ya Rasulullah, apakah satu-satunya amal dalam Islam yang lebih diperkenankan oleh

    Allah Taala?" Baginda menjawab: "Ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya, dan sesiapa yangmeninggalkan sembahyang maka tidak ada agama baginya, kerana sembahyang itu tiang agama. "

    Dalam satu hadis yang lain, Baginda bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada awal

    waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit serta ia bercahaya sehingga ia sampai kepada `Arasy lalu iameminta ampun bagi orang yang mengerjakannya. (Demikianlah hal sembahyang itu) hingga hari Qiamat sambil ia

    berkata: "Semoga Allah memelihara mu sebagaimana engkau memelihara ku"; dan apabila seseorang mengerjakan

    sembahyang pada luar waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit dengan diselubungi oleh gelap gelita, setelahsampai di langit lalu digulung seperti tergulungnya baju buruk dan dipukulkan ke muka orang yang mengerjakannya

    sambil sembahyang itu berkata (kepada tuannya): "Semoga Allah mensia-siakan mu sebagaimana engkau mensia-

    siakan aku"

    Orang yang mengerjakan sembahyang dengan tidak sempurna amatlah buruk balasannya:

    Dalam satu hadis yang diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang yang tidak

    menyempurnakan rukuknya dan mematuk (seperti ayam) semasa ia sujud, lalu Baginda bersabda, maksudnya:

    "Kalau orang itu mati dalam keadaannya yang demikian, nescaya ia mati dengan ketiadaan Islam...."

    Dalam satu hadis lagi ada diterangkan, maksudnya: "Seseorang itu tidak akan beroleh pahala dari sembahyangnya

    melainkan mana-mana yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran. Setengah orang yang mengerjakan

    sembahyang ada kalanya tidak mendapat seperenam dari pahala sembahyangnya dan tidak sepersepuluh." Yakni iahanya mendapat pahala bagi bahagian sembahyang yang tertentu yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran serta

    khusyuk. Orang yang penuh sedar dan khusyuk di sepanjang-panjang sembahyangnya maka ia beroleh pahala bagi

    seluruh sembahyangnya itu dan sebaliknya orang yang lalai di sepanjang-panjang sembahyangnya hampalah dia dari

    mendapat sebarang pahala mengenainya.

    Orang mukmin yang menaruh belas kasihan kepada dirinya sendiri dan mencintai agamanya, adalah

    bertanggungjawab mengambil berat menyuruh dan mengajar ahli rumah dan anak pinaknya supaya mereka tetap

    memelihara dan mengerjakan sembahyang.

    Kewajipan ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim dengan firmanNya yang bermaksud:

    "Dan perintahkanlah keluarga mu mengeriakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun

    bersabar menunaikannya...." (132, Taha).

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    32/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    33/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    34/72

    Oleh yang demikian tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w., tidak

    suka dan tidak berkenan kepada apa yang dibawanya dan tidak menghargai ajaran-ajarannya.

    Sebenarnya cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. ialah suka dan berkenan mematuhi suruhannya dan

    meninggalkan larangannya.

    Seseorang - walau sesiapa pun - apabila ia mengetahui sesuatu perkara yang dapat menarik hati dan keredhaan orangyang dikasihinya seperti isterinya atau sahabatnya atau ketuanya, tak dapat tidak ia akan melakukan perkara itu dan

    menyempurnakannya. Maka bagi orang yang cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. sudah tentu tidak ada sesuatu

    perkara pun sama ada dari urusan dunia atau agama yang wajib disegerakan mengerjakannya lebih daripadamelakukan apa yang disukai dan diredhai oleh Rasulullah s.a.w.

    Suka dan berkenan yang tersebut adalah dan kewajipan agama yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam Al-

    Qur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:

    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-

    isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang

    kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi

    perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka

    tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberipertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "

    Hadis Kelima Belas

    15- ) .(

    15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga iasuka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

    (Bukhari dan Muslim)

    Hadis yang kelima belas ini menerangkan bahawa:

    Tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempunyai perasaan timbang rasa persaudaraan sesama

    manusia.

    Huraiannya:

    Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan denganadanya perhubungan yang baik yang menghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain dan

    menghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya!

    Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat dan menjamin kehidupan yang

    aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana iamenyukainya bagi dirinya sendiri."

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    35/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    36/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    37/72

    jalan pertalian kerabat dan semangat kebangsaan dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila

    ditimpa sesuatu kesusahan yang menjadikan dia memerlukan bantuan, ia tidak mendapati bantuan itu melainkan dari

    orang-orang yang ada pertalian keturunan dengannya, maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat

    yang suci dan sihat, eloklah keadaan segala lapisan masyarakat dan tenteramlah keadaan negara.

    Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakkannya, dapatlah

    manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang batil dandapatlah pula memikirkan soal-soal ketuhanan serta soal iman dan taqwa.

    Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia

    memajukan segala urusan dunia dan agama dengan sempurna.

    Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli-ahli fikir yang bijak pandai, bahkan semua agama yang diturunkan oleh

    Allah Taala bertujuan menjaga perkara-perkara yang tersebut dari apa juga yang merosakkannya.

    Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan, perbuatan meminum arak yang merosakkan akal

    fikiran, dan perbuatan curi rompak yang memusnahkan hak milik orang lain dengan tidak berperi kemanusiaan -

    dilakukan dengan bermaharajalela bukan sahaja oleh orang-orang yang jahil bahkan juga orang-orang yang

    terpelajar.

    Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman dan dengan itu mudahlah mereka

    dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan keadaan buruk yang disekelilingnya.

    Untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan dengan jalan yang memelihara dan

    menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna.

    Hadis Kelapan Belas

    18- :

    ) .(18 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah

    yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya.

    (Muslim)

    Hadis yang kelapan belas ini menerangkan bahawa:

    Orang-orang yang sempurna Islamnya tidak melakukan sebarang angkara.

    Huraiannya:

    Perkataan "Islam" ialah pecahan dari perkataan "Salam" ertinya: Selamat sejahtera.

    Orang Islam yang sebenar-benarnya - selain daripada menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya - ia tidaksekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak

    mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau pun dengan apa jua.

    Sebaliknya orang Islam yang tergamak melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, ialah orang yang

    tidak sempurna Islamnya.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    38/72

    Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadisnya yang bermaksud:

    "Orang-orang yang sempurna Islamnya adalah bersaudara dengan semua orang yang tidak memusuhinya terutama

    sekali orang-orang Islam); salah seorangnya tidak harus melakukan kezaliman kepada saudaranya, tidak

    harus dibiarkan dia teraniaya dan tidak dibela, tidak harus menyatakan kepadanya sesuatu yang dusta dan juga tidakharus menghinakan atau memandang rendah kepadanya."

    Hadis Kesembilan Belas

    19- ) .(

    19- Dari Abu Hurairah, r.a., Dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebahagian dan keelokan dan kesempurnaan Islam

    seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."(Tirmizi dan Lain-Lainnya).

    Hadis yang kesembilan belas ini menerangkan tentang;

    Sebahagian dari kesempurnaan Islam.

    Huraiannya:

    Manusia dalam alam kehidupan ini menghadapi perkara-perkara yang wajib dilakukannya dan yang mesti

    ditinggalkan.

    Perkara-perkara yang wajib dilakukannya itu ada yang untuk masa hidupnya di dunia dan ada yang untuk hidupnyadi akhirat.

    Untuk masa hidupnya di dunia ialah makan minum, pakal patut, berumahtangga, beranak pinak dan sebagainya dan

    untuk hidup di akhirat pula ialah segala amal ibadat yang ditentukan mengerjakannya.

    Ada pun perkara-perkara yang mesti ditinggalkan ialah segala perkara yang tidak meluputkan dia darimendapat pahala atau faedah dan tidak pula mendatangkan sebarang mudarat kepadanya jika ia tidak melakukannya.

    Dengan tercantumnya perkara-perkara yang wajib dilakukan dan yang mesti ditinggalkan maka sempurnalah Islam

    seseorang itu.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    39/72

    Bab:7Tajuk:WAJIBMENUNTUTILMUAGAMADANKELEBIHANNYAFirman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamutidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').

    Hadis Kedua Puluh

    20- ) .(

    20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang

    wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

    (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

    Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu

    agama.

    Huraiannya:

    Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan

    dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah

    wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya

    sebagai wajib fardu ain.

    Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan

    Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak

    harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukumAllah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum

    Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib

    mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum

    Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yanghendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah

    tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu

    ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak

    beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satukederhakaan.

    Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari danditerima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya,

    sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan

    muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku,

    lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur

    racun.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    40/72

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    41/72

    (2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama)

    Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah:

    Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih

    lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun

    ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya.

    Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi

    manfaat yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan dijauhi oleh Allah Taala

    daripadanya, lebih-lebih lagi ilmu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti ilmu sihir, ilmu nujum(Astrologi) dan sebagainya.

    Hadis Kedua Puluh Dua

    22-

    ) .(

    22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada

    orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti

    makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah

    berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang

    mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".

    (Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

    Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi:

    (1) Perintah belajar dan mengajar.

    (2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.

    Huraiannya:

    (1) Perintah belajar dan mengajar:

    Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:

    Pertama - Segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama.

    Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.Ketiga - Ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Qur'an.

    Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan,

    baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang

    wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    42/72

    Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan

    Kamilah yang memeliharanya."

    (2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:

    Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yangakan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang

    disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang,

    sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanyaperselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.

    Hadis Kedua Puluh Tiga

    23-

    ) .(23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmuatau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut);

    dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

    (Al-Bazzar)

    Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu

    agama.

    Huraiannya:Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari

    empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang

    mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golonganyang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

    Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam

    perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya kejalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk

    memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

    Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, makamereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat

    membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

    Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari danlebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat

    pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

  • 8/14/2019 Mastika Hadith - Muqaddimah

    43/72

    Hadis Kedua Puluh Empat

    24-

    ) .(

    24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya

    dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini

    hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus

    menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat

    merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."

    (Bukhari dan Muslim)

    Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan:

    (1) Kelebihan orang yang dikurnia